Rabu, 2 November 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Dihalau kerana Minta Penjelasan Menteri ...

Posted: 01 Nov 2011 10:49 PM PDT


MP DAP Bakri: Dihalau kerana minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Penjelasan mengenai persoalan yang dibangkitkan samada dijawab secara bertulis atau sebaliknya .. ketika Menteri tersebut menggulung Perbahasan pada 31 Oktober 2011.

dulu main masak2.... sekarang main2 seks...

Posted: 01 Nov 2011 10:38 PM PDT


anak masa kini...... nk bagi tazkirah kena tangkap, edar & tayang video lucah bebas.... ni la kesan kepada masyarakat

Demo Mat rempit.

Posted: 01 Nov 2011 10:35 PM PDT



cuba tgk polis2 tu.... kenapa x henjut mat rempit mcm yg kat bersih.... SIAL!!!!!

PESTA SEKS

Posted: 01 Nov 2011 10:30 PM PDT

Festival Seksualiti Merdeka 2011 (Queer without fear) yang sedang berlangsung mulai semalam sehinggalah 13 Okt 2011 merupakan bukti terbaru kecelaruan identiti dalam kalangan belia semakin meruncing dan berada pada tahap yang membimbangkan umat Islam.
Demikian kata Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pada minggu lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman tentang 6 juta belia Malaysia yang mengalami krisis identiti.
"Dakwaan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada akhbar arus perdana termasuklah juga perbagai saluran radio dan televisyen yang mengupas isu ini dengan menjemput berbagai-bagai tokoh belia menjawab dan mengupas isu kecelaruan identiti ini," katanya.
Ini, ujarnya menunjukkan wujud usaha yang secara sengaja dan terancang sedang bergerak secara rancak mempromosi idea liberalisasi dan normalisasi dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kesamaan gender, gay, lesbian dan homoseksual secara terang-terangan di Malaysia.
Katanya, kumpulan itu bergerak secara berani dan terang-terangan melalui slogan human right (hak asasi manusia).
Justeru, tambahnya Isma berharap pihak berkuasa mengambil cakna kepada bahaya yang sedang menanti semua lapisan masyarakat.
"Jangan kita tunggu laknat Allah Taala turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," ujarnya .
Isma juga, katanya menyeru kepada masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang dibawa oleh golongan itu.
Beliau menambah, budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu, Buddha.
Jelasnya, Islam sebagai agama yang mempunyai paling ramai penganutnya di Malaysia menolak sekeras-kerasnya budaya songsang yang tidak bertamaddun itu.
Katanya, kegilaan kepada budaya gay, lesbian, pengkid dan kebebasan seks ini bukan sahaja ancaman kepada anak-anak dan generasi akan datang tetapi bahaya yang telah melanggar jati diri negara yang tertegak di atas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.
"Sekiranya budaya ini tidak dibanteras sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia berkemungkinan mempunyai Perdana Menteri daripada golongan gay atau Perdana Menteri yang merupakan anak bukan sah taraf.
"Apakah itu yang kita mahu,? soalnya.

Boleh percaya ke Zahid ni

Posted: 01 Nov 2011 07:34 AM PDT


Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penyelewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.
Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.
"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.

Ye ke Rm6.5juta je cuba tengok ringkasan laporan Jabatan Audit Negara halaman 12, 13, 14 .

Berjuta2 kementerian pertahanan belanja dari negara luar, Gua tengok tak secanggih mana pun peralatan tentera, kalau lu jalan dari perlis sampai johor gua pasti lu akan jumpa trak tentera yang tersadai rosak, tu belum lagi pesawat perang yang tersadai tak boleh guna sampai enjin pun kena rembat kena jual macam besi buruk. Cerita kapal selam pun belum habis2 sampai sekarang, kapal selam yang tak boleh selam. belum cerita beberapa kapal KD ntah apa nama terbakar ada yang terbakar sampai dua kali.

Jadi bijak ke tidak sebenarnya kementrian pertahanan belanja duit rakyat ni. Ok la kata kan la Zahid salahkan pertukaran matawang cuba kita check nilai tukaran wang asing Malaysia dengan negara luar . ada banyak ketara ke nilai ringgit tu.

Gua bab ni tak berapa faham mekanisma harga yang diguna pakai oleh kementerian Pertahanan untuk belian aset luar ni, kalau ikut kata Zahid ni seolah2 kementerian beli terus dengan pembekal luar ni yang gua susah nak percaya ni. sebab setahu gua belian aset atau peralatan biasanya dibuat secara tender, jadi datang mana pulak tukaran wang asing ni berlaku.

Perjuangan Bahasa Perlu Diteruskan !

Posted: 01 Nov 2011 07:28 AM PDT




Tunjuk perasaan mendesak Mansuhkan PPSMI pada Sabtu 7 Mac 2009 bagai hilang dari ingatan, bahkan jasa dan kesan dari desakan hingga diumumkan penarikan PPSMI pada 8 Julai 2009 (berkuatkuasa pada 2012) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran dipertikaikan kembali. Akhbar-akhbar berbahasa Inggeris mutakhir ini semacam mengambil persetujuan dan tindakan kempen dan menampilkan pendapat-pendapat marginal bagi mengembalikan PPSMP yang kononnya tidak ada cara lain bagi menguasai bahasa Inggeris kecuali melalui PPSMI. Tanpa PPSMI, bukan bererti menghalang bagi mempelajari bahasa Inggeris, bahkan banyak pendekatan yang lain bagi menguasai dan memahirkan bahasa Inggeris. Dalam keadaan sekarang kita mau melihat ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan keputusan yang dibuat pada 8 Julai 2009 dan ditegaskan lagi oleh beliau Oktober 29, 2011 baru-baru ini. Sebarang dolak dalik dari beliau akan membuka ruang dan desakan pihak berkenaan.

Kita melihat pendapat yang marginal ini sengaja diketengahkan, kerana mengambil kesempatan dengan dekatnya tarikh kuat kuasa penghapusan PPSMI pada tahun 2012, maka sebelum kuatkuasa secara muktamad, maka ditampilkan desakan marginal tersebut dengan bantuan media-media yang lebih mempunyai kepentingan komersil dengan terlaksananya kembali PPSM. Satu lagi kesempatan cuba diraih kumpulan marginal ini ialah dengan makin dekatnya pilihanraya ke 13, maka diambil kesempatan mendesak dikembalikan PPSM dengan harapan sokongan yang didapatai oleh penyokong PPSM digunakan sebagai senjata bagi mengugut pihak berkuasa agar tunduk kepada kehendak mereka, jika tidak pihak berkuasa akan kehilangan sebahagian dari sokongan. Dalam hal ini kita memerhati gelagat pendesak marginal dan sikap pihak kerajaan sendiri.

Kita berpendapat kesilapan juga berlaku pada pihak pejuang-pejuang yang mendesak menghapuskan PPSM. Setelah menunjuk perasaan dan berjaya dengan keputusan menarik balik PPSM, semacam ada kepuasaan golongan pendesak penarikan balik PPSM dan memada dengan kejayaan terhad ini. Pada hal ianya merupakan permulaan ke arah pengisian bukan saja pengajaran pendidikan sains dan metematik, tetapi juga di dalam mata-mata pelajaran yang lain. Dalam kata lain lebih dari dua tahun setengah setelah penarikan balik PPSM, pihak pendesak penarikan balik, bagaikan lalai dan tidak bertindak supaya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia dipertingkatkan bersama dengan pengajaran-pengajaran dalam mata pelajaran yang lain. Pengabaian dan kekosongan ini diambil kesempatan oleh pihak marginal menampilkan tuntutan mereka dalam situasi yang boleh melemahkan pihak pemerintah. Kita melihat pengabaian dan ketidakpedulian ini juga berlaku di institusi-institusi pendidikan dan pengajian tinggi. Sebab itu kepada pejuang bahasa perlu prihatin dan memberi tumpuan pada kaedah meningkatkan kualiti pembelajaran dalam semua subjek, termasuk sains dan metamatik. Dengan kewajipan lulus bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM, kita personal , mengapa pelajar masih tidak mampu berbahasa Inggeris ? Jika demikian jika diwajibkan PPSM, juga tidak mampu menjadi medium pembaikan bahasa Inggeris. Tumpuan hendaklah diberi bagi pengajaran bahasa Inggeris. Jika masih juga gagal, maka mesti diperiksa dari segi kurikulum, kaedah pembelajaran dan berkomunikasi.

Dalam masa kekosongan ini kita melihat diambil kesempatan oleh pihak yang selama ini tidak memberi perhatian terhadap perjuangan menghapuskan PPSM, tetapi dengan menggilat kegiatan lama mereka yang lebih bersifat pestaan-pestaan sastera dan kalangan mereka mengangkat orang yang dikatakan tokoh di kalangan mereka sebagai `Pendeta Persuratan Melayu` yang amat boleh dipersoalkan ! Kita juga merasa hairan bagaimana pihak pemerintah menerima bulat-bulat dengan cadangan sepihak yang dibalut dengan nama `kongres` yang mewajarkan untuk diberi anugerah tanpa sebab dan hujah yang kukuh.

Kita berpendapat ada tokoh lain yang wajar dipertimbangkan untuk diberi penghargaan sebagai WIRA BAHASA Dan PERSURATAN. Yang ketara ialah Dato` Dr. Hassan Ahmad. Beliau adalah betul-betul Pejuang Bahasa. Sebahagian besar dari usianya dihabiskan dalam perjuangan bahasa. Beliau menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (Julai 1975 hingga Ogos 1988). Dalam masa kepimpinannya Dewan Bahasa mencapai puncak kejayaan. Ribuan buku diterbitkan dalam masa kepimpinannya. Pada masanya berlangsung Majlis bahasa antara Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Dato` Dr. Hassan adalah Penulis Prolifik dan banyak menghasilkan buku. Antaranya Ke Luar Jendela dan Imbasan. Beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Di Malaysia (1981-1988), Wakil Malaysia ke Unesco 1988-1994 , Pengerusi Yayasan Karyawan ke akhir hayat yang banyak mengeluarkan buku-buku bermutu dan beliaulah memimpin Perarakan Aman menuntut dihapuskan PPSM. Sungguhpun Dato` Hassan Ahmad sudah meninggal pada 31 Ogos 2011 dia amat layak diberi penghormatan selaku Pendeta, Wira Bahasa dan Persuratan. Jika pihak kerajaan tidak mengiktiraf, maka kita sebagai rakyat mengiktirafnya.

Pokoknya selepas kematian Dato` Dr. Hassan Ahmad, siapakah yang akan terus menerus memperjuangkan bahasa, apakah yang menerima penghormatan akan ke depan, sedang selama ini membisu kata berhubung dengan perjuangan menghapuskan PPSM. Kita perlu terus memperjuangkan bahasa, tetapi siapakah Wiranya ?

Tiada ulasan:

Pengikut