Pakatan Rakyat |
Posted: 18 Jun 2011 03:26 PM PDT | PAS cabar Rais, buktikan serangan siber ada kaitan Bersih 2.0 Posted: 18 Jun 2011 02:24 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS pusat mencabar pentadbiran Najib membuktikan "fitnah" anggota Kabinetnya, yang semalam mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya baru-baru ini, ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara. Kata Rais, beliau juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais. Menegaskan pendirian mereka, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Rais, didakwa menyalahgunakan kuasa beliau sebagai anggota jemaah menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata. "Amat buruk dan sangat tidak profesional bila mana seorang menteri berkelakuan begini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sehubungan itu Riduan berkata, pihaknya mencadangkan penganjur Bersih 2.0 membuat laporan polis dan menyaman menteri terbabit atas kenyataannya dikeluarkan semalam. "DPPM menasihatkan pihak kerajaan membuat siasatan terperinci terhadap serangan siber itu dan mendedahkan hasilnya kepada rakyat. "Kerajaan yang membelanjakan bilion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber harus menjawab kepada rakyat bagaimana dengan begitu mudah laman-laman berkenaan diserang hingga menyusahkan ramai pihak," kata Riduan lagi. Riduan juga mahu kerajaan mempertingkatkan sistem keselamatan siber negara dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk menyampaikan pandangan mereka melalui medium alternatif ini. | Bersih: Komen Rais kaitkan serangan siber tak masuk akal, kata Ambiga Posted: 18 Jun 2011 02:23 AM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menyangkal dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil menafikan sebarang kaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 dengan siri serangan siber ke atas laman web kerajaan dan swasta sejak Selasa lalu. "Ia sangat tidak berasas, tidak munasabah dan tidak masuk akal bagi seorang anggota Kabinet membuat dakwaan ini, yang seharusnya lebih menyedari daripada membuat dakwaan liar seperti itu," kata Ambiga (gambar) kepada The Malaysian Insider. Justeru kata beliau, komen Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan sahaja tidak adil kepada Bersih 2.0 tetapi juga ke atas rakyat Malaysia yang mempunyai hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman. "Saya sangat terkejut dengan (kenyataan) meracau beberapa anggota pentadbiran terhadap Bersih 2.0 dan usaha-usaha mereka memperlekehkan Bersih dan saya melihat komen Rais Yatim ini salah satu daripadanya. "Saya melihat yang ini satu serangan ke atas orang ramai dan adalah sesuatu yang memalukan bagi mereka memilih (cara) ini daripada mendengar (suara) rakyat," kata bekas presiden Majlis Peguam ini. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak Selasa lalu ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara. Kata Rais, beliau juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais. Dalam satu kenyataan awal hari ini, Dewan Pemuda PAS pusat mencabar pentadbiran Najib membuktikan "fitnah" anggota Kabinetnya, yang semalam mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya baru-baru ini, ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0. Menegaskan pendirian mereka, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Rais, didakwa menyalahgunakan kuasa beliau sebagai anggota jemaah menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata. Dalam pendiriannya hari ini, Ambiga juga mengecam reaksi melampau pihak-pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan menasihatkan Putrajaya agar memikirkan semula pendekatan mereka terhadap masyarakat madani. Tambah beliau, pentadbiran Najib seharusnya belajar daripada kerajaan Singapura yang melahirkan pendirian sanggup mendengar suara rakyat selepas pilihan raya umum baru-baru ini. "Apa yang Bersih mahukan ialah standard tinggi pilihan raya. Kami mahukan pilihan raya bersih. Sekarang, adakah sesuatu sangat melampau untuk meminta perkara itu?" kata Ambiga. | Bersih 2.0 sambut baik pendirian Pemuda Umno berhimpun 9 Julai Posted: 18 Jun 2011 02:22 AM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR — Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengalu-alukan pendirian Pemuda Umno yang turut memutuskan untuk mengadakan perhimpunan berkaitan pilihan raya bebas di negara pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini. Pemuda Umno mengambil keputusan itu kelmarin, tetapi tidak akan menyertai pendekatan Bersih 2.0. Perkasa dengan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan yang sealiran dengannya membantah Himpunan Bersih 2.0. Ambiga menyifatkan pendirian Pemuda Umno itu menunjukkan bahawa amalan demokrasi semakin berkembang di Malaysia. "Sesuatu melegakan apabila membaca komen (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin yang sedar bahawa hak untuk berhimpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. Ambiga, seorang peguam berkata, beliau menyokong pendirian Khairy meskipun kedua-dua mereka berbeza pandangan. Bekas pengerusi Majlis Peguam itu menekankan bahawa beliau menyokong kerana Khairy juga mahukan hak berhimpun secara aman dan tanpa kekerasan, dan "hak yang sama kami amalkan." Semalam, Khairy yang menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menerajui Pemuda Umno sejak 2009, menegaskan pihaknya tidak bimbang dengan amaran Menteri Dalam Negeri itu bahawa mereka akan berhadapan dengan risiko jika meneruskan keputusan mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tanpa permit polis. Tegas Khairy, Hishammuddin boleh mengatakan apa saja yang beliau mahukan tetapi Pemuda akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan. | MB Selangor Yakin Bersih 2.0 Berlangsung Dengan Aman Posted: 18 Jun 2011 02:06 AM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad SELAYANG : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan akan berlangsung secara tertib dan aman. Ujarnya, negara yang mengamalkan prinsip demokrasi seperti Malaysia tidak wajar menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. "Pakatan Rakyat bersetuju dengan NGO untuk memperjuangkan hak rakyat di negara ini dan kita berharap makin lama rakyat makin matang untuk membenarkan masyarakat bersuara tapi dengan cara tertib dan aman,"katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan cek kepada penduduk Kg Kok Doh, Bandar Baru Selayang di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak, di sini, hari ini. Khalid turut menegaskan sekiranya kerajaan mahupun polis terus mengganggu perhimpunan yang dijadual berlangsung secara aman ini, ia hakikatnya hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat. "Perkara ini tidak boleh ditahan, lagi kita tahan, jika terlalu banyak undang-undang yang terlalu ketat seperti di Mesir, apa jadi? Rakyat memberontak, itu sebagai contoh. Jika kita bagi peluang untuk rakyat bersuara dengan keadaan yang tertib dan aman itu adalah lebih baik daripada menyekat mereka,"jelas Khalid. Menurut Khalid, beliau difahamkan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih atau singkatannya Bersih akan menulis surat kepada Polis di-Raja Malaysia bagi mendapatkan permit supaya tiada kejadian dan ketegangan berlaku ketika perhimpunan berlangsung. Perhimpunan Bersih sebelum ini telah dianjurkan pada tahun 2007 di Dataran Merdeka yang disertai oleh 100, 000 orang. Bersih 2.0 menuntut tujuh perkara iaitu pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21, reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali, capaian media aliran utama untuk parti pembangkang, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya dan menghapuskan rasuah pilihan raya. | Selangor Mantap Institusi Pendidikan, Capai Visi Negeri Idaman Posted: 18 Jun 2011 02:04 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha menjadikan negeri ini sebagai hab ilmuan atau pendidikan untuk mencapai visi menjadi sebuah negeri idaman, maju, sejahtera serta berkebajikan. Justeru penganjuran Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 pada 26 Jun nanti adalah inisiatif serta langkah kritikal kerajaan negeri bagi memastikan ilmu itu dimartabatkan di tahap tertinggi. Dalam satu tembubual eksklusif krew TV Selangor dan Selangor Kini bersama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, beliau menjelaskan Hari Ilmu Selangor yang dianjurkan sejak tahun lepas menerima sambutan menggalakkan malah berjaya mengumpulkan kira-kira 15,271 pembaca berdaftar menerusi program Gerakan Membaca Perdana. "Tahun ini kita melangkah satu tahap ke hadapan di mana kita berjaya mencetuskan budaya membaca sedikit sebanyak di kalangan rakyat Selangor. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kita memerlukan bahan bacaan untuk dibaca dan bahan-bahan itu bercirikan tempatan. Kita mahu rakyat di Selangor dan Malaysia menulis supaya hasil karya mereka ini boleh memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan Malaysia amnya,"katanya. Beliau berkata, antara program yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah Perhimpunan dan Konvensyen Penulis, kempen 15 minit "Reading Break" atau "Reading Hour" dan Pesta Buku Selangor bermula 24 Jun sehingga 3 Julai. Dr Halimah berkata, kempen 15 minit Reading Break itu memperuntukkan semua rakyat Selangor termasuk pimpinan tertinggi untuk berhenti membaca secara serentak. Katanya, kempen yang akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun itu akan memberi impak khususnya kepada kanak-kanak dan remaja untuk memupuk minat membaca sama ada bahan ilmiah, buku cerita dan sebagainya. "Kempen untuk membaca itu diadakan di peringkat negeri Selangor. Jadi kita mengharap ia dilakukan secara berterusan di seluruh daerah cuma mungkin di lain-lain waktu. Kita ada 94 buah perpustakaan seluruh Selangor. "Kita mahu semua perpustakaan ini menjadi nadi sehingga boleh mencetuskan bacathon. Perpustakaan ini akan menjadi nadi kempen membaca sepanjang tahun,"ujar Halimah. Menyentuh mengenai konvensyen penulis yang merupakan salah satu agenda dalam program Hari Ilmu nanti, Dr Halimah menjelaskan ia bakal mengumpul dan mempertemukan penulis-penulis dari pelbagai peringkat seperti penulis buku profesional mahupun amatur, kolumnis, penulis bebas, penulis buku teks dan bloggers. Penulis dicadang mengemukakan esei "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan berkebajikan bagi penghasilan Buku Mega Perdana yang merupaka kesinambungan Gerakan Menulis Perdana yang dilancarkan tahun lalu. "Konsepnya adalah kita memberi satu ruang untuk bertemu dan berbincang sebagai penulis. Kita akan adakan dialog bersama pimpinan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri di mana mereka boleh mengetahui cara mempertingkatkan mutu penulisan, mempergiatkan penulisan dan mencetuskan minat di kalangan orang muda,"ujar beliau lagi. Di samping itu, Dr Halimah turut menegaskan kerajaan negeri Selangor di bawah Exco Pembangunan Modal Insan sentiasa memandang penulis sebagai aset penting yang berupaya mentransformasikan masyarakat berikutan idea penulisan yang dilontarkan mengandungi pengajaran serta nilai murni. "Kita beri peluang pada penulis untuk luahkan apa masalah, mungkin tidak dihargai atau dipingirkan. Hasil daripada itu nanti kita akan cadangkan pada kerajaan negeri nanti untuk mendengar dan mempertimbangkan hasrat daripada penulis. Kita nak dengar luahan hati penulis kerana belum pernah lagi kerajaan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan masalah mereka,"katanya. Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 akan dirasmikan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 26 Jun nanti dan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). | Rais Mengigau, Kaitkan Bersih 2.0 Dengan Serangan Siber-Mat Sabu Posted: 18 Jun 2011 02:03 AM PDT Ditulis oleh Salmiah Drahsin SHAH ALAM : Cubaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 dan serangan siber ke atas laman-laman web kerajaan, tidak berasas sama sekali. Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dihubungi Tv Selangor sebaliknya menyifatkan Rais sebagai mengigau apabila menyifatkan serangan siber yang menyasarkan laman sesawang milik kerajaan dan agensinya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih. " Saya tidak nampak langsung di mana relevannya itu. Barang kali Rais, dia mengigau,"katanya. Rais yang dipetik Bernama berkata, serangan siber oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada hubung kait dengan penganjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Malah Rais menyifatkan serangan itu jelas bermotif politik dan bertujuan untuk melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan. Namun menurut Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, penggodaman laman web kerajaan yang bermula Khamis lalu bersifat baru sedangkan himpunan Bersih 2.0 sudah dicanang sejak sekian lama. " Perhimpunan Bersih ini, NGO telah menghebahkannya kepada awam begitu lama dan lebih banyak kita turun ke bawah memberi penerangan di samping menggunakan laman web yang tidaklah sebanyak mana,"tegas beliau, justeru menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan Rais itu. Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks. Rais semalam mengakui 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara. | PRU 13 : Keadilan Letak Pemuda Di Barisan Hadapan Perangi BN Posted: 18 Jun 2011 01:59 AM PDT Ditulis oleh Afix Redzuan KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal merangka strategi yang lebih ampuh dalam usaha mendepani Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, konvensyen pilihan raya PKR yang diadakan esok adalah untuk memastikan tema 'Demi Rakyat' yang dibawakan parti itu diperincikan secara jelas kepada jentera parti dan menggunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk merangka pelbagai strategi. "Ketika inilah PKR menawarkan tema 'Demi Rakyat', yang paling mudah untuk kita faham adalah satu tema yang bakal menaungi semua kempen dan pembinaan dasar parti yang berteraskan rakyat, people centre," katanya kepada Tv Selangor. Jelasnya lagi, jentera parti merupakan juzuk penting dalam menghadapi pilihan raya dan konvensyen yang pertama kalinya diperkenalkan ini memberikan mandat sepenuhnya kepada pemimpin muda untuk mengetuai strategi pilihan raya dengan memfokuskan kumpulan sasar kawasan bandar dan pinggiran bandar. "Keistimewaan konvensyen ini adalah pimpinan parti memberikan mandat sepenuhnya kepada pimpinan muda untuk melaksanakannya. Mereka yang mengolah tema kempen, mengenalpasti isu, merangka strategi, membina jentera dan sebagainya. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menyerahkan kepercayaan kepada pasukan muda ini," katanya. Beliau menambah, kumpulan anak muda perlu diberikan tumpuan utama di samping dengan penekanan penggunaan media baru seperti Facebook dan Twitter yang dilihat berjaya menyalurkan maklumat alternatif kepada rakyat. "Adalah sangat jelas kelompok utama PKR adalah kelompok anak muda yang layak mengundi. Mereka mewakili lebih 30 peratus golongan yang layak mengundi. Mereka merupakan golongan yang celik maklumat. Sebab itu strategi kempen akan memberikan penekanan penggunaan media baru. 9.5 juta anak muda yang aktif dengan Facebook sehingga menyebabkan graf pembaca media tradisi semakin menjunam," katanya. Menurut Saifuddin lagi, strategi sebegini akan menjadikan gerak kerja jentera pilihan raya lebih tersusun dan dapat memberikan fokus sepenuhnya di kawasan yang ditandingi. Pada pertama kali Parti Keadilan Rakyat menyertai pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004, parti mengetengahkan tema 'Ke Arah Malaysia Yang Lebih Adil' dan pada tahun 2008 'Harapan Baru Untuk Malaysia'. | Nga Kor Ming: Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion? Posted: 18 Jun 2011 01:58 AM PDT MERDEKA REVIEW Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion. Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi. Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming (gambar kanan) hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan. Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan. Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung. Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini. Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan. *Kenyataan dari Nga Kor Ming selaku Setiausaha Negeri DAP, ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping. | Kes Aminul: Siasatan forensik tak ikut prosedur Posted: 18 Jun 2011 01:52 AM PDT Seorang saksi berpendapat pasukan forensik tidak mendapatkan hasil keputusan tepat dalam siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan. Bekas Ketua Unit Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Amidon Anan berkata siasatan keseluruhan pasukan itu gagal mengguna pakai beberapa amalan seperti pemprosesan kesan belerang dari tembakan (GSR) yang dilepaskan pada hari kejadian. Selain itu, katanya, kegagalan pasukan forensik membuat lakonan semula kejadian turut menyumbang kepada kegagalan menghasilkan keputusan yang jitu dalam kes itu. Katanya amalan mengutip kelongsong peluru dua atau tiga hari selepas kejadian seperti yang dilakukan oleh pasukan forensik dalam kes tersebut jelas tidak mengikut amalan biasa sains forensik. Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Salim Bashir yang mewakili tertuduh dalam kes itu, Koperal Jenain Subi di Mahkamah Sesyen di Shah Alam, semalam. "Dalam kes melibatkan penggunaan senjata api yang melepaskan tembakan, tidak kira pada bila-bila masa kelongsong yang telah dilepaskan dari apa jua jenis tembakan seharusnya dikutip atau dikumpul secepat mungkin bagi mengelakkan ia terjejas akibat dipijak atau dilenyek oleh kenderaan. "Jika protokol atau SOP tidak diikuti maka ia akan jejaskan keputusan ujian balistik menyebabkan kita tidak akan dapat mempastikan dari senjata mana kelongsong-kelongsong peluru itu dilepaskan," katanya. Jenain, 48, diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Shah Alam, pada 26 April 2010. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka akibat tembakan di kepala. Saksi kedua pembelaan itu berkata lakonan semula kejadian amat perlu dilakukan oleh pasukan forensik bagi menentukan kesahihan berlakunya sesuatu kejadian jenayah. Amidon menjelaskan lakonan semula kejadian dalam kes itu adalah bertujuan mengenalpasti arah tembakan dilepaskan, arah kemasukan peluru, jarak tembakan dan kedudukan penembak. "Dalam kes ini, pasukan forensik tidak lakukan apa-apa lakonan semula, cuma pihak Jabatan Kimia yang melakukan trajektori lakonan semula. Bagaimanapun trajektori Jabatan Kimia tidak banyak sokong perjalanan anak peluru dan memberi keputusan yang tepat," katanya. Ketika ditanya ke arah mana tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, Amidon berkata berdasarkan pemerhatian ke atas gambar-gambar yang dibekalkan kepadanya, jelas sekali tembakan yang dilepaskan disasarkan ke arah bahagian bawah belakang kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid. Katanya CSI hanya menyiasat kereta mangsa manakala kereta peronda polis di tempat kejadian tidak disiasat oleh pasukan forensik. "Dalam kes ini, apa kesimpulan awak terhadap siasatan pasukan forensik," soal Salim dan Amidon menjawab: "Berdasarkan gambar-gambar dan dokumen berkenaan, amalan sains forensik tidak banyak digunakan dalam siasatan kes ini. "Jika digunakan, kita akan dapat kaitkan si penembak kepada GSR, kepada cermin kereta, kepada headrest yang mana keputusannya saya anggap adalah tepat," kata Amidon. Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung 24 Jun ini. | Pekida lonjakkan kutipan KL Gangster? Posted: 18 Jun 2011 01:50 AM PDT Norsyafinas Ahmad Sukri Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line". Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam. Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia. Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung. Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida. "Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang." Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak. Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan. Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan. Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial. Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI). Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul. Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat. Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme. Cinta cengeng KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara. Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu. Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng. Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik. Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap. Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan. Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan. | Syiah saman Utusan, JAIS, Khusrin Posted: 18 Jun 2011 01:48 AM PDT Jimadie Shah Othman Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz akhirnya menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi atas alasan memfitnahnya. Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu. Laporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya. Sehubungan itu, Mohd Kamil sebagai plaintif percaya bahawa kenyataan itu menggambarkannya sebagai pengikut Syiah yang menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan darahnya halal dan/atau boleh dibunuh. Menurutnya, kenyataan Khusrin juga membawa makna plaintif adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya dari ajaran sesat; pengikut ajaran Syiah yang sesat dari ajaran Islam; dan seorang Islam yang tidak beriman dengan kewajipan mengerjakan haji. Khusrin kini merupakan setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor. Dalam writ saman itu, Mohd Kamil berkata, penyiaran kenyataan tersebut menyebabnya menanggung malu dan aib yang amat berat dan juga kesengsaraan dari segi maruah, air muka, kredibiliti, karakter dan reputasi. Tuntut siar maaf 3 hari Utusan juga didakwa menerbitkan kenyataan itu tanpa usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita dan melariskan akhbar tersebut. Tindakan itu bagi mendapat faedah kewangan tanpa mengambil berat reputasi, maruah dan harga diri plaintif. Sementara JAIS pula didakwa bertanggungjawab atas segala tindakan dan perbuatan yang Khusrin. Utusan dinamanakan sebagai defendan pertama, Khusrin sebagai defendan kedua dan JAIS pula sebagai defendan ketiga. Mohd Kamil juga mendakwa telah dua kali menghantar notis meminta defendan-defendan menarik balik tuduhan itu, meminta maaf dan membayar gantirugi. Sehubungan itu, Mohd Kamil menarik balik tuduhan fitnah dan memohon maaf yang disiarkan di muka hadapan Utusan selama tiga hari dan memberikan gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, kos dan lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah. Mohd Kamil diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin daripada tetuan Mohamed Hanipa & Associates. | PAS Kelantan haramkan Utusan Malaysia Posted: 18 Jun 2011 01:46 AM PDT Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta. Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari, berkata keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama. Semalam, PAS melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur berkenaan. Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol. Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.Mangsa politik Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi." Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu. Dialognya berbunyi "Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!" Sementara itu, Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim hari ini membidas kerajaan PAS Kelantan kerana menjadikan media sebagai mangsa politik dengan mengharamkan Utusan membuat liputan pada majlis rasminya. Timbalan Presidennya Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata tindakan itu tidak melambangkan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi. "Seharusnya PAS Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan. Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan PAS menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?," katanya. Mohd Harris berkata tindakan PAS tersebut adalah tidak adil bagi wakil Utusan di Kelantan yang tidak terbabit dengan penyiaran karikatur berkenaan. "Ini bukan salah wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, mereka bukannya pelukis karikatur itu tetapi ianya dilakukan oleh ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Apakah rasional diharamkan mereka membuat liputan majlis kerajaan negeri," katanya. | Rais: Kerajaan tak gentar dengan 'Anonymous' Posted: 18 Jun 2011 01:44 AM PDT Kerajaan tidak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam yang menyerang 198 laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan sejak lima hari lalu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Katanya Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu. Beliau memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar 'Anonymous' itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenalpasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu. "Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air," katanya kepada pemberita selepas memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, D'sury mementang Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di Rawang, hari ini. Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam. | P'raya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari Posted: 18 Jun 2011 01:38 AM PDT Hazlan Zakaria Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang. "Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan. "Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini. Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain. "Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan. "Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri," kata Abdul Aziz. Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan. "Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam," katanya.Fatwa Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing. "Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu," katanya. Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan. Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut. Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP. Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008. Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian. | Memperingati Mala Petaka Rakyat Malaya 18 Jun Posted: 18 Jun 2011 01:35 AM PDT
| KDN mesti bertanggungjawab isu bogel pelancong Posted: 18 Jun 2011 01:33 AM PDT
| 711 peneroka Jengka pula saman Felda Posted: 18 Jun 2011 01:32 AM PDT
| Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini Posted: 18 Jun 2011 01:29 AM PDT
| Perubahan agak besar PAS Kelantan Posted: 18 Jun 2011 01:27 AM PDT
| Utusan: Kalau jahil jangan pula berlagak alim Posted: 18 Jun 2011 01:26 AM PDT
| Kerusi Melayu: Cabaran besar PAS pada PRU 13 Posted: 18 Jun 2011 01:25 AM PDT
| Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0 Posted: 18 Jun 2011 01:20 AM PDT
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Rais (gambar) juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digoda. Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais dipetik Bernama Online. Tambah beliau, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan."Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di sini, hari ini. Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar." Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan. Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius. Menyentuh mengenai mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini, Rais berkata jemaah menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan siber dan kes-kes yang dianggap sebagai berprofil tinggi seperti menghina agama Islam, hasutan terhadap kaum dan mencerca dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu. Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak. | Khairy: Himpunan 9 Julai Pemuda Umno tetap diadakan Posted: 17 Jun 2011 09:15 PM PDT TERKINI Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR — Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan perhimpunan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, pada tarikh yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan meskipun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran polis akan bertindak terhadap mana-mana perhimpunan tidak sah. Ketua Pemuda Umno (gambar) dan Barisan Nasional ini berkata Hishammuddin, yang mengetuai pergerakan itu sebelum ini, boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan meneruskan rancangannya tidak kisah apa yang bakal berlaku. "Pemuda saya dan saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja implikasinya. Ini Malaysia baru. "Kami ada hak untuk berhimpun, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan (Persekutuan). Pemuda Umno akan berarak 9 Julai. Itu sahaja," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Terdahulu, Hishammuddin berkata Pemuda Umno akan berdepan tindakan sekiranya mereka meneruskan cadangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini. Hishammuddin berkata tiada sesiapapun yang melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain. | Himpunan Pemuda Umno pun haram, kata Hishamuddin Posted: 17 Jun 2011 09:10 PM PDT Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani KUALA LUMPUR — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekali menegaskan mana-mana perhimpunan tanpa permit dianggap haram termasuk protes yang dirancang oleh Pemuda Umno untuk membantah Himpunan Bersih 2.0. Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini untuk "memperkukuh sistem demokrasi". Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas turut diadakan pada hari sama. Selain itu, Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang himpunan Bersih 2.0. Hishammuddin (gambar), bekas ketua Pemuda Umno berkata, keputusan sayap pemuda parti Melayu itu tidak mewakili keseluruhan pendirian parti. "Bila ia tiba tidak kisah sama ada saya bekas ketua Pemuda atau tidak. Mereka harus berdepan dengan akibat daripada tindakan itu... dan ia semata-mata pendirian Pemuda," kata Naib Presiden Umno kepada pemberita. "Mereka akan berdepan dengan polis. Saya berharap mereka melakukan perkara sama. Kami melihat ia dari sudut yang sah dan tiada sesiapa yang akan terlepas dari undang-undang," tambah beliau. Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan itu akan bertembung pada hari dan berarak ke Istana Negara. Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan Bersih 2.0 dan Perkasa. Pakatan Raktyat dan aktivis parti telah bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0, yang mana ia pertama kali diadakan pada 2007 dan dilaporkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, polis telah menyuraikan perhimpunan itu dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air. PAS berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta tahun ini dan berharap sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini. | Perkasa: 'Tak kisah jika Pemuda Umno mahu cabar sendiri Bersih' Posted: 17 Jun 2011 09:09 PM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR — Perkasa yang mendakwa mengetuai lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tidak kisah jika Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan berasingan pada 9 Julai ini, hari yang ditetapkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. Sehubungan itu kepimpinan Perkasa tidak mahu menyertai mana-mana pertubuhan politik yang menganjurkan tindakan sedemikian walaupun matlamat adalah sama. "Pada saya, kita anggap ia usaha yang bagus untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0, tetapi kami tidak akan sertai mana-mana parti politik... terpulang kalau mereka mahu buat secara berasingan," kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ketika dihubungi tengah malam tadi selepas pihaknya merumuskan program Gerakan Aman 9 Julai, yang akan dilancarkan petang esok. Gerakan Aman itu, yang akan dilancarkan di Kelab Sultan Sulaiman di sini, dianjurkan Perkasa dan sekumpulan NGO bagi mengadakan siri program bagi memaksa Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan 9 Julai. Perkasa berkata pihaknya juga akan turun ke jalan untuk berarak jika Bersih 2.0 tidak membatalkan hasrat mereka. Bermakna tiga pihak — Pemuda Umno, Perkasa dan Bersih 2.0 dilihat akan berhimpun di ibu negara pada 9 Julai ini. Syed Hassan menambah, oleh kerana dari awal-awal lagi Pemuda Umno sudah mengatakan bahawa mereka hendak mengadakan perhimpunan balas menentang Bersih 2.0 secara berasingan, maka "kami, pertubuhan bukan kerajaan memutuskan untuk mengadakan usaha menghalang Bersih 2.0." "Kami tidak kisah jika Pemuda Umno mahu buat perhimpunan sendiri (menentang Bersih 2.0), terserah kepada mereka. Kami akan buat usaha kami," katanya lagi tetapi menimbulkan persoalan mengapa baru sekarang sayap Umno itu kelihatan mahu mengadakan perhimpunan dan perarakan seumpama itu. Katanya, Pemuda Umno tidak mengambil pendekatan sedemikian dalam banyak isu menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam sebelum ini. "Perkasa akan bersama pertubuhan bukan kerajaan, kami tidak akan sertai perhimpunan anjuran Pemuda Umno... kami hendak bertindak sebagai NGO," kata Syed Hassan lagi. Ketika ditanya sama ada Perkasa, yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Datuk Ibrahim Ali, akan mengundang Pemuda Umno agar menyertai usaha mereka, Syed Hassan berkata: "Mereka dari awal sudah kata hendak buat perhimpunan sendiri. Jadi, buat apa nak kami hubungi mereka. Kalau mereka mahu, mereka boleh menghubungi kami." "Kami akan meneruskan tindakan kami sehingga Bersih 2.0 dibatalkan. Jika tidak dibatalkan, kami juga akan adakan perarakan, tetapi kami akan buat sendiri... bukan bersama Pemuda Umno," kata Syed Hassan. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan sekiranya mereka meneruskan cadangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini. Hishammuddin yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata, tiada sesiapapun yang melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain. Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa pergerakan itu juga akan mengadakan perhimpunan 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi menyokong sistem demokrasi serta peranan dan pembaharuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya. Hishammuddin dilaporkan berkata keputusan untuk menganjurkan perhimpunan itu merupakan keputusan jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno. Justeru kata Naib Presiden Umno itu, ia merupakan pendirian Pemuda dan bukan Umno secara keseluruhan. | ||||||||||||||
Posted: 18 Jun 2011 03:14 PM PDT Bersih: Komen Rais kaitkan serangan siber tak masuk akal, kata Ambiga Oleh Debra Chong June 18, 2011 KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menyangkal dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil menafikan sebarang kaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 dengan siri serangan siber ke atas laman web kerajaan dan swasta sejak Rabu lalu. "Ia sangat tidak berasas, tidak munasabah dan tidak masuk akal bagi seorang anggota Kabinet membuat dakwaan ini, yang seharusnya lebih menyedari daripada membuat dakwaan liar seperti itu," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. Justeru kata beliau, komen Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan sahaja tidak adil kepada Bersih 2.0 tetapi juga ke atas rakyat Malaysia yang mempunyai hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman. "Saya sangat terkejut dengan (kenyataan) meracau beberapa anggota pentadbiran terhadap Bersih 2.0 dan usaha-usaha mereka memperlekehkan Bersih dan saya melihat komen Rais Yatim ini salah satu daripadanya. "Saya melihat yang ini satu serangan ke atas orang ramai dan adalah sesuatu yang memalukan bagi mereka memilih (cara) ini daripada mendengar (suara) rakyat," kata bekas presiden Majlis Peguam ini. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak Rabu lalu ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara. Kata Rais, beliau juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais. Dalam satu kenyataan awal hari ini, Dewan Pemuda PAS pusat mencabar pentadbiran Najib membuktikan "fitnah" anggota Kabinetnya, yang semalam mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya baru-baru ini, ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0. Menegaskan pendirian mereka, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Rais, didakwa menyalahgunakan kuasa beliau sebagai anggota jemaah menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata. Dalam pendiriannya hari ini, Ambiga juga mengecam reaksi melampau pihak-pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan menasihatkan Putrajaya agar memikirkan semula pendekatan mereka terhadap masyarakat madani. Tambah beliau, pentadbiran Najib seharusnya belajar daripada kerajaan Singapura yang melahirkan pendirian sanggup mendengar suara rakyat selepas pilihan raya umum baru-baru ini. "Apa yang Bersih mahukan ialah standard tinggi pilihan raya. Kami mahukan pilihan raya bersih. Sekarang, adakah sesuatu sangat melampau untuk meminta perkara itu?" kata Ambiga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan