Penganalisis Politik Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata manifesto yang dibentangkan Pakatan Rakyat hari ini sekadar mengulangi janji terdahulu dan tidak banyak menawarkan perkara baru kepada rakyat.
Beliau berkata Pakatan Rakyat hanya memainkan 'rentak' yang sama dan tidak mampu menjanjikan lebih banyak kelainan daripada manifesto yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu.
Ini kerana Pakatan Rakyat menyedari bahawa mereka tidak mampu menawarkan tawaran yang lebih baik ekoran rekod gagasan itu memerintah empat buah negeri tidak begitu memberangsangkan, kata Atory.
Pada PRU12 Pakatan Rakyat berjaya memenangi Selangor, Pulau Pinang, Kedah selain mengekalkan pemerintahannya di Kelantan.
"Saya rasa menganggapkan yang baru tak banyak (manifesto baru) kalau ada yang betul-betul strategi untuk pilihan raya bagaimana nak menang.
Beliau menambah Pakatan Rakyat yang berjaya menawan negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor gagal membuktikan mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang menunaikan janji.
Ia bertambah buruk apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan.
Kenyataannya itu membawa padah apabila rakyat marhaen di negeri itu bangkit menyaman kerajaan negeri.
Antara janji-janji yang belum ditunaikan termasuklah elaun kepada semua pelajar tadika, elaun kepada ibu tunggal, memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah, elaun bulanan kepada golongan nelayan, memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada semua warga emas dan banyak lagi.
Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat gagal menunaikan janjinya untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyatnya. Golongan Melayu juga terus tersisih dari arus pembangunan dan menyaksikan penjualan aset berupa hartanah kepada rakyat asing.
Sementara di Kedah, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar dari PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus gagal menyelesaikan masalah rakyat termasuk tidak menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyatnya selain ditolak barisan exconya sendiri.
Kemuncaknya, Azizan didesak untuk meletakkan jawatannya namun beliau berkeras enggan berbuat demikian.
Di Kelantan pula, rakyat terus dinafikan untuk hidup dalam keadaan lebih baik dengan prasarana asas seperti bekalan air bersih masih belum dinikmati rakyat. Skandal Ladang Rakyat terus menghantui kerajaan negeri dan setelah lebih 20 tahun memerintah PAS terus gagal menyelesaikan isu itu.
Atory juga berkata konvensyen kali keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini dimanfaatkan sepenuhnya pemimpin Pakatan Rakyat untuk membina benteng bagi menangkis segala kritikan seteru politiknya terhadap relevannya manifesto mereka.
"Dalam persidangan ini saya rasa akan penuh dengan ucapan-ucapan pemimpin untuk menangkis hujah-hujah Barisan Nasional dan juga mempertahankan manifesto yang telah dilancarkan.
"Mungkin mereka (Pakatan) akan menyebut tentang pelaksanaan yang tidak dapat dijalankan secara berkesan. Mereka akan berikan faktor-faktornya (sebabnya), mereka tidak akan mengalah, mereka akan cari idea yang boleh mematikan hujah-hujah pihak lawan," katanya.
Atory juga berkata konvensyen itu tidak di sia-siakan pimpinan Pakatan Rakyat untuk merayu kepercayaan dan keyakinan daripada ahli dan penyokong gagasan itu.
"Mereka akan mengatakan pelaksanaan tidak dapat dibuat secara berkesan kerana masa tidak cukup, begitulah janji mereka nanti, saya rasa begitulah," tegasnya.
Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula agak hambar pagi tadi seperti yang dijangka, menjanjikan pelbagai imbuhan, pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.
Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.
Manifesto yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS, Dr Zulkefly Ahmad dan wakil tunggal India dalam Jawatankuasa Tertinggi DAP, M. Kulasegaran itu mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta.
Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam.
Manifesto 35 mukasurat itu juga dipenuhi dengan janji untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.
Katanya, sikap 'berpatah arang berkerat rotan' PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
Jangan berprasangka buruk
Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.
"Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.
"Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.
Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.
"Biarlah mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka," katanya apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.
Katanya, pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak rakyat.
Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula di Shah Alam sebentar tadi dimulakan dengan hambar kosong... kosong... kosong sama macam lagu Najwa Latif Kosong!
Laporan Antarapos meskipun konvesyen itu membariskan tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.
Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan,"lapornya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terus menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.
Namun berbeza dengan pandangan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, PAS masih belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik sebagai PM.
"Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.
"Tapi secara konsensus kita bersama ketiga-tiga parti, perkara besar kita putuskan bersama. Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan..bergantung kepada keputusan," katanya dalam program soal jawab Maqasid syariah anjuran Antarapos.
Apa faedah keluarkan manifesto sekiranya Pakatan kata ia bukannya janji? Menurut Pakatan, sebuah manifesto hanyalah alat untuk menang pilihanraya. Mereka tidak bertanggungjawab menunaikannya sekiranya menang. Sudah terang lagi berslu... Pakatan hanya mampu menaburkan janji-janji manis tapi tak mampu tunaikan janji mereka!
Jangan termakan dengan janji Pakatan Rakyat dalam manifesto mereka. Sedangkan janji 2008 masih lagi terkubur manifesto bukan janji.
Penurunan harga petrol, caj elektrik serta air lebih rendah dan menghapuskan tol, itu antara janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Manifesto bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu dibentangkan sebagai manifestasi perpaduan antara PKR, PAS dan DAP dalam menghadapi persaingan pilihan raya diumum di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli ketika membentangkan manifesto berkenaan berkata ia dibentuk berasaskan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Mengambil ilham daripada Buku Jingga Manifesto menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan sekiranya PR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya.
Manifesto yang dicetak dalam enam bahasa ini akan diedarkan ke seluruh negara sebagai persiapan Pakatan dalam menghadapi PRU-13.
Antara program yang dijanji akan dilaksanakan ialah mewujudkan Caruman Wanita Malaysia dimana suami diwajibkan mencarum RM10 ke RM100 sebulan ke dalam tabung caruman berkenaan.
Sementara itu PR juga berhasrat memberikan pendidikan percuma kepada rakyat sekaligus menghapuskan hutang PTPTN.
Pakatan gagal tunaikan janji-janji PRU12. Banyak contoh di Selangor, sampai kena saman. Belum kira negeri lain lagi. Sudah 22 tahun PAS perintah Kelantan, ada 22 janji yang tak ditepati.
Rangkakerja polisi Pakatan hanya berdasarkan andaian dan akan mufliskan negara. Mereka menghentam sasaran KDNK 2012 sebagai tidak realistik, namun telah dipatahkan dengan bukti kukuh 6.4% pertumbuhan.
Anak bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menyokong gesaan kerjasama UMNO-PAS demi untuk kepentingan masa depan Melayu-Islam di negara ini.
Ahmad Fauwaz Fadzil dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam berkata perpaduan sesama Islam adalah suatu pekara yang dituntut agama.
"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya.
Berikut disertakan wawancara Ahmad Fauwaz dengan Mingguan Malaysia :
KETIKA ditanya bagaimana perasaan menjadi anak kepada pemimpin terkenal yang juga bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, AHMAD FAUWAZ FADZIL menundukkan kepala seketika dan kemudian menjawab," Memang bukan senang memikul tanggungjawab menjadi anak kepada pemimpin seperti beliau.
"Ada yang meminta untuk aktif dalam parti tetapi saya lebih senang bersifat berada di tengah-tengah.
""Allahyarham begitu disenangi bukan sahaja oleh kawan tetapi lawan," ujar beliau.
Anak muda berusia 32 tahun lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Ahmad Fauwaz jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri.
Beliau begitu bersemangat membicarakan tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tanpa ragu juga beliau melontarkan saranan tentang had usia 65 tahun untuk pemimpin berkhidmat selain menggalakkan dialog serta perpaduan di kalangan umat Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik.
Beliau turut mengulas beberapa isu panas yang berlegar sekitar umat Islam antaranya isu kalimah Allah, negara Islam dan kematangan berpolitik di kalangan masyarakat negara ini.
MINGGUAN: Boleh saudara beri pandangan tentang kedudukan perpaduan masyarakat Malaysia sekarang yang semakin terhimpit dengan agenda politik?
FAUWAZ: Kita memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu terhimpit dengan agenda kosong. Masyarakat perlu lebih terdidik dan mampu menerima dan melahirkan pandangan serta kritikan. Mereka juga perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang kita dapat jika melakukan demonstrasi berulang kali? Jika sekali dua kita boleh terimalah. Jadi penyelesaian terbaik adalah membuka pintu untuk dialog.
Kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan kita. Oleh itu barulah kita dapat menjalankan kerjasama yang lebih baik kerana kita lebih jelas tentang kebaikan dan kesilapan kita. Kita boleh lihat dalam kalangan Yahudi mereka bersatu dalam banyak aspek.
Malah kita lihat Jerman Barat dan Jerman Timur yang satu ketika bertelingkah sesama mereka kemudiannya bersatu meninggalkan di belakang perseteruan dan kini menjadi sebuah negara yang hebat kedudukannya. Apa yang kita boleh lihat adalah walaupun wujud pertelingkahan antara mereka namun untuk kebaikan ekonomi dan negara, mereka bersatu.
Kita lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan semuanya akibat pengkhianatan dari dalam. Oleh itu jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan.
Tetapi apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan. Kita perlu melihat perpaduan ini sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya' atau mungkin lebih baik dan jelas, Pas adalah sebahagian daripada UMNO dan UMNO pula adalah sebahagian daripada Pas. Memang ada yang menolak daripada menerima kenyataan ini dan mengasingkan diri sebagai orang parti itu dan ini. Tapi hakikatnya kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama jadi kenapa perlu kita bertelagah?
Memang kita boleh berbeza pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk semua. Janganlah terlalu mudah dalam menjatuh hukum kerana ia hanya memburukkan keadaan.
Apakah saudara tidak merasakan pandangan ini terlalu ideal kerana hakikatnya keadaan sangat berbeza di luar sana?
FAUWAZ: Bagi saya itu bukan ideal tetapi metodologi bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat dan mampu bersaing dengan kuat. Kita perlu menjadi umat yang merancang kerana tanpa perancangan tidak akan ada jalan. Begitu juga jika kita bercakap hanya bersandarkan realiti tetapi tidak ada angan-angan maka kita akan putus harapan. Bagi saya kita perlu melahirkan umat Malaysia yang perlu mempunyai harapan untuk maju ke hadapan. Saya cuma terfikir sampai bila kita hendak melihat rakyat di negara ini bergaduh kerana politik. Saya bukan melihat kerjasama hanya di peringkat ekonomi dan politik sahaja, malah mungkin di pelbagai peringkat termasuk media.
Sebagai contoh kalau pihak Utusan dan Harakah, jika berita yang baik terpaksa ditapis dan diubah apa yang rakyat dapat. Bidang penyiaran ini sebenarnya sangat penting kerana mereka yang menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jika kita lihat ini yang berlaku di Mesir kerana peranan media yang mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang zalim sebelum ini. Bagi saya apa yang penting adalah rakyat dan pemimpin tidak perlu bimbang jika UMNO atau Pas tumbang dalam pilihan raya. Parti-parti ini hanyalah slogan dan mesin politik tetapi yang lebih bagus adalah kita memerlukan pemimpin yang terbaik dan berkaliber.
Jika mana-mana parti kalah sekalipun tetapi apa yang penting adalah pemimpin yang mampu membawa negara dan rakyat ke arah lebih baik. Pemimpin ini pula tidaklah perlu berdendam kepada musuh-musuh politik kerana apabila menjadi pemimpin contohnya UMNO, dia bukan sahaja menjadi pemimpin kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja tetapi juga pemimpin kepada ahli politik parti lain termasuk Pas dan PKR kerana mereka memimpin rakyat dan bukannya sekadar parti. Apa yang penting adalah menjadi adil kepada semua.
Saya melihat mungkin semasa pilihan raya akan berlaku sedikit perseteruan akibat politik. Tetapi apa yang lebih penting adalah selepas pilihan raya. Ini kerana selepas pilihan raya kita perlu mencari satu titik persamaan dan membuang semua pertengkaran dalam pilihan raya serta membuat satu matlamat sesama semua parti politik, apa yang perlu dilakukan sehinggalah pilihan raya akan datang berlangsung demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Kerangka itu perlu wujud kerana kita memerlukan persefahaman apa yang pembangkang boleh lakukan selepas pilihan raya demi membantu kerajaan yang memerintah untuk kesejahteraan rakyat.
Apakah perkara-perkara yang menjadi punca perseteruan dalam kalangan parti politik dan masyarakat di negara ini?
FAUWAZ: Selepas pilihan raya 2008, apakah perkara-perkara yang sering digaduhkan. Tidakkah ia hanya tertumpu kepada isu-isu yang sama sahaja. Satu parti akan kata bahawa parti ini banyak keburukannya, sesat dan sebagainya manakala satu lagi parti akan kata mereka zalim dan sebagainya. Hanya mengulang lagu dan isu yang sama sahaja malah sejak dahulu lagi. Oleh itu penyelesaiannya, minda rakyat perlu diubah. Jika kita lihat ahli UMNO ada berjuta begitu juga Pas. Tetapi kelompok yang akan menentukan adalah mereka yang tidak menyertai mana-mana parti dan bertindak mendiamkan diri.
Apa salahnya jika Utusan dan Harakah tidak menjadi ejen kepada parti tertentu dan sebaliknya menjadi ejen kepada masyarakat dalam membuka dan mendidik minda mereka. Tidakkah ini lebih baik kerana minda rakyat akan lebih terbuka dan memahami apa sebenarnya peranan mereka dan tidak lagi dipengaruhi oleh isu-isu sama berulang kali. Sebenarnya kita hanya membesarkan masalah yang kecil yang tidak menyelesaikan apa-apa sejak sekian lama.
Saya melihat politik ada akidah. Saya berpolitik tetapi tidak berparti. Di sini maknanya orang Islam perlu dimatangkan dengan isu-isu sesebuah negara supaya mereka mengambil berat. Tetapi mereka ini tidak wajib masuk Pas atau UMNO. Tetapi yang menjadi masalah jika kita tak masuk Pas, orang Pas akan lihat begini begitu. Jika tak masuk UMNO maka orang UMNO akan melihat semacam. Kita perlu melihat sesuatu di luar batasan politik dan mungkin kita boleh mentarbiah orang politik dengan isu-isu kenegaraan dan pembentukan tamadun. Kita terlalu bertekak dengan politik tetapi hakikatnya kita semakin kurang kemampuan bersaing dengan negara-negara jiran.
Sebagai rakyat kita bukan bersaing melalui UMNO atau Pas tetapi dalam skop yang lebih besar iaitu kedudukan negara di pentas dunia yang memerlukan kita bersaing dengan China, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain. Kita perlu bersikap lebih terbuka serta memberi peluang untuk rakyat terlibat lebih jauh termasuk dalam memberi pandangan dan kritikan terhadap kerajaan dan parti. Tetapi apa yang penting adalah memberi kritikan dan pandangan yang jelas dan membina, bukan yang mengikut hawa nafsu. Selain itu, kita perlu memainkan peranan supaya adab-adab dalam pilihan raya itu lebih baik. Ini jika kita lihat saling memaki antara satu sama lain. Tidakkah lebih baik jika sesama mereka yang berkempen ini saling menegur dengan baik malah boleh diajak makan bersama.
Jadi kematangan berpolitik perlu menjadi asas dalam dunia politik sekarang?
FAUWAZ: Ya, inilah masanya bagi rakyat Malaysia lebih terlibat dalam menjadikan diri kita lebih matang dalam berpolitik. Kita perlu berpegang kepada ilmu, iman dan jasmani dalam menjadikan diri kita berpolitik dengan matang. Saya pernah mencadangkan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak-pihak tertentu supaya kita mengehadkan umur dalam politik. Sebagai contoh Presiden Parti apabila cukup usia 65 tahun perlu berundur dan beri peluang kepada generasi muda. Begitu juga seorang Perdana Menteri apabila mencecah umur itu maka sudah sampai masa untuk bersara. Ini kerana perubahan sesebuah negara tidak berlaku kepada mereka yang lebih berusia.
Sejarah banyak dicatatkan oleh mereka yang berusia 40-an. Oleh itu, kita mesti mengurangkan mereka yang berusia ini daripada aktif dalam politik. Mungkin apabila sudah mencecah usia 65 tahun mereka bersara tetapi boleh menjadi penasihat. Kita tidak boleh membiarkan politik ini menjadi politik yang usang. Kalau rumah pun kalau sampai masa kena cat baru dan sebagainya begitu juga kereta bila tiba masa kena tukar baru. Atas faktor umur juga kita perlu menghormati semua pemimpin kita tidak kira daripada parti mana sekalipun kerana masing-masing ada sumbangan mereka.
Kenapa agaknya perkara ini seolah-olah sukar dilakukan?
FAUWAZ: Saya melihat masalah di Malaysia ini, tidak ada keyakinan terhadap pelapis. Sebenarnya ramai pelapis tetapi tidak diberi peluang atas alasan belum sampai masanya kerana belum matang. Bagi saya matang bukan atas faktor umur tetapi atas natijah. Jadi adalah perlu apabila tiba masanya, sudah sampai waktu untuk berundur maka mereka perlu lakukannya. Malah dalam fikah pun ada hukum apabila sudah sampai usia 65 tahun, mereka ada hukum khas yang tidak boleh dilakukan kepada orang muda seperti jika sudah nyanyuk mereka boleh buat solat jamak, kalau baru memeluk Islam mereka tidak perlu berkhatan dan sebagainya.
Sebaik-baiknya selepas pilihan raya, kita tidak lagi perlu tertumpu kepada mahu menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak atau Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi biarlah kita menyokong agenda negara, siapa yang mampu memimpin negara dengan baik kita sokong.
Kita tidak mahu lagi parti yang taksub kepada sesiapa. Sekarang ini bukan zaman menyokong imam-imam yang berbentuk individu tetapi zaman untuk umat itu sendiri. Kita bukan mahu menyokong seseorang kerana individu atau populariti tetapi orang yang ada kekuatan dalam pemerintahan. Mungkin seseorang yang popular boleh membantu ketika berceramah tetapi belum tentu mampu memimpin negara. Sebagai contoh Presiden Mesir sekarang Muhammad Mursi bukanlah calon popular tetapi beliau mempunyai agenda yang baik untuk negara. Kini sudah sampai masanya kita melihat kepada fikah pembangunan tidak kira siapapun diri kita sebagai ulama, wartawan dan sebagainya.
