Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
PAS Sabah selar UMNO/ BN cuba mempolitikkan kenyataan DAP Posted: 09 Nov 2011 10:25 PM PST KOTA KINABALU, 10 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional yang disifatkannyasebagai "nampak kuman diseberang laut,gajah didepan mata tidak dipandang". KetuaPenerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar) mendakwa, ramai pemimpin UMNO danBarisan Nasional seolah-olah sudah buta mata dan telinga dan mati akalnyasetelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalamsebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengatakan hasrat DAP untukmengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaanpusat. Beliauturut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan olehindividu dalam parti yang mewakili Pakatan Rakyat adalah bukan keputusan tepat.Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponenpakatan tersebut. "Inihanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatanketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya. Menurutnya,tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan Rakyat merupakan intipati utamayang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakaldiambil. "Janganlahbila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengankeputusan pakatan… itu tidak betul," jelasnya. Sambilmenyoroti kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggotaapprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawakerajaan UMNO/ BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaanpenjawat awam. "DAPbelum perintah Malaysia pun lagi. UMNO/ BN ni dah perintah lama lebih 50 tahun,tapi isu ni pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000anggota perintis TLDM itu? ujarnya. Pada26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah telah melontarkan cabaran kepada Datuk SeriNajib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahananbagi menjawab persoalan dan perkaitan berbangkit berhubung penindasan anggotaapprentices yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan. Walaubagaimanapun,lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihakberkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku. Kenapasampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawabisu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?, ujarnya lagi. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan