Jumaat, 9 Disember 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Beginilah nasib guru Melayu yang diperjuangkan Umno

Posted: 08 Dec 2011 05:59 PM PST



Menitis air mata membaca luahan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau TESL) yang masih lagi menganggur. Yang pelik bin hairannya , macamana kerajaan Umno boleh ambil 300 guru dari Amerika Syarikat untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia?

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Menang sorak, kampung tergadai !

MELAKA 6 Mei 2011 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan. Berita lanjut di http://amkns.blogspot.com/2011/11/1malaysia-guru-amerika-diutamakan-guru.html

Graduan TESL masih menunggu
Berita Harian 9 Dis 2011

SAYA ingin meminta pihak yang berkenaan supaya membuka mata dan mengambil berat mengenai masalah menimpa kami, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).

Sudah enam tahun kami menghabiskan masa dan kudrat kami di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti demi mendapatkan segulung ijazah.

Alhamdulillah, pada pertengahan 2011, kami berjaya menamatkan pengajian kami dan mendapat segulung ijazah yang kami idam-idamkan. Kami ditawarkan biasiswa Kementerian Pelajaran untuk mengambil ijazah TESL dalam program berkembar antara pihak IPG dan universiti.

Malangnya, selepas menunggu lebih kurang lapan bulan, kami masih belum mengetahui status mengenai penempatan kami. Kami cuba untuk mengajukan soalan mengenai penempatan kami kepada Kementerian Pelajaran, tetapi setiap kali kami menghantar e-mel kepada kementerian, jawapan yang diberikan cukup mudah, "Tiada sebarang tarikh ditetapkan".

Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan meminta supaya 5,000 pelajar ISMP daripada IPTA supaya tidak menyangka mereka dianaktirikan kementerian.

Sekiranya mereka yang mengambil ijazah di IPTA berasa mereka dianaktirikan, bagaimana pula dengan kami?

Kami ditemuduga oleh kementerian dan kemudian diberi biasiswa untuk mengambil ijazah dalam bidang pendidikan. Bukannya kursus yang kami ambil ini baru diperkenalkan, tetapi sudah bertahun-tahun diperkenalkan.

Kami berharap Kementerian Pelajaran dapat mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah kami.

GURU TESL, Cohort 4.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GraduanTESLmasihmenunggu/Article

Tiada ulasan:

Pengikut