Ahad, 21 November 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 21 Nov 2010 01:15 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


MINTA MB SELANGOR JELASKAN KEPADA RAKYAT!!

Posted: 20 Nov 2010 07:43 PM PST


PENDEDAHAN PART 1


PENDEDAHAN PART 2


PENDEDAHAN PART 3

Fikir-fikirkanlah rakyat Selangor....

BN pinda perlembagaan

Posted: 20 Nov 2010 07:06 PM PST


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan bersejarah dengan meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti.

Pindaaan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pindaan itu amat penting sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN yang membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu.

Pindaan itu adalah:

* Ahli bersekutu – sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain.

* Ahli bergabung – terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN.

* Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN

* Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi.


Bekas ahli komponen BN tidak diterima

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, mana-mana ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertindak keluar parti tidak akan diterima menjadi ahli bersekutu BN.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, ahli parti pembangkang yang ingin menjadi ahli bersekutu BN akan diterima tetapi ia masih tertakluk kepada kelulusan Dewan Tertinggi BN.

"BN amat terbuka dalam perkara ini iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi ahli bersekutu tetapi bagi bekas ahli komponen BN tidak dibenarkan. Maknanya jika dia sudah menjadi ahli UMNO tetapi meninggalkan UMNO, kemudiannya memohon menjadi ahli bersekutu, sama juga dengan MIC.

"Mengenai ahli daripada parti pembangkang, syarat ditetapkan ialah dia perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Tertinggi BN, ini perlu bagi mengelak elemen buruk iaitu masuk dengan niat tidak baik kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib berkata, keputusan bersejarah sebulat suara itu merupakan antara pindaan perlembagaan BN yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Beliau berkata, selain ahli bersekutu iaitu boleh memohon secara terus bagi menyertai BN, Dewan Tertinggi BN juga mewujudkan ahli bergabung dengan membenarkan pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik bekerjasama dengan BN.

"Dewan Tertinggi BN akan tentukan hak-hak dan keistimewaan ahli bersekutu yang mana ia tidak akan sama seperti yang dinikmati oleh ahli parti komponen lain.

"Bagi ahli bergabung pula, ia sebagai komitmen BN terhadap kumpulan terlibat yang yakin dan percaya kepada prinsip serta perjuangan BN," katanya.

Tambah Najib, mesyuarat itu juga memutuskan untuk mewujudkan Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN sebagai memberi peluang kepada individu yang ingin menjadi rakan dan sahabat BN.

"Kelab Rakan Muda BN ini terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum layak menjadi pengundi," katanya.

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

Posted: 20 Nov 2010 03:13 PM PST

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


Rambling....

Posted: 20 Nov 2010 09:16 AM PST

Banyak sangat benda happen, but I'm not in the mood to write anything bout it..
Huh....bilanya nak dtg mood baik pun take taulah...
Insyaallah, the time will come...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 20 Nov 2010 03:07 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Pemain ragbi positif dadah di Komanwel

Posted: 20 Nov 2010 11:07 AM PST

Link artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm


NEW DELHI - Seorang pemain ragbi Malaysia yang menyertai Sukan Komanwel New Delhi baru-baru ini, diuji positif dadah terlarang, kata seorang pegawai kanan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

Pemain itu, anggota pasukan ragbi tujuh pemain Malaysia, diuji positif kanabis, iaitu dadah yang dilarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Kanabis ditemui dalam contoh air kencing pemain itu dan dia disingkir dari Sukan Komanwel.

"Kami telah merujuk perkara itu kepada Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). Beliau tidak menyertai Sukan Asia (sekarang)," kata Tan Sri Dr. M. Jegathesan, penasihat kehormat perubatan kepada CGF kepada media tempatan di New Delhi.

Menurut laporan media sebelum ini, pemain itu menerima hasil siasatan berkenaan malah tidak mahu seterusnya menjalani ujian sampel "B".

Ketika IRB yang berpejabat di Ireland dihubungi, seorang pegawai memberitahu: "Proses itu masih terbuka, kami tidak boleh komen mengenainya."

Pemain Malaysia itu adalah atlet keenam yang dikesan mengambil dadah di Sukan Komanwel pada Sukan Komanwel Oktober lepas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SIRI PENDIDIKAN PERLEMBAGAAN : IMPORTANT PROVISIONS IN THE MALAYSIAN CONSTITUTION

Posted: 20 Nov 2010 06:00 AM PST

LANGUAGE:

The issue of language is always the most important factor in determining the true identity of the nation. This matters becomes even more important the moment country is free from her colonial matters. For Malaysia, this matter first arose more than 40 years ago when Malaysia was on the threshold of independence. The leader of thr country dicided that the future independence Malaysia must have an official language to replace the English language that was the language of administration since the British rule after the Second World War.

The needs for a National Language that becomes thr language for general communication and the language was realized to be important for uniting the people of different ethnic origin, each with their own spoken language. As such the leaders who where going to lead new independent Malaya agreed that ' there should be embodied in the Constitution a National language' (Razak report,1957). The language that was agree upon to become the National language was the Malay language that later, until today is known as the Malaysian language. This decision is recorded as Artikel 152 of the Malaysian Constitution. 

THE RATIONAL OF THE CHOICE:

Why and how was the Malay language finally chosen as thr national and official language of the country?


Actually it was not difficult to come to that decision. However, the leaders from all the races had discussed the issue at length. All the parties had no difficulty in agreeing upon the suitability of the Malay language as thr National language on the following rationale:

1. The Malay language was the lingua franca in the region for centuries. It was widely used during the golden age of Malacca. At that time traders and merchants from different countries used the Malays language in their business transsaction.
2. The Malay language, compared to other langguages in the region is very easy to learn. By Independence, the Malay language was already widely used among the communal groups. Futhermore, the native speaker of the Malay language far exceeded the speakers of any other language at that time.


3. The Malay language was more solid from the point of view of terms and pronunciation throughout the country. The bulk of the term used in all the states are the same, it is only the pronunciation for some of the words that is different in one or two states. The others languages on the other hand, the Chinese language for example, has many dialects that are very different so that different dialectal groups find it easier to communicate with one another in the Malay language.

4. The Malay language used the romanised letters besides Jawi. Romanised writing had been widely used by all communities since the used of the English language.

5. The structure of the Malay language has clear phonemes, that is, syllables that are easy to spell based on fixed and firm principles.

The featutes mentioned above provided for the easy acceptance of the Malay language as the national and offical language of the country. Generally, the non-Malay citizens had no problem accepting the decision since its proposal. Hence, the Malay language that was already widely used, compered to other local language at that time, grew in popularity. The decision to make the Malay language the National Language did not worry the other races because the used of their own mother tongue was allowed.


Today and since a few years after independence, the user or speaker of the national language would perhaps have noted that since the decision had been recorded in the Constitution, there has been no serious problem experienced by anybody. It is strange that the parties that worried finally benefited; the parties that were proud only remain so. What is meant is that the Malay who prided in their language becoming the national language continue to be satisfied that the true national identity is based on their mother tongue. Other communities such as Chinese, Indian, Kadazan, Iban and others who were earlier anxious that the use of the Malay language would weaken their cultural heritage actually benefited because today they are proficient in the Malay language as well as in their own mother tongue.

Malaysian Studies : Nationhood and Citizenship.






PEMILIHAN PKR 2010 : NASIB CALON INDIA DIHUJUNG TANDUK?

Posted: 20 Nov 2010 05:33 AM PST

Put your stuff here

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 20 Nov 2010 01:17 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


100 protes minta Anwar, Azmin undur!

Posted: 20 Nov 2010 03:11 AM PST

Kira-kira 100 anggota PKR malam tadi mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.

Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.

Former Selangor PKR treasurer Bekas bendahari PKR Selangor KS Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.

"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.

Bagaimanapun, beliau akan mengambil tindakan injuksi untuk menghalang pemilihan MPP dijalankan berikutan namanya yang sepatutnya tersenarai untuk merebut jawatan dalam MPP kini sudah hilang daripada senarai yang dimuatkan di laman web rasmi parti berkenaan pada 18 Nov lepas.

Perhimpunan itu turut membabitkan pertikaman lidah antara penyokong Kottapan dengan 40 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK). Perhimpunan tersebut bagaimanapun dileraikan oleh polis kira-kira setengah jam kemudian.

Warna-warni politik
Torashah

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 20 Nov 2010 07:43 AM PST

Apo Kono Eh Jang!


PAS hanya berani kritik pemimpin melayu..

Posted: 19 Nov 2010 06:50 PM PST

Selama hampir 2 tahun lebih memerintah P.Pinang, Lim Guan Eng amat di puja oleh pengikut PAS dan PKR hanya kerana slogan Amar Maaruf Nahi Mungkar nya. Tambah-tambah apabila Lim Guan Eng dan DAP negeri memberi "gula-gula" politik berupa elaun RM 100 kepada warga emas, saguhati hamper kepada kariah kawasan dan juga sering menghadiri kenduri kendara pengikut PAS. Inilah yang membuatkan dia terus menerus dipuji oleh para pengikut PAS dan PKR.

Ketaksuban mereka-mereka ini terhadap Lim Guan Eng bertambah lagi apabila apek Melaka ini membuat kenyataan yang dia akan masuk Islam selepas bapanya iaitu Lim Kit Siang meninggal dunia. Mungkin ini yang membuatkan Lim Guan Eng mendapat gelaran Khalifah dari para pentaksub PAS semua.

Disebabkan semua ketaksuban inilah, pemimpin-pemimpin PAS di Pulau Pinang dan juga yang ada di seluruh negara langsung tak berani bersuara demi kepentingan bangsa melayu dan juga demi maruah Islam. Kalau dah bersuara pun pemimpin-pemimpin melayu PAS serta PKR tak berani, apatah lagi nak menegur segala perlakuan kafir DAP ini..

Apakah pemimpin-pemimpin PAS buta dengan apa yang sedang berlaku di negeri P.Pinang dibawah pentadbiran DAP dan Lim Guan Eng? Dimanakah slogan amar maaruf jika pada tahun lepas sahaja, kerajaan DAP P.Pinang telah meluluskan 96 premis rumah urut dan juga 1376 pusat hiburan awam!

Dengan kelulusan pusat-pusat hiburan malam ini di P.Pinang, kerajaan DAP negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM880,677 bagi akhir tahun 2009. Kemanakah agaknya duit hasil ini disalurkan?

Apakah ini yang pemimpin melayu PAS serta PKR panggil sebagai kerajaan negeri yang berpegang kepada agenda membenteras kemungkaran? Bukankah ini usaha-usaha yang dilakukan bagi menjadikan P.Pinang sebagai salah satu destinasi hiburan malam dan juga pusat kegiatan rumah urut? Inikah yang dibanggakanm oleh lebai-lebai cap ayam PAS P.Pinang?

Patutlah Mujahid Rawa pernah mengusulkan supaya PAS menjadi lebih liberal didalam buku tulisan terbarunya. Agaknya inilah yang dimaksudkan oleh PAS liberal yang "menghalalkan" hiburan malam serta "meredhakan" pusat-pusat urut tumbuh berleluasa.

Agaka hairan juga.., kemana pula Pemuda PAS yang dikepalai oleh Nasrudin Hasan Tantawi yang sebelum ini amat lantang membantah cadangan ETP bagi mewujudkan Hub hiburan di negara ini bagi menarik pelancong dari negara luar? Tak teringinkah dia untuk berdemonstarsi di hadapan rumah kediaman Lim Guan Eng pula?

Jika sebelum ini Nasrudin Tantawi menyatakan bahawa rakyat akan menjadi malas dan bodoh jika terlampau banyak hiburan yang disajikan oleh kerajaan, apakah tindakan kerajaan DAP negeri dan juga Lim Guan Eng yang membenarkan puluhan rumah urut serta pusat hiburan malam ini sudah dihalalkan oleh Pemuda PAS?

Jika Nasrudin serta Pemuda PAS begitu lantang dan berani mengkritik dan menghentam cadangan Hub Hiburan dari kerajaan pusat, mengapa pula Nasrudin tak langsung angkat muka apabila Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang secara terang meluluskan begitu banyak rumah urut dan juga pusat hiburan?

Apakah Nasrudin dan Pemuda PAS hanya berani terhadap bangsa melayu sahaja tetapi langsung hilang telor apabila berhadapan dengan puak kafir?

Mungkin Nasrudin memberikan alasan bahawa P.Pinang bukanlah negerinya dan masih ada Pemuda PAS negeri yang lebih dekat di P.Pinang ini. Jika begitu, dimanakah suara Ketua Pemuda PAS P.Pinang, Yusni Md Piah didalam isu ini?

Kalau dalam isu yang berkaitan dengan kerajaan pusat, bukan main lagi Ustad "popeye" ini buat demo di hadapan Masjid Batu di Permatang Pauh selepas Sembahyang Jumaat. Tapi kalau berkenaan kerajaan negeri Lim Guan Eng, dia hanya menikus di sebalik serban besar bakulnya sahaja.

Itulah PAS…, dari ketuanya hinggalah para Pemudanya, semuanya hanya tahu cakap sahaja tentang keburukan pihak lain. Kalau kena di batang hidung sendiri, haram langsung tak bersuara!

Oleh: Che Wan

Jika Memali boleh, mengapa 13 Mei tidak boleh?

Posted: 19 Nov 2010 05:40 PM PST

Ramai yang tidak berpuas hati apabila peristiwa 13 Mei 1969 diperkatakan secara umum. Malah apabila Datuk Zaini Hassan menulis di Utusan Malaysia mengenai peristiwa 13 Mei, DAP mengutuk keras penulisan beliau. Tiada sebarang kata positif yang terbit dari mulut pihak pembangkang terhadap peristiwa yang dipercayai meragut ratusan nyawa rakyat Malaysia itu.

Berlainan pula dengan peristiwa Memali pada 19 November 1985, PAS Kedah telah dan sedang menganjurkan karnival besar-besaran dan dianggarkan akan dikunjungi oleh lebih 50 ribu orang. Karnival yang bertujuan memperingati peristiwa Memali yang meragut 14 mangsa awam dan 4 anggota FRU itu bagaikan "pesta" yang perlu diingati oleh rakyat Malaysia, khususnya di Kedah. Karnival itu yang berlangsung di dalam kawasan sekolah "Madrasah Islahiah Diniah" itu, dikhabarkan adalah anjuran PAS Negeri Kedah.

Penulis harap, Pemuda PAS Kedah agar jangan lupa menyediakan satu slot yang akan menjelaskan kemana "hilang" dan "ghaib"nya "tabung Memali" yang ditubuhkan PAS Kedah suatu ketika dahulu. Tabung itu bertujuan membela nasib balu dan mangsa tragedi Memali, dan apakah nasib mereka terbela dengan tabung itu? Setahu penulis, sekurang-kurangnya Kerajaan Pusat yang kesal dengan peristiwa itu dilihat lebih "membantu" dengan bantuan-bantuan tidak langsung yang dihulurkan kepada mangsa dan penduduk sekitar Memali dan Baling. Sila rujuk dengan penduduk setempat dan pembangunan sekitar Baling, khususnya Memali berkenaan hal ini. Tak usah mendabik dada dengan perkara yang anda tidak menjuarainya…

Peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Memali merupakan tragedi berdarah yang pernah berlaku di negara kita. Kedua-dua perisitiwa ini mempunyai persamaan yang sangat signifikan untuk dikenang dan dijadikan sempadan agar tidak berulang lagi. Namun, mengapa peristiwa Memali ini diperingati dan di"pesta"kan oleh pihak PAS, manakala DAP pula menolak dan mengutuk sebarang usaha untuk memperingati peristiwa 13 Mei 1969? Mengapakah perlu ada "double standard" dalam hal memperingati kedua-dua peristiwa yang sangat mirip ini?

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku akibat provokasi melampau oleh pemimpin politik pembangkang dan penyokongnya sambil menghina hak-hak keistimewaan Melayu setelah memenangi pilihanraya dan menafikan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Puncanya adalah "tindakan melampau yang keterlaluan" lalu mengakibatkan pertumpahan darah berasaskan sokongan politik.

Manakala peristiwa Memali 19 November 1985 juga berlaku akibat tindakan melampau oleh penyokong-penyokong PAS yang bertindak ganas bersenjatakan parang dan sabit. Musa Hitam yang ketika itu bertanggungjawab ke atas negara kerana memangku jawatan Perdana Menteri berikutan Tun Dr.

Mahathir sedang berada di China, telah bertindak balas di"luar batas kewajaran" dan mengakibatkan peristiwa berdarah itu mengorbankan 14 orang awam yang diketuai oleh Allahyarham Ibrahim Libya dan 4 anggota FRU. Pada penulis, tragedi ini adalah sangat malang kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan sepatutnya dapat dielakkan. Al-Fatihah untuk semua mangsa peristiwa Memali yang beragama Islam.

Penulis tidak mempersoalkan sekiranya peristiwa Memali ini diperingati oleh mana-mana pihak. Sekurang-kurangnya, doa dan tahlil boleh disedekahkan kepada para mangsa "syuhada" peristiwa Memali itu, sekiranya mereka syahid.

Namun penulis mempersoalkan, mengapakah cadangan memperingati peristiwa 13 Mei 1969 ditentang habis-habisan oleh DAP dan sekutu-sekutu mereka? Antara alasan mereka ialah "takut jika sentimen perkauman menghantui rakyat semula dan mengundang pepecahan kaum". Alasan dangkal dan bodoh ini sukar untuk penulis terima sama sekali.

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana bahaya sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak pembangkang yang mencetuskan ketidak puasan hati antara kaum. Dan apabila peristiwa 13 Mei ini berlaku, keharmonian kaum di negara kita berjaya dipertingkatkan dan rakyat berbilang kaum hidup di Malaysia dengan aman dan sepakat. Bukankah impak peristiwa ini lebih baik dari keadaan sebelum peristiwa ini berlaku? Jadi mengapa perlu takut pada sebarang usaha memperingati tarikh 13 Mei 1969 ini?

Namun penulis percaya, jika NGO seperi PERKASA atau mana-mana pihak yang cuba menganjurkan "karnival besar-besaran" bagi memperingati peristiwa 13 Mei diadakan, pastinya pihak yang menganjurkannya akan dituduh sebagai "pelampau", "perkauman" dan "tidak sensitif dengan perasaan" pihak segelintir pihak lain. Penganjur akan dikutuk, dimaki dan dihamun sesuka hati tanpa sebarang komen positif yang rasional!

Ini membuktikan kedangkalan cara pemikiran pihak pembangkang di negara kita, sama ada PAS, DAP mahupun PKR. Jelas sekali mereka mengamalkan dasar "wal haramu mu, wal halalu ku..". Sebarang perkara yang mereka lakukan adalah tepat dan rasional, manakala pihak lain yang melakukan perkara yang sama seperti mereka akan dianggap "haram" dan tidak dapat diterima akal dungu mereka. Inikah sikap yang akan membawa mereka ke Putrajaya?

Jelas sekali peristiwa 13 Mei dan peristiwa Memali ini di"double standard"kan oleh pihak pembangkang di negara kita. Cara pemikiran yang tidak sihat ini sepatutnya tidak wujud di negara membangun yang menuju kemajuan ketamadunan seperti Malaysia ini. Apa yang penulis kesalkan, pihak pembangkang di Malaysia seakan-akan mundur kebelakang dari arus ketamadunan rasional pemikiran. Yang pastinya, kemerosotan tahap pemikiran ini begitu jelas setelah Anwar Ibrahim mengetuai barisan pembangkang ini. Noktah!

Oleh: dukeofmontecristo

Zaid Ibrahim, Parti Baru Dan Nasib Pakatan Rakyat

Posted: 19 Nov 2010 03:58 PM PST

Zaid Ibrahim semalam mengumumkan keluar dari PKR dan memilih 16 December sebagai tarikh rasmi keluar dari parti tersebut (macam kerja pejabat pulak kena bagi notis satu bulan dulu). Alasan Zaid memilih tarikh tersebut ialah kerana Anwar suka dengan 16 September, dia suka dengan 16 December – sama bodoh dengan alasan dia masuk PKR dulu (sebab Ronaldo hijrah ke Real Madrid dari MU).

Bukan setakat keluar, Zaid juga akan menubuhkan parti baru. UMNO/BN tidak perlu risau dengan penubuhan parti baru ini kerana ia dijangka menyedut keahlian daripada PKR yang beratus ribu (walaupun yang datang mesyuarat kurang 20,000). Dengan tahap liberal tinggi oleh Zaid Ibrahim, kemungkinan bahawa melayu liberal, cina liberal dan india liberal yang gagal dalam cubaan menguasai PKR, akan lebih mudah untuk menyertai parti Zaid Ibrahim nanti. Liberal-liberal ini memang ramai dan sinonim dalam PKR, maka itu kita yakin parti baru Zaid akan menarik minat mereka yang ada dalam PKR atau sedikit dari DAP, tetapi tidak dari UMNO atau komponen lain dalam BN.

Dengan saiz keahlian PKR yang tak berapa besar itupun (walaupun cakapnya besar beratus ribu), berapakah lagi yang tinggal agaknya bila Zaid menyedut mereka masuk ke dalam parti barunya nanti?

Cakap soal penubuhan parti baru ini, Pakatan Rakyat yang diserahkan kepada Zaid untuk 'menyelaraskannya' pun masih tak dengar apa cerita sehingga sekarang. Kalau ikut tarikh penubuhan (lisan oleh Anwar), April 2008, Zaid masuk PKR, June 2009, Zaid dah keluar pun PKR November 2010 (rasmi 16 Dec) tapi Pakatan Rakyat masih tak nampak bayang. Yang Zaid senang-senang pulak nak tubuh parti baru ya walhal Pakatan Rakyat bukan parti baru, hanya penggabungan parti parti pembangkang sedia ada. Nampak sangatlah bukan susah sangat nak tubuh Pakatan Rakyat tapi sebab ianya (Pakatan Rakyat) satu pembohongan Mega Anwar Ibrahim maka itulah ia tidak tertubuh sehingga sekarang.

Sebab kita yakin ianya pembohongan, padanlah DAP tak pernah mempromosikan mana-mana perkara dalam Dasar Pakatan Rakyat di hadapan orang cina sebab dasar itu cakap nak kekalkan perlembagaan sedia ada (antaranya keistimewaan melayu) sedangkan DAP nak ubah kepada hak keseramataan untuk semua.

Kita cabar mana-mana pemimpin parti pembangkang, dengan ketiadaan Zaid yang hanya bagi nafas baru kepada pembohongan Pakatan Rakyat ini (tubuhnya tak jugak), siapa yang akan menguruskan Pakatan Rakyat ini? Sila jelaskan bila Pakatan Rakyat ini hendak dirasmikan sebagai sebuah alternatif kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang. Jangan bagi alasan masalah dengan ROS macam dulu, Zaid pun senang-senang nak tubuh parti baru sebelum next election, takkan nak tubuh Pakatan Rakyat ini bertahun-tahun tak boleh selesai?

Punyalah akrabnya Zaid dengan Pakatan Rakyat ini dulu sampaikan nampak muka Zaid, ingat bunga raya, nampak muka Zaid, ingat warna oren. Sukar rasanya nak bayangkan muka orang lain.

UMNO/BN seperti yang disebut, tidak perlu risau dengan penubuhan parti baru oleh Zaid. Kita dah banyak tengok parti-parti serpihan ini ditubuhkan sejak dari dulu lagi, ada yang bertahan sekejap, ada yang bertahan lama dan ada yang tak bertahan langsung (tinggal nama saja). Yang perlu kita risaukan ialah Zaid keluar PKR dan cerita nak tubuh parti baru ini hanyalah satu drama supaya kerajaan BN rasa kuat dan adakan pilihanraya umum dalam jangka masa terdekat.

Asas untuk kita cakap itu ialah kerana ada merasakan segala kecelaruan yang berlaku dalam PKR hari ini nampak 'keterlaluan sangat' sampaikan pemilihan Timbalan Presiden yang tiada apa kuasa itu pun (semua kuasa dipegang Anwar) dibawa ke mahkamah dan alasan Zaid keluar PKR sebab konon apa Azmin cakap, apa Anwar cakap (siap ada notis 1 bulan lagi) yang nampak remeh sangat di mata kita. Kita semua bukan tak kenal Anwar, kalau 1 negara boleh ditipunya pasal 16 September, apa lah sangat dengan kecelaruan dalam PKR ini.

Pendek kata jangan take for granted la tapi assumingla semua ini benar belaka, tak salah untuk kita bercerita.

Oleh: Adamyan

Tiada ulasan:

Pengikut