Rabu, 2 November 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pelancong Britain kagum pengangkutan awam kita canggih

Posted: 01 Nov 2011 09:29 PM PDT



2 Nov 2011 - Hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.

Kali kedua






"Walaupun terperangkap di dalam gerabak selama 20 minit, kami sama sekali tidak panik. Malahan, saya dapati anggota penyelamat begitu ramah dan profesional dalam menjalankan tugas mereka," katanya.

Ini merupakan kali kedua sistem monorel bernilai hampir RM15.9 juta di sepanjang Sungai Melaka ini terhenti perkhidmatan.

Tahun lalu, seramai 20 penumpang turut terperangkap di dalam gerabak monorel berkenaan apabila ia terhenti kira-kira 100 meter dari Stesen Hang Jebat.

Sistem monorel sepanjang 1.6km itu dilancarkan Oktober tahun lalu.

Bagaimana, sejurus pelancaran, perkhidmatannya digantung sementara berikutan beberapa masalah teknikal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, iaitu pengendali perkhidmatan itu, Nazry Ahmad berkata, kejadian semalam disebabkan masalah pam pada salah satu pintu gerabak.

Menurutnya, sistem monorel berkenaan secara automatik akan menghentikan operasi apabila pintu gerabak tidak ditutup.

"Kita mengganggap ini satu masalah kecil sahaja. Perkhidmatan telah bersambung semula jam 3.30 petang selepas kerosakan berkenaan diperbaiki," katanya.

Difahamkan, tambang kedua pelancong Britain berkenaan juga telah dikembalikan kepada mereka, selain mereka turut ditawarkan tiket percuma untuk menaiki Menara Taming Sari.

Difahamkan juga pihak pengendali perkhidmatan monorel itu turut menghantar notis memohon maaf serta cenderamata kepada pasangan berkenaan.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/180249

Lagi kes polis tertembak diri sendiri

Posted: 01 Nov 2011 05:54 PM PDT



SEREMBAN, 1 Nov 2011 (Bernama) -- Seorang anggota polis cedera setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 di sini, petang Isnin.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di situ.

Beliau dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untut mendapat rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=624005






Dalam perkembangan lain , satu laporan pakar mendedahkan polis adalah mereka yang paling ramai mengalami stres di tempat kerja di Malaysia. Kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2011/09/polis-paling-ramai-stres-kes-polis.html

Tragedi cuci revolver
Harian Metro 28 Sep 2011
KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala.

Polis mati kesan tembakan di kuarters polis Petaling Jaya
Malay Mail 10 April 2011
Seorang anggota polis telah dijumpai mati dengan kesan satu das tembakan di kepala di bilik kuarters polis Salak South Baru menurut laporan akhbarPada Februari 2011 seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2, Selangor.

Pada Disember 2009 pula seorang anggota polis berpangkat sub inspektor juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabat cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.

Pada Disember 2004 seorang anggota polis berpangkat Sjn Mejar juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabatnya di Balai Polis Paroi, Seremban.

Pada Oktober 2007 seorang anggota polis berpangkat koperal telah ditemui mati dengan kepala berlumuran darah di lorong belakang bangunan kedai di pusat perniagaan Lavender Heights, Senawang.

Policeman accidentally shoots himself
SEREMBAN (Nov 1, 2011): A policeman sustained injuries after he was believed to have accidentally shot himself with a pistol at the Seremban District Police Headquarters in Seremban 2, here this afternoon.

The incident was said to have occurred at about 3.30pm when the police corporal, from the Traffic Branch, was alone.

He was rushed to the Hospital Tuanku Jaafar, to seek treatment and his condition was reported to be stable.

State Police Chief, Datuk Osman Salleh, when contacted by Bernama, confirmed the incident but declined to elaborate. – Bernama

http://www.thesundaily.my/news/195251

Kadar jenayah makin turun, tolong percaya, ini buktinya

Posted: 01 Nov 2011 05:54 PM PDT



KUANTAN 2 Okt 2011 : Seorang pegawai kanan polis berpangkat Superintendan dan isterinya menempuh detik cemas apabila diikat pada katil oleh tiga perompak bersenjatakan kuku kambing dan parang, dalam kejadian samun di Taman Mewah, Seri Bayu, Beserah, dekat sini pagi kelmarin.

Mangsa berusia 56 tahun dan isterinya 53 tahun kerugian RM90,000 selepas wang tunai berjumlah RM1,700 dan sebuah kereta jenis Toyota Harrier dilarikan suspek dalam kejadian jam 6.45 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata kejadian berlaku apabila isteri mangsa melihat seorang daripada suspek berada di dapur rumah.

Beliau berkata, suspek terbabit yang sedang memegang kuku kambing kemudian mengarahkan isteri mangsa diam sebelum seorang lagi suspek menahan mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke bilik utama.

"Mangsa dan isteri diikat kaki dan tangan sebelum mulut ditutup dengan kain lalu ditambat di kiri dan kanan katil sebelum suspek menggeledah rumah berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Mohd Haris berkata, suspek yang melindungi muka dengan kain dipercayai melarikan dompet yang berisi kad kuasa polis serta kereta Toyota Harrier milik mangsa.

"Mangsa sedang bercuti selepas bertugas di Sudan untuk misi pengaman. "Siasatan turut mendapati suspek memasuki rumah berkenaan yang sedang diubah suai melalui pintu belakang," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
"Usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan kenderaan milik mangsa bernombor pendaftaran JFP 13 yang dilarikan suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an atau 30-an," katanya

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pegawaipolisdiikatdikatil/Article

Malaysia beli kereta perisai Indonesia, Apa Sudah Jadi

Posted: 01 Nov 2011 05:53 PM PDT



Apa sudah jadi Bung? Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 bilion tapi masih mahu membeli 32 kereta perisai dari Indonesia pula. Malaysia punya kereta perisai berharga RM30 juta sebuah. Indonesia punya berharga RM3 juta sebuah.

Dah nak beli kereta perisai Indonesia dengan harga 10 kali ganda lebih murah, baik beli semua 257 buah itu dari Indonesia. Jimat duit rakyat RM7 bilion. Itu pun susah mau kira ke? Agaknya itulah sebabnya ada PPSMI, biar rakyat boleh faham Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Sila baca artikel Ketirisan Amat Parah di Kementerian Pertahanan di http://amkns.blogspot.com/2011/10/ketirisan-amat-parah-di-kementerian.html

Malaysia Ingin 32 Unit Panser Pindad
Selasa, 1 November 2011

BANDUNG, KOMPAS.com — Malaysia berniat membeli 32 unit panser pengangkut pasukan (Armoured Personnel Carrier-APC) Anoa 6x6.

Direktur Pengembangan PT Pindad Tri Haryono, dalam pertemuan dengan Kementerian Pertahanan di Bandung, Selasa (1/11/2011), menjelaskan, satu unit Anoa dijual dengan harga 1 juta dollar AS (sekitar Rp 9 miliar).

"Kita mengalahkan produk Korea Selatan dan Perancis. Sekarang sedang tahap akhir dan mudah-mudahan semua lancar," kata Tri.

Anoa sudah menjalani pelbagai uji teknis di Malaysia. Produk tersebut dikembangkan PT Pindad sejak tahun 2004.

http://regional.kompas.com/read/2011/11/01/22280290/Malaysia.Ingin.32.Unit.Panser.Pindad

Tiada ulasan:

Pengikut