Pakatan Rakyat |
Posted: 02 Dec 2013 03:33 PM PST | Susulan Kes Bunuh 3 Beradik, Polis Tahan Remaja 16 Tahun untuk Bantu Siasatan Posted: 02 Dec 2013 05:25 AM PST Pelajar Ditahan Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik [Bernama] ALOR SETAR: Polis menahan seorang pelajar berumur 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata pelajar itu yang merupakan kenalan seorang mangsa Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditahan di rumah ibu bapanya di Perlis pukul 11.30 malam Ahad. Beliau memberitahu pemberita di pejabatnya di sini Isnin bahawa pelajar itu kini ditahan reman selama empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes. Mayat Nor Syafikah Nadia ditemui di tepi sawah di Alor Senibong, Langgar pada pukul 3.45 petang Sabtu manakala mayat dua adiknya Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, ditemui di terusan Mada Kampung Padang Tani pada pukul 4 petang Ahad kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayatnya ditemui. Tiga beradik itu dilapor menaiki motosikal ke rumah rumah rakan Nor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari rumah mereka kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat. Mereka kemudiannya tidak pulang sehinggalah mayat mereka ditemui. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Adzaman berkata bedah siasat ke atas mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas di samping terdapat kesan calar pada badan mereka. Kematian ketiga-tiganya didapati berlaku dalam tempoh hampir sama, katanya. Beliau berkata contoh darah ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Kimia di Pulau Pinang. Adzaman menegaskan mangsa tidak dirogol dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi itu. Beliau berkata polis masih menyiasat hubungan pelajar itu dengan mangsa dan telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa. - 2/12/13 | [Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Sah, Kadar Elektrik NAIK 15% Mulai 1 Januari 2014 Posted: 02 Dec 2013 12:26 AM PST Kadar purata tarif elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari - Maximus [BH] KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus, iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj. Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj). Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi. Ongkili berkata, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kwj dan ke bawah. -2/12/13 Tarif Elektrik Naik 15% [MK] Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen. Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt. Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen. Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini. Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. - 2/12/13 P/s: Siapa kata kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan pengguna? Teori mana yang digunakan pakai apabila bil naik, harga barang naik, kenaikan itu tidak akan membebankan pengguna? Siapa kata 70 peratus pengguna tidak akan "menikmati" kenaikan tarif elektrik? Berapa banyak rumah yang hanya ada lampu kalimantang dan TV 14 inci? Selepas PRU13, rata-rata pengguna yang membayar bil elektrik sekitar RM80 sebulan terpaksa membayar "kenaikan" misteri bil elektrik sehingga mencecah RM120 sebulan. Bayangkanlah kalau bil elektrik rumah melebihi nilai RM80 sebelum PRU13. Ada yang mendakwa peningkatan bil itu kerana penggunaan meter baharu. Bagaimana dengan rumah yang tidak menukar meter baharu namun bilnya turut meningkat? Misteri kenaikan bil elektrik selepas PRU13 ini masih belum terungkai. Sekarang diumumkan pula kenaikan rasmi tarif elektrik mulai 1 Januari 2014. Sudah untung RM4610 juta pada tahun 2013, mereka masih lagi mahu "menibai" poket kosong rakyat! Tahniah pengundi BN, anda undi, anda pun turut kena bayar kenaikan bil dan harga barang. | Kematian 3 Beradik: Polis Buru Teman Lelaki Mangsa Posted: 01 Dec 2013 10:13 PM PST [BH] ALOR SETAR: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan. "Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini. Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan. Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu. Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi. "Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya. Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. - 2/12/13 | Sasterawan Didakwa Perkosa Siswi Posted: 01 Dec 2013 08:07 PM PST [HM] Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI). Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan. Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu. Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan. "Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. "Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita. "Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan," katanya. Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan. "Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental," katanya. Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi - 2/12/13 | [Gambar] Susulan Kes Bunuh Tiga Beradik di Alor Setar Posted: 01 Dec 2013 05:12 PM PST "Hilang Semua" [HM] Alor Setar: "Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi." Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu. Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam. Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu. ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital. Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian. - 2/12/13 | Datuk Fauzi Shaari Meninggal Dunia Posted: 01 Dec 2013 04:43 PM PST [SelangorKini] SHAH ALAM : Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Mohd Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia di Hospital Selayang pada kira-kira jam 8.17 malam tadi. Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor selepas mengalami jangkitan kuman pada hati dan buah pinggang. Sebelum pemergiannya beliau sempat bersama menyertai perjuangan PAS dan dipilih sebagai Calon PAS untuk Parlimen Larut,Perak. Beliau dilahirkan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak pada tahun 1950. Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. Selangor Kini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan didoakan semoga Allahyarham Datuk Mohd Fauzi ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin. Al-Fatihah. P/s: Allahyarham sempat bersama-sama dengan perjuangan Islam. |
Posted: 02 Dec 2013 03:33 PM PST SAYA kurang minat kumpulan Scorpions. Kumpulan rock Jerman yang tua setahun daripada DAP ini bagi saya sama maqamnya dengan kumpulan rock kapak di Malaysia seperti Terra Rossa, Bumiputera Rockers dan barangkali Fabiens. Saya lebih minat Black Sabbath atau Led Zeppelin, mungkin kerana saya sedikit anglophile. Ada juzuk budayawan yang mahu melonggok Scorpions seiring band rock seperti Sweet Charity dan yang sewaktu dengannya. Tapi bagi saya itu hasil kekaburan mata mereka yang memandang Scorpions dengan kanta 'orang puteh'. Tapi tak apalah, bukan itu yang saya mahu bicarakan. Bait-bait lirik lagu kumpulan ini bertajuk 'Wind of Change' berkumandang di Muktamar PAS yang baru sahaja selesai. Dr Muhaimin Sulam barangkali peminat Scorpions. Maka digunakan lirik kumpulan rockers tua ini untuk mengukuhkan hujah ucapan penggulungannya. Dr Muhaimin, dengan imej rambut panjang mayang mengurai di samping wajahnya yang jernih berjanggut membacakan rangkap syair tulisan Klaus Meine ini dengan begitu bersahaja: Take me to the magic of the moment "Bawalah daku ke saat penuh sakti kala malam gilang gemilang, Di tempat anak-anak hari esok berkongsi mimpi bersama kau dan aku; Di tempat anak-anak masa depan akan terus punya impian, dalam hembus bayu perubahan." Demikianlah lebih kurang terjemahnya.On a glory night Where the children of tomorrow share their dreams With you and me Take me to the magic of the moment On a glory night Where the children of tomorrow dream away In the wind of change Lagu 'Wind of Change' ini ditulis dengan berlatarkan polisi glasnost yang diperkenalkan Mikhael Gorbachev kepada Kesatuan Soviet Rusia dalam pertengahan dekad 80an. Glasnost secara mudah faham membawa maksud ketelusan dan sentiasa digunakan Gorbachev dalam rangka usaha menstruktur semula Parti Komunis Rusia; atau juga disebut perestroika. Usaha mengislah Parti Komunis Rusia yang cuba dibawa Gorbachev inilah yang menjadi inspirasi penulisan 'angin perubahan' Scorpions lantaran ketika itu juga bermulanya kejatuhan kerajaan blok Timur selepas tamatnya Perang Dingin. 'Wind of Change' seakan menjadi lagu tema sejak runtuhnya Tembok Berlin dan popular bagai nak rak di Jerman dan negara Eropah pasca terlungkupnya Parti Komunis Soviet Rusia. Demikian peranan budayawan, penyair dan rockers yang sentiasa tidak jemu memberi muzik latar kepada sejarah di saat ia berkembang. Bukan setakat meraikan kehidupan dengan syair cinta mahupun lagu penuh kemarahan buat anak-anak muda yang menyampah duduk di rumah dengar bersama kawan ketika lepak di bawah jambatan sambil hangguk-hangguk. PAS tak cukup rock? Ternyata plot twist konsert rock di Karnival PAS For All ini tidak menerima banyak reaksi positif daripada pendukung parti Islam itu yang rata-ratanya berkupiah dan bertudung labuh. Rock dilihat umpama zikir mengangungkan setan, hatta setiap kali ada kumpulan rock dari negara orang puteh mahu bikin gig di ibu negara, di situlah kita akan ketemu pemuda PAS datang membantah. Tapi itu tidak bermakna PAS tidak boleh duduk sebelah menyebelah dengan budak punk seluar koyak dan rambut pacak. PAS sudah lama menjadi pilihan mat rock yang bukan setakat mahu 'kembali ke pangkal jalan' malah mahu menyumbang kepada usaha menjatuhkan United Malays National Organisation. Belum pernah lagi kita dengar artis kembali ke pangkal jalan dan kemudian masuk UMNO. Belum pernah. PAS sebenarnya lebih perlu mendekati golongan yang menjauh daripadanya. Sebuah parti politik yang hanya mahu menjaga tapak sokongannya sahaja tanpa mendapatkan sokongan kelompok baru adalah parti politik yang tidak bekerja. Jadi PAS dan Pakatan Rakyat, harus mampu berkeadaan fleksibel dan 'boleh bercampur' dengan segala rockers rambut panjang jika tidak mahu dilihat sebagai organisasi mat skema yang tidak boleh bergaul. Barangkali itulah roh angin perubahan yang mahu disampaikan Dr Muhaimin Sulam kepada perwakilan PAS di muktamar itu; supaya ahli dan pekerja parti tidak lagi meletakkan had dan jurang antara diri dan kelompok anak-anak seni yang tidak semestinya hanya tahu bergendang dan bernasyid sahaja. Seni dan budaya itu seharusnya dipandang sebagai satu lagi jalan untuk meraih sokongan dan bukannya dijadikan alasan untuk menambahkan penentangan. Menepis lambaian UMNO United Malays National Organisation melambai-lambai dalam dua keadaan. Pertama sebelum menaiki jet peribadi untuk pergi makan angin atau buat lawatan rasmi. Kedua dalam keadaan ia terapung-apung nyawa-nyawa ikan hampir mahu mati. Lambaian ini seharusnya ditepis dengan manis muka, mengikut saranan Al-Fadhil Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang berjaya mengekalkan jawatannya di tengah asakan kanan dan kiri membunuh kerjaya politiknya di PAS. PAS sudah punya tapak yang kukuh dalam koalisi Pakatan Rakyat. Ini tidak ada makhluk yang boleh nafi. Bersama-sama Pakatan Rakyat, PAS sudah boleh duduk semeja dengan DAP yang sejak dulu mahu menjeling pun susah sekali. Melalui koalisi ini, PAS berjaya prestasi yang cemerlang dan bukan sahaja menawan Kedah dalam PRU ke-12 malah turut mengetuai kerajaan negeri Perak suatu ketika dahulu. Koalisi politik yang dinikmati parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan dapat dicapai sekiranya PAS membalas jelingan nakal UMNO dengan senyum simpul penuh makna. Jelingan UMNO mengajak berpadu ini seakan lirikan mata langsuir mahu membonceng motosikal di tengah malam. Justeru PAS mesti sentiasa bijak mengatur langkah dan memasang pendinding agar tidak menjadi mangsa parti politik yang sudah berpuluh tahun menikamnya berulang kali. Angin perubahan yang membayu di dalam PAS akan memberikan nafas segar kepada keseluruhan koalisi politik Pakatan Rakyat dalam usaha merapatkan barisan dan menyusun semula gerakan menuju Putrajaya. Apa yang penting ialah 'kerjasama'. UMNO akan terus cemburu dengan cinta tiga segi PAS, PKR dan DAP. Ia akan terus menyerang. Namun Pakatan Rakyat harus terus bertahan, demi mimpi anak-anak hari esok. "Where the children of tomorrow dream away, In the wind of change" – Roketkini.com LIHAT VIDEO DI SINI |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan