Ahad, 3 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SIASAH

Posted: 03 Jul 2011 03:18 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI

Dengan 92 peratus undi dikira, parti Puea Thai pimpinan Yingluck Shinawatra kini memenangi 260 daripada 500 kerusi parlimen memperolehi majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Yingluck, ahli perniagaan yang muncul dengan agak tiba-tiba untuk memimpin Puea Thai kini muncul sebagai bakal perdana menteri Thailand yang baharu.

Dalam pilihan raya ini, Puea Thai yang dari semua sudut kelihatan dikawal oleh Thaksin Shinawatra memenuhi jangkaan dengan memperolehi kemenangan yang dijangka oleh pemerhati.

Sejarah terkini pilihan raya tidak menyebelahi Demokrat, parti tertua Thailand yang memperolehi kuasa pada 2008 ekoran keputusan mahkamah perlembagaan mengharamkan pesaingnya, perkembangan yang dinilai memperlihatkan campur tangan meningkat untuk mengekalkan status quo kuasa di negara itu.

Parti berada di pihak bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dilihat berdepan tekanan yang kuat daripada suruhanjaya pilihan raya yang semakin aktif sehingga menimbulkan persoalan bersabit kedudukannya yang sepatutnya neutral.

Kedudukan bertentangan dengan Demokrat juga bermakna penentangan daripada pihak tentera yang mempunyai kedudukan kuat dalam politik Thailand dan istana yang mempunyai hubungan baik dengan elit Demokrat.

Puea Thai perlu memenangi pilihan raya kali ini dengan jumlah kerusi yang cukup untuk menyukarkan entiti-entiti berkuasa dalam negara itu termasuk monarki, tentera dan pihak pemegang kuasa lain daripada menghalangnya menjadi pemerintah, atau melakukan pelbagai tindakan mengekang dan mengganggu.

Puea Thai, dengan slogan "Thaksin fikir, kami laksanakan" jelas tidak menjarakkan diri daripada Thaksin yang disebut-sebut bakal mendapat pengampunan dan kembali ke Thailand sekiranya parti pimpinan adiknya berkuasa.

Hal ini mengundang respons kuat daripada Demokrat, parti Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, yang menyebut pilihan raya ini sebagai peluang "menyingkirkan racun Thaksin dari Thailand."

Abhisit mendakwa kumpulan baju merah yang kini diwakili oleh Puea Thai mempunyai agenda untuk membawa pulang Thaksin.

Pihak tentera telah menunjukkan campur tangan dengan membuat gesaan supaya rakyat memilih calon-calon parti Demokrat. Wujud kebimbangan tentera akan campur tangan pada satu masa untuk menggugat atau menjatuhkan kerajaan pimpinan Puea Thai.

Pengaruh tentera dalam politik Thailand sentiasa menjadi faktor yang penting dan memberi kesan besar, seperti di wilayah majoriti Muslim di selatan dan pertikaian sempadan dengan negara jiran Kemboja.

Dalam kedua-dua kes, tentera berperanan dengan agak bebas dan dilihat berhasrat meneruskan agenda mereka tanpa dipengaruhi kuasa politik yang menjadi pemerintah.

Tetapi kedua-dua Puea Thai dan tentera didakwa cuba mencapai persetujuan agar parti itu dibenarkan memerintah dengan balasan pemimpin tentera yang terlibat dalam keganasan terhadap kumpulan baju merah pada Mac dan Mei tahun lalu mengorbankan lebih 90 orang.

Satu kritikan utama terhadap Puea Thai ialah individu-individu baju merah dikaitkan dengan terorisme yang mempunyai kedudukan berpengaruh dan menjadi calon untuk parti itu.

Protes kumpulan baju kuning dan baju merah yang melumpuhkan Bangkok lebih setahun lalu berpunca daripada Thaksin, tokoh divisif dalam politik Thailand yang terus menjadi isu utama yang membawa negara yang sebelum ini stabil memasuki satu fasa yang sukar, yang belum tentu diselesaikan selepas pilihan raya ini.

Kedua-dua kumpulan telah mengukuhkan perbezaan politik dalam masyarakat Thailand dan menyukarkan usaha perdamaian, serta menjadikan politik lebih keras dengan pembahagian kumpulan yang jelas dan sukar dikompromi.

Protes baju kuning yang anti-Thaksin dan baju merah pro-Thaksin telah melumpuhkan Bangkok dan menjejaskan aktiviti ekonomi. Kumpulan baju merah yang pro-Thaksin pula dikaitkan dengan elemen jenayah.

Selepas pilihan raya ini, pemerhati menjangka protes baju kuning dan merah berpotensi tercetus lagi, terutama sekiranya isu-isu sensitif seperti kepulangan Thaksin dan keganasan pada tahun lalu terus memanaskan suasana.

Satu isu kritikal dalam pilihan raya ini ialah dasar-dasar populis yang kini mendominasi politik Thailand selepas dibawa secara besar-besaran oleh Thaksin.

Thaksin dan parti dikuasainya menerima sokongan ramai, dan menjadi sandaran kepada golongan miskin dan juga kelas pertengahan Thailand sebahagiannya disebabkan tindakan-tindakan populisnya, termasuk bantuan perubahan, bantuan wang tunai dan yang terbaharu, komputer tablet untuk sejuta murid sekolah.

Amalan ini, walaupun bukan sepenuhnya negatif, dan ramai pihak mendapat manfaat, berpotensi mewujudkan persaingan tidak sihat ke arah populisme, tanpa didasari penilaian mendalam dan kemampuan sebenar.

Kejayaan Thaksin memenangi undi ekoran dasar populisnya menjadikan pendekatan ini pilihan utama parti-parti bertanding, sebagai senjata untuk memenangi pilihan raya.

Kedua-dua Demokrat dan Puea Thai kini membawa janji-janji melibatkan perbelanjaan besar, termasuk keretapi laju dan komputer tablet percuma.

Isu pemberian wang tunai kepada orang miskin ialah satu contoh jelas amalan populis yang sukar dibezakan dengan pembelian undi dan merupakan satu eksploitasi yang tidak bertanggungjawab.

Projek pemberian komputer tablet juga menimbulkan persoalan berhubung kos, matlamat dan terhadap keutamaan parti Puea Thai yang sangat rapat dengan komuniti perniagaan.

Kesimpulannya, kedua-dua isu pertembungan baju kuning dengan baju merah dan perlumbaan membawa dasar populis boleh dijadikan pengajaran penting dalam melalui proses politik demokratik.

Parti-parti politik dan kumpulan yang berbeza mempunyai pilihan untuk menumpukan pada perdamaian atau menajamkan lagi perbezaan sehingga politik kumpulan menguasai dan menyukarkan sebarang elemen yang lebih rasional.

Ini memerlukan kompromi dan pertimbangan yang sihat daripada semua pihak terbabit, agar perbezaan tidak menjadi lebih sukar ditangani dan menguasai segenap ruang, dan tidak menguntungkan rakyat secara keseluruhan.

Hal yang sama juga dapat dinilai daripada dasar populis, yang sebahagian besarnya hanya penyelesaian jangka pendek dan tidak menumpukan pada penyelesaian sebenar yang lebih bersifat jangka panjang.

Hal ini dapat diperhatikan juga di Malaysia, apabila pemerintah menyediakan kedai barangan keperluan murah, dan pembangkang menjanjikan untuk menurunkan harga bahan bakar. Kedua-dua ini memberi manfaat kepada rakyat, tetapi pada masa sama tidak sepatutnya digunakan semata-mata untuk meraih undi.

Program lebih komprehensif melibatkan usaha menangani inflasi, ketidakseimbangan pendapatan dan pelbagai isu berkaitan perlu ditangani dengen lebih agresif.

Perlumbaan memenuhi keperluan rakyat perlu wujud supaya rakyat mendapat manfaat daripada proses politik demokrasi, tetapi bukan dasar populis yang hanya bertujuan memenangi undi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 03 Jul 2011 03:10 PM PDT

Pegawai merungut dipaksa hadir program PM

Posted: 03 Jul 2011 06:46 AM PDT

Aslani

KOTA BHARU: Mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti didakwa media harian mencecah 20,000 orang di Pasir Puteh dan Machang semalam, sedangkan sebenarnya penjawat awam dipaksa hadir?

Buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman. Dan kad jemputan tersebut perlu diserah semula sebagai rekod kehadiran.

Ramai ketika ditemui merungut kerana mereka dipaksa seperti budak-budak. Taktik serupa pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Kelantan, sekarang diulang semula Datuk Seri Najib Razak.

Begitu juga program di Machang dikerah semua pelajar UiTM kampus Machang dan kakitangan awam pusat hadir pada program majlis pemimpin bersama rakyat.

Pada majlis makan malam di Wisma Persekutuan pula Umno mengerahkan semua kakitangan pusat dan guru-guru yang tinggal di sekitar Kota Bharu hadir.

Jabatan kerajaan mewajibkan kakitangan yang disenarai hadir, di mana mereka juga perlu menandatangani kedatangan. Ada jabatan mengerahkan sehingga 70 kakitangan hadir. Ada juga jabatan mewajibkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil.

Imam masjid, peniaga dan pemimpin badan bukan kerajaan juga menerima surat jemputan hadir pada program berkenaan.

Wisma Persekutuan yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan pusat seolah-olah menjadi markas Umno kerana dihiasi bendera BN.

Biar pun ramai dikerah hadir pada program di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Pasir Puteh, namun ramai pulang selepas menyerahkan kad jemputan kepada pihak urusetia.

"Saya lihat ramai pulang biar pun Perdana Menteri belum sampai. Ada yang datang ke program itu seawal jam 7 pagi.

"Ketika rombongan Datuk Seri Najib Razak sampai orang ramai yang sudah berbondong-bondong keluar dari pagar sekolah," dakwa seorang penduduk.

Seorang bekas anggota keselamatan pula memberitahu kenyataan Perdana Menteri kononnya keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Umno di majlis itu tidak lebih sebagai gimik politik.

Katanya, orang ramai di Pasir Puteh kenal siapa Raja Abdullah Raja Mahmud yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Kelantan.

"Orang itu bekas tentera dan sekarang berniaga di pasar malam. Dia mahu mengaibkan keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk mempopularkan dirinya," kata beliau.

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu.

Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46.

"PAS Pasir Puteh kesal kerana dia cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz. Saya percaya kalau ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS," katanya.

Sekitar 5,000 hadir

Kata beliau juga kehadiran pada program Perdana Menteri tidak sampai 5,000 orang biar pun media harian yang dekat dengan Umno mendakwa 20,000 orang.

Ketika lawatan di Pasir Puteh juga Perdana Menteri mengunjungi stesen kereta sewa.

Najib dalam ucapannya di situ mendakwa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mahu menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun beroperasi.

Beliau juga berjanji menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh. Hadir sama di majlis itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan ngeri, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

Katanya, PKINK tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.

"Walaupun sebelum ini PKINK mengenakan sedikit bayaran tetapi kini bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

"Apa yang berlaku pernah ada pihak memohon membeli tapak berkenaan untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut ditolak PKINK," katanya di sini.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, Perdana Menteri patut malu apabila orang ramai yang dikatakan hadir meraikan kedatangannya sebenar dipaksa hadir sehingga perlu menandatangani kedatangan.

"Amat malang lawatan yang penting itu hanya dimeriahkan kerahan secara paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

"Buktinya semuanya dibekalkan baju merah terlebih dahulu. Ramai menerima kad jemputan lebih awal supaya hadir di majlis tersebut," ujarnya.

Menurutnya lebih menggelikan hati apabila bangunan kerajaan di Wisma Persekutuan dipenuhi bendera Umno dan BN.

Kata beliau ternyata kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib

Posted: 03 Jul 2011 06:43 AM PDT

M Faqih

PASIR MAS: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik.

Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa.

Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pemimpin yang paling gembira sekarang ialah Muhyiddin kerana Najib sedang berdepan dengan suasana kritikal.

Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri.

"NGO-NGO terbabit sudah merosakkan nama Najib. Mereka secara terbuka menyatakan mahu mewujudkan suasana tegang sehingga Perdana Menteri tidak mampu lagi mengawalnya.

"NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib.

"Sekarang hanya kelihatan Datuk Seri Hishamuddin Hussin sahaja yang beriya-iya mempertahankan Najib," katanya pada ceramah pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Perhubungan PAS, Zulkeli Mamat.

Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad dan wakil-wakil rakyat.

Orang ramai tetap memenuhi ruang padang mini stadium biar pun hujan agak lebat.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena mendakwa Muhyiddin membiarkan Najib keseorangan menyelesaikan isu yang dianggap boleh mencetus ketegangan sekarang.

Katanya juga ketika Bersih 2007 diadakan tiada ketegangan berlaku kerana pada masa itu masalah dalaman Umno tidak ketara seperti sekarang.

Mohamad pula berkata, empat tuntutan Bersih 2007 belum lagi ditunai kerajaan sehingga sekarang.

Tuntutan tersebut iaitu menggunakan dakwat kekal, daftar pengundi secara automatik, menghapus undi pos dan peranan media harian lebih seimbang.

"Sudah lima tahun tuntutan itu dibuat namun sehingga sekarang Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan gagal menunainya sehingga menyebabkan muncul Bersih 2.0," katanya.

Menurutnya juga kemaraan Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya begitu dibimbangi Perdana Menteri sehingga beliau mengajak anak muda mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan itu.

Beliau juga meluah rasa bimbang rampasan baju T, Bersih 2.0 yang dibuat polis sekarang kemungkinan disalah guna pihak lain bagi menimbulkan ketegangan 9 Julai ini.

Husam berkata, dua tahun lalu pemimpin Umno begitu takut dengan baju hitam dan sebelum itu bimbang dengan warna merah.

Namun sekarang pemimpin Umno benar-benar rimas dengan warna kuning.

Beliau juga menjangka 9 Julai ini menjadi detik penting yang mampu menarik perhatian dunia terhadap apa akan berlaku di Malaysia.

PKINK tuntut Bernama, Sinar mohon maaf

Posted: 03 Jul 2011 06:09 AM PDT

Harakahdaily

KOTA BHARUi: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menuntut Bernama.com, Sinar Harian dan radio Kelantan FM memohon maaf ekoran penyiaran laporan berita tidak benar.

Ketua Eksekutif Kumpulan, Mohd Sabri Abdullah berkata, tidak timbul sama sekali kerajaan negeri merampas tapak stesen kereta sewa di Pasir Puteh untuk dijual kepada syarikat swasta.

"Tanah tersebut masih menjadi hak milik PKINK. Kami menegaskan tidak berlaku sebarang penjualan ke atas tanah tersebut pada masa ini kepada mana-mana pihak sebagaimana dilapor media terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bernama semalam dipetik melaporkan "PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh" manakala Sinar Harian pula melaporkan "PM Janji Hentian Teksi Baru" disiarkan hari ini.

Radio Kelantan FM juga menghebahkan berita serupa semalam dengan memetik kenyataan Perdana Menteri, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui PKINK memutus menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh.

Ekoran itu Datuk Seri Najib Razak berjanji menyedia pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh berikutan kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi.

Mohd Sabri berkata, penyiaran berita terbabit dianggap berniat buruk serta menjatuhkan maruah pengerusi, ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan PKINK.

"Kami menuntut media terbabit minta maaf secara bertulis dan terbuka kepada PKINK dengan menyiarkan di muka hadapan.

"Keduanya menarik balik berita sebagaimana yang disiarkan berkaitan perkara tersebut dan membuat pembetulan semula," katanya.

Menurutnya PKINK masih terus membenarkan Persatuan Pemandu Teksi menggunakan tapak tersebut sebagai perhentian teksi sehingga sekarang.

Bersih: BN tak perlu menari ikut pembangkang, kata Muhyiddin

Posted: 03 Jul 2011 06:07 AM PDT

Oleh Melissa Chi


KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak kesahihan Himpunan Bersih 2.0 sambil terus menggambarkan pergerakan itu yang menuntut pembaharuan pilihan raya sebagai alat pembangkang mahu menggulingkan kerajaan.

Kerajaan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, seminggu sebelum ia merancang mengadakan Himpunan Bersih 2.0.

"Mereka menghasut orang ramai agar pergi ke jalan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Mereka tidak menghormati mandat majoriti, tetapi memilih untuk demokrasi jalan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa," kata beliau (gambar) ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2011 di sini hari ini.

Pengerusi Wilayah Persekutuan BN ini berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini hanya satu tipu helah pembangkang sebagaimana didedahkan oleh BN.

"Mereka tahu sokongan rakyat kepada Barisan Nasional, pilihan raya yang demokratik tidak akan menjamin kemenangan mereka.

"Jadi, parti-parti komponen Barisan Nasional tidak perlu menari ikut rentak mereka," katanya lagi.

Muhyiddin bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada kebebasan beraman dan berhimpun dengan aman tetapi "kami tidak fikir orang ramai boleh diperdayakan."

"Orang ramai perlu tahu hasrat sebenar mereka bukan untuk mengadakan perhimpunan aman tetapi mahu mecetuskan huru-hara dengan hasrat untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihan raya demokrasi," katanya lagi.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno memberitahu meskipun BN kalah dalam pilihan raya, parti-parti komponen tidak pernah melanggar peraturan permainan.

Kes bunuh Sosilawati mula esok

Posted: 03 Jul 2011 06:04 AM PDT


SHAH ALAM — Perbicaraan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain akan berlangsung selama tiga bulan di Mahkamah Tinggi di sini bermula esok.

Perbicaraan kes itu, yang mendapat perhatian umum dan liputan meluas media, akan didengar di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dengan kira-kira 50 saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan, demikian menurut laporan Bernama Online.

Kes itu membabitkan bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan, yang mengaku tidak bersalah membunuh Sosilawati, 47 (gambar), pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lot no 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada 30 Ogos tahun lepas.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.

Perbicaraan kes itu sedikit sebanyak mengurangkan keresahan anggota keluarga kesemua mangsa yang telah menunggu hampir setahun untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku ke atas mereka yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah.

Misteri kehilangan keempat-empat individu itu terungkai pada 12 Sept tahun lepas apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampak ke sebatang sungai berhampiran.

Pada 21 Februari lepas, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas dua pekerja ladang, K.Sarawanan dan U.Suresh kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, 15 Okt tahun lepas.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, dalam melaksanakan kuasanya di bawah Kanun Acara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, meningkatkan hukuman penjara ke atas dua orang itu dari tujuh kepada 20 tahun selepas beliau mendapati majistret silap mengenakan hukuman penjara tujuh tahun bagi jenayah yang disifatkannya sebagai "amat serius".

Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun setelah mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan keempat-empat mangsa.

Sarawanan mengaku membakar mayat mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu sementara Suresh mencampakkan abu mayat mangsa ke Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, pada 31 Ogos tahun lepas.

Majistret Hurmain Hussain mengarahkan hukuman berjalan serentak, yang bererti Sarawanan dan Suresh masing-masing akan menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Namun, Mohtaruddin mengurangkan hukuman penjara ke lima tahun bagi setiap tuduhan, tetapi memerintahkan hukuman berjalan secara berturut-turut.

Difahamkan, pihak pendakwaan dijangka memanggil Sarawanan dan Suresh untuk memberi keterangan.

PSM buat laporan polis terhadap Hisham, IGP dan timbalan

Posted: 03 Jul 2011 06:02 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar kerana melemparkan tuduhan palsu terhadap lima aktivis parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.

Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan.

Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

"Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam.

"Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya," katanya dalam laporan polis itu.

Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik.

"Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat.

"Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat," katanya.

Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain.

PAS: Putrajaya boleh haram Bersih tapi bukan kemarahan rakyat

Posted: 03 Jul 2011 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR— PAS mengingatkan Menteri Dalam Negeri mereka boleh mengarah polis untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara sehingga ia boleh mencetus pemberontakan dalaman.

Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kementerian Dalam Negeri perlu menghayati teguran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.

"Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya 'bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina'," kata beliau.

"Wahai Kementerian Dalam Negeri, ambillah iktibar daripada Umar Abdul Aziz sebelum terlambat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata PAS juga mengecam tindakan terdesak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan Bersih 2.0 meskipun ia terhasil daripada 62 gabungan NGO yang sah dan berdaftar enam hari menjelang Himpunan Bersih Julai 9 ini.

Justeru kata beliau Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam hak ssasi manusia, N Surendran.

Menurut Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman, Hishammuddin telah mengarahkan pihaknya untuk mengharamkan Bersih 2.0 atas alasan bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini dan menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang dengan menuntut supaya pilihan raya yang bebas dan adil diadakan.

Putrajaya mendakwa bahawa aktiviti-aktiviti Bersih 2.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Tindakan Kementerian Dalam Negeri, kata Tuan Ibrahim, pada pandangan PAS adalah semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.

"Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan badan bukan kerajaan yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini," kata beliau.

PAS, katanya juga melihat tindakan Kementerian Dalam Negeri ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.

Tuan Ibrahim berkata Hishammuddin sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihan raya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.

"Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara," tegas Tuan Ibrahim.

Bersih 2.0: Lagi tangkapan bawah Ordinan Darurat?

Posted: 03 Jul 2011 05:56 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

PETALING JAYA — Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana penglibatan dalam anasir subversif.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.

"Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya dipetik Bernama Online.

Semalam, polis menahan Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat itu.

Ditanya mengenai tangkapan berkaitan penganjuran perhimpunan pada 9 Julai ini, Khalid berkata sehingga hari ini, polis menahan 152 orang mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Polis turut menerima 2,500 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, individu dan badan bukan kerajaan di seluruh negara yang membantah perhimpunan itu, katanya.

Dalam laporan berasingan Bernama Online, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai.

Ismail menegaskan tindakan akan diambil tanpa mengambil kira sebarang kenyataan atau andaian pihak lain terhadap tindakan polis.

Beliau berkata jika diadakan, perhimpunan itu akan mengundang kepada gangguan ketenteraman negara dan menyebabkan huru-hara.

"Janganlah mencabar kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya di Butterworth.

Ismail menasihatkan orang ramai yang berniat menyertai perhimpunan haram itu supaya membatalkan hasrat mereka atau berhadapan tindakan polis.

Ismail berkata polis mempunyai strategi tertentu yang boleh diguna pakai untuk menjaga keselamatan dan memastikan keamanan negara berkekalan.

Bersih 2.0: Aliran tunai peserta RM30 juta, peniaga rugi hujah dangkal – Suhaizan

Posted: 03 Jul 2011 05:54 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa Himpunan Bersih 2.0 merupakan ancaman kepada ekonomi negara, khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing, disifatkan sebagai hujah paling dangkal abad ini.

Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat berkata demikian sebagai reaksi kenyataan Ahmad Maslan bahawa himpunan pada 9 Julai ini menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi.

Sebaliknya, kata Suhaizan, sekiranya 300 ribu hadir dalam perhimpunan tersebut membelanjakan sebanyak RM100 seorang, aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan itu adalah sebanyak RM30 juta.

"Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang.

"Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.

"Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda.

"Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Suhaizan, perkara pertama yang wajib difahami oleh Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata dijamin Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

"Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman," tegasnya.

Menurutnya Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, parti-parti politik dan NGO seperti perkasa dan Pekida sepatutnya menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.

"Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara.

"Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara," ujar beliau.

Justeru itu katanya, beliau yakin masyarakat negara ini khususnya golongan muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman.

"Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.

"Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku. Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut.

"Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa," tegasnya.

KEADILAN Ranau terima 226 anggota baru

Posted: 03 Jul 2011 05:52 AM PDT

KEADILAN DAILY

Jonathan bertopi merah menerima borang keanggotaan baru KEADILAN Ranau

RANAU : KEADILAN Ranau terus kukuh dengan penyertaan 201 ahli baru yang terdiri daripada bekas ahli komponen Barisan Nasional Sabah dan penduduk Kampung Nalapak dalam Parlimen Ranau.

Ketua Cabang KEADILAN Ranau, Jonathan Yasin berkata, penyertaan itu membuktikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk di luar bandar.

"Penyertaan 201 anggota baru itu kita terima pada 25 Jun lalu di mana seminggu sebelumnya kita turut menerima 25 anggota baru menyertai Cabang ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, KEADILAN Cabang sama akan mengadakan gotong royong untuk membaiki jalan Ke Kampung Kinaundusan bermula 8 pagi pada 9 Julai ini.

"Kita sudah pun memesan sebanyak 30 baju Bersih untuk dipakai semasa mengadakan gotong royong itu pagi itu.

"Oleh itu, KEADILAN Ranau mengalu-alukan penyertaan aktivis rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan masyarakat setempat untuk menyertai gotong royong ini," katanya.

Menurutnya, walaupun tidak menyertai Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, gotong royong 'Bersih' di kampung itu sebagai simbolik sokongan kepada himpunan aman anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

"Bagi KEADILAN Ranau, gotong royong membaiki jalan rosak di simpang masuk ke jalan Kampung Kinaundusan, Kundasang (selepas Resort Zen Garden) pada 9 Julai ini membuktikan sokongan kami kepada hasrat yang terkandung dalam Himpunan Aman Bersih itu," katanya.

Keterangan lanjut mengenai program itu boleh menghubungi Anwar Leef Malandi (0198407014), Yasis @ francis Bangkilan (0198007872), Kaibi Laiman (0135578062) dan Mahat Saidin (0148733107).

Buku kompilasi kartun Zunar dilancar, sarat sindiran kepada Umno BN

Posted: 03 Jul 2011 05:49 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kompilasi kartun karya Zunar berjudul 'Even My Pen Has a Stand' dilancarkan dalam suasana meriah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, malam tadi.

Tidak seperti September tahun lalu apabila beliau 'gagal' menghadiri pelancaran kompilasi bukunya, 'Cartoon-O-Fobia' kerana ditahan polis, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar al Haquekali kali ini hadir dengan lilitan tangan Bersih.


Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Husin Ali; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin atau Chegubard dan ramai pimpinan badan bukan kerajaan (NGO).

Ia amat bermakna dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di tengah-tengah gelora kezaliman dan tekanan pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong Himpunan Bersih 9 Julai ini.

Acara itu dimulai dengan ucapan pelbagai pihak termasuk Pak Samad; wakil Kelab Kartunis Indipenden, Ronasina, Nurul Izzah dan Zunar sendiri.

Suasana bertukar gamat apabila Zunar ketika memberi ucapan turut membawa peralatan melukis, antaranya botol dakwat dan botol pencelup berus dan mengakui ia memberi ilham untuk tajuk karya terbaru beliau.

"Jika pen pun boleh mempunyai tempat berdiri, mengapa manusia sebaliknya?" kata beliau.


Ketika menerang penggunaan dakwat dalam melukis kartunnya, beliau sempat menyindir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali apabila menyatakan: "Saya guna dakwat Cina dan dakwat India. Tak faham kenapa tiada dakwat Melayu. Ibrahim patut perjuangkan!"

Karya terbaru Zunar itu adalah kompilasi karya sejak 1974 yang turut menceritakan perjalanan hidup beliau dan proses kematangan dalam berkarya.

Ia adalah terbitan keempat Syarikat Kini Books Sdn Bhd yang dijual dengan harga RM25 dan menjadi satu-satunya buku karya Zunar yang belum diharamkan. Kebanyakan karya Zunar diharamkan atas alasan ia 'menjejaskan ketenteraman awam'.

Bersih bukan pertubuhan tapi kempen- CheGuBard

Posted: 03 Jul 2011 05:44 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), CheGuBard menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berfikiran dangkal apabila tidak tahu membezakan sebuah pertubuhan dengan satu siri kempen.

Ia berikutan Hishammuddin semalam mengisytiharkan himpunan Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini sebagai satu pertubuhan haram.

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman semalam mengumumkan perisytiharan itu dibuat oleh Hishammuddin mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

"Hishamuddin perlu jelas apa itu pertubuhan dan kempen, Bersih bukan sebuah pertubuhan tetapi kempen yang menuntut pilihan raya bersih.

"Jika dulu pada 2007, kita mengadakan Bersih, mereka juga mengeluarkan kenyataan yang sama dengan mengatakan haram.

"Mereka sekarang bukan bercakap atas kerangka undang-undang tetapi atas kerangka politik," kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Kata beliau, Bersih tidak memerlukan pertubuhan kerana ia diangkat atas gabungan pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sedangkan Patriot boleh disifatkan sebagai pertubuhan haram.

"Tidak perlu pertubuhan, anggota dari Bersih sememangnya berdaftar, tetapi KDN perlu menilai sama ada kumpulan baju merah Patriot Pemuda Umno patut diharam.

"Dalam Bersih, kita hanya tuntut lapan perkara dan memakai baju kuning, tidak perlu mengepung dan membuat kecoh seperti Patriot," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pelbagai tindakan yang diambil kerajaan menunjukkan mereka kian takut dengan kemaraan rakyat yang memberi sokongan kepada Bersih.

"Selepas satu-satu dikaitkan dengan Bersih yang sengaja dipropaganda oleh kerajaan sehingga mengaitkan fahaman komunis, ini pula langkah terbaru mereka bagi menggagalkan Bersih," kata beliau.

Tangkapan cetus kebangkitan anak muda,ini baru Ketua Pemuda PAS peringkat kawasan ditangkap

Posted: 03 Jul 2011 05:38 AM PDT

PASPB

Bekas Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh turut hadir

Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat.



Penahanan beliau adalah sebahagian daripada tindakan provokasi polis menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Bermula dengan tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian milik Ketua Pemuda PAS Dungun itu.

Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu.

Ketika itulah pihak SB mengarahkan tangkapan dibuat dan Sheikh Hanafi dimasukkan ke kereta polis menuju ke Balai Polis Dungun kira-kira jam 615 petang.Tangkapan dibuat ketika lalu lintas agak sesak akibat Pasar Malam Sura Gate yang beroperasi di tapak berhadapan dengan rumah Sheikh Hanafi.

Bermulalah sebaran sms dan hadapan Balai Polis Dungun begitu cepat dipenuhi anak-anak muda bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Pemuda PAS Dungun itu.Himpunan aman ini terus dikunjungi pemuda-pemuda termasuk dari Dun Bukit Besi dan Dun Paka.

Setelah diambil kenyataan dan ditahan selama 3 jam, saudara Sheikh Hanafi dibebaskan pada jam 9.10 malam.Pembebasan beliau disambut laungan takbir dari orang ramai yang menunggu sejak petang lagi.Team IT Pemuda Dun Sura

Ordinan Darurat hina amalan demokrasi

Posted: 03 Jul 2011 05:35 AM PDT

Menurut Anwar, sejak beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif.


PETALING JAYA: Penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan demokrasi dan institusi Parlimen di negara ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil.

Menurut Anwar, sejak beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif.

"Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada Sabtu ini merupakan perhimpunan aman.

"Malahan Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Namun demikian kata Anwar, gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang diharap dapat membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

"Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain," katanya.

Beliau mendesak pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Dr Michael Jeyakumar dan bersama lima aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan selepas direman selama tujuh hari ditahan semula di Butterworth di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (EO) 1969.

Lima aktivis PSM yang ditahan semula bersama Dr Michael Jeyakumar ialah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan R Sarathbabu.

Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Majikan Boleh Ambil Terus Pembantu Rumah Tanpa Guna Ejen - Subramaniam

Posted: 03 Jul 2011 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majikan boleh menggaji pembantu rumah warganegara Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata perkara itumerupakan antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenaipengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Meilepas.

"Contohnya kalau majikan itu ada pembantu rumah yang bekerja sekarang sudahtamat tempoh dan mahu pulang (ke negaranya), kemudian pembantu rumah itumempunyai angota keluarga yang mahu menggantikan tempatnya, majikan boleh terus mengambilnya tanpa melalui saluran agensi," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran program "My Skills 2011"peringkat kebangsaan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Universiti Malaya di sini, Ahad.

My Skills 2011 dianjurkan bersama oleh Pasukan Petugas Khas PelaksanaanJawatankuasa Kabinet Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri dan MIC.

Dr Subramaniam berkata kedua-dua negara sedang memperincikan perkara itutermasuk menyenaraikan prosedur yang perlu dipatuhi oleh majikan sebelum iaboleh dilaksanakan.

Selain itu, mengenai kadar bayaran pengambilan pembantu rumah oleh agensipekerja asing, beliau berkata pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri telahmengadakan pertemuan dengan agensi-agensi terbabit bagi menjelaskan kadarbayaran baru.

Beliau berkata daripada 100 agensi yang ditemui, lebih 30 agensi telahmenyatakan persetujuan untuk mengenakan bayaran pada kadar RM4,511 seperti yang terkandung dalam MoU itu.

"Agensi-agensi yang bersetuju ini bolehlah mengambil pembantu rumah apabilapengambilan semula dibuka nanti, mereka yang tidak bersetuju kena tunggulah,"katanya.

Mengenai program My Skills 2011, Dr Subramaniam berkata sebanyak 5,000kursus kemahiran ditawarkan kepada golongan belia India di beberapa institusikemahiran kerajaan termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB), Insitut Kemahiran Belia dan Negara dan Institut Latihan Perindustrian.

Beliau berkata program itu yang menyediakan peluang latihan kemahiran secarapercuma secara tidak langsung akan dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan selain dapat mengurangkan kadar jenayah di kalangan belia India.

Bengkel Untuk Bincang Penubuhan Parlimen Belia - Ahmad Shabery

Posted: 03 Jul 2011 05:33 AM PDT

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan bengkel selama tiga hari mulai Selasa ini bagi membincangkan mengenai penubuhan Parlimen Belia, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pada bengkel itu akan dikemukakan cadangan, pandangan danmaklum balas mengenai penubuhan Parlimen Belia.

"Ini kerana perkara utama yang perlu kita teliti adalah dari segi umur, carapemilihan, tempat persidangan, beberapa kerap bersidang dan sebagainya.

"Apa ruang lingkup, kita kena putuskan dulu. Prosesnya kita akan tentukan dalam perjumpaan (bengkel) tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2011 di sini Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan buatpertama kali dalam sejarah negara sebuah Parlimen Belia akan diwujudkan.

Menerusinya golongan belia akan mempunyai saluran yang formal untukmenyampaikan pandangan mereka mengenai pelbagai perkara kepada kerajaan. Ahmad Shabery turut menasihatkan para belia agar tidak menghadiridan memberi sokongan terhadap perhimpunan haram 9 Julai ini.

Katanya kalau para belia positif dan rasional, mereka sudah tentu tidakakan menyokong tindakan itu.

"Hanya mereka yang tidak tahu haja tuju sahaja yang akan menyertaiperhimpunan itu. Ini kerana tidak ada isu besar dan perlu melainkan kumpulantersebut seperti orang lemas yang teraba-raba atau mencapai apa saja yangtercapai," kata beliau.

Umno Kelantan Letak Calon Mampu Menang

Posted: 03 Jul 2011 05:32 AM PDT

JELI: UMNO Kelantan hanya akan meletakkan calon yang berpotensi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, termasuk meletakkan calon yang tidak mempunyai kedudukan dalam parti.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO Kelantan akan membuatpenelitian dalam soal pemilihan itu dengan hanya meletakkan calon berwibawa bagi mewakili BN.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah ingatkan bahawa calonyang boleh menang sahaja akan diletakkan bagi mewakili BN, jadi saya selakuPengerusi Perhubungan Umno Kelantan akan membuat penelitian dalam soal ini.

"Yang penting ialah tokoh berwibawa dan mampu meraih sokongan supaya kitaboleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Memperkasa Jeli' di Dewan Majlis Daerah Jeli di sini, Ahad.

Mengenai lawatan Perdana Menteri ke Kelantan semalam, Mustapa yang jugaMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kehadiran begitu ramaiorang pada setiap program yang dihadiri Najib membuktikan bahawa usaha yangdilakukan oleh UMNO selama ini mula diterima rakyat.

"Jumlah yang datang lebih 50,000 dalam tiga pertemuan (Najib) dengan rakyatdan saya gembira dan bersyukur kerana kerja-kerja kita telah menampakkan hasil. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kelantan," katanya.

Tiada Ruang Kepada Penganjur Perhimpunan Haram - KPN

Posted: 03 Jul 2011 05:27 AM PDT

BERNAMA

BUTTERWORTH: Polis akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan tindakan akan diambil tanpa mengambil kira sebarang kenyataan atau andaian pihak lain terhadap tindakan polis.

Beliau berkata jika diadakan, perhimpunan itu akan mengundang kepada gangguan ketenteraman negara dan menyebabkan huru-hara.

"Janganlah mencabar kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Jom Cegah Jenayah" di Pantai Bersih berhampiran dengan tempat rehat di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini.

Ismail menasihatkan orang ramai yang berniat menyertai perhimpunan haram itu supaya membatalkan hasrat mereka atau berhadapan tindakan polis.

"Saya lihat perhimpunan ini mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam.Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku," katanya.

Ismail berkata polis mempunyai strategi tertentu yang boleh diguna pakai untuk menjaga keselamatan dan memastikan keamanan negara berkekalan.

"Adalah menjadi keprihatinan saya bagi memastikan kehidupan masyarakat dilindungi, kami akan memainkan peranan kami sebagai pelindung masyarakat. Kita kena jaga undang-undang," tegasnya

SLAMISASI MANGSA BIROKRASI DI SABAH

Posted: 03 Jul 2011 05:25 AM PDT


Oleh : NASPAZI

DIKATAKAN bahawa Islam itu mudah dan indah. Tetapi, Islam dalam konteks birokrasi atau segugusan peraturan Islam di Sabah masa kini benarkah begitu? Apa pun, situasi yang sedang berlaku kepada keluarga muallaf dalam peristiwa ini mungkin dapat memberi gambaran ringkas tentangnya.

Sebuah keluarga pagan (tiada agama) yang salah seorang dari anak perempuannya telah memeluk Islam (menjadi muallaf). Selang beberapa lama berikutnya, anak gadis tersebut hendak mendirikan rumahtangga (berkahwin atau bernikah) dengan lelaki pilihannya yang juga baru memeluk Islam (menjadi muallaf).

Pejabat Agama atau penguasa Agama Islam di daerah mereka tidak mahu menikahkan pasangan tersebut atas alasan masalah wali; sebab bapa gadis tersebut masih pagan. Demi kasih sayang, bapa gadis tersebut telah sanggup atau bersetuju membawa ahli keluarganya memeluk Islam, dengan harapan ia boleh atau sah menjadi wali pernikahan anak perempuannya.

Malangnya, pejabat agama atau penguasa agama Islam di daerah mereka, masih tidak mengahwinkan anaknya, atas alasan bapa gadis tersebut muallaf (baru memeluk Islam) dan pada waktu yang sama, pejabat agama atau penguasa agama Islam di daerah mereka tidak pula berusaha untuk membantu atau memberi sokongan moral kepada mereka dengan mencari jalan bagi memudahkan pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan mereka dapat disegerakan, sedangkan pejabat agama daerah sendiri boleh menjadi 'Wali Hakim' bagi menyegerakan pernikahan pasangan tersebut.

Bahkan, keluarga muallaf tersebut seakan bola yang ditendang ke segala penjuru dan sudut beberapa pejabat agama Islam di Sabah bagi mendapatkan keizinan atau kebenaran untuk kahwin yang telah berlarutan dan hingga kini saya difahamkan bahawa, pasangan tersebut masih belum dinikahkan atau masih belum melangsungkan perkahwinan mereka.

Natijahnya, saya juga difahamkan bahawa keluarga muallaf tersebut sudah sampai ke tahap bosan, benci dan meluat dengan birokrasi pejabat agama atau penguasa Agama Islam di daerah mereka.

Justeru, walaupun saya bukan atau tidak pakar agama Islam, namun dalam situasi yang berbangkit ini saya nyatakan bahawa, ia tidak sewajarnya menjadi begitu rumit atau amat menyusahkan keluarga muallaf tersebut dengan mengambil kira bahawa, keluarga tersebut telah memeluk Islam (menjadi muallaf).

Saya tegaskan bahawa, tidak ada bezanya antara wali nikah yang muallaf dan tidak muallaf atau Islam keturunan. Sekalipun gadis tersebut lahir ketika kedua ibu bapanya belum memeluk Islam, namun ia adalah anak kandung keluarga tersebut dalam ikatan pernikahan yang sah dan kini telah seagama setelah satu keluarga memeluk Islam.

Dengan kata lain, sesudah seluruh keluarga tersebut memeluk Islam, maka pejabat Agama tidak sah lagi menjadi wali nikah dan yang lebih berhak menjadi wali nikah adalah bapa kandung sendiri gadis tersebut.

Rasullullah s.a.w. bersabda: 'Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar'. (Riwayat At-Tamizi).

Al-Qurthubi mengatakan: 'Bagi orang yang mampu kahwin, sedang dia khuatir dirinya terjerumus ke dalam dosa sehingga agamanya tidak terpelihara akibat membujang, dan hanya kahwin sahaja boleh menjamin terpelihara agamanya, maka tidak ada perbezaan pendapat mengenai wajibnya perkahwinan dalam keadaan seperti ini".

Rukun Rukun Nikah

1. Lafaz ijab dan Kabul

2. wali

3. dua orang saksi

4. lelaki (bakal suami)

5. perempuan (bakal isteri)

Istilah muallaf atau orang yang baru memeluk Islam jelas disebut di dalam al-Quran.

"…Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah…" - (Surah At-Taubah: 60)

Yang demikian, gelaran muallaf (baru memeluk Islam) dalam konteks paradigma Islam adalah orang yang mulia atau satu kemuliaan. Bahkan, menjadi muallaf juga laksana kanak-kanak yang baru dilahirkan, lantaran ia masih bersih daripada dosa dan noda.

Justeru, golongan muallaf adalah golongan yang istimewa. Dengan ungkapan lain, mereka wajar diberi perhatian dan sokongan moral.

Malangnya, ada pun situasi yang berlaku ke atas keluarga pagan yang dimaksudkan terang dan nyata kebajikan mereka sebagai muallaf bukan sahaja diabaikan, bahkan gagal diberi sokongan moral oleh birokrasi Islam yang bertanggungjawab.

Lantaran, mereka dipaksa dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesulitan dan kerenah birokrasi Islam atau segugusan peraturan Islam yang begitu menyusahkan mereka, sehingga ungkapan 'Islam itu mudah dan indah' seakan tersorok di dalam gaung yang dalam tanpa cahaya; ataukah agama selain Islam dalam konteks Sabah yang wajar memberi laluan buat pasangan tersebut dalam usaha melangsungkan perkahwinan mereka yang sekian lama tertangguh akhirnya?

AGENDA BORNEO UNTUK SIAPA?

Posted: 03 Jul 2011 05:19 AM PDT

SABAH KINI

SETELAH 48 tahun Sabah 'dijajah' oleh Persekutuan Tanah Melayu, rakyat Sabah masih gagal mendapat autonomi sebagai sebuah 'Negara' di dalam 'Negara' dan terus dilayan sebagai sebuah Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Relevankah rakyat Sabah menyandarkan sisa-sisa harapan terhadap UBF yang diyakini mampu menjadi satu platform memperjuangkan 20 Perkara yang sudah lama bersemadi di lipatan sejarah?

Berikut 7 Intipati Agenda Borneo untuk perbahasan pembaca Sabahkini.net

Agenda Borneo No. 1

MENUNTUT supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan 'mekanisma mematuhi Perjanjian Malaysia 1963' dibentuk melalui Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi;

Agenda Borneo No. 2

MENUNTUT supaya formula pengagehan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik;

Agenda Borneo No. 3

MENUNTUT supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo;

Agenda Borneo No. 4

MENUNTUT supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan;

Agenda Borneo No. 5

MENUNTUT supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak;

Agenda Borneo No. 6

MENGATASI masalah pendatang tanpa izin (PTI)/IC Projek, permasalahannya dan menggugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukum ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin;

Agenda Borneo No. 7

MENGKAJI kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak milik rakyat tempatan.

ORANG ISLAM MUDAH DIPERALATKAN

Posted: 03 Jul 2011 05:17 AM PDT

Oleh : DR. MAHATHIR MOHAMAD

KITA tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah.

Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Umno-BN takut Himpunan BERSIH kerana mereka sedang menipu

Posted: 03 Jul 2011 05:16 AM PDT

Wartawan Buletin

Memasukkan pengundi luar ke dalam senarai pengundi tempatan


KUALA NERUS
- Umno dan kerajaan Barisan Nasional bimbang dan takut kepada Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan kerana mereka sedang melakukan penipuan dalam pilihanraya.

Antara penipuan yang telah dan sedang dilakukan oleh Umno/BN adalah memasukkan nama-nama bukan pengundi tempatan ke dalam senarai daftar pemilih.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Umno-BN menipu dengan menggunakan jentera kerajaan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Pengalaman kita di Terengganu, kita kalah pada tahun 2004, pun benda (penipuan) yang sama, macamana kenaikkan jumlah peratusan pengundi di Terengganu naik sampai lebih daripada seratus ribu,

"naik samapai 17 peratus, padahal (dalam tempoh) empat (hingga) lima tahun, kenaikkan (pengundi kebiasaannya) hanya 4 hingga 5 peratus sahaja,"katanya

Menurutnya, pengundi luar dari Johor, Selangor, Kedah dan Pahang telah dibawa masuk dan didaftarkan sebagai pengundi Terengganu bagi mempastikan PAS kalah di negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Markza Pilihanraya PAS Cawangan Kebor Air, dekat sini Jumaat malam 30 Jun.

[Gambar - Haji Wahid diiringi Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Nor Hamzah menggunting 'bunting' Markaz Pilihanraya PAS Cawangan Kebor Air, sebagai 'gimik' perasmian]

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS telah membawa bukti berkaitan penipuan tersebut kepada pihak SPR, namun tidak ada tindakan diambil.

"kita (PAS) tunjuk bukti kepada SPR Terengganu, dia kata, nak buat macamana dah nama dia (mereka) ada,

"(tapi kita persoalkan) siapa yang bawa masuk (pengundi terbabit),"jelasnya.

Menurutnya, 'modus operandi' penipuan yang sama sedang dilakukan oleh Umno/BN di negeri Selangor dan Kedah dengan memasukkan rakyat Indonesia sebagai pengundi.

Sebelum itu, Wahid mencabar pemimpin Umno, berhadap 'satu sama satu' dengan PAS sekiranya Umno benar-benar 'anak jantan' dan tidak melibatkan pihak polis dalam soal politik.

"(pemimpin) Umno kalau jantan sunggu, kita berhadap molek, tetapi (Umno) tidak, apabila takut nak berlawan dengan kita (PAS) (dia) panggil polis,"

"kalau berani mari berhadap dengan kita, salah apa kita nak perjuangkan Islam, salah apa kita nak mempertahankan agama,"tegasnya.

Justeru, katanya, masalah politik tidak akan selesai selagi mana polis menjadi alat kepada Umno.

Menurutnya, polis yang diperalatkan telah bertindak keterlaluan terhadap PAS dengan menembak gas pemedih mata, malah menembak peluru hidup dalam kejadian ceramah BERSIH 1.0 di Batu Buruk pada tahun 2007.

PAS Terengganu 'panaskan badan' dengan dua demo pra-BERSIH

Posted: 03 Jul 2011 05:15 AM PDT

Wartawan Buletin

Sekurang-kurangnya dua himpunan diadakan oleh PAS Terengganu bagi 'memanaskan badan' sebelum menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai depan.

PAS Kawasan Setiu mengadakan Himpunan 'pemanas badan' diperkarangan masjid dalam DUN Jabi.


Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat 1 Julai telah disertai oleh 300 orang.

[Gambar atas - Ustaz Rozali sedang berucap dalam Himpunan Pra-BERSIH di masjid Jabi]

Antara pemimpin PAS Setiu yang hadir adalah Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim, AJK PAS Setiu, Ustaz Rozali Mohamad dan Ketua Pemuda Ustaz Mohd Soufi Ismail.

Manakala PAS Kawasan Dungun, meneruskan rancangan mengadadakan Himpunan pemanas badannya di Masjid Pulau Serai.

Pada Khamis malam 30April, satu himpunan kecil serta solat hajat telah diadakan di hadapan balai polis Dungun, apabila Ketua Pemuda pemuda ditahan.

Himpunan Pra-BERSIH yang diadakan selepas solat Jumaat itu turut dihadiri oleh Ahli Jawatnkuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

[Gambar kanan - orang ramai yang berhimpun dalam Himpunan Pra-Bersih di masjid Pulau Serai Dungun]

Lebih 400 orang hadir walaupun terdapat sekatan jalanraya oleh pihak polis, yang cuba menghalang orang ramai menyertai himpunan tersebut.

Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih

Posted: 03 Jul 2011 05:01 AM PDT

MSO

TAMPAKNYA semua usaha telah dilakukan untuk menghalang himpunan dan perarakan Bersih. Undang-undang, amaran, ugutan, tangkapan dan gangguan semuanya sudah dilakukan. Sebuah pertubuhan NGO juga tidak mampu untuk menghalang gelombang Bersih. Pemuda Umno jauh sekali berjaya untuk menyapu warna kuning dari melata.

Majlis Fatwa Kebangsaan yang selalunya muncul untuk membuat fatwa dan memberi kata putus berhubung dengan aktviti agama juga keluar sama, ikut sama digunakan untuk menghalang Bersih. Majlis itu telah mengeluarkan himpunan Bersih adalah haram. ertinya agama juga digunakan untuk cegah Bersih.

Hari ini pula Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mencadangkan supaya pengerusi Bersih Ambiga Sareenesavan dilucutkan kerakyatan. Cadangan Ali ini pada saya paling bodoh dan paling tidak logik. Sekaligus ia mencadangkan pihak UBN khususnya orang Melayu benar-benar terdesak.

Begitulah sikap orang Melayu kalau sudah terdesak mereka akan jadi emosional. Melayu yang berjiwa kecil tidak bijak menggunakan akal sebaliknya akan mencari kekuatan dengan menyumpah dan memaki hamun sambil memegang parang atau tombak.

Cadangan Ali itu tidak tamadun dan menafikan apa yang telah diputuskan sebelum ini. Sejarah kemerdekaan dan erti demokrasi mungkin tidak pernah dihafal oleh Ali Rustam yang masih berpegang kepada perangai Tuah dan Jebat. saya tidak tahu macam mana orang Umno Melaka boleh memberi kepercayaan kepada Ali untuk jadi ketua.

Sebelum itu polis juga memanggil semua tokoh atau orang utama di sebalik Bersih. Berunding dan memberi kata dua. Tetapi tidak juga membuahkan apa-apa hasil. Ugutan dan amaran polis tidak sedikitpun menggetarkan hati mereka. Kenyataan timbalan ketua polis, Abdul Khalid Bakar bahawa pintu rundingan ditutup, tidak memberi bekas. Amaran itu tidak dihirau. Pertemuan, perjumpaan dan simpang siul membicarakan Bersih dalam laman sosial terus diadakan. Ini juga menunjukkan kata-kata polis tidak menjadi keramat lagi?

Malahan Ambiga dan Maria Chin menegaskan Bersih tetap juga akan diadakan. Ini bererti mereka sudah sedia menghadapi apa saja hatta ditahan di bawah Isa. Inilah perjuangan yang sejati. Bagi mereka apa saja tindakan polis adalah pengharapan buat mereka yang sudah dapat mengira bahawa sebuah perjuangan itu harus dibayar dengan harga yang mahal.

NGO Perkasa(m) yang seblum ini bukan lantang sudah diam membisu. Suara ketuanya sudah makin menjauh dan mengecil ke dalam telaga buta ataupun di hujung tanjung. Ketuannya sudah kehabisan idea dan hilang bahasa untuk belasah Ambiga dengan kata-kata jelek dan joruk. Keadaan ini membolehkan rakyat menilai siapa lebih berkualiti di antara mereka berdua.

Usaha pasti akan dilakukan untuk halang Bersih. Kerajaan akan berikhtiar dengan apa saja. Mereka tidak mahu himpunan itu berlaku kerana ia akan memberi bala besar kepada UBN. Justeru mungkin ia akan sampai ke peringkat usaha terakhir menggunakan bomoh Siam. Tidak mustahil sebab orang Melayu percaya kepada tahayul termasuk mempercaya bahawa Umno saja yang boleh membela dan mempertahankan Melayu.

Persatuan mempertahankan diri tradisional silat juga tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kekeramatan ahli silat kononya memilik keris terbang, lembing melayang atau pun boleh menghembuskan musuh dengan angin puhhhhh... saja tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka yang berfikir moden dan menggunakan ruang perlembagaan tidak sedikit pun gentar kepada keris karat orang Melayu yang membenci keris.

Saya sudah kata dalam pertarungan orang Melayu hari ini dengan bukan Melayu, orang Melayu sudah kalah. Orang Melayu berjiwa kecil. Kekalahan terbaru orang Melayu ialah apabila melayangnya Tanjung Pagar kepada Singapura. Itgulah lambang dan simbil keaiban besar orang Melayu.

Malangnya orang Melayu masih juga tidak sedarkan diri. Masih merasa hebat dan kuat hingga sanggup 'berbunuh' sesama sendiri. Mereka tidak sedar yang mereka sedang dihayungkan kepala orang pihak lain. Orang Melayu sudah jadi musang tenggalung yang dibuang telinga dan ditutup mata kemudian dilemparkan atas gelanggang.

Berbalik kepada Melayu kuno yang hidup dengan keris dan bual besar corak pemikiran mereka sudah tidak relevan lagi. Dalam saat orang mempertahankan diri dengan human right, tetapi orang mereka masih memakai samping dan keris lagi. Ingatlah senjata kuno Melayu tidak akan diterima pakai dalam mahkamah dunia. (Baca kermbali apa yang saya catatkan sebelum ini dalam bab Melayu berjiwa kecil).

Kesimpulan di hujung senja ini, pihak yang menentang Bersih sudah pun tewas. Kekuatan dan moral daripada gerakan itu kini sudah pun diperolehi oleh Bersih. Kalaupun Bersih tidak boleh dilakukan... tetapi Bersih sudah ada alasan besar, bahawa mereka gagal 'memasuki' istana kerana mereka disekat dengan menggunakan seluruh kekuatan yang ada.

Rakyat yang sihat otak boleh membuat pertimbangan siapa yang benar dan haq di dalam soal ini. Sebab fakta dan hujah yang konkrit itu juga akhirnya akan menjadi ukuran. Dalam menangis tuntutan lapan perkara Bersih ini pihak kerajaan UBN sudah tersilap. Usaha mereka samalah cuba menandak air yang sudah melimpahi empangan. Usaha bodoh sebegini akhirnya akan melemaskan mereka di atas tanah yang datar yang sudah dilimpahi air

Polis tidak tolak kemungkinan lagi tangkapan mengikut Ordinan Darurat

Posted: 03 Jul 2011 04:29 AM PDT

BERNAMA
PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana pembabitan dalam anasir subversif.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.

"Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya.

Semalam, polis menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj, dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat itu.

Ditanya mengenai tangkapan berkaitan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Khalid berkata sehingga hari ini, polis menahan 152 orang mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Katanya, polis turut menerima 2,500 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara yang membantah perhimpunan itu.

Ditanya ulasan pihak luar berhubung tindakan polis terhadap penganjuran perhimpunan haram itu, Khalid berkata mereka sepatutnya tidak mempersoalkan tindakan polis berbuat demikian.
Katanya, polis mempunyai alasan kukuh mengharamkan perhimpunan itu selain mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Kita haramkan perhimpunan itu tentunya ada sebab...kepada pihak luar yang komen macam-macam pasal tindakan kita bantah perhimpunan itu, nasihat saya tak payah masuk campur hal negara ini," katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan pelancaran "Reuniting Families-Child Safety" oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, dan Pengerusi RHB Bank Berhad, Tan Sri Azlan Zainol.

Tiada ulasan:

Pengikut