Isnin, 31 Oktober 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


RIDHUAN TEE

Posted: 31 Oct 2011 03:53 AM PDT

RIDHUAN TEE


Hati-hati agenda jahat ultra kiasu

Posted: 30 Oct 2011 08:09 AM PDT

Hati-hati agenda jahat ultra kiasu (Sinar Harian 31 Okt 2011)

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain. Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya.

Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira 'kegagalan' beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya di Palestin. Ianya langsung tidak disiarkan. Begitu jahatnya laman tersebut dalam memanipulasikan isu.

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum bahawa hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus adalah orang Islam.

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia? Kenapa kita tidak mempertikaikan sistem komunis yang dilaksanakan di China dan Korea Utara yang telah banyak mengorbankan ramai manusia?

Saya amat bersetuju dengan kata-kata bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor, bahawa gerakan hak asasi manusia ini ibarat wabak komunis. Ramai yang berselindung di bawah gerakan ini melalui perancangan jahat untuk menghapus dan melunturkan kesucian agama Islam. Jika gerakan ini tidak dibendung, tidak mustahil nanti ia akan merosakkan sesebuah peradaban sesuatu bangsa dan negara, terutama negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini. Gerakan ini sedang berlaku di Malaysia. Atas nama kebebasan, mereka mahukan kita mengiktiraf apa jua yang dirasakan sesuai dengan cita rasa dan keseronokan manusia, termasuklah memurtadkan Melayu Islam yang dilindungi oleh perlembagaan.

Sebab itu, beberapa kali telah saya tegaskan, dalam melaksanakan Islam, perlu ada penegasan. Tidak boleh terlalu bertolak ansur kerana, jika tidak, kita akan ditolak secara beransur-ansur. Jangan biarkah Melayu dan Islam yang dilindungi perlembagaan diratah dan dimamah oleh perancangan gerakan ini. Percayalah, jika orang bukan Islam, sudah lembut dengan Islam, sudah tentu persepsi mereka terhadap Islam sudah mula kendur. Ini tidak, sebut sahaja Islam, akan ditentang daripada pelbagai sudut, sedangkan Islam tidak bersangkut-pautpun dengan mereka. Lebih-lebih lagi, kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka. Kenapa mereka begitu berani? Pasti ada gerakan lain di sebalik keberanian ini.

Bukti-bukti menunjukkan, persepsi negatif terhadap Islam tidak pernah berubah dari dahulu hingga sekarang. Saya mengambil contoh, saat yang paling baik untuk melaksanakannya adalah selepas peristiwa 13 Mei 1969. Saya katakan 'by force' kerana ternyata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berjaya mendisiplinkan rakyatnya secara paksaan. Saya bercakap dalam konteks selepas 13 Mei 1969. Malaysiakini dengan sengaja mensensasikan berita tersebut supaya saya diserang kiri dan kanan. Aziz Bari juga tidak faham kerana telah diperalatkan.

Namun, saya tidak hairan, kerana semua yang membaca web tersebut adalah kalangan ultra kiasu, termasuk Melayu yang telah diultrakiasukan. Pemikiran ultra kiasu adalah pemikiran komunis. Jika ultra kiasu boleh memberikan pandangan sesuka hati dan menghina Islam serta sultan, kenapa saya tidak boleh memberikan pandangan saya sebagai seorang Islam?

Jika ultra kiasu ini benar-benar berani, berterus-terang dalam memberikan pandangan. Jangan berselindung menggunakan nama samaran. Saya secara tegas mengatakan bahawa dalam menegakkan kebenaran, isu bangsa sudah tidak penting. Apabila berlaku pertembungan, agama mesti diselamat dan dipertahankan.

Apa guna darjat bangsa terangkat jika agama dienjak-enjak oleh ultra kiasu. Saya rela tidak berbangsa, asalkan agama Islam tertegak. Lagipun, Allah SWT tidak akan bertanya akan bangsa saya di akhirat kelak. Beberapa kali saya tegaskan, antara mempercayai sesama bangsa tidak seagama dengan mempercayai sesama saudara seagama (Islam), tetapi tidak sebangsa, sudah tentu saya kena meletakkan kepercayaan terhadap saudara seagama walaupun tidak sebangsa, daripada saudara sebangsa tidak seagama.

Saya menyeru berulangkali, untuk mengembalikan kekuatan dan maruah Islam, UMNO dan PAS mesti bersatu. Kita tidak ada pilihan. Islam akan terus menjadi mangsa jika umat Islam tidak kuat. Lihatlah betapa berani mereka mencabar dan menghina agama Islam. Malangnya ada di sebahagian daripada kita yang terikut-ikut sama. Mengkritik raja-raja yang menjadi pelindung agama Islam secara terang-terang di khalayak tidak akan menguntungkan Islam.

Belajarlah daripada politik orang lain, bagaimana mereka bersatu atas asas bangsa. Kepentingan mereka tetap terpelihara dan tidak boleh diusik langsung. Asasnya mudah, mereka cukup bersatu. Kenapa kita asyik berpecah, sedangkan kita tahu perpecahan itu amat merugikan kita. Lebih malang lagi, kita lebih mempercayai musuh daripada agama dan bangsa berlainan, daripada sesama saudara sendiri, sebangsa dan seagama.

Jika laman Malaysiakini begitu berani memanipulasikan isu, terus terang saya katakan, laman web ini adalah musuh Islam, walaupun ada wartawan mereka yang beragama Islam. Mereka mengatakan bahawa tidak ada sesiapapun yang mendengar suara dan pendapat saya. Tidak mengapa, kerana saya tahu siapakah orang yang ditemuduganya.

Penyelidikan yang dibuat amat kerdil. Mereka sengaja mencari musuh Islam untuk melawan apa yang saya hujahkan. Saya tidak pernah merasa gentar. Sama ada suara saya didengar atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting, Islam mesti dipertahankan. Saya mempunyai hak untuk bersuara seperti mana orang lain. Fikirkanlah, apakah saya lebih merbahaya daripada gerakan hak asasi manusia sedang cuba untuk menghapuskan agenda Islam dan Melayu? Ingatlah wahai saudaraku, sasaran gerakan hak asasi manusia ini yang terakhir adalah negara kita, setelah mereka berjaya melaksanakannya di negara-negara Islam yang lain. Masihkah kita mahu berdiam diri?

Politik Harian

Posted: 31 Oct 2011 03:34 AM PDT

Politik Harian


[video] Pelacuran Membangun Bersama Di Kelantan

Posted: 30 Oct 2011 11:00 PM PDT

Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2

Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz! apa sudah jadi???

Video URL: http://youtu.be/r_7_l7ilURs

Artikel penuh sila baca di sini dan di sini...

Slogan terbaru PAS kini ialah "PAS Membangun Bersama Pelacur"

Protes Payu Dara - Guan Eng Dan Karpal Tak Nak Anjurkan Di Penang Ke?

Posted: 30 Oct 2011 09:46 PM PDT

Hati-hati Guan Eng akan saman anda jika anda sebut buah dada... 

Tertanya-tanya juga Guan Eng tak nak anjurkan ke protes buah dada seperti yang dilakukan dua wanita ni, bagi melindunggi hak asasi anaknya?

Dua wanita ini yang tidak memakai baju memanjat pagar semasa mereka membuat tunjuk perasaan di depan Stadium Lviv, Ukraine kelmarin.

Dua orang wanita yang mendedahkan payu dara dalam satu tunjuk perasaan menentang pelancongan seks, pelacuran dan penjualan minuman keras semasa Pusingan Akhir Kejohanan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah berlangsung pada tahun depan ditangkap polis di sini kelmarin lapor berita Agensi.

Kedua-dua mereka yang tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang membuat tunjuk perasaan tersebut di depan Stadium Arena Lviv.

Mereka yang merupakan anggota hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN membuat tunjuk perasaan itu sebelum majlis pembukaan stadium berkenaan berlangsung.

Stadium itu menjadi salah satu lokasi pertandingan kejohanan tersebut.

Rakyat Negeri Sembilan Meraikan Kemenangan Piala Malaysia 2011

Posted: 30 Oct 2011 09:07 AM PDT


Menteri Besar N.Sembilan merangkap Presiden PBNS

Saya bagi pihak PBNS, pengurusan, pegawai dan pemain-pemain ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat N9, dan penyokong-penyokong setia pasukan kita, yang sentiasa memberikan sokongan yang padu kepda pasukan N9 selama ini, sehingga kita berjaya membawa kembali dan menjulang semula Piala Malaysia ke negeri kita pada tahun ini. Terima kasih di atas sokongan dan doa semua. Insyaallah PBNS akan terus cuba berusaha dengan terbaik mungkin untuk terus mengharumkan nama N9 di arena bolasepak negara. Terima kasih…
Hoben Jang Hoben!!!

Gol Kemenangan Negeri Sembilan






Masuk hari ini dua hari den tido tosonyum kah kah kah!

bumiyang

Posted: 31 Oct 2011 03:26 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 31 Oct 2011 03:10 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


LAGI PUB HIBURAN TERBARU DI KEDAH !! ... Apa KERAjaan PAS KEDAH Buat Untuk Umat Islam Di KEDAH ?? ... HUKUM HUDUD Atau TAWAR KHIDMAT SEKS ??

Posted: 30 Oct 2011 08:31 PM PDT

 

AloQStaQBlog ini selalu dikaitkan dengan pendedahan ekslusif kelemahan Kerajaan PAS Kedah (khasnya dalam bab pertambahan begitu banyak pusat-pusat hiburan yang melalaikan).

Pendekata , Blog ini dan isu Pusat Hiburan - amatlah sinonim sekali ...

Sejak beberapa pendedahan AloQStaQBlog sebelum ini berkenaan kemunculan begitu banyak Pusat Hiburan Karaoke di Bandaraya Alor Setar sejak PAS memerintah, sehinggakan pernah juga diberi respon oleh Exco Ir.Phahrolrazi sendiri (beliaulah pernah menyebut - penambahan pusat-pusat karaoke adalah mengikut keperluan!).

Nampaknya harapan Rakyat Kedah Darul Aman untuk melihat tindakan tegas bagi mengurangkan PUSAT-PUSAT HIBURAN MELALAIKAN seumpama ini hanyalah sia-sia sahaja.

Malahan isu ini tidak langsung dipandang berat dan tidak diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan Parti Islam Malaysia Kedah - PAS Kedah.
Seperti dijanjikan semalam, hari ini dengan bangganya AloQStaQBlog sekali lagi meletupkan kemunculan baru sebuah lagi pusat hiburan berbentuk PUB & SNOOKER yang baru saja dibuka pada 07/Oktober/2011 lalu (baru-baru ini, dalam bulan Oktober ini juga!).

Ianya dikenali sebagai ; PARA-PARA PUB & SNOOKER ...

Terletak berhampiran kawasan perindutrian Mergong (area Kilang Continental Sime Tyre) di kawasan perniagaan Taman Tunku Hamimah.

Apabila disebut pub, ianya memberi gambaran bahawa tempat tersebut adalah untuk berhibur (tempat yang akhirnya akan melalaikan generasi muda dan tua).

Sesungguhnya , tidak pernah lagi dijumpai pub yang di dalamnya digunakan untuk bersukan , beriadah ataupun apa saja aktiviti positif yang boleh membawa banyak faedah kepada generasi muda, tua dan sesiapa saja.

Selain itu, Pub juga seringkali dikaitkan dengan aktiviti menjual & meminum arak - lihat sahaja banner Pub PARA-PARA di bawah ini, jelas menunjukkan ada kaitannya dengan arak.
Berhibur dan Arak - disebuah negeri pimpinan PARTI ISLAM SEMALAYSIA !?

Jadi dengan penambahan satu lagi pusat hiburan terbaru - Pub & Snooker PARA-PARA ini, ia telah menjadikan Bandaraya Alor Setar pimpinan PAS Kedah ini semakin pesat bertambah dengan pelbagai jenis pusat hiburan ...

Kalau tak percaya? Silalah rujuk siri posting-posting AloQStaQBlog sebelum ini yang memBUKTIkan betapa banyaknya penambahan baru pusat hiburan selepas PAS merampas negeri ini daripada BN , SILA KLIK :
  • Pendedahan AloQStaQBlog / Akhbar KOSMO! pada : 23 JUN 2011 :  KLIK SINI   (Pendedahan Karaoke di Alor Setar Tawar KHIDMAT SEKS!)
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 1 JUN 2011 :  KLIK SINI 
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009 : KLIK SINI
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009 : KLIK SINI
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010 : KLIK SINI 
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010 : KLIK SINI
Sebelum ini, sewaktu BN memerintah dahulu, memang diakui pernah juga wujud hanya 1 atau 2 sahaja pusat hiburan di Bandaraya Alor Setar ini, itupun mengikut kesesuaianlah dan ianya tidaklah  sebegitu ketara kelihatan bercambah-cambah dan bersepah-sepah seperti hari ini.

Tetapi sejak PAS Kedah memegang tampuk negeri ini sejak March 2008, begitu ketara kewujudan baru pusat hiburan di Alor Setar.
  • BEGINIKAH CARA PENTADBIRAN PAS YANG MENGAKU PARTI ISLAM ?
  • PENTING SANGATKAN PENAMBAHAN BEGITU BANYAK PUSAT HIBURAN DI ALOR SETAR UNTUK PENDUDUKNYA YANG MAJORITI ORANG ISLAM ??
  • DAHULU (± 10 TAHUN LEPAS), KERAJAAN BN KEDAH CUBA NAK BAWA KONSERT SURE HEBOH TV3 KE KEDAH , TETAPI WAKTU ITU MENDAPAT TENTANGAN PALING KUAT DARIPADA PAS KEDAH - WAKTU ITU, PAS MENGATAKAN KONONNYA SURE HEBOH ADALAH HIBURAN MELALAIKAN, LAGHO, MAKSIAT ! ...
  • TETAPI, KENAPA KINI SETELAH PAS KEDAH MEMERINTAH, PAS MEMBIARKAN BEGITU BANYAK PUSAT HIBURAN TUMBUH SEUMPAMA SEKANDANG BABI SUBUR YANG BERANAK PINAK MEMENUHI BANDARAYA INI ?
Sungguh munafiq cakap dan janji-janji PAS Kedah ! ...

Berimej lebai dan berserban yang sama besar dengan tong sampah MBAS, tapi sayang - hanya tahu komplen orang sahaja, bila dah dapat kuasa memerintah, dialah yang lebih teruk dari orang yang pernah dia komplen dulu !! ........ khiaaaaqqqqqqqQQ TuiHHH !!


SILA SEBARKAN KEMUNCULAN PUSAT HIBURAN TERBARU INI - HASIL KEPIMPINAN ISLAM KEDAH DI BAWAH BENDERA HIJAU KARAT BULAN SUNDAL ...



NOTA : JUTAAN TERIMA KASIH Kepada Cucu Tok Jasin kerana berusaha gigih mengambil gambar dan membuat kajian asas mengenai Pub terbaru ini ... jasa tuan/puan memberikan maklumat untuk pendedahan kali ini amatlah disanjung tinggi ! ...


Pendedahan Ekslusif ini daripada ;

AloQStaQ
31/Okt/2011
Senayan
11:31 Pagi

tunku

Posted: 31 Oct 2011 03:02 AM PDT

tunku


PAGE hands over memo on English to PM

Posted: 30 Oct 2011 11:04 PM PDT

PUTRAJAYA: The Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) delivered its memorandum on the language issue to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak here on Monday with the hope "he is listening to the people."
"We want the memorandum to reach the hands of the PM before he leaves for Mecca for the Hajj.
"The PM says he is listening to the Rakyat, so I hope he listens to us," Page chairperson Datin Noor Azimah Abdul Rahim told reporters after handing over the memorandum at the PM's Office.
Around a dozen Page members accompanied Noor Azimah to hand over the memorandum to request that the government allow the option for the teaching of Science and Mathematics in English (PPSMI).
Noor Azimah added that she handed over graphs and figures showing the percentage of parents and students supporting PPSMI and exam results that warranted the continued use of English.

tunku : it is still not too late for the government to decide on ppsmi. think about what is the best for the children. do not listen to some people like "samad said" type who know how to oppose only.

PANEH MIANG

Posted: 31 Oct 2011 01:39 AM PDT

PANEH MIANG


Tun tegur siapa sebenarnya?!

Posted: 30 Oct 2011 09:12 PM PDT

Pada 25 Oktober 2011, Che Det menulis di blognya;

1. One learns from the successful. One cannot learn much from the failures except to know what not to do, and to reject their creed and methods. Certainly one should not learn how to be successful from cheats, from liars, from people who are responsible for the deaths of hundreds of thousands through their incompetence and willingness to lie.

2. It would seem however that there are people in the Asean countries who are willing to pay good money for the dubious privilege of getting advice from a person who is a known liar, responsible for leading his country into a futile war, and has openly been rejected by his own people.

3. Congratulations.

*********

Sehari selepas itu, pada 26 Oktober 2011, Sarawak Report (SR) pula melaporkan;

Sarawak Report can now add to growing questions in Britain about Tony Blair and his former PR advisors' links with repressive regimes.

We have learnt from exclusive sources that the former UK Prime Minister's ex-Communications Chief, Alastair Campbell (world-famous for the so-called 'Dodgy Dossier' that sanctioned the invasion of Iraq), is now advising Najib Razak on how to win the next election!

This follows the recent scandal over FBC Media, a story also broken by Sarawak Report, which revealed that Najib and Chief Minister Abdul Taib Mahmud were illegally buying positive publicity on worldwide TV-news shows.

Read more...

*********

Dan dalam tempoh kurang 16 jam selepas tersiarnya laporan SR, pada 27 Oktober 2011, Alastair Campbell segera membuat penafian akan penglibatan atau kaitannya dengan Najib Tun Razak melalui laman twitter-nya;



*********

Adakah tulisan Che Det di blognya itu bertujuan memberi peringatan kepada pemimpin negara Asean, ATAU sebenarnya Che Det indirectly warning Najib? Sapo leh jawab nih...

Malaysia Cup Bloopers 2011

Posted: 30 Oct 2011 07:30 AM PDT



Sorry Ganu's...

Sahabat-Gunung

Posted: 31 Oct 2011 01:18 AM PDT

Sahabat-Gunung


Sengal Minda - Persoalan & Jawapan Yang Menyakitkan Hati

Posted: 30 Oct 2011 01:48 AM PDT

Soalan : Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Jawapan: Daun betik boleh melembutkan daging yang keras, tangan perempuan dapat mengeraskan daging yang lembut.

Soalan : Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Jawapan: Burung punai (Neil Armstrong punya)

Soalan : Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Jawapan: Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa, kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Soalan : Apa yang mahal pada BMW?
Jawapan: Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu…

Soalan : Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Jawapan: Rumah terbakar

Soalan : Apa nama sudirman masa kecil?
Jawapan: Sudirboy
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Taipingmali (tm)

Posted: 31 Oct 2011 01:07 AM PDT

Taipingmali (tm)


Lima pekerja binaan cedera rumah diubahsuai runtuh

Posted: 31 Oct 2011 12:58 AM PDT

20111025 Karpal lawyer opportunis

Posted: 30 Oct 2011 07:10 PM PDT

20111025 Kedutaan Turki tolak Anwar

Posted: 30 Oct 2011 07:05 PM PDT

20111026 Aziz Bari bertegas beliau tak salah tegur Sultan

Posted: 30 Oct 2011 07:03 PM PDT




Aziz Basi ni,,,,,bukan Aziz Bari,,,,sebabnya dia tak tahu sejarah kenapa surau dan kuil terpaksa dirobohkan.

Kes ini berlaku di zaman BN memerintah. Kuil dan surau diroboh kerana arahan mahkamah.

Sekiranya kerajaan negeri tidak merobohkan ia dianggap menghina mahkamah sebab pampasan telah dibayar oleh pemaju yang akan membangunkan kawasan tersebut.

20111029 Aziz Bari kata jurucakap UMNO tokoh basi

Posted: 30 Oct 2011 06:02 PM PDT

Kesian dengan Teresa Kok

Posted: 30 Oct 2011 04:42 PM PDT

Depan rakyat kena tunjuk zuhud lah, kesian tengok cikgu depan tok guru, HARAM tak ajak makan sama.

Menu halal
BN buat restoran 1 Malaysia menu rakyat, Dap pun nak tiru juga tetapi menu yang tak halal. 

Satu nasihat kepada Dap ialah buat lah majlis perasmian dan jemput tok guru Pas. 


Tok guru Pas boleh halalkan apa yang haram.

Kenyataan PAS yang mengkafirkan diri sendiri.

Posted: 30 Oct 2011 04:02 PM PDT

PAS parti gila



Datuk Mustafa Ali percaya sistem dua parti adalah jawapan untuk menamatkan (BN) yang kuat Barisan Nasional (BN) peraturan 54 tahun dan telah menggesa rakan-rakan PAS untuk berusaha ke arah matlamat tersebut dalam pemilihan yang akan datang negara.

Harakah Harian melaporkan yang PAS setiausaha-umum sebagai berkata sistem dua parti akan boleh dicapai dalam tempoh lima hingga 10 tahun, tetapi adalah sukar sekarang kerana teragak-agak dari beberapa ahli-ahli parti yang bertanya jika mereka adalah menjejaskan pelan muktamad parti itu untuk menjadikan Malaysia Islam negeri.


Parti Islam telah bekerjasama dengan DAP yang sekular dan PKR reformasi untuk membentuk satu pakatan politik selepas menewaskan parti pemerintah dalam pilihan raya 2008 mercu tanda untuk mengambil lima buah negeri.


"Sistem dua parti adalah penting untuk PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kerana ia akan memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya," kertas parti politik memetik Mustafa sebagai berkata hari ini.


"Hanya dengan sistem dua parti PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh berdiri di bawah satu simbol seperti yang dilakukan oleh parti-parti komponen BN semasa pilihan raya," tambah beliau untuk memujuk ahli-ahli parti faedah bekerja bersama-sama dengan rakan-rakan kedua-dua yang telah matlamat politik mereka berbeza.


Beliau berkata parti-parti pembangkang berjaya menafikan BN dua pertiga memegang merebut 84 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat pada pemilihan akhir, dan merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping mengekalkan Kelantan.


Mustafa berkata ahli-ahli PAS mesti menerima bahawa kerjasama antara ketiga-tiga pihak PR adalah satu-satunya jalan ke hadapan bagi pihak pembangkang untuk mengambil lebih Putrajaya.


Beliau berkata kerjasama politik, yang dia dipanggil konsep "tahaluf Siyasi" adalah pendekatan politik yang jauh berbeza daripada dasar memperjuangkan sebuah negara Islam.


Itu, Mustafa berkata, apa yang mengelirukan ahli-ahli PAS. Beliau berkata jentera maklumat yang parti itu telah diarahkan untuk menyebarkan maklumat ini supaya anggota akar umbi lebih memahami tolak kerjasama politik dengan sekutu-sekutunya yang tidak semestinya berkongsi paksaan agama mereka.
TM_Note;

Tahniah lah Cikgu Pas dengan idea sistem dua parti, tetapi sejak zaman Semangat 46 , Pas dan Dap gagal bergabung atas satu bendera seperti BN.

Berkuburnya Semangat 46 dan muncul pula Parti Keadilan Rakyat sejak 1999 sehingga kini pakatan hanya tinggal pada nama sahaja tetapi tidak berdaftar dan tidak mampu untuk menggunakan satu logo dan satu bendera seperti mana BN lakukan.

Sudah lah Chegu Pas, usah lah menipu rakyat. Pas hari ini bukan laknatullah,  Pas yang kafir, Pas yang sesat dan menyesatkan.

Mungkin generasi muda masih belum tahu sejarah Pas.

Pas sebenarnya muncul kerana dendam dan dengki khianat terhadap kekalahan pemimpin mereka dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno.

Pas bersumpah di Gunung Semanggul akan menentang Umno dimana sahaja. Pas melabelkan orang Umno sebagai kafir kerana bekerjasama dengan Mca dan Mic dalam PRU yang pertama dalam tahun 1955.

Jika dahulu Umno kafir kerana Mca dan Mic. hari ini Pas lebih kafir kerana Dap sekular dan kafir harbi. Pas juga sesat kerana bersekutu dengan Parti Homoseksual yang menghalalkan seks songsang dan menghalalkan murtad.

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 30 Oct 2011 11:45 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


Harakah Siar Undi Anwar Tempah Bilik Neraka

Posted: 30 Oct 2011 08:23 PM PDT

 

Akhbar Parti Islam Harakah kini menjilat ludah kembali.

islamkah menurut pandangan anda apabila berubah fatwa mereka mengikut selera politik semasa?

Jelas bahawa Islam kita hanya diiktiraf apabila menyertai puak mereka.

Bayangkan jika Nabi ada bersama kita melihat puak ini berfatwa sesedap rasa.

Tentu baginda tidak akan reda melihat agama dipolitikkan.

Dajjal sebelum dajjal ialah ulama yang jahat.

Memutar fatwa mengikut nafsu bukan agama.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad waalihi wasohbihi wasallim.


Statistik Pelanggan Amanah Raya 2006-2011 Makin Meningkat Termasuk Bukan Islam

Posted: 30 Oct 2011 05:27 AM PDT

image

Statistik membuktikan bagaimana isu membuat wasiat seperti yang dituntut dalam Islam makin mendapat perhatian umat termasuk bukan Islam.

Amanah Raya Berhad yang sudah berusia 90 tahun adalah syarikat milik penuh kerajaan berperanan menjadi pengurus segala aset si mati.

Ia memudahkan, menjimatkan kos dan masa berbanding jika wasiat tidak dibuat.

ia juga melindungi harta agar tidak diambil pihak lain sehingga menzalimi pewarisnya.

Ternyata ajaran Islam subur dengan tidak ramai mengetahuinya di negara kita.


oyabun

Posted: 30 Oct 2011 11:43 PM PDT

oyabun


Gempar! - Kelab Lesbian Malaysia Di Facebook...!!!

Posted: 30 Oct 2011 11:19 PM PDT

Sekadar gambar hiasan sahaja : Kalau dahulu dilakukan secara tersembunyi, sekarang sudah berani ditempat terbuka.

Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook. Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai 'kelab' lesbian di alam siber itu. Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.

"Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

"Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.

"Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.

"Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks 'ringan' sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya," katanya yang ditemui Metro Ahad.

Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.

"Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.

"Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita," katanya.

Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja. Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.

"Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.

"Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri," katanya.

Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang 'sealiran' dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.

"Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai 'kelab' yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.

Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya. "Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu," katanya. Sila klik di sini .

Sementara itu lapuran dari Harian Metro pula menyebut, 'Sweet', 'Less', 'Lessy' dan 'Noty' antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.

Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat 'galak' mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.

Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan 'sealiran' serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.

Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia. Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 30 Oct 2011 11:24 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Nik Nazmi Belasah Hukum Hudud...

Posted: 30 Oct 2011 10:00 PM PDT


Bila najib kata hukum hudud belum boleh di laksanakan lagi di malaysia kerana umno bukan memerintah secara bersendirian, umno mesti mendapat persetujuan parti komponen lain dalam barisan nasional, kalau depa tak setuju, macam mana umno nak laksanakan hudud, lepas tu kecoh pemimpin pas kata umno sebuah parti kafir dan umno mengikut telunjuk orang kafir.

Tapi pas lupa, dalam pakatan pun dap turut menentang hukum hudud tu bukan setakat dap malah pkr juga menentang pelaksanaan hukum itu, yang menentang bukan si kafir dalam pkr, tapi orang islam sendiri.

Nik nazmi, adun seri setia secara terang-terang mengatakan hukum hudud tak sesuai di buat di malaysia, tapi kenapa pas tak mahu kata nik nazmi kafir?

PAS Memang Taliban, Penyanyi GAY Di Tentang, Pemimpin GAY Di Julang...

Posted: 30 Oct 2011 07:00 PM PDT

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

komen aku: Macam mana pulak dengan anwar? dia pun gay jugak, malah di bukan aja gay dia bisexual, jantan pun dia sapu, betina pun dia balun, tapi pas masih tunduk mendengar segala arahan dari anwar, nampak sangat tindakan yang pas buat tu hipokrit dan double standart.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Oct 2011 11:19 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPAR!!! NS guna teknologi komunis untuk jadi JUARA Piala Malaysia?!!

Posted: 30 Oct 2011 11:11 PM PDT




Suatu ketika dahulu, kecoh satu Malaysia kerana dikatakan Hai-O Raya adalah agenda ekonomi halus komunis untuk mempengaruhi orang Melayu. Sehinggakan keluar perintah larangan kepada seluruh penjawat awam agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat MLM Hai-O Raya ini.

Tetapi kini tidak lagi.

Terbukti teknologi Hai-O ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, bahkan terbukti berjasa kepada beberapa negeri!

2009 - NS Juara Piala Malaysia sebab guna teknologi Hai-O tumbangkan Kelantan.


2010 - Kelantan pula Juara Piala Malaysia selepas ambil iktibar kekalahan 2009 kerana tidak guna tekbologi NANO Hai-O. NS melepas kerana menyangkakan Hai-O tidak penting lagi.


2011 - NS guna semula teknologi NANO Hai-O untuk sekali lagi menjadi juara. Kali ini Terengganu pula yang menjadi mangsa, walaupun teknologi ini lahir di negeri tersebut.


Jadi, kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia yang berhasrat untuk menjadi Juara Piala Malaysia edisi seterusnya, gunakanlah teknologi kuda tua Hai-O ini. Hai-O, menjamin Kejuaraan Piala Malaysia ANDA!!!

AZIZ BARI PERTIKAI LAGI SULTAN SELANGOR= BAHASA DALAMNYA DIA KATA SULTAN SELANGOR BODOH

Posted: 30 Oct 2011 10:51 PM PDT


1. Mari kita tafsir kata-kata Aziz Bari ( tak suai lagi digelar Prof dan Dr - sebab otak dia letak di lutut - tak belajar sejarah )...

Di 'Forum Kemerdekaan', sempena dengan Sambutan PAS Perak 60 Tahun di Masjid Tinggi, Bagan Serai Perak pada 29 Oktober 2011.

"Dan takala titah itu dibuat..apa yang disebut adalah tidak ada bukti..tidak ada bukti..Kalau tidak ada bukti saya kata tutup saja lah…tak ada bukti, tutup lah.

Maksud Aziz Bari kepada Sultan Selangor=
Tatakala titah itu dibuat, dari segi sastera, Aziz Bari menghina titah Sultan Selangor, ataupun memperolok-olokkan titah Sultan Selangor, memalukan Sultan Selangor .


Tidak ada bukti Tidak Ada Bukti Tidak Ada Bukti = Maksud Aziz Bari, Sultan Selangor Penipu, Sultan Selangor Bodoh, Sultan Selangor Cakap lepas cakap, sebab dalam psikologi 3X pengulangan ini bermaksud Aziz Bari kata Sultan Selangor Bodoh di mata Aziz Bari.


Tutup lah.= Maksud Aziz Bari, kalau Sultan Selangor bijak tutuplah, janganlah cakap,


"Tak ada bukti, mengapa masih lagi ditinggalkan ruang..seolah-olah gereja itu masih bersalah..
"Bukankah ini sesuatu yang menzalimi atau tidak adil kepada kawan-kawan kita orang Kristian itu", katanya.

Seolah-olah gereja itu masih bersalah= Maksud Aziz Bari , dia bela Kristian, Aziz Bari membela kesucian gereja, maksud Aziz Bari ialah Sultan Selangor tak dak hotak.


menzalimi atau tidak adil= Maksud Aziz Bari Sultan Selangor Tidak Adil, Sultan Selangor Zalim, Sultan Selangor tak patut jadi Sultan Selangor, maksud Aziz Bari dia lebih pandai dari Sultan Selangor.

Tuan-tuan, inilah wajah dan pemikiran Aziz Bari yang telah disponsor oleh Yayasan Kristian, IKD, IKDAS, IDEAS, KAF dan pelbagai Yayasan Yahudi lagi. Silakan berikan sokongan 1000% kepada Aziz Bari.

PANAS! Taliban PAS Lebih Takutkan Karpal Singh daripad Allah S.W.T?

Posted: 30 Oct 2011 07:03 PM PDT



MyMassa nak tunggu komen Pemuda PAS mengenai komen Karpal Singh yang terbaru.

Kalau Pemuda PAS lebih pentingkan isu Elton John daripada Hudud memang nampak Pemuda PAS takutkan DAP daripada mempertahankan hukum Allah S.W.T.



Macam ni punya DAP yang anti Islam pun PAS tetap nak salahkan UMNO. Mereka kata, UMNOlah penghalang hukum Hudud.

Nak tengok berani tak Pemuda Taliban PAS 'langkah ' mayat Karpal Singh?



*DAP Selamanya Anti Islam dan Anti Melayu. Jangan lupa Lim Kit Siang pun anti Hudud jugak.

LEE KUAN YEW MAHU PERDANA MENTERI CINA MALAYSIA PERTAMA DISEGERAKAN

Posted: 30 Oct 2011 03:22 PM PDT



1. KEMELUT Pendidikan seperti PPSMI dan Perpaduan di negara majmuk seperti Malaysia sangat banyak dirosakkan,dibantah dan dimusnahkan khuusnya oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lebih cenderung mempertahankan Sekolah Jenis Cina mereka, walaupun mereka bercakap mengenai Malaysian Malaysia.

2.Melalui Malaysian Malaysia, mereka berharap akan dapat memerintah negara ini dengan melantik seorang Melayu DAP menjadi Perdana Menteri. Anda mesti ingat Lee Kuan Yew di dalam Memoirnya berkali-kali menceritakan bahawa beliau lebih baik daripada Tunku Abdul Rahman. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri Cina Malaysia yang pertama.

3. Walaupun tidak berjaya, Lee Kuan Yew telah menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia semasa melawat negara-negara barat pada awal tahun 1960an. Delegasi Singapura diistilahkan dengan nama Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri, dengan duta-duta Singapura disebut tidak sebagai dari negara Malaysia.

4. Apabila DAP berjaya memerintah Pulau PInang dan Selangor, semua amalan politik di Singapura, iaitu amalan politik Lee KUan Yew digunakan semula. Lim Guan Eng, Cina aliran Lee Kuan Yew, tidak akan mengaku kalah dalam mana-mana ayat di mulutnya, nak minta maaf seperti minta maaf dengan Sultan Johor, ya dia akan buat namun selepas itu akan diselitkan kata-katanya bahawa Sultan Johor tidak akan campur urusan politik, dia akan saman Utusan dan sebagainya. Lim Guan Eng nak tunduk kepada Melayu, oh tidak sama sekali.

5. Di dalam hal ini, parti yang paling bahlul ialah PAS, terutama selepas Mat Sabur menjadi Timbalan Presiden PAS, selepas Mat Sabur dilantik dan menerima imbuhan-imbuhan penting daripada kerajaan Lim Guan Eng. Pada hari ini PAS menjadi cacamerba dan tak keruan, nak sokong perjuangan Islam kena tengok signal DAP dulu, nak pergi HIMPUN kena tengok mata Lim Kit Siang dulu, nak jalankan HUDUD kena tengok Karpal Singh dulu, pendek kata PAS dah hilang segala-galanya, maruah, kredibiliti, integriti.

6. JIKA DAP ikhlas, apa kata hanya satu sekolah kebangsaan sahaja yang menggunakan bahasa kebangsaan sahaja. Kalau Cina Singapura boleh hapuskan Sekolah Jenis Cina, Kalau Cina Indonesia boleh sekolah di Sekolah Kebangsaan, kalau CIna Kanada boleh tiadakan Sekolah Jenis Cina, mengapa Malaysia tidak boleh. Sebaliknya DAP mengapa hanya mahu memperkecilkan dan menidakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama. bahasa penting dan bahasa persuratan.

7. Jawabnya, DAP tidak ikhlas. Anda blogger jangan berhenti menulis, perjuangkan negara ini daripada diperbodoh-bodohkan oleh Lim Kit Siang anak beranak.Anda mesti faham, Lee Kuan Yew telah memprojekkan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia. Apabila mereka menang PRU13,perlembagaan senang sahaja mereka ubah untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka majoriti dalam Parlimen. Sedangkan Perlembagaan Singapura dan UMNO Singapura mereka boleh halau, apakan ini Malaysia, dengan bantuan NGO-NGO luar negara, sebagaimana Prof  Dr. Aziz Bari sedang menikmati imbuha n-imbuhan KAF, Yayasan Kristian, Yayasan Yahudi, IDEAS dan IKDAS atau IKD yang disponsor oleh para Yahudi di barat, yang perantaraannnya ialah Anwar Ibharim penyembah Yahudi.

Bagus Sangat Ke DAP Jaga Penang?

Posted: 30 Oct 2011 02:39 PM PDT



Kalau rakyat miskin pun DAP tak jaga, siapa sebenarnya yang mereka jaga?

Orang kaya?

Rakyat berpendapatan sederhana?

Kalau DAP jaga orang kaya sahaja, memang betul tindakan DAP. Dengan tidak menyediakan rumah kos rendah, maka penduduk yang tak mampu secara beransur-ansur meninggalkan Penang.

Maka tercapailah hasrat DAP untuk menjadikan Penang sebagai Singapura Kedua.

Kalau semua orang Melayu dan orang India mahupun orang Cina yang tidak berharta meninggalkan Penang, siapa pula yang jadi penduduk Penang? Cuba tengok yang ini.



Tu dia. Orang Jepun pulak jadi rakyat Penang!


*Musibat pilih DAP jadi Kerajaan Negeri. Hancur Penang dibuatnya.

Anwar Ibrahim Kena Tempeleng Dengan TS Muhyiddin

Posted: 30 Oct 2011 06:31 AM PDT

Klik untuk besarkan imej.

Hambek kau Nuar.

Nak kencing pengikut kau yang tak sekolah boleh la.

Zaman kau jadi Menteri Kewangan pun dah ada Laporan Audit macam ni.

Tak payah nak macam-macam la Nuar woi.

*Syabas Tan Sri. Penjelasan yang mantap dari Timbalan Perdana Menteri.

Hancur Kerajaan Kalau Nak Ikut Cakap Pembangkang.

Posted: 30 Oct 2011 05:33 AM PDT

Bila MyMassa tengok kenyataan DAP kali ini, pening pulak kepala ni.


Dulu pembangkang beria-ria sangat nak lawan PPSMI.



Tu dia.. Mat Sabu pun ada dalam demo anti PPSMI

Bila dah mansuh, nak pulak PPSMI.

APA KEJADAH SEMUA NI!!!

Kalau bab dasar Kerajaan pun pembangkang tak boleh bersatu, macam mana nak bentuk Kerajaan ni.

Jika pembangkang menang, yang PAS nak negara Islam. DAP nak negara sosialis. PKR pulak nak buat Republik dengan Anwar sebagai Presiden.

Pening sungguh bila tengok puak-puak pembangkang.

*Kalau tak nak pening, pilihlah BARISAN NASIONAL. Anwar Ibrahim lain la, kalau pening dia ada ubatnya.

Satu Lagi Dasar Kerajaan BN Yang Buatkan Buku Jinggay Tak Laku

Posted: 30 Oct 2011 04:38 AM PDT

Lepas klinik 1Malaysia. Ada kedai 1Malaysia.

Kemudian ada menu 1Malaysia.

Yang terbaru ada Coop 1Malaysia.

Klik untuk besarkan imej.

Macam-macam Kerajaan dah buat bagi memastikan rakyat menikmati harga barangan yang mampu milik.

Masalah sekarang bukannya Kerajaan, tetapi peniaga tamak yang sentiasa mencari peluang untuk menaikkan harga.

Siapa peniaga tu sokong? Kalau nak tau, tengok video ini.






*Kalau pembangkang nak dakwa ini adalah idea mereka, nampak sangat pembohongnya. Mana ada kedai 1Malaysia dalam buku Jinggay. Video sembang rakyat ni telah berjaya membuatkan DAP panas. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Info MyMassa : Khas Untuk Para Pencari Kerja.

Posted: 30 Oct 2011 03:35 AM PDT

Satu lagi usaha yang amat baik dari Pemuda UMNO.

Kepada mana-mana individu yang masih mencari pekerjaan, silalah datang pada 18-20 November di PWTC.

Klik untuk besarkan imej.

*Datang jangan tak datang.

Kerajaan PAS Kedah Terancam. DAP Bakal Tanding Lebih Banyak Kerusi.

Posted: 30 Oct 2011 02:38 AM PDT

Dalam banyak-banyak Negeri Pembangkang, hanya 2 negeri yang DAP kat dapat perintah iaitu Kelantan dan Kedah.

Kelantan memang tak boleh buat apa sebab mereka tiada kerusi. Tetapi di Kedah, walaupun mereka sebahagian daripada Kerajaan Negeri namun tak dapat buat apa.

Oleh sebab itu, DAP bercadang nak tambah kerusi di Kedah.

Klik untuk besarkan imej.


Kalau DAP berjaya dalam perancangan mereka, Kerajaan PAS Kedah akan mengulangi nasib di Perak. DAP ni kita boleh anggap sebagai barah. Walaupun jumlahnya kecil tetap berbahaya.

Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Walaupun majoriti kerusi dipegang oleh PKR namun yang menjawat Exco Kanan semuanya ADUN DAP.

Diharapkan PAS sedar mengenai ancaman ini. Lihat juga apa yang berlaku di Penang, walaupun ada ADUN PAS, DAP tetap nak pilih PKR pegang Exco Agama. Alim sangat ke ADUN PKR berbanding PAS?

*Tanda PKR Kedah makin lemah. Kerusi mereka pun DAP nak rebut.

PAS Diperbodohkan Oleh PKR.

Posted: 30 Oct 2011 01:17 AM PDT

PAS cuba memainkan isu peninju ISRAEL yang sedang bertanding di Malaysia.



Isu ini pernah dimainkan oleh blogger pembangkang satu masa dulu.

Waktu blogger pembangkang main isu ini, MyMassa malas nak mengulas. Bila PAS sendiri bersuara, inilah masanya MyMassa menjawab isu ini.

Sebenarnya dalam penganjuran program The Challenger Muay Thai ini juga, Kerajaan Selangor ada sahamnya. Penganjuran program ini telah ditaja oleh Tourism Selangor, sebuah agensi di bawah seliaan Exco Pelancongan, Eli Wong.




Jadi, sebelum PAS menyalak menyalahkan pihak lain, eloklah kiranya PAS yang berada dalam Kerajaan Selangor sendiri tanya pada Menteri Besar, kenapa mereka menaja program yang ada peserta dari Israel di dalamnya.

*Wakakaka.....PAS kantoi lagi. Bajet nak kenakan BN tetapi PKR pun sekali boleh taja program ada Yahudi, apa kes?

Belantan

Posted: 30 Oct 2011 11:19 PM PDT

Belantan


Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak - PAS dan Elton John!

Posted: 30 Oct 2011 10:51 PM PDT

Agak menarik dengan isu yang menjadi perbualan hangat sekarang. Konsert penyanyi terkenal Elton John yang dijadualkan berlangsung di Genting Hihglands pada 22 November depan mendapat bantahan PAS.

Pemuda PAS Pahang dilaporkan menggesa agar konsert itu diharamkan kerana Elton John mengamalkan budaya gay yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada generasi muda negara ini!

Terbaru, isu itu mencetuskan perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang. Para pemimpin DAP dan PKR mempersoalkan pendirian PAS sambil menyokong konsert tersebut. Malah pemimpin DAP memberi kata dua agar PAS tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.

Elton John telah berkahwin dengan pasangannya, David Furnish pada 2005 selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di Britain. Persembahan di Genting Highlands itu nanti merupakan yang pertama di Malaysia.

Penulis tidak menyokong atau membantah tetapi tertarik dengan isu tersebut atas banyak sebab. Salah satunya, ialah mengapa PAS tidak melihat ke dalam negara sendiri? Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

Bukankah di Malaysia ada pemimpin yang kita ketahui biseksual tetapi terus mendapat sokongan parti-parti tertentu. Sampaikan ada yang taksub. Tidak perlu dinyatakan siapa, sendiri boleh tahu. Tepuk dada, tanya selera. Fikir-fikirkanlah.

Suara Politik
Taminsari

Kalau betul, mengaku sajalah - Koh nafi beritahu blogger akan cabar Lim Guan Eng pada PRU-13!

Posted: 30 Oct 2011 07:04 AM PDT

Kalau betul, mengaku sajalah. Tak perlu takut dan mencari alasan untuk menghina blogger Pro-UMNO/BN! Rakyat masih ternanti-nanti apakah "pengorbanan besar" yang bakal dilakukan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon!

Presiden GERAKAN itu hari ini menafikan beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti GERAKAN di Menara PGRM di Cheras dekat sini, hari ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU-13 itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan kepada seluruh kepimpinan GERAKAN.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan, A Kohillan Pillay.

Suara Politik
Taminsari

MERBOK TIMES

Posted: 30 Oct 2011 11:15 PM PDT

MERBOK TIMES


Siapakah calun MP Merbok?

Posted: 30 Oct 2011 08:36 AM PDT

Minggu lepas ketika bershopping bersama keluarga di Alamanda Putrajaya, MT terserempak dengan bekas Ahli Parlimen Merbok, Zainudin Maidin dan sempat bertanya khabar termasuklah pandangan beliau siapakah bakal 'winnable candidate' di Merbok bekas kerusi beliau.

Dalam suasana politik semasa sekarang ini sesiapa juga sukar membuat ramalan kerana kehendak dan selera rakyat di bawah sudah tidak seperti dahulu lagi.

'Winnable candidate' dari kacamata kelompok UMNO sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana mereka hanya melihat calun-calun yang disekeling pinggang dan rakan karib mereka sahaja.

Nampaknya tidak mustahil Merbok akan diwakili sekali lagi calun payung terjun dengan sayap yang gagah.

Yang pasti calun ini akan menghadapi tentangan dan pemboikotan yang hebat dari UMNO Bahagian.

Pentadbiran Kerajaan PAS Kedah lembab dan tidak kreatif sehingga kedatangan pelancung menjunam.

Posted: 30 Oct 2011 12:02 AM PDT

Sun, Jan 29, 2011
New Straits Times


ALOR STAR, Malaysia - bilangan pelancong yang melawat negeri itu menjunam. Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Yen Yen Ng berkata penurunannya bermula sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata kira-kira 2.5 juta pelancong melawat Kedah antara Januari dan September pada tahun 2009 tetapi angkanya menjunam sebanyak hampir 600,000 pelancong dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Terdapat juga penurunan kira-kira 11 peratus dalam jumlah ketibaan pelancong asing di Kedah tahun lepas, bilangannya hanya 800,000 berbanding dengan kira-kira 900,000 tahun sebelumnya," katanya di sini semalam.

Beliau di sini untuk menghadiri mesyuarat negeri kepimpinan MCA.

Dr Ng berkata walaupun Langkawi terus pelancongan destinasi yang paling popular, bilangan pengunjung ke tanah besar Kedah, terutamanya ke Alor Star dan Sungai Petani, telah menurun secara drastik.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah meluluskan RM115 juta (S $ 48,27 juta) untuk 129 projek-projek berkaitan dengan pelancongan.

"Kedah adalah antara beberapa negeri dengan bilangan projek yang banyak diluluskan tetapi ia telah gagal untuk menarik pelawat."

Dr Ng menyalahkan lembabnya kerajaan negeri pimpinan Pas dengan idea yang kreatif dan inovatif untuk mempromosikan negeri ini.

"Kerajaan Pas negeri pimpinan perlu belajar dari kerajaan Melaka atas kejayaan dalam mempromosi dan menarik pelancong."

AZLI SHUKRI

Posted: 30 Oct 2011 11:13 PM PDT

AZLI SHUKRI


Ridhuan Tee Mangsa Terbaru Malaysiakini!

Posted: 30 Oct 2011 08:37 AM PDT

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain. Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu. Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya.

Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira 'kegagalan' beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud. Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya di Palestin. Ianya langsung tidak disiarkan. Begitu jahatnya laman tersebut dalam memanipulasikan isu.

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum bahawa hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus adalah orang Islam.

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia? Kenapa kita tidak mempertikaikan sistem komunis yang dilaksanakan di China dan Korea Utara yang telah banyak mengorbankan ramai manusia? (Sambung bacaan anda di sini..)

Semua Ulama PAS Tolong Jawab Masalah Ini?

Posted: 30 Oct 2011 07:47 AM PDT


Berita Lanjut

Isu Elton John - Mesej Asri Jelas Pemuda PAS ala-Taliban

Posted: 30 Oct 2011 05:47 AM PDT

Pemuda PAS tidak perlu gusar dan melenting dengan teguran Dr Asri berhubung isu konsert Elton John di Genting yang mendapat tentangan daripada PAS Pahang. Hakikatnya apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu ada mesej yang jelas - iaitu selama ini sayap Pemuda PAS lebih mirip bersifat dan bertindak cara Taliban. Ini bukan cakap kosong, tetapi pengalaman peribadi saya sewaktu menuntut di Universiti Malaya sekitar tahun 1999-2003 membuktikan realiti tersebut. Pilihan Raya kampus di UM dijadikan medan oleh mahasiswa-mahasiswa yang Pro-PAS untuk bertindak ala-Taliban. Bukan setakat mencaci atau mengkafirkan para pelajar yang penyokong kerajaan, bahkan sesetengah daripada mereka juga bertindak liar sehingga mencetuskan pergaduhan. Kita jangan buat-buat lupa cara PAS melatih kader-kader pelajar universiti melalui program Tambrien - bertujuan untuk memastikan mereka berbaiat taat setia kepada pucuk pimpinan PAS. Inilah ala-Taliban yang sudah lama berakar umbi dalam kegiatan Pemuda PAS. Jadi Pemuda PAS jangan cepat melatah!

Taubat Laa Wahai Penyokong PR

Posted: 30 Oct 2011 05:08 AM PDT

Tahaluf Siyasi PAS - Jalan Lurus Yang Gelap

Posted: 30 Oct 2011 04:20 AM PDT

GOMBAK - Pas mengamalkan konsep 'tahaluf siyasi' menerusi gabungan Pakatan Rakyat (PR) adalah sebagai strategi yang berdasarkan senario semasa untuk mencapai matlamat dan perjuangan parti itu (Nak capai matlamat apa sebenarnya? Negara Islam pun sudah berkubur, Hukum Hudud pun ditentang DAP, apa yang tinggal sebenarnya nie bro?"). Setiausaha Dewan Ulama Pas, Dr Khairudin Aman Razali berkata, tahaluf siyasi yang bermaksud kerjasama sesebuah gerakan Islam dengan gerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya untuk mencapai satu matlamat (Habis mengapa tidak dilakukan sahaja tahaluf siyasi dengan UMNO yang jelas saudara seIslam? Sebenarnya korang nak kuasa itu aje).

"Kerjasama ini boleh terjadi dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama, contohnya untuk menentang kezaliman. Walaupun Pas berlainan ideologi politik dengan parti komponen lain dalam PR, kita masih mempunyai titik persamaan," katanya. Beliau berkata, Pas tidak akan goyah dengan cabaran dan tohmahan pihak lain yang cuba mengganggu kerjasama parti itu dengan komponen PR yang lain. (Titik persamaan PAS, DAP dan PKR tak banyak - hanya satu aje nak kalahkan BN dan jadi Perdana Menteri itu sahaja - yang lain tiada persamaan. Kalau persamaan tak banyak buat apa PAS buat tahaluf siyasi dengan DAP, buat rugi aje. Kalau sekadar tumbangkan UMNO, tetapi negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan, apakah maknaya semua itu - ini tahaluf syaitaini)

"Tahaluf siyasi mempunyai banyak hikmah, antaranya mampu menyebarkan agama Islam kepada golongan bukan Islam, memperkukuhkan akidah dan dapat mengurangkan musuh," katanya selepas membentang kertas kerja bertajuk 'Pas dan Tahaluf Siyasi' pada Ijtimak Tarbawi anjuran Pemuda Pas. (Menyebarkan Islam ada banyak cara, mengapa ini yang PAS pilih - merapatkan persaudaraan Islam dan menyatupadu umat Islam merupakan jalan utama nabi sewaktu menyebarkan Islam di kota Madinah, mengapa cara ini tidak dipilih? Bila UMNO menghulurkan tangan perpaduan, korang tuduh macam-macam dengan prasangka buruk. Selepas itu, letak syarat yang bukan-bukan - Islam ke cara ini?)

Katanya, bagi menghadapi arus politik perdana, Pas perlu bijak mengambil manfaat daripada setiap ruang dan peluang yang ada. "Ahli Pas perlu bersatu dan mempunyai kekuatan dalam melaksanakan tahaluf siyasi," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ijtimak kali ini disertai 6,000 pemuda dari seluruh negara.

"Program pada tahun ini menampilkan kelainan dengan ia dibuka kepada umum untuk menghimpunkan seramai mungkin belia bertujuan melahirkan pemuda memiliki ciri-ciri responsif, optimis dan sensitif di samping merapatkan ukhuwah," katanya. "Ijtimak Tarbawi adalah kesinambungan Muktamar Pemuda Pas. Kami akan memberikan taklimat pengarahan persiapan pilihan raya secara khusus pada majlis penutup program ini," katanya.

Kita Jangan Lupa Semua Ini...Fitnah Terhadap Najib

Posted: 30 Oct 2011 02:52 AM PDT

The Unspinners

Posted: 30 Oct 2011 11:07 PM PDT

The Unspinners


Guang Eng : Mana perginya CAT bagi projek RM300 juta sPICE?

Posted: 30 Oct 2011 09:30 PM PDT

Panas! Aziz Bari pertikai lagi titah Sultan Selangor

Posted: 30 Oct 2011 05:32 PM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Oct 2011 11:05 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Kartun BERSIH vs HIMPUN

Posted: 30 Oct 2011 10:30 PM PDT



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Keratan Akhbar Bukti Wat Siam Didahulukan Masjid Diabaikan Di Kelantan !!!

Posted: 30 Oct 2011 09:37 PM PDT







SINAR HARIAN 6 JAN 2008 
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Gambar Bayi Ke-7 bilion Lahir Di Filipina

Posted: 30 Oct 2011 07:42 PM PDT

Diramalkan jumlah penduduk dunia ketika ini akan mencecah 9 bilion pada 2050.

Info dari pengacara MHI TV3 pagi tadi.

Tentu peningkatan penduduk akan meningkatkan permintaan terhadap makanan.

Kemajuan juga menyebabkan jangka hayat makin tinggi.

Panglima terbaca beberap hari lalu ada manusia berumur 100 tahun mampu berlari beberapa km dalam satu pertandingan di Amerika.

Petuanya senang iaitu tidak merokok,tidak minum arak dan sentiasa positif.

Bagi orang Islam Allah akan beri anugerah kesihatan yang baik apabila makin kuat amalan rohani dalam hidupnya.

Tanpanya seorang muslim pasti akan ditimpa kesakitan dan penyakit untuk mengkifarah dosa yang tidak dicuci dengan taubat dan amalan sunat.

Apabila sihat di dunia pasti selamat juga kita di alam sana.

Insya Allah hendaknya.

Ahmad Maslan - Gua - 1Malaysia

Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Terbaru Dari Mekah Oleh Blogger Mahaguru58

Posted: 30 Oct 2011 02:50 PM PDT


Cerita terbaru dari Mekah klik sini http://mahaguru58.blogspot.com/

atau sini


Tahniah kepada Blogger2 di Mekah seperti RBF, Anak bukit Gantang dan Husin Lempoyang.

Moga keinsafan dan ketakwaan menemani perjalanan kehidupan selepas pulang.

Haji mabrur bukan mabruk ye !


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Pelik Tapi Benar - Mabrur Jadi Mabruk Bawah MB Azizan Kedah

Posted: 30 Oct 2011 02:53 AM PDT



Apa dah jadi ni MB Azizan? Khabar angin kata MB ada bini muda betoi ka?

Patutlah 'Mabrur' dah jadi 'mabruk' pulak.

Gambar dari BBM dihantar oleh srikandi orang kedah.

Jika ada gambar menarik boleh hantar panglima siar.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PISAU.NET

Posted: 30 Oct 2011 09:41 PM PDT

PISAU.NET


Guan Eng: Jika Tak Senenen Dengan Aku , U Rasis!

Posted: 30 Oct 2011 08:00 PM PDT


"For instance, when informed during an interview that Malay NGOs had complained that he refused to meet them, he said he did not want to meet racists.
"When told that groups articulating Malay issues are not Malay racists just as politicians championing Chinese issues are not Chinese racists, he shot back: "No, they are racists. If you don't agree with me, you are also racist."
Sila baca selanjutnya di sini Jas Salleh.

Khawarij PAS Penang Sokong Pertandingan Ratu Kebaya

Posted: 30 Oct 2011 06:00 PM PDT

Salleh Man Pesuruhjaya Khawarij & Yusni Mat Piah Pemuda Khawarij Penang mesti sokong pertandingan ratu kebaya anjuran kerajaan negeri.Sebab hingga sekarang tak dengar pulak apa apa bantahan daripada kaum puak khawarij.

Memandangkan negeri dibawah pemerintahan Regim DAP semuanya boleh dihalalkan ,asalkan di buat oleh kaum puak sendiri.

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=1fa0c12180&view=att&th=1335446a12d0706c&attid=0.1&disp=inline&zw
Pisau kata " dah nama pun pakai kebaya,mesti nampak bentuk body,kaum puak khawarij suka sangat la tu"

FUCKATAN HALLOWEEN - MUST SEE!!

Posted: 30 Oct 2011 11:00 AM PDT



Pisau kata " memang tepat!"

PPSMI:Khawarij PAS Buktikan Mereka Kaldai DAP.

Posted: 30 Oct 2011 08:28 AM PDT

Apabila kerajaan melaksanakan PPSMI,haprak pakatan dan khawarij PAS menggila merusuh diatas jalan. Sekarang tuan besar DAP pula kata guna bahasa melayu adalah bodoh. Kemana perginya pejuang bahasa?Pejuang fisabillilah khawarij diam?Kenapa?


Gambar dibawah rusuhan & perhimpunan haram khawarij membantah PPSMI.Sekarang beranikah haprak khawarij membantah kenyataan Tony Pua rasis ini?






Mati hidup balik khawarij takkan berani angkat muka pada DAP. Satu lagi bukti Tahaluf Siyasi khawarij PAS walaq kepada DAP.

Pisau kata " sastarawan negara ayah angkat ambiga tu apa dia nak cakap lepas ni?"

CAT: Wang Kerajaan Negeri Susut 54.4% ,Guan Eng Tipu Lagi!

Posted: 30 Oct 2011 05:50 AM PDT



Lim Guan Eng father of great liar berpuluh kali kantoi menipu,slogan "Hari hari cakap bohong" di amalkan secara agresif oleh ketua menteri yang turut dikenali berlidah biawak.

Menipu mengenai pengurangan hutang sebanyak 95% atas hasil kejayaan sendiri benar benar membuatkan penyokong haprak pakatan berguling diatas jalan keserononkan.Walhal maklumat mudah yang difahami dipaparkan:klik sini pun gagal difahami.

Beruntung benar pemimpin haprak pakatan kerana mempunyai penyokong yang langsung tidak sampai ke paras pemikiran "cow sense" ,malah jauh sekali mereka boleh mengunakan "common sense"akibat kebobrokan akal fikiran mereka.

CAT kebanggaan Guan Eng tidak pula mendedahkan laporan audit negara Pulau Pinang 2010 mengenai pengurangan baki tunai bank untuk akaun kerajaan negeri yang menyusut sebanyak RM1.5juta.

Berdasarkan audit baki wang tunai makin menyusut dari tahun 2009 ke tahun 2010 sebanyak 54.4%


Adakah ini yang dikatakan cekap ,akauntabiliti dan telus?

Anda boleh rujuk dalam Laporan Audit Penang 2010 .

Pisau kata " tiap tiap hari dia bohong,jangan ingat kes nenen dia tak bohong,hati hati apa yang anda tuduh terhadap blogger"

Anwar kaki kencing

Posted: 29 Oct 2011 10:17 PM PDT



Pisau kata " haprak pakatan kata kencing anwar sedap! "

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 30 Oct 2011 09:14 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


PAS ANGIN DIGELAR TALIBAN !

Posted: 30 Oct 2011 08:00 PM PDT

HASAN ALI SEDIA BERENTAP !

Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT

URGENT..NAK BAGITAU SATU BENDA ?

Posted: 30 Oct 2011 11:48 AM PDT

MAT SABU STIM DENGAN AMBIGA ?

Posted: 30 Oct 2011 07:27 AM PDT

PRU 13 : PAKATAN MAKIN BEREBUT KERUSI SESAMA SENDIRI !

Posted: 30 Oct 2011 04:12 AM PDT

TERKINI SITUASI POLITIK KALID GEREJA DI SHAH ALAM.

Posted: 30 Oct 2011 01:16 AM PDT

KETURUNAN DAP YANG DAPAT 'F9' BAHASA MELAYU.

Posted: 29 Oct 2011 10:14 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 30 Oct 2011 09:06 PM PDT

PenangWasabi


Gempar! - Kelab Lesbian Malaysia Di Facebook...!!!

Posted: 29 Oct 2011 10:35 PM PDT

Sekadar gambar hiasan sahaja : Kalau dahulu dilakukan secara tersembunyi, sekarang sudah berani ditempat terbuka.

Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook. Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai 'kelab' lesbian di alam siber itu. Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.

"Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

"Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri.

"Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.

"Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks 'ringan' sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya," katanya yang ditemui Metro Ahad.

Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.

"Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.

"Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita," katanya.

Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja. Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.

"Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.

"Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri," katanya.

Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang 'sealiran' dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.

"Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai 'kelab' yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.

Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya. "Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu," katanya. Sila klik di sini .

Sementara itu lapuran dari Harian Metro pula menyebut, 'Sweet', 'Less', 'Lessy' dan 'Noty' antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.

Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat 'galak' mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.

Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan 'sealiran' serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.

Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia. Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.

Penang Wasabi..

JURI RAKYAT

Posted: 30 Oct 2011 07:12 PM PDT

JURI RAKYAT


PAS SEMAKIN DIRAGUI PENGIKUT ANGKARA ANWAR

Posted: 30 Oct 2011 06:19 PM PDT

Tok Wan

Posted: 30 Oct 2011 03:32 PM PDT

Tok Wan


Patut Tidak Anak Diikat Seperti Di Barat? Lihat Gambar

Posted: 30 Oct 2011 12:30 AM PDT

image

Katanya di Barat teknik mengikat anak amalan mereka.

Rakyat China juga tok pernah lihat pakaikan tali kepada anak semasa keluar kerja mengelak dari kecelakaan menimpa.

Jangan ikat macam binatang hendaknya.


Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 30 Oct 2011 03:16 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Piiraahh..! Pas Nak Bantah Konsert Elton John..? Apa Beza Anwar Ibrahim Dengan Elton John?

Posted: 30 Oct 2011 01:31 AM PDT

PAS marah Elton John datang ke Genting Highland buat konsert - alasanya penyanyi tersebut merupakan seorang gay. Tetapi pada masa yang sama, PAS lupa siapa Anwar Ibrahim! Elton John mengaku bahawa beliau adalah seorang gay dan Anwar Ibrahim pula sudah dijatuhkan hukuman meliwat Azizan dan sekarang sedang dibicarakan kerana meliwat Saiful Bukhari pula. PAS Pahang sibuk berjuang menghalang konsert Elton John, tetapi terlupa berpuluh-puluh konsert masuk ke Selangor.

PAS membenci gay, tetapi terlupa untuk berdakwah dan menyelesaikan masalah gay yang semakin "berlambak" di Selangor dak Kuala Lumpur - apa yang PAS telah lakukan bagi mengurangkan masalah tersebut? Gay ini penyakit yang terkena kepada semua umat - tidak mengira Melayu, Cina atau India - semua pelaku luar tabii ini mesti dihukum dengan hukuman yang sama. Apabila hukum Hudud dilaksanakan, maka tidak kira Islam atau kafir, semuanya tertakluk kepada hukum Allah tersebut. Ini bukan penyakit umat Islam sahaja! Islam tidak diturunkan sekadar untuk menyelamatkan orang-orang yang beriman sahaja, sebaliknya Islam adalah untuk kesejahteraan umat manusia. Mana mungkin Hudud hanya untuk orang Islam semata-mata, kalau Islam itu sendiri membawa rahmat kepada seluruh manusia?

Elton John dibenci, tetapi apabila PAS disuruh menyertai HIMPUN macam-macam alasan diberi. PAS kata hukum Hudud hanya untuk orang Islam sahaja, seperti mana solat, puasa dan zakat -padahalnya ia adalah hukum untuk semua orang yang berada di bawah pemerintah Islam. Hukum Hudud tidak boleh diqiaskan dengan sebegitu rupa, ia adalah hukum yang ditetapkan untuk keadilan bagi seluruh umat manusia tidak mengira seseorang itu Islam atau kafir. Nabi bersabda, "Bahawa Rasulullah Sallallahu 'alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya". (Bukhari).

Bahkan, sekiranya kita mendakwa bahawa hukum Hudud hanya dikenakan atas umat Islam sahaja, maka secara tidak langsung kita telah menolak perintah Allah yang mewajibkan hukum Islam dilaksanakan sepenuhnya. Dan di mana kita mahu meletakkan firman-firman Allah yang mulia ini? "Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu" [TMQ al-Maidah (5):48].

Firman Allah lagi, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu" [TMQ an-Nisa (4):105]. Di sini Allah menggunakan perkataan "manusia" dan bukan perkataan "orang-orang beriman" sahaja.

Firman Allah lagi, "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh" [TMQ at-Taubah (9):29].

Firman Allah lagi, "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik" [TMQ al-Ma'idah (5):49].

PAS sudah terlalu banyak menyeleweng dan terpesong jauh daripada landasan perjuangannya - kerana nafsu politik dan kemaruk untuk berkuasa, Islam telah dijadikan komoditi yang dijual beli atas nama demokrasi. Dan apabila Islam diletakkan di dalam peti undi, maka inilah jadinya. [Blog Azli Shukri]

Wardina Safiyyah Akan Bertanding Kerusi DUN Kota Damansara PRU Ke 13...?

Posted: 29 Oct 2011 04:06 PM PDT


Baca cerita panas nie, klik sini

tun faisal dot com

Posted: 30 Oct 2011 01:48 PM PDT

tun faisal dot com


PPSMI: Mana musang berjanggut dan budak-budak anti-PPSMI sekarang?

Posted: 30 Oct 2011 11:16 AM PDT



[Nota: Apabila dengan tidak semena-mena akhbar Cina, Sinchew Daily pada 23 Ogos 2011, bertukar pendirian menyokong PPSMI, saya sudah mengagak ada yang tidak kena - baca "PPSMI: Wah! Sinchew sokong PPSMI? Tidak pernah berlaku dalam sejarah." Pada waktu yang sama, secara tiba-tiba, pihak yang menentang PPSMI dulu sudah menjadi sebegitu bacul untuk bersuara. Manakah si Musang Berjanggut? Manakah Ainon Mohd? Mana Ishak Haron? Mana pulak budak-budak PKPIM? Tengok video di bawah, mana Mahfuz Bean Omar? Sudah masuk KERANDAkah semuanya?]




Ainon Mohd sudah `meninggal'kah?




ppsmi





Budak-budak yang angkat keranda ni dah `mati' ke?


PPSMI: HADAPI RISIKO PRU JIKA TERUS NAFI KAMI, PAGE BERI NAJIB AMARAN

Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE semalam.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

"Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

"Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang," kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

"Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan," kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

"Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap … jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

"Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

"Kami mahukan satu penjelasan," katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/page-warns-bn-of-polls-backlash-from-ppsmi-snub/


DAP pushes for optional PPSMI
NEWS/COMMENTARIES
Sunday, 30 October 2011 Aurora

by Debra Chong, The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Oct 30 — The Education Ministry must be more flexible and give students the option to learn maths and science in English, the DAP urged today, saying such a policy can help the country retain its best talents.

The party threw its weight today behind a pro-English group in the tug-of-war over Putrajaya's decision to abandon the 10-year-old policy of teaching science and maths in English at national schools — better known by its Malay abbreviation, PPSMI.

The growing row over the education policy has split the country along racial, political lines ahead of national polls likely to be called early next year.

Vocal fundamental groups are using the issue to champion their version of nationalism.

Several non-partisan civil societies have recently banded together to counter this tide but the powerful Malay-dominant political parties appear to be reluctant to commit to this hot potato issue ahead of the 13th general election.

"The important principle that the Ministry of Education (MoE) must adopt is that advanced students should not be held back because of students who lagged behind academically," DAP publicity chief Tony Pua said today in a statement.

"Secondly, and more importantly, every effort should be made to ensure that our schools are able to produce the best human capital for Malaysia as we seek to be part of the knowledge economy, to become a high-income nation," the Petaling Jaya Utara MP said.

He was replying to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin's insistence yesterday to replace PPSMI with a new policy designed to raise the position of Bahasa Malaysia, to be implemented in January next year with the start of the new school term.

Muhyiddin, who is also education minister, said yesterday the education system will turn chaotic if parents were allowed to freely choose the medium of instruction for their children.

Kronisme, rasuah, diktator punca pelabur jauhi Kelantan? #saveKelantan #GantilahJanganTido

Posted: 30 Oct 2011 04:04 AM PDT


Suasana kurang kondusif Kelantan lemahkan usaha MITI

30/10/2011 6:37pm

KOTA BHARU 30 Okt. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendapati suasana kurang kondusif di Kelantan melemahkan usahanya untuk menarik pelabur asing membuat pelaburan ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha promosi bagi menarik pelaburan ke negeri Serambi Mekah itu, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan.

"Saya sentiasa berusaha untuk tarik pelabur tetapi ada terlalu banyak halangan... masalah air, infrastruktur, pelabuhan dan kekurangan sumber manusia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) di Terminal Makanan dan Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan Ketua Audit Negara mengenai kekurangan pelabur ke Kelantan.

Namun, Mustapa yakin harapan untuk memperbaiki keadaan itu masih ada dengan adanya pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hasil perancangan kerajaan Pusat untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang. – Bernama

waadat

Posted: 30 Oct 2011 01:47 PM PDT

waadat


bakar bendera

Posted: 30 Oct 2011 01:00 AM PDT

Tahniah kepada pasukan dan penyokong NS kerana menewaskan Terengganu dalam perlawanan malam tadi.

Cuma Demang kesal kejadian membakar bendera yang dikatakan dilakukan penyokong NS.

Nampaknya mentaliti penyokong fanatik politik sudah merebak ke sukan. Ataukah mentaliti penyokong fanatik bola sepak yang dibawa ke dalam politik?

Yang penting, kita kena sedar bahawa orang macam tu memang ada di sekeling kita.

Tiada ulasan:

Pengikut