Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong |
- Dr.Asri Bersemangat Bangkit Menentang UMNO Gara-gara Tun Faisal
- RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat
- Pakatan khuatir undi pos luar negara dimanipulasi
Dr.Asri Bersemangat Bangkit Menentang UMNO Gara-gara Tun Faisal Posted: 12 Jul 2012 11:57 AM PDT Raja boleh dikritik, kata bekas mufti KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini. Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati. Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu. Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin. “Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad. Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu. “Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter nya, @realDrMAZA. Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah. Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa. “Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri. Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu. Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter. “Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal. Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik. “Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri. Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar. Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional. “Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” lapor The Star. Published with Blogger-droid v2.0.6 |
RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat Posted: 12 Jul 2012 11:41 AM PDT Published with Blogger-droid v2.0.6 |
Pakatan khuatir undi pos luar negara dimanipulasi Posted: 12 Jul 2012 10:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 Julai: Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mekanisme yang berkesan jika bercadang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, Pakatan Rakyat bimbang undi pos mereka di luar negara turut dimanipulasi seperti yang berlaku kepada undi pos tentera dalam negara. Katanya, Pakatan Rakyat sebelum ini memang mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan bagi memberi peluang warga negara Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka. "Kalau nak jalankan undi pos di luar negara, prosedur mesti telus. Kita bantah undi pos di Malaysia pun sebab tak telus dan dimanipulasi dan memang ada pendedahan dah dibuat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman SPR bahawa mereka sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang yang membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usul itu akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang September ini. Namun katanya, rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. Hatta berkata, Pakatan juga pernah mencadangkan perkara itu dan tidak mahu sebarang syarat dikenakan warga negara di luar untuk mengundi secara pos. "PAS juga memandang perkara ini satu perkembangan positif dan kita amat bersetuju bahawa warga negara Malaysia yang berada di luar negara juga diberikan hak mereka untuk menyertai pilihan raya dan memilih kerajaan yang mereka sukai. "Dalam PSC Pakatan menyokong penuh hasrat ini satu perkembanagn baru dalam sistem pilihan raya kita malah mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan tanpa meletakkan sebarang syarat. "Kita mengatakan bahawa dengan suasana komunikasi dan media hari ini rakyat di luar negara lebih mengetahui perkembangan Malaysia daripada sebahagian rakyat Malaysia sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Tak perlu pinda undang-undang baru Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk meminda Akta Pilihan Raya sebaliknya beliau berkata, SPR hanya perlu meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. katanya, SPR hanya perlu menambahkan peruntukan dalam peraturan sedia ada bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum ke-13. "SPR tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya, sebaliknya mereka perlu meminda peraturan-peraturan untuk pendaftar pemilih dan pengundian pos. “SPR hanya perlu memasukkan kategori ke dalam peraturan tersebut untuk membolehkan mereka mengundi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah. Anthony juga menyifatkan pindaan akta itu sebagai membazir masa kerana mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan. "SPR membazir masa jika mahu meminda akta. Published with Blogger-droid v2.0.6 |
You are subscribed to email updates from Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan