Khamis, 9 Januari 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pengerusi SMM Di Soal Siasat Polis Berkenaan Himpunan TURUN

Posted: 09 Jan 2014 09:00 PM PST

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian telah mendapat surat daripada pihak polis dan dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur pada jam 3 petang, esok.

Menurutnya, antara keempat-empat NGO yang dinamakan oleh polis yang terlibat dalam penganjuran himpunan Turun pada 31 Disember lalu ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Setakat ini, ujarnya tiada maklumat orang lain yang dipanggil oleh polis selain beliau.

"SMM menyifatkan tindakan ini sebagai ingin memadamkan momentum protes rakyat terhadap kenaikan harga barang dan menakutkan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Katanya, himpunan ini adalah himpunan rakyat, penganjurnya juga adalah rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.

"Himpunan yang dah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang ingin mereka sebenarnya," katanya lagi. ~harakahdaily



Tiada ulasan:

Pengikut