Khamis, 6 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 06 Feb 2014 03:13 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:13 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


PKNS JIMAT RM7 JUTA SETAHUN

Posted: 05 Feb 2014 11:12 PM PST

SHAH ALAM: Penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)Holdings Sdn Bhd akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia menunjukkan PKNS berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak.

Beliau menjelaskan, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd adalah hasil polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Melalui saluran Integrity Pact, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji yang tinggi.

"Ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan yang sedia ada," kata beliau pada sidang media di Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Khalid berkata, penamatan kontrak 22 kakitangan itu dilakukan kerana berlaku pertindihan tanggungjawab dan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

"Selaras dengan polisi Integrity Pact, Kerajaan Selangor memberi kepercayaan penuh kepada pengurus besar yang baharu untuk membuat perubahan yang berkaitan demi kebaikan PKNS dan anak-anak syarikat.

"Ini termasuk kajian semula usahasama dan projek-projek, menyusun semula akaun PKNS dan melaksanakan straegi untuk meningkatkan keuntungan," katanya yang juga Pengerusi PKNS.

Sebelum ini, beliau mengarahkan Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.

HD

ALHUSSEYN

Posted: 06 Feb 2014 03:11 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:11 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Sepak Terajang Anwar mensasarkan Umno

Posted: 05 Feb 2014 07:39 PM PST

Adalah agak dikesalkan sekali , ketika berhadapan dengan keadaan yang dikira kritikal begini, Pakatan Rakyat di Selangor di lihat tidak bersolidariti sebagaimana yang sepatutnya.

 Kita sepatutnya menganggap PRK Kajang yang akan diadakan itu nanti sebagai memberi ruang kali kedua untuk rakyat Kajang menilai semula perkembangan semasa selepas PRU yang lalu…

 Suara-suara sumbang terutamanya dari pihak Pemuda PAS dan juga Setiausaha Dewan Ulama PAS yang mempersoalkan langkah silat Anwar sebagai sumbang adalah seolah-olah mahu mengajak rakyat supaya menghukum Anwar dan PKR dalam PRU Kajang ini. 

 Sepak terajang Anwar mensasarkan Umno/BN. Tetapi sepak terajang Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS mensasarkan Anwar!

Apakah mereka mahu rakyat kembali menyokong BN untuk bersetuju kembali ke kancah politik perkauman dan fahaman agama yang sempit Umno? 

 Kenyataan Mantan MB Selangor, Muhammad Muhd Taib mengenai PRK Kajang, membuatkan aku terfikir; apakah beliau sebenarnya mahu menyindir Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS ? Sepatutnya begitulah hendaknya!

 Antara yang diperkatakan olehnya ialah:

 1. PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. 

 2. "Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," 

 3. "PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi. 

 4. "Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting." 

Kenyataan Penuh Muhammad Taib: 


 PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

 (Sidiqin Omar) 

KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13.

 Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 "Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.

 "Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata Muhammad kepada Keadilandaily.

 Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. "PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.

 "Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.

 "Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya.

SUMBER

Tiada ulasan:

Pengikut