Sabtu, 21 Mei 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ikrar Kami Pemuda PAS Kelantan

Posted: 21 May 2011 03:32 AM PDT


Fahami, hayati dan usahakan dengan sedaya upaya melunasi Ikrar dan Baiah ini...yang dibaca pada Himpunan 10k Pemuda PAS Kelantan

Bahawasanya kami
pemuda-pemuda PAS Negeri Kelantan
sedar dan yakin
Tiada Tuhan melainkan Allah
Nabi Muhammad pesuruh-Nya

Kami
Pemuda PAS Negeri Kelantan
yang berhimpun pada hari ini
dengan ini berikrar
Allah matlamat hidup kami
Nabi Muhammad Ikutan kami
Al Quran perlembagaan kami
Jihad jalan kami
Mati syahid cita-cita kami

Kami berjanji
tidak berundur walau setapak
bekerja dengan penuh istiqamah
sama ada senang atau susah
kaya atau miskin
aman atau darurat
demi mencapai kemenangan

Kami berikrar
tidak akan mengkhianati perjuangan 
patuh kepada segala keputusan parti
Hanya PAS wadah perjuangan kami
Hanya PAS tumpuan wala' kami

Kami berbaiah dengan Islam
Kami berbaiah dengan pimpinan Islam
Untuk memperjuangkan Islam
Darah dan jasad kami jadi taruhan
Demi menegakkan kedaulatan Islam...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...

Gegar ajak rakyat desak Petronas bayar royalti

Posted: 21 May 2011 03:31 AM PDT

KOTA BHARU, 21 Mei: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menyeru orang ramai tanpa mengira fahaman politik, agama, latar belakang kaum dan jantina supaya sama-sama bangkit menuntut royalti petroleum dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Seruan sama ditujukan kepada semua pihak termasuk anak Kelantan di perantauan yang berada di seluruh Malaysia.

"Sama-sama kita menuntut royalti petroleum itu supaya dibayar kepada Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan perjanjian yang telah disepakati bersama," satu kenyataan media Gegar yang dikeluarkan di sini pagi tadi.

Serentak dengan itu pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusoff dan Mohamad Fauzi Abu Samah dalam satu kenyataan medianya bertarikh 20 Mei 2011 (semalam) mempertikaikan pembayaran royalti petroleum yang dibuat kepada kerajaan Terengganu sebanyak RM938 juta (secara berperingkat sehingga Jun 2011).

Mereka mendakwa, pembayaran itu 'cukup mengelirukan'. 

Ini kerana royalti kepada kerajaan Kelantan tidak dapat dibayar sedangkan hujahnya sama dengan Terengganu iaitu 'di luar perairan' (lebih tiga batu nautika)  digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu bagi mendapatkan royalti petroleum dalam jawapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Jika hujah itu digunakan, maka selama ini Perdana Menteri telah menipu dan cuba memperbodohkan rakyat sendiri dalam kes Terengganu dibayar royalti petroleum itu, tetapi Kelantan tidak dibayar," dakwanya.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 Seksyen 4 telah menetapkan supaya perbadanan (Petronas) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi 'pemunyaan' dan hak bagi negeri tersebut.

Dan berasaskan kepada perjanjian yang sama yang telah dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan, Petronas dengan Terengganu, Petronas dengan Kelantan, Petronas dengan Sabah dan Petronas dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Gegar  menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan segera ke atas orang yang memukul aktivis Gegar  berhampiran Masjid Kampung Sireh dekat sini baru-baru ini ketika aktivis itu sedang memasang banner royalti petroleum.

"Kami difahamkan, pemukul terbabit ialah Penyelia Mukim dan bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Sireh.

"Bagi kami, tindakan memukul aktivis Gegar itu merupakan tindakan tidak bertamadun dan ketinggalan zaman," tegasnya.

5 tercicir, JK Pemilihan mohon maaf

Posted: 21 May 2011 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu.

Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin.

"Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar.

Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas membuat semakan secara keseluruhan, empat lagi nama trurut tercicir.

Dengan pembetulan tersebut, bermakna jumlah keseluruhan calon yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat untuk sesi 2011-2013 adalah seramai 87 orang.

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.

Kesemua mereka yang layak bertanding perlu menyatakan persetujuan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum jam 5.00 petang 26 Mei ini .

Pembetulan AJK Dewan Pemuda dan Ulama

Sementara itu, pembetulan juga turut dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah. 

Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.

Untuk AJK Dewan Ulama pula, daripada 26 senarai asal sebelum ini dikurangkan menjadi 24 orang ekoran terdapat dua nama yang disenarai dua kali dengan ejaan berbeza.

Mereka adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga disenarai dengan nama satu lagi iaitu Ustaz Abdullah Abu Bakar dan Ustaz Shuib Din yang juga disenarai dengan satu lagi nama Ustaz Shuib Mat Amin.

Kerusi Timb Ketua Pemuda PAS 'panas'

Posted: 21 May 2011 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Selepas perebutan untuk jawatan nombor satu Dewan Pemuda PAS Pusat terjawab, tumpuan kini beralih kepada kerusi timbalannya pula.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga calon untuk jawatan nombor dua itu telah mengesahkan diri bertanding, termasuk penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani.

Dua lagi yang menyatakan hasrat sama adalah Pengarah Pilihan Raya dewan itu Mohd Firdaus Jaafar dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini juga dicalon untuk bertanding jawatan ketua pemuda, namun telah menyatakan pendirian menolaknya sekaligus membuka ruang kepada penyandang jawatan itu, Nasruddin Hassan untuk menang tanpa bertanding.

Keseluruhan nama yang layak untuk bertanding timbalan ketua pemuda adalah seramai sembilan orang termasuk Nasruddin.

Nasruddin bagaimanapun telah menyatakan hasrat mempertahan jawatan ketua pemuda yang disandangnya dan menjadikan calon timbalan kini lapan orang.

Selain Azman, Firdaus dan Suhaizan, lima lagi pencabar untuk jawatan itu adalah Ahmad Sabki Yusof, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Riduan Mohd Nor, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Mohd Nor Hamzah.

Sabki yang juga salah seorang penyandang naib ketua pemuda bagaimanapun ketika dihubungi Harakahdaily menyatakan hasrat menolak semua pertandingan jawatan dalam pemuda sebaliknya hanya akan bertanding di peringkat AJK PAS Pusat.

"Saya sudah bagi surat jawapan kepada Jawatankuasa pemilihan.

"Saya hanya menerima untuk bertanding AJK PAS Pusat," katanya.

Sementara itu, Ridhuan Mohamad Nor pula memberitahu Harakahdaily bahawa belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu dan mahu tunggu dan lihat

Untuk jawatan naib ketua, Dr Raja Ahmad Al His telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan yang kini disandang oleh Ahmad Sabki Yusof itu.

Sabki yang baru dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu atau mana-mana jawatan dalan Pemuda PAS.

Himpunan 10 Ribu Pemuda PAS Kelantan

Posted: 20 May 2011 03:58 PM PDT




























Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam

Posted: 20 May 2011 03:09 PM PDT

KOTA BHARU, 20 Mei: "Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang,  saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan 'kapten' bola menjadi imam sembahyang," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.
Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.
"Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.
"Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada 'benda lain' pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid," katanya.
Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.
Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.
"Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.
Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.
Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.
"Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.
"Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. 
"Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam," katanya.

Gelombang hijau tenggelamkan gelombang merah

Posted: 20 May 2011 03:09 PM PDT

KOTA BHARU, 20 Mei: Gelombang hijau petang ini mewarai padang perdana tempat berlangsung Himpunan 10,000 anak muda. Ia ternyata menenggelamkan gelombang merah dilancarkan Umno tahun lepas.
Anak muda lelaki dan perempuan tanpa mengira usia berbondong-bondong melangkah menuju ke tempat perhimpunan tersebut yang bermula jam 4 petang.
Tanpa ada upah dan kerahan membabitkan penjawat awam seperti gelombang merah, anak-anak muda berbaju hijau dan berketayap putih bersemangat. Laungan takbir bergema berulang kali di atas padang.
Tanpa menghiraukan pancaran terik matahari di ambang sore pemuda memenuhi khemah tempat pendaftaran sebelum bersila di atas tikar.
Ada juga anak-anak muda berjubah putih memenuhi sebahagian padang. Mereka hadir memberi sokongan bagi mempertahankan ketuanan Islam.
Tema perhimpunan tersebut 'Tolak Umno Islam Selamat' ternyata memberi suntikan baru selepas gelombang merah Umno kelihatan berada penghujungnya.
Program bermula dengan solat Asar berjemaah, diikuti celoteh Bob Lokman, anak tempatan yang kini menjadi ikon remaja apabila berubah daripada seorang seniman kepada pejuang Islam.
Persembahan dikir barat oleh Kumpulan Sri Halaqat menghiburkan anak-anak muda dengan dendangan lagu-lagu dikir berunsur nasihat.
Kira-kira jam 6 petang hampir seluruh padang dipenuhi anak-anak muda. Ikut sama pada program tersebut Nisa' di kalangan muslimat muda.
Tempat parkir di sekitar Stadium Sultan Mohamad Ke-IV penuh sesak, begitu juga di Bazar Tok Guru. Laluan Jalan Mahmood jem dengan kenderaan bertali arus.
Sepanjang Jalan Hospital di kiri kanan jalan pula berderetan bas disewa pemuda kawasan dari seluruh Kelantan.
Himpunan tersebut merupakan kali kedua selepas himpunan serupa pernah diadakan menjelang pilihan raya umum lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman mengajak anak-anak muda bangkit selepas Umno kini semakin terdesak.
Katanya, Umno sekarang sudah kehilangan moral apabila terpaksa menggunakan taktik kasar bagi menghalang rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.
"Ada rakan kita dipukul ketika sedang memasang sepanduk bagi menuntut royalti minyak pada Jumaat lalu. Ini mengggambarkan keadaan Umno benar-benar terdesak.
"Pemuda PAS tidak pernah takut dengan segala ugutan tersebut. Kita berjuang memastikan Umno terus hanyut dalam arus politik di negara ini," katanya memulakan ucapan pada perhimpunan tersebut.
Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Firdaus Jaafar berkata, Kelantan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan perjuangan Islam.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizat Kayan pula memberitahu kubu terakhir Umno di negara ini ialah Johor.
"Kuatnya Umno di Johor sama dengan kebalnya PAS di Kelantan yang menjadi kubu akhir bagi mempertahankan Islam," ujarnya.
Bagaimanapun katanya mempertahankan kemenangan perlu dengan kerja keras kerana Umno masih mempunyai segala kuasa bagi mempertahankan saki baki kuasa mereka.
Hadir sama pada petang tadi, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhamad Fadzli Hassan.
Manakala malam ini diadakan solat sunat hajat dan bacaan al Quran 100 kali khatam.
Selepas itu diadakan ikrar Jentera Pemuda PAS Kelantan dan berakhir dengan amanat Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nasruddin dijangka menang tanpa bertanding

Posted: 20 May 2011 03:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Terbaru, calon terakhir yang ditunggu membuat keputusan, iaitu ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat, juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," katanya yang membuat pengumuman melalui blognya awal pagi ini.

Semalam, dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Azman seperti laporan Harakahdaily semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya kini itu.

Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda.

Dengan pengumuman Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, bermakna sah Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatan yang sedang disandangnya.

Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.

Mengulas pertemuan malam tadi itu, Nasruddin ketika dihubungi berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan.

"Malam tadi kita membuat keputusan terbuka.

"Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

"Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya.

Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan.

Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya.

Tiada ulasan:

Pengikut