Rabu, 19 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 18 Dec 2012 07:32 PM PST

Anwar Ibrahim


Pena Bercabang Dr Mahathir

Posted: 18 Dec 2012 12:58 PM PST

Malaysiakini
Oleh Fathi Aris Omar

Pada 2001, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysiakini sebagai “pengkhianat” negara.

Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan “kesan tom yam” keruntuhan mata wang bath.

Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an.

Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa “pengkhianat” sewaktu di puncak kuasanya.

Mahathir mempergunakan Malaysiakini – seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros – waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya.

Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara.

Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum.

Dana gelap kepada Abramoff

Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000.

Mereka bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore – sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat – yang pernah melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di Kuala Lumpur.

Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002.

Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia.

Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush.

Dana yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff – bersama taktik gelap pelobi itu sendiri – menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya.

Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut.

[Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.]

Bolak-balik perseteruan Dr M

Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan.

Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas “anak didiknya” menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula.

Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini.

Sikap sebegini – berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan – sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an.

Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah.

Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini.

Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini.

Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah.

Lidah orang politik

Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan “undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros”!

Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini, hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan pembangkang – perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh wajah politik kerajaan.

Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu.

Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu.

Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama – dan “NGO seperti Malaysiakini” itu juga – kini dianggapnya “ejen Soros” untuk “menukar rejim” BN.

Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu.

FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini.

Zainudin Maidin Memalukan Bangsa dan Negara

Posted: 17 Dec 2012 06:43 PM PST

Tulisan Zainudin bertajuk ‘Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim’ (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM  wartawan yang berintegriti, peka dan tajam pemikirannya.  Bukan saja faktanya salah, malah tulisannya juga tidak beretika, berniat jahat dan sarat dengan fitnah. Lebih memalukan lagi, Zainuddin adalah bekas Ketua Pengarang Utusan dan Mantan Menteri Penerangan.  Belum pun badai yang melanda  Menteri Penerangan Rais Yatim dengan pembantu rumah Indonesia reda, Zainudin pula mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia membuat bantahanm rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf.
 
Malang sekali, Kementerian yang sepatutnya memancarkan sinar kebenaran telah dihitamkan oleh Menteri dan mantan Menterinya yang angkuh, sombong dan berfikiran separuh matang. Hubungan bangsa serumpun dengan Indonesia yang sentiasa aman dan saling membantu terjejas kerana sikap biadap pemimpin kita sepertimana yang dibuktikan oleh Zainuddin.  Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi  oleh Perdana Menteri Najib tercalar dengan tulisan Zainudin.
 Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi.  Pada era pemerintahan Seoharto,  hampir separuh anggota Kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.  Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia Indonesia di zaman Mahathir.
 
Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada tahun 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia.  Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual  wartawan Indonesia.  Mustahil Zainudin  Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu.  Mahathir amat marah dan meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin.  Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin.

Habibie menjadi Presiden Indonesia pada bulan Mac 1998 bukannya 20 Oktober 1999 seperti yang Zainudin tulis (Nampak benar Editor Utusan tidak teliti). Beliau menjadi Presiden selama satu tahun enam bulan dan mengundur diri dengan rela hati selepas membina asas reformasi dan transformasi Indonesia daripada sistem autoritarian kepada demokrasi. Beliau tidak pernah menjadi gunting dalam lipatan Soeharto sebaliknya beliaulah pendukung utama yang memacu perkembangan teknologi, khususnya Industri Pesawat Terbang Indonersia (IPTN). Kejayaan beliau ini menyebabkan negara Barat bimbang akan kemungkinan Indonesia di satu hari nanti bisa menghasilkan jet pejuang dan kelengkapan perang yang lain.  Antara sayarat yang dikenakan IMF kepada Indonesia ialah melarang IPTN membuat pinjaman untuk Penyelidikan dan Pembangunan.
 
Zainudin sebenarnya buta fakta bila menuduh Habibie dan Anwar sebagai anjing imperialis. Tuduhan ini adalah fitnah yang amat jahat. Sebagai bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Zainuidin  sudah lupa bahawa Rasulullah melarang sama sekali umatnya mengelar sesiapa pun dengan panggilan nama binatang sementelahan pula binatang itu seekor anjing.  Pendirian Habibie mengenai isu Timur Timor amat konsisten dengan sikapnya yang anti imperialisme Barat. Di kala beliau menentang kolonialism Barat dan penindasan ke atas rakyat Palestin, Bosnia, Chechnya dan sebagainya apakah alasannya untuk menghantar tentera dan membunuh penduduk Timur Timor?  Justeru beliau menyarankan pengutan suara bagi menentukan masa depan pulau itu, walaupun pendekatan ini tidak digemari khususnya oleh angkatan tentera.
 
Zainudin mungkin terlupa, sebelum Pilihanraya Presiden Indonesia  bulan Mac 1998, Mantan PM Singapore, Lee Kuan Yew membuat kenyataan sinis kononnya jika Seoharto memilih Habibie sebagai Timbalan Presiden,  matawang rupiah Indonesia akan menjunam turun.  Mungkin Zainudin buat-buat tidak tahu bahawa PM Mahathir menggunakan Daim Zainudin untuk memperlekehkan  Habibie supaya beliau tidak dilantik. Reputasi Mahathir yang ketika itu ditatang sebagai pemimpin dunia ketiga tentu sekali akan terjejas dengan kehadiran Habibie di persada politik Indonesia.
 
Dalam temubual selepas menjadi Presiden, Habibie ditanya mengenai komen Lee Kuan Yew. Beliau menjawab dengan menuding jari ke arah peta dunia di pejabat Presiden sambil berkata ‘ Singapore was just a red dot on the map’.  Pada 13 Oktober 1998 Presiden Habibie  mengadakan pertemuan dengan Presiden Joseph Estrada  dari Filipina di Batam. Kedua-dua mereka amat prihatin dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir Mohamad. Berikutnya Kementerian Luar Indonesia dan Filipina mengeluarkan kenyataan bersama meminta kerajaan Malaysia membebaskan Anwar daripada tahanan.
Seluruh dunia mengakui dan menghormati jasa Habibie sebagai pengasas demokrasi di Indonesia. Malah musuh politik Habibie di Indonesia sendiri mengakui bahawa Habibielah peneraju utama mengubah Order baru Seoharto kepada demokrasi. Selain membebaskan semua tahanan politik di hari pertama bergelar Presiden, Habibie turut mehapuskan segala sekatan yang mencekam kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan berhimpun.  Beliaulah pengasas Trias Politica Indonesia iaitu pembahagian kuasa di antara eksekutif, kehakiman dan legislatif. Dalam masa yang singkat Habibie berjaya mengurangkan keterbabitan militar dalam pemerintahan dan membina imej baru untuk pegawai kerajaan dan kakitangan sivil. Zainudin juga mungkin tidak sedar bahawa Habibielah yang menandatangani Law No 22 dan 25/1999 yang membolehkan kewujudan kerajaan autonomi di wilayah Indonesia.
 
Dalam masa 18 bulan Habibie berjaya melaksanakan  perubahan struktural yang hebat bagi masa depan Indonesia yang lebih gemilang. Beliau mengundur diri secara terhormat tidak seperti yang ditohmahkan Zainuddin.  Beliau bukanlah pemimpin yang gila kuasa seperti sesetengah pemimpin di Malaysia yang mahu terus berkokok walaupun suaranya sumbang kerana sudah lama bersara.
 
Zainudin bertindak biadap dan memalukan bukan sahaja Umno dan Najib malah seluruh warga Malaysia kerana menuduh Habibie sebagai ‘pengkhianat bangsa Indonesia’. Suluruh bangsa Indonesia menyanjung tinggi sumbangan Habibie untuk negara dan bangsanya, tiba-tiba wartawan tua yang tewas dari Malaysia(Zainuddin kalah teruk di kawasan parlimen Sungai Petani di tangan calon Parti Keadilan Rakyat, Johari Abdul pada pilihanraya 2008) begitu celupar menuduh Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia. Memandangkan Zainudin mantan Menteri kanan Umno maka tentulah wajar kerajaan Indonesia menuntut Malaysia dan Zainudin memohon maaf kepada rakyat Indonesia. 
 
Sekali lagi Zainudin buta fakta bila menuduh Mahathir memungut Anwar daripada Abim seolah-olah Anwar sampah yang tidak berguna.  Fakta ini mesti diperbetulkan kerana generasi yang lahir dan besar di zaman Mahathir mudah diperdayakan dengan fitnah jahat seperti ini.  Sementelahan pula Zainudin kini menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Universiti Utara Malaysia. Sesungguhnya kita amat bimbang jika beginilah kualitinya karyawan tamu, alamatnya tidak lama lagi akan hancurlah institut itu.

 Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981 ketika seluruh dunia mendapat tempias kebangkitan Islam selepas Revolusi Islam Iran 1980. Pertama kalinya seluruh dunia menyaksikan kemunculan pelabagai NGO Islam. Di Amerika dan Eropah, pelajar Islam dari Malaysia, Timur Tengah, India, Pakistan, Indonesia dan  benua Afrika berganding bahu menubuhkan persatuan dan pertubuhan yang berorientasikan Islam.

Mahathir yang dibesarkan dalam keluarga bangsawan tidak memiliki imej Islam untuk berdepan dengan gelombang kebangkitan semula Islam. Parti Islam SeMalaysia (Pas) mendapat manfaatnya apabila pelajar yang ditaja oleh kerajaan  pulang menyertai Pas. Penyertaan golongan profesional  – peguam, jurutera, doktor, ahli ekonomi dan sebagainya dalam Pas telah melonjak naik pengaruh Pas sebagai parti yang dinamik untuk  mencabar hegemony politik Umno.

Mahathir sedar kekurangan beliau lantas memujuk Anwar yang ketika itu sebagai Presiden Abim menyertai Umno. Anwar pada mulanya tidak berminat menyertai Umno kerana dirinya lebih rapat dengan Pas. Hubungan persahabatannya dengan Ustaz Fadzil Noor Presiden Pas amat intim sehinggalah ke akhir hayatnya.  Janji Mahathir untuk melaksanakan Islam dalam pentadbirannya berjaya memikat  Anwar. Mahathir sedar sekiranya Anwar menyertai Pas, jangka hayat Umno mungkin tidak panjang.
 
Dengan kemasukan Anwar pelbagai projek dan program Islam dilaksanakan.  Dasar penerapan nilai-nilai Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, dan sebagainya berjaya menyekat golongan profesional daripada terus berhijrah ke Pas. Sejarah akan merekodkan fakta kemasukan Anwar ke dalam Umno berjaya menyelamatkan Mahathir dan Umno daripada gelombang kebangkitan semula Islam. Kalau dulu Wanita Umno melangkah ke Perhimpunan Agung dengan sanggul bermacam jenis, kini majoriti sudah bertudung. Sudah tidak kelihatan lagi kaki dan paha wanita Umno kerana kebanyakannya sudah bersarung dan baju kurung.
 
Penyertaan Anwar ke dalam Umno dibantah oleh ramai rakannya dari Abim. Mereka bimbang kalau-kalau Anwar akan ditelan oleh budaya dan sistem fikir sekular Umno dan mengorbankan asas dan manhaj Islam yang menjadi asas perjuangan mereka. Kebimbangan rakan-rakan dalam Abim terbukti tidak benar. Anwar tetap dengan prinsip perjuangannya dan tidak akan bertolak ansur dalam soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketegasan Anwar  mempertahankan ketelusan dan keadilan  dalam menangani  krisis kewangan 1997 menyebabkan beliau akhirnya  merengkok di penjara selama enam tahun.

Keenganan Anwar menuruti telunjuk Mahathir dalam mengurus ekonomi ketika dunia dilanda kemelesetan adalah punca sebenar mengapa beliau dipecat. Anwar tidak berganjak mempertahankan Tabung Wang Kumpulan Simpanan Pekerja daripada digunakan untuk menyelamatkan syarikat kroni Mahathir dan Daim.  Anwar  tidak mahu wang Petronas dibelanja sewenangan untuk menyelamatkan syarikat anak Mahathir.  Anwar menentang hasrat Mahathir hendak mengisytiharkan  darurat  ekonomi kerana langkah ini bermakna menggantikan demokrasi berparlimen dengan pentadbiran ala diktator.  

 Untuk membunuh karier politik seorang tokoh seperti Anwar bukanlah mudah. Menyedari betapa sukarnya Mahathir menangani krisis Umno 1987 sehingga Umno diharamkan, maka Mahathir perlu mengatur strategi yang lebih detail  untuk membunuh karier politik Anwar.  Apakah kekuatan Anwar? Kekuatan Anwar terletak kepada imej dan maruah Islamnya. Beliau dilihat sebagai jambatan yang menghubungkan pemimpin dan tokoh Islam sedunia dengan Barat.  Latarbelakang Islamnya yang mantap diadun dengan  pemikiran dan falsafah Barat yang dikuasainya , menjadikan Anwar seorang pemimpin Islam yang hebat. Justeru itu tidak hairanlah seluruh dunia Islam prihatin bila beliau dipenjarakan oleh Mahathir.
 
Kita akui Mahathir  pemimpin yang cerdik dan bijak. Pemimpin cerdik tanpa iman yang jernih sanggup melakukan apa saja termasuk berbohong, menipu dan memfitnah. Untuk membunuh karier politik Anwar, Mahathir mesti merobek imej Islam beliau bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadapnya. Peringkat awalnya Anwar ditahan di bawah ISA. Menyedari tekanan antarabangsa , Anwar kemudiannya didakwa atas salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa. Seluruh tenaga polis, kehakiman dan media masa dikerah habis-habisan untuk menghalalkan tindakan Mahathir menyingkir dan memenjarakan Anwar.  Fitnah ini dirancang rapi seawal-awalnya pada tahun 1993 ketika Anwar dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.

Dari tahun 1998 hingga kini media arus perdana milik Barisan Nasional tidak pernah berasa letih mengodam, mencemar dan megaibkan Anwar dan keluarganya.  Untuk mendapat projek, jawatan ataupun upah lumayan kutuk dan caci Anwar.  Alhamdulillah semakin Anwar digodam dan dicaci  beliau semakin popular dan diminati. 
 
Kita memahami mengapa Zainudin marah dan berdendam dengan Anwar.  Selepas Anwar dipenjarakan Zainudin kembali mendekati Mahathir dengan mengampu dan membodeknya melalui penulisan buku sehinggalah akhirnya beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan. Malangnya dalam pilihanraya 2008 Zainudin  adalah satu-satunya Menteri Umno yang dikalahkan oleh Parti Keadilan Rakyat. PM Abdullah Badawi terus mengenepikan Zainudin dan beliau menjadi mantan menteri yang semakin dilupai.

Mungkin dengan membelasah Habibie dan Anwar sedemikian rupa nama Zainudin Maidin kembali menjadi sebutan. Sebagai penyokong totok Mahathir, Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti. Zainudin lupa jutaan pengundi asal keturunan Indonesia terguris hati dan marah. Penjelasan Zainudin dalam blognya menyerlahkan lagi sikap bodoh sombongnya. Beliau berbangga kerana namanya kembali menjadi sebutan jutaan rakyat Indonesia. Beliau menuduh rakyat Indonesia sedang mengalami euporia demokrasi sedangkan Malaysia sudah  lama mengamalkan ‘Manchester democracy’.   Ini bukan kesilapan ejaan. Mungkin kerana panik, bimbang atau sememangnya beliau tidak tahu asal usul istilah  Westminster democracy.
 
Begitu naifnya Zainuddin sehinggakan beliau tidak sedar tulisan jahatnya menjadikan suatu beban buat Umno. Justru Umno tidak boleh berlepas tangan dalam isu ini. Pertamanya Zainuddin adalah bekas Ketua Pengarang kumpulan utusan yang semua orang tahu isu kandungan akhbar itu dikawal sepenuhnya oleh kepimpinan Umno, khususnya Najib sebagai Presiden Umno. Pada sisi lain episod 'kebodohan' Zainuddin ini menyerlahkan kelemahan Najib sehingga tidak bermaya sama sekali menegur Zainuddin ketika terserlah kemarahan rakyat Indonesia akibat penghinaan Zainuddin secara terang-terang dan berterusan terhadap pemimpin dan rakyat Indonesia.
 
Saya percaya rakan-rakan yang masih rasional dalam Umno turut kesal dengan tulisan Zainudin. Walaupun itu pendapat peribadi, sebagai mantan Menteri Umno dan disiar pula oleh media milik Umno maka bantahan dan kemarahan Indonesia ada asasnya. Rakan-rakan dalam Umno juga tertanya-tanya apakah Zainudin sebodoh itu dengan sengaja mencari musuh baru ketika pucuk pimpinan Umno berhempas pulas mempersiapkan diri menghadapi PRU13? Atau adakah Zainudin kini  diperalatkan oleh Mahathir untuk sabotaj PM Najib? Di kalangan ahli politik Pakatan Rakyat dan BN bukanlah menjadi  rahsia lagi bahawa Mahathir memperalatkan Muhyidin Yasin untuk memaksa Abdullah Badawi bersara. Kini Mahathir bekerja keras untuk mengantikan Najib dengan Muhyidin. Ahli Umno tidak boleh marahkan Mahathir kerana Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru milik Mahathir Mohamad. Sementara reputasi Anwar sekelumit pun tidak terjejas dengan tulisan Zainuddin, isu ini lebih menyerlahkan politicking dalaman Umno sendiri. Anwar kekal sebagai pemimpin tahan uji. Bak kata pepatah arab "emas yang terbaik ialah emas yang terhasil apabila dibakar berulangkali". Manakala Umno pula menhitung hari menanti rebah.
 
 
Saifudin Nasution Ismail
Setiausaha Agong
Parti Keadilan Rakyat 

Wee Choo Keong

Posted: 18 Dec 2012 03:15 PM PST

Wee Choo Keong


Australian Court fined AirAsia A$200,000 for misleading advertisements

Posted: 17 Dec 2012 10:35 PM PST

Thank you YB Datuk Ismail Sabri, the MInister of Trade, Co-operatives and Consumerism, for taking immediate actions to stop AirAsia from putting up more misleading advertisements in The Star. Hence, we saw the sudden change of the AirAsia’s promotional period to 31 March 2013 as could be seen from the above. Despite the fact that [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 18 Dec 2012 11:26 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


HIMPUNAN OREN PERINGKAT N.SEMBILAN

Posted: 17 Dec 2012 11:32 PM PST


PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 18 Dec 2012 11:04 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan

Posted: 18 Dec 2012 02:38 AM PST


KUALA LUMPUR 18 Dis: Pengalaman Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN pada 2004 menerusi penipuan pilihan raya dan bukan atas kehendak rakyat menjadikan KEADILAN Selangor bersedia melawan taktik jahat Umno untuk merampas negeri itu.
Lebih dari itu, Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri, Zuraida Kamaruddin berkata, Selangor malah akan 'mematahkan' serangan pembangkang negeri untuk memenangi pilihan raya.
"Memang ada usaha kerja-kerja kotor Umno BN di Selangor. Kita akan berdepan tanpa membiarkan taktik jahat mereka memenangi PRU akan datang.
"Petugas-petugas setiap kawasan akan diberikan penerangan dengan jelas bagi mendedahkan mereka berhubung taktik ini," kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Semasa berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dungun, Terengganu Jumaat lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam PRU13.
Menurut Husam, pengundi tersebut merupakan pengundi Selangor yang dibawa ke Terengganu pada 2004.
Beliau berkata, kerana yakin Umno mampu menang besar di Selangor dalam PRU ke-11, sebahagian besar pengundi di negeri itu dipindahkan ke Terengganu.
Akibatnya dalam PRU ke-12, Umno BN Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kerana kehilangan pengundi yang dipindahkan ke Terengganu dalam PRU sebelumnya.
"Pada tahun 2004 Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN bukan atas kehendak rakyat Terengganu. Majoriti rakyat Terengganu memilih PAS ketika itu.
"Bagaimana kerajaan PAS boleh tumbang adalah melalui penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Umno," kata Husam dipetik Harakah Daily.
Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, jentera parti akan mencari pengundi yang dipindahkan itu bagi mendapatkan butiran dan pengesahan bahawa mereka bukan orang tempatan yang layak mengundi kawasan tersebut.
"Bagi nama pemilih terbaru yang akan diterima penghujung tahun ini, kita akan teliti sehabis baik. Jika terdapat kekeliruan pada nama mereka, kita lapor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Mereka nak terima atau tidak terpulang. Tapi kita akan rekodkan semuanya sebagai bukti," katanya.
Tambah Zuraida, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khususnya Selangor bakal berhadapan pengundi baru yang mencurigakan.
Kata beliau, pemindahan pengundi adalah antara perkara yang perlu diperangi habis-habisan.
"Ini adalah taktik yang kita kenal pasti bakal memberikan kesan jika tidak dikaji daripada awal. Sebagai parti mempertahankan sistem demokrasi yang adil, kita akan patahkan usaha jahat Umno," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41305

Serang bas Merdeka Rakyat: Najib perintis samseng Umno

Posted: 18 Dec 2012 02:34 AM PST


PETALING JAYA 18 Dis: Perbuatan bacul samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat hasil tunjuk ajar presidennya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau merujuk insiden Bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu oleh samseng Umno di Tapah ketika dalam perjalanan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak, kelmarin.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, ia bukan lagi aneh kerana pimpinan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak terbukti takut untuk berdepan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Nur menunjukkan gambar cermin bas yang pecah dibaling batu.
"Seruan dan cabaran untuk berdebat secara terbuka tidak disahut dan didiamkan. Malah pendedahan dan pembuktian tentang kegagalan dan kepincangan Umno serta Perdana Menteri jelas tidak mampu dijawab dan dijelaskan," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di ibu pejabat parti, hari ini.
Hadir sama, Ketua Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri dan Setiausaha Pengelola, Raden Shamsul Akmar raden Shamsuddin.
Saifuddin turut mengaitkan serangan ini dengan rentetan pendedahan oleh Deepak Jaikishan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjadikan Umno seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah.
"Kegagalan untuk menghalang serangan demi serangan mencerminkan bahawa Najib memberi lesen untuk kerja gila seperti itu diteruskan," tegasnya.
Sementara itu, Muhammad Nur mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap serangan keempat ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat.
"Kita kesal kerana masih belum ada tindakan. Najib konon mencanangkan perihal demokrasi tapi keganasan politik berleluasa," kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.
"Pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak atas pengaruh mana-mana organisasi politik," kata Muhammad Nur.
"Serangan samseng Umno bukti begitu terdesaknya Najib seperti dalam ucapannya di Himpunan Agung Umno tahun lalu, 'biar tulang berselerakan, asalkan Putrajaya dipertahankan'," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41313

KEADILAN bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah

Posted: 18 Dec 2012 02:32 AM PST


PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.
Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.
"Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka," katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.
Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

"Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah," kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
"Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut," sambung beliau.
Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.
"Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti," jelas Yahya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41326

Batalkan 300,000 saman, wang 10,000 pembayar AES mesti dipulang

Posted: 18 Dec 2012 02:30 AM PST


KUALA LUMPUR 18 Dis: 300,000 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu dibatalkan dan saman yang dibayar oleh 10,000 pengguna jalan raya wajib dipulang jika kerajaan ikhlas mahu menghapuskan sistem tersebut.
Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).
"Wang saman yang dibayar 10,000 rakyat mesti dipulangkan semula. Ini tak adil pada mereka. 300,000 saman yang dikeluarkan mesti dibatal serta merta," kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu kepada Keadilan Daily.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berkata, Kerajaan Pusat berdolak dalik dan masih menipu jika hanya 'mempertimbang untuk membekukan' AES.
"Mempertimbang atau membeku hanyalah tempoh untuk tangguh. Sampai bila? Sampai pilihan raya? Kalau ini benar, maka, ia hanya langkah sementara untuk mengelak Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-13.
"Majoriti rakyat tak suka, sebab itu dia (kerajaan) tangguhkan?" soalnya.
"Dia (Kerajaan Pusat) tak jujur. Saya yakin mereka akan kuatkuasa semula sistem AES jika menang pilihan raya. Hanya satu cara, kalahkan mereka (BN)," kata Ronnie.
Jelasnya, menurut undang-undang kerajaan tempatan, 'pengusaha' AES telah melanggar Akta Parit, Jalan dan Saliran.
Merujuk Subseksyen 2(1) Akta 172 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Kebenaran Merancang (KM) ditakrifkan sebagai 'kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan'.
"Mereka (AES) tak mohon, jadi tak dapat kelulusan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). AES ialah struktur haram. Tak kira sama ada mereka bina atas premis sendiri, tanah sendiri atau tanah sewa, dia (AES) mesti dapat Kebenaran Merancang.
"Ini sangat jelas. Tiada 'grey area'," tegas Ronnie.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41335

K'jaan akan tarik balik saman AES?

Posted: 18 Dec 2012 02:29 AM PST

Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff, ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan.

"Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pegawai (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengambil balik saman AES saman daripada responden dan minta mereka pulang ke rumah. Kes mereka tidak didengar di mahkamah."

Beliau juga menceritakan bagaimana dua kes yang dikendalikannya hari ini serta lapan lagi kes yang dijadual didengar esok dan pada hari Jumaat, telah ditangguhkan selama sebulan oleh DPP berkenaan  kerana 'dokumentasi tidak lengkap'.

Apabila beliau membangkitkan perkara penarikan balik saman tersebut serta penangguhan kes berkenaan dengan DPP yang mengendalikan kes-kes AES di mahkamah Kuala Lumpur, Zulhazmi (kanan) berkata pihak pendakwa hanya mengatakan ada "masalah teknikal".

Zulhazmi juga berkata seorang responden yang kesnya dijadual didengar di mahkamah di Putrajaya hari ini, berkata semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.

RUMAH PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK TAMAN ABOK JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN MAU DIJADIKAN MODAL KEMPEN PRU 13

Posted: 18 Dec 2012 02:26 AM PST

dipetik daripada Omak Kau.blogspot.com



Pada 19hb Februari 2012 yang lalu sempenan kunjungan sehari sambil bertugas Najib Razak dan Rosmah Mansor ke Seremban Negeri Sembilan, salah satu acara untuk memeriahkan kunjungan mereka berdua ialah pelancaran/perasmian rumah penempatan semula mampu milik penduduk di Taman Abok Jaya, Rahang, Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam upacara itu diadakan satu supacara simbolik penyerahan kunci oleh Najib Razak kepada MB Negeri Sembilan Mohamad Hassan.

Dihebohkan kepada dunia melalui semua media arus perdana milik UMNO/BN termasuklah RTM dan TV3.

Dicanangkan kononnya harga rumah bernilai lebih RM100,000 sebuah tetapi dijual kepada rakyat dengan harga lingkungan RM45,000. Lebih 50% disubsidi oleh Kerajaan UMNO 1 M'sia Negeri Sembilan.

Pergh!!!! kalau dengar pada gah bunyinya cukup mengharukan..Digambarkan seolah-olah kerajaan UMNO 1M'sia Negeri Sembilan dibawah pimpinan Mohamad Hassan sebuah kerajaan yang perihatin rakyat.. Kerajaan tradisi membela rakyat miskin papa kedana.

REALITINYA??????

Setelah menunggu hampir 7 bulan dengan tiada perkhabaran berita dari kerajaan UMNO Negeri Sembilan maka rakyat yang berjaya untuk memiliki rumah tersebut pada 30hb September 2012, telah mengadakan demo secara aman dilokasi taman tersebut.

Demonstrasi ini telah mengundang kemarahan MB Negeri Sembilan, Mat Hassan dengan mengatakan agar pihak Pakatan Rakyat tidak menjadikanjnya isu politik.

Ini yang membuat admin ketawa terbahak.bahak.. Masa pelancaran dijadikan isu politik demi secebis politik batuan keuntungan bagi pihak UMNO tetapi bila sudah 7 bulan masuk bulan kelapan tiada dengar apa-apa perkembangan bila rakyat yang berjaya membuat demo aman dituduh sebagai mempolitikkan isu.

Alasan yang diberikan ialah belu ada Sijil Layak Menduduki (CF)..

Pelik juga admin, kalau belum ada CF mengapa diadakan acara simbolik penyerahan kunci dan Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama sama dengan MB Negeri Sembilan suami isteri siap bergambar dalam salah sebuah rumah tersebut?

Pada 16hb Disember 2012 MB NS Mat Hassan telah mengadakan lagi satu upacara penyerahan anak kunci rumah kepada pembeli yang berjaya.

KELOKASI.

Demi berlaku adil maka admin telah diminta oleh Omakkau kelokasi hari ini demi meninjau secara "firsthand" dengan dibantu salah seorang pembeli yang berjaya. ( Identiti dirahsiakan ).

Dilokasi admin dapati ianya bersebelahan dengan Kg Semarak, Rahang.

Taman ini didirikan rumah berbentuk "TOWNHOUSE" 3 bilik dan 2 bilik mandi dikhususkan untuk penduduk setinggan Kg Abok, Rahang, Seremban, Negeri Sembilan yang diarah berpindah kerana tanah dan rumah mereka akan diambil untuk tujuan pembinaan JALAN LINGKARAN TENGAH SEREMBAN..

Dari struktur,  bahan binaan, keluasan, lokasi dan kualiti rumah bolehlah admin rumuskan dari mata kasar ianya sebuah rumah yang kecil kurang 900 kaki persegi berharga tidak lebih dari RM50,000 dengan mengambil kira harga bahan binaan pada tahun 2011. Admin dimaklumkan slab simen digunakan untuk membina rumah mampu milik ini.

Ada rumah admin lihat sudah dipasang meter elektrik oleh TNB namun tiada sebuah rumah pun dipasang dengan meter air oleh pihak SAINS ( Sayarikat Air Negeri Sembilan).

Ada tu dah pasang alat penghawa dingin. Jika dilihat pada luaran penghawa dingin tersebut ternyata sudah agak lama juga dipasang. Mungkin dipasang ketika lawatan/pelancaran/perasmian/penyerahan kunci Najib Razak pada awal bulan Februari 2012 yang lalu bagi nampak ada class sikit.

RUMUSAN DAN KONKLUSI.

1)  Bolehlah dirumuskan bahawa mengebahkan keseluruh negara,harga rumah ini melebehi RM100,000 sebuah adalah satu pembohongan.

2)  Memang nampak jelas projek ini mau dijadikan bahan kempen pada PRU 13 nanti oleh UMNO/BN Negeri Sembilan walaupun projek ini sudah dilancarkan awal tahun ini oleh Najib Razak.

3)  Mau dijadikan bargaining chip @ bahan umpan untuk memancing undi pada PRU 13.

Tiada ulasan:

Pengikut