Sabtu, 21 Mei 2011

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


LAGI JENAZAH MANGSA RUNTUHAN DTEMUI...SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA...

Posted: 21 May 2011 08:16 AM PDT


Kemaskini setakat Jam 10:00malam 21Mei 2011


Enam mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

Sebanyak sembilan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

KEDIAMAN ANAK-ANAK YATIM DILANDA TANAH RUNTUH...3 JENAZAH TELAH DIKELUARKAN..

Posted: 21 May 2011 04:56 AM PDT

GAMBAR TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM DI HULU LANGAT



Gambar Penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa yang  cedera
Antara 20 hingga 49 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Petikan dari mstar.com.my

Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ahli-ahli bomba dan penduduk kampung mengeluarkan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.


Ahli bomba dan penduduk kampung bekerjasama mengeluarkan mangsa kanak-kanak yang cedera parah ekoran tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang ini, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang.


Update-5:40 PM


Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.

Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.

Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.


Update -7:00PM
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui
Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.

Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi
Berita semasa:
Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA

PALESTIN - PM Hamas Cedera

Posted: 21 May 2011 02:13 AM PDT

Saturday, May 21, 2011



Meskipun disibukkan dengan berbagai-bagai kegiatan, perdana menteri Hamas Ismail Haniyah tetap menyempatkan diri untuk bermain bola dalam menjaga tubuh agar selalu cergas. Namun dalam sesi latihan bola Khamis kelmarin (19/5), Haniyah mengalami kecederaan.

Ismail Haniyah mengalami cedera selama latihan bola sepak di Kota Gaza, media Palestin melaporkan Khamis lalu.

Menurut laporan, perdana menteri Hamas cedera di kakinya dan dipindahkan ke hospital setempat, di mana ia menerima perawatan medik.

Pemimpin Hamas tersebut diperintahkan untuk beristirehat selama paling kurang 10 hari, dan tidak akan dapat mengikuti latihan bola sepak kembali sampai anggota badannya yang cedera sepenuhnya pulih.

Sumber yang dekat dengan Haniyah mengatakan perdana menteri telah menghadiri sesi pelatihan bola sepaka setiap minggu, kerana hal itu merupakansukan rutin bagi Haniyah.

Ismail Haniyah merupakan mantan pemain bolasepak yang dulu sering mengambil bahagian dalam acara-acara olahraga, termasuk pertandingan bola sepak di stesen bola sepak Gaza sebelum hancur oleh serangan Israel selama Operasi Lead Cast pada tahun 2009.

Di masa lalu, Haniyah dikenal sebagai salah satu pemain bola sepak terbaik di kelab bola sepak yang ada di kem pelarian Al-Shati dan kelabbola sepak asosiasi Islam, di mana ia juga menjadi anggota dewan direksi selama beberapa tahun di kelab tersebut.(fq/ynet)


SUMBER

Tiada ulasan:

Pengikut