Rabu, 27 Jun 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 26 Jun 2012 01:08 PM PDT

THE FLYING KICK


PERTANDINGAN PAYUDARA TERBESAR DI THAILAND!!!

Posted: 26 Jun 2012 01:00 PM PDT

HUKUMAN ISLAM KEPALA TORAK KALAU DAH MACAM NIH!!!

Posted: 26 Jun 2012 11:35 AM PDT

PAS KEDAH TIPU DUIT ORANG CINA UNTUK TABUNG PILIHANRAYA!!!

Posted: 26 Jun 2012 07:00 AM PDT

ANWAR TERINGIN NAK BERDEBAT UNTUK BUKTIKAN DIA BODOH!!!

Posted: 26 Jun 2012 05:30 AM PDT

DIROGOL WAKTU TIDUR DI KAJANG... ISY, YER KER?

Posted: 26 Jun 2012 04:00 AM PDT

NASIB MALANG GADIS 15 TAHUN: CULIK DI KELANTAN, ROGOL DI PERAK, NIKAH DI SIAM, LAST-LAST DITINGGALKAN DI TEPI JALAN KE IPOH!!!

Posted: 26 Jun 2012 02:53 AM PDT

TERKINI!!! KERANA CINTAKAN PUSAT LENDIR, SPRM SERBU PEJABAT DAERAH KOTA STAR!!!

Posted: 26 Jun 2012 01:36 AM PDT

TERBALIK KUANG, DAP PECAT DUA AHLI SEBAB DEMO BANTAH PIMPINAN DAP JOHOR!!!

Posted: 25 Jun 2012 10:30 PM PDT

INDONESIA MARAH SEBAB MALAYSIA CURI TOR-TOR!!! MENATANG APA TOR-TOR TU?

Posted: 25 Jun 2012 09:00 PM PDT

TOLONGLAH DR. KHIR TOYO... JANGAN MALUKAN KHALID IBRAHIM!!!

Posted: 25 Jun 2012 07:30 PM PDT

MAHUKAH KHALID IBRAHIM CERAIKAN FAEKAH DENGAN TALAK TIGA?

Posted: 25 Jun 2012 05:30 PM PDT

Duke of UMNO

Posted: 26 Jun 2012 01:06 PM PDT

Duke of UMNO


PEERRGGHHH..!!! ARTIS SEKSI NI ISAP GANJA..???!!!

Posted: 26 Jun 2012 08:48 AM PDT

Terkejut jugak aku bila ada pihak yang kata artis seksi dan cun ni ambik ganja! Cun macam ni pun ambik ganja ke? Dah takde benda lain nak ambik?

Rupanya, tu semua gossip je. Ada la tu orang nak jatuhkan dia. Jeles la kot? Heh! Dalam dunia politik, perkara tu memang biasa dan selalu terjadi. Kat dalam dunia hiburan pun ada jugak...

Harap dalam dunia blog ni takde la sampai jadi macam tu pulak kan...heh! Hidup bloggers..!!! I always trust and sincere to my fellow brothers and sisters...Salute..!!!

Gossip Ambil Ganja Jatuhkan Maruah Saya, Kata Erin Malik

Pelakon Nur Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik, dikatakan telah mengambil dadah jenis ganja di set penggambaran drama Mis Cinta bulan lalu di Kemaman, Terengganu.

Namun pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang tidak berasas ke atas dirinya.

"Saya tidak mahu komen lagi, jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.

"Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.
"Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya.

Erin yang telah menerima pelbagai tohmahan dari gosip yang melibatkan dirinya itu menegaskan jika perkara ini berpanjangan, dia tidak teragak agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tambah Erin lagi, dia sendiri tidak tahu mengapa orang sanggup menabur fitnah dan mempunyai perasaan cemburu ke atasnya.

Erin yang baru sahaja selesai dari penggambaran drama Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie , Nur Iman. - Mynewshub.my

TERHANGAT DARI KEDAHHH..!!! GAMBAR DALAM PUSAT HIBURAN PALING NGETOP..??!!!

Posted: 26 Jun 2012 07:37 AM PDT

Baru-baru ni MB Kedah, Azizan Razak kata Kerajaan PAS Negeri Kedah ada luluskan 4 lesen PUSAT HIBURAN BARU di negeri jajahannya. Kononnya, masa nak buka tu tiada bantahan dari sesiapa...

Aku nak tanya Azizan...dia sendiri selaku MB yang kononnya "buat kerja cara Islam", dia tak bantah ke pusat-pusat hiburan ni dibuka? Beri lesen pusat hiburan banyak-banyak tu buat kerja cara Islam ke? Atau cara "agama PAS"?

Lebih pelik, Azizan sendiri mengaku tentang pusat hiburan yang baru kat Tesco Mergong tu, dia kata dia tak tauuu...

Aku nak tahu apa yang Azizan tahu? Lagipun, Mufti Kedah pun dah tegur pasal pusat-pusat hiburan di Kedah yang makin banyak tumbuh di seluruh negeri, khususnya di kawasan bandar...


Lagi satu, aku nak tanya Exco Agama kat Kedah ni, Taulan Rasul. Dalam masa 3 tahun, dia kata dia tak pernah luluskan lesen pusat hiburan. Empat lesen yang baru keluar tu apa benda? Kenapa dia tak bantah? 

Exco Agama apa lagu tu..??? Taulan redha ke kalau bukak pusat hiburan depan rumah dia?

Aku rasa, Kerajaan PAS Kedah ni nak jadi negeri ni macam negeri yang dipimpin DAP dah. Aku nak tanya, kat Kedah ni golongan mana yang majoriti? Umat Islam atau bukan Islam?

Takpa lah Azizan. Hari ni kat dunia, boleh la buat apa saja. Esok nanti menjawab la dalam kubur...



PEDASSS UNTUK ANWAR..!!! ANWAR LUPA PADA CARA ISLAM..???

Posted: 26 Jun 2012 05:32 AM PDT

Saya terbaca di Malaysiakini yang menyiarkan tentang cabaran Anwar kepada PM "mahu berdebat atau tidak?".

Sebagai seorang yang mengaku Islam, Anwar perlu faham cara menyelesaikan masalah dalam Islam.  Anwar nak ikut cara Islam atau caranya sendiri? Azizan Razak suruh "buat kerja cara Islam"...

Dulu, semasa Anwar dalam UMNO, dia selalu mengatakan bahawa cara menyelesaikan masalah BUKAN dengan cara berdebat, tetapi mensyuarat atau syura. 

Ketika itu, Anwar berhujah dengan membaca petikan dari Al-Quran...tapi itu dulu...

Tapi sekarang, mengapa sekarang Anwar kerap sangat cabar pemimpin UMNO untuk berdebat. Apakah dia sudah lupa dengan ajaran Islam yang beliu perjuangkan dulu. Dia dah tinggalkan cara Islam, kah?

Kalau sudah lupa, kami nak ingatkan Anwar:

Pertama: Baca kitab Minhajul Abidin, karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali: Sabda Rasullallah: " orang-orang yang asalnya benar, tetapi kemudian menjadi sesat, kerana mereka mulai dengan berbantah-bantah (berdebat).

Kedua: Baca kitab Syed Qutb: Inilah Dienul Islam: Syed Qutb berkata: " tidak perlu mengadakan perdebatan, kerana perdebatan itu hasilnya sia-sia. Dan umat Islam pada hakikatnya dilarang melakukan perdebatan berlarut-larut tanpa manfaat.

Ketiga: Baca kitan Al Syahid Hasan al Banna: 10 Wasiat: Al Banna berkata: 

"Perdebatan adalah perbuatan bathil. Sebagai hiasan syaitan yang ditempelkan kepada orang-orang kafir. Mereka sangat mengagumi sifat berdebat ini".

"Perdebatan hanya akan mengantar kepada kemurkaan Allah. Mendatangkan akibat yang merugikan bagi pelakunya"

Mungkin Anwar sudah lupa pendapat ulama-ulama yang pernah disebutkannya dahulu. Anwar lupa pada ulama Islam. Mentang-mentanglah Anwar dah ada Kit Siang, Karpal dan Eli Wong..heh!

*Kiriman pembaca

ISLAM APAKENAMA KALAU DOK FITNAH PERBURUK ORANG..???

Posted: 26 Jun 2012 04:38 AM PDT

harakah
Mungkin pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah muak dan bosan diserang dengan pelbagai dakwaan palsu, tohmahan serta fitnah jahat yang dilemparkan terhadap agensi bebas itu oleh pihak Pakatan Haram selama bertahun lamanya.

Ekoran tidak tahan lagi dengan segala tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan kreadibiliti mereka, SPR semalam telah bertindak balas dengan membuat satu laporan polis terhadap lidah rasmi PAS, Harakah, yang terkenal dengan pembohongan terancang.

Harakah melalui keluarannya pada Bilangan 1750, yang diterbitkan pada 21-24 Rejab 1433 bersamaan  dengan 11 hingga 14 Jun 2012, telah menyiarkan dakwaan Zulkifli Ismail, kononnya satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi.

Zulkifli juga mendakwa bahawa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.

Selain itu, Harakah juga dengan "bangga" menyiarkan dakwaan kononnya tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain pada pilihan raya umum tahun 2008.

Malah lebih buruk lagi, Harakah turut mendedahkan kenyataan Zulkifli yang menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain serta gambar orang yang mengundi.

Paling kelakar ialah kenyataannya mengenai maklumat yang mengatakan bahawa SPR menggunakan nama pengundi yang dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik mengundi.

Lebih banyak lagi tuduhan dan kenyataan karut-marut Zulkifli yang disiarkan Harakah, seolah-olah wartawan akhbar itu tidak punya akal untuk mempersoal tentang logik dakwaan yang dibuat oleh Zulkifli itu.

Sebenarnya, saya juga berstatus jounalis sambilan yang selalu menghadiri sidang media atau temuramah eksklusif dengan ratusan orang di negara ini. Namun saya masih punya akal untuk berfikir dan mengajukan pertanyaan sekiranya fakta yang diberikan agak mengelirukan saya.

Saya pernah menemui seorang wanita tua yang tidak waras dan seorang anaknya di Ampang. Hebatnya wanita ini dia mengaku bahawa dia adalah seorang permaisuri dan salah seorang kerabat DiRaja kerajaan Riau Lama.

Mengejutkan saya, dia mengaku memilik harta yang bernilai berbilion ringgit selain mengaku bahawa bangunan baru siap setinggi empat tingkat yang menjadi tempat tinggalnya itu adalah miliknya!

Kalaulah saya tidak waras, mungkin saya akan terpesona dengan cerita makcik itu memandangkan hikayatnya sungguh lengkap dengan salasilah dan susur galur keturunan yang dikatakan pemilik takhta Riau itu.

Namun saya masih waras dan sempat merasa simpati atas keadaan makcik tersebut. Saya sempat menghulurkan sedikit wang dan kuih untuk kedua beranak yang tinggal di kaki lima. Kasihan…

Tapi yang peliknya, apakah wartawan Harakah yang menulis tentang cerita Zulkifli itu tidak berfikir sebelum menulis hikayat "dongeng" tersebut? Editor Harakah pun terlepas pandang?

Sebagai wartawan yang bertanggungjawab, dia perlu menyiasat dakwaan Zulkifli itu dan memastikan sama ada dakwaannya itu benar atau tidak. "Follow up", itu penting untuk memastikan kebenarang berita yang mahu disampaikan kepada pembaca.

Apatah lagi wartawan Harakah itu mahu menulis tentang satu dakwaan berkaitan fakta yang terperinci dan meragukan. Saya faham Harakah mahu sensasikan cerita. Namun kalau nak sensasi bagaimanapun, buatlah cara Islam!

Bagaimana jika Zulkifli itu gila dan tidak waras? Bagaimana jika saya menemuramah seorang yang gila dan kemudian mendakwa perkara tidak benar tentang PAS dan saya siarkan kepada umum, apakah PAS sanggup membenarkan perbuatan itu?

Nah! Sekarang terimalah padahnya. Suka sangat dengan cerita palsu dan fitnah, bersedialah dengan soalan-soalan cepumas pihak polis. Jangan terkencing dalam seluar nanti, sudahlah…

Sumber: Mykmu.net

PANASSS UNTUK SUAMI ISTERI SAHAJA..!!! RM3 UNTUK SEKALI HUBUNGAN SEX..!!!

Posted: 26 Jun 2012 03:08 AM PDT

KANGAR – Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja. - Mynewshub.my
Tu laaa...kalau rasa tak mampu nak kahwin dan pikul tanggungjawab sebagai suami, lebih baik jangan kahwin lagi. Bina hidup dulu...lepas tu baru kahwin...

Perkahwinan ni bukan perkara kecik...besar tanggungjawabnya. Ada yang fikir "sedap" je, tapi lupa pada nafkah zahir yang lebih utama dan penting...

Paling utama ialah asas didikan Islam yang kekal dalam diri...kuatkan diri dengan Islam dulu, baru fikir nak kahwin lepas tu...

Tapi, jangan ingat join PAS tu dah kira Islam sangat dah...PAS tu parti politik je...bukan agama pun! Berapa banyak puak PAS yang kejam terhadap isteri...heh! Sampai ada bini yang mintak cerai dari ulama PAS sebab tak tahan...apa cerita tu broooo..?

PANASSS..!!! RAHSIA MISI SELAMATKAN RM3 BILION TERBONGKAR..!!!

Posted: 26 Jun 2012 01:37 AM PDT

 
Penulis baru dimaklumkan akan perkara ini melalui seseorang yang punya hubungan dengan SUK Selangor.  Sejauh mana kebenaran ini, terpulang kepada anda untuk menilai.

Kisah RM3 billion yang "dilarikan" oleh Anwar Ibrahim merupakan sesuatu yang sukar dinafikan oleh seluruh jentera PKR.  Sudah menjadi kebiasaan di dalam Pakatan, jika ia melibatkan Anwar, maka akan turunlah seluruh jentera mereka untuk mempertahankan Anwar.

Modus operandi ini cukup popular sewaktu zaman Ezam Md Nor memimpin jentera suatu ketika dahulu.  Namun, tidak akan selamanya  mereka teguh berdiri di belakang Anwar.

Begitulah situasi yang sedang berlaku sekarang apabila jentera Pakatan semakin muak dengan satu persatu isu yang melingkari Anwar.  Apatah lagi ia melibatkan wang sebanyak itu.

Yang cukup memeningkan kepala ialah akuan bersumpah dari bekas Penolong Gabenor Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang mengakui bahawa akuan sumpah yang dibuat olehnya 13 tahun lalu adalah benar.  Akuan sumpah berkenaan telah mengaitkan nama Anwar Ibrahim sebagai salah seorang yang memberi arahan dalam beberapa pembayaran bernilai jutaan ringgit kepada beberapa penama.

Seolah, tiada lagi ruang untuk mempertahankan Anwar. Perlu diingatkan, akuan bersumpah adalah "senjata" yang sering digunakan oleh Anwar sebelum ini.

Oleh yang demikian, penulis dimaklumkan bahawa jentera Anwar telah memikirkan beberapa cara untuk memastikan isu ini dapat dialihkan segera.  Antaranya ialah melalui Anwarista yang menguasai PAS, dengan membangkitkan isu penangguhan haji demi pilihanraya untuk mencipta isu terbaru.

Perlu diingatkan, isu penangguhan haji ini dibangkitkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang lagi pemain politik yang cukup dikenali telah "tunduk" kepada Anwarista.  Kenyataan itu sendiri telah menyebabkan kepimpinan PAS bergegar, dan terkedu.

Persoalannya, siapakah di belakang kenyataan jumud berkenaan?

Menyedari isu berkenaan tidak cukup kuat kerana isu RM3 billion masih lagi berlegar dan desakan dari pelbagai pihak termasuklah beberapa badan bukan kerajaan, gelombang dalaman "pecat Faekah Husin" pula diwujudkan.  Tatkala isu berkenaan di peringkat awal, panasnya belum lagi mencapai maksimum, timbul pula satu lagi isu – perletakkan jawatan Rafizi Ramli.

Apa yang cuba dibangkitkan ialah persoalan hubungan desakan pemecatan Faekah dengan perletakkan jawatan Rafizi.  Rakyat dihidangkan dengan pelbagai persoalan dengan dua isu ini.  Tentunya banyak perkara yang akan dibangkitkan, diperbicangkan berkaitan dengan kedua-dua isu berkenaan.

Pastinya, akan ada lagi pemain-pemain politik yang tampil untuk "memanjangkan" hayat kedua-dua isu ini sehingga Ramadan bertukar Syawal, dan seterusnya.

Sedang sibuk rakyat dibuai dengan isu ini, Azmin selaku pendesak agar PRU dipercepatkan akan terus memainkan peranannya.  Harapannya ialah PRU berlaku dalam masa terdekat.

Oleh yang demikian, isu RM3 billion ini tidak sempat untuk difikirkan dan dibincangkan. Tentunya ia memberi manfaat yang besar kepada Anwar Ibrahim kerana PRU akan berlangsung.

Sudah ada tanda-tanda bahawa "mood" pemain politik lebih gemar menceritakan tentang hubungan desakan pemecatan Faekah dan perletakkan jawatan Rafizi.  Tanpa sedar, mereka sebenarnya telah terpedaya dengan isu asal yang bakal membungkam cita-cita Anwar iaitu;

Ke mana RM3 billion yang dirompak dari rakyat?

Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! ARTIS SEKSI MALAYSIA NAK TIRU JUPE..???!!!

Posted: 26 Jun 2012 12:05 AM PDT


Haaaa...ni yang aku nak hangin nihhh..! Kalau artis Indon tu lantak diorang la. Ni artis Malaysia nihhhh..!!! Dey Jue Aziz...ni apahal pakai macam Julia Perez nihhh? Apahal sampai nampak lurah nihhh...???

Sengaja cari kontroversi? Sengaja nak suruh kitorang kutuk ke? Yang si Ako ni pun apahal yang peluk-peluk Jue Aziz nih? Dia tu bini ko ke, Ako? Seronok nampakkkk...

Jue...Julia Perez pun dah berhijrah dah...dah pakai tudung sejak balik dari Mekah...Jue nak ganti Julia Perez ke? Cukup la dengan Zarina Anjoulie...tak payah la ada sorang lagi... aku takut bala wehhh..!

Cuba la contohi Abby Abadi...pakai tudung elok je...dia nak naik pentas PAS ke..apa ke..itu dia punya pasal..asalkan dia sopan pakai tudung dan berhijrah ke arah menutup aurat...ko bila lagi nak berubah, Jue?

GEMPARRR DARI KEDAHHH..!!! ZULKIFLI YAHYA CUBA GULINGKAN MB KEDAH..???!!!

Posted: 25 Jun 2012 10:31 PM PDT

Pelik jugak apabila melihat Pegawai Media Baru PAS Kedah dan Menteri Besar Kedah seolah-olah "bertikam lidah" dalam memberikan kenyataan mengenai pusat-pusat hiburan yang semakin banyak tumbuh di Kedah.

Pada awalnya, Zulkifli Yahya (yang poyo dan suka menipu tu..) kata..
"Dasar Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan pusat hiburan sangat jelas tetapi tidak dihormati. Polisi itu sepatutnya diguna pakai semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi malangnya, tidak. Daripada tinjauan kita, beberapa pusat hiburan baru di daerah Kota Setar diberi lesen tanpa alasan kukuh,".
Tapi kemudiaannya, Azizan Razak pula kata...

"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum..."
Aku nak tanya, mana satu yang betul ni? Yang sorang tu marah sebab pusat hiburan tu diberi kelulusan. Tapi, Azizan pulak macam tak kisah je dan membenarkan pusat-pusat hiburan tu diberi lesen..!

Aku nak tanya lagi...sapa yang jadi MB sebenarnya? Zulkifli Yahya atau Azizan Razak? Heh!

Tapi yang peliknya, tiba-tiba Zul balun dan menyalahkan KCS. Kononnya kelulusan pusat hiburan tu seolah-olah satu tindakan sabotaj dari KCS terhadap PAS Kedah...

Hallooo brooo.!!! Azizan Razak pun tak kisah dan faham tindakan KCS tu. Yang hang pi menyalak lebih-lebih tu apahal?

Aku dengar Zulkifli Yahya sengaja je balun KCS sebab dia tahu Azizan memang sayangkan KCS berbanding Exco dan pemimpin PAS Kedah yang malas dan tak buat kerja..!

Lagipun, orang PAS satu Kedah dah tahu Zulkifli Yahya ni "orang siapa"....heh! Dah tentu la dia nak jatuhkan Azizan Razak..maklum la...dia nak "boss" dia naik jadi MB lepas nihhh...heh!

Nak tahu Zulkifli Yahya ni "orang siapa"? Heh! Cuba teka...sumber aku pun orang PAS jugak yang bagitahu...heh! Hangpa boleh teka, kan?

PANASSSS..!!! "MAK LAMPIR" RAYU NAJIB NAK JADI MENTERI WANITA..?!!! HEH..!

Posted: 25 Jun 2012 09:04 PM PDT

mak lampir
"Bakal" Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zuraida Kamaruddin, hari ini begitu marah pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menyerahkan kementerian itu kepada wanita UMNO setelah dikosongkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil tempohari.

Zuraida yang terkenal dengan gelaran 'mak lampir' itu menyelar Najib dan cuba mencetus ketegangan kononnya Presiden UMNO itu menganggap Wanita UMNO sebagai tidak relevan kerana tidak dilantik di kementerian itu.

Seterusnya, Zuraida turut melepaskan kemarahannya kepada Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique, yang memuji langkah Perdana Menteri mengambil alih kementerian tersebut buat sementara waktu.

Saya ketawa panjang melihat telatah "mak lampir" dari Wanita PKR ini. Politiknya kebudak-budakan dan melambangkan Wanita PKR diketuai oleh seorang yang dungu, tidak relevan, tidak matang dan mentah di dalam pentadbiran negara.

Paling sadis, meskipun Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dibawah seorang lelaki, Zuraida patut malu apabila Najib membuktikan bahawa pencapaian golongan wanita di dalam sektor awam telah meningkat begitu ketara iaitu 31.7 peratus pada tahun 2012 berbanding 18.8 peratus pada tahun 2004.

Ini membuktikan bahawa wanita semakin maju dan semakin cemerlang di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Di mana pula tahap pencapaian Wanita PKR di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Haram? Kalau setakat berbangga dengan gambar-gambar separa bogel Elizabeth Wong yang kemudiaannya menyaksikan "muslimut" PAS menangis di belakangnya, tak payah bersuaralah. Memalukan saja…

Apa masalahnya kalau Najib mengambil alih kementerian itu buat sementara waktu? Cuba sandarkan nas dari Al-Quran, Hadis, Qias atau Ijma' yang melarang seorang yang bergender lelaki untuk mengetuai sebuah kementerian yang membabitkan hal ehwal wanita. Ada?

Seperkara lagi, di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa Ar-Rasyidin dulu, adakah wujud seorang wazir khas dari golongan wanita yang dipertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal wanita? Setahu saya tidak ada…

Maka jelaslah tindakan Najib itu tidak bertentangan sama sekali dengan hukum syarak Islam, bukan?

Jadi, apa yang "mak lampir" sebok? Atau "Mak Lampir" takut kalau-kalau tidak dilantik sebagai Menteri Wanita sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya nanti? Masalahnya, layakkah "Mak Lampir" jadi menteri? Rasanya Zuraida jadi ketua darjah 5 Anggur pun belum tentu layak!

Saya faham bahawa Zuraida cuba menjadi "batu api" di antara Wanita UMNO dan Perdana Menteri. Zuraida kononnya cuba mewujudkan perasaan marah Wanita UMNO terhadap Najib kerana tidak melantik salah seorang dari mereka sebagai Menteri di kementerian itu.

Jangan haraplah Wanita UMNO akan "termakan" dengan strategi "mak lampir" itu. Wanita UMNO terkenal dengan kesetiaan dan sepakat memberikan sokonga penuh kepada Presiden parti dalam apa jua keadaan pun.

Lagi pun, saya percaya bahawa Wanita UMNO telah berbincang dengan Najib mengenai perkara ini dan apalah yang boleh dilakukan oleh seorang Menteri sekiranya diberi tanggunjawab dalam tempoh beberapa bulan saja?

Tunggulah selepas PRU ke-13 nanti dan saya percaya Najib akan membariskan kabinet yang lebih ampuh serta mampu bekerja keras dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat di negara ini.

Gelihati juga melihat perangai kebudak-budakan "mak lampir". Wanita UMNO relax dan cool saja, tapi dia pula yang lebih-lebih. Kemaruk sangat nak jadi menteri? Kalau nak jadi menteri, rasanya boleh minta Anwar rekomen jadi menteri di Israel. Khabarnya ada kosong, kalau "mak lampir" apply boleh dapat kot..?

Sumber: Mykmu.net

PEDASSSS..!!! SATU MALAYSIA DAH TAHU, TAPI DEPA TETAP NAK MENIPU JUGAK...HEH!

Posted: 25 Jun 2012 07:37 PM PDT

rafizi faekah
Agak seronok melihat "drama" yang "diwayang"kan oleh Pakatan Haram Selangor yang melibatkan di antara kem Menteri Besar, Khalid Ibrahim, dengan kem "kekasih gelap" Anwar, Azmin Ali, yang membabitkan dua orang balaci mereka.

Dari kem Azmin, dikisahkan dengan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Rafizi Ramli sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Manakala di kem Khalid pula, Setiausaha Politiknya, Faekah Husin pula diserang habis-habisan oleh geng-geng Azmin dan dipaksa untuk melepaskan jawatannya serta merta, mengikut jejak langkah Rafizi Ramli.

Khalid Ibrahim semalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah dan menegaskan bahawa Faekah yang dipercayai masih lagi "anak dara" itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
Dalam masa yang sama, Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Selangor tidak bergolak dan menafikan pergaduhannya dengan Khalid Ibrahim serta konco-konconya.

Tapi, tiba-tiba muncul pula Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai "raja pasir Selangor" membuat sidang akhbar mengecam Faekah dan menuntuk agar "anak dara" itu meletak jawatan atau digantung tugas.

Begitulah kira-kiranya "drama swasta" yang dilakonkan oleh PKR Selangor menjelang PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hebat bukan? Harapnya Yusuf Haslam beri perhatian kepada bakat-bakat terpendam ini untuk membintangi filemnya pada masa akan datang…

Saya tidak pasti, mengapa PKR Selangor, khususnya Azmin, tetap enggan mengaku bahawa PKR Selangor sedang teruk dilanda krisis yang besar. Azmin dan PKR nak sembunyikan dari siapa?

Kalau nak sembunyikan dari ahli-ahli atau pemimpin PKR Selangor, mereka sendiri tahu dan terlibat dalam pergaduhan Azmin – Khalid ini. Malah, rakyat Selangor yang bukan PKR pun tahu tentang krisis antara Azmin dan Khalid.

Kalau nak sembunyikan dari rakyat yang berada jauh dari Selangor, rasanya perkara ini bukan lagi rahsia pada mereka. Hampir seluruh negara tahu tentang pergaduhan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim.

Bukannya rakyat tak tahu bahawa Azmin disokong kuat oleh Anwar dan kem Azmin dibarisi oleh golongan seperti Rafizi Ramli, Shuhaimie Shafie dan mereka-mereka yang mendapat "durian runtuh" dari Anwar…

Manakala Khalid Ibrahim pula adalah dari kem Kak Wan Azizah, yang turut disokong oleh Nurul Izzah dan golongan yang simpati kepada isteri Anwar itu. Itu bukan lagi rahsia. Semua orang yang mengikuti perkembangan politik tahu mengenainya.

Jadi, mengapa perlu menafikan pergolakan PKR Selangor? Mengapa perlu berbohong tentang sesuatu yang semua orang tahu?

Sebenarnya, banyak penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim. Dikhabarkan bahawa pendedahan mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Faekah sebenarnya didalangi oleh orang-orang Azmin.

Ini bukan pertama kali. Sebelum ini Khalid Ibrahim pernah dikaitkan dengan skandal penyelewengan kontrak mewah yang bernilai berbilion ringgit yang diberikan kepada Lim Kim Hong, yang didakwa salah seorang kroninya.

Khabarnya, pendedahan itu juga berpunca dari pembocoran maklumat dari kem Azmin.

Tapi, bagaimana pula dengan kem Azmin? Khabarnya ada penyelewengan di dalam pejabat Penasihat Ekonomi RM1, benarkah?

Jika tidak, mengapa pula Rafizi secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai CEO di pejabat itu dan memberikan alasan bodoh sebagai justifikasi perletakan jawatan itu?

Takkanlah Khalid Ibrahim dan kemnya hanya mahu duduk dan biar saja? Tak mahu dedahkan pada rakyat tentang Azmin dan kroni-kroninya, kah? Atau Kak Wan dan Khalid takut pada Azmin?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...KORANG KENAL TAK SAPA NI...?

Posted: 25 Jun 2012 06:08 PM PDT


Adehhhh...korang kenal tak sapa mamat nih? Aku tak berapa nak kenal laaa....

Bukan apa...kesian sangat aku tengok dia...bercakap macam orang takde otak...sehina-hina binatang, mereka masih punya otak...

Tapi mamat ni bukan setakat takde akal...otak pun takde...ishhh..kesiannn...

Bak kata Kasim Selamat..."kenapalah kamu dicipta menjadi manusia..alangkah..." aku tak sanggup nak teruskan...kesiannnn...

MASTER DEDAH

Posted: 26 Jun 2012 11:42 AM PDT

MASTER DEDAH


FAEKAH PENGILAT MUKA -MARI KITA BELI

Posted: 25 Jun 2012 06:39 PM PDT


DIMENSI

Posted: 26 Jun 2012 11:24 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Api reformasi anuwar bakal membakar negara..Baca jangan tak baca!!

Posted: 26 Jun 2012 06:43 AM PDT


Api Reformasi Di Indonesia Sudah Menyala Di Malaysia?

Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.

Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.

Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.

Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok – beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).

Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.

Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.
Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.

Di antara Mac hingga Mei 1998, beberapa rusuhan besar berlaku. Antaranya rusuhan di Medan dan Yogjakarta yang berlaku hampir serentak bermula 4 Mei hingga 8 Mei 1998. Beberapa korban nyawa melayang dan banyak harta benda musnah terbakar.

Hampir seminggu kemudian, Tragedi Trisakti pula berlaku hampir serentak dengan peristiwa pembunuhan besar-besaran terhadap kaum Tionghoa Indonesia pada tanggal 12 Mei hingga 15 Mei 1998.

Gedung beli belah, kedai dan kediaman kaum Tionghoa di ceroboh kemudian dibakar manakala gadis-gadis di perkosa dan dibunuh kejam. Dianggarkan lebih seribu nyawa melayang dan ribuan lagi cedera sewaktu konflik itu berlangsung.

Berpuluh ribu lagi kaum Tionghoa meninggalkan Indonesia menyelamatkan diri dari amukan dan keganasan tika itu. Pembaharuan dan perubahan politik yang dituntut secara gerakan jalanan nyata tidak seindah yang diangankan oleh ramai pihak.

Ramai yang lari ke Malaysia dan Singapura dengan membawa banyak barangan berharga di samping kisah-kisah sedih yang berlaku.

Mereka ini kemudiannya menyebarkan cerita yang berlaku secara lisan kepada orang Cina di Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa gerun di kalangan penduduk negara jiran.

Walaupun demikian keributan yang berlaku, penggerak reformasi dari kalangan pemimpin politik dan mahasiswa Indonesia terus menerus mengadakan rapat umum besar-besaran di Surakarta, Medan, Bandung, Monas, Yogjakarta dan Jakarta mendesak Presiden Soeharto segera mengundur diri.

Pada tanggal 21 Mei 1998, Presiden Soeharto membuat pengumuman mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan. Penggantinya, Prof. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) akhirnya mengambil alih jawatan tersebut sekalipun menerima bantahan dari ramai kelompok mahasiswa.

Biarpun umumnya kejatuhan Soeharto dianggap kejayaan penting hasil gerakan reformasi jalanan yang dipelopori golongan mahasiswa, natijahnya selepas itu pucuk pimpinan bersilih ganti dan terpalit dengan pelbagai cabaran.

Pertembungan dan pergeseran antara etnik dan agama kian memuncak. Tunjuk perasaan dan gerakan jalanan masih berterusan, korban sengketa dan ledakan bom bertukar ganti saban bulan.

Kelihatannya, sinar kedamaian dan perubahan indah yang diimpikan kian jauh sayup mata memandang. Kini, 14 tahun berlalu rata-rata rakyat Indonesia seia sekata gerakan reformasi telah mengalami kegagalan total.
Dan ramai berpendapat, reformasi hanya indah dari rupa. Kerana kebodohan dan kerakusan pihak tertentu yang berkuasa, beribu nyawa melayang tanpa sebab dan ada antaranya di penggal kepala mereka hanya kerana perbazaan agama dan kaum.

Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia? - FMK2

Omegay: Rafizi nak bersumpah untuk anuwar? huhuhu

Posted: 26 Jun 2012 01:00 AM PDT


Rafizi: Tiada krisis, saya sanggup 'sumpah'

"Saya rasa itu mungkin 'cybertrooper' Umno yang menyamar menjadi ahli PKR menyebarkan fitnah tersebut,"

kehkehkeh rafizi punye ler fobia kat umno sampai ke tulang seyhhh!!..anuwar plak camne?..bile nak bersumpah??..tak kan nak tunggu pru plak..nampak sangat dah terdesak! >XD

Omegay: Tun belasah..anuwar macam setan kepanasan! >XD

Posted: 25 Jun 2012 08:38 PM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat.

"Bagi saya, Mahathir tidak dapat menerima hakikat kehilangan Mubarak sebagai pemimpin," ujar beliau ditemui selepas Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil malam tadi.

"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata beliau.

Tambah beliau, tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.

"Jangan khianati rakyat kerana rakyat mampu menjadi saksi dalam segala kemelut yang melanda negara ini," tegas beliau.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.

Dr Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya. - SH

kehkehkeh anuwar dah tenggelam punca di sebabkan perpecahan dalaman parti atau terase pedas dengan kenyataan tun? klik sini anuwar masih terpaksa bergantung harap kepade pencacai reformasi 1997 yang telah menghuruharakan negara untuk menumbangkan kerajaan demi mengelakkan diri dari di kenakan tindakan mahkamah atas kes menutuh!

bezanya hosni tak cucuk belakang tapi berperangai sebijik macam anuwar yang menyokong keselamatan israel selain bersikap angkuh. anuwar terus memainkan persepsi bahwa rakyat telah di khianati..adakah kerane tindakan kejam kerajaan terus memberikan bantuan demi bantuan melalui gagasan 1Malaysia menakutkan anuwar? 

adakah tindakan tak berperi kemanusiaan kerajaan melakukan transformasi ekonomi untuk kesejahteraan rakyat membuatkan anuwar berpeluh satu badan? adakah tindakan keterlaluan kerajaan mendokong agenda islam serta terus di mertabatkan telah menjadikan anuwar kepanasan macam setan yang kena bakar?

adakah perbuatan pemuda BN saban kali mengadakan karnival mencari kerja di setiap pelusuk negara menjadikan anuwar tak senang duduk?

sebenarnya rakyat dah paham kenape anuwar masih berprasangka buruk terhadap dasar yang di buat oleh kerajaan BN!..tentunye semua yang telah, sedang dan akan di laksanakan bakal memacu negara kepada satu tahap di mana anuwar pun belum tau mampu dapat laksanakan. 

walaupun sekarang ni fuckatan telah memerintah beberapa negeri namun takde satu pun projek yang boleh di banggakan dek kerane di sebabkan oleh sifat tamak nak sapu harta perbendaharaan negeri yang ada di dalam diri anuwar dan konco2 yang sama waktu dengannye.

biar macam mane pun anuwar nak bersihkan kisah hitam, anuwar tetap di hantui dosa silam. dose terhadap allah, dose terhadap rakyat yang menjadi mangsa kepade penipuannye dan dose kepade kelaurganye sendiri

jadi ape jua alasan yang anuwar nak sampaikan kepada rakyat cuma satu.."tolak kerajaan bn yang berjaya mentransformasikan agenda untuk rakyat dan pilih fuckatan yang langsung tak pernah tunaikan janji!" kehkehkehkeh >:D

PEJUANG BANGSA

Posted: 26 Jun 2012 11:20 AM PDT

PEJUANG BANGSA


gerakan jatuhkan Karpal & Rayer di Bkt Gelugor ?

Posted: 26 Jun 2012 07:25 AM PDT

Mengapa gambar banner kerajaan Dap ini hanya dikoyakkan muka Karpal Singh dan Rayer ? Itu yang menjadi tanda tanya dan wajah Guan Eng dan Mansor tidak pulak kena.

Adakah banner yang digantung di Parlimen Bkt Gelugor terkoyak ini kerja musuh dalaman dalam Dap yang mahu jatuhkan Karpal dan Rayer? Nampaknya krisis dalaman DAP pun bermasalah di PP sama seperti PKr di Selangor.



Jawatankuasa masjid pertahan unsur politik dalam doa khutbah Jumaat !

Posted: 26 Jun 2012 02:43 AM PDT



GPB bila perhalusi setiap kenyataan Jawatankuasa Kariah Masjid Tmn Guar Perahu dalam isu guling kerajaan  ini KLIK DI SINI , ternyata mereka memang bijak susun game politik ala PAS dalam isu ini .

Daripada perkataan  " Kerajaan yang zalim " di hujung doa telah bertukar  menjadi  " Pemimpin yang zalim " .Tak kan ratusan jemaah di situ pekak kot sampai tak boleh beza perkataan kerajaan dan Pemimpin ? 

Bagi GPB , soal pemimpin yang zalim @ kerajaan yang zalim  yang depa nak spin.. itu bukan isunya.

Perkara yang utama adakah sesuai dalam doa khutbah Jumaat boleh disebut sedemikian ??  Sesuaikah ungkapan itu dalam doa ditambah lagi ada pulak ayat dibelakangnya PRU 13 ?  Kalau sebut pasal PRU 13 sudah tentu  jawapannya berkenaan  politik .


Adakah mereka nak ulangi seperti  isu  yang dahulu iaitu doa khutbah Jumaat yang menyebut agar Lim Guan eng diberi hidayah masuk Islam ? 


Memang ada persamaan  kerana kedua-dua isu ini kerana  mengunakan doa khutbah jumaat sebagai sebagai pentas untuk menyelitkan unsur  politik .





BUKIT MERTAJAM – Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu kesal dengan tindakan 'individu tidak bertanggungjawab' yang didakwa sengaja memperbesarkan isu berhubung doa dibacakan pada khatib Jumaat lalu.

 Pengerusi Kariah, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan menyifatkan kenyataan individu tersebut sebagai fitnah kerana khatib itu tidak langsung menyebut mahu menjatuhkan mana-mana kerajaan, tetapi berdoa supaya pemimpin zalim dijatuhkan.

 Beliau syak individu yang membuat dakwaan itu cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut kerana tidak puas hati dengan jawatankuasa kariah masjid.  ( Siapa yang selalu  main politik ? Sudah banyak kali ustaz-ustaz  yang datang memberi kuliah agama di masjid berkenaan banyak menyelitkan propaganda politik dalam ceramahnya ) 

 "Tidak menjadi masalah kita mendoakan mengalahkan yang zalim, menjatuhkan musuh Islam. Perbuatan ini (iaitu membesarkan isu doa khutbah itu) adalah serangan dari sudut politik yang berkemungkinan untuk memburukkan pentadbiran masjid sedia ada. "


Kita kenal dua pengadu tersebut," katanya. 


 Menurutnya, mereka pernah memegang jawatan penting di masjid itu dan tidak banyak menyumbang. ( Apa motifnya menyerang peribadi 2 pengadu ini ?  Nak cerita pasal sumbangan ..sebenarnya mereka ini lah yang banyak berjasa sejak masjid ini dibina.  Anda  hanya lah orang luar dari Sik yang baru saja menetap di taman berkenaan dan terus diangkat menjadi pengerusi .  Tak layak mempertikai sumbangan mereka ini )..






 Abu Bakar berkata, pihaknya tidak gentar untuk menghadapi dakwaan itu kerana mempunyai bukti berupa rakaman khutbah berkenaan.

 Katanya, laporan polis juga akan dibuat selepas ini, selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu berkenaan. (  Baru sikit  teguran oleh anak kariah yang minta isu ini  disiasat oleh MAIPP ..dah nak saman & report polis  ??  Hang berdendam ke dengan mereka ini  ?


Mansyallah..Ustaz Shuib & En Abu Bakar Muktar cukup dikenali oleh penduduk taman berkenaan sejak masjid itu dibina termasuk lah Sek Agama Rakyat  ... Tak sangka inilah  nasib yang mereka terima oleh puak-puak  PAS yang rakus dan  gila kuasa ..)

 "Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan khatib, kalau benar fitnah, tindakan undang-undang akan diambil.  

 Apa pun, kita akan lihat dahulu laporan dikeluarkan media berhubung isu ini," katanya. Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah itu, Jaafar Che Mai turut kecewa dengan tindakan kedua-dua individu itu yang didakwa sengaja mahu memecahbelahkan jemaah masjid.

 "Kita mahu mengimarahkan masjid, tapi perbuatan mereka seolah-olah mahu memecahbelahkan jemaah masjid. ( Macamana mereka nak tarik jemaah mengimarahkan masjid , kalau unsur politik dibawa masuk ?  Perbuatan memasukan unsur politik dalam masjid inilah yang  memecahbelahkan jemaah di kariah tmn guar perahu .)

 "Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) meminta kita menyerahkan rakaman tersebut esok (hari ini).

Kita juga akan minta nasihat daripada mereka sebelum mengambil sebarang tindakan susulan," katanya kepada Sinar Harian dalam satu pertemuan di Taman Guar Perahu, malam kelmarin.

 Sinar Harian difahamkan, ketika artikel ini ditulis, rakaman khutbah Jumaat itu sudah pun diserahkan kepada MAINPP untuk diteliti.

TLDM Lumut pulak jadi mangsa fitnah & penghinaan Nizar @ZambryAbdKadir

Posted: 25 Jun 2012 11:27 PM PDT



Tak habis-habis mulut puaka Nizar memfitnah. Nampaknya beliau  tak serik lagi dan   terbaru menuduh pulak semua kuarters TLDM  yang tinggal Pengkalan Tentera  Laut  di Lumut telah  menerima RM 50 setiap keluarga .



Lihat di atas tweet beliau yang jelas satu lagi pembohongan untuk mencemarkan imej TLDM Lumut .  Beliau seolah-olah   menggambarkan  tentera  negara kita  ini tiada maruah dan boleh dibeli dengan wang  . Ini merupakan satu penghinaan oleh pemimpin PAS yang tak rasa berdosa dengan fitnah yang dilemparkanya .

Selain itu ,  Nizar juga sebenarnya mahu memburukkan imej MB Perak DS Dr Zambry & kerajaan negeri yang mengadakan lawatan sehari ke Pengkalan TLDM Lumut sempena Program Bersama Pemimpin .

Untuk rekod , sebelum ini beliau telah memfitnah  ATM diperalatkan PM , berbohong isu pelaburan VALE , isu ancak serta isu no play WWW1.


Anwar & PAS tidak mampu jaga Islam , Melayu & Raja - Zul Nordin

Posted: 25 Jun 2012 10:37 PM PDT



Orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi raja-raja terus terpelihara. Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong. 

Beliau berkata, PKR yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggungjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana impian kedua-duanya adalah untuk ke Putrajaya sahaja.

 "Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?

 Begitu juga dengan Pas, adakah parti yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?

Zed Zaidi vs Hairie Pas di forum Artis Berpolitik

Posted: 25 Jun 2012 08:37 PM PDT

GPB mendapat info dari dunia twitter iaitu artis yang baru sertai Umno iaitu Presiden Seniman Zed Zaidi akan menjadi panel satu forum bertajuk Artis Berpolitik: cari glamour atau prinsip? anjuran satu akademi milik PKR.

Selain Zed, panel yang lain sudah tentunya dari Pakatan iaitu Hasmi Hashim(PKR) dan artis tengah top selepas sertai Pas iaitu Hairie Othman.

GPB harap aksi bro Zed tidak menghampakan dalam forum berkenaan. Buktikan artis sertai Umno adalah kerana prinsip dan perjuangan orang Melayu.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Menteri KPWKM : Najib malukan amukan Mak Lampir PKR di Parlimen

Posted: 25 Jun 2012 07:26 PM PDT



Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat. Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen. Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono. Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.

 Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja. Ini membuatkan Najib balon beliau kerana mempersoal perkara yang tidak ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat. Ia berlaku pagi Isnin semasa Zuraida mengemukakan soalan tambahan pada soalan asalnya berhubung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Najib hadir menjawab soalan itu atas kapisitinya sebagai menteri berkenaan yang beliau sandang selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan itu 8 April lalu.

 Semua orang tahu Najib cuma memegang sementara sahaja jawatan itu kerana pilihanraya umum kena diadakan dalam tempoh sebelum April tahun depan. Zuraida yang mungkin cuba nak dapat milage politik dari kalangan wanita mempersoalkan mengapa Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai bukti pelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan. 

"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya. "Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorang wanita...mulut dia boleh tahan."Wanita kita jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana,"kata Najib membidas Zuraida.

 Tak cukup itu, Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan. Ini telah mengundang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegurnya.

 Perbuatan itu secara jelas hendak cabar kuasa ekslusif Perdana Menteri. Dan sebagai perbandingan dalam soal lantikan itu Zuraida sepatutnya tumbuk meja Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (yang juga ada kuasa perogratif) mempersoalkan mengapa portfolio Exco Agama tidak diserahkan kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari kalangan parti PAS. AGENDA DAILY


Tun Mahathir cakap Selangor dipimpin pemimpin kurang berkemampuan

Posted: 25 Jun 2012 05:48 PM PDT



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pergolakan berlaku dalam kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana ia dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan. Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang UMNO tetapi memilih parti lawan kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.

 ''Beliau masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa. "Beliau ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Bersama Pelajar Perubatan Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan kolej itu, di sini hari ini. Dr. Mahathir ditanya mengenai isu pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan PKR di Selangor terutama selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, dipercayai ekoran pertembungan politik dua kem membabitkan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.

 Menurut Dr. Mahathir, pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan PKR Selangor, namun Barisan Nasional (BN) tidak harus berasa terlalu gembira dengan situasi tersebut.

 "BN perlu terus berusaha mendapatkan kembali Selangor pada pilihan raya nanti, tak usaha pun tak boleh dan jangan harap orang lemah saja untuk menang," katanya. Sementara itu, menurut Dr. Mahathir, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding Asia Barat.

 Jelas beliau, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, ia jelas membuktikan kerajaan negara ini mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara. Katanya, 'Arab Spring' adalah pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dan di Asia Barat mereka memang mengamalkan kebangkitan tersebut kerana negara itu bukan demokratik sebaliknya autokratik. Menurut beliau, 'Arab Spring' berlaku kerana pemimpin mereka menerajui negara semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan keutamaan rakyat, lalu penduduk menderita dan kadar kemiskinan meningkat sehingga ada yang sanggup membunuh diri.

 ''Kita di sini ingin 'Arab Spring' tetapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim?

Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara?'' katanya menjawab soalan daripada salah seorang pelajar kolej berhubung isu 'Arab Spring' di majlis itu. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Tiada ulasan:

Pengikut