Sabtu, 4 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 04 Dec 2010 01:11 AM PST

DunSemarang


Kg Haji Mean,,,,mohon Balai Raya.

Posted: 03 Dec 2010 11:55 PM PST


KAMPUNG HAJI MEAN – Penduduk Kampung Haji Mean, Sungai Bekok, Yong Peng mengharapkan pihak yang berkenaan membantu mereka mendirikan sebuah balai raya bagi memudahkan lebih kurang 200 penduduk untuk mengadakan sebarang aktiviti.Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga anak kepada pengasas kampung berkenaan, Mokhtar Mean, berkata sekarang ini penduduk kampung terpaksa menggunakan sebuah warung yang ada untuk dijadikan tempat mereka berkumpul.

Menurutnya, kerana ketiadaan tempat khusus untuk mereka berkumpul dan berbincang bersama mereka menggunakan warung yang selalunya dikenali sebagai tempat penduduk kampung minum.
pembinaan balai raya berkenaan yang bakal di- gunakan sebagai pusat aktiviti kami yang sebelum ini kami terpaksa melakukan aktiviti berkenaan dengan tidak sempurna kerana tiada tempat yang khusus.

Mokhtar berkata, ada juga aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana tempat yang sesuai dengan apa yang dirancang tidak ada di kampung ini seperti apa juga pertandingan di peringkat kampung atau pun kursus serta ceramah.


"Hendak menggunakan dewan orang ramai pihak majlis terlalu jauh yang berada di pekan Yong Peng dan sudah tentu ramai yang tidak dapat menyertainya serta ia agak tidak sesuai.

Menurutnya, tempat untuk didirikan balai raya berkenaan sudah ada dan hanya untuk menunggu pihak yang berkaitan sahaja mahu membinanya atau pun tidak.(Sumber Berita SINAR dan Fcebook Nuriyati/Subah)

Berdasarkan maklumat di atas Saya telah ke Kg Haji Mean dan bertanyakan berkaitan berita tersebut, namun En Mokhtar tiada saya berjumpa salah seorang penduduk yang enggan namanya di siarkan, memang benar penduduk Kg Haji Mean memerlukan Dewan Orang Ramai untuk pelbagai aktiviti. Majoriti kami adalah ahli akar UMBI UMNO yang di bawah Dun Yong Peng. Setakat ini kami hanya memohon secara lisan sahaja. Saya mencadangkan agar beliau membuat permohonan secara hitam putih serta kertas cadangan dan saya sudi untuk membantu sebagai warga UMNO akar UMBI yang prihatin. Perkara ini akan dimaklumkan kepada YB Datuk Samsolbari dan Saudara Halid Saat (S/U Bhg)ByM69

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 03 Dec 2010 03:08 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Najib umum bahagian kedua MEB petang ini, urai teras inklusif

Posted: 02 Dec 2010 08:31 PM PST

Link artikel: http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/najib-umum-bahagian-kedua-meb-petang-ini-urai-teras-inklusif/

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Bahagian kedua Model Ekonomi Baru (MEB) yang lama dinanti-nantikan akan dilancarkan petang ini oleh ini dengan dipercayai akan menekankan elemen-elemen inklusif untuk meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan menjelang 2020.

Laporan bahagian kedua akan dikeluarkan pukul 5 petang ini.

"Bahagian kedua MEB akan diumumkan esok (hari ini). Kami akan menyampaikan secara langsung menerusi Twitter (live-Tweeting), perkembangan terkini dari semasa ke semasa mulai pukul 5 petang," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi mesej Twitter lewat petang semalam.

The Malaysian Insider difahamkan ia akan menggariskan secara terperinci pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing, yang memberi tumpuan kepada komponen tenaga kerja - yang akhirnya mahu menuju ke arah peningkatan pendapatan rakyat.

"Ia lebih bersifat inklusif... kepentingan semua kaum diambil kira, tiada penekanan khusus kepada mana-mana kaum, tetapi pada masa yang sama, kepentingan setiap rakyat tidak diabaikan... pendekatan yang akan diumumkan dalam laporan kedua ini memang sesuatu yang menarik," kata sumber yang tidak mahu dikenali kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan khusus Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa pentadbiran Najib tidak mengabaikan soal tindakan afirmatif untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dalam menggubal MEB.

Gesaaan yang dikemukakan itu dikatakan menjadi salah satu sebab kelewatan kepada pengumuman laporan kedua MEB.

Sebelum pelancaran, sekretariat dijadual akan mengadakan sesi taklimat atau bengkel khas kepada pihak-pihak berkepentingan termasuk tokoh-tokoh perniagaan dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

"Bengkel ini disusuli dengan pelancaran laporan bahagian kedua model ini oleh Perdana Menteri," kata sumber itu lagi.

Najib melancarkan bahagian pertama MEB yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan pada 30 Mac lalu.

Bahagian kedua ini, yang dilihat agar lewat diumumkan, dinantikan banyak pihak selepas kerajaan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10.

Awalnya bahagian kedua ini dijangkakan akan diumumkan bersama Rancangan Malaysia Ke-10 dan disepadukan dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 kelak.

Ketika pelancaran bahagian pertama, Perdana Menteri berkata, pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.

"MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi ia menjanjikan pulangan lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

"Sehubungan itu, adalah perlu MEB memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik.

"Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat seperti mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara.

"Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar," kata beliau ketika itu.

Laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia - dari segi individu dan wilayah.

Oleh itu, tegas Perdana Menteri, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip yang mesra pasaran, merit, telus dan keperluan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

Posted: 03 Dec 2010 01:41 PM PST

umno bahagian cheras


'Anwar cuba perangkap Najib' - Syed Ali

Posted: 03 Dec 2010 01:00 AM PST

DATUK Seri Najib Tun Razak tidak harus terperangkap dengan strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sengaja menggembar-gemburkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan di adakan pada tahun depan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Anwar sengaja berbuat demkian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada 2011 dan peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik.

Katanya, ramai berpendapat peguam utama dalam kes liwat Anwar, Karpal Singh akan menggunakan kelicikannya untuk melanjutkan perbicaraan kes tersebut sehingga Jun 2012.

"Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri mengadakan PRU pada pertengahan tahun depan membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO," tegasnya.

katanya lagi, Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) cuba memerangkap Najib dengan memukul canang kononnya PRU akan diadakan pada pertengahan tahun depan.

Syed Ali juga mengingatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dengan kecenderungan kaum Cina yang dikatakan 'tidak kisah' dengan isu penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika PR memenangi PRU akan datang.

"Orang Melayu harus berhati-hati kerana perpecahan di kalangan mereka telah dipergunakan oleh pihak bukan Melayu untuk melebarkan pengaruh politik mereka," ujarnya.

Mengenai konsep Ketuanan Rakyat yang dicanang oleh Anwar, Syed Ali menjelaskan Penasihat Umum PKR itu sememangnya tidak memperdulikan terhadap untung nasib orang Melayu di negara ini.

"Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah kaya-raya dan mereka tidak memperdulikan terhadap sebahagian besar lagi orang Melayu yang masih miskin, matlamat mereka adalah untuk berkuasa dengan menjadikan orang Melayu sebagai alat," katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali menyarankan kerajaan supaya menyiasat dari mana dan bagaimana Anwar memperolehi sumber kewangan bagi membiayai pergerakan PKR.

Justeru itu, beliau mahukan supaya setiap kepimpinan UMNO disemua peringkat supaya mempertingkatkan gerakan penerangan dan mengumpul sebanyak mungkin input yang boleh dijadikan bahan untuk menangkis pelbagai dakyah pembangkang menjelang PRU akan datang.

"Kita kena bersedia kerana ancaman pembangkang tidak boleh dipandang ringan, mereka juga memiliki strategi untuk melemahkan UMNO dan BN," katanya.

Bagaimanapun beliau yakin, geraf sokongan rakyat terhadap prestasi kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri semakin meningkat kerana kerajaan BN tetap meneruskan tradisi membela nasib mereka.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 03 Dec 2010 11:52 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


MELAYU DULU, MELAYU SEKARANG

Posted: 02 Dec 2010 09:09 PM PST

Assalamualaikum,

Menulis mengenai Melayu, ia sangat menyentuh perasaan saya sebenarnya. Ternyata Melayu dahulu berbeza dengan Melayu sekarang.

Melayu dahulu sangat serius dan peka dengan kepentingan bangsanya, pantang dicabar dan diperlekehkan, maka bangkitlah Melayu. Suara Melayu adalah suara keramat pada waktu itu. Suara Melayu tidak akan ada yang berani menyanggah. Melayu dahulu sanggup melakukan apa sahaja, mempertaruhkan apa sahaja demi agama, bangsa dan negaranya. Kehebatan Melayu dahulu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Oleh kerana itu, lahirnya kata-kata, takkan Melayu hilang di dunia. Itu Melayu dahulu.

Melayu sekarang?. Melayu sekarang mudah melatah, Melayu sekarang sanggup jadi pak turut, Melayu sekarang pandai bercakap tapi tak pandai buat, Melayu sekarang hanya jaguh di jalan raya (menjadi perusuh dan penunjuk perasaan), Melayu sekarang hanya hebat di pentas ceramah... Melayu sekarang, di mana identitinya.

Walaupun bukan semua Melayu sama seperti Melayu sekarang itu, namun sudah ramai yang bergelar "Melayu Sekarang" itu.

Hakikatnya, Melayu sekarang tergamak mahu membuang ketuanan Melayunya. Tergamak merendah-rendahkan bangsa politik kononnya pendekatan Ketuanan Melayu itu lebih bersifat kehambaan. Siapa kata?

Sela hampir 60 tahun Malaysia merdeka dengan semangat ketuanan Melayu, tidak pernah ada kepentingan bangsa lain tersekat, disekat atau mundur ke belakang. Malah bangsa-bangsa lain bebas dengan amalan dan cara hidup bangsanya - dalam banyak keadaan, bangsa lain jauh lebih berjaya?. apakah mereka berjaya selama ini kerana menjadi hamba Melayu?. Tidak. Falsafah itu sengaja diwujudkan oleh golongan yang telah terlajak kata mengenai bangsanya sendiri.

Agak malang sebenarnya, apabila orang pertama yang memperlekeh dan cuba merendah-rendahkan Melayu adalah orang Melayu sendiri. Nah!, mungkin ada yang berkata bahawa memperkatakan mengenai bangsa adalah sempit. Orang yang bercakap sedemikian adalah mereka yang mahu melacurkan kepentingan bangsa dan mereka hanya mahu menghalalkan segala-galanya termasuk menjahamkan bangsa sendiri agar cota-cita mereka tercapai.

Rakyat harus sedar akan hakikat ini. Jangan terpedaya, terperangkap dengan golongan yang tergamak menghina bangsanya sendiri.

Melayu sekarang, bangkitlah mempertahankan bangsa kita. Mari kita bersatu, sepakat dan bertekad dalam mendepani situasi ini. Melayu, mari kita menolak pengkhianat bangsa ini.

Perjuangan kita masih jauh, membina Melayu yang cemerlang dan hebat, bersifat local dan global - kita semua harus membina kekuatan ini kerana Melayu telah terbukti bukan hanya melindungi Melayu tetapi menjadi payung kepada bangsa-bangsa lain.

Mudah-mudahan Melayu sekarang tidak mudah lupa - yang tersesat, kembalilah ke pangkal jalan.


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 03 Dec 2010 11:20 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN

Posted: 02 Dec 2010 07:25 PM PST


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa rakyat agar tidak terjerumus dengan perangkap pembangkang yang sentiasa mahu memutarbelit dan mencari idea bagi mengelirukan masyarakat.

Katanya, pakatan pembangkang sentiasa menimbulkan pelbagai isu termasuklah mencabar Perlembagaan Negara, keselamatan dan sistem demokrasi berperlembagaan yang menjadi amalan untuk tujuan menimbulkan keresahan dan rasa gelisah di kalangan rakyat.

"Pembangkang ini sengaja buat perkara yang bertentangan dengan agenda kerajaan dan apa juga yang dilakukan oleh UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan dicabar dan diperkotak-katikkan biarpun sebenarnya mereka juga mendapat manfaat dan nikmat daripada pelaksanaannya," kata beliau yang juga Setiausaha Agung BN.

Apa yang penting katanya adalah memperteguhkan ikatan yang terjalin bukan hanya di kalangan pemimpinnya tetapi juga diperingkat akar umbi dengan menjadikan asas perjuangan dan prinsip parti sebagai pegangan.

"Kita perlu kembali kepada asas perjuangan sebenar supaya tidak terkeluar dari landasan asal yang telah digariskan iaitu berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Dalam hal ini, beliau turut mengingatkan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mentrasformasikan perjuangan berlandaskan perkembangan semasa berlandaskan Gagasan Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Saya berkeyakinan kalau kita berpegang kepada prinsip dan asas perjuangan tersebut maka tidak mustahil untuk kita kekal kukuh dan teguh serta dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan."

Katanya lagi, pakatan pembangkang cuba menimbulkan isu baru sebagai usaha mereka yang mahu lari daripada persoalan rakyat terhadap kepincangan dalam parti mereka termasuklah ketidakpercayaan ahlinya sendiri.

"Inilah permainan pembangkang yang takut untuk berdepan dengan kenyataan. Mereka sentiasa lari dari persoalan sebenar sedangkan sebelum ini semua sedar bagaimana tekanan yang telah diberikan oleh ahli-ahli mereka sendiri pada pemimpin atasannya."

Katanya, kedangkalan dan ketidakseimbangan pakatan pembangkang yang masih terus tercari-cari identiti sewajarnya diambil sebagai satu tauladan dan lonjakan bagi UMNO dan BN sendiri untuk terus memantapkan matlamat perjuangan.

"Kita bekerja bukan hanya untuk mengukuhkan UMNO malah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku apatah lagi tentunya pelbagai cabaran menanti apabila berdepan dengan pembangkang yang terdiri daripada parti serpihan UMNO sendiri," katanya yang merujuk kepada PAS dan PKR yang sentiasa menunding jari menyalahkan UMNO.

Sumber Berita – MediaUMNO

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyokong pandangan dan teguran yang di sampaikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sesungguhnya kembali kepada asas perjuangan adalah landasan sebenar demi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.


Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:


(1) وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا وَاذْكُرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ {أل عمران:103}

(1) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah seraya berjemaah, dan janganlah kamu berfirqah-firqah (bergolong-golongan), dan ingatlah akan nikmat Allah atas kamu tatkala kamu dahulu bermusuh-musuhan maka Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan nikmat itu kamu menjadi bersaudara, padahal kamu dahulu nya telah berada di tepi jurang api Neraka, tetapi Dia (Allah) menyelamatkan kamu dari padanya; begitulah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk."

(QS.Ali 'Imran:103 )



PUTERI TITIWANGSA

Posted: 03 Dec 2010 09:02 AM PST

PUTERI TITIWANGSA


Jualan Amal Pu3 Titiwangsa

Posted: 02 Dec 2010 08:19 PM PST

Kalau tuan-tuan dan puan-puan kelapangan pada hari Sabtu ini(4 Oktober 2010),jemputlah datang ke Desa Pandan. kami akan mengadakan Jualan Amal barangan terpakai yang telah didermakan oleh orang ramai untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan.

Jualan amal tersebut akan bermula pada pukul se awal jam 8.30pagi hingga jam 4.00 petang bertempat di
hadapan padang Blok B7 & Madrasatul Khairat Desa Pandan .

Marilah bersama-sama kita beramal sambil membeli!!!!

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 03 Dec 2010 07:31 AM PST

Apo Kono Eh Jang!


Soalan bodoh dari Nizar di Sidang DUN Perak..

Posted: 02 Dec 2010 11:53 PM PST

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang semakin panas, dipanaskan lagi dengan kebebalan Ahli Parlimen Bukit Gantang iaitu Mohd Nizar Jamaluddin. Semua telah sedia maklum bahawa Nizar merupakan bekas Menteri Besar Perak sebelum ini, tetapi nampaknya dia telah membuktikan mengapa jawatan tersebut tidak kekal padanya.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, Nizar boleh dikatakan memperbodohkan dirinya di Sidang DUN tersebut dengan mengajukan soalan-soalan bodoh kepada pihak kerajaan negeri.

Mungkin Nizar beranggapan bahawa, dengan soalan-soalan demikian dia mampu untuk menarik sokongan rakyat. Tetapi Nizar lupa bahawa rakyat Perak bukanlah sebodoh yang dia sangka. Jadi tindakannya mengajukan soalan tahap pemikiran budak tadika tersebut, hanya menampakkan lagi ketidak cerdikan wakil PAS didalam sidang itu.

Soalan yang menjadi bualan hangat di dunia siber dari Nizar ini ialah "Berapakah perangkaan terkini peratusan rakyat Islam ini yang akil baligh mendirikan solat lima waktu"?

Untuk menunjukkan dirinya pandai, Nizar mengatakan bahawa dia telah merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Datuk Fadzilah Kamsah di sebuah Taman sekitar Ipoh yang mengatakan bahawa hanya 15% umat Islam yang mengerjakan solat 5 waktu dikawasan tersebut.

Malangnya, apakah kajian perseorangan yang dibuat oleh Datuk Fadzilah Kamsah ini boleh dijadikan rujukan untuk mencerminkan jumlah sebenar isu tersebut di seluruh negeri Perak? Inilah yang Nizar terlepas pandang. Keghairahannya untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional Perak telah menjadikan Nizar paling dunggu sekali dikalangan semua wakil pembangkang.

Amat memalukan! Bagi saya, jika soalan yang sama diajukan kepada Nik Aziz sekalipun, takkan mampu orang tua tersebut jawab. Apatah lagi jika soalan yang sama oleh Nizar ini diajukan pula kepada Presiden PAS, Hadi Awang. Dan paling penting, apakah Nizar sendiri mengetahui jawapan bagi soalan yang ditanyakannya di Sidang DUN tersebut?

Sepatutnya Menteri Besar Perak Dr Zambry bertanyakan kembali soalan yang sama kepada Nizar. Cuma ditambah sikit perkataan PAS pada soalan tersebut. Sebagai contoh, "berapakah perangkaan terkini peratusan ahli Pas dan anak-anak ahli PAS yang akil baligh mendirikan solat lima waktu"?

Ataupun, "Berapa ramaikah nisbah pemimpin Pas yang berbini dua, dan dari nisbah itu berapa ramaikah yang benar-benar ikut cara Islam mentadbir dan menjaga kedua-dua bininya sebagaimana Nabi Muhammad SAW"?

Mesti terkebil-kebil Nizar dan seluruh wakil-wakil PAS didalam sidang dewan tersebut nak menjawab soalan sebegitu.

Inilah bukti bahawa Nizar dan PAS Perak langsung tak mempunyai kredibiliti untuk memerintah negeri tersebut. Sebab itulah agaknya Allah swt kembalikan bumi Perak kepada Barisan Nasional bagi mengelakkannya hancur ditangan manusia-manusia yang tak mampu berfikir dengan rasional seperti Nizar Jamaludin dan gerombolan Pakatannya.

Semakin hari, semakin nampak segala perangai meroyan PAS dan Pakatan di Perak. Sepatutnya mereka menghormati sistem demokrasi yang menyebelahi Barisan Nasional memerintah negeri, bukannya menganggu perjalanan sistem tersebut dengan membuat kacau sewaktu persidangan DUN.

Tunggulah saja pada PRU yang akan datang. Undi rakyat pada masa itu akan menentukan siapa yang lebih berhak menerajui negeri Perak. Tetapi sebelum sampai tarikh itu, buatlah kerja dengan baik serta berhemah kerana anda semua sebagai pemimpin sedang memikul tanggungjawab dan amanah dari rakyat.

Rakyat bukan mengangkat wakil mereka sebagai pemimpin hanya sekadar untuk mengajukan soalan-soalan bodoh dan untuk bermain-main sewaktu persidangan DUN. Nizar dan semua pemimpin Pakatan perlu sedar akan perkara ini!

Oleh Che Wan

Tiada ulasan:

Pengikut