Jumaat, 22 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


AKU INGIN BEBAS

Posted: 22 Jun 2012 01:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Sejak bila mangkuk hayun nie jadi menteri penerangan

 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.

"Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing," katanya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 7 Jun lepas berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.

Akses media yang bebas dan adil adalah antara 22 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April.

Abdul Aziz berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya akan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka menerusi RTM jika mendapat kelulusan daripada SPR.

Beliau berkata ini bagi memastikan hanya parti politik yang berdaftar dan bertanding sahaja layak mendapat keistimewaan tersebut.

Mengenai waktu siaran, Abdul Aziz berkata perkara itu akan ditentukan oleh RTM dengan mengambil kira nilai berita selain memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat jumlah waktu siaran yang sama.

 "Kalau siar pukul 3 pagi siapa nak tengok? Kalau adapun mungkin tak ramai. Penyiaran pada waktu perdana akan dipertimbangkan dan SPR dengan KPKK akan perkemaskan perkara ini," jelasnya.
Beliau berkata setiap parti diberi peluang untuk menyiarkan bahan mereka di TV1 dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib, manakala penyiaran dalam bahasa lain boleh dibuat menerusi stesen radio.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata tempoh kempen dalam PRU ke-13 nanti mungkin melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.

Beliau berkata tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.

"Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas 'around the clock'," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang. 

— Bernama

PENYAPU SIAL

Posted: 22 Jun 2012 01:44 PM PDT

Kerajaan UMNO / BN tidak berikan permit teksi  kepada pemandu teksi   sebaliknya Regim Zalim UMNO berikan permit kepada para kroni mereka, antaranya Ketua UMNO Bahagian, barua UMNO, keluarga para menteri dan chukong-chukong Cina yang juga terdiri daripada para "along" (peminjam duit tanpa lesen).

Setiap permit disewakan kepada pemandu teksi dengan kadar sewaan RM25 sehari.

RM25 sehari X 30 hari = RM750 sebulan
RM750 X 12 bulan = RM9000 setahun

250 permit x RM9000 =RM2,250,000 Hasil gentil biji.

dan kita percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.

Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat. Insya-Allah,..Sogokan itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.

Apa beza dasar PR  dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Sudah di umumkan  berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa. Kalau tak bawa, kena bagi balik.

Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini?

Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu..

Kita panggil semua tan sri yang pegang banyak permit. Tanya jika mahu permit, mesti bawa teksi tapi boleh satu sahaja. Selebihnya, bagi balik. Tak sanggup bawa, bagi balik kepada drebar teksi.

Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Kita  hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?..

Baru-baru ini, kerajaan Umno BN cuba menawan hati pemandu teksi dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti jika harga melebihi had yang ditawar.

Tiada ulasan:

Pengikut