Ahad, 24 Mac 2013

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Negeri Cik Siti Wan Kembang

Posted: 24 Mar 2013 02:05 AM PDT

Subhanallah...
Dalam gambar ini menunjukkan Tuanku Sultan Kelantan bertanya sesuatu tentang keadaan warga tua yang terlantar sakit..
Sultan yang begitu zuhud & menjadikan Allah sebagai prinsip memerintah... Tidak dapat dibezakan dari segi penampilan apakah beliau rakyat mahupun Sultan.. Tuanku sentiasa berpenampilan sederhana pakaian harian Tuanku adalah jubah & kopiah..

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21 , Tuanku adalah Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat.
ALLAHUAKBAR!!!
 
 
p/s: pemimpin UMNO malu la sket dengan sultan kelantan....Hidup Tuanku

Hanya 10 minit sahaja?biar betul

Posted: 24 Mar 2013 01:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Mac: Tempoh 10 minit untuk parti politik membentang manifesto pilihan raya di RTM disifatkan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
"Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto.
"Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi," katanya dihubungi.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim membenarkan semua parti politik membentang manifesto mereka menerusi RTM selama 10 minit.
Muhammad Nur berkata, sebelum ini, cabaran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan perdana menteri dan disiar secara langsung juga tidak diendahkan.
Katanya, ia berbeza dengan media negara luar yang lebih bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada parti politik mengemukakan idea masing-masing.
"Di Indonesia sejak pemerintahan BJ Habibie, kesemua parti politik diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengguna ruang media tanpa sekatan.
"Di India, pemerintah mahupun pembangkang diberi kebebasan sama rata, 50 peratus untuk televisyen dan 50 peratus  untuk radio.
"Tunku Abdul Rahman (mantan Perdana Menteri) dulu pun beri ruang selama 30 minit untuk parti pembangkang," katanya.
Pakatan Rakyat, pada 25 Februari lalu melancarkan manifestonya, dengan menekankan 4 tonggak utama dalam usaha merakyatkan ekononomi, memupuk perpaduan kaum dan mensejahterakan negara.
Antara lain mewujudkan sejuta pekerjaan baru, menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan menurunkan harga kereta.
Pakatan juga berikrar meringankan kos sara hidup dengan menurunkan harga barang, harga petrol dan diesel, caj elektrik dan air, menghapuskan tol secara berperingkat, selain menyediakan 150,000 rumah mampu milik.

-keadilan daily-

p/s: UMNO guna 23 jam 50 minit dalam media untuk kempen lebih-lebih lagi TV3 suku.Untuk pakatan rakyat hanya di berikan 10 minit sahaja untuk bentang maniufesto akan tetapi realitinya semakin hari sokongan semakin kuat pada pakatan.Parlimen belum bubar lagi tue..emm pelik bin ajaib......ABU

pengecut rupanya samseng UMNO nie...

Posted: 23 Mar 2013 11:21 PM PDT

 
JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
"Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno)," kata Ketua Umum KEADILAN itu.Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.
Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor. ~keadilandaily

Tiada ulasan:

Pengikut