Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Projek IC Sabah: Jangan Tun M kena amnesia lagi
- MAJLIS TAHLIL & MUNAJAT PERDANA 2012-PARLIMEN MACHANG
- Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat
- Visual Bersih 3.0: Kenapa tak tunggu 10 tahun?
- YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta
- Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno
- Royalti dikaut, lebuh raya pula dipersenda
- Himpunan peneroka Felda halang penyenaraian FGVH
Projek IC Sabah: Jangan Tun M kena amnesia lagi Posted: 05 Jun 2012 12:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam nada menyindir meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak diserang 'penyakit lupa' apabila memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja berhubung isu pendatang tanpa Izin di Sabah. Menurut Kit Siang, apa yang dibimbangkan kini apabila 'penyakit lupa' Tun datang semula seperti berlaku ketika bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan kepada Suruhan Jaya Diraja Pita Video Lingam. "Mahathir, yang dikenali dengan "daya ingatan yang kuat" sebelum dan selepas tampil dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pita Video Lingam dan telah berkata "Saya tidak ingat" atau yang seakan-akan seperti kenyataan itu, 14 kali dalam keterangan 90 minit dalam bulan January 2008. "Adakah Mahathir akan diserang amnesia sekali lagi jika diminta untuk tampil memberi keterangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan dengan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah," soal Kit Siang. Tun Mahathir semalam berkata belaiu bersedia untuk memberi kenyataan sekiranya disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat masalah-masalah berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah. Beliau juga turut bersedia disiasat dan dibawa ke mahkamah berhubung dakwaan skandal kewangannya dalam 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Sebelum ini, Kit Siang berkata skandal kewangan dalam 22 tahun Tun bakal terdedah jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang. |
MAJLIS TAHLIL & MUNAJAT PERDANA 2012-PARLIMEN MACHANG Posted: 05 Jun 2012 12:14 AM PDT |
Plat: Siapa ajar menteri bida guna wang rakyat Posted: 05 Jun 2012 12:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti. Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka. Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya. Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan. "Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan. Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis. Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah. "Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi. Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah. "Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya. Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat. "Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau. Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini. "Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi. Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar. Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan. "Inikah mentaliti menteri yang ada? "Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu. "Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi. |
Visual Bersih 3.0: Kenapa tak tunggu 10 tahun? Posted: 04 Jun 2012 05:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mengapa tidak tunggu 10 tahun lagi untuk siar visual himpunan Bersih 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN), Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan. "Rakyat yang terlibat dalam himpunan tersebut telah siarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan itu seawal hari yang sama, mengapa KDN perlu menanti sehingga lebih dari sebulan untuk menyiarkan rakaman itu? "Tidak masuk akal jika sebuah kementerian yang mendapat peruntukan begitu besar setiap kali belanjawan negara di bentangkan bertindak begitu lembab sedangkan rakyat yang menyiarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan 28 April itu seawal hari yang sama tidak mendapat apa-apa upah, gaji atau bayaran," katanya. Mahfuz menyifatkan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian hari ini dan akan dapat dilihat orang ramai mulai esok sebagai sudah terlambat dan amat lucu. "Kalau rakaman-rakaman yang disediakan oleh KDN itu benar-benar menguntungkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), mengapa tidak siarkan pada hari yang sama?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu terus mempersoalkan. Mahfuz juga mempersoalkan, mengapa rakaman itu kelihatan tergesa-gesa hendak disiarkan selepas tersiar berita bahawa populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum selepas himpunan Bersih 3.0 itu? "Kenapa nampak kelam kabut hendak siarkan selepas diumumkan rating Najib jatuh merudum? "Adakah kerana kerajaan baru tersedar bahawa rakyat benci tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan kerajaan Najib terhadap mereka yang berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu?" soal beliau. Mahfuz juga menyuarakan kebimbangannya rakaman yang akan disiarkan itu diedit oleh kementerian Hishammuddin terlebih dahulu untuk menipu rakyat. "Kita masih ingat selepas Bersih 2.0, polis mendakwa (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan jenis Pajero milik polis sedangkan sebelum itu Mat Sabu membuat laporan polis bahawa beliau dilanggar kenderaan jenis Proton Waja milik polis. "Seluruh dunia melihat rakaman insiden itu diedit terlebih dahulu dan oleh kerana terlalu ghairah hendak menuduh Mat Sabu berbohong, polis terlupa laporan kepada pihaknya yang dibuat oleh Mat Sabu yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau dilanggar oleh kereta jenis Waja milik polis. "Ternyata akhirnya polis menjadi bahan ejekan rakyat kerana pembohongan itu," kata beliau. Mahfuz bagaimanapun yakin, rakaman yang hendak dipertontonkan oleh KDN kepada orang ramai itu akan menjadi bahan ketawa dan persendaan rakyat. "Rakyat tidak lupa rakaman yang diedit dalam peristiwa Mat Sabu dilanggar Proton Waja polis itu dan saya yakin rakaman KDN mengenai Bersih 3.0 itu juga akan menjadi bahan ketawa dan ejekan rakyat," katanya. |
YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta Posted: 04 Jun 2012 05:31 PM PDT KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad. Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" pada 8 November 2011. Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS. Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat. Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka. Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi. Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya. Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi. Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu. Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. |
Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno Posted: 04 Jun 2012 05:29 PM PDT KUALA LUMPUR: "Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja untuk perjuangan Islam," tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka. Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul. Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini. "Umno boleh hidup kerana ada kuasa sahaja, dari segi ideologi perjuangan sudah hancur terutama pimpinan pemuda yang menjadi pejuang projek bukan pejuang ideologi. Sebarang himpunan Umno tidak boleh dibuat tanpa diupah dan diangkut," katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, pemimpin Umno seperti Muhyiddin berfikiran apa yang mereka buat, maka PAS pun berkelakuan buruk seperti mereka juga. "Contohnya ketika Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 1990, mereka kata PAS hanya mampu mentadbir negeri dalam masa 3 bulan sahaja kerana tidak cukup wang. "Alhamdulillah Kelantan mampu bertahan sehingga kini," ujarnya. Tambahnya, pemimpin Umno berfikiran, PAS macam Umno jika memerintah, yang mana nilai projek RM100,000 mereka belanja RM500,000. Katanya, analogi yang sama juga yang dibuat oleh pemimpin Umno mengenai Himpunan Hijau, dengan mendakwa peserta dibayar sebagaimana himpunan yang mereka biasa buat. Benarlah, kata Idris dikatakan orang "orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya". |
Royalti dikaut, lebuh raya pula dipersenda Posted: 04 Jun 2012 05:28 PM PDT KOTA BHARU: "Sudahlah royalti minyak yang dikaut dari bumi Kelantan dinafikan hak, tiba-tiba usaha Kelantan mahu membina lebuh raya rakyat pula cuba diperkecilkan. "Watak seperti Awang Adek bukan sahaja memperkecilkan niat baik kerajaan negeri bahkan sering melontar tohmahan berniat buruk," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar). Kata beliau sewajarnya Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu merenung kembali apakah usaha yang dilakukannya untuk memastikan projek lebuh raya yang telah diluluskan sejak 1986 dilaksanakan di negerinya sendiri. Beliau berkata, biar pun projek berkenaan tidak mudah dilaksanakan, namun tiada lagi pilihan yang ada setelah Kelantan dinafikan hak dalam tempoh begitu lama. "Mengharapkan pemimpin Umno yang berjawatan menteri dan timbalan menteri nampaknya jauh sekali, bahkan ada yang lebih berminat untuk mengisi akaun peribadi atas nama sumbangan kebajikan," katanya di sini. Baru-baru ini Datuk Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, bahkan disifatnya sebagai helah mengaut balak yang terdapat di sepanjang kawasan laluan dirancang. Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit langsung tidak mencerminkan sebagai seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri. Menurutnya tidak sepatut beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan projek lebuh raya berkenaan bagi manfaat seluruh rakyat. "Adalah lebih baik pemimpin Umno Kelantan menutup mulut daripada memperkecilkan projek lebuh raya rakyat kalau sekadar mengeluarkan kenyataan bersifat persepsi yang tidak membina," ujarnya |
Himpunan peneroka Felda halang penyenaraian FGVH Posted: 04 Jun 2012 05:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menggerakan puluhan ribu peneroka Felda dalam Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini. Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (gambar), gerakan itu akan dibuat dalam tempoh tiga minggu ini sebelum FGVH dimuktamadkan. Beliau memberi gambaran gerakan atau himpunan yang akan diadakan itu sama seperti Gerakan Mansuhkan PPSMI atau Gerakan Mansuhkan ISA. "Kita sudah buat macam-macam, kita sudah serah memo kepada Perdana Menteri, ke Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, malah kita sudah kemukakan bukti-bukti salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. Malangnya, kata beliau usaha itu tidak berupaya meredakan keghairahan pemimpin untuk menyenaraikan satu-satunya harta penting orang Melayu, Felda. Jelasnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada pelabur-pelabur antaranya Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP dan pelabur-pelabur asing supaya jangan melabur dalam FGVH kerana mereka akan berdepan dengan iklim pelaburan yang tidak sihat. "Anak juga akan mengheret beberapa orang yang dianggap pengkhianat kepada peneroka seperti Isa Samad, Sabri Ahmad, dan Najib Tun Razak sendiri ke mahkamah," katanya kepada Harakahdaily. Anak konsistan menegaskan mereka bukan bercakap soal saham tetapi pokoknya adalah penyenaraian FGVH yang sakit dan memberi risiko tinggi kepada peneroka. Tambah Mazlan, kerajaan mesti membatalkan penyenaraian ini dalam masa yang sama tidak perlu berdolak dalik dengan mengatakan FGVH lebih baik dari 'Facebook' dan kenyataan itu merupakan ulangan retorik. "Kalau kita ingat selepas era penswastaan mana-mana syarikat besar apabila dilancarkan saham sehingga mencecah RM12 seunit. Malangnya ke mana perginya syarikat ini seperti Lembaga Padi Negara yang diswastakan kepada Bernas. Semuanya menemui kegagalan. "Bila berlakunya ini kerajaan tidak ambil peduli, dan tidak mustahil perkara ini turut terjadi pada Felda, akibatnya peneroka yang menanggung," balas beliau. Mazlan membayangkan saham FGVH yang hanya lebih kurang RM20 billion dan tidak mustahil saham ini akan lenyap dalam masa satu hari jika pasaran saham tidak menentu. Justeru beliau tidak menolak penyenaraian ini adalah semata-mata agenda untuk mengambil dan merompak wang rakyat untuk pilihan raya umum nanti. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan