Isnin, 31 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 31 Jan 2011 01:24 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Keputusan rasmi: BN menang di Tenang dengan majoriti 3,707

Posted: 30 Jan 2011 08:59 AM PST

30/01/2011 10:11pm

LABIS 30 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.

Keputusan penuh:

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi

Peratus mengundi 67 peratus

Undi rosak 142 undi

Majoriti 3,707 undi

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492 – Bernama

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada jentera cawangan yang secara langsung atau tidak yang telah menyumbang tenaga dan masa bagi memastikan kemenangan berpihak pada Barisan Nasional di DUN Tenang. Semoga ianya menjadi satu semangat baru untuk kita semua.

-UCBA-

DunSemarang

Posted: 31 Jan 2011 01:13 AM PST

DunSemarang


Terima Kasih .... UMNO Ayer Hitam, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Posted: 30 Jan 2011 10:36 PM PST

31.1.2011 Ayer Hitam.
Kami Warga Akar Umbi UMNO Bhg Ayer Hitam dan Dun Semarang, ingin mengucapkan sejuta Tahniah kepada UMNO Bhg Ayer Hitam,di atas sumbangan yang tidak terkira di atas pemgorbanan waktu dan tenaga demi menjamin kemenagan Calun UMNO YB Mohd Azahar Ibrahim. Kami menumpang bangga di atas jasa-jasa Umno,Wanita, Pemuda dan Puteri dari Ayer Hitam dan Dun Semarang serta Dun Yong Peng.

TAHNIAH!..YB Mohd. Azhar dari DunSemarang.

Posted: 30 Jan 2011 09:26 PM PST

Tahniah kepada YB Mohd Azhar Bin Ibrahim, dari kami warga UMNO Ayer Hitam dan Dun Semarang. Kaejayaam ini adalah khas dan jelas kejayaan UMNO dan akar Umbinya. Tahniah kepada para pengundi di Dun Tenang. Anda telah membuat pilihan yang bijak demi masa depan Agama, Anak Bangsa dan Tanah Air. ByM69

Khairy Jamaluddin

Posted: 31 Jan 2011 01:07 AM PST

Khairy Jamaluddin


Pindahkan segera pelajar Malaysia di Mesir

Posted: 30 Jan 2011 04:00 PM PST

Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) amat prihatin dan bimbang tentang keselamatan dan kebajikan kira-kira 11,000 pelajar Malaysia di Mesir berikutan demonstrasi dan protes besar-besaran di negara tersebut yang telah berlarutan sejak dari 25 Januari lalu.

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

Posted: 30 Jan 2011 07:04 PM PST

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


TAHNIAH KEPADA CALON BARISAN NASIONAL !!!

Posted: 30 Jan 2011 10:10 AM PST



Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.

Keputusan penuh:

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi

Peratus mengundi 67 peratus

Undi rosak 142 undi

Majoriti 3,707 undi

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492

POST BY DR.ME...

SELURUH KAWASAN TENANG BANJIR !!!

Posted: 30 Jan 2011 12:17 AM PST


Beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir pada Ahad berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

Tiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.Beliau berkata proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.

"Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata setakat ini, semua jalan menuju ke pusat pengundian masih boleh dilalui dengan semua jenis kenderaan walaupun sesetengah jalan mula dinaiki air.Beliau berkata polis telah menempatkan anggotanya di kawasan terlibat termasuk mengawal lalu lintas bagi melancarkan proses pengundian.

"Kita dah sediakan bot-bot untuk membawa pengundi yang tersekat, kalau ada laluan tidak boleh dilalui kenderaan, dari situ mereka akan dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau petugas daripada parti-parti yang bertanding.(Di beberapa) tempat lain ada banjir kilat kerana hujan air naik serta merta, tetapi tidak begitu serius sehingga menyebabkan laluan terputus," katanya.

Abdul Aziz berkata antara jalan-jalan yang dinaiki air ialah jalan Segamat- Labis di simpang Felda Redong, jalan masuk ke ladang North Labis, jalan masuk ke Ladang Voules dan laluan ke Kampung Sawah Baru.Mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terdiri 84 mangsa dari kampung Usaha Jaya, 55 (Kampung Paya Dalam); 36 (Kampung Pekan Air Panas); 21 (Kampung Lembah Bakti); 13 (Kampung Bukit Dato) dan enam mangsa orang dari kampung Sekijang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang,yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dengan calon PAS, Normala Sudirman, 38, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas.

-- BERNAMA

POST BY DR.ME...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 30 Jan 2011 03:30 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DUN Tenang: BN menang majoriti besar 3,707 undi

Posted: 30 Jan 2011 06:44 AM PST

LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tenang by-election: Live updates

Posted: 29 Jan 2011 07:20 PM PST

11.10am: Several roads leading to Bandar Labis Tengah area are partially flooded.

10.45am: EC says 24.34% or 3,591 cast their votes by 10am.

10.40am: Heavy rain still not letting up and police say that certain stretches along the Labis Segamat road near Taman Tenang Jaya are flooded.

10.15am: Barisan and PAS supporters line roads towards polling center in Felda Tenang and urge motorists to vote for their respective candidates shouting 'Hidup Barisan' while others shout 'Sokong PAS, Sokong Normala'.

10.10am: Voters continue to stream in at polling centers wearing raincoats and carrying umbrellas. Many are also seen holding umbrellas with Barisan and PAS logos.

Azahar casting his vote at Kg Paya Merah centre

10.00am: Rain continues to pour and narrow roads leading to the polling station in Felda Tenang is congested. Flood waters are also steadily rising at several roads leading to the polling station in Pekan Air Panas.

Returning officer Md Asri Amir says all polling centres remain open.

09.43am: The Election Comission says 10.68% or 1,576 cast their votes by 9am.

09.10am: Heavy rain causes some roads in Pekan Air Panas to flood. Fire and Rescue Department officials are standing by with rescue boats fastened to their vehicles.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

Posted: 30 Jan 2011 11:38 AM PST

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Tenang: Kami takmau PAS laaa

Posted: 29 Jan 2011 02:42 PM PST



Bookmark and Share

www.pemuda-enggang.org

Posted: 30 Jan 2011 11:34 AM PST

www.pemuda-enggang.org


BN Menang Besar Di Tenang

Posted: 30 Jan 2011 07:29 AM PST

Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad. Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi … Continue reading

Tiada ulasan:

Pengikut