Dewan Pemuda Pas Sepanggar |
Posted: 05 Jun 2012 12:13 AM PDT Sempena sambutan pesta menuai, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar merasakan belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Kaamatan' (pesta menuai) kepada rakyat Sabah keseluruhannya. Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei ini merupakan sambutan masyarakat tempatan bagi meraikan dan melahirkan rasa kesyukuran terhadap hasil tuaian yang diperolehi oleh petani di Sabah. Saudara Ajijul Jullirin yang juga Tim. Ketua DPP Sepanggar menyampaikan sumbangan keperluan kepada salah seorang penduduk Kg. Keliangau Bergambar bersama-sama wakil DAP kawasan yang turut sama ke Kg. Keliangau DPP Sepanggar juga pada kesempatan ini telah mengunjungi Kg. Keliangau bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah wakil dari DAP Sepanggar yang diketuai oleh saudara Jeffry. Semoga sambutan pesta menuai pada tahun ini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t yang melimpahkan rezki kepada seluruh hamba-hambaNya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Sepanggar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan