Jumaat, 6 Mei 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 06 May 2011 03:38 PM PDT

NGO: Isu fitnah akan dibawa ke Majlis Raja-Raja Melayu, Agung

Posted: 06 May 2011 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) akan membawa isu video fitnah ke Majlis Raja-Raja Melayu sekiranya pihak bertanggungjawab enggan mengambil tindakan tegas, kata jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Malah mereka akan mengadakan perhimpunan lebih besar jika kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas individu yang menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks yang kini disebarkan secara berleluasa.

Azmi berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antara lain menggesa pihak berkuasa itu melaksanakan peruntukan undang-undang Islam berhubung tuduhan zina dan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab, selepas Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dikatakan berada di Terengganu.

"Ini adalah gambaran kemuncak kemarahan rakyat kepada peguam negara, polis dan pihak bertanggungjawab yang masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Trio Datuk T.

"Kami akan senaraikan memorandum ini dan akan dipanjangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, berjumpa seorang demi seorang dengan anggota Majlis Raja-Raja Melayu.

"Pertama kami akan mengadap Sultan Kedah, diikuti Sultan Kelantan, Dipertuan Agong, kepada seluruh pimpinan politik, NGO dan media massa yang sesetengahnya menjadi dalang dalam fitnah lucah ini," tegas beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

"Akan kami maklumkan dan memberi tahu kepada rakyat bahawa sudah sampai masanya raja-raja yang menjaga agama dan maruah Islam dan umat Islam mesti campurtangan, kerana tidak ada pilihan lagi, dan ini masanya," kata Azmi ketika sidangnya media di hadapan Masjid Negara.

Sebelum itu, kira-kira 200 berhimpun di sekitar Masjid negara, sebelum ke bangunan Jawi yang terletak berhampiran bagi membantah cara pihak berkuasa dan media massa mengendalikan isu fitnah dan lucah.

Perhimpunan anjuran Saf itu menggabungkan NGO antaranya Teras, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.

Ia turut mendapat kerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat dan kumpulan mahasiswa.

Mengulas lanjut, Azmi berkata fitnah yang semakin berleluasa di Malaysia bukan sahaja menjatuhkan maruah negara tetapi seluruh rakyat, khususnya umat Islam.

"Kami beri perhatian serius kerana ini bukan perkara main-main yang bukan sahaja maruah seorang manusia tetapi seluruh rakyat Malaysia. Kita rasa sangat malu keadaan Malaysia yang jatuh di tahap paling hina.

"Sebab itu hari ini, kita menggembeling rakyat berkumpul dan kita akan berhimpun lagi, berhimpun lagi dan berhimpun lagi selagi perkara ini tidak diambil tindakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang menyifatkan fitnah yang berlarutan sehingga ke peringkat institusi pendidikan akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada generasi muda.

"Keadilan melihat perkara fitnah amat dahsyat selepas 53 tahun negara kita merdeka, khutbah hari ini juga ada menyebut supaya pertahankan nyawa. Tetapi hari ini, fitnah yang berlaku lebih dahsyat daripada membunuh.

"Masalah kita sekarang sebaran fitnah mula menular ke peringkat sekolah sehingga adanya kursus tertentu dengan agenda menyebarkan fitnah lucah.

"Saya wakil daripada KEADILAN pusat dan mewakili 80 NGO melihat perkara ini perlu dihentikan serta merta. Jangan ingat perkara ini kita biarkan, dari semasa ke semasa kita lontarkan kepada rakyat supaya mereka faham betapa zalimnya kerajaan Umno yang melakukan perkara ini," kata beliau.

Sementara itu, penyair dan penyajak terkenal, Che Shamsudin Che Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman yang turut bersama dalam demonstrasi itu turut membacakan sebuah puisi bertajuk 'Jangan Mudah Menuduh' yang menyelitkan ayat al-Quran daripada surah An-nur ayat 4 berkenaan jenayah Qazaf.

Al-Qaeda sahkan Osama terbunuh, beri Amerika amaran

Posted: 06 May 2011 08:40 AM PDT

KAHERAH, 6 Mei — Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan kematian ketua mereka Osama bin Laden sambil memberi amaran akan tindakan balas bahawa "kegembiraan Amerika akan berubah menjadi kesedihan."

Pengesahan kumpulan pengganas itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiakan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh "kepimpinan umum" Al-Qaeda.

Osama ditembak mati di kepala di timur laut Islamabad Isnin lalu.

Pengumuman itu membuka laluan kepada pemilihan pengganti Osama.

Timbalannya Ayman al-Zawahri merupakan pemimpin paling utama dan dilihat akan mengisi tempat Osama.

Anwar al-Awlaki, kelahiran Amerika Syarikat tetapi kini berselindung di Yemen, juga dinamakan sebagai kemungkinan pengganti Osama.

Kenyataan bertarikh 3 Mei ini, yang pertama oleh rangkaian pengganas sejak Osama terbunuh Isnin lalu dalam serangan komando ke atas sebuah rumah agam di Abbottabad, Pakistan.

Ketulenan kenyataan itu tidak dapat didedahkan secara bebas tetapi ia dimuat naik pada laman-laman web kumpulan itu lazimnya menyiarkan kenyataan mereka.

Malah kenyataan itu bertekad bahawa Al-Qaeda tidak akan keluar daripada laluannya mengadakan perjuangan bersenjata dan menegaskan darah Osama adalah "lebih bernilai kepada kami dan setiap Muslim daripada disia-siakan."

"Dia (Osama) akan kekal, dengan izin Allah, sumpahan yang mengejar AS dan ejen-ejen mereka, dan mengejar mereka dalam dan luar negara mereka," kata rangkaian itu dalam kenyataan dikeluarkan pada forum-forum Internet Islam dan diterjemahkan oleh perkhidmatan pemantauan SITE.

"Dalam waktu terdekat, kegembiraan mereka akan berubah menjadi sedih," katanya.

"Darah mereka akan diisi ketangisan," tambah kenyataan itu lagi. — Agensi

Abim: Anwar tak perlu sahut cabaran Eskay sumpah laknat

Posted: 06 May 2011 08:35 AM PDT

Oleh Latifah Kasmuri

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dirinya sebagai si pelaku dalam video seks, yang didakwa "Datuk T" Mac lalu sementara isu cabar-mencabar mengenai masih hangat diperkatakan.

Mantan pimpinan Abim, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, Anwar tidak perlu melayan sumpah laknat kerana sumpah laknat disempurnakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikira tidak sah mengikut syariah Islam.

"Jika mengikut syariah Islam, walaupun Eskay membuat sumpah laknat atas kemahuan sendiri tetapi beliau masih tidak memenuhi syarat sah sumpah seperti dalam Islam di mana sumpah laknat perlu dilakukan di mahkamah, sumpah tersebut mesti mendapat kelulusan mahkamah (hakim) dan mesti disaksikan oleh empat saksi.

"Walaupun Eskay dengan rela hati membuat sumpah laknat, namun beliau tidak memenuhi syarat sumpah laknat menjadi sah seperti yang terkandung dalam syariah Islam," katanya pada diskusi berkenaan hukum qazaf dan sumpah menurut syariah anjuran Abim, hari ini.

Sebelum ini, Eskay telah mengajak Anwar menyertainya untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita asing dalam rakaman videoyang didedahkannya, bulan lepas.

Beliau telah mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu dengan memegang al-Quran, mengatakan "Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku."

Selain itu, Ashraf turut berkata, dalam syariah Islam, pendakwaan hanya boleh dilakukan apabila cukup empat syarat iaitu orang yang menuduh, pendakwaan dilakukan di mahkamah, orang yang dituduh perlu hadir dan isu yang dimaklumi dibuat kepada penghakiman. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Anwar berhak menolak sumpah laknat mengenai pelaku video seks.

Katanya, jika mengikut syariat Islam, Anwar tidak perlu melayan sumpah tersebut kerana pada asalnya sendiri tidak betul cara dan tempatnya.

Bagaimanapun kata beliau, secara moralnya pula Anwar perlu balas sumpah untuk mengelakkan moral dirinya tercalar.

Naib Presiden Pencerdasan Ummah (Wadah), Dr Abdul Halim El-Muhammady berkata, sekarang ini berlaku kekeliruan yang ditimbulkan media massa hanya memperkatakan berkenaan prosedur sumpah tetapi bukan subjek sumpah ekoran kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mengatakan mengenai sumpah mubahalah.

"Sebenarnya dalam syariat Islam, sumpah mubahalah hanya berlaku apabila penuduh dan si tertuduh melakukan sumpah laknat. Sumpah mubahalah juga melibatkan akidah. Oleh itu, jika ada pihak perlu bersumpah dan menyuruh sebelah pihak lagi bersumpah adalah tidak benar.

"Ini sekali gus akan mengelirukan masyarakat dan menjadikan sumpah itu sebagai budaya dalam masyarakat. Jadi, buat apa kita sibuk menyuruh seseorang melakukan sumpah laknat. Sebagai orang Islam, apa yang penting, berserah kepada Allah s.w.t., biar Dia yang menentukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah," ujarnya.

Beliau menambah, kekeliruan ini juga timbul disebabkan media massa yang mengeluarkan berita tidak kena pada tempatnya.

Mereka hanya mengambil kira prosedur sumpah tetapi tidak mengambil objektif sumpah tersebut.

"Kadang kala orang yang membuat sumpah itu, tidak memahami syariah Islam dan tidak merujuk kepada buku syariah sebelum menyatakan sumpah.

"Jika mereka tidak bersumpah di hadapan hakim, sumpah itu tidak dikira sah. Oleh itu, seharusnya kita jangan bunuh adat Melayu, adat Islam dan hanya mengikut kehendak diri tanpa merujuk kepada yang lebih pakar, " katanya lagi.

Bangkit Lah Wahai Muslim Malaysia! Kita Ajar Amerika Lakntullah Dan Konco-Konco Mereka Di Malaysia!

Posted: 06 May 2011 08:23 AM PDT

Muslim Malaysia ugut adakan protes bantah AS bunuh Osama

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Sebuah badan induk bagi pertubuhan Muslim hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini sambil memberi kata dua akan mengadakan protes mengecam pembunuhan ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden.

Tindakan itu akan diambil jika AS tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu.

Solidariti Rakyat Malaysia Menentang Keganasan merangkumi 20 badan termasuk Majlis Penasihat Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Dewan Muslimat PAS menyerahkan memorandum kepada Keduataan AS petang ini.

Memorandum yang diserahkan kepada wakil kedutaaan menekankan bahawa operasi khas AS di timur laut Islamabad Isnin lalu, yang membunuh Osama, adalah perbuatan pengecut selain menceroboh negara berdaulat.

"Kami juga marah dengan cara tidak bertamadun tentera negara anda melepaskan jenazah (Osama) ke laut memandangkan ini perbuatan menghina seluruh Muslim.

"Pasukan tentera AS tiada sebarang hak untuk menguruskan jenazah sedemikian rupa, yang juga satu penghinaan ke atas maruah kesemua Muslim dan Islam," katanya.

"Bagi rakyat Malaysia, anda dan pasukan tentera AS telah menjadikan Osama mati syahid," kata penyelaras kumpulan itu Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mohd Azmi berkata, kumpulan itu akan mengadakan solat khas besar-besaran bagi Osama dan anggota keluarganya.

Katanya, Osama sebenarnya menentang pengganas sebenar dunia iaitu kerajaan Amerika dan mahu membebaskan tanah Muslim daripada penguasaan AS dan Israel.

"Di atas segala-galanya itu, dia (Osama) tahu bagaimana untuk mendedahkan propoganda syaitan Barat, dan mendedahkan diktator-diktator Arab yang menekan," katanya lagi.

Kumpulan itu juga mengecam pemimpin-pemimpin Islam khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana memperkatakan bahawa dunia ini lebih selamat selepas kematian Osama.

Mohd Azmi kemudian memberitahu pemberita bahawa pihaknya menuntut Presiden AS Barack Obama agar memohon maaf atas kematian Osama.

"Kami memberi masa satu minggu dan jika tiada respons atau permohonan maaf, maka kami akan mengadakan demonstrasi," katanya lagi.

Osama terbunuh dalam serangan pasukan elit AS di Pakistan awal pagi Isnin lalu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan membunuh Osama sebagai "tidak bertamadun."

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataan kononnya dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama di tangan pasukan elit AS adalah pandangan tidak cermat.

Selain itu tegas beliau, kenyataan seperti itu menampakkan diri pihak yang mengeluarkan pandangan berkenaan sebagai penyokong AS.

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz tidak menyebut nama pihak berkenaan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kematian Osama dalam satu operasi ketenteraan AS di Pakistan dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.

"Saya harap ia (kematian Osama) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya.

Najib juga berharap kematian pengasas Al-Qaeda itu akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Beliau juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas Al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

Masjid bukan tempat luah rasa marah, kata Jamil Khir

Posted: 06 May 2011 04:38 AM PDT

SEPANG, 6 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.

Tegas Jamil Khir, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid.

"Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama jugalah kan," katanya mengulas mengenai Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara.

Perhimpunan itu juga diadakan untuk mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang melakukan sumpah laknat pada Jumaat lalu berhubung rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu tersebut tidak sewajarnya dibebankan kepada agensi itu, tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

"Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguat kuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian.

"Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah.

"Saya rasa jika hendak diserahkan kepada JAWI, ini tanggapan yang salah," katanya.

Perhimpunan itu diadakan solat Jumaat tadi.

Himpunan atau Hari Amarah Rakyat Malaysia, menurut penganjurnya, diadakan bagi melahirkan pendirian berhubung isu video seks sejak dua bulan lalu dan dilihat akan menjadi titik permulaan bagi umat Islam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, yang didakwa tidak diendahkan oleh pihak-pihak yang berkuasa.

Semalam, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan yang diadakan di pekarangan Masjid Negara akan menjadi medan bagi rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

"Selama ini pihak-pihak tertentu tidak ambil tahu tentang suara rakyat. Jadi dengan adanya Hari Amarah Rakyat ini, sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian pihak terbabit," kata beliau.

Mahfuz: Usah samakan isu Umno-PAS bersatu dengan Fatah-Hamas

Posted: 06 May 2011 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata usaha mahu menyatukan parti mereka dengan Umno, komponen teras BN, tidak boleh disamakan dengan kesediaan Fatah dan Hamas untuk bersatu demi rakyat Palestin.

Kata beliau, kedua-dua Fatah dan Hamas bersatu untuk menghadapi keganasan Israel yang menjajah bumi Palestin.

"Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?

"Pertamanya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

" Penjajahan yang zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Mahfuz (gambar) memberikan pendirian PAS ini ketika timbul semula isu syor penyatuan Umno-PAS, yang sebenarnya berlarutan sejak pasca-pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dalam komen balasnya semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata, mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

"Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata beliau, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai di Mesir pertengahan minggu ini, "kenapa tidak (PAS-Umno) di Malaysia?"

"Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk," katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyoal bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan "Umnolah yang menjajah" bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

Kata beliau, bagaimana boleh "kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan mempersendakan hukum Allah s.w.t."

Kata Mahfuz, PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

"Kesimpulannya 'kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.

"Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.

Kata Mahfuz, PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka "merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara."

PKR Selangor dakwa Najib 'resah dalam keyakinan' hadapi Pakatan

Posted: 06 May 2011 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei — PKR Selangor mendakwa Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan "kebimbangan dalam keyakinannya" apabila menyeru kepimpinan Umno negeri itu "bangun dari tidur" sambil menggunakan apa sahaja sebagai senjata menawan semula kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, ia dengan jelas menunjukkan nada gelisah dan kebimbangan terhadap kecamukan usaha Najib selaku Perdana Menteri meyakinkan rakyat khususnya orang Melayu pada Umno Selangor.

"Beliau dengan jelas menyatakan bahawa Umno Selangor tidak boleh lagi mengharapkan kawasan majoriti Melayu untuk berpihak kepada Umno," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan petang.

Dalam satu ucapan di Shah Alam malam tadi, Najib yang juga Pengerusi Umno Perhubungan Selangor menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya "sudah hampir tiba."

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.

Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda berkata, ia secara tersirat membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat ke tahap yang selesa di sebalik serangan bertali arus Umno-BN kepada Pakatan Rakyat khasnya ke atas Ketua Umum PKR.

"Sokongan orang Melayu di Satok dan Balingian semasa pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini menunjukkan orang Melayu di Sarawak, juga menolak BN.

"Realiti itu mencemaskan kepimpinan Najib di Selangor. Walaupun Kemas dan agensi-agensi lain dikudakan membantu mendaftar pengundi baru, menukarkan pengundi Sabah ke kawasan DUN sasaran, ia tetap mengusarkan Najib," kata wakil rakyat ini.

"… wujud cara tidak beretika memindahkan pengundi. Terdapat lebih tujuh pengundi yang tidak tinggal di situ dalam satu rumah. Itulah yang dimaksudkan oleh Najib, lakuan dengan cara apapun asalkan menang," kata Shuhaimi.

Justeru kata beliau, PKR Selangor berasakan kebimbangan Najib ini juga timbul disebabkan pergolakan dalaman BN Selangor dan usaha gigih berterusan kerajaan negeri Selangor dan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang konsisten menjaga semua kaum dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Tambah Shuhaimi, keresahan Najib juga berpunca dari masalah krisis kepimpinan Umno Selangor yang kian meruncing.

"Perbalahan merebut kuasa dan hasad dengki masih menebal di peringkat Bahagian Umno Selangor dan kurangnya koordinasi antara Umno negeri dan Umno bahagian bersama gerak kerja dengan anggota BN seperti MCA, MIC dan PPP.

"Lewat waktu ini sahaja kalangan anggota BN mencuba untuk berada dalam satu pentas walaupun jelas janggal di kalangan anggotanya - Umno pendokong parti perkauman manakala rakan MCAnya tidak lagi bertaring," kata beliau sambil menambah, nyata Umno Selangor masih dengan perangai lama yang "gila kuasa" dan menjadi "abang besar" dalam kalangan kesatuan BN hingga timbul 'rasa dibuli' oleh MCA dan MIC.

Katanya, seruan dari 'siren kecemasan' Najib ini sama sekali tidak melekakan PKR Selangor, bahkan menguatkan azam dan tekad untuk terus merancang siri pemantapan jentera parti yang terlatih, kemas dan sistematik untuk membantu rakyat.

Katanya lagi, PKR Selangor akan terus bersama rakan Pakatan Rakyat lain membantu kerajaan negeri memperkasakan agenda MES fasa terbaru yang mana hasrat membantu rakyat dengan program-program yang dapat meringankan bebanan mereka.

"Datuk Seri Najib boleh terus 'memujuk hati' kalangan Umno, namum itu tidak dapat menebus dosa Umno selama 20 tahun kebelakangan yang jelas menebalkan rasa mual rakyat pada Umno.

"Sesungguhnya kezaliman Umno-BN tidak akan dilupakan begitu saja oleh mereka yang merasainya. PKR yakin hati rakyat tidak lagi bersama Najb, Umno dan BN dulu, kini selamanya," katanya lagi.

Anwar Ibrahim Tetap Penasihat Ekonomi Selangor

Posted: 06 May 2011 02:00 AM PDT

KAJANG 6 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap kekal sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dan tidak ada sebarang cadangan untuk menukar beliau.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan tunduk terhadap desakan untuk mengugurkan Anwar daripada jawatannya kerana beliau melakukan tugas sebagai penasihat ekonomi dengan baik.

Abdul Khalid berkata demikian mengulas desakan Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin yang meminta Anwar digugur sebagai Penasihat Ekonomi Selangor seperti yang tersiar di sebuah akhbar.

"Jadi seorang professional yang boleh memberi nilai tambah, kita ukur dengan cara nilai tambahan. Jadi saya juga berpendapat perkara video seks ini yang sebenarnya sebahagian besarnya ialah spekulasi. Jadi oleh sebab itu kita tidak boleh mengambil keputusan berasaskan kepada spekulasi jadi itu sangat penting. Jadi saya rasa saranan Gaps itu hanya merendahkan tahap reputasi Gaps."

Menurut Abdul Khalid kes video seks yang dikatakan membabitkan Anwar hanya bersifat spekulasi dan ia tidak menjejaskan kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Khas Mesra Rakyat peringkat Daerah Hulu Langat di sini.

Gaps mengemukakan 15 dalil bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks berkenaan termasuk keengganan Anwar melakukan sumpah mubahalah.

Beberapa mufti sebelum ini mengecam tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mewakili gandingan Datuk T melakukan sumpah laknat kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Malah Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria menjelaskan Anwar tidak perlu melakukan sumpah mubahalah kerana Islam menetapkan empat saksi untuk membuktikan suatu pertuduhan zina.

Video seks: Pengerusi Interlok terima CD, dakwa si pelaku bukan Anwar

Posted: 06 May 2011 12:07 AM PDT

Oleh Melissa Chi

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang "Datuk T" dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan "Prasan Mit" — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

"Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali," kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai "tidak Islamik."

Chegubard Keluar PKR Untuk Sertai DAP?

Posted: 05 May 2011 11:15 PM PDT

Chegubard keluar PKR sertai komponen Pakatan?
Oleh G. Manimaran
May 06, 2011

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai "Chegubard", akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.

The Malaysian Insider juga difahamkan beliau yang tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan "sudah sampai masanya" berbuat demikian.

Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.

"Ya, memang betul... Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.

"Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang," kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan kepada The Malaysian Insider.

Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil.

Badrul Hisham juga merupakan ketua cabang PKR Rembau.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.

Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan.

"Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini," kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan.

Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.

Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, "pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP."

"Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP," kata sumber itu.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Antaranya kata beliau, "DAP tidak anti-Melayu" tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.

"Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya," katanya.

Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu.

"Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang," katanya lagi.

Fitnah lucah: Pemerintah di Malaysia 'mandul', dayus- Teras

Posted: 05 May 2011 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid.

Kata Azmi, sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan.

"Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah 'mandul' dan 'dayus' kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa.

"Sebagai sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi, tindakan berdiam diri pemerintah adalah sangat memalukan. Dalam masa yang sama, undang-undang syariah diketepikan.

"Ketika negara lain maju ke hadapan, Malaysia mengambil langkah mundur sehingga berada di ambang kehinaan," kata Azmi kepada Keadilandaily.

Beliau menegaskan perkara ini berlaku akibat sikap pucuk pimpinan negara yang mahu menjatuhkan lawan politik mereka dengan cara yang tidak bermoral.

"Segala institusi yang dibina melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, dengan perkenan Yang Dipertuan Agong dimusnahkan semata-mata perbuatan sumpah laknat.

"Semenjak kemerdekaan, persaingan politik tidak sehina dan sekotor begini. Gejala ini hanya muncul selepas peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tohmah dan fitnah disebar di kalangan orang Melayu-Islam sehingga menjadi 'budaya'. Ini berlaku akibat lawan politik mereka itu didapati terlalu kuat dan menjadi pilihan orang ramai untuk menjadi pemimpin.

"Oleh kerana mereka telah kehabisan modal, maka digembeling seluruh jentera kerajaan, kehakiman dan media massa sebagai senjata untuk menyerang lawan," ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Azmi.

Dalam pada itu, Azmi tidak yakin dalam keadaan politik hari ini, negara mampu untuk membina generasi baru dan kepimpinan yang berwibawa.

"Rumusan yang akan digunapakai oleh anak-anak muda hari ini ialah, persaingan politik mengabsahkan penggunaan politik kotor dan jijik. Sepatutnya Malaysia mencapai tahap politik yang murni jernih dan matang.

"Tetapi nampaknya, ada pihak-pihak tertentu yang memang tidak mahu negara Malaysia ini, menuju ke arah itu," ujarnya.

Mahathir diperdaya supaya percaya tuduhan terhadap Anwar

Posted: 05 May 2011 10:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperdaya untuk mempercayai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan homoseksual, sebelum memecat bakal penggantinya itu pada 1998.

Perkara itu didedahkan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ia menjurus kepada peranan yang dimainkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, serta orang-orang di sekeliling Mahathir pada 1998.

Gani dan Musa, adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengendali kes mata lebam Anwar, yang menyebabkan bekas Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dipenjara selama dua bulan.

"Pada bulan September 1998, Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat "self-inflicted" sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.

"Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.

"Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM," ujar beliau.

Menurut Mat Zain, beliau menyimpulkan bahawa Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan kepada dua surat yang diterima daripada Umi Hafilda pada 1997 dan taklimat daripada Musa Hassan yang ketika itu merupakan pegawai penyiasat.

"Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu, ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual itu," tulis beliau.

Mat Zain berkata, ia bukan pertama kali Mahathir ditipu oleh individu di sekelilingnya.

Pada Julai 1993, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga pernah menipu Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu bagi menyembunyikan harta berjumlah RM40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah.

Ia dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan sendiri oleh Gani Patail ketika itu.

Menurut Mat Zain lagi, pada bulan Julai 2010 pula, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr.Ling Liong Sik pula didakwa kerana menipu Jamaah Menteri, termasuk Mahathir sendiri dalam kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Contoh-contoh di atas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara.

"Ringkasnya Tun Mahathir tidak "kebal" dari penipuan. Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual tidak boleh diperkecilkan," tulisnya lagi.

Dalam surat 16 perenggan itu, Mat Zain berkata, persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu "terlalu menurut karenah" Peguam Negara.

"Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

"Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan "pisang akan berbuah dua kali"," ujarnya.

Selamat hari jadi Altantuya!

Posted: 05 May 2011 09:52 PM PDT

Jika Altantuya Shaariibuu masih hidup, hari ini genap 32 tahun warganegara Mongolia itu, menyambut hari lahirnya.

Altantuya dibunuh dengan kejam di Mukim Bukit Raja berdekatan Shah Alam Selangor, antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4, yang dikatakan hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan. Cebisan mayatnya ditemui di Empangan Tasik Subang, di Hutan Simpan Puncak Shah Alam.

Ia menjadi kes berprofil tinggi, apabila rakan baik kepada perdana menteri, Abdul Razak Baginda ditahan dan didakwa dalam kes pembunuhan itu.

Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.

Abdul Razak Baginda, yang juga merupakan seorang penganalisis politik, dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya.

Namanya turut dikenali sebagai seorang broker atas pembelian kapal selam Scorpene, oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

Perundingan dijalankan menerusi Perimekar Sdn bhd, untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta- di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris.

Perimekar dimiliki satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya Abdul Razak dengan menerima komisyen sebanyak €114 juta (RM510 million) bagi pembelian kapal selam berkenaan.

Pada 31 oktober 2008, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya kerana kononnya kes itu, tiada prima facie. Manakala tertuduh lain, Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar diarah membela diri.

Sepanjang perbicaraan selama 151 hari, Sirul Azhar dan Azilah Hadri enggan mendedahkan muka , sebaliknya hanya memakai topeng.

Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian menjatuhkan hukuman mati pada kedua-duanya pada 9 April 2009.

Pada 3 Julai 2009, seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam, bekas anggota polis cawangan khas dan pernah bertugas dengan Abdul Razak, menggemparkan negara apabila membuat pendedahan mengaitkan Najib Razak dalam kes pembunuhan itu.

Beliau membuat sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, mengumumkan akuan bersumpah yang dirangka bersama peguamnya, Americk Singh Sidhu sebelum membuat akuan bersumpah kedua sehari selepas itu- sekaligus menafikan pendedahan yang dibuat nya.

Akuan bersumpah ke-2 didakwa dibuat setelah berjumpa dengan Deepak Jaikishan, seorang ahli perniagaan permaidani yang rapat dengan Najib dan seorang berpangkat Datuk di The Curve, Damansara, yang kemudian didedahkan sebagai Nazim Razak, adik kepada Najib.

Kedua-dua individu itu didakwa mahu Balasubramaniam segera meninggalkan Malaysia sehingga Najib sah menjadi perdana menteri yang baru, ketika itu.

Bagaimanapun, Najib Tun Razak menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya dan spekulasi tindakan untuk mempngaruhi supaya Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah tersebut.

Polis Temui Rangka Mayat Manusia Di Hutan Puncak Alam

Posted: 05 May 2011 09:44 PM PDT

KUALA SELANGOR, 6 Mei – Polis menemui satu rangka manusia di kawasan hutan lereng bukit di kilometer 38, Jalan Puncak Alam-Kuala Selangor di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad berkata rangka itu ditemui oleh seorang pekerja penyelenggara pagar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sedang melakukan tugas rutinnya pada kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau berkata selepas diperiksa, polis menemui serpihan rangka manusia yang berselerak di kawasan seluas kira-kira 6.1 meter di sekitar lereng bukit kawasan hutan itu, dan menurutnya ia dipercayai rangka seseorang yang meninggal dunia sejak sebulan lepas.

"Kami jumpai rangka manusia yang terlerai seperti tengkorak, gumpalan rambut, rahang, dan tulang pinggul di sekitar kawasan itu selepas membuat pemeriksaan, turut ditemui seluar jerut berwarna kelabu dipercayai milik mangsa di bawah sebuah pokok sekitar kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Taib berkata setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, dan menurutnya rangka itu akan dihantar ke Hospital Tanjong Karang dekat sini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata polis juga akan menyemak rekod laporan orang hilang selain meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan di lokasi turut mendapati anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut melakukan pemeriksaan di tempa tkejadian.

Kuliah Mingguan TG Nik Aziz

Posted: 05 May 2011 06:50 PM PDT

Sesi pertama kuliah mingguan tok guru nik aziz disampaikan oleh yb mohd amar. Mengulas isu politik dan islam.

Pemikiqan rakyat dibodohkan oleh umno selama ini.

ALHUSSEYN

Posted: 06 May 2011 03:35 PM PDT

Osama bin Laden telah meninggal dunia pada bulan Disember 2001 dan dakwaan AS membunuh pemimpin Al-Qaeda itu dalam operasi ketenteraan di Pakistan adalah "mengarut" kata Ralph Schoenman, seorang pemerhati politik Amerika.

"Osama bin Laden dilaporkan [mati] oleh Fox News dan CNN pada tanggal 26 Disember 2001; [media ini menyiarkan] laporan kematian dan pengebumian yang dikendalikan dengan saksi-saksi yang ada di sana, 30 pejuang al-Qaeda , wakil Taliban ...," Schoenman mengatakan dalam sebuah wawancara dengan Press TV pada hari Khamis.

"Bin Laden tidak hidup dan tidak dibunuh sebagaimana dakwaan terkini," tambahnya.

Schoenman juga menegaskan bahawa pemimpin Al-Qaeda itu tidak ada hubungannya dengan serangan 11 September 2001 di New York World Trade Center Twin Towers dan Pentagon.

"Dia [bin Laden] sifar hubungannya dengan peristiwa 11 September apabila ia disampaikan dengan sangat terperinci pada 'Ummat', sebuah penerbitan gerakan Islam di Karachi," kata Schoenman.

Kenyataannya turut disokong oleh bekas pegawai tentera Pakistan dan agensi perisikan yang mengatakan Osama telah dibunuh di tempat lain, mempersoalkan alasan yang media tidak menyiarkan kewujudan dan cara kematiannya.

Sebuah wawancara Benazir Bhutto pada 2007 di mana dia mengatakan bin Laden adalah telah "dibunuh" beberapa tahun sebelum ini juga menyumbang ketidakpastian dakwaan AS tentang kematiannya.

Sebagai respon kepada pertanyaan apakah pembunuh (yang mahu membunuh Bhutto) mempunyai hubungan dengan kerajaan, Bhutto mengatakan, "Ya, tetapi salah satu dari mereka adalah tokoh yang sangat penting dalam keselamatan, dia adalah bekas pegawai tentera ... dan pernah bertransaksi dengan Omar Sheikh, lelaki yang membunuh Osama bin Laden. "( Sila tumpukan kpd minit ke 2:17 Youtube ini)

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mendakwa bahawa bin Laden telah dibunuh oleh pasukan AS pada tarikh 1 Mei di kompleks persembunyiannya di Pakistan, menafikan dakwaan tanpa senjata.

Dia menambah bahawa misi tentera dilakukan tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan kerana AS tidak percaya sekutu mereka itu di Asia Selatan.

Seorang pegawai AS kemudian mengumumkan bahawa tubuh bin Laden tiba-tiba dikuburkan di laut, bangga dengan pengakuan yang silap bahawa pengebumian terburu-buru itu adalah sesuai dengan undang-undang Islam, memerlukan pengebumian dalam masa 24 jam selepas kematian.

Namun, pengebumian di laut bukan amalan Islam dan Islam tidak mempunyai keputusan mengenai tempoh masa pengebumian.

Para pegawai AS juga mendakwa keputusan mereka mengkebumikan di laut dibuat kerana 'negara' tidak mahu menerimanya tetap, tanpa menyatakan 'negara' mana yang telah dihubungi mengenai masalah ini.

Para pemerhati bagaimanapun, telah mempersoalkankan soalan serius tentang mengapa para pegawai AS tidak melaksanakan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mayat tersebut secara rasmi sebelum pengebumian laut yang secara serta merta itu. Baca dan tontoni k/video di sini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut