Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong |
Blog Pemuda Puchong diserang Cybertroopers Budak Suruhan UMNO Posted: 26 May 2011 01:02 AM PDT Blog ini mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja tak kira agama,bangsa dan negara. Itu lah konsep diperjuangkan oleh "PAS for ALL" selama ini. Dan hari ni , dengan konsep itu jugalah , "tetamu istimewa" blog ini telah melawat dan melakar/mencoret blog ini dengan tulisan-tulisan yang penuh sopan dan adab. Buat "tetamu istimewa" ini , kami Dewan Pemuda PAS Puchong mengalu-alukan kehadiran kalian , dan kami akan sentiasa teguh dan istiqamah melawan mungkar dan budaya fitnah adu domba yang tidak ade nilai keadaban yang diperjuangkan kalian , sehingga Islam tertegak jua satu hari nanti. Kehadiran kalian bukan sahaja tidak mampu mempengaruhi pengunjung blog ini , malah akan menguatkan lagi semangat dan azam kami anak mudah untuk melawat "Thagut" perjuangan kalian. Inilah unggkapan Ketua Pemuda kami , kerana Rintangan , Mehnah , Tohmahan , Adu Domba, Cacian pihak kalian , merupakan sunnatullah (ketatapan) yang Allah Taala telah sediakan untuk pihak kami. Terima kasih kerana membantu menguatkan kesungguhan kami , keazaman kami serta keyakikan kami , bahawa janji Allah Taala itu benar dan makin hampir ! Dilampirkan di bawah ini , segala komen-komen kalian , yang berselindung disebalik nama-nama samaran , seolah seorang pondan dan bachul , membaling batu menyorok tangan. Namun , teruskan lah usaha kalian , kerana dengan usaha ini lah kalian mendapat rezeki untuk makan minum diri , anak dan isteri . Semoga usaha "murni" kalian ini , mendapat rezeki yang berkat , dan kehidupan kalian , anak isteri akan diberkati dan dirahmati Allah Taala. Komen-komen cybertroopers , boleh dilihat dalam ruangan komen bagi setiap posting-posting terakhir di blog ini. Peringatan kepada semua : Hadis Abu Hurairah r.a: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya." Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 89 |
You are subscribed to email updates from Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan