Selasa, 5 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 05 Jun 2012 03:19 PM PDT

HARGA SEBENAR RON 95 LAGI MAHAI DARI RON 97
APA KATA MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL TIPU MENIPU?
KAH! KAH! KAH!


Untuk Lebih Jelas Klik Pada Gambar

Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!


Untuk Lebih Jelas Klik Pada Gambar

Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?

Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..

Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)

Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"

Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.

blog.marhaen

SELEBIHNYA KALAU LU ORANG NAK CHECK HARGA PETROL KENCING RAKYAT BULANAN SILA KE GEAR TINGGI.

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

ALHUSSEYN

Posted: 05 Jun 2012 03:16 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:16 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


Antara Nombor Plat Kereta dan Keperluan Asas Hidup - Mana Lebih Utama?

Posted: 05 Jun 2012 05:00 AM PDT


Menurut Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, sejak bergelar Raja Muda Johor lagi baginda tidak pernah mengambil walau satu sen daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, wang yang diperuntukkan kepada ayahandanya sebagai Sultan Johor dan beliau sendiri selaku Tunku Mahkota Johor setiap bulan pun disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

Klik untuk besarkan.Sumber dari sini

Ada yang memuji sikap Sultan Johor tersebut kerana tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan nombor tersebut secara percuma, tetapi secara jentelman ikut membida.

Wang RM520k tersebut akan masuk ke kantong kerajaan dan akan kembali kepada rakyat akhirnya. Apakah tindakan baginda ini perlu dipuji dan digalakan lagi? Dan kita minta yang lain-lain Sultan ikut jejak langkah baginda? Ini perlu sama-sama diteliti,Kalau boleh masukan perkara ini dalam agenda Mesyuarat Raja-Raja yang akan datang.

Walau apa pun, kita patut salut diatas segala pengorbanan Sultan Johor tersebut. Tetapi apalah kiranya sangat paduka tuanku Sultan dan anakanda baginda naik murka kepada capal yang hina Nizar Jamaludin?

Nizar sama sekali tidak mencerca atau menghina tuanku. Beliau sekadar mencadangkan cara yang terbaik untuk membantu rakyat tuanku sendiri dengan wang yang sebanyak itu. Demi untuk mempastikan bantuan tersebut benar-benar sampai kepada sasarannya dengan membina 20 buah kediaman bagi rakyat yang miskin kedana.

Nizar tidak ada langsung menyebut nama kebawah duli Tuanku, jauh sekali menuduh Tuanku menggunakan wang rakyat. Beliau sentuh secara am sahaja.

Lihatlah sendiri tweeter Nizar yang dikatakan
mencemar kemulian kebawah Duli Tuanku.

Kita berharap dan mendoakan agar kebawah Duli Tuanku Sultan akan terus berkorban untuk kesejahteraan rakyat baginda, terutamanya rakyat Tuanku Orang Asli Seletar ( gambar kiri atas) . Lihatlah video berikut mengenai rintihan penderitaan mereka yang sangat memerlukan bantuan Tuanku.

Kepada rakyat seperti mereka ini, kalau dianugerahkan nombor plat kereta itu kepada mereka tentu tidak ada memberi makna apa-apa pun. Mungkin hanya digunakan untuk jadi bahan pembakar sahaja!

Mereka ini hanya mahukan keperluan asas kehidupan yang dinafikan ke atas mereka walaupun negara sudah hampir 55 tahun mencapai kemerdekaan.

Mengapa Sultan Begitu Bodoh?

Posted: 05 Jun 2012 12:28 AM PDT

Bukan aku kata, kerabat sultan Selangor kata gitu – Raja Petra Kamarudin (RPK)! Saya petik antara tulisannya yang telah diterjemahkan seperti berikut:


Kadang-kadang Sultan boleh menjadi begitu bodoh. Apabila mereka boleh mendapatkannya secara percuma mereka menawarkan untuk membayar lebih daripada RM500,000. Dan kerana mereka membayar lebih daripada RM500,000 kini telah menjadi satu isu. Jika mereka hanya membuat panggilan telefon dan menyelamatkan RM500,000 dengan mendapatkan nombor percuma, sepertimana jutawan perniaga Cina dan ahli politik Melayu kebiasaannya, maka isu tersebut tidak akan kecoh atau melalut. (perenggan 12)

Tiada siapa yang berkata Sultan menggunakan wang rakyat untuk membeli nombor. Tiada siapa yang berkata pembayar cukai membayar untuk nombor tersebut. Apa yang rakyat marah tentang mengapa membazir daripada RM500, 000 pada sesuatu nombor pendaftaran kereta, walaupun anda menggunakan wang anda sendiri dan bukan wang pembayar cukai? Ia adalah satu pembaziran, seperti mana ramai yang berkata.(perenggan15)

RPK mengakhiri tulisannya dengan berkata, "I pun tak paham lah! Kadang-kadang Sultan ni tak betul juga. Boleh dapat free pergi bayar. Buat apa? Sekarang kan dah kecoh?

Orang Johor dan Polis Johor sila baca tulisan RPK ini. Korang bacalah sendiri di sini

Dan dipersilakan ambil tindakan bawah akta menghasut seperti mana mereka lakukan terhadap DS Nizar.

Sebelum ini penulis blog adukataruna.blogspot.com.my, Khairul Nizam dibebaskan dari tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.Lihat di sini

Memang Dah Betul - Apasal Tuduh Nizar Buat Fitnah?

Posted: 04 Jun 2012 06:07 PM PDT

Pagi semalam aku sempat bergebang dengan bekas Setiausah Politik DS Nizar, Ust Misbahul Munir. Kami pergi minum-minum di kedai 'Rumpun' dekat pejabat Perhubungan Pas negeri.


Dari mana ? Tanya Misbah, dari IPD buat liputan Pemuda buat laporan polis mengenai isu plate Sultan Johor, jawab ku pendek.

"Sultan Johor beli plate kereta dengan harga RM520k tu betul ke tidak?" Aku bertanya kepada Misbah.

"Betullah tu, JPJ ada keluarkan rekod mengenainya," balas Misbah.

"Kalau betul, apasal diaorang kata Nizar buat fitnah?" tanya ku lagi.

"Itulah, mereka tokok tambah, kata Nizar tuduh Sultan gunakan wang rakyat beli nombor plat itu!" mendengus bunyi Misbah.

"Padahalnya, Nizar tidak sebut pun nama Sultan . Nizar sebut secara umum sahaja. Diaorang pandai-pandai yang tokok tambah," rungut Misbah.

"Kira-kira diaoranglah yang sepatutnya disiasat bawah Akta Hasutan," sambung ku.

( Korang boleh lihatlah sendiri bukti-bukti tersebut yang ada bawah nih.Klik untuk besarkan)

Sumber dari sini

Sumber dari sini

"Polis kita.....ko tahulah....." Misbah sengaja tidak mahu melengkapkan ayatnya. Nampak beliau begitu kesal dan menyampah dengan sikap PDRM.

"Hang patut tulis tu dalam blog. Hidupkan semula blog hang tu ..." pinta ku kepada Ust Misbah.



"Insya' Allah...." katanya. "Aku lebih suka tulis kat facebook lagi....," sambungnya .

Saya katakan kepadanya, tulisan di facebook agak terhad dan tidak dapat menghuraikan sesuatu isu dengan lebih terperinci.

Dia akui dan katanya akan cuba hidupkan semula blognya itu. Harap-harap, blog beliau akan aktif semula sedikit masa nanti kerana ramai peminat blognya ternanti-nantikan tulisan beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut