Khamis, 9 Januari 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Antara Perdana Menteri Turki dan Perdana Menteri Malaysia

Posted: 09 Jan 2014 06:39 AM PST


Perdana Menteri Turki dengan bangganya hanya menggunakan kapalterbang syarikat penerbangan negara beliau sendiri Turkish Airline sambil diiring isterinya yang menutup aurat tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia pada 9 Januari 2014.

SEMINAR MAULIDURRASUL 1435 H

Posted: 09 Jan 2014 01:44 AM PST




Seminar Maulidurrasul 1435 H
" Rahmat Dalam Syariat "
Tarikh : 15 Januari 2014 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tgh
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Jalan Seremban - Jelebu

Pembentang :
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Rahmat Dalam Hukum Jinayat )
Ustaz Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza ( Rahmat Dalam Hukum Muamalat )

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

GEMPA MELANDA JOHOR !

Posted: 08 Jan 2014 11:43 PM PST



Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. (Al-Hajj 22:1)


Gempa bumi mula melanda Malaysia?

Posted: 08 Jan 2014 08:09 PM PST


Syiah atau Mufti atau Md Sabu yang sesat?

Posted: 08 Jan 2014 04:25 PM PST



Kejap kata Syiah sesat, kejap kata Md Sabu sesat, kejap kata ulamak Syiah tak boleh pakai. Ini pula nak mencontohi fatwa ulamak dan pemimpin Syiah. Siapa yang sesat sebenarnya ni? Mana satu nak ikut ni?


MUHASABAH GERAKAN ISLAM SERANTAU

Posted: 08 Jan 2014 05:46 AM PST

"Muhasabah Gerakan ISLAM Serantau ; Solidariti Buat Ummah"
Tarikh : 18 Jan 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Raya, Hotel One Garden, Senawang
Anjuran : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) N.Sembilan
Yuran : RM15

Ucaptama : Tuan Haji Azmi Abdul Hamid@ Cikgu Azmi (Presiden MAPIM)

Moderator : Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Panelis :
Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan)
Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin (YDP IKRAM N.Sembilan)
Ustaz Hasri Harun (Naib Presiden ABIM Pusat)

Objektif Program :
1. Mengetahui situasi terkini gerakan dan umat Islam serantau di negara masing-masing (Rohingya, Bangladesh, Selatan Thai dll)
2. Mendalami isu yang melanda gerakan Islam di Bangladesh (kes As-Syahid Abdul Quader Mullah)
3. Merangka kesatuan gerak kerja gerakan Islam di Malaysia dalam menangani isu dan konflik yang melanda umat Islam
4. Melahirkan solidariti kepada seluruh isu yang menimpa umat Islam di rantau ini
5. Merancang satu persidangan antarabangsa untuk gerakan dakwah di negara minoriti Muslim seperti Myanmar, Laos, Kemboja dll.

Pertanyaan sila hubungi ; Mohamad Hashby 0139293370 atau melalui mapimns@gmail.com
Sekretariat MAPIM N.Sembilan

Lagi tando-tando kiamat makin dokek

Posted: 07 Jan 2014 07:02 PM PST




Lagi tando-tando kiamat makin dokek. Dah banyak dah kes camni. Ghugilah siapo yang ado omak abah eh yang masih idup lai tapi tak ghobut peluang buek pahalo, sobalik e dapek doso. Ghonungan untuk dighi kito sendighi !

Ibu merajuk keluar dari rumah anak
8 Januari 2014

REMBAU – "Buat masa ini biarlah saya tinggal dan menumpang kasih di rumah rakan daripada sengsara tinggal di rumah anak sendiri," luah seorang warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Ida, 60-an, ketika ditemui di rumah kenalannya di Kampung Rendah, dekat sini, semalam.

Ida berkata, dia nekad keluar dari rumah anaknya Isnin lalu  kerana tidak mahu  'makan hati' dengan sikap dan tingkah laku biadap anaknya yang kadang kala melukakan hati.

Menurutnya, dia menetap dengan anak perempuan sulungnya itu sejak sembilan bulan lalu selepas kematian anak lelaki bongsu yang terbabit dalam kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pada Mac tahun lalu.

"Suami saya juga sudah meninggal kira-kira lapan tahun lalu kerana penyakit asma. Saya hanya ada sepasang anak, jadi bila anak bongsu saya meninggal dunia, saya memang mengharap agar anak sulung akan membantu saya.

"Bagaimanapun, sejak dari dahulu lagi, anak sulung saya sering meluahkan rasa tidak puas hati kerana beranggapan  saya lebih menyayangi adiknya sahaja," katanya.

Tambah Ida, anak sulungnya membawa dia tinggal bersama dan dia diminta menjaga cucu yang masih kecil.

Malah, sepanjang tempoh sembilan bulan tinggal bersama, Ida sering disindir.

"Dia tidak pernah menghalau saya secara terang-terangan, namun kerap menyindir tidak kira waktu baik ketika saya menyediakan makanan mahupun bergurau dengan cucu.

"Anak saya tidak pernah mengajak saya keluar makan sedangkan dia bersama anaknya sering makan di luar," katanya.

Tambahnya, Ida juga turut dimarahi kerana anaknya tidak menyukai cara Ida lalu dia  menghalaunya keluar rumah.

"Daripada terus rasa terluka, saya segera menghubungi teksi untuk pergi dari situ. Saya keluar sehelai sepinggang dan hanya membawa dokumen penting serta gambar kenangan kami sekeluarga," katanya.

Ida yang juga penerima bantuan bulanan orang tua dari Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) menetap di rumah rakannya buat sementara  dan akan mencari tempat tinggal lain.

Yo ko, Hong Leong Bank nyusahkan oghang nak semayang?

Posted: 07 Jan 2014 03:35 PM PST


Yang polik e ado pula Melayu yang jadi Pengarah kek sini. Antaro eh Dato' Mohamed Nazim bin Abdul Razak, Tan Sri A. Razak bin Ramli dan Dato' Syed Faisal Albar bin Syed A.R Albar


Tiada ulasan:

Pengikut