Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Karenah Birokrasi dan Rumah Ali Rustam Posted: 05 Jun 2012 10:10 AM PDT Beginilah nasib rakyat dibawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional. Ramai rakyat yang diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada yang kais-kais tetapi tidak dapat makan pun. Kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil menegur sikap pilih bulu yang begitu menebal yang ada dalam Umno dan Barisan nasional. Jika tidak menguntungkan mereka, mereka akan buat sambil lewa dan tidak ambil berat. yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Kita melihat bagaimana Umno dan Barisan Nasional yang begitu rakus mengumpul harta menggunakan duit rakyat. Rumah mereka seperti istana dan ramai rakyat yang rumah mereka tidak cukup kemudahan asas. Ada di kalangan rakyat yang miskin dan apabila diminta bantuan untuk PPRT, pihak yang berwajib hanya memandang sepi.
Jawapan tak kunjung tiba 3 Jun 2012 ALOR GAJAH - Permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibuat sejak 2009 sudah diluluskan namun masih belum menerima sebarang jawapan pasti. Itulah dilema dihadapi pasangan suami isteri, Jef Roslan Abd Rahim, 40, dan Mariani Mamat, 33, di Kampung Lendu, di sini. Pasangan ini mempunyai tiga anak yang masih kecil dan bersekolah, berumur antara 3 hingga 10 tahun. Mariani berkata, kali pertama mereka membuat permohonan pada penghujung 2009 dan pihak berkenaan memaklumkan alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat yang dipohon. "Mereka minta kami buat semula permohonan dan majukan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tapi selepas itu terus senyap. "Jika ada masalah, mereka sepatutnya maklum kepada kami, bukannya mendiamkan diri kerana menyebabkan kami seolah-olah 'menunggu buah yang tak gugur," katanya, semalam. Menurutnya, dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan iaitu RM500 sebulan. "Kami berpindah ke kampung ini dan tinggal bersama ibu saya, Jamaliah Pakeh, 72, sejak tiga tahun lalu sebelum memohon bantuan PPRT. "Saya memang dibesarkan di sini, cuma pernah merantau ke negeri lain, tetapi kembali semula menetap di kampung halaman," kata anak bongsu daripada tujuh beradik ini. Justeru, Mariani merayu pihak berkenaan supaya mempertimbangkan permohonannya untuk memiliki rumah PPRT. "Walaupun sudah tiga kali memohon, saya masih menaruh harapan supaya permohonan diluluskan," katanya. Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Lendu, Norhayati Yatim berkata, segelintir pemohon menghantar borang bantuan PPRT tanpa melaluinya. Menurutnya, pihaknya menyimpan senarai nama penduduk yang memohon bantuan\ PPRT dan jika ada yang tercicir, kami akan siasat. "Kami akan selidik perkara ini terlebih dahulu kerana tidak pasti sama ada permohonan melalui saya atau sebaliknya," katanya yang baru memegang jawatan tersebut dua tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan