Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
- PAS Sabah siap sedia hadapi kemungkinan banjir
- "Selamat duduki peperiksaan akhir semester" - PAS Sepanggar
- Siasat segera dakwaan Shahrizat - Pemuda Sabah
PAS Sabah siap sedia hadapi kemungkinan banjir Posted: 27 Dec 2011 09:04 PM PST KOTA KINABALU, 28 Dis: Seluruh jentera pemuda PAS dan Unit Amal Sabah hari ini diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah di seluruh daerah di negeri ini. Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) berkata, pihaknya akan menempatkan petugas yang terdiri dikalangan petugas PAS dan Unit Amal di setiap bilik gerakan bagi kemudahan orang ramai yang menghadapi banjir. "Kiita akan bersiap sedia. Bilik gerakan akan dibuka dengan jumlah kakitangan dan petugas yang mencukupi. Bantuan perlu sampai kepada rakyat," jelasnya. Beliau turut menasihatkan penduduk yang kerap dilanda banjir untuk melakukan persiapan awal bagi mengelakkan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku. "Patuhi arahan pihak berkuasa. Pindah apabila diminta berbuat sedemikian. Simpan barangan berharga ditempat yang tinggi dan awasi anak-anak," nasihat Julpikar. Selain itu, pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar merancang pemanduan dan destinasi yang ingin ditujui berikutan cuaca yang tidak menentu. Menurut Jabatan Meteorologi, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah. Kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian. |
"Selamat duduki peperiksaan akhir semester" - PAS Sepanggar Posted: 27 Dec 2011 04:17 PM PST KOTA KINABALU, 28 Dis: PAS Sepanggar hari ini mengucapkan selamat berjaya kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang akan bermula minggu hadapan. Ketua Penerangan, Mohd Julpikar Abd Mijan menerusi kenyataannya memberi sokongan dan galakkan kepada mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan tersebut. "Kepada mahasiswa UMS, semoga berjaya dalam peperiksaan. "Semoga beroleh kejayaan dan keputusan yang cemerlang," doa beliau. Beliau turut menasihatkan mahasiswa agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan melakukan persiapan awal bagi memastikan perjalanan untuk menduduki peperiksaan berjalan dengan baik. "Persiap diri dengan segala kemudahan yang ada. Usaha dan banyakkan berdoa. "Kejayaan sudah dihadapan, cumanya menanti usaha diri anda," katanya. |
Siasat segera dakwaan Shahrizat - Pemuda Sabah Posted: 26 Dec 2011 09:53 PM PST KOTA KINABALU, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak Polis dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera membersihkan kepimpinan negara daripada sebarang salah laku rasuah, korupsi dan salah guna kuasa. Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mengundang pelbagai andaian negatif rakyat terhadap integriti pemimpin kerajaan sedia ada. "Jika benar dakwaan Shahrizat, polis dan SPRM perlu segera membuat siasatan rapi terhadap sebarang salahlaku tidak kira kepimpinan peringkat negara mahupun negeri. "Sangat malang jika wujud pemimpin yang makan rasuah, hipokrit dalam memimpin, salah guna kuasa dan kedudukannya," jelasnya. Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu pada 25 Disember lalu yang mempersoalkan "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", yang dilihat seperti ada sesuatu yang tidak kena. Shahrizat berkata demikian bagi membela dirinya yang sedang ditekan ekoran skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC). Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berpendapat, bukan Shahrizat sahaja yang salah dalam hal ini tetapi yang lebih bersalah adalah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek itu diberikan, Tan Sri Muhyidin Yassin. "Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh beliau. "Maklumlah, beliau sedang terpalit dengan 'projek lembu kondo' dan ramai rakan-rakannya yang mendesak beliau meletak jawatan. Takkan beliau seorang yang ada masalah," kata Lahirul lagi. Sementara itu, rakyat juga ujarnya tidak perlu berasa senang hati dengan tindakan ke atas Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah baru-baru ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Baginya, itu hanya kes terpencil malah yakin banyak lagi kes yang lebih besar yang sepatutnya diambil tindakan. "Banyak lagi skandal Menteri Besar, Ketua Menteri, Bekas Menteri dan sebagainya. "Ini perlu dibersihkan dan dihadap ke muka pengadilan dengan kadar segera," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan