Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor |
KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR - JAIS PERLU RAIKAN ARTIS YANG TELAH ‘BERHIJRAH’ Posted: 02 Nov 2011 06:26 PM PDT JAIS PERLU RAIKAN ARTIS YANG TELAH 'BERHIJRAH' Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan dan menyambut baik 'penghijrahan' beberapa orang artis yang kini berkecimpung di dalam bidang dakwah seperti Ustaz Akhil Hayy, Wardina, Sham Kamikaze, Radhi Melissa, HJ Azmil 'Ali Setan' Mustapha, Iwan Dangdut dan ramai lagi selain Bob Lokman. Kehadiran artis-artis ini telah mencetuskan revolusi dakwah baru yang telah menarik minat anak-anak muda remaja untuk kembali memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam secara menyeluruh. Sehingga kini sambutan masyarakat terhadap program-program yang membabitkan para artis-artis yang telah 'berhijrah' ini mendapat sambutan yang cukup hebat. Selain peminat-peminat 'tegar' artis-artis terbabit, rakyat Malaysia secara keseluruhannya telah dapat menerima penglibatan artis-artis ini di dalam bidang dakwah dan berkongsi pengalaman mereka menerima 'hidayah' petunjuk daripada Allah SWT. Janganlah disebabkan perkara yang terlalu remeh menyebabkan pihak JAIS hilang pertimbangan sehingga mengambil tindakan yang tidak wajar di dalam menghentikan revolusi dakwah baru ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mencadangkan pihak JAIS sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap para artis yang telah 'berhijrah' ini dan menjadikan mereka sebagai 'ikon' dakwah JAIS kepada masyarakat. JAIS perlu menyediakan kursus-kursus dan garis panduan dakwah kepada para artis selain mengatur seliakan program-program dakwah yang perlu diisi oleh para artis tersebut untuk menarik minat masyarakat kembali kepada pengamalan Agama Islam yang sebenar. Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan 'menghukum' yang akan di ambil oleh pihak JAIS ke atas Bob Lokman dan rakan-rakan artis seangkatannya akan 'menghanyutkan' semula anak muda yang kini dilihat semakin jinak dengan agama selain akan meninggalkan persepsi negatif masyarakat yang melihat JAIS sebagai agensi yang tidak mesra dakwah dan anti artis hijrah. USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan