Isnin, 17 Mac 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 17 Mar 2014 03:29 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:29 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


KONSERT FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA: ABANG KEPADA GADIS YANG MAUT DALAM KONSERT LUAH ISI HATI

Posted: 16 Mar 2014 11:50 PM PDT

KONSERT FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA: ABANG KEPADA GADIS YANG MAUT DALAM KONSERT LUAH ISI HATI

Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan kematian beberapa remaja dalam konsert 'Future Music Festival Asia' di Stadium Bukit Jalil. Melalui laporan berita, Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas.

Tidak cukup dengan itu, gambar-gambar mangsa turut disebarkan dalam blog-blog dan media sosial. Namun, abang kepada salah seorang gadis yang meninggal dunia tampil meluahkan isi hatinya mengenai kejadian itu di dalam Akaun Facebook adiknya sendiri, Sabreena Kamarudin. Baca luahan hati beliau:

Assalamualaikum,

Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.

Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.

Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.

Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.

Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar. (TTO)

Seorang DJ Kelantan FM Tulis Perkataan Kurang Sopan Dalam FB?

Posted: 16 Mar 2014 09:06 PM PDT

Agak-agak bila berkata-kata atau menulis ayat dalam fb.

Anda tu seorang dj, selalu bercakap baik dan sopan je dalam radio tetapi di luar anda menunjukkan perangai ni?

Malu la RTM Kelantan kalau seorang dj perangai macam ni.

DIALOG RAKYAT

Posted: 17 Mar 2014 03:29 PM PDT

Oleh: Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR : Dakwaan tabloid Daily Mail yang menyiarkan berita kaitan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehilangan pesawat MH370 sebagai akhbar picisan yang banyak melaporkan berita palsu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata PKR tidak akan melayan teori konspirasi 'menggila' ini kerana seluruh keutamaan kini tertumpu kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat.

Nurul-Izzah"Keutamaan kita untuk menyelamatkan pesawat, penumpang dan kemudiannya mencerakinkan apakah tugasan dan urustadbir yang lebih baik termasuklah hubungan antara agensi yang lebih konsisten dan terbuka supaya kita dapat kenalpasti kalau benar dirampas, siapa yang bertanggungjawab dan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Saya harap kita janganlah mengulangi sesuatu yang amat menyakitkan bila berkait dengan sesorang yang tidak mampu mempertahankan dirinya dan saya harap media Malaysia lebih bertanggungjawab daripada apa yang dilakukan Daily Mail," katanya.

Stealth MH370Semalam, akhbar tabloid United Kingdom, Daily Mail melaporkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah seorang 'fanatik politik' dan 'aktivis sosial yang lantang'.

Daily Mail juga melaporkan Zaharie menghadiri keputusan perbicaraan liwat Anwar, beberapa jam sebelum menerbangkan pesawat malang itu.
EZY


SHAH ALAM,: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Kerajaan Persekutuan mengkhianati Perjanjian Persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan Kerajaan Selangor kerana enggan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air negeri ini.

Pemimpin Pakatan, Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan bersama berkata, WSIA perlu digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.

MB air MOU"Ini adalah pengkhianatan ke atas perjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri. Keputusan berpatah balik itu tidak boleh diterima dan mengejutkan," kata mereka dalam satu kenyataan pagi ini.

Jumaat lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ketika ini Putrajaya tidak akan menggunakan WSIA untuk mengambil alih syarikat konsesi air di negeri Selangor.

Sehingga kini, tiga konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) masih belum bersetuju dengan tawaran pengambilalihan pada harga RM9.65 bilion meskipun MoU telah ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari lalu.

Malah, Dr Maximus sendiri berjanji akan menggunakan WSIA bagi memaksa syarikat konsesi tersebut.

"Tawaran ditolak oleh syarikat konsesi ini. Kerajaan pusat gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengesa syarikat konsesi menerima tawaran yang dibuat," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Pakatan menggesa kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2.

"Kami akan menggesa kerajaan negeri Selangor, Exco dan Dewan Undangan Negeri untuk menangguhkan baki kelulusan yang diperlukan bagi projek Langat 2.

"Tiada keperluan undang-undang untuk kerajaan negeri memenuhi syarat dalam MoU apabila kerajaan pusat gagal menunjukkan komitmen mereka," katanya.EZY

Tiada ulasan:

Pengikut