Bagaimana pandangan saudara tentang isu negara Islam?
FAUWAZ: Saya sebenarnya mengharapkan dalam perjalanan pilihan raya kali ini tidak terlalu dibincangkan isu-isu agama. Tetapi kita perlu melihat kepada siapa yang lebih mampu memberikan keamanan dan juga kebaikan kepada rakyat. Kalau kita lihat slogan Pas mereka berpegang kepada negara kebajikan tetapi orang kata mereka dah tinggalkan slogan negara Islam. Ini bukan isu meninggalkan slogan negara Islam, mereka bukan tinggalkan Islam tetapi mengubah pendekatan. Walaupun UMNO juga menggunakan slogan kebajikan tetapi apa salahnya mereka lawan. Pada pandangan peribadi saya tidak perlu lagi kepada slogan negara Islam kerana negara ini adalah negara Islam. Kalau tak, kita nak kata negara ini negara apa?
Masyarakat menerima hakikat negara ini negara Islam tetapi Karpal Singh tidak?
FAUWAZ: Karpal Singh memegang kepada kenyataan Tunku Abdul Rahman dan beberapa sudut Perlembagaan yang mereka lihat sebagai sekular. Itu dari sudut hukum undang-undang manusia. Hakikatnya dalam sudut fikah Islam walaupun Perlembagaan ditukar kepada negara kafir sekalipun, jika pemimpinnya ialah Islam dan majoriti rakyatnya Islam, ia tidak terkeluar dari negara Islam. Seperti contoh seseorang itu tidak sembahyang, puasa dan sebagainya tetapi masih mengucap kalimah syahadah, hukumnya dia masih Islam. Tapi janganlah menukar negara ini kepada negara sekular.
Jika pemimpinnya sekular itu tidak ada masalah kerana ia individu tetapi jika Malaysia adalah negara sekular ia akan menimbulkan masalah kerana kesannya amat besar. Ini kerana ia bukan lagi kewajipan kepada kita mengembalikan Islam di negara ini.
Kalau saya kata seseorang itu kafir atau murtad maka tidak ada kewajipan untuk dia sembahyang, menunaikan haji atau puasa. Tetapi jika dia Islam maka dia kena puasa, sembahyang dan sebagainya. Begitu juga dalam konteks sebuah negara. Namun apa yang dilakukan oleh Karpal itu hanya memburukkan keadaan. Beliau mungkin handal dalam bidang undang-undang sivil tetapi bukan syariah. Jadi kenapa kita perlu mengambil pendapat Karpal yang mengatakan negara ini adalah negara sekular. Kenapa tidak ambil pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie yang mengatakan mana-mana negara Islam yang negaranya dipimpin oleh orang Islam, majoriti rakyatnya adalah Islam dan syiarnya masih kuat malah kalau tak laksana hudud pun tidak mengapa, maka negara itu adalah negara Islam.
Dari segi hukum jelas tetapi kenapa Karpal Singh masih membangkitkan isu negara Islam?
FAUWAZ: Bagi saya dia seorang yang ekstrem. Dalam Islam orang yang ekstrem pun ada masalah malah ulama yang ekstrem pun akan menjadi masalah. Kemusykilan akan timbul apabila ada orang yang ekstrem kerana mereka tidak mahu menerima pandangan yang berbeza selain tidak mengiktiraf pandangan agama-agama lain. Saya melihat orang seperti Karpal ini mempunyai ilmu yang hebat tetapi bermasalah dari sudut dalaman. Kalau tidak mahu menerima diam sahajalah tetapi kenapa tidak mahu menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam?
Jadi ubat paling baik dalam berhadapan dengan orang seperti ini adalah dengan berdialog dan bukan mengutuk begitu sahaja. Golongan ekstrem ditolak oleh masyarakat termasuklah UMNO dan Pas dan kita memerlukan mereka yang berpegang kepada Wasatiyah Muktadin, iaitu mereka yang menjunjung dialog. Saya melihat di Malaysia, dialog adalah sesuatu yang sangat kurang.
Bagaimana dengan usaha sesetengah pihak cuba membenarkan orang Melayu Islam menukar agama?
FAUWAZ: Isu ini adalah satu perkara yang besar dan tidak hanya dibincangkan di Malaysia. Tetapi ia tidak dibincangkan oleh ulama-ulama kita sebaliknya lebih tertumpu kepada cerdik pandai sahaja. Mereka ini bercakap bersandarkan logik sahaja. Perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih jelas, apakah pertukaran agama ini merupakan hak individu. Jika ia hak individu maka mereka boleh menukar agama tetapi kerajaan juga mempunyai hak iaitu menghukum orang yang murtad. Mungkin kita tidak boleh menghalang mereka untuk murtad tetapi kerajaan boleh menghukum dengan hukuman yang sesuai sama seperti pengedar dadah, penjara dan sebagainya. Apa yang paling penting dilakukan, kita perlu berdialog dan memujuk mereka kembali kepada Islam. Kita tidak boleh membiarkan mereka ini murtad tetapi apakah kita boleh menghalang, perkara ini yang masih menjadi persoalan.
Mungkin kita boleh menghalang tetapi apakah di hati mereka ini benar-benar mahu kembali kepada Islam? Kita mungkin tidak boleh menghalang tetapi yang jelas kita boleh menghukum mereka ini. Mereka yang murtad ini pun terbahagi kepada dua iaitu pertama, murtad secara diam. Kita pun tidak boleh buat apa kerana kita pun tidak tahu mereka murtad. Tetapi yang kedua ini menunjukkan diri mereka murtad dan kita boleh menghukum mereka kerana memecahbelahkan umat Islam. Ini bukan jawapan saya tetapi para ulama perlu berbincang tentang hukum yang jelas supaya menjadi panduan kepada masyarakat. Saya sendiri masih mengkaji kerana isu ini sangat besar dan kefahaman pun belum mencapai kepada memberi jawapan.
Bagaimana pula dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam?
FAUWAZ: Pandangan saya untuk orang Kristian menyebut kalimah Allah tidak menjadi masalah. Tetapi jika mereka mahu mengunakan kalimah itu di dalam bible maka ia menjadi masalah kerana boleh menimbulkan salah faham terhadap agama. Malah dalam hukum fikah, jika orang kafir menggunakan sebutan-sebutan yang menyakitkan hati orang Islam, ia tidak dibenarkan. Mungkin Lim Guan Eng bercakap supaya dibenarkan isu itu adalah hak dia tetapi kita juga ada hak untuk menghalang sebagai orang Islam. Tetapi tidaklah perlu sehingga menimbulkan provokasi dan sebagainya kerana kita dalam sebuah negara yang tinggal bersama orang bukan Islam. Bagi saya kita perlu berbicara dengan menggunakan kebijaksanaan dan keikhlasan hati. Bagi Guan Eng yang bukan orang Islam, dia tidak ada pengetahuan tentang haram dan halal.
Tetapi kita perlu menjelaskan kepada mereka hak kita untuk menghalang. Konsep Kristian ini ia sentiasa berubah. Jika mereka tetap mahu menggunakan kalimah Allah mungkin boleh digunakan di dalam gereja dan kita pun tak tahu ia digunakan. Tetapi jangan sampai ia dibenar digunakan di dalam bible kerana ia menyakiti hati orang Islam selain kita perlu menjaga keamanan negara ini. Mereka perlu menghormati agama Islam dan di sinilah kita perlu memahami toleransi agama. Kita perlu faham bahawa kita perlu saling menghormati sesama penganut pelbagai agama kerana kita tidak mahu negara ini berpecah-belah dan menimbulkan perbalahan hanya kerana sesetengah pihak menuntut sesuatu yang di luar kebiasaan.
Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.
Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi.
Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila, pada Sabtu.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".
"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.
Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Feb, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka.
Berita pusat beli-belah terkemuka One Utama bergelap dan terbakar telah menjadi hangat di Twitter dan banyak gambar mengenainya dimuatnaik oleh warga Twitter yang berada di sana.
Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Shamshul Anuar Antang mengesahkan mengenai kejadian yang berlaku.
"Punca kebakaran berlaku di stor penyimpanan peralatan, di tingkat tujuh bahagian bumbung, New Wing" katanya kepada pemberita.
Menurut Shamshul, kebakaran kecil itu menyebabkan pusat membeli-belah tersebut bergelap seketika.
Menurut pihak bomba lagi, laporan telah diterima dari pihak One Utama kira-kira pukul 9 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan setengah jam kemudian.
Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan.
Sudah jelas DAP mempergunakan pemimpin melayu semata-mata untuk meraih undi dari orang melayu sahaja.
Pemimpin seperti Khalid Ibrahim yang dah tak berguna akan di tendang begitu sahaja... Nasib malang yang menimpa pada Khalid Ibrahim ni pernah terjadi pada orang PAS di Penang.
Kini Zairil akan dipergunakan oleh DAP di Selangor. Strategi DAP di Penang akan merebak ke seluruh negara termasuklah di Selangor.
Sila baca pendedahan dari dapinsider.com
The new DAP Menteri Besar for Selangor – Zairil Khir Johari @ Christoper Ross Lim
Lim Guan Eng has recently disclosed to his inner circle of advisers his ambitious strategy to take control of Selangor from PKR by fielding DAP's very own Malay candidate – his own political secretary, Zairil Khir Johari, who was previously also known as Christopher Ross Lim.
Lim Guan Eng believes that for GE 13, the DAP will end up winning most of the seats amongst the PR parties.
Lim Guan Eng is confident of retaining all the current DUN seats won by DAP in 2008 – all 13 of them and also pick up another 3 DUN seats – N6 Kuala Kubu Bharu, N56 Sungai Pelek and N46 Pelabuhan Klang, thus boosting DAP's total to 16 DUN seats. Whereas Guan Eng expects PKR to falter and lose 5 DUN seats thus reducing its number of DUN seats from the current 14 to 9 seats only. As for PAS, Guan Eng also expects them to perform less well and thus losing 3 seats from their current 8 which will cause PAS to end up with only 5 DUN seats.
Thus, the PR alliance will still continue to control the state of Selangor with 30 seats (DAP-16, PKR-9 and PAS-5) vs BN with 26 seats, thus retaining power over the state for another term. However, since DAP now has the most number of seats, they should be able to dictate and appoint the MB. In fact, with 16 seats as above, they even outnumber the PKR and PAS DUN seats combined which only comes up to 14.
Lim Guan Eng has learnt the lesson from Perak well when it had to surrender the Menteri Besar's post to PAS even though it has won more DUN seats than PAS in Perak because of the requirement that the MB has to be a Malay. Thus Nizar Jamaluddin went on to be the MB – much to the chagrin and disappointment of Kit Siang and Guan Eng.
But this time round, they are prepared for that eventuality – Guan Eng will field a Malay DAP candidate in Selangor with the intention to appoint him as the MB when DAP wins the most seats.
This is where Zairil Khir Johari comes in – he will be the MB for Selangor when DAP wins the most seats and the state remain under PR rule.
Karpal Singh has been consulted and he has rendered his strong legal opinion that Zairil is a Malay within the constitutional definition of a Malay and so he is eligible to be appointed as the Menteri Besar of Selangor in accordance with the State Constitution of Selangor.
As such, Zairil is being slated to contest the Bukit Gasing seat which is presently vacant since the death of Edward Lee Poh Lin. Though Edward's son, Simon Lee has been taking over the duties of the father and diligently cultivating this seat, hoping to contest it in GE13, Guan Eng has already made up his mind for Zairil to be parachuted in to contest Bukit Gasing.
DAP wants to control the vast wealth and revenue stream in Selangor and by putting Zairil in there as MB, Guan Eng will be able to control and manipulate him and ensure that the young man will do his bidding.
Zairil Khir Johari is the blue-eyed boy of Lim Guan Eng and has found himself recently in a fresh controversy over his real identity. For a while now, his biological background has come under scrutiny. He has called himself Zairil Khir Johari.
Not Zairil bin Khir Johari but Zairil Khir Johari. There is a huge difference. Repeat Zairil Khir Johari and NOT Zairil BIN Khir Johari.
Despite former DAP vice-chairman Tunku Aziz making a blunt accusation that Zairil is not the biological son of Khir Johari, the political aide to the Penang CM, has not taken the trouble to sue the pants off Tunku Aziz to clear his name.
All the three year old DAP member Zairil could come out with was a pathetic statement to say he knew who his father was.
It has also been revealed in some blogs with hard documentary evidence that Zairil is actually Christopher Ross Lim and that he was born in Hawaii and his biological father is purportedly one Howard Lim of Singapore. The mother is Christine Lim alias Rose Christine Lim Abdullah alias Christine Khir Johari. She was of course the secretary to the late Khir Johari.
Zairil was born on 17 Oct 1982 but his mother only married Khir Johari in February 1996 and so it is quite impossible for him to be son of Khir Johari by such dates and calculations.
Or the truth is simply what is being shown on the blogs – that Zairil @ Christopher Ross Lim was the son of Howard Lim as per the birth certificate from Hawaii or that Christine had an affair with Khir Johari and conceived a child while she was still married to Howard Lim and when Zairil was born, he was registered as the son of her then husband, Howard Lim.
But whoever is the father of Zairil, the fact remains that he has now got a most powerful "godfather" in the form of Lim Guan Eng who is making this young man's future so bright that he is now in line to be the new Menteri Besar of Selangor.
Kemaruk sangat, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dilihat cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program "Debat Perdana" walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.
Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.
"Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.
"Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.
"Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?" tambah beliau.
Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan: "Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.
"Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya."
Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Namun pada 9 Februari Raja Nong Chik menolak jemputan tersebut kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Inilah taktik kotor yang sering diguna pakai oleh puak pembangkang...
Yong Teck Lee (YTL) YTL berpendapat Sabah adalah untuk orang Sabah. Ramai berpendapat bahawa PBS kalah kerana pengundi hantu. Namun fakta sebenarnya PBS dalam pilihanraya peringkat negeri kalah akibat virus lompat party yang diketuai oleh Anwar Ibrahim !.
Sesuatu yang ANEH berlaku. Setelah penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dan siasatan dilakukan, kenapa Lim Kit Siang dan Yong Teck Lee SENYAP?
Mereka senyap kerana hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mendapati bahawa penambahan mendadak penduduk adalah dari etnik Cina. Sangkaan ramai ialah mereka dari etnik Cina yang berasal dari Filipina atau pemastautin haram yang tiada dokumen pengenalan.
Kebanyakan IC diberikan ke atas pemastautin Malaysia (dari Malaysia Barat?) yang sudah lama bermastautin di Sabah tanpa mempunyai IC...sila rujuk dan google berita tentang kehilangan pelancung Cina pada kadar yang sangat tinggi setiap setahun di Malaysia.
Dan ini dapatan RCI yang amat dirisaukan- jumlah tertinggi pemberian IC dari tahun 1963-2012 ialah kepada warga yang berasal dari Tanah Besar China sebanyak 13,556 orang!. Ini tidak termasuk warga yang berasal dari Hong Kong berjumlah 1,981 orang!
Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) akan bersambung selepas 27 February 2013. Apakah Yong Teck Lee akan berhenti menyalak seperti berhenti menyalaknya Lim Kit Siang setelah mengetahui banyaknya warga Cina yang menjadi warga instant di Sabah? Dan kenapa media Sabah memounyai gag order berkenaan perkara ini? Siapakah yang MENGAWAL Media di Sabah???
Saksikan pendedahan Another Brick On The Wall dalam Bahasa Inggeris seterusnya:
Lim Kit Siang was making a big fuzz over the initial revelation that quite a sizeable number of Filipino residing in Sabah was given blue IC. Many parties was trying to blame it on Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir rebutted to say that if he was bad for issuing IC to Filipinos, then Tunku Abdul Rahman is worse for issuing one million IC. It did not permanently silenced the opposition but after their lame rebuttals, it was sufficient to stop further attack on Dr Mahathir.
In Sabah, Dato Yong Teck Lee's SAPP are going on a "Sabah for Sabahan" mode like Dr Jeffrey Kitingan's STAR are making a big issue of the RCI finsings despite revealed information to dispell allegations of BN rigging the electoral roll with new citizens to win over Sabah from PBS in 1994.
The crux of the allegations should be directed at corrupt National Registration Department officials that was held under Internal Security Act (ISA). PBS did not lost from the alleged electoral roll change but PBS state assemblymen frogging over to Barisan Nasional as orchestrated by master frogger, Dato Seri Anwar Ibrahim.
RCI is due to be reconvene on Wednesday, February 27th. Will Teck Lee still be playing the RCI issue after this posting? This blogger received an e-mail from his Sabah source that was closely following the RCI in Sabah. It contains some revealing information that was presented to the RCI. Surprisingly, it was not played up by the mainstream media in Sabah.
It only strengthen the suspicion [read past posting here] that Sabah media are not being professional in their reporting of the RCI and are trying to hold back information. One wonder who owns and work for the newspapers and radios in Sabah. The information was a submission from the Ministry of Domestic Affair contains statistics of issued ICs for Sabah and number of according to country of origin and ethnicity from 1963-2012.
The first Table 1 below is the number of issued ICs, those still living and those died:
The figure for 1964 to 2012 shows the total issued blue ICs are 66,682 in which 59,726 are still living and not reported to have died.
This differs vastly to previous claims of 73,000 to 200,000 of blue ICs issued in the tumultous years prior to and after 1994, the year PBS was ousted. Not to mention is the claim by a University Professor that Sabah population increased drastically at a certain years.
So does the mytical numbers been bandied around for real?
The second table provides information on the number of issued ICs in accordance to place of origin:
In this figure, it shows that the highest number of ICs are issue to immigrants who are based from Malaysia at 38,214. This are likely those immigrants already residing in Malaysia and most likely are stateless but was not issued ICs. One could assume that the majority are Filipinos from Southern Phillipines. There is probably Chinese and other ethnics.
The highest other country of origin other than from within Malaysia are China at 13,556. This excludes those from Hong Kong at 1,981. Read more anotherbrickinwall-project-ic-for-chinese.
Murid murid, hari ini cikgu nak ajar pasal "GAZET"
"Kalau sempadan negeri , atau mana mana enakmen dan akta belum digazet maka ia tidak boleh dijadikan AFIDAVIT (bahan bukti) bagi menuntut sesuatu HAK ke mahkamah."
Boleh Cacai PAS, mahupun pimpinan tertinggi PAS bagitahu aku dimana perkataan tersebunyi yang berbunyi HUDUD dalam Manifestolol di atas? Dengar kata ramai terlibat dalam menghasilkan ManiFEStolol ni. Antaranya termasuk pimpinan ULARMAK PAS yang dah semakin selesa dengan telunjuk anwar dan DAP. Maka hasilnya adalah yang dibuang. Maklumla Negara BERKEBAJIKAN, BUKAN NEGARA ISLAM LAGI... ISLAM Dibuang, Makan PAS pun sepaptutnya malu dengan menggelakkan mereka sebagai Parti Islam, patut ditukar sebagai Parti KEBAJIKAN se-Malaysia. Renung-renungkan...
BR1M gula-gula. Hampas bagi ayam dan lembu makan dan sebagainya. Namun hari ini apa pula? Manifesto PRU yang jangka akan dipetik sebagai bukan janji ini disebarkan. Antara yang sangat menarik perhatian aku adalah kandungan yang berbunyi, kerajaan PAKATAN akan sumbang caruman sebanyak RM50 sebulan bagi setiap isteri yang layak, manakala suami akan sumbang caruman sehingga RM100 sebulan.
Adakah terlaksana sudah? atau sekadar omongan kosong?
ADUN Bukit Lada, Kedah, Ostad Ahmad Izzat bagi karom tew.....
Cikgu Johari menyerahkan papan karom kepada ketua pemuda Pas Caw.Charok Bakap sambil diperhatikan Ust.Hilmi Wahab, Ketua Penerangan Pas Kaw.Baling
PERGH... BR1M punya hal banyak perumpamaan keluar dari Tuan guru NikAziz, kalu bagi Karom kira apa plak? Jajan untuk orang muda leka main? Bukankah ini juga terkandung dalam rasuah? Pemberian yang pastinya untuk membeli hati pengundi. Namun ini jer yang mampu sebab tabung ceramah PAS habis buat beli lori 40 tan. hehe..
Banyak tew tabung Ceramah PAS, Takkan bagi KArom jer...
Pembangkang sebentar tadi melancarkan manifesto pakatan itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertema Pakatan Harapan Rakyat. Manifesto kali ini menjanjikan pelbagai kemudahan percuma sehingga pengangkutan awam pun dikatakan percuma. Tetapi sayang semuanya bukan janji sebab itu hanyalah wayang kulit pakatan pembangkang untuk menggula-gulakan rakyat dengan air liur mereka.
P Balasubramaniam berkata kepulangannya ke tanahair adalah kerana mahu bersama-sama rakyat Malaysia lakukan perubahan untuk menukar kerajaan yang dianggapnya sebagai korup pada Pilihanraya 2013 yang dijangka tidak lama lagi.
Balasubramaniam dikatakan merupakan salah seorang saksi dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantunyaa Shaariibuu pada 2008 dan mencetus kontroversi selepas menukar Pengakuan Bersumpah (SD) sehari selepas membuat pengakuan yang pertama dan LARI KE INDIA.
HAHAHA.. Talian Hayat Pakatan Rakyat sudah sampai. Lamanya kesni berlarutan. Hari ini, sempena menghadapi pilihanraya umum ke 13, Bala dilihat sebagai orang yang paling berkredibiliti bagi bersama lori 40 tan pakatan rakyat yang dilancarkan masing-masing oleh DAP, PKR dan PAS. (satu parti satu lori lengkap pentas fitnah). Kosnya disini.
Tindakan ini dilihat tindakan terdesak Anwar dan dijangkakan akan ada lagi beberapa talian lain akan menyusul dalam waktu terdekat ini bagi mengukuhkan dakwaan Perdana Menteri Terlibat dengan pembunuhan Altantuya.
Peliknya kenapa perlu lari sebelum ini? Kenapa pulang seperti sudah mendapat UMPAN yang sangat besar. Berapa BangNon bayar? Ke dah tak syok duk India? Nak kerakyatan India ke? Pulang terus ulas pasal Rasuah, kurap sana sini, mana dia bukti PM terlibat? ERrr.... Nak tutup Isu BangNon terlibat dengan isu Lahad Datu ker? keh keh keh..
AlKisah Kecohla PRU nanti... BangNon bawa pulang pelarian India...haha..
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ustaz Fawwaz merupakan Anakanda Allahyarham Tuan Guru Dato Fadzil Noor (Presiden PAS ke 6 : 1989 - 2002 :sebelum Arwah Ustaz Fadzil digantikan oleh Hadi Awang sekarang).
Nasib yang bakal diterima oleh Ustaz Fawwaz akan bersamaan dengan nasib yang pernah dilalui oleh beberapa orang tokoh PAS yang dahulunya disanjung tinggi, akhirnya kini dihina dan dicerca oleh orang-orang PAS segenap lapisan tak kira dari pemimpin atasa PAS sehinggalah pencacai penjilat tahi ayam panu dalam hirarki ahlil PAS. Umpamanya yang terkini, nasib yang telah dilalui oleh Dato Dr.Hassan Ali(Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor!)dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Bekas Timb.Presiden PAS Malaysia!).
Hanya kerana menyebut mengenai PERPADUAN UMNO + PAS.
Nasib badan la Ustaz Fawwaz ! Bak kata P.Ramlee dalam filem 3 Abdul, "Aik ! Sebut Hospital saja , semua harta kena potong !?"...
Dalam bab Ustaz ni, Ustaz sebut PERPADUAN UMNO + PAS saja , maka taraf kehormatan seorang anak bekas Presiden PAS sudah jadi sama taraf dengan sampah masyarakat !?? .... Sungguh kejam puak-puak PAS melayan sesiapa yang ingin bersatu padu dengan ummat Islam sebangsa serumpun setanahair , kan !? ...
Ini Petikan Pasal Ustaz di Malaysiakini
Ini pula antara komen-komen pembaca artikel tersebut di Malaysiakini, siap ada yang kata seolah-olah Ustaz DAPAT HABUAN kot!? Puiiiii !!
Pada puak PAS, tak kiralah sama ada kau tu anak bekas Presiden PAS ke, anak Presiden PAS sekarang ke, anak orang yang menubuhkan PAS ke, anak sapa-sapa pun, kalau sebut saja pasal Kerajaan Perpaduan (UG) UMNO + PAS , sebut saja pasal BERSATU UMNO + PAS , MAKA ANDA MENEMPAH PENGHINAAN YANG SECUKUP-CUKUPNYA OLEH PUAK-PUAK PAS ! ...
Mereka lebih selesa bersatu tubuh dengan DAP & PKR yang menyamaratakan kaum & agama tu ! SAYA & RAKAN-RAKAN UMNO AMAT SIMPATI KEPADA USTAZ !
Saja ja AloQStaQ nak ajak kawan2 layan video BR1M = HAIWAN seperti yang Nik Aziz UMPAMAKAN kepada para penerima tuuu ...
Layan video yang kawan kita bikin ni sampai habis, barulah kita sedar, Nik Aziz tujukan HAIWAN tu kepada puaknya sendiri rupanya! ... Tapi, mungkin sebab malu nak sebut puaknya macam HAIWAN, maka disebutlah penerima BR1M itu UMPAMA HAIWAN Ayam Itik Lembu ... Apapun, UMNO jugak yang kena .... Nyanyok dah orang tua ni !
(Sila klik 2x utk besarkan saiz full screen video untuk paparan lebih jelas)
The opposition pact has come out with its manifesto that promises the stars and the moon…yes…again, just like the pact did in 2008 general election and no even one has yet to be fulfilled. This time the manifesto is more refined and detailed that can obviously attract those who do not know basic economy or basic calculation on salary versus cost of living. And of course, this can attract those who forgot the opposition pact has yet to fulfill any of their pledges that attracted them to vote for the pact in 2008. So BEWARE of the repeat of the make-believe stories, with new actors and presentation but same story lines and same directors. So what is new in the manifesto? Even pledges of free water for Selangor's poor are not fulfilled, what more about allowances for single mothers, students and so on. This time, they came out with attractive offers like reduce prices of cars, higher ceiling for taxable income, drop in fuel prices, electricity tariffs and many more. Beautiful and attractive…like a well-designed package that looks beautiful on the outside, attractive to look at and beautiful to be exhibited in a nice glass show case. But do not open and see the content inside…it is full of 'bullshits' and smells bad, very bad that last for years, like the ones now experienced by voters duped by the 2008 manifesto. The point here is that what the opposition pact is offering is similar to the ones in 2008 except laced with some improvements and beautified, presented by young enterprising and ambitious men with of course, strings of degrees to lend credit. Pushed up to be the main actors and attraction of the 'repeat movies', the opposition pact continues to 'cloud and cheat' the voters, this time the target is the 3 million plus young voters who are said to be on the fence, first time voting. Looking at the manifesto unveiled, it cannot be denied the pact aims for this group of voters and the ones above that already know who are the people in the pact, what are the lies and cheats they have done and how they manipulate with words. But then again the young voters are also wise and mature in political sense as they know who cheat and lies and who delivers and who does not. Young voters are not easily swayed by 'repeats or replays' because they seek new adventure, they memorized and understand the play and story lines and they know what comes next. Not fools to be taken lightly, young voters wanted to be treated as equals to the existing voters and they do not like to be taken for granted as they know they are the future leaders, if not the future citizens that can contribute tremendously to the future growth of a nation.
TANJUNG LABIAN (LAHAD DATU): As the stand-off between Malaysian security forces and an armed Sulu group here enters its third week, expectations are rising for an end to the drama within the next 72 hours. Malaysian forces are holding their ground less then 500m away from the Tanduo village where the group has been holed up since Feb 9. A Philippines ship is expected about noon Monday to help evacuate the civilians and five women in the group of about 180, seen as a sign that group leader Azzimudie Kiram is prepared to leave the village. According to the Philippines' Department of Foreign Affairs, the vessel which arrived in Bongao, Tawi-Tawi before midnight Sunday, will stand by off Lahad Datu as Malaysian authorities negotiate through emissaries and Manila holds talks with the family of Sultan Jamalul Kiram. Manila officials have stated that they were using Esmail, a brother of Jamalul, to convince the group to return home. The Sulu group, with about 30 gunmen reported to be in its ranks, has also run out of food supplies in Tanduo village because of a total blockade enforced on land and sea. There were also reports of dissent in the group, with several of Azimmudie's followers wanting to return to southern Philippines.
tunku : we hope it will end very soon peacefully without having to use force.
Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has described those who accept the 1Malaysia People's Aid (BR1M) cash aid as stupid. He said the cash aid would never do the people any good because it is a tool for BN to fish for vote in the coming general election. "The cash aid is a stupid idea and the people who accept is are just as stupid," he said at the Chinese New Year gathering, organised by Non-Muslim Pas Supporters Congress (DHPP), at Jalan Putra tonight. Some 200 people attended the gathering. Present was Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Abdul hadi's comment on BR1M was echoing the sentiment expressed by Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who had likened the recipients of the BR1M to "chicken and cows" recently.
tunku : first nik aziz and now hadi......do they know that there are thousands of their supporters receieved BR1M ???? what a moron.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini adalah ceramah Nik Aziz sekembalinya dari mengerjakan Umrah. Beliau memulakan ceramah politiknya dengan perkataan Hidayat. Ada wang berjuta tetapi tidak mendapat hidayat maka tempatnya ialah neraka, berpangkat tinggi tetapi tanpa hidayat tempatnya neraka, mempunyai pengaruh terhadap umat tetapi tanpa hidayat, tempatnya juga neraka. Oleh itu bila kita bersembahyang kita sentiasa meminta hidayat.
Nik Aziz menyebut bahawa Baitullah ditentukan oleh Allah, ia merupakan pusat bumi yang mula terjadinya daratan. Baitulah tempat menyatupadukan umat bukan 1Malaysia seperti yang dibuat oleh Najib.
Nabi Muhamada adalah politikus yang paling bersih di atas muka bumi, kaum Quraisy pun tahu bahawa Nabi Muhammad sentisa bercakap benar dan tidak pernah menipu tetapi mereka tetap menentangnya. Nik Aziz juga menyamakan bahawa orang Melayu hari ini juga menentang dan menolak Islam dan mengambil kebangsaan sama seperti kaum Quraisy.
Umno tolak Islam dan ambil kebangsaan, perangai ini sama selagi ada setan akan ada malaikat, ada malaikat ada setan, selagi ada Pas akan ada Umno. Umno macam setan setiasa menolak Islam Pas.
Mekah ada bermacam-macam bangsa dan tempat penyatuan umat Islam berbagai bangsa, jadi apabila ada orang menyatakan Islam ( PAS) tidak boleh menyatukan umat manusia ia adalah mengarut. Islam (PAS) mampu menyatukan umat bukannya 1Malaysia.
Kalau kita ke masjid kita bersatu di bawah satu imam. kita tunaikan apa yang kita minta didalam sembahyang kita, mencari rahmat bukan neraka.
Pas dari dahulu lagi nak menyatukan umat Islam tetapi ditolak oleh Umno, kita nak buat serupa seperti masjid tetapi Umno tolak kita. Kita nak guna lambang bulan dan bintang tetapi Umno haramkan.
Islam (PAS) satukan dunia dan akhirat, bukan 1 Malaysia
Islam (PAS) satukan langit dengan bumi.
Orang tolak Islam ( UMNO) tolak Islam dan ambil kebangsaan akan berjumpa dengan kera besar di akhirat kelak. mereka tak jumpa jawapan diakhirat seperti mana yang kita jumpa.
Oleh itu kita yang hidup dimuka bumi kena berlatih bagaimana nak menjawab soalan nungkar nangkir diakhirat.
Mengundi bukan sekadar untuk membentuk kerajaan tetapi untuk alih kerajaan kebangsaan kepada kerajaan Islam. Dunia ini sudah lama ada kerajaan, sejak zaman dinasor, zaman batu, zaman pra sudah ada kerajaan. Zaman nabi pun ada kerajaan walaupun tak mengundi. Ingat kita mengundi bukan sekadar untuk bentuk kerajaan tetapi untuk ambil alih kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.
Aqidah kita kena cara Islam, ibadah kita kena cara Islam, muamalat kita kena buat cara Islam, kewangan kita kena buat cara Islam.
Oleh itu kita kena guna akal, cakap kena lembut, kena guna ayat Psikologi. cakap jangan kasar, jika bercakap kasar nanti orang lari.
Nik Aziz menegaskan bahawa akhir zaman ini tidak ada parti yang selamat di dunia dan akhirat selain daripada parti yang berasaskan Islam iaitu PAS. Kalau Umno nak bersatu dengan Islam , Umno kena buang kebangsaan dan ambil Islam. Bukan dengan menawarkan tiga atau empat jawatan menteri.
Pas memberi ilmu kepada pengikutnya, ilmu dunia dan ilmu akhirat, oleh itu Islam ( Pas) tidak boleh bagi duit sepuluh atau dua puluh rial kepada orang, seperti memberi dedak kepada ayam itik.tak boleh bagi rumput kepada lembu kerbau. Pas bagi ilmu. Pas ialah parti yang sentiasa bercakap benar. Bagi wang supuluh, dua puluh ringgit bukan cara Islam. Kita seperti nabi yang miskin, beliau bagi ilmu dunia akhirat bukan wang ringgit.
Oleh itu ada dua perkara yang pengikut Islam kena ikuti, pertamanya ialah taat kepada Islam ( PAS) , kedua ialah tolak kebangsaan, tolak demokrasi, tolak segala-galanya.
Umat kena taat kepada Islam (PAS). Ada tangan kena pangkah Islam, ada kaki kena berjalan ke jalan Islam ( PAS) , ada telinga kena dengar cakap Islam (PAS). Ada fikiran kena berfikir cara Islam (PAS).
Itulah sebahagian inti parti ucapan Nik Aziz...baca dan fikir sendiri lah betapa fasik dan munafiknya beliau memutarkan belitkan kebenaran dan ayat quran.
Patutlah Nik Aziz menyokong demo bershit 3.0 dan mahukan kerajaan tumbang seperti mana yang berlaku di Mesir dan beberapa negara lain, rupa-rupanya Nik Aziz menolak demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.
Perkara lain ialah Nik Aziz ingin membentuk sebuah kerajaan Islam yang tidak sekular , persoalannya mahukah DAP dan PKR menyokong cita-cita Nik Aziz untuk mewujudkan kerajaan Islam sedangkan isu kalimah Allah pun Pas gagal mempertahankan.
Bagaimana nak melaksanakan hudud sedangkan tidak terdapat dalam buku jingga dan ditolak mentah-mentah oleh Dap dan Pkr.
Jika dahulu Nik Aziz mengkafirkan Umno kerana berkawan dengan MCA dan MIC , hari ini Pas sendiri berkawan dengan kafir harbi DAP dan parti sekular LGBT milik Anwar Sdn Bhd. Bagaimana Pas nak menubuhkan negara Islam jika tidak mendapat majoriti 2/3 dalam parlimen. Jika Pas, Pkr dan Dap menang dalam PRU 13, Pas tidak akan mendapat sokongan padu daripada sekutunya.
Hari ini Pas bersekutu dengan DAP dan PKR, Nik Aziz faham kah maksud dan isu perjuangan mereka, Islamkah mereka?
DAP bermaksud democratic action party, dan PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat...Apakah asas perjuangan kedua-dua parti ini yang disokong sangat oleh Islam Pas?
Oleh itu Pas boleh lah dikatakan Parti syok sendiri.
Ketua Cabang PKR Pagoh Cikgu Saadun Penipu..ambil wang BR1M... Isterinya seorang guru di SK Paya Redang Pagoh...dengan Gred DG32 dengan gaji melebihi RM4000.00 dan beliau pula Pencen Guru..cuba kira berapa Pendapatan mereka...Sedang untuk layak menerima BR1M mereka yang berpendapatan sekeluarga kurang dari RM3000.00 sahaja.Ini bakal pemimpin negara?
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Noh Omar bersama kira-kira 700 orang anak-anak muda Tg Karang, yang terima bantuan BR1M
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dibidas kerana didakwa cuba menghalang rancangan pembinaan kampus Universiti Perdana di Serdang.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya telah dimaklumkan kerajaan negeri masih enggan meluluskan syarat tukar tanah yang menyebabkan kampus universiti perubatan yang melibatkan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat itu tidak dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan sehingga kini.
Tegasnya, pembinaan kampus Universiti Perdana sepatutnya siap tahun ini selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 September 2011 di atas tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang yang dijual kepada universiti tersebut sebelum ini.
Malah katanya, penjualan tanah dan pembinaan kampus Universiti Perdana itu telah pun diluluskan oleh Kabinet selaras dengan usaha Kerajaan Pusat menyedia serta membangunkan peluang pendidikan tinggi kepada rakyat negara ini terutamanya dalam bidang perubatan.
"Namun, saya dimaklumkan kerajaan negeri tidak meluluskan penukaran syarat tanah tersebut daripada status pertanian kepada bangunan menyebabkan kampus Universiti Perdana tidak dapat dibina. Malah, saya difahamkan permohonan penukaran status tanah itu juga ditolak oleh kerajaan negeri.
"Jika soal pendidikan pun kerajaan negeri mahu politikkan, bagaimana dengan nasib rakyat, sudah pastinya rakyat Selangor mahu pun di negara ini akan rugi dari segi mendapatkan peluang pendidikan tinggi," katanya.
Tambah Noh Omar, beliau difahamkan para pelajar Universiti Perdana telah pun memulakan pengajian mereka di fakulti sementara yang disewa di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) juga di Serdang.
Sudah empat kali Pakatan Rakyat melancarkan manifesto mereka, yang terkini berjudul "Pakatan Harapan Rakyat" - namun apa yang cuba saya cari, tidak ketemu. Tiada agenda Islam yang jelas dalam polisi dan manifesto PR. Setidak-tidaknya, rakyat mengharapkan asas perjuangan PAS bagi melaksanakan Hukum Hudud termaktub juga dalam hala tuju PR, atau sekurang-kurangnya atas nama menghormati para pengundi PAS yang selama ini berhempas pulas memberi undi demi perjuangan parti itu- mampu dibalas dengan adil dengan meletakkan perundangan Islam sebagai asas keadilan nasional dan holistik di negara ini. Namun demikian, malang - semua asas perjuangan PAS tidak dapat dimasukkan di dalam mana-mana manifesto PR, apatah lagi mengimpikannya untuk diangkat sebagai polisi atau dasar negara. Yang jelas sekularisme dan pluralisme masih tetap kekal utuh mendominasi dasar politik PR. Soalnya berbaloikah "Tahalul Siyasi" PAS ini? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam. Baca di sini...
Muslihat PR untuk membela nasib rakyat Sabah - adalah bohong. Terdapat agenda jauh lebih keji dan jijik mereka terhadap bumi Sabah. Baca kisah di sini.
1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.
2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
3. Kementerian telah pamirkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.
4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun dari anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.
Nota : banyak akaun twitter menggunakan nama Tun Mahathir tetapi bukan milik beliau berdasarkan kandungan dan latar belakang profile. Harap pihak Kelab Che Det dapat membuat sesuatu untuk membuang profile palsu tersebut.
Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga 18 Februari 2013. Untuk makluman,kami kini hanya menyenaraikan 100 Blog terbaik sahaja. Harap maklum.
1. Perkara ini sudah lama dibangkitkan oleh blogger tertentu sejak 2010 sebelum BTN mendapat KP baru bernama Raja Arif Raja Ali menggantikan Dato' Shagul Hamid bin Abdullah. Raja Arif (kini Datuk) bertugas mulai 1.3.2011.
2. Serangan Blog tertentu yang ranking blog beliau tangga lebih 100 mengikut analisa portal Suara Generasi Baru yang lalu, naik sedikit kerana isu BTN ke tangga 50 - 60 terbaik ranking 18 Feb 2012 yang lalu, telah disambut beberapa blog lain yang tidak manis dan tidak sesuai disebut nama mereka kerana tidak mahu perkara ini mengeruhkan situasi menjelang PRU 13.
3. Terkini Jumaat lalu ada sebuah blog terkenal yang pernah bersama di Blogger Pembela Negara juga menyambut serangan Blogger tertentu yang disiarkan jam 10 malam. Mungkin sekadar ambil hati kerana kawan.
4. Blog yang menyerang BTN boleh dikira dengan jari dan mereka ini juga telah mendedahkan banyak perkara yang pastinya ia tidak menguntungkan Barisan Nasional. Termasuk perkara yang tidak wajar disebut oleh sebuah blog yang katanya pejuang UMNO sejati. Berkenaan perkara yang jelas merupakan RAHSIA dan membahayakan Kerajaan & parti Barisan Nasional. Perbuatan ini tidak wajar dan layak digelar pengkhianat UMNO bukan pejuangnya.
5. Semasa perhimpunan Agung yang lalu Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak khabarnya ada meminta jangan diserang Agensi Kerajaan. Apakah pesanan ini tidak dihayati oleh blog pejuang UMNO tersebut ?
6. Panglima juga sudah menerima panggilan dari blogger yang dimaksudkan yang disebut blogger guna kepala lutut dalam artikel sebelum ini yang begitu marah dengan ulasan sinis dalam tulisan tersebut. Jika beliau marah lagi, apakan daya kerana kebenaran perlu dipertahan dan kebatilan mesti dimusnahkan.
7. Demi Allah pihak saya tidak mahu mengganggu serangan ini (jika benar antara blogger tersebut tidak puas hati dengan KP BTN ) namun tidak akan membiarkan ia mempengaruhi blogger lain yang tidak tahu dengan tepat kisah sebenar di dalam 'kain' Biro Tatanegara sehingga mencemar nama baik sebuah agensi yang banyak berjasa tanamkan cinta Negara kepada rakyat Malaysia.
8. Alhamdulillah banyak info sudah dijelas kepada panglima oleh pihak terlibat khususnya dari BTN dan juga panglima turut bertanya kepada pihak blogger utama yang menyerang BTN yang juga berasal dari Kelantan serta Ketua Pengarah BTN sendiri. Jasa baik kawan-kawan BTN diucapkan terima kasih.
9. Kedua belah pihak sudah ditanya oleh panglima dan dicari jawapan atas apa yang dibangkitkan. Termasuk isu penceramah ABIM yang tidak dihuraikan dengan lengkap bahawa ABIM terbahagi kepada pro UMNO pro PAS dan pro PKR...Pendekatan ABIM menolak Anwar Ibrahim oleh Presiden Abim ke-6 bernama Dr Yusry anda dapat baca di sini http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/08/hudud-anwar-mula-arahkan-anjing-anjing.html
Kesimpulan mudah, banyak salah faham berlaku selain isu pertukaran pegawai yang turut diulas blogger yang mengkritik BTN pada hari Jumaat yang lalu. Jawapan ringkas boleh diberi di sini ialah BTN telah mempelawa beliau bertukar ke tempat lebih dekat di Ulu Sepri namun ditolak.
10. Selain itu tidak ada program BTN yang terjejas kerana pertukaran ini kerana semua pegawai BTN mampu meneruskan projek yang telah dimulakan tanpa sebarang masalah. Hakikat ini ditanya sendiri kepada pegawai yang terlibat di dalam pertukaran semasa pulang dari program BTN Jumaat yang lalu bersama Tun Mahathir di Yayasan Al Bukhari yang mengakui tidak ada perkara yang terjejas menjelang PRU 13 akibat pertukaran ini. Pertukaran ini melibatkan Pengetua Kem ke Ibu Pejabat dan pegawai ke Kem-kem adalah perkara ke arah mendinamikkan Agensi ini bukan sebaliknya seperti tuduhan liar pihak tersebut. Banyak program tidak terencat walaupun ada pegawai telah bertukar kerana semua pegawai adalah hebat dan profesional dan tahu membuat apa yang patut untuk membantu Perdana Menteri menjelaskan isu terkini kepada rakyat.
11. Jika perlu panglima boleh bersumpah atas nama Allah kebenaran kenyataan beliau yang disampaikan kepada panglima semasa perjalanan pulang dari program tersebut. Harap kawan-kawan tidak menimbulkan lagi persoalan tentan BTN dan semoga jasa baik kawan-kawan dapat membantu ke arah mencapai kemenangan besar BN di dalam PRU 13 akan datang.
Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu.....Bersatu teguh bercerai roboh !!!
Gambar PM bersama Prof Wan Mohd Noor dan KP BTN bersama KP JASA. Prof Wan Mohd Noor adalah tokoh akademik yang banyak menulis membantu Gagasan 1Malaysia YAB Perdana Menteri yang turut diserang dalam tulisan blogger tertentu di atas.
Gambar di atas dirakam semasa perasmian buku di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya pada 19 Sept 2012 yang dimuatnaik di laman web BTN seperti link di sini http://www.btn.gov.my/v2/.
Lahad Datu: Filipina Hantar Kapal Bawa Pulang Kumpulan Penceroboh
KUALA LUMPUR: Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.
Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam Ahad.
Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila, Sabtu.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".
"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.
Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Feb, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - BERNAMA
KETIKA ditanya bagaimana perasaan menjadi anak kepada pemimpin terkenal yang juga bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, AHMAD FAUWAZ FADZIL menundukkan kepala seketika dan kemudian menjawab," Memang bukan senang memikul tanggungjawab menjadi anak kepada pemimpin seperti beliau. "Ada yang meminta untuk aktif dalam parti tetapi saya lebih senang bersifat berada di tengah-tengah. "Allahyarham begitu disenangi bukan sahaja oleh kawan tetapi lawan," ujar beliau. Anak muda berusia 32 tahun lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas. Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Ahmad Fauwaz jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri. Beliau begitu bersemangat membicarakan tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tanpa ragu juga beliau melontarkan saranan tentang had usia 65 tahun untuk pemimpin berkhidmat selain menggalakkan dialog serta perpaduan di kalangan umat Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik. Beliau turut mengulas beberapa isu panas yang berlegar sekitar umat Islam antaranya isu kalimah Allah, negara Islam dan kematangan berpolitik di kalangan masyarakat negara ini.
MINGGUAN: Boleh saudara beri pandangan tentang kedudukan perpaduan masyarakat Malaysia sekarang yang semakin terhimpit dengan agenda politik?
FAUWAZ: Kita memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu terhimpit dengan agenda kosong. Masyarakat perlu lebih terdidik dan mampu menerima dan melahirkan pandangan serta kritikan. Mereka juga perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang kita dapat jika melakukan demonstrasi berulang kali? Jika sekali dua kita boleh terimalah. Jadi penyelesaian terbaik adalah membuka pintu untuk dialog. Kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan kita. Oleh itu barulah kita dapat menjalankan kerjasama yang lebih baik kerana kita lebih jelas tentang kebaikan dan kesilapan kita. Kita boleh lihat dalam kalangan Yahudi mereka bersatu dalam banyak aspek. Malah kita lihat Jerman Barat dan Jerman Timur yang satu ketika bertelingkah sesama mereka kemudiannya bersatu meninggalkan di belakang perseteruan dan kini menjadi sebuah negara yang hebat kedudukannya. Apa yang kita boleh lihat adalah walaupun wujud pertelingkahan antara mereka namun untuk kebaikan ekonomi dan negara, mereka bersatu.
Kita lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan semuanya akibat pengkhianatan dari dalam. Oleh itu jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan. Tetapi apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan. Kita perlu melihat perpaduan ini sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya' atau mungkin lebih baik dan jelas, Pas adalah sebahagian daripada UMNO dan UMNO pula adalah sebahagian daripada Pas. Memang ada yang menolak daripada menerima kenyataan ini dan mengasingkan diri sebagai orang parti itu dan ini. Tapi hakikatnya kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama jadi kenapa perlu kita bertelagah? Memang kita boleh berbeza pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk semua. Janganlah terlalu mudah dalam menjatuh hukum kerana ia hanya memburukkan keadaan.
Lihat juga video beliau di bawah ini yang jelas menempelak sesetengah golongan di dalam PAS yang kini sudah tidak lagi mengikut perjuangan asal PAS yang dibawa oleh ayahanda beliau.
Fawwaz kawan kepada kawan panglima semasa di Mesir dan beliau ternyata terbuka seperti juga anak seorang bekas Adun PAS yang juga bersama Kelab Umno Mesir walau keturunan Ulama terkenal Kelantan satu ketika dulu. Lebih menarik Fawwaz menyokong idea wasatiyyah yang dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam kupasan beliau dalam video tersebut. Termasuk mengiktiraf bahawa orang beriman sahaja akan diberi pertolongan oleh Allah Taala. Dan perlu bersama orang beriman sahaja dalam perjuangan.
KANGAR 24 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap menaruh keyakinan tinggi untuk mengambil pendekatan secara rundingan dengan kumpulan penceroboh yang menggelar diri sebagai Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana langkah tersebut mampu menyelesaikan konflik itu dengan baik tanpa menimbulkan masalah yang lebih besar.
Bagaimanapun, kata beliau, PDRM sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan demi menjaga keamanan negara.
"Keadaan di Lahad Datu tetap terkawal, anggota kita (PDRM) sentiasa mengawal di sana," kata beliau kepada pemberita selepas Pelancaran Program Kesukarelawan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Penanaman Pokok di Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda di sini hari ini.
Mustapa Mohamed menurunkan tandatangan pada plak perasmian pejabat baharu Amanah Saham Nasional Berhad cawangan Pasir Puteh, Kelantan semalam. Turut hadir Ahmad Sarji Abdul Hamid (tengah) dan Hamad Kama Piah Che Othman. - MINGGUAN/IRWAN MAJID
PASIR PUTEH 23 Feb. - Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini menguruskan 162.879 bilion unit saham yang dimiliki 11.3 juta pemegang akaun dengan mendapat pengiktirafan badan ekonomi dunia termasuk European Business Assembly.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, lonjakan pelaburan dalam pelbagai unit amanah yang ditawarkan, membantu peningkatan pemegang akaun secara purata sebanyak 311,000 orang setahun.
Menurutnya, rakyat tertarik dengan PNB apabila pelaburan mereka di dalam unit-unit saham adalah selamat dan terjamin.
Beliau berkata, ini termasuk unit saham yang harganya tidak berubah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Didik (ASD) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan nilai tara yang sentiasa tetap pada kadar RM1 seunit serta keuntungan yang kompetitif.
"Rakyat di peringkat akar umbi merasa mudah untuk melabur dengan pelaburan minimum permulaan adalah serendah RM10 bagi Amanah Saham Nasional (ASN) dan ASB atau RM100 bagi unit-unit saham yang lain," katanya.
Beliau berucap pada majlis perasmian pejabat ASNB Pasir Puteh, dekat sini yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Yang turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengarah Eksekutif ASNB, Datuk Idris Kechot.
Ahmad Sarji berkata, PNB juga adalah institusi pelaburan tunggal di dunia yang membenarkan pelaburan terbuka kepada anak-anak seawal usia enam bulan bagi kesemua unit saham kecuali ASN2 dan ASN3 Imbang.
"Jumlah aset yang diuruskan PNB kini bernilai lebih RM225 bilion di samping memiliki pegangan saham dalam lebih 200 buah syarikat yang mempunyai rangkaian meluas di rantau Asia Tenggara termasuk sebuah syarikat multinasional yang terlibat dalam sektor peladangan, hartanah, permotoran, peralatan industri, tenaga dan utiliti di 20 negara," katanya.
Di luar negara katanya, PNB memiliki bangunan perniagaan di London dan Brisbane, Australia dengan nilai harta keseluruhan sebanyak RM4.88 bilion.
Beliau berkata, pelaburan rakyat Kelantan kini berjumlah 6.8 bilion unit dan berada di kedudukan kesembilan di antara negeri di Malaysia membabitkan 660,547 pemegang saham.
PULAU PINANG 23 Feb. - Sudah tiba masanya orang Islam di negara ini berjihad bagi mempertahankan kalimah Allah daripada membenarkannya digunakan bagi tujuan syirik.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menegaskan, sudah jelas di dalam al-Quran, kitab tafsir dan fiqah bahawa kalimah itu tidak boleh digunakan untuk selain daripada Allah.
Jelasnya, perkataan Allah itu sendiri adalah diambil daripada bahasa Arab asli dan merujuk kepada zat-zat tertentu.
"Allah sendiri dalam al-Quran telah menegaskan menamakan diri-Nya sebagai Allah dengan merujuk kepada zat-zatnya tertentu dan tidak boleh diguna pakai untuk yang selain daripada-Nya.
"Malah ia turut disokong oleh ulama-ulama tafsir bahawa tidak boleh menyekutukan nama Allah dengan sesuatu yang lain selain dari Allah.
"Oleh itu adalah wajib untuk orang Islam tidak kira sama ada muslim dan muslimat UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau yang berada di atas pagar untuk mempertahankan kalimah ini agar ia tidak digunakan untuk tujuan syirik," katanya ketika berceramah di Gerak Himpun Keranamu Kalimah Allah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, dekat sini malam tadi.
Ceramah yang dihadiri oleh kira-kira 200 penduduk setempat itu bertujuan menjelaskan mengenai pengunaan kalimah Allah menerusi al-Quran dan terjemahan oleh ulama tafsir dan kitab-kitab fiqah.
Beliau dalam pada itu menambah, umat Islam di negara ini perlu sepakat dalam mempertahankan kalimah berkenaan kerana ia melibatkan soal akidah dan kesucian Islam.
"Jadi isu kalimah Allah ini sudah menjadi perkara fardu ain dan kita perlu berjihad untuk mempertahankannya.
"Namun bukanlah jihad dengan mengangkat senjata atau memikul pedang. Kita jihad dalam pilihan raya umum akan datang, kita tolak sesiapa sahaja yang bersekongkol untuk membenarkan kalimah Allah ini diguna untuk tujuan syirik," jelasnya.
Selain itu, beliau juga menyeru semua umat Islam agar mengundi Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin kalimah Allah dan kesucian Islam terus terbela.
"Kita hendak tunggu apa lagi? Pas sendiri pada mulanya menyokong dengan mengatakan kalimah Allah itu boleh digunakan oleh bukan Islam. Itu bohong dan kita masih tidak faham mengapa Pas masih sanggup untuk bersama dengan DAP.
"Jadi jangan pangkah selain dari BN kerana ia boleh membawa kepada syirik. Ini perjuangan dan kalau kita menyokong mereka yang mahu membenarkan kalimah Allah ini diguna untuk tujuan syirik, kita sama syirik," tegasnya.
Perihal novel The "I" Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah
Oleh Zaini Hassan
SEMAKIN hari semakin menarik novel perisikan bertajuk The "I" Files ini.
Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.
Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.
Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.
Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik "I".
Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya "I" itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.
Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The "I" Files atau Fail-Fail "I", ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.
Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.
Jika kita membaca The "I" Files, seolah- olah kita sedang membaca novel-novel spy atau perisikan terkenal di pasaran sekarang seperti The Thirty-Nine Steps tulisan John Buchan atau yang lain-lain.
The "I" Files juga mendedahkan penglibatan Anwar dalam pergerakan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Hassan Al- Bana di Mesir sehinggalah kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat, IIIT (disebut Triple IT). Triple IT atau International Institute of Islamic Thought dikatakan adalah alat Amerika untuk menyusup ideologi Pluralisme ke dalam masyarakat Islam global.
"I" Files ternyata sebuah novel fiksyen dan realiti yang hebat. Kita tidak dapat mensahihkan kebenarannya, namun banyak faktanya yang boleh diterima akal.
Kisah hubungan manis hingga ke pahit Anwar-Mahathir turut dikisahkan dalam novel itu.
Ia juga berkisar mengenai teori konspirasi Barat yang cuba 'menguasai' Anwar untuk dijadikan ally atau pakatan atau boneka mereka. Barat mahu melihat, akhirnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup strategik bagi Barat, terutamanya Amerika Syarikat, selepas Perang Dingin dengan Soviet Union.
Perlu diingat Perang Dingin era kini ialah AS dengan China. Malaysia mempunyai Selat Melaka yang banyak digunakan oleh China dalam mengangkut barangan dan minyak.
Di rantau ini hanya Malaysia yang belum menjadi mangsa regime changed atau ditukar regim atau dikuasai secara pakatan (ally) oleh Amerika.
Pendek kata, sesiapa yang berminat mengenai cerita-cerita spy atau perisikan boleh membaca novel online itu, secara percuma.
The "I" Files dalam video YouTube?
Namun apa yang menarik mengenai novel The "I" Files ini ialah dengan kemunculan video yang kelihatan mula disiarkan melalui YouTube bertajuk I-Files : Manusia Pelbagai Wajah.
Saya mengesan video itu (taip di YouTube: Anwar Ifiles) sudah berlegar di dalam YouTube selama empat hari lalu dan dengan yang terbaharu selama kurang daripada 24 jam. Ia sudah ditonton oleh beribu penonton.
Carian menunjukkan ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.
Sudah ada Bab 1 (http://youtu.be/WZhtn 8jv8L8) dengan tiga bahagian yang mungkin hasil olahan semula daripada buku The "I" Files tulisan Jonathan Smith itu.
Persembahannya cukup menarik seolah- oleh seperti kita sedang menonton siri CI (Crime and Investigation) di saluran Astro. Muzik latarnya juga sama seperti siri CI itu.
Kita tidak pasti siapa yang menerbitkannya, namun ia cukup menarik. Saya merasakan ia juga patut disiarkan oleh stesen- stesen televisyen tempatan.
Bab 1 I-Files : Manusia Pelbagai Wajah itu, setakat ini mewawancara seorang bekas sahabat karib Anwar, Ustaz Ismail Mina, yang bersama-sama aktif sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya dan kemudian menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda.
Ustaz Ismail kini sudah berpatah arang dengan Anwar dan bergerak dalam sebuah NGO untuk menentang 'kemungkaran akidah' yang dikatakan dilakukan oleh bekas sahabat seperjuangannya itu.
Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, daripada zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.
Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setelah mendapat rawatan di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown di AS.
Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.
Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan "Islam dan Demokrasi".
Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World", benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.
Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.
Mungkinkah video YouTube I-Files : Manusia Pelbagai Wajah juga akan terus disiarkan lagi seiring dengan bab-bab yang banyak terdapat dalam novel itu?
Saya melihat fenomena ini cukup menarik. Nampaknya jentera perang saraf PRU-13 sudah mula dilancarkan satu persatu.
Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.
Dilihat Nik Aziz@ Pok Nik begitu celupar sehingga sanggup menghina rakyat yang berpendapatan rendah yang sangat menghargai dan memerlukan bantuan tersebut setidak-tidaknya dapat meringankan perbelanjaann anak-anak bersekolah. Kita berasa amat sedih apabila Nik Aziz sanggup menganggap pemberian tersebut seperti makanan kepada haiwan peliharaan!
Bagaimana pula dengan keadaan beliau sendiri sebelum ini yang boleh menerima sedekah puluhan ribu ringgit untuk perbelanjaan beliau dan keluarga menunaikan haji? Adakah yang ini pula dipanggil haiwan liar dan ganas..!!!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Les entreprises n’ont pas besoin qu’on leur rappelle de casino en ligne bonus. J’ai commencé à faire des recherches en ligne sur les bonus casino. C’est une mauvaise façon de ramasser plus de cela. Par conséquent, il est sans regret, que je tiens à mentionner ce lié à baccarat. Je veux croire que je suis respectueux. Croire que le ou non, il pourrait y avoir une grande différence. Mon ventre ne se sent pas tellement bon pour le moment. Ce augmenté mes efforts que j’ai besoin d’équilibre. Il a casino en ligne nouvelle tendance a entraîné une hausse historique en machine a sous. Les informations que ces organismes recueillent en matière de bonus casino est significatif.
De toute évidence ce que j’ai est un matériel de lecture à casino partouche.
Voici les faits passionnants. Vous ne pouvez pas ignorer les faits indéniables liés à casino gratuit. C’est la façon de cesser d’être dérangés par rapport à ce que d’autres connaisseurs imaginer. Quand vous vous asseyez et d’imaginer à ce sujet, il ya beaucoup de disponibles casino en ligne.
C’était ma partie préférée.
Eh bien ! J’essaie de comprendre comment casino virtuel s’inscrit dans tout cela. Ce n’est à mon avis cependant. Cependant, gifler mon extrémité arrière et appelez-moi Marie ! Pour diverses raisons, j’ai pris cette décision et casino a été photographié par un groupe des filiales comme un type de casino en ligne roulette. Voici comment faire pour cesser de s’inquiéter constante casino en ligne. Il peut sembler un peu scripté, mais elle est précise.
Nous allons passer le mot au sujet de casino en ligne. Vous pourriez mettre votre oeil gamin. Comment puis-amateurs de trouver optimales guides casino online ?
Je suis un peu accro-casino francais.
Ce message a été déclenchée par les plusieurs e-mails que j’ai reçus. J’ai été invité par les enseignants pour y remédier. Je préfère ne pas verser plus de mon argent dans une casino en ligne que je ne pourrais pas utiliser très souvent. Nous avons besoin d’un concept complet. C’est un moyen d’obtenir le point à travers ce qui concerne casino en ligne rembourrage. Non, vous n’aurez probablement pas obtenir un craps bordeaux que les instituts de qualité pour un casino francais. OK, tape le chat et cracher dans le vent ! Donner à cette idée un tourbillon, le crime ne paie pas. Il ya le fait qu’il ya encore une poignée d’élèves qui ne sont pas au courant de votre reprise. Je l’aime vraiment quand les personnes effectivement passer du temps avec jouer au casino. Je ne veux pas passer sous silence ce cours. Si vous croyez qu’il ya une concurrence considérable pour casino, je dirais que vous avez raison. Venons-en aux détails. C’est comparable à l’évolution. Il est turn-off comment les citoyens n’ont pas commun face à une activité simple comme ça.
Nous devons ruminer juste quelles étaient les chances que ces observations oubliées liées à casino en ligne. La conception très basique de casino en ligne permet leur point particulier. Les voix dans ma tête me dire que vous avez une prédisposition concernant roulette en ligne paypal.
You are subscribed to email updates from Qaiyum To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kepada pembaca yang mungkin belum mengetahui kisah Tun Mahathir menyelamatkan Kerajaan PAS melalui pinjaman beratus juta, boleh baca di bawah:
1. Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan. Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan telah bersetuju bekerjasama dengan "Thames Water" sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.
2. Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.
3. Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.
4. Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.
5. Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.
Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.
Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.
6. Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika berceramah di pentas-pentas politik.
7. Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pemberian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.
Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.
8. Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.
9. Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, mereka menjawab di pentas-pentas politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata'ala sahaja.
Begitu sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti berkenaan?
10. Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003. Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.
Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.
Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.
Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.
Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).
Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.
Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat adalah zalim dan perlu ditukar.
Melayu dah kena gadai, Melayu dah kena lelonggg..... PKNS yang dahulunya berperanan mengangkat martabat ekonomi melayu kini sudah menjadi pencacai barua untuk mengkayakan pelabur pelabur cina dari Singapura demi tembolok chauvanist DAP.
Kerajaan Pakatan Negeri Selangor sedang rancak mahu melaksanakan sebuah Projek Megalomania yang terletak dikawasan penduduk melayu di Keramat dalam DUN Hulu Klang, dibawah Parlimen Gombak.
Pembangunan MEGA ini akan menyaksikan orang melayu pesekitaran situ akan dihalau seperti anjing kurap..! Merempat ditanahair sendiri kerana mahu mengkayakan kaum sepet dari Singapura dan China. Kununnya mereka adalah pelabur asing yang sangat prominen, tetapi sebenarnya inilah dia proses pengusiran kaum melayu secara sangat halus...
Yang menjadi peliknya, projek MEGA yang mahu membinan beberapa bangunan pencakar langit menelan harga berbilion ringgit, lantikan syarikat pemaju untuk projek ini sangat meragukan dan tidak mustahil berlaku penipuan dalam kerajaan negeri Selangor bersama PKNS.
Sebuah syarikat hanya dengan modal berbayar R2.00 sahaja, malah tidak pernah ada sebarang proses Audit Account telah terpilih... KLIK SINI.
PM Najib menghadiri sambutan chap goh meh di parlimen pandan semalam, kira-kira lebih 15 ribu orang hadir di majlis itu.
Dalam majlis itu, najib menerima memorandum permohonan untuk membina sekolah jenis kebangsaan cina di dun teratai, najib berkata, kerajaan pusat tidak ada masaalah meluluskan projek itu, tetapi yang menjadi masaalahnya ialah kuasa untuk memberi kelulusan tapak pembinaan sekolah di tangan kerajaan negeri, jadi untuk menyenangkan pembinaan sekolah itu, najib meminta pengundi di dun teratai memberikan kemenangan kepada BN di dun teratai dan di selangor, supaya permohonan untuk membina sekolah itu menjadi lebih mudah.
22 Februari 2013, 11.20 malam, Bilik Gerakan BN di Kampung Cemara, Jeniang, Sik Kedah seorang pemuda PAS telah datang menyerang petugas UMNO. Petugas yang bernama Rodzaidi telah dikasari oleh pemuda PAS.
Tindakan tidak matang dan panas baran sebegini adalah tidak baik untuk proses demokrasi negara. Mengapa perlu dibuat perangai sebegitu semata mata untuk melepaskan dendam.
Orang orang PAS di Kedah sewajarnya mempertikaikan terlebih dahulu cara pentadbiran kerajaan negeri PAS Kedah yang dilihat terlalu lekeh dan lemah.
1,025,936 orang pengundi di Kedah dalam PRU13 nanti bakal menghukum kerajaan PAS atas kertas undi. Mereka sudah serik sepenggal bersama PAS di Kedah. Balak habis ditebang, bekalan air kering kontang, pentadbiran lintang pukang, KUIN rugi hutang piutang, kroni PAS kaya senang lenang.
Apa sudah jadi ini? Nik Aziz kata macam ayam dan lembu pada 20 Februari 2013, kemudian Hadi Awang kata penerima BR1M sebagai bodoh pada 22 Februari 2013, kemudian umpamakan lagi penerima BR1M sebagai ikan.
Manusia diumpamakan dengan haiwan oleh PAS. Ini satu perumpamaan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Secara sedar Nik Aziz dan Hadi Awang menyifatkan perumpamaan itu. Ini bermakna mereka sanggup menguris hati dan menghina rakyat semata mata untuk politik mereka.
Khalid Ibrahim sudah tidak berguna lagi, sekarang nampak sangat bahawa DAP hanya mahu undi sahaja dari orang Melayu kemudian bila tidak diperlukan, orang yang mengundi itu akan dibuang sebegitu sahaja. Itulah nasib yagn terjadi pada orang PAS di Penang.
Zairil akan dipergunakan oleh DAP di Selangor. Sekarang strategi DAP di Penang akan merebak ke seluruh negara termasuklah di Selangor. Baca pendedahan selanjutnya di sini.
Azizan Razak mula dalam dilema sekarang ini. Apa guna jadi MB kalau Mahfuz Omar dan Mat Sabu yang lebih dirujuk untuk buat sesuatu keputusan. Malah ada kalangan Exco yang sudah menyimpan cita cita mahu gantikan Azizan.
Perbalahan makin serius bila 11 DUN secara terbuka desak Azizan berundur. Malah ada seorang Exco sudah mula atur strategi turun padang untuk mencari dosa dosa Azizan. Yang ruginya adalah rakyat negeri Kedah. Mereka kerugian lima tahun kerana sikap sikap PAS ini.
Hendak berebut apa lagi? Rakyat Kedah sudah serik dah dengan PAS. Mereka sudah mulai kenal bagaimana rasanya bila diperintah oleh PAS.
Kalau Nik Aziz yakin BRIM itu sejenis rasuah, maka selaku ulamak sepatutnya beri nasihat jangan ambil rasuah tu. Tapi nasihat Islam cara Nik Aziz ambil rasuah tu, tapi jangan undi BN.
Islam cara Nik Aziz ini boleh mendatangkan sekurang-kurangnya 6 dosa terbitan; 1. Dosa mengharamkan sesuatu yang hakikatnya halal. 2. Dosa mengelirukan umat hingga timbul was-was tentang kesucian rezeki yang diterima. Jika sembahyang was-was, itu dikira batal. Kalau was-was dengan rezeki yang diperolehi pun boleh jatuh haram. 3. Jika Nik Aziz anggap duit BRIM itu rasuah, tapi menyuruh pula orang ramai ambil duit BRIM, bermakna Nik Aziz berdosa lagi kerana mengajar orang ramai jadi kaki "pau" duit rasuah. 4. Dosa mendidik umat supaya jangan berterimakasih kepada yang memberi. 5. Dosa mendidik umat supaya jangan bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang diperolehi. 6. Dosa menghina umat yang memerlukan pembelaan. Walaupun tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, kita tidak boleh menghina waima orang itu meminta-minta. Dalam hal ini, rakyat tidak pernah meminta. Ia adalah hadiah fisabilillah dari kerajaan yang bertanggungjawab terhadap nasib rakyat yang memerlukan. 7. Dosa menghina dan membandingkan seseorang hamba Allah dengan gelaran yang menjatuhkan maruah dan mendatangkan aib mereka.
MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan BRIM kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan "PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama" untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.
Inilah beza antara PAS dan UMNO. Jelas PAS memang memperalatkan ilmu agama untuk memperolehi kuasa.
Pemberian BRIM oleh kerajaan persekutuan adalah sebahagian dari program kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah tanpa mengira siapa.
Jika setiap dasar dan program kerajaan membantu rakyat dianggap bertujuan untuk menarik sokongan, maka kerajaan tidak perlu melakukan apa-apa.
Patutlah PAS Kelantan tidak berbuat apa-apa pun sepanjang 23 tahun pemerintahannya. Mungkin langkah PAS tidak membuat apa-apa perancangan untuk rakyat Kelantan bertujuan mengelak dari dituduh merasuah rakyat.
Pemberian pelbagai subsidi lebih 30 Billion sebelum dikurangkan oleh kerajaan pusat kepada 16 billion kepada nelayan dan petani serta pengguna dalam pelbagai sektor selama ini adakah untuk merasuah rakyat bagi tujuan mendapat sokongan?
Adakah pembangunan prasarana pendidikan seperti sekolah dan universiti selama ini bertujuan untuk menggula-gulakan murid-murid dan mahasiswa agar mereka menyokong kerajaan?
Bukankah semua ini merupajan pertanggungjawaban sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab? Kerajaan boleh untuk tidak melakukan apa-apa untuk rakyat seperti pendekatan yang selama ini diamalkan oleh kerajaan PAS Kelantan.
Kerajaan pusat boleh saja menggunakan segala hasil kekayaan negara hanya untuk menarik sokongan rakyat melalui penggunaan ilmu agama sepertimana kerajaan Kelantan. Mengupah para ustaz dan alim ulamak menggunakan ilmu agama yang mereka miliki untuk menarik sokongan rakyat.
Tapi kenapa kerajaan pusat harus menurut apa saja "langkah kebelakang" yang dilakukan oleh PAS Kelantan walaupun langkah yang diambil oleh PAS dalam mengekalkan kuasa di Kelantan jelas memperalatkan agama dengan cara merasuah rakyat dengan ilmu agama bagi tujuan menarik sokongan?
Kenapa pelan pembangunan kerajaan pusat yang jauh lebih advance berbanding dengan pelan pembangunan Kelantan harus menghentikan segala perancangannya untuk rakyat, semata-mata kerana mahu mengikut kebodohan rancangan pembangunan PAS kelantan?
Apakah Dato Nik Aziz mahu kerajaan pusat menjadi seperti ayam dan itik, menurut saja cara cara PAS walaupun terbukti cara itu lebih "kebangang-bangangan"?
Penyokong PAS harus faham dan harus belajar bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik agar tidak mudah diperbodohkan oleh para pemimpinnya yang memperalatkan ilmu agama untuk melembutkan hati mereka agar terus menyokong PAS.
Program BRIM adalah sebahagian dari langkah alternatif kerajaan bagi menggantikan kaedah pemberian dalam bentuk subsidi yang turut dinikmati oleh golongan kaya yang tidak layak sama sekali menikmati subsidi. Pemberian dalam bentuk subsidi lebih menguntungkan golongan pengilang, pemborong serta pengedar, dan tidak sepenuhnya sampai kepada pengguna atau rakyat yang memerlukan.
Apabila kerajaan bertindak "mentransformasi" program subsidi kepada BRIM, ia jelas lebih menguntungkan rakyat dan sampai ke sasaran sebenar. Rakyat mendapat kebebasan untuk berbelanja secara langsung mengikut keperluan sebenar keluarga mereka.
Tidakkah kaedah ini lebih genius dan bertanggungjawab dari kaedah pemberian subsidi?
Isu-isu sebegini amat sukar untuk dimengerti oleh golongan politik berserban!!
Seorang wanita telah mendedahkan payudaranya di akaun twitter dengan harapan untuk mendapat ramai pengikut. Aksi nekadnya ternyata membuahkan hasil apabila hampir 350 ribu orang telah menjadi pengikutnya.
Ianya bermula apabila wanita berkenaan, Chelsea Ferguson, 23, telah berjanji kepada pengikutnya, bahawa beliau akan menunjukkan buah dadanya yang berukuran 30F andai pengikutnya mencecah 1000 orang. Janji sedemikian sudah pasti menarik perhatian si mata keranjang!
Setelah menayangkan asetnya itu, rezeki Chelsea bertambah murah dengan menerima undangan dari kelab-kelab malam dan kelap stripper di negeri berkenaan.
Katanya: "Ianya cepat tersebar dalam masa dua hingga tiga bulan.
"Apabila semuanya telah tersebar, semua orang mahu lihat lebih, jadi saya terus memaut naik gambar-gambar payudara saya dan ada kalanya berbogel."
Chelsea menjadi cepat terkenal di twitter, tetapi akui beliau tiada perancangan yang besar pada masa hadapan.
Dalam sidang akhbar selepas Malam Gala Filem Rock Oo.., pengarahnya, Mamat Khalid telah mendedahkan ada beberapa babak yang dianggap kurang sesuai dan lucah terpaksa ditapis.
Menurut Mamat Khalid, adegan sedemikian masih belum dapat dilepaskan kerana mentaliti penonton di Malaysia belum mampu menerima lawak sedemikian.
Bagi pelakonnya pula, Khir Rahman, pengalaman beliau menonton filem ini adalah sesuatu yang baru dan seolah-olah menonton filem Hollywood.
Filem Rock Oo...Rimba Bara Kembali akan ditayang dipawagam pada 28 Februari 2013
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) - Sifat sesumpah politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membolehkan parti itu 'berubah warna' berdasarkan isu tertentu bagi kepentingannya sendiri, merupakan antara faktor penting PKR kekal dalam arena politik negara.
PKR sebenarnya kehilangan majoriti daripada anggota pengasasnya, antara yang paling berpengaruh ialah bekas Timbalan Presidennya Dr. Chandra Muzaffar pada Disember 2001 selepas dua tahun bertungkus lumus membangunkan PKR.
Selain itu bekas Ketua Angkatan Muda, Senator Mohd. Ezam Mohd. Noor; Senator Datuk S. Nalakaruppan; Anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin; Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed; bekas Ketua Penerangan, Ruslan Kassim; dan bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, bertindak keluar PKR.
Sebab mereka hanya satu iaitu hilang kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti. Lumrahnya parti itu bakal berkubur seperti mana parti lain yang mengalami nasib sama, namun sifat sesumpah PKR yang diwarisi daripada penasihatnya Anwar telah menyelamatkan parti itu.
Bagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, sifat sesumpah politik PKR itu memainkan peranan dalam menyatukan PAS dan DAP di bawah satu bumbung, penyatuan yang menjadi sebab PKR kekal relevan dalam kumpulan pembangkang di negara ini.
"Dilihat peranan PKR dalam menyatukan PAS dan DAP dalam satu pakatan sedikit sebanyak kita lihat ada perangai 'chameleon' (sesumpah) dalam parti itu yang "kata lain pada sebelah ini kemudian sebelah sana kata lain". Kita sedia maklum PAS dan DAP ini tidak sebulu dalam banyak perkara.
"Perangai ini amat berbahaya kerana membuatkan rakyat percaya bahawa Anwar merupakan calon terbaik bagi merubah kerajaan sedangkan ramai tahu beliau merupakan 'chameleon' yang mempunyai masalah terutamanya daripada segi moral dan salah guna kuasa," katanya kepada Bernama.
Ini bukan kali pertama Anwar digelar sesumpah politik, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah menggelar ketua pembangkang itu sedemikian kerana bersikap seperti sesumpah dalam isu Palestin dan kekejaman rejim Zionis Israel pada 2010.
Malah, beberapa hari lepas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menggelar Anwar sedemikian kerana memperlekeh ilmu agama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Zainal Abidin berkata, walaupun penyatuan PKR, PAS dan DAP yang dipupuk atas sifat sesumpah itu amat rapuh dan mudah terkesan dengan isu yang dimainkan, namun matlamat sama yang cuba ditunjukkan melalui sifat itu mampu mempengaruhi rakyat menyokong pakatan itu.
Beliau yang juga bekas Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata, selain sifat sesumpah, doktrin kebencian kepada kerajaan yang disemai pemimpin PKR dalam penyokong parti serta pakatan itu merupakan antara sebab PKR masih meraih sokongan sehingga kini.
"Isu seperti (loji nadir bumi) Lynas yang kononnya membahayakan rakyat dan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat dimainkan begitu hebat sekali sehingga terbentuk kebencian itu. Masyarakat Cina contohnya disemai bahawa MCA telah gagal dan hanya DAP yang mampu membela nasib kaum itu," katanya.
Zainal Abidin berkata, media alternatif yang menjadi mainan PKR dan konco-konconya memainkan peranan penting dalam memastikan PKR terus mendapat sokongan malah bertindak mengubah logik dalam laporan media tersebut.
"Ini masalahnya bila media tiada sekatan, penipuan ini boleh diperlihatkan seolah-olah seperti kebenaran juga sebaliknya. Ini dilakukan demi mendapat kepercayaan rakyat serta menyemai doktrin kebencian kepada kerajaan," katanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai pandangan sama merujuk klip video yang menunjukkan Najib menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan "Tidak".
Mengulas mengenai tindakan pengasas PKR yang keluar parti, Zainal Abidin berkata, sukar untuk mengetahui sebab spesifiknya, namun majoritinya 'menyanyikan lagu yang sama' iaitu hilang keyakinan terhadap pemimpin tertinggi PKR.
"Dulu parti ini menjadi wadah untuk membebaskan Anwar dan kononnya membersihkan kerajaan, namun atas pelbagai faktor dalaman yang barangkali melibatkan ganjaran dan cantas mencantas, mimpi mereka ketika menyertai parti itu terkubur.
"Saya berpandangan ada mereka ini tidak disukai kepimpinan PKR kerana lantang bersuara menyatakan apa yang salah, maka tiada cara lain bagi mereka kecuali keluar. Namun saya lebih gemar melihat 'aftermath' kepada tragedi itu," katanya.
Anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR pada Januari 2011 dipetik berkata: "Sekarang saya 'bebas', bila saya 'bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah,".
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, Lim Boo Chang mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan kembali kepada Gerakan pada Disember 2011, asalnya tertarik dengan agenda reformasi dibawa PKR tetapi selepas tiga tahun berada dalam parti itu, beliau hilang keyakinan berikutan kegagalan parti itu memenuhi janji.
Bukan setakat itu, pada April tahun lepas kebanyakan daripada bekas pengasas PKR itu telah menubuhkan gerakan diberi nama Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan pemimpin pembangkang itu terhadap kerajaan. - BERNAMA
KOTA KINABALU 24 Feb. - Semua jentera wanita UMNO diminta bersedia sepenuhnya bagi menangkis fitnah dan tohmahan yang akan melanda negara berdasarkan trend pembangkang yang terusmelipatgandakan fitnah dan tohmahan kerana tidak mempunyai sebarang isu.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera Wanita UMNO kini berada di fasa terakhir dan perlu bergerak lebih aktif dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Jentera Wanita akan menangkisnya mengikut fakta-fakta di mana kita akan tangkis satu demi satu tohmahan dan fitnah yang akan melanda seluruh negara kerana itulah sahaja yang ada pada pembangkang iaitu fitnah dan tohmahan.
"Mesej Wanita kepada pengundi satu sahaja iaitu mengundi dalam pilihan raya ialah bisnes yang serius di mana kita mesti ingatkan pengundi supaya mengundi bukan mengikut emosi ataupun mengikut fitnah pembangkang tetapi demi masa depan negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran program Gelombang Biru BN Sabah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said; Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin dan Ketua Puteri UMNO negeri, Musliati Muslimin.
Menurut Shahrizat, jentera Wanita UMNO telah membentuk pasukan khas bagi menangkis segala tohmahan pembangkang dengan mengambil pendekatan bertemu dengan para pengundi di seluruh pelusuk negeri.
Ujarnya, kunjungan dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh Wanita UMNO secara berterusan dilihat telah memberi kesan yang signifikan dalam meningkatkan sokongan kepada BN.
Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan bancian sikap yang dilakukan Wanita UMNO di seluruh negara mendapati sokongan kepada BN amat menggalakkan.
"Malah di Sabah ini penerimaan rakyat dan pengundi terutamanya wanita kepada kepimpinan Datuk Seri Musa Aman begitu baik sekali, kerana wanita mahu kestabilan dan masa hadapan berterusan," ujarnya. - UTUSAN
MUAR 24 Feb. - Usaha pembangkang untuk meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) di Johor memakan diri apabila sikap buruk pemimpin mereka yang gila kuasa dan mengutamakan kepentingan diri terdedah melalui 'perang' antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, konflik PKR-DAP itu memperlihatkan sisi sebenar kedua-dua parti tersebut dan perilaku tersebut membayangkan negeri ini akan berada di ambang kehancuran jika ditadbir oleh pembangkang.
"Apa yang berlaku di Johor kerana masing-masing terlalu angkuh sehingga berebut kerusi. PKR-DAP tidak cerita pasal khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat tapi cerita kerusi mana boleh menang.
"Ini berbeza dengan BN yang tidak seperti itu. Kenapa tidak berebut di kerusi lain di Johor seperti di Parlimen Tenggara atau Kota Tinggi? Kenapa mesti berebut di Parlimen Bakri atau Gelang Patah? Ini menunjukkan mereka hanya fikir tentang diri sahaja dan fikir pasal rakyat di Gelang Patah atau Bakri," katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan Jamboree Basikal Bukit Parit Jawa di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Muar, di sini hari ini.
Perang PKR-DAP berpunca daripada perebutan kerusi antara dua parti pembangkang itu sehingga Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau meminta supaya Datuk Chua Jui Meng dilucutkan jawatan Pengerusi PKR Johor.
Cheng Hau mendakwa, Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di negeri ini dan salah satu daripada kerusi yang menjadi 'rebutan' adalah Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah Heng dari BN. - UTUSAN
Meskipun kurang sihat kebelakangan ini, CAK tetap meneruskan rutin kerja seperti biasa. Telinga dan mata tetap tajam menangkap cerita panas dan sensasi untuk dikongsi dalam ruangan ini.
Menerusi laporan mata-mata yang dilantik khas, CAK difahamkan besar kemungkinan khabar angin suami selebriti jelita ini menjalin hubungan dengan wanita lain memang benar.
Mata-mata CAK ada terserempak dengan suami selebriti itu berkepit dengan wanita lain di Solaris Publika, Sri Hartamas baru-baru ini. Dia yang ditemani wanita berkulit cerah dan bertubuh kecil molek, duduk tidak jauh dari meja makan mata-mata CAK.
Ketika itu mereka asyik menikmati makan lewat malam. Yelah, jam pun sudah menunjukkan lebih 1 pagi.
Silap banyaklah, bagai rezeki terpijak setiap aksi pasangan itu menjadi jamahan pandangan mata-mata CAK. Bukan main mesra lagi pasangan itu. Melihat daripada gaya mereka, memang nampak jelas hubungan itu lebih daripada seorang kawan.
Kata mata-mata CAK, berani potong jarilah kalau siapa yang lihat kemesraan itu pasti akan cakap mereka pasangan kekasih. Bab yang satu ini mata-mata CAK memang teliti. Bukan caranya main tuduh dengan hanya sekali pandang. Dia hanya akan sampaikan kepada CAK jika ia sahih.
Setidak-tidaknya, penemuan tidak sengaja itu mengesahkan apa yang diperkatakan selama ini bukan rekaan semata-mata.
Pepatah lama pun ada berkata, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Tak gitu?
Kangar: Belum masanya lagi bawa masalah bookie kepada Fifa, walaupun PFA (Persatuan Bola Sepak Perlis) ada bukti cukup membuktikan wujudnya gejala itu dalam kancah bola sepak Malaysia.
Demikian kata Datuk Seri Shahidan Kassim selepas ditanya mengenai tindakannya selepas dihukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) awal minggu lalu.
Katanya, beliau masih meneliti keperluan mendedahkan perkara berkenaan kepada media walaupun sudah beberapa kali menghantar laporan kepada FAM mengenai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Harian Metro sebelum ini melaporkan beberapa kes rasuah melibatkan pemain Perlis dilaporkan serta disiasat pihak SPRM sejak tahun lalu sebelum disusuli beberapa lagi kes yang sama memebabitkan pemain lain disiasat suruhanjaya berkenaan awal tahun ini.
Difahamkan, pihak SPRM sejak hujung tahun lalu dan awal tahun ini juga sudah beberapa kali berhubung dengan pihak PFA berkenaan kenyataan pengakuan beberapa pemain yang disiasat dalam kes berkenaan.
"Ini isu besar kerana liga kita bakal terjejas dan saya masih belum mahu membuat pendedahan ini dan menunggu masa yang sesuai bagi melakukannya, malah wartawan juga akan terkejut mengenai perkara ini dan mereka perlu tunggu tindakan saya seterusnya.
"Saya tidak akan mendedahkannya atas beberapa faktor lain namun saya akan melakukannya sedikit masa lagi," katanya.
Menurutnya, beliau juga terkilan dengan kenyataan FAM berhubung tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan disiasat berbeza dengan tindakan yang dikenakan ke atas dirinya.
"FAM mengambil langkah menyiasat terlebih dahulu ke atas kenyataan beliau (Tunku Ismail) berbeza dengan apa yang berlaku kepadanya yang terus dikenakan hukuman.
"Saya langsung tidak dipanggil mengadap badan disiplin berkenaan bagi mempertahankan diri saya namun terus dikenakan hukuman gantung dan denda tanpa boleh membuat sebarang rayuan," katanya.
Shahidan berkata, FAM tidak berlaku adil dalam soal menjatuhkan hukuman serta melakukan siasatan dan sememangnya kini dibenci peminat bola sepak Malaysia.
"Berikutan insiden yang berlaku pada pertengahan babak kedua perlawanan antara Felda United dengan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya tadi (kelmarin) apabila seorang polis bantuan terpaksa bertindak menurunkan kain rentang yang tertera "Kami mahu pengadil bijaksana" sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Johor DT.
"Protes penyokong ini pastinya tanda sokongan kepada kenyataan Tunku Ismail yang mempertikaikan mutu pengadilan Liga M baru-baru ini," katanya.
Menurutnya, beliau akan lihat bagaimana badan induk berkenaan mengambil tindakan berhubung perkara itu adakah Tunku Ismail akan menerima nasib serupa sepertinya dengan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) atau tidak dikenakan hukuman.
"Ini penting bagi menentukan samada FAM adalah badan yang tidak mengamalkan 'double standard' (pilih kasih) seperti kesungguhan Setiausaha Agungnya Datuk Azzuddin Ahmad dalam kenyataan media sebelum ini kerana semua peminat serta rakyat negara ini sedang menumpukan perhatian kepada tindakan yang akan diambil mereka.
"Jika saya dikenakan hukuman walaupun secara terang-terangan menyokong kepimpinan FAM, inikan tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan mutu pengadilan yang secara langsung menempelak badan induk itu," katanya.
SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan hari ini cuba melagakan MCA dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu.
Penyandang kerusi itu adalah Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas presiden MCA yang tidak mendapat sokongan Datuk Seri Chua Soi Lek untuk mempertahankan kerusi itu bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sudah menjadi tradisi BN, parti komponen kerajaan bersetuju menyerahkan keputusan muktamad mengenai calon kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.
Bagaimanapun Rafizi mendakwa jika Najib mengekalkan Ong sebagai calon, sekali gus membelakangkan keputusan Chua, ia mencerminkan Umno memonopoli keputusan dalam BN.
Rafizi tentunya tidak mahu Ong mempertahankan kerusi itu dan lebih rela melihat MCA meletakkan seorang muka baru yang tidak setanding, sekali gus memberi kelebihan kepada pemimpin PKR itu untuk menjadi Yang Berhormat.
Sungguhpun menjadi musuh politik Chua, Ong mempunyai rekod cemerlang di Pandan dan jelas digeruni oleh Pakatan Rakyat. Beliau masih mempunyai sokongan kuat di kalangan pengundi Cina dan jalinan rapat dengan pengundi Melayu dan India.
Rafizi yang disenaraikan untuk bertanding di Ampang mendakwa pencalonan semula Ong "mempunyai implikasi besar kepada senario politik negara.
Beliau mendakwa Najib telah kononya "memohon" supaya parti komponen BN memberikan beliau mandat untuk menentukan calon.
"Pilihan raya tidak boleh dipanggil sehinggalah Datuk Seri Najib telah berjaya meletakkan semua calon-calon dari Umno dan parti komponen yang setia kepada beliau walaupun ditolak oleh parti masing-masing," dakwa Rafizi dalam kenyataan terbarunya.
Realitinya ialah, menurut tradisinya dalam BN senarai calon diputuskan di peringkat tertinggi perikatan politik itu sejak dahulu lagi.
Yang diminta oleh Najib adalah supaya parti komponen memastikan mereka menyenaraikan calon-calon yang berkebarangkalian tinggi untuk menang.
Parti komponen, pula, termasuk MCA, memberikan kepercayaan kepada Najib untuk membuat keputusan muktamad yang akan didokong bersama oleh mereka. Tradisi BN tentukan calon lebih matang
Cara kerjasama BN adalah dan sesuatu yang pahit untuk ditelan oleh Rafizi dan Pakatan Rakyat.
Ini bukan kali pertama PKR cuba mengabui fakta demi mendapatkan sokongan politik.
Pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor tahun 2009, Presiden MIC ketika itu, Datuk Seri S Samy Vellu mencalonkan sekutunya G. Palanivel untuk bertanding di atas tiket BN.
Namun di atas permintaan BN selepas menimbang maklum balas pengundi di kawasan itu, MIC bersetuju meletakkan muka baru, P. Kamalanathan dan BN menawan semula kerusi Hulu Selangor daripada PKR.
Keputusan muktamad BN untuk meletakkan Kamalanathan pada awalnya dikecam oleh pembangkang sebagai petanda demokrasi dan hak parti komponen dalam BN sudah hancur.
Namun apabila BN menang, sekali gus menzahirkan ketepatan keputusan itu, pembangkang terus membungkam.
Pemilihan calon untuk pilihan raya adalah keputusan yang dibuat secara konsensus dalam BN.
Namun di luar BN, sudah tentu ada pihak yang bingkas membuat tafsiran lain khususnya mereka yang mengidam untuk menjadi Yang Berhormat.
Sebagai Pengarah Strategi PKR, Rafizi harus memanfaatkan masanya dengan menyelesaikan pergelutan kerusi di Johor di antara partinya dan DAP serta perbalahan terbuka antara parti pembangkang di Sabah.
Pada masa sama, beliau juga harus memberi perhatian saman-saman yang difailkan oleh penduduk Selangor terhadap kerajaan pimpinan PKR menjelang PRU13 .
MCA dan BN akan menetapkan calon kerusi Pandan cara BN dan mengikut tradisi yang sudah lama diamalkan.
Justeru, Rafizi tidak perlu terlalu khuatir siapa bakal lawannya nanti di Pandan dengan membuat kenyataan-kenyataan "politik" yang tidak berasas.
Senario politik negara heboh seketika kira-kira dua tahun lalu, apabila timbul spekulasi bahawa berlakunya perbincangan di antara pemimpin Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan.
Tetapi seperti yang diketahui umum ia tidak menjadi kenyataan.
Namun yang menarik, menurut sesetengah penganalisis politik, ramai yang sebenarnya tidak mengetahui bahawa ada juga kemungkinan pemimpin DAP akan duduk semeja dengan Umno.
Ramai pula yang menganggap senario itu sebagai gila dan tidak masuk akal.
Jika kita tinjau sejarah politik negara, parti Gerakan merupakan pembangkang sejak ditubuhkan pada 1968 tetapi selepas mengalahkan Perikatan setahun kemudian ia menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang baru ditubuhkan bagi menggantikan Perikatan.
Apakah mustahil jika sejarah berulang selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang ? Tidakkah DAP berminat menjaga kepentingan Cina sekiranya MCA dan Gerakan berjaya 'dikuburkan' mereka nanti ?
Sejauh manakah kesetiaan DAP kepada PAS, PKR ?
Justeru, persoalan yang timbul adalah sejauh mana kesetiaan DAP bersama sekutu mereka PKR dan PAS ?
Perkembangan terbaru di mana Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng bertikaman lidah sebenarnya membawa lebih banyak andaian daripada mendedahkan kerapuhan Pakatan Rakyat.
Boo bukan sahaja mendakwa Chua cuba melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor, tetapi menuduh beliau sebagai pemimpin yang sukar untuk bekerjasama.
Apa yang menarik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kepimpinan pusat parti itu menghargai sumbangan Boo dan mengakui kekecewaan beliau tetapi menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dinyatakan secara terbuka sehingga semua saluran perbincangan dimanfaatkan.
Paling memeranjatkan, bukan sahaja tidak ada tindakan diambil ke atas Boo, namun amaran baik secara lisan mahupun tulisan juga tidak dikeluarkan kepada beliau.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Karpal Singh turut mengeluarkan kenyataan yang menyelar Chua dan mendakwa bekas Menteri Kesihatan itu sebagai memang tidak boleh dipercayai.
"Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 dan keghairahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau," kata Karpal dalam kenyataan medianya.
Namun jika diteliti, sehingga hari ini Chua, mahupun mana-mana pemimpin PKR tidak pernah dipetik oleh mana-mana media berkaitan bidasan mereka terhadap DAP.
Sebaliknya, pemimpin DAP, khususnya Boo sering kali membuat kenyataan di akhbar Cina membuka pekung sekutunya itu dan menuntut Pakatan memperuntukkan lebih banyak kerusi kepada DAP.
Sememangnya, ramai yang beranggapan Karpal yang kini meniti senja usianya dan Boo yang baru setahun jagung tidak mungkin berani mengecam Chua dan PKR tanpa restu daripada supremo DAP iaitu - Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang. DAP punya agenda tersendiri ?
Menurut sesetengah penganalisis, kejadian itu banyak iktibarnya dan mendedahkan bahawa DAP sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi.
Bagi mereka, DAP sedar PKR dan PAS tidak mungkin mendapat sokongan mantap orang Melayu sebagaimana keupayaan mereka meraih sokongan pengundi Cina.
Justeru, untuk berkuasa, percaturan politik mereka adalah untuk menggantikan MCA dan Gerakan serta berunding dengan Umno.
Dengan kata lain, DAP mahu menjadi kuasa penentu dalam dunia politik negara. Agenda utama mereka adalah memastikan MCA dan Gerakan bukan sahaja tersungkur tetapi dikebumikan tanpa sebarang nisan.
Namun, menurut sumber, agenda mereka sebenarnya sedikit tergugat apabila PKR mengetengahkan Chua, seorang tokoh politik berpengalaman bagi mengetuai PKR di Johor.
Bagi DAP, hanya parti itu yang layak mewakili masyarakat Cina. Jadi kedudukan mereka agak tercabar dengan kemunculan Chua. Ini kerana jika PKR juga dilihat sebagai parti masyarakat Cina, DAP akan menjadi tidak relevan.
Dalam hal ini, DAP bijak belajar dari sejarah. Mereka jadikan hubungan politik MCA dan Gerakan - dua parti komponen BN yang sentiasa tegang kerana bersaing untuk undi masyarakat Cina. Umum mengetahui pemimpin kedua-dua parti itu sering bermuka-muka di depan satu sama lain.
PAS, PKR mesti bangun dari tidur yang panjang
Selain kejadian di Johor itu, sudah tiba masanya bagi pemimpin Pakatan, khususnya PAS dan PKR meninjau semula sejauh mana kesetia-kawanan DAP itu.
PAS sudah tentu tidak lupa, bahawa pemimpin DAP yang dengan lantang menuntut kalimah Allah dibenarkan penggunaannya di kalangan bukan Islam.
Kemelut itu walaupun berjaya ditangani, namun ia sedikit sebanyak menghakis sokongan orang Melayu terhadap PAS.
Justeru, sudah tiba masanya bagi Pakatan mengenal-pasti musang yang berbulu ayam kerana maskot 'Ubah' DAP belum tentunya seekor burung. Sama-sama kita fikirkan.
Cadangan parti dominasi Cina itu untuk bertanding di lebih 150 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang membuktikan mereka nekad untuk berkuasa penuh kali ini.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kepimpinan pakatan pembangkang dilihat semakin memusuhi rakyat setelah melihat sokongan yang diberikan terhadap proses transformasi ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan.
Tanpa segan silu pemimpin-pemimpin pembangkang melabel rakyat sebagai "binatang" dan "bodoh" apabila gagal bersaing dengan kerajaan BN memenuhi keperluan rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah semalam menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.
Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya.
"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya.
Dua hari lalu, ulama terulung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penerima BR1M sebagai "lembu dan ayam".
Ketika kerajaan mula mengumumkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2011, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga kerajaan terpaksa menambah jumlah borang permohonan di sesetengah kawasan.
Contohnya di Parlimen Kubang Kerian, yang disandang oleh wakil rakyat PAS Salahuddin Ayub, 8,000 borang BR1M tambahan terpaksa dicetak untuk diagihkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Binjai.
Setakat ini lebih daripada lima juta rakyat yang layak mendapat manfaat bantuan tunai melalui BR1M 2.0 yang diumumkan kerajaan selepas pembentangan belanjawan 2013, dengan jumlah RM250 seorang.
Golongan yang mendapat manfaat termasuk ahli PAS-PKR-DAP yang tanpa segan silu mengecam usaha kerajaan membantu rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik.
Perbuatan ini disifatkan sebagai tidak mengenang budi umpama 'Si Tanggang Moden'.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemberian BR1M sebagai usaha kerajaan mentransformasikan ekonomi negara selain daripada subsidi terhadap petrol, barang keperluan harian dan makanan yang ditanggung kerajaan.
Pemimpin pembangkang berterusan menghasut rakyat untuk menolak kerajaan BN yang terbukti mampu melakukan perubahan melonjakkan ekonomi negara, namun jika dilihat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, rakyat hidup serba kekurangan.
Justeru Najib menasihati kepimpinan pembangkang supaya berhenti memperkecilkan penerima-penerima bantuan kerajaan kerana golongan ini lebih menghargai sumbangan tersebut berbanding terus hidup menagih janji-janji pembangkang.
Ulasan@Antarapos
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.
Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam Ahad.
Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila, Sabtu.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".
"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.
Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Feb, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - BERNAMA
IKUTI kupasan Blog Sabah: Ground Zero DISINI siapa dalang sebenar pencerobohan Tentera Sultan Sulu ke Lahad Datu Sabah.
Ringkasan
1. Amerika terlibat
2. Terdapatnya double Agent pada kerajaan Aquino
3. Pengelibatan Anwar Ibrahim
4. Amalilio merupakan sebahagian daripada rancangan ini
The incident involving a large group of Sulu warriors (Royal Army of Sulu) currently locked in a standoff with Malaysian authorities at Lahad Datu in Sabah is not merely about the Sultanate of Sulu enforcing its ancestral claims on Sabah.
Do not be misled as this current unfolding of events is the beginning of a much sinister ploy.
Sabah is ground zero in a conspiracy perpetrated by very powerful entities and the Filipino Muslims rebels currently at standoff with Malaysian authorities are merely pawns in a game where lives are 'meant' to be lost for a deceptive cause.
Claims that Sulu warriors landed in Sabah because the Sulu Sultanate was left out of the recent peace process brokered by Malaysia between Moro Islamic Liberation Front (MILF) and the Philippines Government is NOT REALLY THE FACT!
The following are some facts and evidence that reveal why Sabah is Ground Zero:
1. The SMOKESCREEN ?
This ship – USS GUARDIAN – ran aground in Tubbataha Reefs in Philippines on Jan 17, 2013.
The USS Guardian, after it ran aground in Tubbataha Reefs is pictured on Jan. 17, 2013, by the Armed Forces of the Philippines Western Command.
This ship was 'deliberately' made to sail off-course. Imagine with the latest equipment on board and having sailed through the same route many times, this minesweeper ship was unable to differentiate the reefs from the waters.
Despite being warned repeatedly by Tubbataha Reef Marine Rangers, the USS Guardian commander refused to listen and stop.
He even ordered his crew to get into 'battle position' when the rangers tried to get on board to make a routine inspection on the ship after it ran aground.
"Until today, it remains a mystery: Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn't they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?" asked Jose Ma. Lorenzo, World Wildlife Fund-Philippines chief executive officer.
THIS is what Philippines Department of Transportation and Communication SecretaryJoseph Emilio Abaya said of the US Sailors on board USS Guardian:
"Some say they probably enjoyed too much of an RnR in Subic, some said error in digital charts, some say they were doing a different thing there on their own….."
In other words, the Secretary was trying to imply that USS Guardian was running its own 'clandestine' operation.
Could it be that this incident created a smokescreen for some other activities to take place in the Sulu Sea and adjoining Celebs Sea?
* The date of the incident was Jan 17, 2013.
* Members of the self-styled Royal Army of Sulu invaded Sabah on Feb 11, 2013, which is 24 days later.
There was a flurry of activities involving US ships as well as rescue and salvage ships in the Sulu Sea since the Jan 17 incident at Tubbahata Reef region.
As a matter of fact, the crew on board USS Guardian were quickly rescued and whisked away to a Japan safe zone. Why were they not brought to Philippines which is the most logical thing to do?
Could it be that all this activities that ensued in the Sulu Sea could have provided an opening for hundreds of speed boats with Sulu warriors to sail into Sabah undetected?
Something is just not right with the USS Guardian.
2. The BACK CHANNEL MAN aka DOUBLE AGENT
Philippines Senator Antonio 'Sonny' Fuentes Trillanes IV, a former Navy Lieutenant is the man who knows exactly what is going on Sabah.
Trillanes IV (born 6 August 1971 in Manila, Philippines) is a Philippine military and political figure. (You can find his details in Wikipedia). He is best known for his role in the 2003 Oakwood Mutiny when he and a group of 321 armed soldiers took over the Oakwood apartment towers in Makati City, lined them with bombs and threatened to demolish them because they were tired of corruption in the army and called for the ousting of then-President Gloria Aroyo. He is an incumbent Senator of the Philippines, the first Philippine Senator to be elected while in jail.
Now, he has called on President Aquino's administration to make known its policy on the country's claim to Sabah and on the standoff between Malaysian security forces and a group of armed warriors loyal to Sultan of Sulu in the eastern Malaysian territory.
Trillanes was President Aquino's backchannel link to Beijing at the height of tensions between the Philippines and China over a territorial dispute in the West Philippine Sea (South China Sea) last year.
Trillanes, as told to reporters in Manila recently, is the person responsible for directly briefing President Aquino on the Sabah situation.
But some in Philippines claim he is a double agent.
He is known to get things done by playing to Washington's tune. When he was advising Aquino during the tensions with China, he did his job fairly well by getting sound advice from the Americans while sweet talking to the Chinese at the same time.
Leaked diplomatic cables reveal that one or two American special agents will always be trailing Trillanes each time he met with top Chinese Government officials, be it in China or Manila, during the crisis negotiations.
And the Chinese probably knew it too, but they were busy playing their own games with the Americans and the Filipinos.
Regarding the standoff issue in Sabah, Trillanes was quoted as saying: "It was high time the Department of Foreign Affairs articulated the government's policy on Sabah. Until then we'll have to withhold further comment because this is a very sensitive issue and it involves the lives of our countrymen in Sabah".
It appears that Trillanes knows that some lives could be lost in the Sabah standoff.
3. Toothless Tiger Grows FANGS
Sultan Jamalul Kiram III has been a toothless tiger for a very long time as he is plagued by a lot of problems, from family infightings, health issues, financial difficulty and rivals claiming his throne, more than a dozen to speak.
One just has to read www.fakesulusultans.com to catch a glimpse of how many 'sultans' are claiming the one throne in Sulu.
Jamalul Kiram knows his kingdom is not safe in his hands, and he suffers from liver ailment as well as other illnesses, and lives in constant fear that someone will poison him to claim his throne.
But then, suddenly, the toothless tiger Jamalul Kiram grows fangs and claws.
He orders his troops, helmed by his crown prince, to invade Sabah knowing very well that the full might of the Malaysian army will be upon his men.
How did this happen? Any by the way, Jamalul Kiram is still undergoing treatment at a Manila hospital for liver ailment.
This begs the question, who is behind Jamalul Kiram's renewed vigour in claiming Sabah?
Who gave money to the Sulu warriors aka ROYAL SULU ARMY to buy speed boats, fuel, food, clothes and weapons that include M16 and M14 rifles, M16 carbines and M203 grenade launchers?
This only means one thing –
SOMEONE IS BANKROLLING THE ENTIRE OPERATION.
And the troops that came in via sea were taken in and cared by those living in Sabah, reinforcing the fact that sleeper cells have been activated.
Sleeper cells are activated when orders are given to them together with funds as proof of an assignment's authenticity.
4. Sulu Royalties seek AMERICAN help to claim Sabah
While poor old Sultan Jamalul Kiram is having it hard in the Philippines, six of his close relatives and heirs are living the American dream. They reportedly have become American citizens.
Upon receiving news that their patriarch is mounting a challenge to reclaim Sabah, Jamalul Kiram's relatives, nephews and nieces are very excited.
They are so excited with the prospects of reclaiming Sabah that they now want the United States and President Barack Obama to help Sultan Jamalul Kiram with his claim.
Former Senator Santanina Rasul, one of Jamalul Kiram's relatives and heirs who lay claim over Sabah, told journalists that one of her sons, Abraham Rasul Jr is an American citizen and has right to claim his share in the inheritance of Sabah.
The articles on Sulu Sultan heirs to ask US help on Sabah can be read here:
5. Did PKR duo find facts on CONMAN in Manila or did they learn more?
In early February 2013, two PKR politicians from Malaysian went to Manila to probe on Aman Futures Group conman Manuel Amalilion who defrauded Filipinos of 12 billion pesos in a Ponzi scheme.
The duo told Malaysians that they are going to Manila on a fact finding mission on Manuel Amalilio and his Aman Futures Group.
They took a Friday night flight, stayed in Manila on Saturday and returned to KL the following day.
The Question is - why did they go to Manila on a fact finding mission when almost 99% of victims swindled by Amalilio were in the Mindanao and Visayas regions?
After all, Manuel's office and centre of operations was in Pagadian City, a city that is1,113km away from Manila.
What were they actually doing in Manila?
Did they meet a CIA agent there under instructions from Anwar Ibrahim's American contact, or did they meet an agent of Nur Misuari, leader of rebel group Moro National Liberation Front (MNLF)?
Or did they meet an agent of Sultan Jamalul Kiram?
After all, the Sultan is undergoing dialysis treatment in a hospital in Manila.
Indeed, hours after landing in Manila, they did meet someone who resembled a special agent.
It's no secret that PKR boss has very close ties with the CIA as well as Philippine rebel groups, and is in a position to help US set up a Navy base in Sabah should his coalition form the new federal government (Read http://sabahdigadai.blogspot.com).
6. The MANUEL AMALILIO – SULU SULTANATE CONNECTION
Manuel Amalilio was under the radar of Philippines internal security agency for supporting terrorism activities.
After all, he took thousands of Filipino Muslims to the dry cleaners by promising to double up their money with his preposterous scam.
Many Filipino Muslims supported him because he projected a greater cause, which is to make the poor Filipino Muslim community wealthier.
He was often seen praying five times a day and making frequent quotes from the Holy Quran while speaking to investors.
"Philippines Justice Secretary De Lima confirmed the National Bureau of Investigations received intelligence information stating that the multi-billion peso windfall from Aman's (futures group) pyramiding scheme is being used to finance the activities of a terrorist group".
The above is the actual quote from justice secretary Leila Magistrado De Lima as reported in Philippines media after syndicated estafa charges were filed on Pagadian City Mayor Samuel Co and his wife Priscilla Ann in the wake of the Aman Futures Group Scam end of last year.
That is the actual reason why Malaysian police scrambled to stop the deportation of the conman at the Kota Kinabalu International Airport on Jan 25, 2013.
Manuel Amalilio was in a position to provide Malaysian security forces with valuable information on terrorists/rebel groups such as Abu Sayyaf, MNLF and the Royal Sulu Army that could threaten the security in the region.
So despite knowing it would turn out to be a public relations disaster, Malaysian Authorities proceeded to block Manuel's deportation.
The backlash received by Malaysian Authorities was severe but nonetheless, it was justifiable and worth the trouble.
During interrogation, Manuel has spilled the beans on who he was feeding the money to, and it appears that he is not only a conman, but an enemy to the state of Sabah.
Dozens of payment from these banks (list provided by Philippines Justice Department) indicate that they could have found its way to the hands of terrorist and rebel groups that wanted to derail the Bangsamoro Framework Agreement for peace.
Among the banks covered by the freeze order (on Aman Group's assets) were the Land Bank of the Philippines; Bank of the Philippine Islands; Banco de Oro; Unibank; Allied Bank; Bank of Commerce; BPI Family Savings Bank; China Banking Corp.; Citibank, NA; Development Bank of the Philippines, East West Bank; Hong Kong and Shanghai Bank Corp.; Metrobank; One Network Bank; Orix Metro Leasing and Finance Company; Philippine Bank of Communication; Philippine Savings Bank; RCBC; Security Bank; Standard Chartered Bank; Union Bank; UCPB; and Philippine National Bank.
7. The UNSEEN HANDS
The standoff in Sabah, and its timing, validates the fact that powerful, unseen hands are behind it.
There is a resemblance to many uprisings in the world.
Through highly specialised covert operations, the Government of many countries have fallen.
And often, these clandestine operations are carried out by private defence contractors and mercenaries appointed by the US Government.
The situation in Sabah is no different.
8. The SPOILS
Sabah, it appears, is a prized catch.
For the American, there is a dire need to enhance and strengthen their military presence in the Southeast Asia region, especially to contain China's rising power.
After Philippines closed its doors on US Clark Naval Base, America has since been looking for another base, ideally in the South China Sea.
Getting its 'hands' on Sabah by backing a new Government that will bend to its wishes will be the ideal scenario for US.
There will be a lot of spill-over effects.
It should also be noted that Sabah has oil and gas reserves as big as Kuwait's.
Besides, there are abundant natural resources and vast mineral deposits such as coal, gold, copper, limestone and etc.
As for some Opposition politicians in Malaysia, the fall of Sabah will signify the ruling coalition, one of the oldest Governments in the world, losing its fixed deposit and hence losing power after a rule of 50 over years.
CONCLUSION
The standoff in Sabah has all the trademarks of a cleverly orchestrated plan to topple the current administrators of Sabah with influence from world superpowers.
The Sulu Sultanate claim is just a smokescreen.
Common sense will show, if Sulu Sultanate wanted to claim back Sabah, why only NOW ???
TEMPOH 48 jam yang diberikan Pasukan Keselamtan Negara bagi penceroboh untuk meninggalkan Kg Tanduo Lahad Datu akan berakhir tengah malam ini.
Penceroboh yang mendarat di Kg Tanduo malam Selasa lalu yang diketuai oleh adik kepada Sultan Jamalul Kiram III Rajah Muda Azzimudie Kiram sepatutnya telah keluar daripada kampung Tanduo pada jumaat, namun atas permintaan Menteri Luar Filipina Albert Del Rasario meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.
Satu perkara yang membimbangkan berbagai pihak, bahawa jikalau penceroboh itu enggan juga bersetuju menginggalkan perkampungan di mana mereka berkampung, maka satu pertumpahan darah akan berlaku, walaupun pendekatan pasukan keselamtan negara mahukan penyelesaian kejadian itu berakhir dengan aman, tanpa berlakunya keadaan yang mengorbankan nyawa.
Difahamkan, laporan daripada lokasi, pasukan keselamatan negara telah bersiap sedia, hanya menunggu arahan akhir sebelum bertindak menghalau penceroboh itu.
Sementara itu, laporan daripada Manlia mengatakan bahawa Sultan Jamlalul Kiram mendakwa tiada sebab penceroboh itu untuk meninggalkan Lahad Datu, keadaan ini yang membimbangkan kerajaan Filipina kerana usaha mereka memujuk pewaris Sultan Sulu itu, nampaknya mengalami kegaggalan.
Kini, tindakan mengusir penceroboh itu terletak di tangan Pasukan Keselamatan Negara, apa kah akan terus mengadakan rundingan atau mengambil tindakan ketenteraan.
Sama-sama kita tunggu kesudahannya selepas tengah malam ini.
Barangkali ramai yang tak pernah lihat pijat. Demang pun tak pernah.
Pijat tidak sama dengan pepijat tetapi istilah pepijat itu memang diambil daripada nama pijat.
Kata orang tua-tua, jangan lah kerana marahkan pijat kelambu dibakar.
Sebenarnya pijat dan kelambu tiada kaitan. Pijat hidup dan membiak pada tilam dan bantal sedangkan kelambu adalah benteng bagi menghalang serangan nyamuk.
Maknanya, kalau di rumah kita ada pijat janganlah disalahkan kelambu. Pijat yang bodoh atau sesat sahaja yang bergayut pada kelambu.
Justeru jika kita rasa gatal hingga tidur terganggu, siasatlah puncanya. Adakah akibat nyamuk atau pijat?
Kadang-kadang orang di sebelah pun boleh menyebabkan kita gatal!
Jika disebabkan pijat, jangan dipersalahkan kelambu dan jika angkara nyamuk pun, tak perlulah dibakar kelambu. Nanti hilang masalah pijat, dapat pula demam denggi.
Seteruk-teruk pijat pun, taklah sampai bawa maut.
Sekarang demam pilihanraya semakin terasa. Ramai juga yang dah tak tidur malam. Gatal barangkali.
Apapun, ingatlah kita semua. Jangan sebab dek marahkan pijat kelambu pula yang kita bakar.
Jika koyak pun, tampunglah sebab yang nak kita bina ialah sebuah negara dan bukannya tempat tidur yang biasa.
Negara bukan seperti katil yang boleh kita beli di kedai!
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Amat menyedihkan bagi seorang YB sekiranya majlis yang dibuatnya gagal mendapat sambutan. Inilah yang terjadi kepada ADUN Teratai, Lee Ying Ha atau Janice Lee, apabila sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di DUN beliau gagal untuk menarik bakal-bakal pengundi. Nampak gayanya DAP kena memikirkan kembali sama ada untuk terus meletakkan Janice Lee untuk mempertahankan DUN Teratai.
Majlis sambutan Tahun Baru Cina hanya diserikan dengan dua tiga Pak-Pak Lebai Melayu Islam yang "pelahap" datang menjamu selera ke jamuan di majlis berkenaan. Tidak pastilah sama ada inilah Pak-Pak Lebai yang menjemput YB Janice Lee untuk masuk ke dalam Masjid untuk mengedarkan limau mandarin tempoh hari.
Harakahdaily, lidah rasmi parti PAS semakin melampau dan keterlaluan. Sidang pengarang akhbar berkenaan sanggup memutarbelitkan kenyataan Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah. Kenyataan Baginda diputarbelitkan dan diubahsuai sesuka hati ketika Baginda bertitah di dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk "Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Fitnah ini berterusan apabila cybertroopers belaan PAS menyahut fitnah berkenaan di laman sosial Facebook. Baca pembohongan Harakahdaily di sini. Harakahdaily sewajarnya menukar slogan portal berkenaan daripada "Tepat Dari Sumber" kepada "Tepat Dari Sumber Fitnah!"
Dengarlah sendiri kenyataan Raja Nazrin Shah yang dirakam di wacana berkenaan seperti di bawah:
Ini pula adalah transkrip penuh ucapan Raja Nazrin Shah sebelum diubahsuai dan diputarbelitkan oleh Harakahdaily.
Dewan Bahasa dan Pustaka merintis usaha menganjurkan Wacana Perpaduan Ummah. Wacana ini berlangsung ketika persaingan politik di kalangan ummah sedang memuncak. Ia berlangsung pada waktu yang sangat mencabar memandangkan Pilihan Raya Umum Kali Ke-13 diramal akan diadakan dalam masa terdekat. Langkah menganjurkannya pada waktu yang sensitif ini adalah satu langkah berani. Dewan Bahasa dan Pustaka berkemungkinan berhadapan risiko untuk disalahertikan, apatah lagi jika nada diskusi dan esolusi yang dirumuskan, bakal menghiris perasaan mana-mana kabilah politik. Penganjur wacana memilih istilah ummah. Perkataan ummah disebut lima puluh satu (51) kali dalam al-Quran, manakala dalam bentuk jamak, umum disebut tiga belas (13) kali. Berdasarkan tafsiran kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ummah bermaksud umat Islam yang luas lagi menyeluruh merentasi sempadan negara – sempadan wilayah. Dalam konteks wacana ini, Beta memilih untuk memberikan fokus kepada isu perpaduan ummah di Malaysia;
Menjurus kepada isu perpaduan Melayu supaya wacana ini tidak dilarikan penglihatan melihat tungau di seberang lautan, melupakan gajah di hadapan mata. Wacana ini perlu bersedia membicarakan isu perpecahan ummah secara terang lagi bersuluh, meskipun air yang ditepuk bakal mercik ke muka sendiri. Dua parti politik Melayu-Islam, iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu. UMNO dan PAS semakin bersaing untuk berada di atas, kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik untuk mempertahan, begitu juga untuk mendapatkan kuasa. Secara zahir, perpecahan ummah diandaikan terbelah dalam dua kabilah politik; tetapi perlu diselami lebih dalam daripada itu, kerana dua kabilah politik itu dianggotai oleh pelbagai individu, tiap seorang memiliki pelbagai kerenah, pelbagai agenda, pelbagai hasrat, pelbagai niat. Terdapat jurang antara yang tersurat dan yang tersirat, antara akal dan nafsu, antara kata dan kota. Malah persaingan politik telah menghalalkan cara hingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam, melanggar tata kesopanan budaya Melayu. Fitnah, pemalsuan dan penghinaan yang keterlaluan terhadap lawan berlaku secara berleluasa.
Perbalahan berbentuk verbal, diperluaskan dalam bentuk penulisan dan dilebarkan melalui alam siber. Pada akhirnya nanti, dibimbangi tidak akan ada lagi tokoh Melayu yang credible dan boleh dipercayai. Sheikh Muhammad Abduh pernah mengingatkan bahawa Islam itu didindingi oleh umat Islam; ummah sewajarnya mengingatkan bahawa Melayu itu juga didindingi oleh orang Melayu. Kebelakangan ini, pertentangan di antara kabilah politik telah melarat kepada tindakan-tindakan berbentuk fizikal. Telah muncul kumpulan pengacau; daripada kalangan anak muda, berlagak samseng melakukan perbuatan yang mengetepikan undang-undang. Telah muncul anak muda mengoyak poster – melempar batu, mengadakan sekatan jalan raya – menyimbah cat ke potret pemimpin – memijak bendera negara. Anak muda jangan dididik bersifat samseng. Pihak berkuasa tidak harus memejamkan mata, di sebaliknya wajib bertindak tegas. Memperkenalkan dan bertoleransi kepada budaya samseng adalah satu kesilapan besar, ia bakal mencetus huru-hara, ia adalah perbuatan mungkar yang tidak mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi, ia berpotensi menjadi bumerang yang bakal memakan diri sendiri. Keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik yang berlainan, tetapi ummah teramat bimbang akan arah haluan kegiatan politik yang terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa.
Ummah kelihatan semakin taksub menumpukan kesetiaan pada slogan, pada lambang, pada simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda bangsa yang lebih besar serta kelangsungan bangsa untuk jangka panjang. Sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa terhakis. Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan bangsa, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan, disifatkan menyinggung perasaan kaum lain. Persaingan kabilah politik bagaikan tidak lagi menghiraukan tindak tanduk yang semakin meletakkan ummah berada dalam situasi bagaikan telur di hujung tanduk. Bilangan ummah yang tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian masih ramai; malah tidak kurang yang bertambah mual dengan gelagat politik yang keterlaluan.
Perpaduan yang mahu dicapai hendaklah diperluaskan untuk menyepadukan matlamat besar yang satu, dalam kepelbagaian konstituen bangsa yang sedang berlaku.
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan. Sifat mempamerkan 'kami kurang Melayu' atau "'we are less Malay"' untuk populariti politik, adalah perbuatan silap paling besar dan penderhakaan paling durjana kepada bangsa Melayu.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah. Sejarah perjuangan bangsa Melayu bermula dengan pelbagai pertubuhan. UMNO ditubuhkan melalui Kongres yang menghimpunkan 41 pertubuhan Melayu. Ketika memperjuangkan kemerdekaan, terdapat pelbagai pertubuhan Melayu, bagai himpunan pelbagai perahu tetapi berdayung menghala ke destinasi yang sama. Pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu, laksana ranting-ranting, bila terhimpun berupaya menyalakan api besar, hingga berjaya meruntuhkan gagasan Malayan Union. Kekuatan bangsa ketika itu, tidak didukung oleh kemewahan kewangan; pertubuhan- pertubuhan Melayu majoritinya tidak dipimpin oleh sarjana berkelulusan tinggi, tetapi dipimpin oleh para guru dan ustaz, kerani dan penghulu, petani dan nelayan, tetapi cekal dengan semangat sedia berputih tulang daripada hidup berputih mata.
Jika Dewan ini boleh bersuara, ia akan bercerita kepada kita, kisah perhimpunan bersejarah, Peristiwa Api dan Air Mata yang pernah berlangsung di sini. Pada petang 3 Mac 1967, berhimpun di Dewan Bahasa dan Pustaka dua ribu (2000) umat Melayu dari seluruh tanah air, atas nama individu, atas nama 120 pertubuhan Melayu, merumuskan ketetapan, menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 menyentuh Fasal 152 Perlembagaan yang dianggap telah dipesongkan daripada erti dan tafsirannya, diselewengkan daripada semangat dan kehendak sebenarnya. Peristiwa bersejarah yang menghasilkan antologi puisi Keranda 152, terkandung lembut kata yang diungkap oleh Sasterawan Negara Usman Awang; Malam itu di Balai Budaya Api dan Air Mata Malam itulah juga Parlimen jadi pertanda Memenggal leher BAHASA'. Kata-kata tersebut menikam dalam ke dada pemimpin, meninggalkan bisa lebih beracun dari Keris Taming Sari yang ditusuk ke dada Hang Jebat. Hari ini di manakah terkuburnya pertubuhan-pertubuhan Melayu ? Apakah kekuatan yang masih ada di kalangan pertubuhan Melayu yang masih bernafas ? Ummah perlu kembali menghidupkan semangat dan roh pertubuhan yang benar-benar berkecuali, tidak memihak, tidak partisan, dihormati dan digeruni oleh pemimpin, oleh pentadbir, oleh akademia, oleh kabilah politik.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya daripada Ilahi, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Raja Pemerintah atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya. Raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri telah menunjukkan sebaik contoh, bersifat tidak partisan ketika menyempurnakan peranan masing-masing berlandaskan peruntukan Perlembagaan.
Di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Terengganu, Raja Pemerintah, masing-masing berangkat merasmikan Dewan Undangan Negeri walaupun kabilah politik negeri berkaitan sedang atau pernah diterajui oleh kabilah politik yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan; begitu juga menghadiri acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan masing-masing. Demikian juga peranan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Sabah di era Sabah tidak diperintah oleh Barisan Nasional. Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan Kolej Universiti Insaniah di Kedah baru-baru ini, adalah sebaik contoh pendirian institusi Raja yang tidak partisan. Raja dan Yang Dipertua Negeri kekal diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersandarkan jawatan rasmi tanpa diskriminasi kepada identiti politik yang mereka wakili.
Sejajar dengan sejarah penubuhan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan imej berkecualinya yang belum tercalar, amatlah sesuai untuk Dewan diamanahkan mengambil tanggungjawab sebagai sekretariat kepada usaha menyatupadukan ummah. Untuk membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memenuhi hasrat tersebut secara berkesan, ia harus diberikan kepercayaan, ia harus diberikan amanah, ia harus diberikan fleksibiliti politik dan ia juga harus diterajui oleh personaliti yang diterima dan dihormati kerana integriti dan sifat berkecualinya, mengambil tanggungjawab. Beta tidak terkecuali berhadapan situasi serba salah untuk menzahirkan kebenaran, ditelan mati emak – diluah mati bapa, kerana kebenaran itu ada kalanya amat pahit untuk dimamah.
Namun jika penyakit ummah mahu diubati, Beta berpegang, betapa pahit sekalipun, ummah harus sedia memamahnya; Beta tidak reda jika satu hari nanti, Raja Melayu itu dianggap tidak kisah nasib ummahnya, tidak hirau urusan watannya, tiada kekuatan menzahirkan hakikat; Beta tidak reda, Raja Melayu itu dilukiskan sekadar berkhayal dan bermimpi, hanya bergurindam dan bersyair dengan kata pujian kerana takut menghadapi realiti; dan ketika ummahnya gundah gulana, Raja leka bermain catur di dalam istana. Beta amat insaf, betapa tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu Raja Pemerintah, turut diadili di hari kebangkitan seperti peringatan yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran yang bermaksud; Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan