Pakatan Rakyat |
Posted: 03 Apr 2011 03:06 PM PDT | Deklarasi Klang Bantah Pembinaan Loji Nuklear Posted: 03 Apr 2011 05:03 AM PDT TVS NEWS PELABUHAN KLANG : Polis mengenakan sekatan jalan untuk menghalang sebuah majlis tunjuk perasaan aman anjuran Pakatan Rakyat bagi membantah rancangan Kerajaan Persekutuan membina loji nuklear RM22 bilion di Pulau Ketam Selangor. Kekangan polis itu bagaimanapun gagal menghalang Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan puluhan orang lain untuk berkumpul di sebuah dewan orang ramai bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek loji itu yang mencetuskan keresahan orang ramai. "Kami, rakyat Malaysia yang hari ini berkumpul di Klang, mendesak Kerajaan Pusat membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear di negeri ini khususnya di Klang. Kami percaya loji nuklear tidak selamat seperti di Fukushima, Jepun dan memberi impak kepada kesihatan rakyat adalah serius," kata Charles, membacakan apa yang dikenali sebagai Deklarasi Klang. "Kami cadang kerajaan beri fokus kepada tenaga boleh baru untuk tampung keperluan tenaga negara dan kami tak percaya propaganda kerajaan Pusat bahawa tenaga nuklear adalah bersih, efisien dan selamat. Dan akhir kami minta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan pembinaan loji di Selangor," terang Charles, membaca deklarasi itu dihadapan wakil media. Sejak awal pagi, kira-kira 100 anggota polis mengadakan kawalan ketat di sekitar jeti Pulau Ketam bagi menghalang tunjuk perasaan itu yang mendapat sokongan pelbagai parti politik dan pertubuhan alam sekitar. Penganjur kemudian mengambil keputusan untuk mengalihkan majlis ke sebuah dewan orang ramai yang berhampiran. Menurut Charles, kerajaan Barisan Nasional hanya akan membazirkan wang rakyat jika meneruskan pembinaan loji nuklear berkenaan. "Rancangan kerajaan sekarang ialah pada tahun 2021 dan 2022 ialah untuk bina loji nuklear di Malaysia. dan loji itu termasuk dalam program ekonomi kita," kata Charles. ""Kosnya RM 22 Billion, tapi ikut masa, mungkin naik ke RM 50 Billion," tambah beliau. Tindakan polis pagi tadi menyebabkan ramai pihak dapat menyertai perhimpunan ini untuk meluahkan rasa kesal terhadap projek loji nuklear berkenaan. Sejak awal pagi lagi, sekatan dilakukan di jalan masuk Jeti ini manakala mereka ingin melaluinya disoal serta digalakkan polis untuk meninggalkan kawasan berkenaan. Charles dan hadirin lain dihalau sebanyak dua kali dari kawasan jeti Pulau Ketam oleh polis sebelum mereka berkumpul di sebuah Dewan milik Majlis Perbandaran Klang untuk meneruskan protes. Charles menganggap provokasi polis itu sebagai memalukan kerana hak rakyat untuk bersuara dinafikan. "Rakyat tak diberi peluang hak berhimpun secara aman. Walaupun ia menjadi hak yang diberi Perlembagaan Malaysia tapi Polis Di Raja Malaysia yang sekarang ini seperti Raja Malaysia. "Ini merupakan sesuatu yang memalukan. Kalau (loji nuklear) ada masalah, pejabat polis kena, anak-anak mereka kena. Jadi mereka patut bersama-sama kita dan bukan menentang hak kita," tambahnya lagi. | TKM 1 P.Pinang Dakwa Sambutan Lawatan Najib Hambar Posted: 03 Apr 2011 05:00 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan. Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, kehadiran Najib seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah. "2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang dengan bas. Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang Perdana Menteri? "Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa.. bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN," kata Mansor kepada Tv Selangor. Semalam Najib dipetik sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu. "Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama. Walau bagaimanapun, tidak semena-mena hari ini presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu. Koh juga menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula dipetik sebagai berkata, Pakatan Rakyat tidak kisah dengan laungan Najib sebaliknya bertekad untuk melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan di Pulau Pinang. "Pulau Pinang (pimpinan) PR akan mengadakan siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. "Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Guan Eng dalam satu kenyataan media. | Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN Posted: 03 Apr 2011 04:59 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Tindakan Putrajaya menarik balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu diedar di negara ini, beserta kebenaran mencetaknya pula, didorong semata-mata oleh pertimbangan politik, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak bulan ini. Tindakan itu kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sekaligus mencerminkan pendirian goyah kerajaan bersabit isu agama yang pada hakikatnya tidak boleh diganggu-gugat kedudukannya. Justeru, tindakan drastik itu katanya, satu lagi strategi terdesak kerajaan Umno-BN untuk memenangkan parti pemerintah pada pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pertengahan bulan ini. " Sudah tentu ini menunjukkan hanya wujud unsur politik semata-mata dan bukannya agama. Kalau soal agama selama-lamanya tidak akan berubah pendirian kerajaan. Ini semua kerana sekarang mereka rasa panas menjelang pilihanraya Sarawak," katanya. Negara semalam sekali lagi menerima kejutan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan 10 penyelesaian dicapai bersabit kontroversi Kitab Injil. Bukan hanya membenarkan ia dicetak di negara ini sebaliknya penganut Kristian juga dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Ia begitu kontras dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menahan 35,000 naskah Injil berbahasa Melayu sejak 2009 di Pelabuhan Kelang. Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu. " (Sekarang) kita lihat kerajaan kata satu peraturan di Sarawak, satu peraturan di Semenanjung. Itu bermakna unsur-unsur agama boleh dibahagikan mengikut majoriti Kristian atau majoriti Muslim. Jui Meng turut membidas tindakan badan bukan kerajaan dan mufti pro- Umno yang berdiam mengenai isu ini. " Apa yang saya lihat ialah PERKASA tidak buat demonstrasi, Tan Sri Harussani Zakaria tidak buat kenyataan yang mengeji, semua diam sahaja. Mula-mula peristiwa ini berlaku dahulu, ramai yang keluar memberikan kenyataan menyokong Umno. Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad secara sinis menyindir kepimpinan Najib Razak yang dilihat semakin hilang punca dalam meraih sokongan rakyat sehingga sanggup memperkecilkan agama masyarakat lain. Katanya, kerajaan pimpinan Najib sanggup menghalalkan apa sahaja pada masa kini, demi memenangkan parti itu pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini. Untuk rekod, penganut Kristian di Sarawak mencecah 40 peratus. " Apabila kepentingan politik tidak lagi diperolehi malahan tindakan kerajaan Umno-BN itu mendatangkan masalah dari sudut politik maka ia dibenarkan. Itulah Barisan Nasional,"katanya. " Atas dasar politik, mereka boleh haramkan. Atas dasar kepentingan politik juga mereka boleh halalkan berbanding dengan Pakatan Rakyat yang dari awal lagi katakan hukumnya harus kerana ia sememangnya hak orang-orang bukan Islam khususnya orang-orang nasrani berhubung agama mereka dan memang tidak ada masalah dari dasarnya," tambahnya lagi. | Posted: 03 Apr 2011 04:56 AM PDT TVS NEWS HULU SELANGOR : Pimpinan kerajaan perlu merancang secara teliti agar tidak menyisihkan warga Felda serta kaum Orang Asal di negara ini ke dalam arus pembangunan negara. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal Peringkat Kebangsaan 2011 semalam berkata, walau bagaimanapun warga Felda juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan pihak tertentu yang hanya berminat dengan tanah milikan mereka. " Kajian yang kita buat telah menunjukkan dalam 10 - 15 tahun yang akan datang, apabila kita sampai 2025, lebih daripada 90 peratus daripada kawasan-kawasan " Oleh sebab itulah negeri Selangor perlu merancang, memikirkan bagaimana pembangunan masyarakat di Felda dan Orang Asal ini dapat dibuat supaya mereka yang mempunyai hak dan tidak ketinggalan dalam pembangunan tersebut," kata beliau. Menurut Khalid, kerajaan Selangor telah menerima banyak aduan berkenaan tanah warga Felda di mana pemilik tanah dijanjikan bayaran tetapi sehingga kini tiada Tambah beliau, contoh ketara seperti yang berlaku di Felda Suharto dan Felda Sungai Buaya apabila terdapat puluhan warga Felda dijanjikan bayaran lumayan untuk menjual tanah mereka yang akhirnya menyebabkan penduduk berkenaan hilang sumber pendapatan. Katanya lagi, keadaan ini bukan lagi satu perkara aneh tetapi sudah menjadi perkara biasa di kalangan warga Felda di mana pemilik tanah Felda memberikan kuasa penuh kepada pihak tertentu apabila ditabur janji-janji manis. "Kenapa dia tanda tangan sampai serah 'seluar dan baju'? Itulah sebabnya saya pun tak tahu nak kata apa. Kalau saya marah, nanti orang akan katakan saya bersikap seperti orang korporat. Memang tak boleh ditolong, tapi satu saya ada (buat), saya rampas tanah mereka (yang digadaikan), ini yang orang mula marah pada saya," jelas beliau. Khalid menjelaskan, perkara sebegini turut berlaku ke atas masyarakat Orang Asal yang dijanjikan rumah dan wang ringgit agar mereka meninggalkan tanah asal mereka. Kata beliau, satu penyelesaian perlu dicari bagi memastikan keadaan sebegini dapat dielakkan dan pada masa yang sama memastikan warga Felda dan kaum Orang Katanya lagi, dilihat dari aspek pembangunan, Malaysia khususnya negeri Selangor amat bernasib baik kerana mendapat pembangunan yang rapi dengan peningkatan ekonomi masyarakat yang stabil. "Di Petaling Jaya, kalau dulunya tanah-tanah di PJ, satu kaki persegi pada 25 tahun dahulu dengan harga RM10 sekaki, tetapi sekarang, kalau nak beli dengan harga RM10, saudara akan dapat hanya setengah inci persegi. Dan sekarang, satu kaki persegi melebihi RM250," jelas beliau. | Anwar Tegas PRN Sarawak Adalah Pertembungan Satu Lawan Satu Posted: 03 Apr 2011 04:45 AM PDT TVS NEWS SARIBAS : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa pertandingan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April depan hendaklah berlandaskan kepada prinsip satu lawan satu. Anwar berkata kesepakatan ini telah dicapai di antara KEADILAN, PAS dan DAP yang memungkinkan gagasan tersebut memenangi undi popular sebanyak 51 peratus di Semenanjung pada Pilihanraya Umum ke-12, tiga tahun lalu. "Kita melalui KEADILAN, PAS dan DAP telah bersetuju untuk lawan satu lawan satu. Ini yang menyumbang kepada kemenangan besar kita di Semenanjung pada 2008. Tapi ada satu parti kecil yang sudah digantung sekian lama dan hampir mati, tiba-tiba di pilihanraya ini mahu bertanding berpuluh-puluh kerusi. "Dari mana dia dapat kekuatan ini kita tidak tahu, dari mana dia dapat wang sebegitu banyak kita pun tidak tau," kata Anwar ketika bercakap kepada hampir 200 penduduk Melayu di Kampung Tuie, Betong di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Saribas. Bagaimana pun Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat mampu memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 16 April depan kerana sedar mereka telah ditipu oleh Barisan Nasional selama ini. "Kita tengok dalam kes PKFZ, tanah rakyat miskin diambil dengan harga yang amat murah, puak-puak ini (BN) di mana-mana pun akan menipu rakyat. "Kali ini saya yakin rakyat Sarawak akan tempa sejarah yang amat berharga dengan membawa perubahan yang diidamkan selama ini," tegas Anwar. Beliau berkata BN tidak pernah mahu memahami hasrat dan hati nurani rakyat yang hanya mahu mempertahankan hak mereka yang telah dinafikan sejak puluhan tahun terutamanya dalam isu rampasan tanah adat NCR. Anwar mengulangi janji beliau untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru pada PRU ke-13 nanti. "BN tak pernah tahu turunkan harga baik minyak, barang makanan sehingga rakyat menderita. Kali ini kita turunkan mereka (dari tampuk kekuasaan) dan kita naikkan sebuah kerajaan yang prihatin dan adil kepada rakyat," ujar Anwar lagi. | 10 lagi maut protes bantah bakar al-Quran Posted: 03 Apr 2011 04:28 AM PDT LAPORAN — Reuters KANDAHAR — Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 83 cedera di bandar Kandahar, selatan Afghanistan - pada hari kedua protes ganas ekoran tindakan membakar al-Quran oleh kumpulan fundamentalis radikal Kristian di Florida, Amerika Syarikat bulan lalu. Serangan berani mati juga disaksikan di pangkalan tentera NATO di Kabul, sehari selepas pejabat misi PBB di Mazar-i-Sharif, di utara Afghanistan, dan membunuh tujuh staf asing. Ia merupakan serangan paling buruk ke atas pejabat PBB di Afghanistan. Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa bendera putih Taliban. Dua yang terbunuh adalah anggota polis Afghanistan, kata seorang pegawai. Duta PBB Staffan de Mistura berkata, pihaknya akan mengkaji semula aspek keselamatan tetapi tidak akan meninggalkan negara itu ekoran serangan kelmarin. Penunjuk perasaan marah dengan tindakan Pastor Terry Jones yang menyelia tindakan membakar al-Quran di depan 50 orang di gereja yang diketuainya di Florida, 20 Mac lalu. Kelmarin, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja-kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat PBB selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif. Jones, 58, yang mengetuai gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001. Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House. Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan. Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Pengadilan Al-Quran dan kemudian menyelia tindakan membakar al-Quran. | Protes Interlok: MP antara dua ditahan di Batu Caves Posted: 03 Apr 2011 04:26 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran dari DAP dan aktivis MS Arjunan yang mengadakan protes membantah novel kontroversial Interlok ditahan polis tengah hari tadi. Kempen di pekarangan Batu Caves itu adalah sebahagian protes diadakan sejak lebih sebulan lalu membantah Interlok daripada digunakan sebagai buku teks sastera di sekolah menengah kerajaan. Dalam mesej Twitternya, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata: "YB Mano Teluk Intan dan M.S. Arjunan dari (NGO) Tamil Students ditahan di Batu Caves kerana mengadakan demonstrasi menentang Interlok. Kata tidak buat BN." Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata mereka ditahan sebagai langkah pencegahan. "Mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan haram di kawasan kuil, jadi kami menahan untuk mengekalkan keamanan," katanya lagi. Novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain empat dekad lalu berhadapan dengan polemik sejak awal tahun ini. Pada 24 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Parlimen bahawa kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali". Interlok, edisi asal diterbitkan kali pertama pada 1971 dan kemudian diulang cetak dua tahun kemudian dengan diperbaiki dan edisi kedua diterbitkan pada 1996. Edisi Murid diterbitkan pertama kali pada 2010 berikutan novel ini telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilai Teks Sastera Kementerian Pelajaran sebagai Novel Komponen mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima mulai tahun ini. Bagaimanapun isu ini berlarutan ekoran tindakan beberapa wakil masyarakat Cina pula menyuarakan pandangan agar novel itu digugurkan daripada digunakan di sekolah minggu lalu. | Kajian: Anwar mangsa komplot bunuh karakter Posted: 03 Apr 2011 04:25 AM PDT Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR — Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh "Datuk T" dua minggu lalu. Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang. Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India. Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral. Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons. Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua. Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau. Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini. Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen. Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu. Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan. Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu. Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya. Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t. "Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. | Lim: PR tak risau laungan Najib, tapi tekad gandakan perubahan Posted: 03 Apr 2011 04:22 AM PDT Semalam, sempena lawatan sehari, perdana menteri berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu. "Pulau Pinang (pimpinan) PR akan mengadakan siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. "Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Ketua Menteri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sebaliknya Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, persoalan penting ialah dalam usaha nekad mereka itu adakah BN sanggup untuk "menutup" perbezaan-perbezaan yang amat mendalam di kalangan parti komponen perikatan itu. Antaranya menurut Lim, siapa yang bakal menjadi ketua menteri jika BN menawan balik Pulau Pinang. Sehingga Mac 2008, jawatan ketua menteri disandang oleh wakil Gerakan, komponen BN. "Bagaimana (mereka) dalam bersatu semula selepas percanggahan (pandangan) Umno Pulau Pinang yang rasis dan ektremis memanggil bukan Melayu sebagai pendatang, tidak hak untuk menuntut layanan saksama dan parti-parti bukan Umno dalam BN pula menentang langkah PR menaikkan peruntukan bagi hal ehwal Islam. "Atau, serangan Umno terhadap peruntukan tahunan RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas bahawa ia adalah haram kerana disalurkan daripada wang judi manakala Gerakan pula kata ia satu bentuk rasuah," kata Lim lagi. Malah, Lim juga menimbulkan persoalan kegagalan BN Pulau Pinang dalam mengatasi rasuah dalam pentadbiran lalu. Kata beliau, PR Pulau Pinang akan mengarahkan pemimpinnya khususnya wakil rakyat-wakil rakyat untuk menunjukkan sejauh mana mereka telah berkhidmat kepada pengundi-pengundi mereka bagi membawa kelainan berbanding ketika era BN. "Pada masa yang sama, kerajaan negeri PR akan turun padang utnuk menjelaskan kepada rakyat perubahan-perubahan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri sejak 2008," katanya lagi. Sehubungan itu Lim juga berkata, PR tidak akan selesa ataupun berada dalam persekitaran penafian dengan cabaran terbaru Najib, yang juga presiden Umno. "Sebaliknya hanya melihat ini (cabaran) sebagai retorik daripada perdana menteri, kami akan melihat ini sebagai satu cabaran saingan untuk melakukan yang lebih baik. "Sebagaimana saya telah katakan, salah satu perbezaan besar antara PR dan BN ialah kapasiti PR untuk membawa perubahan, humiliti dan kesediaan untuk mengakui kesilapan kami, yang dimotivasikan oleh keinginan untuk (membawa) penambahbaikan," kata beliau lagi. Lim menambah, sementara PR bersedia untuk menghadapi cabaran terbaru dilontarkan oleh Najib ini, kerajaan negeri Pulau Pinang juga kesal kerana perdana menteri telah disalah maklum oleh BN negeri itu bahawa rakyat Pulau Pinang khususnya pemilik-pemilik gerai berhadapan dengan tekanan dan kesukaran menyara hidup berbanding ketika era pentadbiran BN sebelum ini. "Ini salah dan tidak benar," kata Lim sambil menambah, kerajaan negeri melayan dan menguatkuasakan undang-undang dengan seimbang. Ekonomi Pulau Pinang pula katanya, mengalami pertumbuhan dengan rekod pelaburan bersejarah RM12.2 bilion, yang mengatasi kedudukan pelaburan di negara ini. "Kerajaan negeri Pulau Pinang PR adalah bagi semua rakyat tidak kira kaum, agama dan latar belakang politik," katanya lagi. Tambahan pula kata Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang tiada kedudukan kewangan yang kuat untuk bersaing dengan kerajaan persekutuan dari segi peruntukan dana. "Jika Najib mahu membiayai penuh kos mengecat semula flat-flat Rifle Range dan kesemua rumah pangsa dibina kerajaan di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk memberi laluan dan biar kerajaan pusat yang mengambil pujian," katanya lagi. Lim menambah, Najib juga ada mengatakan yang beliau hanya mengunjungi flat Rifle Range sekali dan mengumumkan kerajaan negeri akan memberi subsidi 80 peratus kos kononnya selepas mengetahui perdana menteri akan melawat, yang diadakan semalam. "Sekali lagi, Najib disalah maklum oleh penasihat-penasihat BN Pulau Pinang. Ia bukan kali pertama saya melawat flat Rifle Range. "Dan, keputusan kerajaan negeri mahu memberikan subsidi 80 peratus kos mengecat bukan dimaklumkan kali pertama di flat Rifle Range atau di Kampung Melayu tetapi kira-kira dua minggu lalu di flat Mahsuri di Bayan Baru, yang perdana menteri tidak melawat langsung. "Atas alasan ini, jika Najib dan kerajaan pusat sanggup untuk menaja kos mengecat semula seratus peratus, kerajaan negeri bersedia untuk memberi laluan," kata Lim sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berlumba-lumba dengan kerajaan persekutuan dalam memperbaiki kehidupan rakyat. "Meletakkan kepentingan rakyat berbanding politik sentiasa menjadi asas bagi kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat," kata Lim lagi. | Giliran Najib pula ajak orang Pulau Pinang bermimpi Posted: 03 Apr 2011 04:21 AM PDT Oleh Roslan SMS Hari tu Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno dengan megah mengisytiharkan yang Umno BN akan kembali berkuasa di Selangor dengan menyasar memenangi 9 kerusi. Walaupun ramai tahu kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor agak mantap ekoran prestasi memberangsangkan di bawah MB Tan Sri Khalid Ibrahim disamping kelemahan dalaman Umno BN sendiri selain kebencian rakyat kepada ketempangan dan kepincangan Umno BN yang lalu, namun Muhyiddin tanpa segan terus memainkan juga lagu-lagu khayal dan mengenakkan telinga sekadar sesama Umno BN. Apa lagi yang nak beliau katakana bila mengunjungi Selangor, takkanlah beliau nak katakan PR bagus! Kini giliran Najib pula. Dalam kunjungan beliau ke Pulau Pinang, beliau pula mengisytiharkan yang BN bakal merampas kembali Pulau Mutiara itu dari tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Alasan Najib – terdapat angin perubahan meniup deras di Pulau Pinang. Sekali lagi sindrom Umno Kelantan turut dimainkan di Pualu Pinang, iaitu Umno dan BN kuat dan pelbagai lagi. Hakikatnya tulang belakang BN di Pulau Pinang iaitu Gerakan sudah pupus, apa lagi MCA dan MIC yang sepatutnya membantu meneguhkan kedudukan Umno turut hancur berkecai. Umno sendiri kalah beberapa kerusi pada PKR dan PAS. Dan dari 11 kerusi (PR menang 29 kerusi)DUN yang Umno menang di Pulau Pinang hampir 5 kerusi di bawah majoriti 500 undi. Demikian kedudukan BN di Pulau Pinang kini, apa yang isitmewa yang boleh melonjakkan mereka bangkit untuk merampas kembali Pulau Pinang sebagaimana dibayangkan Najib? Bolehlah Najib dan Muhyiddin jelajah Selangor, Pulau Pinang dan kemudian Kedah dan Kelantan, berdegar-degar mendabilk dada mendakwa BN dan Umno boleh rampas kembali negeri-negeri ini. Sekadar cakap kosong, siapa pun boleh. Malangnyabuat mereka berdua rakyat Malaysia kini sudah dewasa terutama dari segi pertimbangan dan membuat keputusan. Mustahil mereka mahu kembali kepada ketempangan dan kepincangan yang lampau. Jangankan negeri-negeri yang disebutkan itu, malah negeri-negeri lain termasuklah Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain semua ada potensi menolak BN yang semakin membosankan. | Video seks: Umum anggap Umno, BN dalang Posted: 03 Apr 2011 04:13 AM PDT Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, Majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi Barisan Nasional (BN). Kajian kendalian firma bebas Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu. Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing. Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu. Daripada 504 responden yang ditemui, 85 peratus sedar kewujudan video itu manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu. Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu. Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah. "Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara," katanya. Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu. Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan. Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu. Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya. Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-BN tetapi Allah s.w.t. "Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." Selain Abdul Rahim, dua "Datuk T" yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Ketiga-tiga mereka merupakan ahli politik dan perniagaan terkenal dalam lingkungan BN-Umno ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar, juga Ketua Umum PKR, turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. | Pilihan Raya Sarawak TS Taib: Pemimpin yang kebal Posted: 03 Apr 2011 04:11 AM PDT Oleh Aspan Alias MACC tidak mempunyai kekuatan dan kudrat untuk menyiasat tuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang di lakukan oleh TS Taib Mahmud sejak berdekad-dekat yang lalu. Boss nombor satu dan nombor dua MACC begitu 'agitated' apabila di tanya berterusan oleh wakil media kenapa dan sejauh mana kah MACC telah lakukan untuk menyiasat dan melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa resah rakyat terhadap imej TS Taib. Keresahan itu bukan sahaja dirasakan oleh penyokong BN tetapi juga dirasakan oleh rakyat biasa kerana isu ini melibat harta benda mereka. Bagi penyokong BN mereka merasa begitu lemah untuk melakukan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat dan tidak bermaya untuk menafikan wujudnya apa yang dituduh oleh banyak pihak tentang perlakuan Ketua Menteri yang paling lama duduk memerintah negara kenyalang itu.Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat negara ini tetapi juga banyak pihak yang lain di peringkay antarabangsa. TS Taib merupakan orang yang paling dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Malahan di dalam banyak tulisan dan komentar di dalam negara dan di luar Negara Taib telah diletakan sebaris dengan nama-nama pemimpin seperti Marcos, Suharto, Tito dari Yugoslavia dan hailie Salasie dari Ethiopia serta banyak lagi nama-nama yang 'notorious'. Seluruh dunia melihat dengan dekad segala gerakkan Taib di dalam menjalankan tugas selaku peneraju dalam pilihanraya Sarawak yang ke-10 pada 16 hb yang akan datang ini. Bagi mereka yang berfikir yang nama yang baik adalah criteria yang penting untuk mengetuai usaha mendapatkan mandat rakyat, melantik beliau (Taib) untuk dipaparkan kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan yang berterusan dari rakyat merupakan satu tindakkan yang payah diterima oleh sesiapa yang mempunyai semangat demokrasi. Di sinilah MACC boleh memainkan peranan dengan menyiasat serta merongkai segala pandangan negatif rakyat terhadap pemimpin yang berusia 75 tahun ini. TS Taib tidak ubah seperti Maharaja yang duduk bersimpuh dan segala arahan dan tindakkannya tidk ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun oleh pucuk pimpinan Persekutuan. Jika isu dua atau tiga ribu ringgit yang di isukan terhadap Teoh Beng Hock boleh menyebabkan berlakunya apa yang semua orang tahu telah berlaku, bagi pemimpin seperti TS Taib tidak siapa boleh menahannya termasuk siasatan dari MACC berhubung dengan isu yang mengelilingi beliau. TS Taib telah memdapatkan segala immuniti dari apa-apa tindakkan undang-undang. Undang-undang hanya boleh dilaksanakan terhadap rakyat marhen seperti kita sahaja. Tidak ada siapa yang suka-suka mengkritik institusi seperti MACC tetapi apa yang berlaku ini tidak dapat sesiapa yang mampu bertahan dari memberikan kritikan. Kita sepatutnya bersama-sama memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang mencemarkan pentadbiran kerajaan jika kita benar-benar mahukan sokongan rakyat yang berterusan. Setelah tekanan yang begitu besar baru terdengar TS Taib berhasrat untuk meletakkan jawatan, tetapi hanya setelah memenangi pilihanraya. Kenyataan itu sendiri merupakan pengakuan bahawa beliau menerima hakikat bahawa beliau berkewajipan untuk meletakan jawatan kerana ingin menjaga imej kerajaan itu. Tetapi baru sekarang jugalah terbukti bahawa selama tiga dekad pemerintahannya beliau rupa-rupanya masih belum ada pengganti yang sesuai dan yang muktamad. Kalau zaman Tunku menjadi PM, semua rakyat tahu jika beliau meletakan jawatan dan bersara. Tun Razaklah pengganti beliau. Begitu jugalah semasa Tun Razak memimpin. Husein Onn lah orang yang akan menggantikan beliau dan seterusnya Mahathirlah pengganti Husein jika Husein meletakkan jawatan. Selepas itu Mahathir telah memecahkan tradisi ini kerana dari awal lagi beliau lebih menumpukan usaha untuk memerintah sepanjang hayat jika ada peluang dan Musa Hitam bukannya pemimpin yang beliau mahukan mengganti beliau. Hasilnya berbagai alasan telah diberikan untuk membuatkan Musa tersepit dn terpaksa meletakan jawatan. Akhirnya Mahathir lah PM yang memecahkan rekod mempunyai empat Timbalannya sebelum meletakan jawatan setelah 22 tahun memimpin. Malahan sehingga sekarang Mahathir masih lagi dianggap sebagai PM oleh penyokong-penyokong 'totok'nya. Budaya ini sudah menjadi budaya yang kekal di dalam politik kita orang Melayu. Bak kata perbidalan, 'bapak kencing berdiri, anak kencing berlari'. Konsep kepimpinan melalui teladan ini benar-benar berlaku di Sarawak. Taiblah murid Mahathir yang terbaik. Kata orang guru tetap guru tetapi muridnya mungkin menjadi Raja. Mahathir adalah gurunya dan Taib adalah murid yang telah menjadi Maharajah. Ketiadaan persediaan awal untuk menyediakan pimpinan pengganti beliau ini membuktikan bahawa Taib tidak pernah berfikir untuk meletakkan jawatan selama ini. Sekarang 'sudah nak berak baru menggali lubang' kata orang tua-tua. Mungkin BN masih lagi boleh selamat kali ini, itu pun kerana sikap PKR yang tamak dan sedang bergeser dengan SNAP dalam perebutan kerusi didalam pilihanraya ini. Jika PKR dan SNAP telah menyelesaikan isu ini lebih awal kita bolehlah rumuskan yang BN Sarawak akan menjadi pembangkang di DUN negeri itu. Sampai bila kita hendak selamat kerana kekusutan pihak lain? Bila kah masanya kita akan disokong secara 'legitimate' dan bukan kerana kuasa dan infra politik yang kuat yang ada kepada kita? DAN sampai bila kita hanya berjaya kerana diselamatkan oleh pengundi pedalaman yang hanya mengikut kuasa yang ada kepada kita secara membuta tuli ini? Sampai bila…? Bila kah masanya kita akan berjaya kerana mendapat sokongan yang benar-benar 'legitimate' dari rakyat dan tidak lagi kerana helah-helah politik orang yang sedang berkuasa? Adakah akan sampai ketikanya yang kita memenangi pilihanraya dengan perlaksanaan demokrasi yang tulin? Walaupun jalan ke arah itu seolah-olah sudah tertutup namun kita wajar berdoa agar Tuhan memberikan hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak memudharatkan negara pada masa-masa yang akan datang. Bagi pandangan saya, hanya afa'al Tuhan sahaja yang akan membuka hijab kita semua untuk melakukan perkara-perkara yang hanya di dalam keredhoan Tuhan yang Maha Esa. — aspanaliasnet.blogspot.com | Bob Lokman pusing Kuala Terengganu bawa mesej 'PAS Ganti Umno' Posted: 03 Apr 2011 04:07 AM PDT PASPB KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa 'bekas selebriti' Bob Lukman menjelajah bandar Kuala Terengganu bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno' (PGU) kepada warga 'bandaraya' tersebut. Setiausahanya Wan Faizul Abas berkata, program 'santai' itu dianjurkan bersama dengan pemuda 'bandaraya' Kuala Terengganu yang dimulakan dengan minum pagi di pasar Cabang Tiga dan berakhir di Pasar Besar Kedai Payang. (Gambar kiri - bertemu dengan orang ramai di Pasar Cabang 3 selepas minum pagi di kedai 'sup bebola ikan Nazim'.) "Ia adalah pendekatan bersemuka dengan masyarakat bandar, disamping kita mengedarkan risalah bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno', (PGU), http://buletinonline.net/images/stories/berita45/boblokmanKT035.jpg"terutamanya memberi awasan dan kesedaran tentang program Himpunan Kbangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) kali ke-3 yang akan diadakan di Kuala Terengganu Mei depan,"ujarnya ketika ditemui. Wan Faizul berkata, pimpinan PAS negeri Terengganu telah memutuskan PGU kali ke-3 ini di panggil sebagai 'PGU100K' yang mensasarkan 100,000 orang kehadiran ahli, penyokong serta pendokong PAS dan Pakatan Rakyat ke program tersebut. (Gambar kanan - bersama orang ramai di suatu pameran kesihatan di Mydin Mall, disebelah kiri Bob adalah Wan Faizul) Katanya, kedua-dua Himpunan PGU, kali petama di Chukai, Kemaman dan PGU kali ke-2 di Jerteh, Besut, telah berjaya menghimpunkan masing-masing, lebih 50,000 hadirin. "Justeru, pemuda mengambil langkah awal mempromosikan PGU100K, sempena lawatan Bob ke Kuala Terengganu,"katanya | Perancangan video seks bersepadu libatkan banyak pihak bukan hanya 3 'T' Posted: 03 Apr 2011 03:56 AM PDT PASPB Sekurang-kurangnya kes video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sahih. Soal kesahihan ini bukan sahaja membabitkan pembikinan video seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Ismail tetapi apa yang lebih sahih ialah isu siapa yang mengusahakannya. Berbeda dengan dua kes konspirasi yang juga berbaur seks yang cuba dipalitkan ke atas Anwar sebelum ini, kes kali ini jelas digerakkan oleh orang politik. Dalam kes pertama Anwar dihukum bersalah kerana "salah guna kuasa" untuk lindungi apa yang dikatakan perbuatan seks sumbangnya. Beliau dipenjara enam tahun. Namun Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan kehakiman tertinggi Negara kemudian mendapati kes itu tidak benar dan membebaskan Anwar. Yang jelasnya, walaupun dapat dihidu umum kes itu adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan wibawa kepemimpinan Anwar, tangan-tangan politik yang terbabit cuba disorokkan oleh pelbagai institusi – polis, mahkamah dan juga media – daripada dikenalpasti umum. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik kedudukan politiknya dan enggan memberi keterangan di mahkamah tetapi tidak pernah lelah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar (termasuk yang terbaru dalam Memoir yang bercambah kesalahan fakta). Begitu juga kes tuduhan liwat kedua. Berhempas pulas institusi yang sama cuba melindungi perancang-perancang di sebalik tuduhan terhadap Anwar. Seberapa boleh biarlah Anwar terpaksa berhadapan dengan pihak kehakiman, media dan juga polis sahaja. Sehingga kes bersambung semula pertengahan bulan ini, akan dapat disaksikan pula betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bersilat enggan ke mahkamah. Kes ketiga ini lain sedikit. Mungkin kerana silap langkah dan disergah oleh beberapa pihak yang pada mulanya menjadi sasaran untuk mengukuhkan rencana jahat mereka – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Solidariti Anak Muda, Badrul Hisham Shaharin -- pihak penganjur drama politik video seks ini tidak sempat dan dapat mengelak diri. Ketiga-tiga mereka terpaksa mengaku pembabitan dalam kisah video seks ini. Mereka menggelarkan diri kumpulan Datuk T (satu nama pelik yang terpaksa direkacipta setelah tembelang mereka diketahui umum) dan, mendapat nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Maka oleh kerana ketiga-tiga Datuk T ini orang politik dan mempunyai rekod yang kurang cemerlang dalam soal keluhuran amalan politik mereka, maka sahih ada unsur politik dalam konspirasi ini. Lebih penting lagi amat mudah sekali kes ini dikaitkan dengan motif politik – jatuhkan Anwar. Hakikat ini apabila ditokok dengan musim pilihanraya Sarawak, maka suluhan terhadap motif politik yang digerakkan orang-orang politik Umno yang masih enggan pencen ini amat ketara. Bahawasanya mereka ini dipacu oleh dendam kesumat politik peribadi dan kepartaian adalah amat jelas. Soal adakah dendam kesumat Rahim, Shuib dan Eskay Abdullah sahaja yang menjadi pendorong kepada usaha menggunakan perencah seks untuk menjatuhkan Anwar? Tentu tidak. Ada pihak lain yang lebih berkepentingan yang yakin bahawa hanya fiksyen seks yang boleh meranapkan kerjaya politik Anwar. Sudah tentu entiti pendengki dan bacul ini adalah Umno. Sebagai gerakan politik yang sudah hampir lumpuh dan yang hanya mampu mengatur langkah bila disogok wang ringgit, Umno nampaknya makin ketandusan idea untuk menang dalam persaingan politik. Betapa tidaknya, tema untuk menjatuhkan musuh hanya mampu dikaitkan dengan seks. Memang benar pepatah orang dahulu kala, "alah bisa tegal biasa" dan "turutkan nafsu lesu." Kelesuan politik Umno ini nampaknya juga membawa kesuraman kepada daya pemikiran dan tindakan institusi lain yang memang sebelum ini juga bertolak-tolak tidak mahu dikenalpasti rakyat sebagai tangan-tangan yang terbabit dalam konspirasi skala besar ini terhadap Anwar ini. Cara laporan media misalnya, jelas tidak berdaya lari daripada usaha cuba mensensasikan rekayasa konspirasi. Dengan mengulang pendekatan yang sama dari kes fitnah seks satu hingga tiga, ia sekaligus mengisytiharkan betapa dangkal dan lemahnya daya fikir pengendali media arus perdana. Mungkin kerana mereka sendiri tidak mampu mengendali naluri seks masing-masing, maka merekapun merumuskan bahawa kisah-kisah seks mampu membantu jualan akhbar dan melonjakkan "ratings" televisyen mereka. Begitu juga dengan cara penyiasatan polis. Yang disiasat ialah orang yang mengadu difitnah dan teraniaya. Dengan menggunakan taktik yang condong kepada pengesahan cerita-cerita fitnah, ketiga-tiga kes disiasat menggunakan pendekatan sebegitu. Kes terakhir yang segera disiasat bukan kesalahan memiliki, menayang video lucah serta identiti pelaku adegan seks tetapi ketulenan video! Motif Rahim jelas. Dia kehilangan kerusi Ketua Menteri Melaka pada 1994 sebab terpalit kes rogol gadis bawah umur. Motif Eskay pula adalah kerana terlepas imbuhan berjuta ringgit kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi kes tuntutan komisyen dalam projek Jambatan Bengkok. Motif Shuib pula adalah dendam Perkasa sebuah badan yang mahu Melayu terus Perkasa dalam politik Malaysia (hanya kerana ia mendakwa Melayu) tetapi gerun bersaing dengan orang lain kerana kurang yakin pada kebolehan sendiri. Motif institusi yang bersengkongkol apa pula? Takut! Ya takut hilang kedudukan dan jawatan kerana kecurangan ketua-ketua silam. Jika mengaku pemimpin institusi seperti polis, kehakiman dan media sebelum ini curang dan culas, kedudukan sendiri akan diperkecil masyarakat. Jadi atas nama untuk memelihara keluhuran institusi, mereka pun meneruskan tradisi dan politik usang dengan harapan rakyat tidak dapat membaca pembabitan mereka. Maka yang sahih, kes kali ini adalah kes konspirasi politik skala tinggi. | Fitnah Seks Memang Sudah Sekian Lama Didedahkan Al-Quran Posted: 03 Apr 2011 03:53 AM PDT PASPBSHAH ALAM : Al Quran bukan buku cerita atau buku sejarah. Ia adalah pedoman dan pembimbing manusia mengenal diri, tanggungjawab dan siapa Tuhannya. Sebab itu kisah-kisah dalam al Quran harus digarap dan difahami demi mencari pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan petunjuk pada semua masa dan persekitaran. Cerita Nabi Yusuf alaihi salam (a.s.) misalnya, amat relevan dengan kehidupan dahulu, kini dan selamanya. Ketika mengupas kisah ini dan hubungannya dengan realiti sosial, ekonomi dan politik hari ini, ahli pemikir Dr Sidiq Fadzil menyerlahkan betapa serasinya al Quran ini digunakan untuk umat manusia di Malaysia membaca suhu politik, dan ragam kemanusiaan rakyat serta pemerintahnya. Beliau menghuraikan bahawa manusia memang sukar menceraikan sikap dan perasaan dengki. Ia biasa menjeruk jiwa sesiapa dan dalam persekitaran apa jua. Dalam kes Nabi Yusuf a.s, yang dengki kepadanya ialah adik beradiknya sendiri. Alasan dendam dan dengki mereka amat lumrah – berebut kasih sayang. Atau, mungkin juga kerana kekurangan unsur itu dalam diri. Didorong sifat dengki kerana kononnya Yusuf a.s. kononnya lebih disayangi oleh bapa, Yaakob a.s, mereka pun melakar konspirasi untuk memadamkan kehadiran Yusuf a.s. dalam persekitaran hidup mereka. Kisahnya: Yusuf a.s. dibuang ke dalam telaga. Di sebalik itu al Quran pun mendedahkan helah manusia (dalam kes ini adik beradik Nabi Yusuf a.s. sendiri) mereka cipta bukti palsu dengan melumur darah kambing pada baju Yusuf dan dikemukakan kepada bapa mereka kononnya adik mereka itu telah dibaham serigala. Kecurangan begini masih berulang hingga hari ini hingga kepada usaha "menanam" DNA sebagai bukti. Nabi Yusuf ditemui kafilah yang lalu dekat telaga ketika mencari air. Namun gerombolan ini mengambil kesempatan penemuan ini dan menjadikan modal niaga. Yusuf dijual sebagai hamba sahaya. Iktibar daripada ini, kata Dr Sidiq ialah, meskipun menjadi hamba, kemuliaan Yusuf tidak luntur. Dia tetap pilihan Allah. Maka dikurniakan Yusuf pelbagai keelokkan – rupa diri, syaksiah dan kebijaksanaan yang tinggi. Ini menimbulkan ghairah pelbagai pihak untuk memiliki dan menguasainya. Maka terjadilah fitnah lebih besar terhadap Yusuf. Meskipun terbukti bukan dia menggoda isteri Al Aziz, majikan Yusuf, bahan fitnah berbaur seks ini menyebabkan lebih ramai yang berkepentingan di Mesir yang mahu Yusuf dipenjara. Sifat dengki dan dendam kesumat menjadi inti konspirasi. Maka ramailah yang tampil berbohong tentang "kejelekan" peribadi Yusuf dan terperosoklah baginda dalam penjara. Status banduan tidak melunturkan kemuliaan Nabi Yusuf a.s. Ilmu tamsil mimpi dan sifat abidnya kepada Allah, menjadi jatidirinya. Dia terus jadi pedoman banduan lain dan sentiasa diberi penghormatan dan dimuliakan. Yang signifikannya ialah apabila Yusuf dapat menafsirkan mimpi raja. Lebih istimewa lagi, Yusuf juga mampu menampilkan pelan induk ekonomi untuk Mesir. Nasib Yusuf berubah ketika itu. Bukan sahaja ditawarkan kebebasan, tetapi pelan ekonomi Yusuf mendorong Raja memberinya tanggungjawab menguruskan ekonomi negara. Yang mengkagumkan ialah, Yusuf tidak segera menerima tawaran Raja itu. Nabi Yusud mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat mengapa beliau dipenjara. Setelah terbukti nasib malang Yusuf itu berpunca daripada konspirasi yang membabitkan soal seks, dan namanya kemudian dibersihkan, barulah Yusuf menerima tanggungjawab sebagai penguasa ekonomi negara. Yusuf sedar, di hadapan Allah, tiada guna pangkat atau nama jika soal maruah tidak diutama. Pengajaran daripada kisah Yusuf ini ialah soal dengki tidak pernah mati dalam diri mana-mana manusia dan tamadun. Yang jadi persoalan ialah bagaimana mengawalnya. Rentetan itu, soal naluri seks juga tidak pernah lekang daripada jiwa manusia. Maka yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pula ia harus dikendali dan jangan dijadikan modal konspirasi sesama insan. Bayangkan betapa besarnya aib yang menimpa diri ketika usia telah lanjut apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja membongkar di depan mata anak cucu bahawa diri terbabit dalam konspirasi seks hanya kerana ketika itu hendak mengekalkan kuasa, kedudukan dan pangkat? Sifat buruk ini memang ada pada manusia. Sebab itu al Quran diturunkan untuk menjadi pedoman supaya mengelak mengulang kesilapan dan keterlanjuran manusia silam. Lebih penting daripada itu, kata Dr Sidiq, setiap insan mesti meyakini bahawa ujian ada di mana-mana. Lebih besar status dan kaliber seseorang itu, maka lebih getirlah ujian yang dihadapinya. Namun paksi ujian ialah bagaimana menundukkan kedengkian sesama insan. Dan, lebih penting lagi, ialah bagaimana mengenal dan mengelak diri terjerumus dalam sikap kepetualangan itu. Kisah seperti pengalaman Nabi Yusuf menunjukkan betapa tema kedengkian manusia – memadamkan kehadiran saingan dengan cara fitnah dan membunuh serta motif politik bertema rasuah dan seks sentiasa jadi juadah konspirator untuk menundukkan lawan politik mereka; dari zaman ke zaman. Maka jika kita percaya pada Allah dan sentiasa mengintai kebijaksanaan dan pedoman yang diselitkan dalam kisah-kisah Al Quran, maka tidak mungkin kita gusar akan fitnah dan cabaran dunia ini. Sebagai tunjang iman, kita percaya balasan Allah akan tetap berlaku terhadap yang memfitnah dan juga yang difitnah. Jika tidak di dunia, orang beriman yakin, di akhirat nanti ada ganjaran dan hukumannya. Sebab itu Allah menjanjikan Yaumil Masyar, Syurga dan Neraka. | LAGI AHLI UMNO ISYTIHAR SERTA PKR Posted: 02 Apr 2011 10:57 PM PDT Bertempat di Kg Tontologong, Melalap, Tenom, PKR Cabang menerima kemasukan anggota baru seramai 70 orang yang terdiri dari ahli-ahli UMNO Bahagian Tenom. Bercakap kepada wakil media PKR, penduduk kampung berkenaan menyatakan rasa kecewanya terhadap kepimpinan UMNO yang selama ini tidak memperdulikan kebajikan mereka. Juru cakap penduduk Kampung Tontologong, Ambiau memaklumkan bahawa selama BN memerintah hampir 48 tahun lalu, tiada satupun pembangunan telah dibuat di kampung berkenaan. Jalanraya pun masih bertaraf zaman batu, penuh dengan lumpur. Dalam ucapan Ketua Cabang PKR Halik Zaman, beliau mengalu-alukan penyertaan keanggotaan ke dalam Cabang PKR Tenom. Beliau percaya rakyat pedalaman kini bukan lagi seperti dahulu, yang hanya tunduk kepada pujuk rayu para pemimpin UMNO/BN. Rakyat pedalaman kini sudah sedar dan tidak lagi mahu diri mereka di pergunakan demi memenuhi kepentingan kepimpinan UMNO yang mementingkan kepercayaan kepuakan suku. Biarpun terdapat usaha kotor UMNO untuk menghancurkan PKR Tenom dari dalam dengan menarik sembilan orang AJK Cabang yang dipilih dalam Pemilihan Tahunan Cabang Tenom untuk kembali menyertai UMNO hari ini, namun Ketua Cabang PKR Tenom itu hanya tersenyum dan berkata; "Hari ini UMNO tarik 9 orang AJK PKR Tenom dan hari ini juga PKR telah ambil 70 orang akar umbi ahli UMNO dari kampung Tontologong Melalap Tenom." Ketua Cabang juga menyatakan, di sinilah kita dapat melihat ketakutan UMNO apabila melihatkan gelombang reformasi kian bertiup kencang di kampung-kampung di daerah Tenom. Maka untuk memperkukuhkan kedudukan para pemimpin UMNO, maka mereka sanggup untuk bermain kotor demi mempertahankan kedudukan mereka yang semakin goyah hari demi hari. Namun sokongan dan dokongan yang di terima dari ahli ahli UMNO dari kampung Tontologong yang amat menggalakkan, tidak mematahkan semangat kepimpinan Cabang PKR Tenom untuk meneruskan agenda perjuangan demi membela nasib rakyat Tenom. "PKR Tenom sudah lama menjangka AJK yang mudah dibeli itu sememangnya mereka tidak ada pengaruh akar umbi, daripada mereka menjadi duri dalam daging dalam PKR, lebih elok awal awal lagi mereka keluar dari PKR agar kita tahu yang mana kawan dan lawan," jelas Halik dengan ceria dan tenang. | A.R. Badul Diburu Polis Kerana Mencabuli Pelajar? Posted: 02 Apr 2011 10:50 PM PDT SABAH DAILY Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu. Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam. Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu. Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. "Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang. "Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya. Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek. "Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa. "Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya. "Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya. Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang. "Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya. Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut. Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan. Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu. Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis. Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. | Kenapa Harga Barang Naik Tidak Terkawal? Posted: 02 Apr 2011 10:44 PM PDT Setiap hari dan setiap detik, kita melihat betapa harga barangan naik tanpa sebarang pemberitahuan oleh pihak kerajaan. Daripada barangan keperluan asas sehinggalah barangan alat ganti, kenaikkan adalah tidak terkawal. Ramai yang mengatakan bahawa punca utama kenaikkan harga barangan ini disebabkan oleh kenaikkan harga minyak yang menyebabkan kos pengangkutan naik. Bagi barangan asas seperti bawang pula faktor bencana alam dijadikan alasan untuk kenaikkan itu Pada pendapat saya, kenaikkan harga barangan ini bukan berpunca dari faktor-faktor yang disebutkan tadi. Ini kerana sekiranya kos pengangkutan yang menjadi penyebab, semua orang tahu bahawa kos pengangkutan boleh diserap sekiranya pihak pemborong membeli secara banyak dan jika faktor bencana alam menjadi penyebab, ianya tidak berlaku setiap hari. Pernahkah kita terfikir bahawa faktor utama kenaikan harga barangan ini adalah disebabkan kerajaan Barisan Nasional. Apabila kepentingan gula diambil alih dari Robert Kwok oleh pihak Felda, bermulalah wawasan kenaikan harga barangan di Malaysia. Semasa Robert Kwok menjadi RAJA GULA di Malaysia, pihak kerajaan beberapa kali menolak permohonan beliau untuk menaikkan harga gula disebabkan kos pengeluaran yang bertambah. Apabila kepentingan beliau dijual kepada pihak kerajaan melalui Felda, harga gula segera dinaikkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya pihak kerajaan yang mempunyai kepentingan dalam industri gula boleh menaikkan harga tersebut sewenang-wenangnya, maka pihak pembekal barangan asas lain juga berani untuk melakukan perkara yang sama. Sebab itulah kita tidak boleh menyalahkan pihak pembekal barangan yang menaikkan harga. Kerajaan Barisan Nasional juga menaikkan harga minyak dan juga cukai perkhidmatan tanpa memaklumkan kepada orang ramai dan dilakukan secara diam-diam. Jika sebelum ini, cukai dikenakan 5% dinaikkan kepada 6% tanpa makluman secara menyeluruh. Kenaikkan ini hanya diketahui melalui notis-notis kecil yang ditampal di premis-premis perniagaan yang terlibat. Begitu juga dengan kenaikkan harga minyak. Media utama seperti TV dan akhbar langsung tidak menyebut tentang kenaikkan harga minyak seperti semalam yang mana RON 97 dinaikkan lagi 20 sen menjadi RM2.70 seliter, harga tertinggi dlam pasaran. Orang ramai mungkin berkata ianya tidak memberi kesan kerana mereka menggunakan RON 95 yang masih lagi kekal harga dipasaran. Tetapi orang ramai tidak sedar bahawa sebilangan besar usahawan di Malaysia menggunakan RON 97 kerana mutunya dijamin untuk kebaikkan enjin kereta. Apabila para usahawan ini menggunakan RON 97, ia termasuk dalam kos pengurusan dan secara tidak langsung, kos pengurusan meningkat dan keuntungan menurun. Jadi dalam hal ini, kenaikkan harga barangan oleh pihak pembekal sebenarnya tidak memberi keuntungan yang lebih kepada pihak pembekal tetapi kembali kepada tahap asal keuntungan sahaja. Kelibat kerajaan Barisan Nasional yang sering melaungkan kekukuhan ekonomi menyebabkan para kapitalis luar mengambil kesempatan kepada rakyat Malaysia. Bila sering mengatakan lonjakan ekonomi serta plan transformasi ekonomi yang berjaya, para kapitalis luar memandang Negara Malaysia mampu menyerap kenaikkan harga barangan dan tanpa memikirkan ekonomi sebenar Malaysia, mereka ini menaikkan harga barangan untuk diekspot ke Malaysia. Mereka juga mungkin terfikir betapa Malaysia sebagai pengeluar Minyak dan kelapa sawit boleh menaikkan harga tanpa dibantah oleh rakyat Malaysia. Inilah kesan hasil daripada kesombongan kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO. Sesuatu yang mungkin kerajaan Malaysia terlupa ialah kesan kenaikkan harga barangan keperluan asas yang tidak seimbang dengan pendapatan rakyat Malaysia akan menghasilkan satu revolusi anti kenaikkan harga barangan. Satu revolusi yang mungkin bermula dengan kecil akan marak menjadi besar sekiranya barangan asas keperluan tidak mampu dimiliki. Oleh itu, saya berharap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama bangun untuk menumbangkan kerajaan yang telah memimpin Negara selama 53 tahun yang kini telah terbukti bukannya semakin menyenangkan rakyat tetapi semakin menyusahkan rakyat. Lupakan kepada golongan warga emas kerana sokongan warga emas biasanya tidak berubah disebabkan faktor sejarah. Bahkan kalau ketika ini Najib meminta warga-warga emas ini menderma barangan kemas dan wang ringgit seperti yang dilakukan oleh Tunku Abd. Rahman sewaktu proses kemerdekaan dulu, akan ditunaikan oleh warga-warga emas ini. Kerana hati mereka telah ditanam dengan slogan "UMNO…Dulu, kini dan selamanya…" Kita berharap para pengundi di Sarawak akan memulakan langkah awal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kesedaran para pengundi Sarawak ditagih untuk kesejahteraan Malaysia Baru. Sekali lagi saya ingatkan….pihak pembekal tidak bersalah dalam isu kenaikkan harga barangan kerana tindakan mereka hanyalah berasaskan tindakan KERAJAAN BARISAN NASIONAL dibawah pimpinan UMNO. | JAMAWI DIBERI NOTIS 14 HARI UNTUK MINTA MAAF Posted: 02 Apr 2011 10:42 PM PDT Oleh: MEDIA PKR TENOM RIBUT dalam cawan yang melanda PKR Tenom ekoran tindakan Timbalan Ketua Cabang PKR Tenom, Lampag Kurais bersama lapan AJK Cabang serta beberapa ahli pemuda dan wanita menyertai UMNO kini kembali teduh; gagal meruntuhkan tebing permuafakatan; malah memperkukuhkan benteng semangat mereka untuk memperjuangkan nasib dan masa hadapan mereka di persada politik tanah air. Mesyuarat Jawatankuasa Cabang PKR Tenom yang telah diadakan kelmarin; antaranya agenda yang dibincangkan ialah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pembelot parti demi melestari keutuhan perjuangan yang dipimpin oleh veteran politik Sabah, Datuk Halik Zaman. Resolusi mesyuarat telah sebulat suara melantik Naib Ketua Satu Cabang PKR Tenom, Sani Kuak, 41, sebagai Pemangku Timbalan Ketua Cabang PKR Tenom dan beberapa muka baru dilantik mengisi kekosongan jawatan akibat penghijrahan Lampag dan pengikutnya. Dalam ucapan penghargaannya, Sani Kuak, merasa teramat kesal di atas taktik kotor, licik dan pembohongan Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan sekutunya Lampag yang membabitkan namanya menyertai kumpulan yang menerima habuan itu; meskipun beliau telah didatangi oleh dalang- dalang politik kotor UMNO di rumahnya. "Saya berterus terang dengan mereka akan misi perjuangan saya dan telah menolak dengan baik hasrat mereka untuk menjadikan saya seorang pembelot kepada anak cucu saya. Tetapi saya amat kesal kerana tanpa usul periksa mereka menyiarkan nama saya di akhbar tempatan, kononnya turut menyertai UMNO," ujar Sani yang memberi notis 14 hari kepada Jamawi untuk meminta maaf secara terbuka di akhbar tempatan dan media alternatif kerana mengaitkan nama beliau. Menurut Sani, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Jamawi dan UMNO yang telah secara malafide memburukkan namanya, memfitnah beliau dan mereka cerita politik kotor dan jelik terhadapnya. "Saya sudah berbincang dengan panel peguam PKR dan tindakan susulan akan diambil 14 hari selepas disiarkan di Sabahkini.net," tegas Sani yang menggesa agar semua ahli PKR dan Pakatan Rakyat berwaspada dengan taktik kotor UMNO dan BN sekalipun pilihanraya masih jauh. Dalam pada itu, Setiausaha PKR Cabang Tenom, Masery Raisimin memberi tahu mesyuarat bahawa pada 30 Mac dan 1 April lalu, mereka telah menerima keanggotaan yang ramai daripada Kampung Jawa (Kg. Jamawi Jaafar) dan Kampung Tontologong, Melalap. "Sambutan yang begitu hebat daripada ahli-ahli UMNO untuk menyertai PKR adalah di luar jangkaan. Mungkin kerana Jamawi merasa tercabar dan secara gopoh bertindak balas membeli AJK murahan PKR yang tidak berprinsip itu, setelah kecewa dengan minat rakyat yang kini berpaling tadah daripada BN yang dianggap mereka sebagai boneka UMNO," kata Masery. Menurut Masery lagi, sudah menjadi budaya UMNO, asal ada peluang atau menjelang pilihanraya, mesti berlaku 'pembelian' anggota PKR di mana-mana sahaja di Malaysia. "Mungkin resam itulah yang diamalkan oleh Jamawi yang kini berkonfrantasi dengan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi dan Ketua Wanita UMNO Tenom yang masing-masing mahu melobi calon Parlimen Tenom daripada Datuk Shafie Apdal, yang dikatakan orang kuat Presiden UMNO," jelas Masery lagi. | SHAFIE WAJAR HENTIKAN KECURANGAN KKLW Posted: 02 Apr 2011 10:37 PM PDT Oleh: MOHD YATIM SUHAILI MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digesa agar memohon maaf daripada rakyat Sabah kerana 'kecurangan' kementeriannya menyeludup masuk bateri asid plumbum ke Sabah untuk Projek Elektrik Bekalan Luar Bandar (BELB) dan tidak lagi menggunakan bateri berkenaan untuk projek elektrik solar bernilai RM15 juta untuk 15 kampung di kepulauan Semporna. Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas kenyataan Shafie yang disiarkan Bernama kelmarin berhubung pemasangan elektrik solar di tujuh buah pulau di Semporna bagi membolehkan penduduk kampung yang terpecil daripada grid menikmati bekalan elekrik 24 jam ekoran kejayaan besar projek serupa di kampung Larapan. "Bencana yang kementerian Shafie bawa bagi Projek Solar Hibrid Pulau Banggi tidak dapat dimaafkan sekalipun beliau meletakkan jawatan, apatah lagi jika beliau membawa masuk lagi bateri asid plumbum ke Sabah dan membahayakan penduduk kampung di Pulau Bum-Bum dan sekitarnya yang tidak berdosa," ujar Patrick yang menggesa agar Shafie menggantikan segera bateri asid plumbum di Pulau Banggi kerana spesifikasi projek ditentukan oleh KKLW dan bukannya TNB atau SESB. Sekalipun Shafie belum menjawat Menteri KKLW ketika Janakuasa Solar Hibrid dibina di Pulau Banggi, namun secara moral beliau bertanggung jawab untuk memastikan projek di bawah kementeriannya selamat dan segera menggantikan bateri berkenaan setelah mendapat tahu ia diharamkan melalui Basel Convention kerana Malaysia adalah salah satu negara yang menerima ketetapan berkenaan. "Shafie boleh menebus dosa kementeriannya dengan memastikan tidak ada lagi bateri asid plumbum diimport masuk ke Sabah atau kita mendesak beliau meletakkan jawatan sekiranya masih menggunakan bateri berbahaya berkenaan," ujar Patrick yang menggesa agar KKLW tidak berdolak dalih mengenai penggunaan bateri asid plumbum berasaskan gel kerana valve yang terdapat pada bateri berkenaan akan mengeluarkan gas beracun setiap kali bateri berkenaan dicaj. Tegas Patrick, mungkin ada yang tidak kena kenapa KKLW enggan menggunakan bateri yang terjamin selamat bagi projek elektrik solar seperti bateri lithium polymer buatan Malaysia yang bukan sahaja tahan lama, bermutu; malah diimport negara maju sebelum mengeksport semula ke Malaysia dengan jenama lain tetapi dibuat di kilang yang sama di Kulim, Kedah. "Saya rasa isu bateri plumbum ini kena tanya Nik Abd Kadir kerana segala spesifikasi KKLW diputuskan oleh beliau," kata Patrick yang tidak menolak kemungkinan akan bersama-sama beberapa NGO Alam Sekitar memfailkan saman terhadap KKLW berhubung penggunaan bateri asid plumbum dalam projek BELB. | Hassan Ali : Usaha Pencegahan Zina Perlu Diperhebat Posted: 02 Apr 2011 10:27 PM PDT SELANGOR KINI SHAH ALAM - Kerajaan negeri menyedari perlakuan zina yang berlaku masakini di Selangor adalah satu masalah serius yang perlu diberi perhatian dan langkah pencegahan secara berterusan dari masa ke semasa berikutan jumlah anak luar nikah amat membimbangkan dengan 257,000 kes direkodkan sehingga 2008. Exco Hal Ehawal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali dalam sidang DUN ketika menjawab soalan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, menjelaskan masalah tersebut adalah satu masalah besar yang tidak hanya melanda negeri Selangor tetapi juga di seluruh negara. Katanya, berdasarkan statistik sehingga 2008 dilaporkan sebanyak 257,000 kes telah direkodkan sebagai anak-anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah dan setiap bulan sebanyak 2,500 kes dicatatkan. "Anak-anak yang lahir daripada itu ditafsirkan sebagai anak yang tidak sah taraf dan dalam surat beranaknya pun tidak disebutkan sebagai anak yang sah taraf," katanya. "Masalah ini adalah masalah yang sangat besar yang bukan saja melanda kita di Selangor ini bahkan saya rasa di seluruh Malaysia dan kalau kita lihat statistik yang ada sebanyak 257,000 hingga tahun 2008 yang telah direkodkan sebagai anak-anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan di antara ibu dan ayahnya dan kalau kita lihat hariannya 2,500 kes yang direkodkan setiap bulan," tambahnya. Beliau berkata, masalah yang dihadapi ialah orang yang datang untuk membuat pendaftaran rasmi adalah kecil berbanding mereka yang tidak mendaftar. Sebagai contoh,katanya jika yang tidak mendaftar itu empat kali lebih banyak bermakna terdapat hampir 10,000 kes yang wujud dan dilaporkan juga berlaku 83 kes setiap hari. Sehubungan itu, tambahnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari jalan menanganinya seperti menganjurkan pelbagai program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS), Anti Zina dan sebagainya serta yang terbaru perkahwinan perdana yang dijalankan di Kampung Delek minggu lepas. Seterusnya beliau menyatakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menjalankan pencegahan dengan pegawai penguatkuasanya jika mengikut nisbah adalah satu berbanding 25,000 orang maka penambahan pegawai penguatkuasa Jais diperlukan berhubung perkara itu. Jelasnya, perkara utama yang menyebabkan ianya berlaku adalah faktor keluarga yang menghadapi pelbagai masalah dan hidup tidak aman. " Faktor itu ialah keluarga yang tidak dapat hidup dengan aman damai, keluarga yang bercelaru, keluarga yang dalam keadaan tidak aman, keluarga yang runtuh yang bercerai berai dan sebagainya," katanya. | Kenapa Najib tidak tawar DNAnya? Posted: 02 Apr 2011 10:21 PM PDT Apakah kuasa atau 'maruah' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahum supaya tampil menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes bicara liwat II. Berucap di Kuching Sabtu lalu, Najib mendakwa beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya. Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh warga Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jmembuktikan bahawa Najib pernah mengenali model itu. Rasa tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib dengan bekas penasihatnya, Abdul Razak Baginda dan juga pegawai-pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya. Ketika perbicaraan itu, Najib bukan sahaja tidak memberikan DNAnya, namun beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya. Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti itu untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada ketua pembangkang. Sambutan hambar Namun semua tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar. Umpamanya, di Petaling Jaya, 50 orang yang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan! Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi? Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap" yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah. Apapun, hakikatnya adalah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998. Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini. Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar. Ketakutan doktor Hakikat juga adalah Saiful menelefon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh Anwar. Najib tahu semua ini. Beliau juga maklum mengenai "ketelusan" proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti rekacipta terhadap mantan timbalan perdana menteri itu. Berbekal semua "pengetahuan dan maklumat itu" Najib tetap "yakin"' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar. Perbicaraan setakat ini sudahpun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal. Perbicaraan turut memperlihatkan "ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful. Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu. Bayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu. Najib tahu semua ini -- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya? Jawapannya mudah -- kerana perdana menteri mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan menggunakan bukti rekacipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim. | S'wak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya' Posted: 02 Apr 2011 10:14 PM PDT MALAYSIA KINI Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayta pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'. Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi. "Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya'," kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam. Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup. "Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu," kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya. Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya. Hadirin sekali lagi menjerit "Tidak!" apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006. Ketiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian. "Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?" soal Lim. Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa. "Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan," katanya. | Posted: 02 Apr 2011 05:28 PM PDT Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap. Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang. Meskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap. "Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu? "Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang," kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan. "DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN," katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat. Terdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa "parti yang hampir mati" itu ditaja oleh BN. "Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa," kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan. Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai petanda jelas bahawa rundingan antara PKR dan Snap kini di ambang keruntuhan. Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia. Undi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN. Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini. | BN masih gagal tangani isu agama, kata Anwar Posted: 02 Apr 2011 05:27 PM PDT MALAYSIA KINI Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kegagalan BN menyelesaikan masalah hubungan antara agama terutamanya dalam isu kalimah Allah dan Al-Kitab walaupun berpengalaman mentadbir negara lebih 50 tahun. Anwar berkata BN masuk campur dalam hal ehwal masyarakat Kristian disebabkan sikap sombong dan bongkak mereka. "Tak perlu gaduh soal ini, itu hak masing-masing, dalam 'Al Kitab' pakai Allah, (itu) hak orang Kristian, Bidayuh , jangan gaduh, yang gaduh ini sebab dia tak faham, yang tak faham ini Barisan Nasional, kalau tak faham tak boleh perintah, kita kena ubah pemerintah bagi yang faham perintah," kata Anwar ketika bertemu dengan masyarakat Bidayah di Kampung Paon Sungai Rimu, Serian semalam. Beliau juga sempat memberi penjelasan kepada masyarakat Bidayuh yang kebanyakan mereka beragama Kristian mengenai isu penggunaan kalimah Allah. "Nabi orang Islam Nabi Muhammad, bapa Muhammad namanya Abdullah, nama Abdullah itu sebelum Islam, sebab Nabi belum ada nama sudah ada Abdullah, maknanya hamba Allah, 60-70 tahun sebelum Islam, jadi macam mana kita boleh kata orang Kristian tidak boleh pakai nama Allah, dia (BN) tak pakai otak sebab dia tak faham sejarah," kata Anwar. Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menjelaskan dasar Pakatan Rakyat adalah saling hormat-menghormati di antara penganut agama lain. "Saya dapat surat dari Mufti Mesir dan Uskup Agung (Archbishop), Washington untuk saya ada bersama dalam peringkat tertinggi dua dialog dan kerjasama antara Muslim dan Kristian, kalau saya dipanggil untuk mesyuarat kerjasama Muslim-Kristian sedunia, takkan saya tak boleh ajak kerjasama Muslim-KristianSsarawak, ini yang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN tak faham sebab dia tak dipanggil. siapa nak panggil dia," kata Anwar lagi. Justeru beliau menegaskan Pakatan Rakyat akan memperkenalkan barisan calon yang benar-benar menjiwai hasrat dan memikul amanah rakyat. "Kita bawa barisan pimpinan, ada DAP, PAS, PKR, siapa pun pimpin rakyat Sarawak, jaga kepentingan semua orang, ini bukan nak jaga Bidayuh saja, Iban saja, Melayu saja, dia kena angkat martabat rakyat, Insya-Allah kita lakukan bersama di Sarawak ubah pemerintah Sarawak," kata Anwar |
Posted: 03 Apr 2011 03:01 PM PDT | Kaum Iban berpaling tadah, tekad untuk menangkan Pakatan Posted: 03 Apr 2011 08:19 AM PDT SARAWAK: Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka. Ini dapat dilihat menerusi sokongan yang melimpah ruah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan di sebuah kampung yang menempatkan Rumah Panjang Bama Nanga Risau Awik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seratok, sedangkan ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan. "Kalau dulu, nak dapat 20 orang hadir ke program Keadilan, memang susah. Tapi sekarang, dengan notis singkat pun kita berjaya kumpulkan seluruh penduduk kampung. "Ini melambangkan harapan rakyat Sarawak untuk berubah," kata Ketua Umum KEADILAN itu pada program ramah mesra bersama mereka yang majoritinya berketurunan Iban. Dalam terik matahari, penduduk Krian berbondong-bondong mengikuti ucapan Anwar Anwar berkata, masyarakat Iban harus berhenti memberi sokongan kepada BN yang menindas rakyat dengan merampas tanah adat kaum etnik di negeri itu dan memberi peluang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru. "Sebab apa kita nak ubah, nak perintah? Kita sendiri tahu masalah tanah adat di Sarawak. Tanah orang Ibanlah yang paling banyak dirampas. "Sebab itu, kita nak angkat wakil rakyat yang amanah. Yang betul-betul merasai, memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji, kemudian ambil balak, ambil tanah orang kampung,' katanya kepada kira-kira 300 hadirin. Terdahulu, Anwar singgah di Kampung Tuie, Saribas dan turut menerima sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 500 penduduk kampung hadir meskipun ceramah diadakan di kawasan tidak berbumbung dalam cuaca terik. Dalam ceramah, beliau mempersoal gelagat pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan jenayah dengan merampas hak rakyat tanpa rasa bersalah. "Kalau orang Kampuiung Tuie curi motor, kena tangkap. Tapi, kenapa bila orang kaya curi balak, tak kena tangkap. Bahkan dinaikkan pangkat. Ini negeri ada undang-undang. Tak mengapalah kalau Sarawak lambat berbanding Semenanjung, asalkan mereka sanggup berubah," katanya. | DUN Sarawak: DAP umum 10 calon lagi, empat muka baru Posted: 03 Apr 2011 05:14 AM PDT SIBU, 3 April — DAP mengumumkan senarai nama 10 lagi calon parti itu yang akan bertanding di kawasan tengah dan utara pada pilihan raya negeri 16 April ini dengan menampilkan empat lagi muka baru, termasuk seorang wanita. Senarai pertama lima calon bagi kawasan selatan diumumkan di Kuching semalam yang menyaksikan tiga muka baru. Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada sidang akhbar tengah di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng, yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek di sini dan mengetuai cabaran negeri untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding dengan pilihan raya negeri 2006. Laporan Bernama Online menyebut empat muka baru berkenaan ialah Ketua Wanita DAP cawangan Sibu Alice Lau Kiong Yieng yang akan bertanding di DUN Bawang Assan, Yap Hoi Liong di DUN Dudong, Ling Sie Kiong di DUN Piasau dan pengerusi DAP Limbang Leong Kwang Yew di DUN Bukit Kota. Ling, 28, seorang peguam, dipertanggungjawabkan untuk menentang calon BN iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam di DUN Piasau. Penyandang Chiew Chiu Sing, ahli perniagaan dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, akan mempertahankan kerusi DUN Kidurong di Bintulu. Sementara itu, Lau, 29, ahli farmasi yang merupakan anak pemimpin Cina terkemuka dan Presiden United Chinese Association Sibu Datuk Lau Cheng Kiong, ialah calon wanita yang kedua dipilih parti untuk bertanding pada pilihan rayac negeri ke-10 ini. Sebelum ini, parti menamakan Cristina Chiew sebagai calon untuk DUN Batu Kawah dan mengekalkan penyandang Violet Yong bagi DUN Pending. Lim juga mengumumkan penyandang Ting Tze Fui, 29, untuk mempertahankan kerusi DUN Meradong yang dimenanginya buat pertama kali dalam pertandingan lima penjuru pada pilihan raya negeri yang lepas. Calon-calon lain ialah setiausaha publisiti DAP negeri David Wong Kee Woan (Pelawan), pengerusi DAP cawangan Sarikei Dr Wong Hua Seh (Repok) dan penolong setiausaha DAP negeri Fong Pau Teck (Pujut), yang telah bertanding pada pilihan raya negeri dan pilihan raya Parlimen yang lepas tetapi tewas. Pada pilihan raya negeri 2006, David Wong, 48, bertanding di DUN Bawang Assan tetapi kalah kepada penyandang Datuk Seri Wong Soon Koh daripada BN, manakala Hua Seh, 59, yang bertanding pada pilihan raya Parlimen 2006 di Sarikei, tewas dengan perbezaan 51 undi sahaja kepada calon BN Ding Kuong Hing dalam pertandingan lima penjuru. Fong, 41, seorang ejen insurans menentang Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam di DUN Piasau pada pilihan raya negeri yang lepas tetapi tewas dengan 3,918 undi. Semalam, Lim mengumumkan di Kuching senarai nama lima calon DAP bagi kawasan selatan. Mereka terdiri tiga muka baru — Wong King Wei (Padungan), Christina Chiew Wang See (Batu Kawah) dan Leon Jimat Donald (Simanggang) manakala Violet Yong dikekalkan di DUN Pending dan naib pengerusi DAP dan setiausaha parti negeri Chong Chieng Jen (Kota Sentosa). Pada pilihan raya negeri 2006, DAP yang bertanding di 12 kerusi telah mencipta sejarah apabila memenangi enam kerusi, kejayaan terbesar pernah dicapai parti itu di Sarawak. | Cawangan Umno bubar, Ranting ke-16 Lembah Pantai ditubuh Posted: 03 Apr 2011 01:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Umno cawangan Linear City 2 hari ini dibubar berikutan timbalan ketuanya, Mahadi Mohd Nor bersama hampir 20 penyokong beliau meninggalkan parti itu dan menyertai KEADILAN. Pembubaran cawangan itu diganti dengan penubuhan Ranting baru KEADILAN yang ke-16 dalam Parlimen Lembah Pantai. Borang penyertaan diserahkan kepada Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai yang juga Ahli Parlimen, Nurul Izzah Anwar. Bercakap kepada KeadilanDaily, Mahadi berkata, beliau menyertai KEADILAN kerana yakin dengan komitmen parti itu bersama Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat. Katanya, komitmen itu jelas apabila Selangor yang diterajui pimpinan KEADILAN, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai dasar kebajikan. "Di peringkat persekutuan, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat menawarkan dasar kebajikan yang jelas melalui agenda Buku Jingga. "Antara yang menarik perhatian ialah tekad untuk menurunkan harga minyak dan menghapus tol secara berperingkat-peringkat," katanya pada 3 April lalu. Mahadi juga mengakui Umno walaupun giat mencerca Buku Jingga dengan pelbagai tohmahan tetapi sebenarnya cuba meniru dasar itu secara diam-diam. Pada masa ini, katanya, Umno hanya mampu meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang melalui gimik politik. Mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, Nurul Izzah menegaskan, KEADILAN sedia menerima individu yang komited bagi menjayakan perubahan besar di negara ini. Turut hadir majlis itu ialah puluhan pimpinan KEADILAN Cabang Lembah Pantai dan masyarakat setempat. | Ahli Parlimen Teluk Intan Ditahan Polis Posted: 02 Apr 2011 11:51 PM PDT Protes Interlok: MP antara dua ditahan di Batu Caves KUALA LUMPUR, 3 April — Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran dari DAP dan aktivis MS Arjunan yang mengadakan protes membantah novel kontroversial Interlok ditahan polis tengah hari tadi. Kempen di pekarangan Batu Caves itu adalah sebahagian protes diadakan sejak lebih sebulan lalu membantah Interlok daripada digunakan sebagai buku teks sastera di sekolah menengah kerajaan. Dalam mesej Twitternya, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata: "YB Mano Teluk Intan dan M.S. Arjunan dari (NGO) Tamil Students ditahan di Batu Caves kerana mengadakan demonstrasi menentang Interlok. Kata tidak buat BN." | Keluar parti, Najib dibohongi dengan angka palsu Posted: 02 Apr 2011 11:48 PM PDT PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu. "Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti," kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin. Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran. "Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran," kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam. Segaran ketika ini mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dan tewas di tangan Sim pada persaingaan pemilihan parti tahun lalu. Mengulas lanjut, Sim menganggap Segaran sebagai ahli politik penipu kerana pernah membuat kenyataan kepada media untuk kekal bersama KEADILAN walaupun tewas pada proses pemilihan parti. Beliau berkata, ia tidak membawa kesan kerana ahli parti terutama kaum India di Bayan Baru mengetahui sejarah Segaran yang memang gemar melompat parti demi kepentingan karier politiknya. Malah, katanya, Cabang Bayan Baru menjadi lebih kukuh dan boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi bertolak ansur dengan ahli parti yang mendatangkan masalah. "Kita berasa lega kita sudah bebas dari berada dekat dengan sampah sebegini," katanya. | Najib Jadilah PM Yang Berwibawa Posted: 02 Apr 2011 09:00 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar SUDAH dua minggu isu video lucah bergentayangan di seluruh negara. Semua orang sudah tahu termasuk budak-budak Tadika. Mereka terpinga-pinga dan jadi keliru tentang isu ini. Pemimpin politik negara ini ada dalam video lucah? Bingung. Saya yakin sudah ramai yang menontonya secara haram. Mereka dipanggil seorang demi seorang termasuk (mungkin) ulama? Ini adalah satu strategi. Tayangan dibuat secara selektif dan eksklusif. Mereka yang menonton akan bercakap mengikut persepsi dan agakan mereka. Ia juga mengikut mood dan selera mereka. Kalau mereka kebetulan membenci tokoh yang ada dalam video itu akan ditokok tambahkan. Akan diperpanjangkan mengikut selera amarahnya. Manakala kalau kebetulan yang menontonya itu bersimpati kepadanya, dia akan mendiamkan diri saja kalau benar wajah dalam video itu tokoh berkenaan. Tentu mereka akan mengurut dada dan menangis mengenangkan apa yang berlaku. Saya juga merasakan bukan saja isu video berkenaan sudah melata ke seluruh dunia, mungkin sudah sampai ke Altartika tetapi mungkin kliknya juga sudah pun 'sedia' untuk ditayangkan secara umum. Tunggulah, tidak esok, lusa tidak lusa tahun depan ia akan ditayangkan. Pasti. Saya yakin pihak penerbit, pengedar dan pembikin hanya menunggu masa saja. Tidak timbul lagi mereka takut kerana 'permit tayangan' sudah pun diperolehi. Saya selalu katakan ada dua kesukaan manusia, memberi tahu kepada orang ramai apa yang dia tahu dan ingin mengetahui sesuatu dan memburunya. Kalau ia ada cerita ia akan bisik atau bikinkan you tube dan sebarkan. Kalau tidak tahu, dia akan bertanya dan mengorek situ dan sini sehingga diperolehi apa yang diinginikan itu. Hari ini sudah berbagai tafsiran ke atas video berkenaan. Masih samar siapa yang menjadi pelakunya. Tetapi yang menyebar dan mengambil tanggungjawab sudah jelas. Siapa Datuk T sudah pun jelas dan tidak usah diceritakan lagi mengenai latar belakang dan sejarahnya. Setelah dua minggu cerita video ini sudah 'mencepuahkan' minda rakyat negara ini saya tertanya sendiri kenapa Perdana Menteri Najib Razak masih mendiamkan diri. Belum terdengar ke telinga saya ulasan dari perdana menteri mengenai isu berkenaan. Tidak seperti isu DNA baru-baru ini Najib mendesak Anwar menyerah sample DNA kepada mahkamah. Tetapi berlainan dengan isu video lucah ini. Najib sok menjadi alim mengenai hal ini. Kenapa? Apakah mendiamkan diri juga salah satu tektik dan strategi? Sebagai PM Najib tidak boleh duduk diam. Dia perlu bercakap dan mengulasnya. Sebab ia bukan isu personal antara seseorang dengan seseorang. Tetapi sudah menjadi isu umum. Polis pun sudah menyiasat dan mengesahkan akan ketulenan video berkenaan. Najib perlu ingat bahawa dirinya adalah hak dan kepunyaan dua entiti ataupun pihak. Satu hak Umno dan satu lagi hak rakyat. Najib mesti membelah dua jasa dan jiwanya. Atas kapasiti presiden Umno Najib boleh melakukan apa saja untuk ahli dan penyokong parti itu. Tetapi untuk rakyat beliau kena perlakukan dengan adil dan saksama. Tindakan sebagai ahli politik kena dibezakan dengan tindakan sebagai pemimpin negara. Apakah dengan mendiamkan diri Najib tidak mahu orang menuduh dia terlibat? Kalau itulah pendiriannya ia adalah salah besar. Apapun mengenai isu video ini kerana ia bermotifkan politik Najib tidak boleh mengelak dari memperkatakannya. Semakin dia menyepikan diri semakin orang mempersoalkan keikhlasannya. Kalau mengikut perkembangan terbaru, kes video lucah ini semacam akan dibawa ke mahkamah. Kata Ketua Polis Negara, Ismail Omar kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara. Peguam Negara akan menentukan sam ada hendak dakwa atau tidak. Tidaklah pula saya arif siapa yang akan didakwa. Apakah orang bertanggunjawab menyebar, membikin, menonton atau watak-watak yang ada dalam video berkenaan. Saya ingin memberi pandangan sedikit kepada Najib kalau-kalau hendak dengar. Rasanya baik beliau campur tangan mengenai isu video berkenaan. Dalam hal ini Najib yang ada kuasa penuh boleh menggunakan kuasanya. Tidak payah Najib kata dia berkecuali kerana dunia tahu sejauh mana dan sebanyak mana kuasa seorang perdana menteri. Kata Abdullah Badawi selepas menjadi PM, banyak benda yang sebelum itu dia tidak tahu, kemudian tahu. Setelah isu ini sudah panas dan hangat, elok kalau Najib mengambil sikap menghentikan isu video berkenaan. Sama ada ia melibatkan Anwar atau tidak, wajar ia dihentikan. Alasannya perkara itu menjijikkan. Dalam perhatian saya adalah silap kalau isu ini diperpanjangkan kerana ia tidak memberi banyak manfaat kepada Najib dan politik BN sendiri. Makin dimainkan makin menimbulkan kemaharan. Isu video itu bukan seperti filem Ali Bapa Bujang Lapok, Do Re Me, Labu Labi atau pun Ibu Mertuaku. Filem-filem itu tidak jemu ditonton kerana nilai seni dan klasiknya. Tetapi cerita video lucah ini amat menijik dan menyemakkan dan mencepuahkan minda. Apakah seorang PM seperti Najib mengizinkan perkara seperti ini? Rasanya kalau Najib ingin tampil sebagai seorang pemimpin berwibawa, dilihat berakhlak dan mempunya integriti serta sukakan kepada kedamaian, inilah masanya. Beliau perlu berbudi dan berjasa dalam hal ini untuk dirinya sendiri. Beliau bangkit dan berkata sepatah, hentikan isu video lucah ini kerana ia tidak menguntungkan sesiapa baik di dunia maupun di akhirat. Kalau Najib berani berbuat begitu darjah dan markahnya akan melonjak. Kalau Najib bingkas berbuat demikian saya yakin penghormatan kepada beliau makin tinggi, dan darjatnya juga sebagai pemimpin tenang dan matang makin menyerlah. Saya rasa bukan saja rakyat terbanyak menyanjungi langkah Najib itu tetapi dari kalangan pembangkang juga. Isu video lucah ini peluang untuk Najib membina imejnya. Sikap begitulah saya rasakan ia termasuk dalam ciri tranformasi hendak dilakukan Najib. Biarlah kalau orang mengatakan usaha menghentikan itu Najib sebagai penakut tetapi hakikatnya tindakan itu adalah afdal dan alua' dari sisi rakyat yang cintakan perdamaian. Ingat dan insaflah seorang perdana menteri bukan saja menjaga kepentingannya dan kumpulannya tetapi juga memeliharaan kepentingan dan kumpulan rakyat seluruhnya. Najib akan dikenang kalau ia berani melakukan sesuatu yang diluar pemikiran mereka yang desperate. Beranikah Najib? Sesekali apa salahnya kalau kita sepakat menyusun jari membuka pintu syurga auntuk ummah kita. http://msomelayu.blogspot.com/ | Catatan Anwar Sepanjang Di Sarawak Posted: 02 Apr 2011 08:30 PM PDT Kini sudah hari ke lima saya di Sarawak. Tiba pada petang hari Selasa, 29hb Mac yang lalu, acara diatur khusus bagi menyuntik semangat kepada para pendokong dan pastinya demi meyakinkan rakyat Sarawak untuk berani melakukan perubahan. Tiga hari ini, saya mula menjelajah termasuk ke kawasan pedalaman yang merangkumi penduduk Iban, Bidayuh dan juga Melayu. Sambutan penduduk antaranya di Riit Mawang, Tabuan Melayu dan Kampung Tarat Rayang ternyata hangat dan mengalakkan. Saya tegaskan kepada mereka, manakala mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, elit pemerintah terus memunggah kekayaan negeri dengan merampas tanah adat, mengagihkan khazanah balak, dan membahagikan kontrak di kalangan mereka. Rakyat Sarawak kini dapat menghidu betapa Barisan Nasional mula terdesak. Pemrintah terpaksa menggunakan pihak berkuasa menghalang saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya dari terus berceremah menyampaikan maklumat yang tepat. Misalnya di bilik gerakan Kampung Sinjan, DUN Semariang dan Kampung Petingan, DUN Satok, pihak polis mengganggu saya dari terus berceramah. Alhamdulilah ianya tidak menghalang rakyat Sarawak untuk terus mendengar agenda Perubahan yang ingin kami sampaikan. ANWAR IBRAHIM | Tolak Politik 'Jembalang Dan Hantu' Barisan Nasional! Posted: 02 Apr 2011 08:00 PM PDT Kenyataan Akhbar Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat (JPr DPPP) menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan parti selain Barisan Nasional sebagai 'jembalang dan hantu yang bermulut manis' adalah kenyataan paling bodoh daripada seorang pemimpin negara. JPr DPPP hairan bagaimana kenyataan ini boleh timbul daripada pemimpin tertinggi negara. JPr DPPP mengingatkan, tidakkah Muhyiddin tahu bahawa Barisan Nasional adalah 'jembalang dan hantu' yang dia sendiri maksudkan. Bukankah BN yang menawarkan pelbagai janji manis yang bertujuan mengelabui mata pengundi Sarawak, dan setelah menang pilihanraya mereka sekali lagi hilang umpama hantu dan jembalang tanah. Sifat jembalang dan hantu yang suka menghisap darah rakyat adalah sifat BN sejak dulu hingga kini. Tan Sri Muhyiddin cuba mengajar rakyat Sarawak erti demokrasi ala BN iaitu hanya BN sahaja layak memerintah negeri Sarawak. Selain BN, parti tersebut perlu ditolak dan tidak layak memerintah negeri dan negara. Inilah mentaliti 'budak sekolah rendah' yang ada dalam pemikiran pemimpin BN. Sedangkan demokrasi sebenar mengajar rakyat erti kebebasan memilih parti dan kepimpinannya. Menyekat kebebasan rakyat dari berfikir dan memilih parti yang mereka sukai adalah suatu tindakan yang tidak bertamaddun. Sepatutnya Muhyiddin berkempen menerangkan jasa dan sumbangan BN. Ataupun beliau memberikan janji BN kepada rakyat Sarawak untuk kesekian kalinya. Pakatan Rakyat telah memberikan janji 100 hari memerintah dalam Buku Jingga. Soalnya, apakah janji seterusnya BN kepada rakyat Sarawak? Sudah 50 tahun negara diperintah BN, dan sudah acapkali rakyat dijanjikan dengan pelbagai janji 'melangit' menjelang pilihanraya. BN sebenarnya masih mengamalkan cara demokrasi lapuk serta ketinggalan zaman. Sebab itu mereka sering kali mengeluarkan kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat ketika berkempen dan bercakap seolah-olah rakyat buta dan bodoh. Kali ini, biarlah rakyat menjadi hakim dan menentukan masa depan mereka sendiri. Jangan dimomokkan dengan politik ugut seperti ini. Politik 'jembalang' dan 'hantu' sudah tidak laku dalam pilihanraya DUN Sarawak kali ini. Disediakan oleh; YB MOHD FIRDAUS JAAFAR Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat | PAS, PR perlu kikis label parti bermusim Posted: 02 Apr 2011 07:30 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Menepati ramalan berbagai pihak, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak untuk penggal kesepuluh dijadualkan berlangsung dua minggu lagi. Tarikh itu hampir menggenapkan tempoh lima tahun untuk penggal sekarang. PRN Sarawak yang lalu diadakan pada 20 Mei 2006. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 16 April, manakala penamaan calon pada 6 April nanti. Meski pun proses penamaan calonnya belum berlalu, bahkan kesemua parti bakal bertanding belum memuktamadkan nama-nama calon yang akan dipertaruhkan, bahang pertarungan itu telah pun dirasai. Masing-masing pihak bukan sahaja memperkemas segala persiapan yang patut, malah telah mula mempertajamkan serangan psikologi kepada parti lawan. Sudah tentu dalam keadaan parti-parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat, terutama dengan SNAP, ruang untuk BN mengorak langkah ke arah kemenangan dirasakan lebih mudah. BN bukan sahaja bergerak selaku parti pemerintah negeri, malah turun dengan segala keperluan dikerah kerajaan Pusat. Sebab itu belum pun tarikh berkaitan PRN itu dimuktamadkan, rakyat Sarawak sudah pum mula dicurahkan dengan berbagai nikmat 'segera'. Sudah ada jalan raya dibina, rumah dan jambatan dibaiki, bekalan air diusahakan, dan berbagai lagi tindakan yang tiba-tiba berjalan lancar. BN sekali lagi cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa ia pemerintah yang prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat. Seolah-olah kesemua wakil rakyat BN selama ini telah berkhidmat dengan baik dan berusaha keras menangani serta menyempurnakan keperluan penduduk di kawasan masing-masing. Betapa kesemua masalah yang menghimpit kehidupan seharian rakyat selama bertahun sebelum ini, tetapi tidak diambil peduli untuk diselesaikan, seakan tidak timbul lagi. Sedangkan itulah hakikat yang dibuktikan di sebalik kehadiran berbagai projek 'segera' oleh berbagai jabatan dan agensi kerajaan menjelang berlangsungnya PRN ini. Logiknya, kalau kesemua atau sebahagian besar keperluan rakyat telah dipenuhi dan dilayani dengan sebaiknya selama sepenggal lalu, apa perlunya BN melonggokkan keprihatinannya di saat ini? Malangnya, itulah yang setakat ini kekal menjadi modal paling bagus buat BN. Lebih memudahkan BN memanipulasi kuasanya ialah apabila berdepan golongan pengundi yang sukar membezakan manakah usaha yang betul-betul membela kepentingan mereka dan manakah yang dibuat semata-mata untuk memancing undi. Berdasarkan keputusan beberapa siri pilihan raya umum dan PRN lalu, rakyat nampaknya belum sampai ke tahap mampu memikirkan betapa kehadiran projek segera itu sebenarnya suatu persendaan terhadap mereka. Bahawa BN seolah menggula-gulakan rakyat dengan limpahan kebaikan setiap kali berlangsung pilihan raya semata-mata demi meraih sokongan. Itulah masalah utama setiap kali negara kita berdepan mana-mana pilihan raya. Bahawa tahap pemikiran pengundi kita masih belum matang. Mereka, terutama golongan luar bandar dan tidak begitu terdedah kepada maklumat lebih adil, akan hanya mengiyakan apa juga yang disuakan BN kepada mereka. BN bijak memanipulasi sentimen pengundi setempat untuk menganggap BN sebagai penjaga mereka selama ini. Akuilah setakat ini BN dianggap berjaya mewujudkan persepsi dalam masyarakat untuk melihat parti-parti pembangkang sebagai "orang luar". Sentimen itu nampaknya sangat membugar dalam suasana PRN Sarawak kini. Bukankah itu intipati kenyataan pemimpin BN yang melabelkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai "jembalang dari Semenanjung"? Setelah menggambarkan hanya BN yang selama ini turun padang, bergaul mesra, mengambil tahu dan menyelesaikan keperluan rakyat, ia melontarkan pula persoalan di minda rakyat, di manakah parti-parti pembangkang selama ini? Bukankah itu antara persoalan yang dilontarkan sebagai senjata utama BN dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini? PR, khususnya PAS dianggap sebagai parti bermusim yang hanya turun menemui rakyat ketika berlangsungnya sesuatu pilihan raya. Sedangkan, BN mendakwa ia selaku kerajaan sentiasa berada bersama rakyat sepanjang masa. PR, sama ada PAS, DAP mahu pun KeADILan tentu berdepan suasana sukar sekiranya dakwaan BN itu benar. Sekiranya para pemimpin kita memang jarang turun padang, tidak begitu kerap bermesra dengan rakyat bawahan dan sukar dilihat turun menyelesaikan apa-apa yang diperlukan penduduk, bagaimana mungkin kita menepis label diberikan BN itu? Untuk itu para pendukung, terutama kepimpinan parti kita perlu mengorak langkah lebih bermakna merakyatkan perjuangan. Jadikan agenda mendampingi rakyat sebagai gerakerja utama, bukan hanya dipentas ceramah, tetapi di rumah dan di sawah. Usaha menghulurkan kebajikan kepada rakyat jangan menunggu bergelar parti pemerintah. Sedangkan berbuat baik kepada orang itulah senjata utama menundukkan hati mereka. Menjadi tabiat manusia, mereka akan lebih mudah menerima dan bersetuju dengan apa yang dicakap atau dibuat seseorang yang lebih mesra dan lebih terbiasa dengan mereka. Kalau lima tahun sekali, baru menjengah mereka, bagaimana kita harapkan mereka akan bersama mendukung perjuangan kita. Mungkin agak terlewat untuk PR dan PAS memperbetulkan hakikat itu dalam menghadapi PRN Sarawak. Namun kita masih ada banyak masa sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 | Pakatan Rakyat bakal menambah kerusi di Sarawak Posted: 02 Apr 2011 07:00 PM PDT Oleh Aspan Alias Sarawak dalam delima politik yang sangat nyata. Delima ini juga di rasakan oleh barisan kepimpinan pemerintah kerana tidak ada siapa yang boleh memberikan kenyataan yang tegas yang Sarawak akan masih sebagai Sarawak yang kita kenali selama ini. Kepimpinan masa depan Sarawak masih menjadi persoalan ramai samada parti yang memerintah sekarang ini akan masih serupa dengan apa yang telah di alami oleh rakyat negeri itu setelah pilihanraya negeri pada 16 hb nanti. Taib Mahmud yang telah memerintah Sarawak selama 3 dekad telah mengenepikan secara sistematik semua 'budding leaders' yang mucul dan mereka semua telah hilang dari arus perdana politik negeri itu walaupun mereka muncul kemudian dari kemunculan Taib. Ramai pemimpin-pemimpin negeri itu telah tampil tetapi mereka kemudian bersara dan keluar dari barisan kepimpinan bersama Taib kerana Taib tidak pernah berniat untuk membentuk barisan kepimpinan lapisan jika beliau bersara. Pemimpin seperti Affendi Norwawi, Daniel Satem, Abang Abu Bakar, Bujang Ulis, dalam ramai lagi pemimpin-pemimpin ini sudah tiada kerana mereka merupakan barisan yang 'last-in, first out' dan Taib terus bermaharajalela sehingga mengakibatkan kekosongan kepimpinan yang nyata di negeri itu. Sekarang desakan rakyat untuk mengundurkan diri sedang memuncak dan jika Taib bersara sekarang ini sudah pasti Sarawak akan terjerumus di dalam perebutan kuasa kepimpinan yang kuat yang akhirnya akan memecahkan dominasi keluarga Taib khususnya dan PBB amnya. PBB sekarang ini sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat merbahaya dan parti alternatif lah yang akan mendapat munafaat kerana isu kepimpinan ini. Dalam kata yang lain Taiblah sebenarnya yang membina kekuatan parti-parti pembangkang dengan terus menerus duduk di puncak kepimpinan negeri kenyalang ini. Walaupun Taib telah memberitahu umum yang beliau akan bersara selepas pilihanraya ini, rakyat sekarang tertany-tanya siapa pula penggantinya? Apabila disebut Dato Seri Awang Tengah sebagai pengganti, ramai secara spontan berkata 'dia tu kerjanya cari wang sahaja. Awang Tengah tidak akan mampu menyatukan Sarawak dan beliau akan lebih rakus dari Taib. Budaya menebang hutan belantara telah menjadi semakin berluas-luasa dan kegiatan rasuah tidak ada kesudahan. Orang-orang Dayak sudah nampak bagaimana mereka di letakan di tahap kemiskinan terus terusan supaya mereka akan menjadi kaum yang sentiasa mengharapkan upah mengundi di dalam setiap pilihanraya. Begitu juga kaum Iban. Tetapi kesedaran ini sudah mula berputik dan ramai di antara pengundi Dayak dan Iban sudah sedikit sebanyak tahu cara bagaimana untuk mengajar kepimpinan yang rasuah, iaitu melalui pilihanraya sahaja….tidak ada jalan yang lain. BN berbangga dengan kemenangan pilihanraya kecil di Semenanjung akhir-akhir ini dan berkeyakinan rakyat telah kembali memberikan sokongan kepada BN. Tetapi apa yang tidak di tonjolkan ialah, di dalam siri 15 pilihanraya kecil BN dan PR tidak ada apa-apa kekalahan dam kemenangan. BN telah berjaya menawan dua kerusi dari Pakatan, iaitu di Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas. Tetapi kita jangan lupa BN telah kehilangan 2 kerusi penting kepada PR iaitu Parlimen Sibu dan Parlimen Kuala Terengganu. Tiga belas kerusi yang lain kekal kepada penyandang masing-masing samada dar BN atau PR. Jika kita andaikan pada 16 hb nanti di Sarawak akan di adakan 71 pilihanraya kecil serentak kita akan menyaksikan berapa kerusi pembangkang yang akan ditawan olih BN dan berapa pula kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang. Berapa kah di antara 8 kerusi pembangkang yang akan ditawan oleh BN dan berapa pula di antara 63 kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang. Ada 29 kerusi yang sangat panas dalam pilihanraya ini iaitu di kawasan-kawasan Dayak dan Iban dan kebarangkalian BN di kalahkan di dalam beberapa kerusi di antara 29 itu adalah besar. Jika pembangkang mampu untuk meraih tambahan kerusi di dalam pilihanraya ini dan BN tidak mampu mengurangkan jumlah kerusi pembangkan daripada 8 kesemuanya, dari segi moralnya BN sesungguhnya telah tewas. Untuk menafikan kuasa 2/3 di dewan Undangan Negeri Sarawak pembangkang hanya memerlukan kemenangan di 24 kerusi sahaja. Jika DAP memenangi semua 15 kerusi yang telah diperuntukan oleh pembangkang, PKR dan SNAP hanya perlu untuk memenangi 9 kerusi sahaja lagi untuk menafikan kemenagan mutlaK BN seperti yang dialaminya selama ini. Jika situasi ini berlaku di dalam pilihanraya ini maka BN terpaksa mencari jalan untuk membina kembali keyakinan kepada kepimpinan samada di Sarawak, atau lebih-lebih lagi di peringkat Persekutuan. Penambahan kepada penolakkan Taib di Sarawak adalah juga penolakkan kepada kepimpinan persekutuan. Sepertimana yang telah dicadangkan oleh blog ini acapkali dahulu, kita terpaksa memulakan negara baru dengan cara dan sistem politik yang baru dengan kepimpinan yang baru yang lebih 'magnanimous' dengan pengalaman yang luas dalam menghadapi rakyat yang kian hari kian berfikir. Kita terlalu bangga dengan kemenangan politik selama ini, tetapi kita lupa yang akhirnya kita bukan dikenang kerana kemenangan atau kalah di dalam peperangan atau politik. Sebaliknya kita akan dikenang samada kita berjaya atau tidak untuk memperkuatkan nilai 'spiritualism' di dalam politik dan pentadbiran sesebuah negara itu. Nilai ini memang sudah ada di dalam politik negara kita selama ini tetapi telah terhakis sejak 3 dekad yang lalu. Rakyat sudah mula nampak yang nilai yang di sebutkan itu sudah mula bercambah di kalangan pari-parti alternatif seperti PAS dan DAP. Jika di sebut perkara ini ia akan menambah kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong pimpinan yang berkuasa pada hari ini. Marah macam mana sekali pun keadaan itu tetap wujud dan sesiapa boleh duduk di dalam 'state of denial' terus-terusan. Itu merupakan hak masing-masing untuk memilih. http://aspanaliasnet.blogspot.com | Dimanakah keutamaan anda, wahai pemimpin politik? Posted: 02 Apr 2011 06:00 PM PDT Oleh Markus Lim Senario politik di Malaysia nampaknya tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan oleh si pelaku dan dalam konteks ini, pemimpin politik semakin hari semakin menjadi-jadi hinggakan ada yang mula mempertikaikan kebenaran disebalik kesemua kontroversi yang dicetuskan itu. Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat dan amarah mereka terhadap pergolakan politik negara yang ketika ini bertumpu kepada skandal liwat 1, liwat 2 dan terbaru pula seks video membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur. Individu yang menjadi tumpuan utama ketika ini sudah tentulah Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dikatakan mirip orang yang dimaksudkan dalam video seks itu. Persoalan sama ada pemimpin berkenaan terbabit dalam amalan yang terkutuk bukan hak saya untuk menentukannya tetapi pihak polis untuk membuat siasatan. Tetapi apa yang melucukan dalam perkembangan terbaru ini adalah kesanggupan ramai pemimpin politik yang tidak sepatutnya kena-mengena dengan skandal itu untuk tampil ke hadapan memberi kenyataan. Tak kurang juga yang memberikan penghakiman awal-awal lagi bahawa pemimpin itu dan ini perlu dihukum seolah-olah mereka sudah tahu segala-galanya. Kumpulan pemimpin sedemikian begitu ghairah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para wartawan. Yang pastinya, kepenatan tidak pula kelihatan pada air muka mereka. Alangkah baiknya jika setiap pemimpin politik di negara kita bersikap sedemikian. Bermakna rakyat tidak perlu berdemonstrasi atau pergi ke pusat khidmat wakil rakyat untuk merayu bantuan daripada Ahli Parlimen mereka. Tahap penumpuan dan iltizam pemimpin-pemimpin politik ini terhadap skandal seks yang cukup panas ini wajar dipuji dan diberi perhatian serius. Perwatakan inilah yang kita mahukan daripada seorang Ahli Parlimen, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Bagaimanapun, tumpuan yang saya maksudkan itu bukanlah tumpuan kepada skandal seks tetapi kepada usaha meneruskan pembelaan rakyat tanpa mengira kaum dan masa. Apa yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik kita nampaknya tidak kena pada tempat dan masanya. Ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhempas-pulas mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan rakyat, ada segelintir pemimpin berkepentingan pula memilih untuk tidak mengendahkannya. Seks dan percaturan politik kejam bagaikan satu resipi yang dimestikan untuk mematikan musuh politik mereka walau dengan apa cara sekalipun. Pendek kata, matlamat menghalalkan cara seperti yang dianjurkan oleh Niccolo Machiavelli. Dunia politik seolah-olah tidak dapat hidup tanpa elemen-elemen tadi. Adanya elemen-elemen tadi menjadikan sesuatu episod atau plot politik yang dicanangkan itu lebih menarik, mendebarkan dan suspen. Namun dengan bersikap sedemikian rupa, bukan sahaja pemimpin politik yang kita sering panggil sebagai Yang Berhormat telah mengkhianati amanah rakyat yang diletakkan pada mereka bahkan juga undi rakyat sebenarnya tidak perlu untuk mereka terus berkuasa. Tidak usah sampai ke peringkat itu, wahai YB sekalian! Laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Bersikaplah sebagai seorang pemimpin politik yang gentleman dan bersih. Ingat, jawatan yang disandang sekarang bukanlah milik anda segala-galanya tetapi sekadar pinjaman sementara di muka bumi. Biarpun rakyat tidak begitu mengerti apakah yang sedang berlaku dalam skandal-skandal politik semasa, tetapi apa yang pasti gerak-geri pemimpin tetap diperhatikan dengan rapi. Reaksi mungkin tidak berbangkit sekarang namun senario yang serupa tidak boleh diperkatakan ketika di peti undi nanti. Sebagai seorang penjawat awam yang profesional, tunjukkan dan buktikan kepada yang lain bahawa pemimpin politik negara kita adalah profesional. Justeru, apabila masa untuk seseorang pemimpin politik memberi kenyataan, barulah berbuat demikian. Bukannya memberi komen semata-mata untuk menagih publisiti ataupun mempunyai motif untuk membalas dendam terhadap seteru politik yang dibencinya. Apa yang berlaku selama ini membabitkan pemimpin politik adalah kebanyakan daripada mereka, jika pun bukan semua yang memberikan keutamaan yang salah dalam tindak-tanduknya. Ketika ini, Malaysia menjadi bahan ketawa kepada masyarakat di peringkat antarabangsa. Daripada menggembleng tenaga membangunkan negara, perkara-perkara yang kurang penting jadi keutamaan. Jika trend ini berlarutan, perasaan hormat rakyat terhadap pemimpin politik akan semakin terhakis. Mungkin selepas ini, tiada lagi rakyat yang berminat untuk menjadi seorang pemimpin politik yang ikhlas dan bersih melainkan mereka yang hanya berminat menyertainya kerana duit! Hentikanlah segala karut-marut yang berlaku sekarang! Markus works in research now but was a journalist with Utusan Malaysia Sumber Malaysia Insider | Hanya calon boleh menang pilihan BN Posted: 02 Apr 2011 05:30 PM PDT lOleh Kadir Dikoh Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako di Kuching, Rabu lalu, ramai ingin bersalam dengannya termasuk mereka yang bukan ada kaitan secara langsung dengan mesyuarat yang akan dipengerusikannya di situ. Mesyuarat itu adalah bagi tujuan memperkemas jentera pilihan raya empat parti komponen Barisan Nasional (BN) tetapi tumpuan utama adalah bagi menyaring senarai calon untuk bertanding di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 April ini. Malah, dikatakan ada cubaan untuk menyerahkan "sampul surat" kepada Timbalan Perdana Menteri, tanpa diketahui isi kandungannya sama ada melobi untuk jadi calon atau mengemukakan permasalahan rakyat pada peringkat bawah dan sebagainya. Di dalam blog, Facebook atau perbualan biasa di kedai kopi kini lebih menjurus kepada soal calon. Apakah A akan dipilih mempertahankan kerusinya dan mengapa pula B tidak dicadangkan, sedangkan populariti A menurun dan B menjadi pilihan rakyat. Ada juga persoalan mengapa nama C dicadangkan, sedangkan C bukan anak tempatan tetapi D, anak tempatan tidak dikemukakan namanya. Menurut sumber, ini menyebabkan di sesetengah kawasan hingga ada tiga atau empat nama dicadangkan untuk saringan lanjut. Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyebut yang beliau cuma mahu "winnable candidate" iaitu calon yang boleh menang, untuk dicadang dan dicalonkan sama ada dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Formula Perdana Menteri itu terbukti memberi kesan apabila BN menang dalam pilihan raya kecil di Galas (Kelantan), Batu Sapi (Sabah), Tenang (Johor), Merlimau (Melaka) dan Kerdau (Pahang). Kita percaya dan yakin Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membawa bersamanya senarai calon "winnable" itu dalam pertemuan dengan Najib. Menurut sumber, Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri dijangka mengumumkan senarai calon itu di Ibu Pejabat PBB, esok. Inilah yang lazim dilakukan menjelang 48 jam sebelum hari penamaan calon Rabu depan. Menjelang hari ini dan esok, sudah pasti bakal calon yang sudah "diluluskan" oleh Najib sudah diberitahu untuk membuat persiapan terakhir. "Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati kriteria utama menjadi pilihan rakyat ialah ketokohan calon, kewibawaan, mesra rakyat, calon yang dilihat bersih dan mampu membawa pembangunan selain berkelayakan," kata penganalisis politik, Dr Jeniri Amir. Tetapi katanya, apa yang lebih mengejutkan ialah kecenderungan wakil rakyat yang lebih suka untuk menabur janji, dengan purata sekurang-kurangnya 15 janji seperti projek tidak ditunaikan antara pilihan raya negeri lalu (2006) hingga sekarang. Beliau berkata, rakyat tidak suka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang sombong dan rakyat masih mahu mengekalkan nilai tradisional iaitu seseorang wakil rakyat yang suka datang menjenguk sewaktu ada kematian atau majlis perkahwinan. "Inilah yang dikatakan sebagai 'sentuhan kerakyatan' (common touch). Satu lagi faktor ialah anak tempatan bagaikan tidak dititikberatkan sangat jika seseorang itu mampu membawa pembangunan," katanya. Bagaimanapun, pemerhati berkata, di sesetengah tempat persoalan mengenai anak tempatan memang dikehendaki dengan alasan hanya anak tempatan yang tahu denyut hati penduduk di kawasan yang diwakilinya. Kelmarin, Najib menasihatkan pemimpin BN supaya jangan terlalu formal dan mengikut protokol ketika bersama rakyat, sebaliknya sentiasa merendah diri. Menurut Perdana Menteri, sikap mementingkan protokol ketika bersama rakyat boleh mewujudkan tembok pemisah antara mereka, sekali gus menyebabkan BN gagal mempertahankan kuasa kerana dalam sistem demokrasi kuasa mutlak terletak di tangan rakyat. Nasihat Najib ini perlu diambil iktibar oleh pemimpin sama ada pada peringkat atasan atau bawahan. Tentu ramai masih ingat "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008 apabila rakyat "memberontak" dengan menunjukkan perubahan sikap apabila mempamerkan jangkaan dan pandangan berbeza terhadap kepemimpinan negara. Justeru, seperti kata Najib, pemimpin BN perlu berubah mengikut selera rakyat hari ini kerana generasi sekarang mahukan perubahan. Yang perlu ialah transformasi, bukan reformasi. Faktor ini jugalah yang perlu diambil kira dalam pemilihan calon. Jika ramai pemimpin atasan sudah berusia melebihi 60 tahun dan 70 tahun, pilihlah muka baru di kalangan generasi muda berusia 30-an dan 40-an untuk memberi keseimbangan dan menyegarkan keadaan politik. Berdasarkan statistik semasa, pengundi muda yang bakal mengundi 16 April nanti terdiri daripada 100,000 masyarakat Cina, 71,000 Melayu dan 140,000 lagi adalah Bumiputera lain. Malah, 27 peratus daripada golongan belia itu berusia 21 hingga 30 tahun dan 73 peratus berusia 31 hingga 40 tahun. Apa yang membimbangkan, seperti kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir ialah generasi muda berusia 31 hingga 40 tahun ini kebiasaannya antipembangunan. Oleh itu kerajaan perlu menyediakan program jangka panjang kepada mereka seperti peluang pekerjaan dengan pendapatan lebih baik. Ini juga termasuk menampilkan calon seusia atau segenerasi dengan mereka. Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bahawa golongan berusia 31 hingga 40 tahun ini sebenarnya bukan antipembangunan, sebaliknya kumpulan yang mahukan perubahan dilakukan sama ada dalam politik kepartian atau pentadbiran kerajaan. "Saya berharap BN menampilkan ramai calon muda kali ini supaya ia memberi nafas baru dan menyegarkan barisan kepemimpinan negeri," kata seorang pemerhati. — Berita Harian | Posted: 02 Apr 2011 05:00 PM PDT Oleh Hishamuddin Rais Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput. Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar. Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah. Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa. Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu. Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing. Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak. Liputan meluas Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar. Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton. Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi. Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario. Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman. Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi! Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini. Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan. Long shot Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot. Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi. Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku. Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste." Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang. Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut. Pesta filem di Cannes Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah. Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette. Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini. Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas. Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi. Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul? Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.M/Kini | Penduduk 6 kampung mahu tunjuk 'kemarahan' kepada Taib Mahmud Posted: 02 Apr 2011 04:30 PM PDT Kebencian rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud semakin meluap-luap SERIAN: Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka. Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak. "Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit," katanya kepada KeadilanDaily. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini. Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat. Anwar sentiasa disambut, dilayan selaku pahlawan Bumi Kenyayang Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh. "Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi," kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu. Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan. "Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya n | Sokongan penduduk pedalaman Sarawak meningkat – Anwar Posted: 02 Apr 2011 04:08 PM PDT KUCHING: Sambutan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak terhadap Pakatan Rakyat semakin menggalakkan sekalipun polis terus-terusan cuba menyekat rakyat dari menghadiri ceramah. Dalam kunjungan dan kempen yang masuk hari kelima, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapati acara yang diatur bagi menyuntik semangat pasti menyakinkan rakyat Sarawak supaya berani membuat perubahan. "Saya mula menjelajah termasuk ke kawasan pedalaman yang merangkumi penduduk Iban, Bidayuh dan juga Melayu. "Sambutan penduduk antaranya di Riit Mawang, Tabuan Melayu dan Kampung Tarat Rayang ternyata hangat dan mengalakkan," kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam blognya, hari ini. Penduduk Sarawak mahu bersama-sama Anwar dalam memartabat perjuangan rakyat. Anwar mengingatkan rakyat Sarawak yang mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedangkan elit pemerintah memunggah kekayaan dengan merampas tanah adat, mengagih khazanah balak dan membahagi kontrak sesama mereka. "Rakyat kini dapat menghidu betapa Barisan Nasional (BN) mula terdesak. Pemerintah terpaksa menggunakan pihak berkuasa menghalang saya dan pimpinan Pakatan Rakyat lainnya dari terus berceramah menyampaikan maklumat yang tepat. "Misalnya, di bilik gerakan Kampung Sinjan, DUN Semariang dan Kampung Petingan, DUN Satok, polis mengganggu saya dari berceramah. Alhamdulilah, ia tidak menghalang rakyat Sarawak untuk terus mendengar agenda Perubahan yang ingin kami sampaikan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan