Ahad, 12 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 11 Dec 2010 11:39 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


LIHATLAH KEBAIKAN SEBAGAI BAIK

Posted: 11 Dec 2010 10:08 AM PST

Assalamualaikum

Salam sejahtera dan salah 1Malaysia buat semua pembaca blog saya ini. Terima kasih kerana anda masih setia untuk terus membaca catatan saya di sini. Sekurang-kurangnya kita dapat juga berkongsi pandangan dan idea mengenai pelbagai isu.

Sejak kebelakangan ini, saya melihat satu sindrom kurang baik sedang berkembang dengan segarnya di kalangan orang kita. Apa yang saya maksudkan ialah sikap suka menyalahkan orang lain dan beranggapan orang lain sentiasa salah belaka. Dalam konteks politik, apa yang saya maksudkan apabila ada yang sentiasa melihat kerajaan dari persepsi negatif semata-mata walaupun hakikatnya apa yang dibenci itu baik.

Mengapa hal tersebut berlaku?. Bagi saya, ia adalah hasil "racun" yang ditanam ke dalam pemikiran rakyat saban hari oleh pembangkang agar rakyat membenci kerajaan. Tidak syak lagi sebenarnya, kerajaan BN adalah yang terbaik untuk rakyat. Mengapa saya katakan demikian?.

Ia bukan kerana saya adalah wakil rakyat BN, tetapi apa yang berlaku itu sudah pun terbukti. Pembangkang sendiri pernah dan sedang memerintah beberapa negeri. Ertinya, mereka berkuasa. Jadi, apa yang mereka buat setakat ini pada pandangan anda.

Bagi saya, samalah ketika mereka menjadi pembangkang, mereka tetap kekal dengan budaya ceramah memaki hamun orang, menfitnah sehingga lupa atau mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memberikan mandat kepada mereka.

Nah!, terbukti mereka GAGAL dalam mengisi dan mengurus kemenangan. Rakyat di negeri-negeri yang mereka kuasai tidak pernah untung. Nasib baik ada Kerajaan Pusat yang sentiasa memberikan bantuan serta sumbangan.

Apa pun, saya kesal dan terkilan sedikit apabila ada di kalangan rakyat yang termakan "racun" yang dilontarkan pembangkang sehingga mereka tidak melihat setiap kebaikan kerajaan adalah baik.

Bagi saya, perkara sedemikian tidak boleh dibiarkan berlarutan. Ia boleh menjadi penyakit yang akhirnya membawa masalah kepada kerajaan. Kepada rakyat, lihatlah dengan jujur segala apa yang ada.

Terimalah hakikat bahawa mereka yang selama ini membenci kerajaan BN, dan mereka yang menabur "racun" itu serta anak cucu mereka, mereka ini membesar dengan kemudahan yang disediakan kerajaan BN. Jangan sesiapa pun menafikan hal ini.

Sejak disedari seorang ibu itu mengandung, mereka telah mendapat menafaat daripada usaha kerajaan BN. Sekali lagi, jangan cuba nafikannya.

Oleh itu, rakyat harus bersatu, bijak mengurus perasaan dan tidak terlalu bermain dengan emosi atau perasaan. Ingatlah, bak kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita kena bijak, kena profesional dalam hal ini.

Hanya dengan cara itu sahaja, setiap yang baik dilihat baik. Kepada yang teklah terlajak, anda masih belum terlambat. Jadilah rakyat yang bersyukur. Mudah-mudahan kita boleh dilimpahi dengan lebih banyak kebaikan serta kelebihan.

TOPIK YANG MENARIK, BACALAH.

Posted: 11 Dec 2010 01:32 AM PST

Assalamualaikum.

Daripada membicarakan isu-isu yang berat, termasuk politik, hari ini saya tertarik untuk menulis mengenai satu isu yang sangat menarik perhatian saya untuk kita kongsikan bersama.

Rata-rata hari ini, usia tua seringkali dikaitkan dengan pelbagai masalah kehidupan. Kesihatan, penjagaan hidup dan lain-lain. Namun bak kata orang, zaman sudah jauh berubah dan apa yang pernah berlaku dahulu tidak pernah berlaku sekarang. Dan, apa yang tidak pernah berlaku dahulu, boleh berlaku sekarang.

Di kalangan anda, berapa ramaikah yang menyedari mengenai penyakit tulang rapuh atau retak, yang sebelum ini hanya dikaitkan dengan golongan tua atau kita panggil sebagai warga emas.

Apakah kita sedar bahawa wanita Malaysia adalah antara tiga negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an.

Menurut kajian, 50 peratus rakyat Malaysia berhadapan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an. Demikian kata Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Timur Tengah, Joanne Todd.

Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.

Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata.

Nah!, sekarang ini jelas apa yang sedang berlaku. Apa pun, saya tidak fikir kita serius dalam mendepani isu berkenaan. Seperti isu merokok misalnya. Sudah berbuih kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menjelaskan mengenai kesan serta akibat daripada tabiat merokok, namun rata-rata kita tetap tidak berubah atau takut.

Ini adalah sebahagian daripada isu kesihatan yang sudah tentu bagi saya mempunyai kaitan dengan pemikiran. Kita harus berubah dan melihat isu berkaitan kesihatan ini dengan lebih serius, apatah lagi di zaman kebanyakan makanan dianggap sebagai "beracun".

Penyakit tulang reput ini misalnya tidaklah terlalu menakutkan kita kerana kita kurang arif mengenai isu ini. Maka sudah tentu saya berharap, kita harus berubah dari sudut pemikiran agar kita tahu atau bijak menjaga kesihatan.

Kita tidak boleh mengandaikan kehidupan hanyalah satu takdir Tuhan tanpa kita berusaha ke arah menjaga atau memeliharanya. Justeru, saya berharap kita semua lebih jujur dengan diri sendiri dan meletakkan kesihatan sebagai satu nilai yang paling tinggi dalam kehidupan.

Sama-sama kita fikirkannya.

Tiada ulasan:

Pengikut