Khamis, 26 Mei 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو

Posted: 26 May 2011 07:40 AM PDT

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو


Ada Apa Dengan Pakatan Rakyat?

Posted: 24 May 2011 11:02 PM PDT

Ada apa dengan pakatan rakyat? yang jelasnya PR adalah hasil gabungan parti serpihan dari UMNO, bila tak dapat Kuasa! keluar tubuhkan parti lain! nampak bebenau GILA KUASA!!. tak ikhlas dalam perjuangan politik!!! PR yang terdiri daripada PAS, PKR & DAP adalah sebuah parti gabungan yang tidak memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya hanya fokus bagaimana nak menakluk Malaysia. Apakah nasib negara jika komplot bangang nak mampuih ni memerintah negara?

Sedarlah wahai bangsaku ,sedarlah. Pakatan Rakyat tiada apa apa pun pencapaiannya yang harus dibanggakan. Peluang mereka akan menjadi lebih 'cerah' jika mereka bersama-sama memajukan Malaysia, dengan menunjukkan keikhlasan membantu parti BN&UMNO mentadbir negara. tapi apa yang mereka buat? menJAHANAMkan lagi negara di mata dunia lagi ade la. bongok punya Pakatan!!! ha ha ha

Tak lama lagi tiba bulan kemerdekaan. 1 Malaysia meraikannya! memang terharu, tetapi patutkah Pakatan Rakyat yang bangang ni sambut kemerdekaan bersama-sama dengan kita? patutkah? sedangkan mereka langsung tidak memikirkan hal-hal membabitkan masa depan negara? malah sebaliknya, mereka menghina pemimpin kita! mereka tidak memberi sokongan moral pada pucuk pemerintah! mereka bukan sebuah parti pembangkang yang berdaya saing! mereka juga mementingkan diri sendiri!! so! tidak layaklah mereka bersama-sama meraikannya detik bersejarah ini!

SENJALIZA

Posted: 26 May 2011 03:21 AM PDT

SENJALIZA


"Memutihkan yang hitam tidaklah semudah menghitamkan yang putih"

Posted: 26 May 2011 02:43 AM PDT

GAME OVER....YOU LOST..No matter how you say it, the truth will prevail... 
All problems that come to us are because of our actions. No problem that has come to us is because of the actions of other peoples. We often blame other peoples for the problems that we have and that is the usual actions taken by most peoples. When we are in the habits of always blaming other peoples, in whatever problems that have happened upon us, it showed that we are the type of a person who put desires as God. When we have made our desires as our God, we always blame others in whatever problem comes to us. We declined to accept the fact that the problems that has come to us is because of our own wrong action. We would point our fingers to others and refused to accept that it is due to our own wrong doings......READ MORE
Menegakkan benang yang basah tidaklah semudah menegakkan 'barang orang tua ini". 
Memutihkan yang hitam tidaklah semudah menghitamkan yang putih".....

Politik Harian

Posted: 26 May 2011 03:12 AM PDT

Politik Harian


Ibu Pejabat PKR Dilelong?

Posted: 26 May 2011 01:43 AM PDT


PKR bakal diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong. Baca lagi...

Papa Gomo Di Ugut Bunuh!

Posted: 26 May 2011 12:22 AM PDT

Blogger Papa Gomo www.papagomo.com yang mengemparkan dunia blogger dengan mengeluarkan rakaman video seks Anwar Ibrahim, kemarin pada hari Selasa menerima satu ugutan bunuh, kali ini isu yang diutarakannya berhubung Isu Penyelewengan Wang Majlis Daerah Pasir Puteh.

Menurut Papa Gomo, laporan Polis yang di buat berhubung Ugutan yang telah di lakukan oleh lelaki yang mengakui Bodyguard kepada Dato Shukri Penasihat Sultan Muhammad ke V. Laporan Polis yang mana menjelaskan bahawa apa yang Gomo utarakan pada artikel jam 3.00 petang semalam bukan satu Rekayasa ataupun Fitnah semata mata. Baca lagi...

Pemilihan Pas: Umpama Dam Aji, Puak Erdogan Makin Laju Menuju Sasaran

Posted: 25 May 2011 09:17 PM PDT


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad menyifatkan, pemilihan parti itu umpama permainan dam aji.

Ini kerana kata beliau ia bakal menyaksikan pertembungan antara golongan ulama bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi dalam masa yang sama menyerlahkan percaturan kumpulan yang condong kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan strategi mereka. Baca lagi...

Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Agama Islam! Blog House PK Panas Terbakar Macam Dalam NERAKA!

Posted: 25 May 2011 07:15 AM PDT

Kita mulakan dengan cerita House PK Panas terbakar macam dalam Neraka dulu... Pasal Isu RON 95, pada hakikatnya kita semua tahu bahawa rakyat gumbira kerana kerajaan tidak menaik minyak, malahan aku sendiri pun berasa lega dengan keputusan jemaah menteri dan bukan itu sahaja aku pun tahu si Papedom Kari Gemok Badan Berbulu tu pun GUMBIRA dengan berita tersebut ha ha ha hak!

Ini bermakna kerajaan prihatin dengan masaalah rakyat, tak kiralah siapa pun yang desak kerajaan supaya tidak menaikan harga minyak yang penting kerajaan prihatin! Tak kiralah walaupun desakan itu datangnya dari si Papedom Kari Gemok Badan Berbulu, aku tetap sokong!

Tapi kalau ye pun tak payah lah nak sokong hujah dari pemimpin puak Pakatan Haram, malu la beb... kao dok canang cerita pakatan haram tu macam haram jadah, lepas tu kau jilat balik.. Baik kau jilat je ludah aku!

Hmmm malas nak cerita panjang takut nanti papedom tak buleh tido.....

Ayuh kita gempur blog hina agama Islam! Baca lagi...

p/s: Bila aku jolok! baru Papedom Kari Gemok Badan Berbulu belajar menulis, klu tak asyik copy n paste jek... keh keh keh....

KJ On Air Di Bernama Radio24

Posted: 25 May 2011 05:16 AM PDT

Kepada sahabat sahabat yang tidak berkesempatan untuk mengikuti temu ramah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy jamaluddin dalam Segmen Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, Selasa sila layari http://www.radio24.com.my/podcast.html 24/5/2001

Topik kupasan: Penentuan Halatuju Khairy Jamaludin dan Pemuda UMNO

http://politikharian.com/

bumiyang

Posted: 26 May 2011 03:12 AM PDT

bumiyang


Mahu Berlumba Dengan Polis Peronda???

Posted: 25 May 2011 05:37 PM PDT

Harga Petrol Ron 95 Kekal!!! Tapi Sampai Bila???

Posted: 25 May 2011 05:40 AM PDT

tunku

Posted: 26 May 2011 03:05 AM PDT

tunku


Prices of RON95 petrol, diesel and LPG to remain the same: Ismail Sabri

Posted: 25 May 2011 09:20 AM PDT

PUTRAJAYA: In a move that will please many Malaysians, the government has decided to maintain the prices of RON95 petrol, diesel and liquefied petroleum gas for the time being.
Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the decision was made after an in-depth discussion on subsidy rationalisation at Wednesday's weekly cabinet meeting.
"The decision was made taking into consideration the interest of the people," he told a news conference at his ministry, here Wednesday.
The government would however continue to study the need for subsidy rationalisation in view of the increase in the prices of oil and gas in the global market.
Asked whether there was any discussion on the time frame for the prices to remain, Ismail Sabri said there was no discussion about time frame. The price of RON95 petrol is now RM1.90 per litre and diesel at RM1.80 per litre. LPG is priced at RM1.90 per kg.
The last time the prices for these three items were adjusted was in December last year.
Ismail Sabri said the decision to retain the prices of the three items meant that the government had to bear fuel subsidy totalling RM18bil.
Last year, the fuel subsidy was RM8.15bil. - Bernama

tunku : THANK YOU VERY MUCH.

anakbukitgantang says

Posted: 26 May 2011 03:03 AM PDT

anakbukitgantang says


Haram solat dibelakang imam yang menjisimkan Allah dan menuduh orang Islam lain kafir- Ustaz Zamihan Al Ghairi

Posted: 25 May 2011 05:48 AM PDT

Ustaz Zamihan Al Ghairi adalah Penolong Pengarah dan Pendakwah di JAKIM

Beliau terkenal sebagai seorang pejuang yang menentang fikrah Wahhabi.

Beliau memberikan ceramah di sebuah surau di Taman TAR, Ampang dan antara isi pentingnya ialah haram solat berimamkan seorang imam yang diketahui saheh menjisimkan Allah (iaitu mengatakan Allah berjari, bertempat dll) serta terbukti telah mengkafirkan orang Islam yang lain.

Semoga ia menjadi panduan kita semua supaya "tidak sesat dalam terang".

HERO KECIK

Posted: 26 May 2011 01:37 AM PDT

HERO KECIK


Di Sebalik Keris Taming Sari & Melayu

Posted: 25 May 2011 01:25 AM PDT

Keris Taming Sari akan diPemerkan Di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan Kuala Kangsar mulai 29 Mei hingga 5 jun 2011.

Keris yang sinonim dengan Orang Melayu dan Lambang kepada orang melayu dan keris Taming Sari yang menjadi kebanggaan sejarah melayu. Keris Taming Sari wujud bersama sejarah bangsa melayu. Semua orang tahu sejarah kehebatan Keris Taming Sari dan empayar melayu melaka pada waktu itu...

Tapi semua sejarah tanah melayu telah diubah oleh British, semua cerita-cerita melayu di tanah melayu pastinya diubah sepenuhnya untuk memperlihatkan kelemahan melayu. Itu aku yakin dan sejarah melayu sebenarnya tersimpan baik tanpa dihuraikan dan didedahkan . Kenapa British mengubah semua? Adakah pengaruh dah kekuatan Orang Melayu amat digeruni oleh pihak asing?

Keris Taming Sari wujud bersama kegemilangan melayu. Bermakna kehebatan Orang Melayu tidak terbanding lagi. Tetapi kenapa masih ada orang yang memperlekehkan Keris?

Kenapa mesin pengorek terowong SMART dinamakan TUAH? Kenapa TUAH? Kenapa terowong... apa cerita disebalik terowong?

Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai MELAYU beragama ISLAM....

Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di JOHOL beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan......

Tapi ada yang akan menganggap Taming Sari yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah hanya replika dan sesetengah pihak akan menganggap itu semua mitos. Golongan ini tidak mahu mengakui kesahihan Taming Sari wujud bersama orang melayu kerana takut akan kebangkitan semangat Orang Melayu.Taming Sari sebenarnya wujud dan ia bukanlah dongeng yang telah diputar alamkan oleh British selam ini.....

Melayu perlu faham sejarah melayu....

PANEH MIANG

Posted: 26 May 2011 01:29 AM PDT

PANEH MIANG


Lawak Guan Eng pulak...

Posted: 25 May 2011 08:22 PM PDT

1. Bila Guan Eng kata negeri yang ditadbir pembangkang jangan bubar DUN jika PRU diadakan pada tahun ini, Zambry Abdul Kadir memberi reaksi segera mengatakan puak pembangkang tiada keyakinan menghadapi PRU-13.

2. Saranan Guan Eng ini sudah kedengaran beberapa kali daripada pemimpin pembangkang lain sebelum ini. Malah Pas juga pernah menyuarakan hasrat yang sama dulu. Ini reaksi biasa bagi orang yang sedang seronok di tampuk kuasa. Spesis pemimpin sebegini selagi boleh mahu pegang kuasa selama mungkin. Lagipun belum sempat songlap semua lagi maa...

3. Namun jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih enggan membubarkan DUN walaupun kerajaan persekutuan sudah membubarkan parlimen, diikuti dewan undangan negeri BN; maka masih terdapat beberapa kaedah yang boleh diguna bagi memastikan negeri komplot pembangkang turut membubarkan DUN.

4. Mungkin Guan Eng terlupa dia mentadbir negeri yang bidang kuasanya adalah di bawah YDP Agong melalui wakilnya Yang Dipertua Negeri. Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada YDP Agong untuk memberhenti atau membubarkan parlimen mengikut budi bicaranya. Maka, YDP Agong juga berkuasa untuk mengarahkan Yang Dipertua Negeri yang mewakilinya di negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang untuk membubarkan DUN.

5. Kebanyakan Undang-Undang Tubuh Negeri turut memberi kuasa kepada Raja-Raja Melayu dalam perihal 'mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri' yang perlu setara dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

6. Walaupun tindakan Raja Melayu tertakluk atas nasihat, namun kuasa membubarkan Parlimen mahupun DUN masih lagi tertakluk di bawah budi bicara Raja-Raja Melayu.

7. Akan tetapi, jika negeri yang ditadbir komplot pembangkang masih berkeras tidak mahu membubarkan DUN, maka satu lagi kaedah boleh digunakan iaitu dengan mengisytiharkan darurat (Perkara 150) di negeri yang enggan membubarkan DUN.

8. Apabila darurat dikuatkuasakan di sesebuah negeri, maka pentadbiran negeri tersebut akan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, dan kerajaan pusat berhak untuk membubarkan DUN atas budi bicaranya. Namun, jika kaedah ini diguna pakai, pasti ia akan menyebabkan populariti kerajaan persekutuan merudum, selain menimbulkan kemarahan komplot pembangkang. Jadi agak mustahil Najib akan mengisytiharkan darurat kerana tindakan itu berbeza dengan karektor lembut hatinya.


9. Walaubagaimanapun, Pok Nik kelihatannya lebih rasional berbanding Guan Eng melalui kenyataan bahawa beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan komplot pembangkang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya diadakan pada tahun ini.

10. Ini mungkin disebabkan Pok Nik telah mendapat pengajaran sebelum ini apabila beliau juga pernah menyatakan hasrat kepada SPR untuk tidak membubarkan DUN. SPR ketika itu telah membenarkan kerajaan Kelantan untuk tidak membubarkan DUN, tetapi dengan amaran seandainya kerajaan Kelantan masih enggan mengadakan pilihanraya DUN serentak seluruh negara, maka segala perbelanjaan dan kos pilihanraya DUN Kelantan selepas itu perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri dan bukan lagi menggunakan peruntukan persekutuan melalui SPR. Rentetan itulah Pok Nik 'terpaksa' membatalkan hasratnya.

11. Kepada Guan Eng, belajarlah dengan Menteri Besar yang lebih senior seperti Pok Nik yang banyak pengalaman dalam selok belok pilihanraya.

12. Setelah segala macam fitnah, tuduhan, cacian, celaan, maki hamun etc. dihambur komplot pembangkang kepada BN selama ini, tiba-tiba takut pulak nak bubar DUN untuk bertempur di PRU-13?

13. Kemon la brader...kemon! Takkan nak ubah nama "Pakatan Chicken" kot!

Taipingmali (tm)

Posted: 26 May 2011 01:22 AM PDT

Taipingmali (tm)


Penghinaan yang dikesan terhadap Nabi Muhammad.

Posted: 26 May 2011 12:36 AM PDT

Twitter hina Islam

Posted: 26 May 2011 12:28 AM PDT

Wartawan Oriental Daily dirompak di Ipoh

Posted: 26 May 2011 12:14 AM PDT

Deme Tanya, Pak Ngah Jawab, Kampung Temiang Ipoh

Posted: 25 May 2011 11:51 PM PDT

Najib vs. Anwar: Epic Battle

Posted: 25 May 2011 07:31 PM PDT

Perak wujud Hub Eko Industri-DS Zambry

Posted: 25 May 2011 07:08 PM PDT

Pemimpin Buta IT

Posted: 25 May 2011 11:10 AM PDT

Fw: MELAYU PECACAI

Posted: 25 May 2011 10:36 AM PDT

MB TAIWAN

Posted: 25 May 2011 10:20 AM PDT

Bukti Anwar Manusia Durjana

Posted: 25 May 2011 10:17 AM PDT

Perak tarik minat tiga syarikat gergasi dunia-Dato Hamidah

Posted: 25 May 2011 10:15 AM PDT

MB GUAN ENG

Posted: 25 May 2011 10:11 AM PDT

RON 95 Kekal

Posted: 25 May 2011 01:46 AM PDT

PAPA GOMO

Posted: 26 May 2011 01:18 AM PDT

PAPA GOMO


TERBAIK - PAS Kelantan Akan Bina Patung Kondom

Posted: 26 May 2011 12:31 AM PDT




Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.


Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.



Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.



Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.
Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.



Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?



SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.



ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.



ARTIKEL INI SAYA TEMUI DI FACEBOOK ABE RAMLY OTAI
http://www.facebook.com/note.php?note_id=116484686527&ref=nf


UNDI PAS MASUK SORGA


Psssttt.....Nilaikan apa perjuangan PAS yang sebenar, kerana Islam atau Kuasa?



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM


ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Malaysia Boleh Ayuh Kita Jayakannya Demi Negara Tercinta

Posted: 25 May 2011 10:00 PM PDT






Ayuh kita Para Belia Menyertainya Bagi Menunjukkan Kepada Dunia Bahawa Belia Di Malaysia Mampu Melakukan Sesuatu Yang Mungkin Di Anggap Mustahil Oleh Negara Negara Luar.

Ini peluang Kita dalam membuktikan
MALAYSIA BOLEH

Untuk upacara dan segala jadual Program
Himpunan Sejuta Belia
KLIK DI SINI


Psssttt....Demi negara yang tercinta ayuh kita jayakannya


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Angkara Pandykutty Rakyat (PR) Rakyat Bersusah Dan Ada Yang Bertumbuk

Posted: 25 May 2011 06:00 PM PDT



Bermula dari pagi sampailah ke Petang semalam kecoh di beberapa stesyen minyak dalam Malaysia ekoran wujud spekulasi harga minyak Ron95 naik sebanyak 20sen sebagaimana yang di war warkan oleh Pakatan Rakyat. Keadaan kelam kabut tersebut menyaksikan ada stesyen minyak kehabisan bekalan sebelum jam 11 malam lagi.

Deretan kenderaan juga di lihat beratur di stesyen minyak bagi menunggu giliran mengisi Ron95 malah ada yang turut mengisi di dalam tong tong yang di bawa bagi menyimpan minyak Ron 95.

Namun selepas jam 12 malam harga minyak yang di dakwa oleh Pakatan Rakyat naik tidak menjadi kenyataan malah lebih parah lagi rakyat yang beratur mengisi minyak menyumpah seranah terhadap Pakatan Rakyat yang mewujudkan berita kenaikan harga minyak Ron95 ini.

Mereka yang beriya iya mengisi minyak ini pada sebelah pagi membawa ke malam rupa rupanya terlepas pandang ataupun mendengar kenyataan Kabinet Kerajaan BN bahawa harga Minyak Ron95 kekal seperti biasa. Sebaliknya apa yang di war warkan oleh media Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini telah di percayai bulat bulat oleh Rakyat.

Ini lah juga yang berlaku sepertimana Tarikh 16 September tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim mendakwa pada tarikh tersebut Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya. Maka ramailah rakyat tertipu dan lebih memualkan lagi ramai di kalangan Totok Pakatan Rakyat siap siaga menawan Putrajaya dan lokasi lokasi penting dalam pentadbiran Persekutuan.

Tidak cukup dengan itu pemimpin Pakatan Rakyat yang bergelar Ahli Parlimen bersiap dengan pakaian baju Melayu Hitam bersongkok bagi mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Ada juga yang sudah menempah Dewan dewan Hotel bagi meraikan jatuhnya Kerajaan BN.

Itulah tragedi yang berlaku pada 16 September 2008 yang mana Rakyat di tipu dan di perbodohkan oleh Pakatan Rakyat ataupun sekarang ini lebih di kenali dengan nama PANDIKUTTY RAKYAT (PR).

Kerajaan BN yang mentadbir Malaysia bertahun lamanya tidak sesekali membohongi Rakyat Malaysia malah jika ada sesuatu pekara yang di fikirkan perlu untuk kepentingan Rakyat maka pelbagai langkah di ambil untuk mengatasinya. Itu lah yang berlaku semalam apabila Menteri Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi Dato Seri Ismail Sabri memaklumkan Harga Minyak Ron95, Gas dan LPG kekal pada harga yang sedia ada.



Tahniah kepada Dato Seri Ismail Sabri yang membawa isu ini kepada Kabinet dan Perdana Menteri bahawa slogan Rakyat di dahulukan perlu di jaga dalam memastikan Rakyat yang kurang pendapatan dan sederhana tidak mendapat kesan yang parah dari kenaikan harga minyak.



Ini yang kita mahukan apabila suara suara Rakyat yang di salurkan oleh Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin, ketua ketua Bahagian dan juga para Blogger serta Facebooker di dengar oleh Kerajaan Malaysia. Isu kenaikan Minyak bukan satu hal yang boleh di pandang remeh memandangkan apabila harga meningkat maka secara automatiknya harga barang keperluan lain juga meningkat.

Jelas lah di sini bahawa Kerajaan BN lebih Terhormat daripada PR Pandikutty Rakyat dalam membela nasib rakyat Malaysia. Malah ini juga satu contoh kepada rakyat Malaysia bahawa PR hanya tahu membohongi Rakyat Malaysia dan mengambil kesempatan dalam sesuatu isu daripada membela Rakyat Malaysia.

Semoga Rakyat yang tertipu semalam sedar bahawa tiada kerajaan yang sempurna dalam membela nasib mereka namun Seburuk buruk kerajaan BN belum pernah lagi membelakangi Rakyat Malaysia dengan Menipu dan mewujudkan spekulasi yang mana menyusahkan rakyat Malaysia.

PR = Pandikutty Rakyat PEMBOHONG!!!


Psssttt.....Syukur atas pertimbangan kerajaan BN, Celako kepada Pakatan Rakyat


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Laporan Polis Ugutan Kutip Dan Potong Dari Bodyguard Shukri Penasihat Sultan Muhammad Ke V

Posted: 25 May 2011 05:37 AM PDT



KLIK IMEJ

Di atas adalah laporan Polis yang di buat berhubung Ugutan yang telah di lakukan oleh lelaki yang mengakui Bodyguard kepada Dato Shukri Penasihat Sultan Muhammad ke V. Laporan Polis yang mana menjelaskan bahawa apa yang Gomo utarakan pada artikel jam 3.00 petang tadi bukan satu Rekayasa ataupun Fitnah semata mata.

Benar bagai di kata rakan rakan Blogger sebelum ini bahawa isu yang Gomo mainkan dalam menerjah hubungkait Kelantan akan mendapat kesan negatif. Malah ada rakan yang memaklumkan bahawa Gomo akan menjadi perhatian beberapa pihak yang akan tidak berpuas hati dengan isu yang Gomo ketengahkan.

Namun sebagai anak Jantan dan anak Jati Kelantan yang mana tempat tumpah nya darah Gomo maka kewajipan buat Gomo memperjuangkan apa yang sewajarnya demi Rakyat Kelantan itu sendiri. Ini juga satu contoh kepada negeri negeri lain yang mana jangan dek kerana mereka orang Besar dan berjawatan maka dengan sesuka hati boleh Menggugut individu lain.

Laporan Polis yang Gomo buat ini adalah sebagai pelindungan diri jika ada apa apa yang berlaku terhadap Gomo, isteri, anak anak, Pekerja dan juga Harta Benda Gomo, maka lebih mudahlah pihak Polis mencari siapa yang bertanggungjawap melakukannya.

Untuk berdiam diri dalam isu ini adalah TIDAK SAMA SEKALI kerana apa yang Gomo serta rakan Blogger lain perjuangkan adalah kebebasan Media dengan mengeluarkan setiap apa yang kami perolehi berlandaskan Fakta dan bukan Rekayasa.




Isu Penyelewengan Wang Majlis Daerah Pasir Puteh masih lagi belum di perjelaskan oleh Shukri Penasihat Sultan Muhammad ke V dan Rakyat di Pasir Puteh akan terus tertanya tanya apakah tindakan yang akan di lakukan seterusnya oleh Dato Shukri Penasihat Sultan Muhammad ke V.


Psssttt....Timbang Darah Sukat Daging.....




DAULAT TUANKU SULTAN ISMAIL PETRA


Kalau berkunjung ke negeri berhala,

Menara masjid tingginya lagi,

Kerana angkara menteri pasola,

Raja dibuang Permaisuri diketepi



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Sahabat-Gunung

Posted: 26 May 2011 01:08 AM PDT

Sahabat-Gunung


Berwaspada Dengan ‘Askar Upahan’ Yang Cuba Melaga-lagakan UMNO

Posted: 26 May 2011 12:52 AM PDT

Ahli Pemuda UMNO Hulu Selangor dinasihatkan agar berwaspada dengan `askar upahan' pihak tertentu yang berusaha untuk menghancurkan parti.

Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim berkata, `askar upahan' ini berusaha untuk mempengaruhi anggota parti dengan menyebarkan cerita-cerita atau dakyah demi kepentingan pihak tertentu. Mereka juga cuba mewujudkan kem-kem tertentu, yang bertujuan untuk berkempen untuk pemilihan UMNO, bukannya untuk menumpukan tumpuan untuk PRU dan kembali merampas Selangor dari pentadbiran kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor.

"Mereka ini menyebarkan pelbagai dakyah dan sentiasa berusaha melaga-lagakan pemimpin. Matlamat mereka cuma satu mahu pihak tertentu yang mengupah mereka itu diberikan sokongan.

Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO Hulu Selangor juga harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun kerajaan negeri Selangor tidak akan membubarkan DUN Selangor untuk sama-sama menyertai PRU-13 kelak. Yang penting, kita perkuatkan pasukan kita dan kita gerakkan jentera untuk turun ke bahagian masing-masing dalam memberi penerangan kepada ahli dan rakyat di akar umbi," ujarnya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO di negeri Selangor merupakan satu tindakan bodoh dan tidak berakal. Tindakan tersebut ternyata membelakangkan perjuangan UMNO yang mahukan agar anggota setia kepada parti.

"UMNO perlu dilihat mewakili segenap lapisan masyarakat kerana hanya dengan cara itu parti berkenaan dapat dipulihkan dan menjadi kuat. Pilihan raya umum ke 13 tidak lama lagi, sekarang adalah masa terbaik untuk UMNO menggerakkan seluruh kekuatan jentera penerangan bagi meraih sebanyak mungkin sokongan terutamanya di kalangan generasi muda bagi menyokong parti sebagai persiapan menghadapi PRU 13.

Sehubungan dengan itu, menjelang Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor pada Ahad ini, kita akan mengajak dan mengerakkan jentera Pemuda UMNO menolak usaha 'askar upahan' ini yang mahu melalaikan tumpuan kita pada PRU, dengan membuat kem atau kumpulan-kumpulan tertentu bagi menghadapi musim pemilihan dalam parti kita sendiri kerana ia bukanlah masa yang sesuai untuk kita bicarakan ketika ini," ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda BN Hulu Selangor.

Semua jentera sudah berada di setiap sudut, cuma kini kita harus mencari formula terbaik untuk digerakkan dan dipilih orang-orang yang sesuai termasuk dari kalangan wakil pertubuhan bukan kerajaan, akademik, swasta dan generasi baru bagi membolehkan mereka menarik sokongan daripada setiap kumpulan masyarakat.

"Kita perlu pastikan UMNO tidak terus terpisah dari setiap kumpulan masyarakat kerana UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan negara serta parti ini jugalah tonggak Barisan Nasional (BN) dan kerajaan yang telah banyak berjasa.

Jasa UMNO cukup besar dan ia perlu disedari oleh semua peringkat generasi terutama generasi baru yang terpisah dengan perjuangan parti ini yang akhirnya tertarik dengan media maya dan pembangkang," ujarnya lagi.

Beliau berkata tindakan menyokong usaha melaga-lagakan pemimpin yang ada hanya akan menghancurkan UMNO. UMNO merupakan parti yang lebih mengutamakan kualiti perjuangan anggotanya termasuklah pada peringkat akar umbi.

"Keperkasaan dan kehebatan UMNO perlu diteruskan dan kita tidak harus menyokong mereka yang meletakkan kepentingan diri berbanding kepentingan parti," katanya lagi.

DAP Jangan Cuba Perbodohkan Orang Melayu – Tengku Adnan

Posted: 25 May 2011 06:45 PM PDT

Bangsa Melayu bukan alat permainan dalam politik sehinggakan boleh diperkotak-katikkan sesuka hati termasuklah untuk memancing undi dan mendapatkan kuasa dari tangan rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, tindakan DAP yang merancang untuk meletakkan calon-calon Melayu mewakili parti mereka pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan kedangkalan mereka dalam menilai kedudukan masyarakat hari ini.

"Siapa DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sewenang-wenangnya sedangkan secara realitinya rakyat tahu dan sedar bahawa DAP hanyalah topeng yang melakonkan sandiwara untuk mendapatkan kuasa secara total," katanya kepada UMNO-Online.

Terang beliau, apa yang direncanakan oleh DAP menjadi bukti bagaimana penilaian mereka kepada orang-orang Melayu yang dianggap sebagai batu loncatan mereka untuk meraih kedudukan dan mendapatkan kuasa semata-mata.

"Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malahan sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang-orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi.

"DAP ini parti yang tidak ada hala tuju dan mereka akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa."

Jelasnya lagi yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), DAP setuju untuk bersekongkol dalam pakatan pembangkang bersama-sama Pas dan PKR sebelum ini kerana mereka mahu mempergunakan dua parti tersebut sebagai alat bagi mendapatkan kuasa juga.

"Lihatlah sendiri bagaimana tindakan DAP yang mengaut untung daripada perseteruan tersebut sedangkan Pas semakin tenggelam dan PKR pula kucar-kacir. DAP mengukuhkan kuasa tanpa melihat keseimbangan dalam pakatan itu sendiri dan akhirnya tidak hairan jika mereka sendiri yang akan 'membunuh' PKR dan memusnahkan Pas," katanya.

Tegas beliau secara logiknya, DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu sebagaimana idealogi mereka yang mahukan Malaysian Malaysia lantas mana mungkin untuk meletakkan orang Melayu di tempat yang tinggi kecuali mereka ada agenda tersembunyi seperti yang telah terbongkar sekarang.

Katanya lagi, DAP mahukan orang Melayu hanya menjadi 'pak turut' yang boleh dicucuk hidung, suruh angguk-angguk dan suruh geleng-geleng sebagaimana yang telah berlaku dalam Kerajaan Perak semasa ditangan pembangkang dan juga di Selangor.

"Lihatlah bagaimana DAP yang tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu masyarakat kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana mereka mahukan kekacauan dan kemudiannya mengguk di air keruh untuk mendapat kuasa," katanya.

Bidasnya lagi, memang telah nyata bahawa dari awal lagi, DAP sering sahaja menafikan kebenaran dan hakikat yang dihadapi dengan memperlekeh orang lain khususnya bangsa Melayu sebagaimana tindakan mereka mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan menganggap bahawa mereka sahaja yang benar.

Katanya, rakyat perlu sedar dan menilai sendiri bagaimana tingkah DAP yang telah menggunakan pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat biarpun mereka terpaksa meniru langkah BN dan UMNO sendiri.

"Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya masyarakat kita yang pelbagai bangsa rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara kaum dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin tetapi ia gagal jadi mereka terpaksa merencanakan alternatif lain iaitu dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

"Yang sedia ada pun runtuh dan yang bukan-bukan pula direncananya sedangkan untuk menjadikan sebuah negara maju seperti hari ini bukanlah dengan sekelip mata sebagaimana yang cuba dijampi pakatan campuran."

Katanya janganlah biarkan tingkah sumbang pembangkang yang ibaratnya tikus membaiki labu melata tumbuh mengaburi rakyat. MediaUMNO

Bengawan Solo Dari AnWar

Posted: 25 May 2011 05:45 PM PDT

Serba boleh dari AnWar Al-Jubub... bukan sahaja hebat di ranjang, bukan sahaja lincah di pentas menari malah mempunyai kelunakan suara mendendangkan lagu di dalam kereta untuk menghiburkan pencacai-pencacai setianya....

Tak percaya, tengok sahaja rakaman video nie......


Mesti ada penyangak yang kata ini bukan Anwar, ini bukan suara Anwar. Ini fitnah dari UMNOlah, ini konspirasilah dan bermacam-macamlah cara mereka nak selamatkan bapa angkat Afifa nie ....

Pemilihan Pas : Percaturan Kumpulan Pro Anwar Makin Kemas Tuju Sasaran

Posted: 25 May 2011 04:11 PM PDT

Apakah ada muslihat besar dan seolah-olah umpama permainan "dam aji" menjelangnya pemilihan Muktamar Agung Pas pada Jun depan setelah beberapa jawatan utama menyaksikan pertandingan beberapa penjuru khususnya pertembungan sesama sendiri golongan ulama di kerusi Timbalan Prseiden Pas.

Pendirian terbaru Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk masuk gelanggang pertandingan Timbalan Presiden pastinya mencuri tumpuan setelah penyandang sebelum ini, Nasharuddin Mat Isa telah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan jawatan berkenaan.

Mengulas perkara itu, bekas Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad pertembungan antara Tuan Ibrahim dengan Nasharudin bakal memberi kelebihan kepada seorang lagi calon daripada golongan profesional, Mohamad Sabu untuk jawatan tersebut.

Paling menarik menurut beliau, kesediaan Datuk Husam Musa yang dilihat daripada satu kapal (kumpulan profesional) dengan Mohamad Sabu untuk bertanding di kerusi Naib Presiden yang pastinya menyerlahkan bagaimana percaturan politik kumpulan yang condong kepada Anwar melaksanakan strategi mereka.

"Apa yang saya nampak pemilihan Pas kali ini umpama permainan "dam aji". Saya katakan begitu kerana percaturan kumpulan yang condong kepada Ketua Umum PKR lebih bijak menyusun orang-orang mereka dan hanya menunggu masa untuk sampai kepada sasaran.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin lemas dengan asakan puak-puak yang berkiblatkan Anwar di dalam kepimpinan Pas yang begitu ghairah mencari tempat utama hingga slogan bersama kepimpinan Ulama tidak lagi menjadi pegangan. Mungkin Hadi hanya mampu berputih mata melihat kerakusan berkenaan, " katanya.

Pemilihan pakan berlangsung pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar awal bulan depan akan dihadiri 1,100 perwakilan dari 179 kawasan dengan 15 Mei lalu ditetapkan sebagai tarikh akhir untuk perwakilan mengemukakan pencalonan.

Setakat hari ini, tiga calon sudah mengesahkan merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu penyandang, Nasharudin Mat Isa, Mohamad Sabu dan terbaru Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala untuk Naib Presiden, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Pas bulan depan.

Selain Husam, penyandang Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Idris Ahmad turut menyatakan mereka akan bertanding jawatan berkenaan.

Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali yang telah lama berkecimpung di dalam parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam itu seterusnya menambah, Hadi perlu pantas melakukan sesuatu jika beliau mahu melihat parti itu terus bergerak sejajar dengan laungan bersama kepimpinan ulama.

"Pertembungan antara Nasharudin dengan Tuan Ibrahim sudah pasti akan memecahkan undi golongan ulama dan yang paling selamat adalah Mohamad Sabu dan kita andaikan beliau menang di kerusi berkenaan. Seterusnya di kerusi Naib Presiden, Husam, Salahuddin dan Mahfuz kita turut buat andaian mereka mendapat kepercayaan perwakilan dan di situlah kita akan nampak berakhirnya kepimpinan ulama di dalam Pas.

"Yang tinggal hanyalah Hadi dan beliau akan terkontang-kanting sebagai pemimpin yang akan dilaung-laungkan bersama kepimpinan ulama. Mungkin selepas ini Pas boleh fikir bersama kepimpiman ulama itu ditukar kepada bersama kepimpinan Anwar, " katanya. -MediaUMNO

The Unspinners

Posted: 25 May 2011 11:45 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 25 May 2011 11:39 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


BUKTI Kronisma Dalam Pentadbiran Khalid Gagap.

Posted: 25 May 2011 10:08 PM PDT

Selepas tiga desakan sebelum ini memohon adik Menteri Besar, Hajiman Ibrahim ditukarkan daripada jawatan Ketua Kampung Pasir Tuntung, di sini, gagal mendapat reaksi sewajarnya pihak berkuasa, penduduk kampung itu semalam hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Wakil penduduk, Idris Darus, 55, berkata, 15 perkara disertakan dalam memorandum terbabit yang memohon pertukaran Hajiman yang didakwa gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Kampung.

Beliau menjelaskan permohonan kali ini serius memandangkan sebelum ini aduan lisan tidak berjawab berikutan dianggap tidak relevan atau satu konspirasi selain situasi membabitkan adik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya mewakili lebih 100 penduduk melalui petisyen tanda tangan mahu pihak berkuasa mempertimbangkan pertukaran Hajiman kepada individu yang lebih layak dan berwibawa.

"Pelantikan Hajiman sebelum ini bukan atas dasar majoriti penduduk, namun kami akur dengan pelantikannya kerana beranggapan pilihan itu akan membawa pembaharuan dan pembangunan, namun kini sebaliknya pula berlaku," katanya.

Idris berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Misri Idris dan Pegawai Daerah memaklumkan akan menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.

Beliau berkata, antara sebab lain penduduk bengang dengan kepimpinan Hajiman apabila tiada jawatankuasa penduduk ditubuhkan dan tiada mesyuarat dibuat sepanjang tiga tahun mentadbir kampung. mymetro.

Kisah Duka Seorang Pramugari...

Posted: 25 May 2011 05:45 AM PDT

sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan telah hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.

"Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.

Rakyat Negeri Selangor Mengucapkan Terima Kasih Atas Keperihatinan Tuanku.

Posted: 25 May 2011 12:07 AM PDT

Ucapan jutaan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor yang sudi hadir mencemar duli melawat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat.

Juga ucapan terima kasih atas titah dan perkenan serta inisiatif Tuanku agar bantuan kewangan dihulurkan kepada mereka yang tidak bernasib baik itu.

Difahamkan mangsa yang terlantar dihospital dihulurkan bantuan kewangan sebanyak rm1000, waris mangsa yang terkorban dihulurkan bantuan kewangan sebanyak rm5000 dan pengetua rumah anak yatim itu dihulurkan bantuan kewangan rm100000.

Kesemua bantuan itu merupakan sumbangan dari Baitulmal Selangor. Baitulmal merupakan sebuah institusi yang dikelola terus oleh Tuanku selaku Sultan Selangor.

Sekali lagi terima kasih atas keprihatinan Tuanku yang sudi melawat mangsa dihospital, menziarahi waris mereka yang terkorban dan melawat lokasi kejadian.

p/s mana khalid gagap? ketika negeri sedang dilanda musibah, dia ke mana? mana exco kanan negeri selangor... kenapa tak iring tuanku sekali...?

gambar ehsan papahebat69.

MERBOK TIMES

Posted: 25 May 2011 11:38 PM PDT

MERBOK TIMES


Ustaz Khazim : Jangan kaduk naik junjung

Posted: 25 May 2011 08:10 AM PDT

Secret Recipe nafi guna gelatin babi

Posted: 25 May 2011 07:42 AM PDT

MT siarkan di bawah kenyataan Secret Recipe menafikan produk mereka mengandungi DNA Babi sebagai mengimbangi berita sebelum ini.

Apapun mana-mana juga bakery harus mengelakkan terus dari mengguna produk 'whole egg powder' dan 'whole milk powder' keluaran Puratos. Bahan ini banyak digunakan dalam cream caramel.

SHAH ALAM – Secret Recipe menafikan khabar angin mengatakan produk keluaran syarikatnya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam dua bahan yang digunakan untuk ramuan kek keluaran mereka.

Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal berlaku hebahan dalam beberapa blog yang memberitahu kedua-dua bahan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.

"Kami amat kesal kejadian begini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula turut mendakwa bahan itu kini digunakan rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Sementara itu, laman web milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Zawani berkata, syarikatnya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.


"Kesemua bahan diambil di Belgium terlebih dahulu mendapat perakuan halal daripada Jakim. Malah, kita tidak ada kena mengena atau mengambil bahan ramuan dengan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd," katanya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 May 2011 11:32 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Terima Kasih Kerajaan Malaysia...

Posted: 25 May 2011 11:14 PM PDT


JADILAH BANGSA YANG TAHU BERSYUKUR DAN PANDAI UCAPKAK TERIMA KASIH KEPADA PIHAK YANG TELAH BERBUDI.
Mungkin bila orang tengok entri kali  ini, ada yang akan katakan MEMANG TANGGUNGJAWAB KERAJAAN MEMBELA RAKYAT.

TAPI JANGAN LUPA, KETIKA ANU WAR IBRAHIM JADI MENTERI KEWANGAN, DIA BUKAN TAK BAGI SUBSIDI, MALAH KENAKAN CUKAI KEPADA SETIAP PEMBELIAN MINYAK.

KALAU DULU PUN TAK PANDAI NAK BAGI SUBSIDI, JANGAN HARAPLAH DIA AKAN BAGI SUBSIDI JIKA JADI PM.

FAKTA YANG MYMASSA INGIN ULANG DAN ULANG LAGI, SUBSIDI MINYAK DI PAM BERMULA TAHUN 2004 DAN TERUS MENINGKAT SELEPAS ITU. RENUNGKANLAH KATA-KATA BEKAS BOS BESAR PETRONAS.

TAN SRI HASSAN MARICAN: 

Mekanisme harga di pam, di stesen, ya. Ditetapkan melalui automatic pricing mechanism yang telah dimulakan dalam tahun 1983. Komponennya ialah harga minyak, kos dan subsidi atau duti, sebagai balancing. Selepas itu kita dapatkan harga di pam. Misalnya dalam tahun 1993, harga di kurang RM1.13, dalam komponen itu, duti ialah lebih kurang 50 sen, bila diturunkan oleh Kerajaan dalam tahun 1994, kepada harga RM1.10. Dalam harga itu komponen duti 52sen. Sebabnya harga minyak dalam tahun 1994 rendah, turun dibandingkan 1993. Bermula tahun 2004, duti telah beralih menjadi subsidi. Sebab kos telah meningkat, untuk Kerajaan menetapkan harga di pam itu, (dalam tahun 2004, lebih kurang RM1 lebih, ya) duti menjadi subsidi.

 Subsidi mula meningkat dari tahun 2004, sampailah sekarang ini, di mana 4hb sudah ini, subsidinya 30 sen. Itu petrol, diesel, subsidinya, duti beralih menjadi subsidi dalam tahun 2000.

GEMPAR : DANA RAHSIA YANG MAMPU TAMPUNG SUBSIDI!

Posted: 25 May 2011 08:47 PM PDT



Korang pernah dengar pasal Malaysian Funds tak? Ini bukan macam Pak Hitam dari Nigeria buat e-mail semata-mata nak tipu wanita negara ini. Tapi ini adalah UNTOLD HISTORY yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sama-sama kita teliti fakta ini....

Untold History : Tabung Emas Rahsia Raja-Raja

2009.. classmate, senior aku yg bekerja kat KDN ade menceritakan.. kewujudan beribu2 tan emas dari Malaya yang disimpan di UK.  He's the one officer yg selalu ke sana untuk buat audit.. tapi.. jumlahnya tidak dinyatakan.. cume kuantiti je dia tau.

At 1st.. aku ingat cume borak kosong yang merapu... until recently.. one by one clues emerged:

PLAUSIBLE FACTS



1.  pada tahun 1916, Sultan-Sultan Melayu bagi P$500,000.00 + another P$500,000.00 disumbangkan kepada Britain untuk kos perang WW1 dan kos membina kapal HMS Malaya

Facts ni ramai tau, but.. ramai x tau 'dari' mana except dari Raja-Raja Melayu (Siapa.. x tau)



2.  Pada tahun 1938, dorang lagi sekali menyumbangkan P$ 10,000,000.00 untuk perbelanjaan pertahanan Singapore + another few million untuk pertahanan semasa perang 1942-1944



3.  Tahun 1945 onwards, beberapa Juta lagi disumbangkan (jumlah tidak diketahu) untuk kos penempatan, senjata dan gaji askar2:

- MSG dan Burma Rifles
- 2 Batallion British
- 1 Batallion India
- 1 Regiment British Volunteer
- 2 Divisions Regiment Gurkha
- Internal securities (special branch and Police)

THAT'S.. sumbangan dari 'negeri-negeri' bukan bermakna KERAJAAN NEGERI YG BAGI... sebab... negeri melayu masih dibawah British.. semua hasil British yang kaut..

BERMAKNA, sumbangan tersebut merupakan dari Raja-Raja Melayu...

Dari mana?????

dari... TABUNG RAHSIA RAJA-RAJA





Jumlah awal dikira sebanyak P$60,000,000.00 pada tahun 1938.. dinamakan "MALAYAN FUNDS"...

Signatories nye pulak - cume Raja-Raja Melayu.... = 9 signatories, baru boleh keluarkan.. mcm sign cheque yg memerlukan 9 signatures..

Even, pegawai2 tinggi British yg power2 kt Colonial Office pun tak mampu nak buat ape2 utk keluarkan uang itu..

CUBAAN MEROMPAK YANG GAGAL



However, pada 23rd April 1943... Pegawai2 Colonial Office menggunakan tabung tersebut untuk membiayai kos mereka

AKAN TETAPI.... mereka sedar akan implikasi tersebut tapi telah terlambat, yg akan menyebabkan British Queen, Crowne Agents dan seluruh kerajaan British dihadapkan ke Mahkamah

Dorang dah rompak, tapi.. bile sedar implikasi.. dorang jadi takut.... LALU :

Pada 1945-1945... dorang cuba menubuhkan Malayan Union

PENIPUAN BUKU TEKS

Kita diajar yang "Malayan Union" ditubuhkan untuk memindahkan hak eksekutif Raja-Raja Melayu kepada British Crowne Representative.. cume 1 kuasa eksekutif di Malaya, dan Raja2 Melayu cume dalam bidang adat dan agama...

SEBENARNYA....



Dengan 'memindahkan' kuasa eksekutif itu.. maka, signatories untuk Tabung Rahsia tersebut dengan automatik jatuh kepada 1 signatory sahaja - Crowne Agent

Ini adalah sebab utama "Malayan Union" ditubuhkan... untuk merompak tabung tersebut, bukan untuk bagi kerakyatan kepada pendatang atau pentadbiran yang lebih baik


- Dari mane dorang dapat sumber utk tabung2 itu?? x tau...
- Ape term yg diberi semasa Crowne Agents diamanahkan pegang tabung tu??? x tau.... implikasinya amat menakutkan Britain..
- Kenape pulak Malayan Union dibatalkan tanpa bantahan keras British??? --- ... heheheheheee......

Test Subjects:

- cube google "malayan funds"... ade sikit clue
- cube google plak "Crowne Agents"..
http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=522243

Bila aku mula-mula baca cerita ni, macam tengok filem National Treasure pulak. Punya la kaya Raja-raja Melayu. Itu baru Negeri-negeri bersekutu (Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang). Kalau betul ada fund macam ni, confirm sampai 2020 pun subsidi tak ditarik balik.


Tapi, sampai bila kita nak hidup dengan subsidi ni? Cuba tengok negara-negara yang bagi subsidi kepada rakyatnya. Tak payah jauh, tengok Brunei dengan Malaysia. Malaysia lebih jauh ke hadapan. Kenapa Brunei yang kaya tak dapat menandingi Singapura walaupun saiz hampir sama? Sebab selagi ada subsidilah rakyat kita takkan berdikari dengan sepenuhnya.

Umpama burung yang berkepak tapi masih dirantai kakinya. Kerajaan telah pun meningkatkan tahap pendidikan rakyat sampai begitu mudah untuk mendapat degree yang pertama. Tapi apa gunanya akal yang cerdik yang masih mengharapkan bantuan pihak lain. Sebenarnya rakyat Malaysia boleh pergi lebih jauh tanpa subsidi. Malangnya, terdapat pihak-pihak lain yang menghasut rakyat supaya kembali ke zaman perang dunia kedua. Zaman kebangkitan kerajaan sosialis dan komunis yang mana semua harta kerajaan dihak milik negarakan. Semua rakyat akan mendapat hak yang sama tak kira dia malas atau rajin, tak kira dia pandai atau kurang pandai. Kalau korang tak percaya, cuba baca BUKU JINGGA, penuh dengan elemen KOMUNIS DAN SOSIALIS. Satu cara yang POPULIS untuk mudah mempengaruhi rakyat dan mendapat kuasa.

Jadi, sebanyak mana kekayaan kita tapi kalau emas setinggi bukit akan habis jika dikutip setiap hari. Begitulah dengan rizab negara kita termasuk PETROLEUM dan GAS. Jangan terlalu tamak untuk fikirkan keadaan kita yang susah hari ini, fikirkanlah nasib generasi akan datang bila semuanya dah kita ambil dan gunakan pada hari ini.

KABINET : HARGA MINYAK AKAN DITURUNKAN!

Posted: 25 May 2011 07:15 PM PDT

PUTARJAYA: Kerajaan 16 September menurunkan semua harga minyak termasuk minyak dagu, minyak pengasih, minyak lintah dan minyak kuda, kata Menteri Perdagangan Amoi, Coffee Boy dan Kepenggunaan KY Jelly, Datuk Mampos Omar.

Katanya, Kabinet Dapur Anu War memutuskan untuk menurunkan semua harga minyak tersebut buat masa ini setelah Harakah sebagai promoter rasmi mengurangkan harga iklan ubat kuat, tongkat ali dan seluar dalam ajaib.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kekuatan tenaga batin Kepala Menteri, Anu War yang hanya mampu bertahan 4 minit sahaja," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.

Mampos Omar berkata, pada masa sama kerajaan 16 September akan meneruskan kajian kekuatan batin rakyat secara menyeluruh berikutan peningkatan statistik impotensi dunia.

Ditanya adakah Kabinet Dapur dan kerusi-kerusi IKEA yang dimiliki oleh Anu War semasa 16 September membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Mampos Omar berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.


Kali terakhir harga minyak kuat diselaraskan ialah pada masa tersebarnya video keghairahan Kepala Menteri yang ternyata mengecewakan peminat vcd dan 3gp tempatan.

Mampos berkata penurunan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak berbilion-billion lemon setakat ini.

Agensi PASPISPUS.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita sebenar.

Harga RON95 Kekal

PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.

Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail Sabri berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.
Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.


Berita MStar Online.




* Aku bersyukur kerana Menteri Kewangan ketika ini adalah YAB PM. Kalau zaman Anu War dulu, dah la minyak murah, kerajaan kutip cukai lagi. Punya la zalim macam Zionis.....Tak percaya, cuba baca kenyataan daripada Tan Sri Hassan Merican tahun 2008....


TAN SRI HASSAN MARICAN: Mekanisme harga di pam, di stesen, ya. Ditetapkan melalui automatic pricing mechanism yang telah dimulakan dalam tahun 1983. Komponennya ialah harga minyak, kos dan subsidi atau duti, sebagai balancing. Selepas itu kita dapatkan harga di pam. Misalnya dalam tahun 1993, harga di kurang RM1.13, dalam komponen itu, duti ialah lebih kurang 50 sen, bila diturunkan oleh Kerajaan dalam tahun 1994, kepada harga RM1.10. Dalam harga itu komponen duti 52sen. Sebabnya harga minyak dalam tahun 1994 rendah, turun dibandingkan 1993. Bermula tahun 2004, duti telah beralih menjadi subsidi. Sebab kos telah meningkat, untuk Kerajaan menetapkan harga di pam itu, (dalam tahun 2004, lebih kurang RM1 lebih, ya) duti menjadi subsidi.

PERANTARA : Duti menjadi subsidi…

TAN SRI HASSAN MARICAN: Subsidi mula meningkat dari tahun 2004, sampailah sekarang ini, di mana 4hb sudah ini, subsidinya 30 sen. Itu petrol, diesel, subsidinya, duti beralih menjadi subsidi dalam tahun 2000.


http://kpkkblog.blogspot.com/2008/06/kenaikan-harga-minyak-dan-penjelasan.html

LELAKI HILANG TELUR MAHU TUKAR JANTINA!

Posted: 25 May 2011 05:30 PM PDT

MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai tahun Gajah untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Shamsul Tak Cukup Inci, menukar namanya kepada Shamsiah Fakeh.

Shamsul selaku pempetisyen telah kehilangan telur sejak takut turun demonstrasi di Utusan bila PERKASA sudi untuk bertembung di venue yang ditetapkan. Shamsul juga  mendakwa cenderung kepada perwatakan sebagai wanita sejak memegang jawatan Ketua AMK dan mengetahui ketua umumnya menyukai kemontokkan tubuh badannya.


-Agensi Anak Muda Kecutelo (AMK)

Berita sebenar:


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana.

Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen sudah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu selepas mendakwa cenderung kepada perwatakan sebagai wanita sejak kecil. 


Berita Harian
 











 *Lebih baik jadi pondan terus daripada lelaki macam budak-budak AMK.

Hadis Hari Ini (3) - Kelebihan Bekerja

Posted: 25 May 2011 04:30 PM PDT


Daripada Abu Hurairah RA katanya; Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Sesiapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri daripada meminta-minta dan berusaha untuk keluarganya serta untuk berbaik-baik dengan tetangganya, nescaya akan dibangkitkan oleh Allah SWT pada hari kiamat dengan mukanya bagaikan bulan purnama; dan barang siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong nescaya akan bertemu dengan Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan Allah SWT murka kepadanya".


Hadis Riwayat Imam Ahmad

LEMBU PUNYA SUSU....SAPI DAPAT NAMA.

Posted: 25 May 2011 06:00 AM PDT


Hampeh punya Teresa Kok. Orang lain buat kerja, engkau senang-senang pulak nak claim. Tolong la jangan ingat semua rakyat Selangor ni bodoh macam penyokong PAS. Pelaburan ke Selangor engkau yang cari ke? Ini ke cara kau dapat pelabur ke Selangor?


Pergi melancong dengan duit rakyat dibilangnya cari pelabur. Pundek la Teresa Kok!

EDISI MALAM : MAT REMPIT OLDSKOOL

Posted: 25 May 2011 05:00 AM PDT

Beginilah bentuk Mat Rempit zaman sekarang. Tapi ramai yang tak tahu bahawa budaya rempit ni zaman P.Ramlee pun dah ada. Saksikan video ini.


Sebenarnya ni bukan Mat Rempit betul, tapi sebahagian daripada Iklan Keselamatan Jalan Raya zaman dulu.




*Dari dulu dah ada iklan keselamatan jalan raya tapi sampai kesudah isu ni tak selesai.

SODOMY II: POSSIBLE OR NOT POSSIBLE?

Posted: 25 May 2011 02:10 AM PDT

Many a time in the course of the Anwar Ibrahim sodomy II trial, the question was raised as to how a strong and reluctant twenty-something-year old man could be sodomised by a sixty-plus-year old person. This question presupposes that an element of physical force was involved to bring the victim to submission. That supposition may be entirely erroneous. 
 
(Sepanjang berlangsungnya perbicaraan kes liwat II Anu-war Berahi, persoalan tentang bagaimana seorang pemuda gagah berusia 20-an boleh diliwat oleh seorang lelaki tua berusia 60-an seringkali dibangkitkan. Persoalan ini selalunya menjurus kepada satu tanggapan bahawa  paksaan keras telah dikenakan kepada mangsa sehingga tunduk mengalah. Tanggapan ini mungkin salah sama sekali) 
 
A person of authority using his position or influence to gain sexual gratification from a person answerable or beholden to him is not a phenomenon either unknown or rare. It is in fact very common. Think of those sexual abuse cases involving Catholic priests and altar or choir boys which till now are plaguing the Catholic Church, those cases in the US military where superior officers sexually harass and exploit junior female personnel, instances in academia where instructors use their position to gain sexual advantage over students.
 
(Seseorang individu yang menggunakan pangkat atau pengaruhnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada seorang individu bawahannya bukanlah satu fenomena yang asing lagi. Hakikatnya, ia seringkali berlaku. Cuba renungkan kes penderaan seksual yang membabitkan paderi-paderi Gereja Katolik terhadap budak koir gereja, kes pegawai senior di dalam tentera US yang mencabul kadet muda perempuan, serta kes-kes di mana para pengajar menggunakan pangkat mereka untuk mengambil kesempatan terhadap pelajar )

In many cases, because of their shame, confusion and emotional trauma, the victims took a great deal of time, sometimes years, to speak out on the victimisation committed against them. Very often, there was no physical violence threatened or inflicted and the victims appear to have physically consented to the sexual relations. In actual fact, their mental confusion and reluctance to question or resist the 'requests' or 'suggestions' by a person they look up to made them vulnerable to sexual exploitation. Or the exploiter is someone the victim is dependent on for job security or career advancement. The Anwar/Saiful sodomy case can easily fit into this pattern.

(Dalam kebanyakan kes seperti ini, oleh kerana malu, keliru dan juga tekanan emosi yang ditanggung, mangsa seringkali mengambil masa yang lama untuk mendedahkan jenayah yang dilakukan terhadap mereka. Dan selalunya tiada sebarang keganasan fizikal yang dikenakan terhadap mereka, hatta menimbulkan tanggapan bahawa mereka merelakan hubungan seks tersebut. Hakikatnya, kekeliruan dan keengganan mangsa untuk mempersoalkan 'ajakan' daripada individu yang dipandang tinggi oleh mangsa membuatkan mereka lebih terdedah kepada eksploitasi seksual. Ataupun individu tersebut juga merupakan tempat mangsa bergantung harap demi menjaga kelangsungan kariernya. Kes liwat Anwar/Saiful menepati kenyataan ini)

Some people consider it inconceivable or impossible for Anwar to have forced Saiful to submit to be sodomised. This is a very blinkered view, almost wilfully ignorant of what had happened in other parts of the world. The answer to the question posed many times by observers as to how it was possible that a 60-year old man can sexually exploit a physically strong 20-something year-old man is that the former by using his charisma, position and influence can persuade or coerce the latter to do things against the latter's better judgement with no physical violence or threats necessary. So the act can appear to be physically consensual but in the mind of the victim during or after the act, it is something done against his or her will and is forced on him or her.

(Ramai orang beranggapan bahawa adalah mustahil untuk Anwar memaksa Saiful supaya rela diliwatnya. Namun ini adalah satu pandangan yang dangkal mengenai hakikat yang telah terjadi di negara-negara lain. Jawapan kepada soalan yang seringkali dibangkitkan tentang bagaimana seorang lelaki berusia 60an boleh mencabul seorang lelaki berusia 20an yang kuat tubuhnya, ialah dengan menggunakan karisma, pangkat dan pengaruhnya untuk memujuk atau memaksa mangsanya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya tanpa melibatkan keganasan atau ugutan sama sekali. Jadi, perlakuan tersebut tampak seolah-olah seperti direlakannya walhal ianya dilakukan tanpa kerelaannya dan dipaksa)

Far from it for me to say at this point that was what actually transpired in the Anwar/Saiful sodomy case. That's for the trial to decide. What I'm saying is that it's time people stop playing stupid and start to accept that it is not an impossibility for sexual exploitation to have taken place with no actual physical resistance on the part of the victim. Things get very complicated once the victim 'submits' to the exploitation as the element of consent arguably becomes apparent. It is for this reason that sexual harassment laws have been formulated to deter persons holding positions of authority and power in organisations from even attempting to take sexual advantage of their underlings.

(Namun begitu pada waktu ini saya tidaklah mengatakan bahawa ini yang sebenarnya terjadi di dalam kes liwat Anwar/Saiful ini. Itu masih terpulang kepada perbicaraan kes. Namun apa yang saya ingin tegaskan ialah sudah sampai masanya masyarakat tidak lagi menjadi dungu dan menerima hakikat bahawa adalah tidak mustahil untuk mencabul kehormatan seseorang itu tanpa ditentang olehnya. Keadaan menjadi lebih rumit apabila mangsa 'tunduk' kepada perlakuan tersebut kerana elemen 'kerelaan' mangsa boleh ditimbulkan. Di atas faktor inilah undang-undang gangguan seksual digubal untuk menghalang individu berpengaruh dalam sesebuah organisasi daripada mengambil kesempatan terhadap orang bawahannya)

ANGELINE TAY MEI LIN
Cheras, Kuala Lumpur.

psst..pernah dengar istilah PAKSARELA?  

KERAJAAN YANG MENDAHULUKAN RAKYAT....

Posted: 25 May 2011 01:15 AM PDT

Seruan para blogger BPN didengari oleh Kerajaan BN. Terima kasih YAB PM kerana mendengar denyut nadi rakyat.

HINDRAF YANG TAK SEDAR DIRI.

Posted: 25 May 2011 12:29 AM PDT

Pelik betul dengan Hindraf. Walaupun dah kena tipu dengan Anu War Ibrahim pun masih bersama-sama pembangkang.

Yang terbaru, Hindraf bersama-sama pemimpin DAP ke mahkamah.

Kepada yang terlupa macam mana Hindraf kena main dengan Anu War Ibrahim, sila tengok video ini.

*Hindu Hindraf memang tak habis-habis cari pasal. Yang nak buat persatuan Hindraf apasal, kan dah ada Parti Makkal Sakti.

sekupangdua

Posted: 25 May 2011 11:07 PM PDT

sekupangdua


HUDUD!!! DIMANA TITIK AKHIRNYA?

Posted: 25 May 2011 10:34 AM PDT

Bila HUDUD diulang tayangkan semula PAS didalam Wall-wall di Facebook dan jadi panas bagi mereka yang berhujah dan tiada lagi kenapa HUDUD tidak dilaksanakan. menunding jari salah menyalahi antara satu sama lain. sekupang secara peribadi juga nak sembang dan beri pandangan, rasanya dah terlalu jauh dipesongkan tajuk dan macam orang Perak kata Udah lari tajuk. jadi ini pendapat teman sekadar bagi pendapat, salah kalu tolong betuikan... bukan nak betulkan yang memang dah salah... hehehe.



Bercerita dan hebah psl HUDUD, bukan dgn menjentik jari atau sekadar memaklum didalam ceramah, kalau benar kearah itu kenapa sampai sekarang masih blm ada rancangan atau permulaan. sepatutnya PAS telah tbuhkan segala pentabiran kearah itu. dari segi penguatkuasaan seperti kehendak hukum, pentabiran, sistem kehakiman, undang-undang dan banyak lagi hingga ke saksi yang layak mengikut hukum. Tapi apa yg dah dibuat selain gebang di ceramah perdana dan menunding jari kat UMNO seperti kehendak Anuar. itu kenyataan nya. Malah dah berapa banyak yang dicipta nama baru menghina terutama untuk UMNO sampai dilebelkan segala kesalahan termasuk porno pun UMNO. nnak tergelak pun ada... kucing sakit perut muntah-muntah pun disalahkan UMNO. bagai manapun mmg berjaya mengeji seseorang seperti kehendak Nuar yang dilaksanakan oleh PKR dan PAS. semak semula apa hukumnya dari segi hudud...


Jawapan dan alasan yg tak masuk akal mmg diberikan PAS terutama kononnya kerajaan pusat menglang perlaksanaan hudud mmg jawapan yg paling dungu pernah sya dengar, jgn lah berselindung dgn kebenaran hukum sebaliknya nak memenangkan parti yang diagungkan. 
Tiada dalam pekara dalam perlembagaan yg boleh menghalang kerajaan negeri menadbir negeri mereka ikut sistem atau hukum yang dikehendaki. apa yg krjn negeri perlu buat adalah sekadar memaklum sistem pentadbiran yang hendak di gunakan di sidang parlimen, cuma memerlukan perkenan Sultan yg memerintah. dala erti kata TIADA dlm perlembagaan yg boleh menyekat HUDUD di laksanakan di kelantan. terterajuga pekara 3 dalam perlembagaan ... itu tak termasuk pkra 72 dan sebagainya... seperti yg kita tahu pekara 1&2 adalah pemahaman dari segi Negara dan sempadan seperti mana semua negara mendahului perlembagaan yg menyebut hak negara dan kawasan ataupun sempadan negara kita. sebaik pekara ke 3 dlm perlembagaan ayat pertama di sebut adalah ISLAM bagi menzahirkan Islam menjadi pegangan kita. jadi tidak timbul soal perlembagaan meghalang utk Kelantan menjadi contoh negeri yg mempraktikan Hudud. nampak tertera sebenarnya ALASAN yang diberi untuk menutup perlaksanaan Hudud. mempergunakan hukum mmg perlu disanggah dan seberat menhina Islam itu sendiri. jadi jgn jadikan alasan UMNO yg menghalang. cumanya sampai sekarang kita tak nampak lagi Kelantan sudah memulakannya dari segi sistem kehakiman, penguatkusa, peraturan awam, serta pegawai-pegawai negeri yg dilantik berkelayakan disisi kehendak Islam bagi melaksanakan hudud. contoh penguatkuasa mestilah cukup senawi, warak, tahu hukum hakam, dalil serta rujukan nas dan hadis untuk mengambil tindakan menangkap pesalah. itu tak termasuk punyai angota yang sempurna... mampu lihat, dengar, berfikir berdasarkan kehendak hukum.... tapi sampai sekarang bukan kata makamah tetapi kakitangan kerajaan negeripun masih tidak di semak kelayakan dari kehendak hukum terutama melaksanakan HUDUD.



persoalanya jangan jadikan alasan UMNO spt yang diulang ungkap oleh anuar, kenapa? takut kepada Allah ker atau UMNO untuk laksanakan Hukum yg di gebangkan... HUDUD sekadar dijerit dan dipergunakan di ceramah PAS sekadar menarik ramai hadir dan simpati terhadap parti selain ungut mesti sokong kerana ini hukum tuhan walaupun tak pernah nak upaya melaksanakannya... amin.... takbir!!!

Panglima Perang Cyber

Posted: 25 May 2011 11:06 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Video PM Berbual Dengan Adik Hanif (Pesakit Tulang Kanser) Bab Bola Termasuk Gagasan 1Malaysia !!!

Posted: 25 May 2011 09:14 PM PDT


Putrajaya, 09/05/2011 - Saya sangat berbangga dapat berbual bersama adik Hanif Zolkeflee, 13, yang juga merupakan penghidap kanser tulang tahap tiga.


Perbualan yang sepatutnya melalui laman Twitter bermula pukul 8 malam, terpaksa dibatalkan akibat gangguan talian menyebabkan Saya yang berada di kediaman Saya di Putrajaya menghubungi Hanif melalui telefon.




Ketika itu juga adik Hanif Zolkeflee yang berada di daerah Hulu Selangor ditemani bersama adiknya Hafiz, 10, dan bapa, Zolkeflee Zakaria serta ibu, Salisah Ibrahim, masing-masing berusia 44 tahun. Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.



Hanif dalam pada itu berpesan supaya kuat semangat dan selalu berdoa kepada Allah.


Video Hanif di bawah oleh PERAK TODAY




Kalau dapat dicantumkan kedua video ini sangat menarik sekali !!!

Gambar Syeikh Afifuddin - Pewaris Ulama Sejati !

Posted: 25 May 2011 09:02 PM PDT

Ini baru ulama sebenar. Keturunan Ahli Bait Rasulullah saw yang wajar disanjung oleh umat. Berhati hati kerana ada dua jenis ulama iaitu ulama dunia dan ulama akhirat... Jika benar seorang itu ulama maka dia akan mewarisi akhlak nabi yang lemah lembut, sopan santun, beradab tinggi dan membawa rahmat serta menyatukan ummat. Bukan sebaliknya. Masih ramai lagi ulama keturunan Nabi saw yang masih ada di alam kita hari ini. Kena cari dan dekati...

Kenali beliau :

Sheikh Moulana Afeefuddin Al Gaylani. Moulana Afeefuddin is the 18th descendant of Sheikh Abdul Qadir Al Gaylani (may Allah be well pleased with him) who holds the title of Sultan Ul Auliya (King of Saints). Moulana Afeefuddin is also the 33rd direct descendant of Sayidina Rasulullah (PBUH).

Sheikh Moulana Afeefuddin Al Gaylani was born in Baghdad in 1972. Moulana specialized in Shari'ah (Islamic Law and Jurisprudence). Moulana has been certified as an Islamic Scholar by Al Sheikh Abdul Karim Al Mudarris - with the credentials of Al Ijazzah Al Elmiyah which is the most prestigious certification for an Islamic Scholar and teacher. He was the Imam and Khatib in several Mosques in Baghdad including the Mosque of Al Sheikh Abdul Qadir Al Gaylani. He was also a frequent guest lecturer in Iraq and other countries. He is now a permanent resident in Malaysia and lives in Kuala Lumpur.




Kemaskini : Mufti Perak Dipanggil Iblis 4 Jam Lalu Di Malaysiakini - Biadap !!!

Posted: 25 May 2011 05:59 AM PDT


klik gambar untuk lebih jelas....

Artikel yang dimaksudkan klik di sini http://www.malaysiakini.com/news/165088

Selepas disiasat rupanya yang menghina Mufti tersebut ( meskipun menulis nama salah iaitu Khurasani tetapi kita boleh agak siapakah yang dimaksudkan beliau ) belajar di Singapura berdasarkan fb miliknya....

link di sini http://www.facebook.com/bamkorso.korso

Taktik yang sama dibuat oleh Tukar Tiub atau Hishamuddin Rais dengan menggunakan ejaan salah sehingga menyifatkan peristiwa kemerdekaan adalah malapetaka kepada negara kita ! Memang dah GILA rasanya otak orang berfikiran sebegini.

Link klik sini
http://www.facebook.com/notes/tukar-tiub/kenapa-tak-siasat-sampai-mati-/


klik imej untuk lebih jelas.


Apakah motif mereka hingga berani menghina Islam dan mengganggu keamanan negara dengan menyerang Mufti Perak Tan Sri Harussani tersebut ???

Menggelarkan Mufti seperti Iblis adalah tindakan PALING BIADAP kerana Mufti kita tidak akan ada kecenderungan politik kepada sesiapa biasanya.

Begitu juga menganggap kemerdekaan adalah malapetaka kepada negara juga satu keBIADAPan yang sukar dimaafkan.

Ayuh kita gegarkan mereka yang berani hina Mufti dan negara kita sesuka hati mereka sahaja...

PISAU.NET

Posted: 25 May 2011 09:38 PM PDT

PISAU.NET


Kepimpinan Nik Aziz Patut Di Jadikan Iktibar

Posted: 25 May 2011 04:07 PM PDT

Kita semua sedia maklum,atas kesaktian dan keajaiban manusia yang mengelarkan diri sendiri sebagai Tok Guru kini bukan saja berjaya meletakkan diri beliau di kalangan khawarij sebagai wali selipar dan pemegang kunci syurga.


Hari ini setelah melihat peluang dan keistimewaan yang diperolehi okeh khawarij yang mendapat imbuhan syurga maka seorang India melihat ia adalah satu peluang untuk turut merebut tiket ke syurga khawarij PAS apabila puji melangit tok wali selipar ini hinggakan naik hangit membaca kenyataan beliau di portal kitab muktabar khawarij PAS.


Nik Aziz 20 tahun jadi MB,berjaya menjadikan Kelantan serambi kuil.20tahun juga beliau berjaya menjadikan air di seluruh negera secara mukjizat bertukar menjadi seperti teh tarik.Menariknya beliau kononnya sering kali turun tengok kawasan padahal baru baru ini satu tunjuk perasaan penduduk dari 2 kampung yang berada didalam kawasan DUN yang diwakili beliau sehingga sekarang tidak membina jalan walaupun puluhan kali rayuan dibuat.


20 tahun juga rakyat Kelantan merempat tiada rumah untuk rakyat miskin dibina,sebaliknya atas kebijaksanaan yang tiada tandingan,si wali selipar ini membina stadium baru untuk dijadikan sebagai rumah RAKYAT!


Memang amat mudah bertemu dengan Nik Aziz kerana beliau memang tidak sibuk sesibuk MB lain.Memandangkan tak buat kerja maka sesiapa pun mudah bertemu dengan beliau.


Adalah tidak mengejutkan apabila membaca berita pecah panggung masuk bakul angkat sendiri,walau pun menyedari rakyat sedang memerhatikan politik gampangan khawarij Kelantan berpolitik hanya dengan
bermodalkan syurga dan pahala.


Petikan Haprak daily-
Kepimpinan Nik Aziz patut dicontohi semua kaum

Written by Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 25
Mei: Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum
India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.


Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.
Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja
Retinam (gambar) mengakui, kaum India ternyata amat
senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.


Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh
kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati. Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak
dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk
kepentingan rakyat.


"Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza
berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN,"
katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan
Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, hari ini.
Pada sidang media di ibu pejabat MISA itu, beliau turut
hadir untuk bersama para kepimpinan persatuan itu
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap
diskriminasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN
mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
khususnya terhadap kaum India dan kaum-kaum lain di
negara ini.


Menurut Raja Retinam, selain itu, Nik Aziz turut diakui oleh
kaum India di Kelantan sebagai pemimpin yang mudah
untuk dijumpai kerana tidak banyak protokol yang perlu
dilalui untuk menemuinya.
"Malah saya sendiri juga turut mempunyai pengalaman
tersendiri dalam hal ini. Untuk berjumpa Tuan Guru Nik Aziz,
saya hanya perlu menulis surat dan selepas itu terus dapat
menemuinya.
"Amat jauh berbeza kalau nak jumpa Menteri Besar Kerajaan
BN. Amat susah. Malah bukan sahaja nak jumpa MB, nak
jumpa exco dari Kerajaan BN pun amat susah," katanya.
Berdasarkan pengalaman beliau, bukti kepayahan untuk
berjumpa menteri besar yang berada dalam Kerajaan BN,
selain terpaksa melalui protokol yang bukan-bukan, mereka
juga dimestikan berjumpa dengan pihak MIC terlebih
dahulu.
"Kesemua itu melambangkan betapa berbezanya
kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerajui kepimpinan
PAS Kelantan berbanding kepimpinan BN.
"Kepimpinan Nik Aziz sememangnya diakui oleh kaum India
dan kaum-kaum lain sebagai kerajaan yang benar-benar
berpaksikan rakyat," tegasnya.


Pisau kata "nik ajis punca perpecahan didalam khawarij pas"

PAS Tak Gila Kuasa Hanya Gila Bayang

Posted: 24 May 2011 11:00 PM PDT


Bagus juga pengakuan ikhlas daripada khawarij yang disiarkan oleh kitab muktabar khawarij PAS haprak daily sememangnya mereka tidak gilakan kuasa,sebaliknya hanya gila bayang.Kalau tak gila kuasa suruh wali selipar Nik Ajis dan Ostat Zizan letak jawatan,kerajaan negeri tu bagi saja pada PKR atau DAP. Kemudian tutup saja parti sesat PAS tu bergabung dengan DAP.

Hujahnya mahu berdakwah?Nah bukan mahu berdakwah tetapi khawarij ini rela didakwah oleh DAP.Makanya sekarang ini bercambah hibrid DAP didalam khawarij PAS yang mengepalainya bakal menjadi orang nombor dua didalam PAS,siapa lagi jika bukan Mat Sabu.


Pengakuan sebegini membuktikan khawarij PAS lebih rela melihat DAP menjadi nahkoda didalam selingkohan haram mereka. Inzal yang dicapai oleh khawarij telah memadai biarkan saja DAP menjalankan tugas tugas sebagai penguasa jika suatu hari nanti mereka ini berkerajaan.


Ini semua cakap cakap erdorgan,ditambah pula mereka berminat dengan sistem 2 parti, sistem 2 parti kerja siapa? Yang bercakap mengenai sistem ini adalah Anwar dan DAP. Dr Zulkifli menyuarakan kehendak DAP dan Anwar diatas pentas khawarij PAS.


Bertuah! Sekarang ini orang itu sudah bertukar menjadi kacukan antara erdorgan dan hibrid DAP didalam khawarij PAS.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 25 May 2011 09:24 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Harga RON95 Kekal

Posted: 25 May 2011 05:27 PM PDT




"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak." kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 25 May 2011 09:17 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


ABD RAHMAN DAHLAN BALUN BUKU JING-GAY !

Posted: 25 May 2011 09:00 PM PDT

PAS SELANGOR GUNAPAKAI CARA ANWAR !

Posted: 25 May 2011 06:00 PM PDT

ARTIKEL PANAS SANGGAH TOK JANGGUT.

Posted: 25 May 2011 02:19 PM PDT

HARGA PETROL KEKAL : MACAMNILAH GAYA PEMIMPIN !

Posted: 25 May 2011 03:40 AM PDT

PKR SELANGOR : NAK KELENTONG PUN BERAGAKLAH..

Posted: 24 May 2011 11:00 PM PDT

Neutral Daily

Posted: 25 May 2011 09:10 PM PDT

Neutral Daily


DAP ‘restui’ Mat Sabu?

Posted: 25 May 2011 07:21 AM PDT


PULAU PINANG 24 Mei – Tindakan Ahli Majlis Pimpinan Pas Pusat, Mohamad Sabu mewakili kerajaan DAP Pulau Pinang menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor menimbulkan tanda tanya.

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Ifan Zaimi Md. Tahar berkata, beliau hairan kenapa Mohamad yang dipilih untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Menurutnya, keputusan tersebut seolah-olah menunjukkan Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyokong Mohamad untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti bulan depan.

"Pemberian sumbangan bagus tetapi kenapa tidak diberikan kepada Exco? Beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

-utusan malaysia

Mahfuz bertanding naib presiden sahaja.

Posted: 25 May 2011 06:35 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Mei: Datuk Mahfuz Omar hari ini mengumumkan beliau hanya akan bertanding satu kerusi sahaja iaitu naib presiden PAS dan tidak bertanding lain-lain jawatan termasuk AJK PAS Pusat.

"Saya dah faks surat jawapan dan hanya akan bertanding naib sahaja. AJK PAS Pusat bagi ruang kepada orang lain lah, saya tak mahu tamak jawatan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Sehingga kini, tujuh dikatakan telah mengesahkan bertanding merebut tiga tempat yang diperuntukkan untuk jawatan tersebut.

Selain Mahfuz, enam lagi adalah Salahudin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikatakan mahu bertanding tetapi tidak dapat disahkan daripada beliau sendiri.

Seorang lagi yang turut layak bertanding jawatan itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Beliau dalam kenyataan hari ini bagaimanapun menolak untuk bertanding jawatan itu dan hanya mahu bertanding AJK PAS Pusat.

Mengulas jumlah calon yang ramai merebut jawatan nombor tiga parti itu, Mahfuz berkata ianya menggambarkan "segarnya demokrasi dalam PAS."

"Ini akan memeriahkan lagi muktamar kali ini.

"Saya jangka ia bakal menarik ramai pemerhati termasuk musuh juga akan mengikuti perkembangan ini," katanya lagi.

Ditanya peluangnya untuk menang beliau berkata ianya agak sukar diramalkan kerana semua calon ada wibawa dan kelebihan masing-masing.

"Menang atau kalah terserah kepada perwakilan.

"Saya positif yang penting perjuangan mesti diteruskan,"tegasnya.

-harakah daily

VCD lucah diedar berleluasa?

Posted: 25 May 2011 06:27 AM PDT


SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.

Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

"Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya," ujarnya ketika dihubungi.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.

"Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol," kata Shuhaimie.

Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.

Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

"Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah," ujarnya.

Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program 'Jelajah Selangor Tawan Malaysia' yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.

"Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

"Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan," katanya.

Shuhaimie memaklumkan, KEADILAN Selangor akan membuat laporan polis berkenaan pengedaran VCD lucah itu pada hari Jumaat jam 11 pagi di IPD Shah Alam.

-keadilan daily

Sri Tri Buana

Posted: 25 May 2011 07:17 PM PDT

Sri Tri Buana


Minyak KJ.

Posted: 25 May 2011 04:27 PM PDT

Menjelang Muktamar PAS

Posted: 24 May 2011 11:52 PM PDT

r b f

Posted: 25 May 2011 07:03 PM PDT

r b f


Arak: Ustaz Taib Azamuddin Pukul Anak Sindir Menantu

Posted: 25 May 2011 05:42 PM PDT

Ahli Parlimen Baling merangkap AJK Pas Pusat yang tewas dua kali beturut-turut dalam pertandingan merebut jawatan dalam Pas di Baling membuat kenyataan dua hari lepas mengatakan Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam kerana menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia. Lihat di sini

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas ingatan yang beliau berikan. Saya sebenarnya masih ada rasa hormat kepada beliau dan saya tak berniat untuk menghentam atau melanyak dia. Tak baik kita lanyak ustaz, tambahan pula jika ustaz itu ustaz Pas , nanti kita tak cium bau syurga.

Saya sendiri pun terkejut dengan perkara tersebut. Kedudukan tersebut dikeluarkan oleh WHO. Sini

Perkara ini mula menjadi perhatian apabila negara kita termasuk dalam carta Top 10. Jika tidak termasuk saya rasa benda ini tidak kecoh pun. Tahun-tahun sebelum ini tidak pernah pula kita mendengar perkara ini. Jika kita tidak pernah dengar, maknanya kita tidak pernah masuk Top 10.

Kenapa tiba-tiba negara kita termasuk dalam carta Top 10 ?

Ada beberapa perkara yang menyumbang ke arah itu.

Pertama, kelab-kelab malam yang semakin bertambah selepas pertukaran kerajaan di beberapa negeri tertentu. Contohnya , dulu di Shah Alam tidak ada pub dan tidak dibenarkan menjual arak di kedai serbaneka. Sejak 3 tahun kebelakangan ini sudah wujud pub di Shah Alam. Arak juga dibenarkan dijual di kedai serbaneka. Apabila dirampas , exco minta dipulangkan balik.

Di tempat-tempat lain tidak perlu saya huraikan lanjut kerana semua orang telah tahu kewujudan pusat-pusat hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di negeri Selangor sejak 3 tahun lepas. Itu belum dikira di P.Pinang lagi.

Kedua, tindakan seorang ahli parlimen Pas di Selangor (Khalid Samad) melawat kilang arak di Shah Alam dan menawarkan tanah yang lebih besar kepada kilang berkenaan untuk menambahkan lagi pengeluarannya menunjukkan Pas tiada masalah dengan arak dan boleh menggalakkan lagi orang ramai terus bergelumang dengan arak termasuklah ahli-ahli Pas sendiri.

Ketiga, apabila Pas bertukar menjadi Pas For All ianya turut menyumbang kepada peningkatan peminum arak. Dulu Pas hanya didominasi oleh orang-orang Islam sahaja, sekarang pula Pas tarik penganut-penganut agama lain untuk bersama mereka kerana cita-cita politik. Untuk menjaga penganut-penganut agama lain supaya tidak lari dari Pas , maka Pas harus menunjukkan mereka bersikap terbuka. Untuk menunjukkan Pas bersikap terbuka , maka Pas sendiri pun turut menjamu arak kepada orang-orang mereka yang bukan beragama Islam. Perkara ini berlaku semasa PRK Dun Galas tahun lepas. Itu baru di Galas, belum lagi di PRK tempat-tempat lain. Lihat di sini

Keempat , dulu pemimpin Pas pernah berjanji kalau mereka dapat memerintah Selangor, malam ini bentuk kerajaan esok pagi sebelum ayam berkokok mereka akan tutup kilang arak di Shah Alam. Sekarang ayam yang berkokok itu dah 3 tahun disembelih, kita dah makan dan sudah pun masuk ke loji Indah Water, tetapi kilang arak masih di situ, malah ada pemimpin Pas yang menawarkan kepada mereka tanah yang lebih besar untuk meningkatkan operasi.

Akibat dari kegagalan menunaikan janji itulah rakyat melihat Pas tiada masalah dengan arak dan mendorong mereka untuk meminum arak. Bagi penyokong-penyokong totok Pas yang percaya Nik Aziz atau ulama-ulama Pas adalah penentu dosa pahala atau syurga neraka seseorang mereka merasakan tidak ada masalah dengan arak apabila pemimpin-pemimpin mereka juga tidak mununjukkan sikap memusuhi arak. Malah Nik Aziz sendiri pernah menghadiri satu majlis di restoran cina yang dipenuhi dengan hidangan arak semasa PRK Kuala Trengganu pada awal 2009. Maka mereka merasakan tiada masalah dengan arak kerana tok guru tiada masalah, mungkin mereka mencuba-cuba untuk meminumnya, lama-kelamaan mereka ketagih.

Ustaz Taib berkata
Kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.

Dulu semasa Pas mula-mula memerintah Kelantan, kerajaan negeri mengenakan syarat yang ketat berhubung penjualan arak di Kelantan. Sekarang, semenjak Pas bertukar menjadi Pas For All syarat tidak lagi ketat. Arak oleh dibeli dengan mudah di Kelantan. Dulu mungkin kalau ada seorang dua orang-orang Pas yang hendak minum arak mereka akan pergi ke Sungai Golok, Thailand. Ianya menyusahkan dan mereka tidak pergi dengan kerap. Sekarang bekalan arak mudah didapati di Kelantan, apa guna nak susah-sudah ke Sg Golok. Tiap-tiap malam mereka boleh minum. Itu pun penyumbang kepada Malaysia tersenarai dalam Top 10.

Ustaz Taib tidak boleh mengatakan hanya kerajaan BN sahaja yang tidak bertanggungjawab membiarkan rakyat begitu bebas meminum arak. Kawalan menjual arak terletak di bawah kerajaan negeri melalui PBT.

Apa yang Kerajaan Kedah lakukan untuk mengawal rakyat meminum arak ? Berapa banyak kelab malam dan kedai-kedai arak yang mereka tutup semenjak memerintah Kedah ? Harus diingat Kedah adalah kerajaan Pas solid. Itu pun Pas tak mampu nak lakukan sesuatu, apa lagi di negeri-negeri campuran PKR dan DAP ? Nak suruh DAP kawal arak ? Kalau Pas pun boleh jamu arak kepada orang bukan Islam, apa lagi DAP ?

Saya juga hendak beritahu kepada rakan-rakan semua. Bukan semua jumlah arak yang terjual di Malaysia sepertimana yang diperkatakan oleh WHO diminum oleh orang Malaysia. Ianya jumlah yang terjual di Malaysia. Apabila ianya jumlah yang terjual di Malaysia maknanya, termasuklah yang diminum oleh orang-orang asing tidak kira yang melancong atau yang bermaustatin di Malaysia. Satu hari berapa ratus kapal terbang yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia. Satu kapal terbang beratus orang. Kali dengan beratus kapal terbang dan kali dengan seorang minum segelas kemudian kali dengan sebulan dan kali dengan setahun.

Kesimpulannya apa yang diperkatakan Ustaz Taib Azamuddin bukannya dituju kepada kerajaan BN. Ianya lebih kepada pukul anak sindir menantu. Janganlah kita memarahi Ustaz Taib. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan umur.

Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih

Posted: 25 May 2011 01:50 AM PDT


Daripada semalam hidupku tak keruan memikirkan kenaikan harga minyak, gas dan eletrik.

Alhamdulillah, akhirnya Kabinet Datuk Seri Najib hari ini membuat keputusan yang bukan sahaja menggembirakan diriku, tetapi menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, kecuali juak-juak Pas, PKR dan DAP. Ini kerana mereka mengharapkan itu semua akan naik hari ini untuk dijadikan modal politik mereka.

Terima kasih Datuk Seri Najib....

Terima kasih menteri-menteri kabinet semua....

Semoga Allah merahmati pemerintahan anda semua dan dijauhi dari segala gangguan syaitan dan iblis.

Kerajaan Kebajikan ? Sampai Mati Orang Dikerjanya...

Posted: 24 May 2011 10:18 PM PDT

Kerajaan KEBAJIKAN ???

Wa...kah....kah....kah....kah....kah.....

1Selangor kena tipu !

Rumah kena roboh , tinggal di balai raya, sedih dan tertekan, akhirnya mati tuannya.

MATI

Saya ulang lagi, MATI

Ulang lagi M.A.T.I

Dimana ?

Klik sini

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 25 May 2011 03:25 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


HOT News...!! Video Clip 2 Minit Nie Elok Sangat Pas Siarkan Masa Muktamar Pas Nanti...!!!!

Posted: 24 May 2011 03:30 PM PDT


melayuangkat

Posted: 25 May 2011 03:15 PM PDT

melayuangkat


Jangan ada yang 'jealous' ye..

Posted: 24 May 2011 10:46 PM PDT

Terharu.......semoga anak kecil ini akan pulih dari truma yang baru dihadapi,

DS Najib dan isteri mendengar cerita dari salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh.

Sempat minta autograph Perdana..

Bangga...Semoga anak-anak semua lekas sembuh dan dapat menyambung semula pengajian yang tinggal. Al-Fathihah buat arwah ke 16 anak anak yang terkorban.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Pengikut