Pakatan Rakyat |
Posted: 03 Mar 2013 03:23 PM PST [KD] PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah. Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera 'Sultan Sulu', di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang. "Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu," katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam. Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara. "Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu. "Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan," ujarnya serius. Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu. Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang. Dakwaan Anwar Terlibat Tuduhan Liar - Wan Azizah [SH] KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'mendalangi' pencerobohan ke atas Lahad Datu, satu tuduhan liar dan tidak berasas, kata Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu apatah lagi apabila timbul isu terdapat pihak wartawan yang dibayar bagi mewujudkan perkara berkenaan. Menurutnya, apa yang dilaporkan media tempatan juga dengan secara jelas menyebut nama suaminya itu sebagai orang bertanggungjawab, adalah sama sekali tidak wajar. "Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar. "Laporan itu hanya menyatakan pembangkang, di Sabah ada beberapa pembangkang seperti The Star dan lain-lain. Jadi saya boleh katakan ia tidak menunjukkan kaitan dengan Anwar," katanya ditemui pada Program Nasihat dan Rawatan secara percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam di sini, hari ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, pihaknya bukan sekadar menafikan perkara yang ditimbulkan itu, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah tersebut. Katanya, beliau tidak terkejut apabila perkara itu ditimbulkan kerana sebelum ini telah wujud penemuan bahawa seorang wartawan dibayar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menulis berita-berita anti-Anwar. "Pada saya tidaklah menghairankan suara-suara untuk menyerang, yang penting kita bukan sahaja menafikan tetapi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman kerana ini merupakan dakwaan yang terlalu berat, berkait soal keselamatan negara yang mengorbankan nyawa pejuang, rakyat kita. "Jadi pada saya perkara ini tidak lagi boleh dikompromi. yang kita minta adalah penjelasan terbuka apa sebenarnya yang berlaku sehingga memungkinkan kes serangan di Semporna malam semalam," katanya yang juga Naib Presiden PKR. Tambahnya, apa yang perlu ditumpukan kini adalah jaminan keselamatan negara termasuk memastikan perairan tidak dibolosi. "Saya minta kerajaan BN melihat dengan serius, gesaan ini bukan dari pakatan tetapi dari rakyat malaysia, bukan isu politik," katanya yang dalam masa sama akan meneliti dakwaan-dakwaan lain melibatkan Anwar untuk tindakan undang-undang yang bakal diambil. P/s: Saman sampai terbarai! Berkaitan: Tian Chua: Kenyataan saya disalah tafsir [SH] SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa kenyataannya yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno telah disalah faham. Menurutnya, kenyataan beliau yang disiarkan portal rasmi PKR itu langsung tidak merujuk kepada peristiwa penembakan yang mengorbankan dua anggota keselamatan negara. Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan tersebut dibuat sebelum berlakunya kejadian yang membabitkan pertempuran antara pihak keselamatan negara dengan penceroboh dari selatan Filipina. "Saya mengatakan ia sandiwara Umno kerana mereka sering mengaitkan pembangkang di sebalik insiden di Lahad Datu. Sedangkan, kerajaan sendiri asyik berdolak-dalik mengenai situasi sebenar di sana. "Secara kebetulan kenyataan saya itu disiarkan pada hari sama dengan kejadian penembakan tersebut. Lalu menyebabkan ramai yang tersalah tafsir kenyataan saya dan mengaitkannya dengan insiden yang meragut nyawa itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, beliau tidak sesekali mempersoalkan pengorbanan anggota keselamatan yang terlibat dalam pertempuran di Lahad Datu, kelmarin. "Saya berasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban," katanya. PKR Cabar Dakwaan Kaitkan Anwar dengan Pencerobohan [TMI] KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pembangkang mencabar dakwaan daripada media antarabangsa yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, dan menegaskan laporan berkenaan telah di putar belit untuk mengalihkan fokus daripada kegagalan kerajaan menangani insiden berkenaan. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata laporan media antarabangsa seperti Reuters dan portal Filipina The Philipine Inquirer yang melaporkan sumber risikan Filipina mendakwa seorang pemimpin yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah bukanlah perkara mengejutkan. "Saya tidak terkejut kalau ada pihak luar digunakan untuk memburukkan Anwar," katanya kepada The Malaysian Insider. "Ini semua tuduhan yang tidak berasas dan cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar ... kita minta jangan alihkan pandangan rakyat, bagaimana keselamatan lautan dan wilayah kita boleh dicerobohi," tegasnya, dan menuntut jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN). Jelas ahli Parlimen Gombak itu lagi, setiap tuduhan yang dibuat juga perlu dikemukakan dengan bukti. "Siapa yang buat tuduhan kepada Anwar perlu kemuka bukti ... bukti kukuh perlu ada sebelum buat tuduhan," tegasnya, dan menambah, "ini memang kerja Umno, padamkan fakta dan mengalih perhatian rakyat." Portal Philipine Inquirer sebelum ini melaporkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah. Portal berkenaan turut melaporkan dipetik sumber risikan kerajaan Filipina, pertemuan berkenaan yang berlangsung pada November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo, lokasi penceroboh yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu berkubu. Reuters juga pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa pencerobohan tersebut berlaku atas jemputan pembangkang negara ini Pertempuran kemudiannya tercetus Jumaat lalu selepas tiga minggu penceroboh berkenaan berkubu di sana dengan pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka dikatakan melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Insiden tembak menembak yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut menyaksikan dua anggota pasukan polis terbunuh, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka diserang menggunakan mortar. Azmin turut berkata, tuduhan yang dikeluarkan terhadap Anwar itu juga bertujuan untuk melemahkan sokongan terhadap PR yang mana jelasnya mempunyai sokongan yang semakin kuat daripada rakyat Sabah. "Rakyat Sabah telah bangkit dan memberi dokongan kuat kepada PR, maka tuduhan seperti ini cuba melemahkan sokongan mereka. "Usaha ini dibuat Umno dalam pelbagai cara, dulu kita tahu Umno gunakan pihak luar dari AS (Amerika Syarikat) untuk memburukkan Anwar," katanya lagi Sementara itu, pegawai khas kepada Anwar, Najwan Halimi yang dihubungi The Malaysian Insider memaklumkan, ketua pembangkang itu telah mengarahkan peguamnya, Latheefa Koya untuk meneliti laporan media berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya. "Datuk Seri Anwar telah memaklumkan kepada peguamnya untuk mengkaji kenyataan itu ... sekiranya ada tindakan susulan, kita akan maklumkan," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Malaysia tidak akan berlembut dengan penceroboh bersenjata dari Filipina itu lagi kerana mereka telah melakukan kesalahan jenayah yang besar dengan menceroboh negara ini dan membunuh dua anggota polis daripada pasukan komando polis. Beliau juga menegaskan Malaysia tidak akan berunding untuk kali kedua dengan penceroboh berkenaan. "Kerajaan ambil pendirian, masa untuk mempertimbangkan permintaan kumpulan tersebut telah berakhir. "Kita bertegas dalam hal ini kerana apa yang mereka lakukan jenayah yang amat serius ... mereka ceroboh dan bunuh anggota polis, serta mencederakan anggota keselamatan kita ... mereka hanya ada dua pilihan, serah diri atau terima tindakan daripada pihak keselamatan," tegasnya. Inspektor Zulkifli Mamat, 29 dan Koperal Sabaruddin Daud, 46, terbunuh dalam pertempuran di Lahad Datu akibat serangan mortar. Manakala 10 anggota penceroboh berkenaan turut dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut. Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina. | ||||
Posted: 03 Mar 2013 03:21 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:21 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan