Ahad, 23 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Zulkifli Noordin

Posted: 22 Jan 2011 09:10 PM PST

Zulkifli Noordin


RAMPASAN KUASA "DI-RAJA"!

Posted: 22 Jan 2011 02:55 AM PST

(Papa, itu kedai Yong Tau FOO ala yual sup yangoat kah?
Aiya Ah Cheng, itu yangoat Ah Kim sulah lelong loh!
)

Salam 2 all.

Teman naik hairan dengan gelagat segelintir pak jangoat yang beriya-iya mempertahankan parti cauvinis dan rasis DAP kononnya mahu mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu dengan cadangan pindaan Undang-Undang Perlembagaan Selangor Isnin ini. Kononnya DAP mahu kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri & Pegawai Kewangan Negeri dikembalikan semula kepada Tuanku Sultan Selangor.

Dan bila teman tanya dah baca ke deraf cadangan pindaan itu, para pak jangoat ni kata tak payah, sebab Mr. Boneka dah kata macam tu dalam surat khabar dema! Teman tanya mike ni betul-betul percaya ke dengan temberang ni? DAP nak kembalikan kuasa Tuanku Sultan?! Iblis & syaitan pun menangis dengar cerita ni yop! Sebab iblis & syaitan pun tak berani nak menipu & berbohong macam tu. Dan bertambah kuat raungan iblis & syaitan bila ada segelintir pak jangoat yang percaya parti cauvinis dan rasis ini nak kembalikan kuasa Raja-Raja Melayu!?

Mari kita tengok deraf pindaan tersebut. Teman belum mendapat salinan rasmi deraf tersebut. Malahan ada diantara ADUN yang belum menerima pun deraf tersebut sampai kini. Cuba bayang yop, pindaan sebesar perlembagaan ini, sampai sekarang deraf rasminya ada yang masih tak terima lagi. Jangankan bincang, salinan pun tak dapat lagi! Tapi ada orang yang teman tidak kenali memaklumkan kepada teman bahawa cadangan derafnya adalah saperti berikut bunyinya:

"It is hereby encated by the Legislature of the State of Selangor as follows:

1. This Enactment may be cited as the Laws of Selangor (Second Part (Amendment) Enacment 2011.

2. Article 52 of the Second Part of the Laws of the Constitution of Selangor 1959 which this Enacment is refered to as 'the Second Part of the Constitution' is amended -

a. by substituting for the clause (1) the following clause:

1. His Highness shall on the recommendation of the State Service Commission established under Chapter 10 by His Sign Manual and State Seal appoint a person holding whole time office of in the State public Services to be the State Secretary, State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively;

PROVIDED that before acting on the recommendation of the State Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the State Service Commission in order that it may be reconsidered".*

Sengaja teman merahkan, dan boldkan kandungan proviso itu, bukan apa yop, takut ada pak jangoat yang rabun tak nampak. Iyalah, sejak-sejak buat laser mata ni, kekadang mata dema tu berpootar-pooSingh sikit.

Baca balik, dalam menerima cadangan perlantikan SUK, Penasihat Undang-Undang atau Pegawai Kewangan Negeri, Tuanku Sultan Selangor wajib menerima calon pilihan Menteri Besar! Proviso diatas begitu jelas. Dan bila proviso itu dibaca dengan Artikel 54 Undang-Undang Perlembagaan Negeri Selangor yang mewajibkan Tuanku Sultan Selangor menerima pendapat Menteri Besar, sangatlah jelas bahawa cadangan pindaan ini sebenarnya adalah satu penghinaan besar kepada Tuanku Sultan Selangor.

Ini kerana dengan pindaan ini, kuasa mutlak perlantikan SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri & Pegawai Kewangan Negeri adalah ditangan Menteri Besar. Tuanku Sultan Selangor hanya jadi "rubber stamp", tukang cop sahaja. Berselindung disebalik nama & kedudukan Tuanku Selangor, mereka cuba memperkudakan Tuanku Sultan. Pada teman, ini sebenarnya cubaan merampas kuasa yang dibuat secara halus dengan cara memutarbelitkan undang-undang!

Sekurang-kurangnya dalam peruntukkan sekarang, penghormatan dan pengiktirafan diberi kepada Tuanku Selangor. Suruhanjaya Pilihanraya sebagai suatu amalan akan mengemukakan beberapa nama kepada Tuanku Sultan Selangor untuk diperkenan. Tuanku diperingkat ini boleh menolak dan meminta diberi senarai lain. Dan Tuanku boleh mencadangkan nama seseorang yang diperkenan Tuanku. Dan kebiasaannya SPA akan menerima cadangan Tuanku itu. Dan setakat ini belum pernah berlaku SPA tidak menerima perkenan Tuanku Sultan Selangor.

Tetapi dengan cara pootar-pooSingh yang dibuat oleh pembangkang, keadaan menjadi terbalik. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri akan memberi nama calon kepada Tuanku. Tuanku kemudian wajib merujuk kepada Menteri Besar untuk diperkenankan oleh MB. Dan Menteri Besar boleh menolak nama calon itu dan meminta nama orang lain. Dan Tuanku langsung tidak ada kuasa untuk menerima atau menolak "perkenan Menteri Besar" itu. Inilah kesannya proviso pindaan tersebut dibaca dengan Artikel 54. Pendekkata, Tuanku Sultan Selangor wajib menerima perkenan Menteri Besar dalam menerima cadangan perlantikan SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri & Pegawai Kewangan Negeri!

Teman berharap rakyat Selangor dapat melihat dengan jelas permainan politik sempit, cauvinis dan rasis ini. Pada teman, ini sebenarnya cara halus DAP mahu merampas kuasa Raja-Raja Melayu. Bukan sahaja kuasa Raja Melayu dirampas puak cauvinis dan rasis ini, malah Raja Melayu dihina untuk diperkudakan. Kalau itu pun rakyat Selangor tidak nampak, dan masih lagi dengan sikap summum bukmum 'umyum fahum - buta, pekak dan bisu - hanya yang mampu teman sebut - nasyib kau lah yeh!!

Sekali lagi teman ingin peringatkan amaran ALLAH didalam Surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian itu (para kaafirun) tidak akan redho dengan kamu (wahai umat Islam) buat selama-lamanya selagi kamu tidak menurut kehendak dan cara kehidupan kufur mereka. Katakanlah, petnjuk ALLAH (Al Quran itu) adalah petunjuk yang sebenarnya. Tetapi jika kamu memilih untuk menurut cara kaafirun itu, terpulanglah kepada kamu, tetapi ALLAH tidak akan menjadi pembantu dan penolong kamu".

Dan kalau para pak jangoat masih ada lagi kesamaran dan kekeliruan, biar teman ulang lagi sekali: kepimpinan DAP itu adalah golongan kaafiir!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Safar 1432
21 Januari 2011

*Nota: sila rujuk nashkah asal dan rasmi deraf cadangan pindaan Undang-Undang Perlembagaan Selangor bila dibentangkan nanti.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 22 Jan 2011 11:31 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Renungkanlah, nasib bekas ADUN Umno di Johor, dulu Doktor

Posted: 22 Jan 2011 07:01 AM PST

Dari Blog Singalautmetro
DI MANA KITA DALAM KES MELUCUTKAN KELAYAKAN DR MOHD AZAM RAUZAN- BEKAS ADUN PENAWAR JOHOR?
LEBIH dua tahun saya memikirkan tentang sesuatu yang bernama keadilan!
Tentang nasib seorang sahabat, seorang doktor perubatan (Dr) bernama Dr Mohd Azam Rauzan yang dilucutkan kelayakan sebagai pengamal perubatan hanya kerana berada dalam keadaan dan masa yang salah, tetapi mempunyai niat di dalam hati yang baik dan murni.

Hanya kerana membantu seorang wanita yang mengandung di luar nikah untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi memastikan nasib si anak terbela, Mohd Azam kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan masa depan sebagai doktor perubatan apabila kelayakannya terus dibatalkan. Dia dianggap telah melakukan kesalahan terlalu besar yang tiada ampunnya di dunia ini. Sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan masa depan manusia yang dilahirkan secara tidak sah, akibat perbuatan terlanjur manusia.

Untuk pengetahuan, Mohd Azam adalah bekas Adun Bandar Penawar di Johor dan kini saya sendiri sebagai sahabat berasa beliau kehilangan banyak sangat perkara di dalam kehidupan ini selepas insiden di luar duga itu. Bagi saya, di mana keadilan untuk beliau, terutama kepada Umno yang pernah dia menjadi hamba, berjuang konon demi untuk bangsa, agama dan negara.

Ketika kita melihat Melaka membina sebuah rumah tersergam indah untuk membela anak-anak yang mengandung di luar nikah, seorang doktor perubatan yang cuba membantu agar perbuatan buang bayi dapat terhindar dengan melaku kesalahan di luar rela, menyediakan sijil kelahiran untuk bayi itu, telah menerima nasib yang amat buruk - dibuang dan kelihatan seperti amat keji oleh semua pihak.

Saya melahirkan kesedihan ini kerana bukan sahaja Mohd Azam pernah menjadi sahabat yang paling karib dalam hidup saya, tetapi kerana sedih ketika kita berusaha menangani masalah buang bayi, nasib beliau yang cuba menjadi antara manusia yang cuba membantu mengatasi masalah itu, tidak langsung dikenang. Sebaliknya dikenakan tindakan yang amat luar biasa hukumannya.

Seolah-olah tiada baik langsung manusia bernama Mohd Azam ini sehingga kelayakannya sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan.

Aneh keadilan sebenarnya, bukan? Saya tidak mahu berbohong, Mohd Azam bukan tiada jasanya kepada Umno, malah tanyakanlah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Mohd Azam ini sebenarnya antara pejuang bangsa yang masih muda dan mempunyai masa depan yang cemerlang.

Benarlah kata orang, kebaikan kadang-kala langsung tiada harga di mata orang! Di mana pimpinan Umno dalam memperjuangkan nasib pemimpin pelapisnya seperti nasib yang menimpa Mohd Azam ini?

Ya...Azam, walaupun kita berlainan ideologi, soal kebenaran adalah milik semua. Aku doakan engkau berbahagia, sama seperti aku. Engkau tentu masih ingat gurauan lama kita. Tentang politik dan kehidupan bukan? Salam buat sahabat yang lama terpisah.

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/di-mana-kita-dalam-kes-melucutkan.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 22 Jan 2011 09:27 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat

Posted: 22 Jan 2011 04:28 AM PST

LABIS 22 JAN : Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.
"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.

Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat.

"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.

"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.," jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.

Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Video-video penamaan calun dun tenang

Posted: 22 Jan 2011 02:40 AM PST









RIBUAN HADIRI PENAMAAN CALON DI TENANG

Posted: 21 Jan 2011 08:52 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut