Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4
- Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi
- Penampilan Yassin buat kejutan di Konvensyen PR
- 14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat
- Konvensyen PR: PAS sedia 'ramuan' kemenangan PRU13
- Pancing BR1M: Presiden PAS nasihat rakyat jadi ikan cerdik
- Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan
- Bingkisan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
- Ceramah Kelompok dan Pelancaran Pos Di Cawangan Temangan Lama
- Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz
- 4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas
Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 Posted: 25 Feb 2013 12:31 AM PST SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan. Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR). Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat: 1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat 2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat 3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat 4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat 5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan. Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP). Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen. |
Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi Posted: 25 Feb 2013 12:30 AM PST "Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC. Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan. "PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya. Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya. Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih. "Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat. Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu. "Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam. Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya. Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi. "Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya. |
Penampilan Yassin buat kejutan di Konvensyen PR Posted: 25 Feb 2013 12:30 AM PST SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alamdi sini. Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini. Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara. Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional. Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda. |
14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat Posted: 25 Feb 2013 12:28 AM PST SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini. Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini. Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini. Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar. "kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau. 14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu; - Harga minyak turun - Caj elektrik lebih rendah - Caj air lebih rendah - Hapus tol - Hapus monopoli - Turunkan harga kereta - 150,000 rumah selesa mampu milik - Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik. - Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN - Hapus AES. Batalkan saman AES - Keadilan untuk warga Felda - Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah - Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan - Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan. |
Konvensyen PR: PAS sedia 'ramuan' kemenangan PRU13 Posted: 25 Feb 2013 12:27 AM PST SHAH ALAM: PAS sudah bersedia dengan 'ramuan-ramuan' kemenangan bagi menghadapi PRU-13 yang akan diadakan paling lewat 60 hari dari sekarang. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli berkata, ramuan kemenangan itu termasuklah menyelesaikan serta menggerakkan pembentukan jentera parti yang sedia bertempur bila-bila masa sahaja. "798 kerusi DUN dan parlimen sudah selesai diputuskan dan akan masuk PRU kali dengan satu lawan satu dengan BN," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC pagi ini. Beliau berkata, parti-parti politik di negara ini berkempen selama lima tahun memandangkan tarikh pilihan raya sudah menjadi amalan pimpinan negara, dirahsiakan. "Kalau kita tahu bila PRU, kita tidak perlu habis masa selama lima tahun untuk berkempen, kita tidak tahu tarikh, jadi kita perlu berkempen sepanjang masa," katanya. Hatta berkata, Pakatan Rakyat harus bersedia dengan segala bentuk penipuan yang akan berlaku dalam PRU nanti. "Kita di malaysia mempunyai krisis keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau SPR bebas kita tidak ada masalah, tetapi kita hilang keyakinan dan tidak boleh ada pilihan lain, kita kena bersedia dengan penipuan," katanya. Apa yang penting katanya, PAS, PKR dan DAP akan menyertai pilihan raya ini sebagai gabungan mantap bagi mengambil alih kerajaan. Malah katanya, Pakatan Rakyat juga memutuskan masa depan politik negara akan ditentukan oleh rakyat negara. Justeru, kerjasama Pakatan Rakyat dengan rakyat Malaysia yang prihatin sama ada individu atau NGO akan mempastikan bahawa mereka yang turun mengundi adalah rakyat Malaysia. |
Pancing BR1M: Presiden PAS nasihat rakyat jadi ikan cerdik Posted: 25 Feb 2013 12:27 AM PST ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan rakyat agar menjadi ikan yang cerdik berhadapan dengan pancing BR1M yang ditaja Barisan Nasional. Bercakap di Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini, beliau berkata BR1M yang diberi tatkala pilihanraya sudah dekat adalah untuk memperbodohkan rakyat. "BR1M diberi masa pilihanraya. Ini membodohkan rakyat. Dia bagi kita ambil. Kita mesti menjadi ikan yang cerdik, kita makan umpan bukan makan kail. Jangan jadi ikan bodoh, telan kail kita sangkut," kata beliau sambil mengajak rakyat membuat perubahan. Tuan Guru Abdul Hadi berkata pelbagai masalah yang dialami rakyat kini adalah hasil pemerintahan yang tak betul. "Setelah 50 tahun, kita melihat banyak rakyat dalam keadaan malang, miskin dan mengganggur dan tak ada tanah tempat kediaman – masih mengalami pelbagai masalah. "Walaupun negara kita banyak hasil, negara kita berada di tempat hubungan laluan antarabangsa. Kita jadi begini kerana pemerintahan yang tak betul," tegas beliau. Ahli Parlimen Marang itu berkata melalui sistem demokrasi rakyat akan menjadi hakim untuk memilih kerajaan yang memerintah 5 tahun sekali. "Pepatah Cina kalau nak tolong bagi kail, pancing dan tali. Bukan bagi ikan. Kalau bagi ikan, dia akan minta ikan lagi. Tak boleh selesai lagi masalah. Bagi kail bagi pancing selesai masalah. Dia berdiri diri sendiri. "Cukuplah BN memperbodohkan kita dengan BR1M. BR1M, bagi duit, bagus bagi duit. Inikah cara untuk meningkatkan ekonomi rakyat?" tambah beliau. Di dalam ucapan tersebut di majlis tersebut, beliau buat pertama kalinya cuba memberikan ucapan dalam bahasa mandarin untuk mengalu-alukan kedatangan hadirin. "Berharap tahun baru ini dapat membawa kelebihan, kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya di dalam bahasa Mandarin yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin. Beliau turut berseloroh dengan percubaan bertutur dalam bahasa Mandarinnya. "Saya minta maaf kerana Bahasa Mandarin saya pelat Bahasa Melayu Terengganu," katanya yang menghiburkan para hadirin. |
Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan Posted: 25 Feb 2013 12:26 AM PST Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja. Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat. Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah "Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan". Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju. Awang Adek bertanya lagi "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya. "Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi" kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam. Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia. Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas "bodoh" bertulis Akur Janji. "Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur". Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu. |
Bingkisan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Posted: 24 Feb 2013 03:50 PM PST |
Ceramah Kelompok dan Pelancaran Pos Di Cawangan Temangan Lama Posted: 24 Feb 2013 03:47 PM PST |
Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz Posted: 24 Feb 2013 03:42 PM PST Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat. Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau. Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya. Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk. PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977. Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung! NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Kuala Lumpur. 13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M |
4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas Posted: 24 Feb 2013 03:42 PM PST KOTA BHARU: Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi kenyataan. Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya. "Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini. Persoalannya sejuah mana kenyataan Perdana Menteri itu mempunyai asas yang kuat atau ada sesuatu di sebaliknya. Bagaimananpun bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasuruddin Hassan Tantawi (gambar) bukan isu transformasi yang menyebabkan Perdana Menteri sering kali menukar pelan tarikh pembubaran parlimen. "Sebenarnya ada perkara lain yang membuat Datuk Seri Najib menjadi serba salah. Sebelum ini ura-ura parlimen hendak dibubar pada Febuari 2012, namun tidak menjadi kenyataan mungkin ada kaitan Himpunan Bersih 3.0. "Kemudian ditukar pula kepada April 2012, namun tidak juga menjadi kenyataan kerana kebangkitan rakyat pada Himpunan Hijau. "Maklumat ini bukan kita dapat di tepi jalan sebaliknya sumber dalaman Umno sendiri. Kita pun ada agen dalam Umno," katanya pada ceramah isu semasa di markas Unit Peti Undi Lundang di sini malam tadi. Hadir sama artis hijrah, Hairie Othman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Hamid Omar, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi, pengarah pilihan raya, Azahari Ab Rahman dan Timbalan Pengerusi MTD Bunut Payong, Abdul Razak Mamat. Nasruddin berkata, kemudian khabar angin tarikh pembubaran parlimen ditunda kepada Disember, namun tidak menjadi realiti selepas kehadiran lautan manusia pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. "Sumber Umno pula menyebut pada 22 Febuari akan dibubar, namun terlepas begitu sahaja. Mengapa. Mungkin ada kaitan dengan kajian Merdeka Centre dan Universiti Malaya yang memperlihat kedudukan BN tergugat. "Kebangkitan rakyat begitu jelas sekali. Pada awal 1990 ceramah PAS di Johor hanya dihadiri beberapa orang sahaja, namun sekarang sambutan begitu hangat. "Begitu juga di Sabah pada awal 1990-an penduduk di sana menganggap lambang PAS seperti bola pingpong. Namun sekarang penerimaan rakyat begitu mendadak," ujarnya. Menurutnya pada program terbaru yang diadakan di Sabah minggu lepas kehadiran rakyat sehingga penuh dewan, dan ada anak muda yang datang membawa gitar |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan