KENYATAAN MEDIA BENGKEL SUKARELAWAN PEMUDA BN: "TAKE CHARGE, MAKE A DIFFERENCE" - 24 JUN 2012
Sukarelawan Pemuda BN/ Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV), satu inisiatif baru Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Pemuda BN yang bakal melibatkan penyertaan kira-kira 400 sukarelawan berdaftar pada 24 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 0900 hingga 1800. Bengkel satu-hari ini akan disertai oleh sukarelawan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Objektif bengkel ini ialah untuk mempersediakan para sukaralewan BN untuk mengkoordinasi gerakan sukarelawan politik untuk membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara. Pelbagai pengisian menarik akan diadakan seanjang bengkel yang akan berlangsung selama sehari itu termasuk perbentangan kertas kerja oleh para ko-ordinator BNYV dalam lima bidang tugas utama iaitu pengurusan majlis/organisasi, komunikasi, penyelidikan, kempen umum dan pidato umum. Bengkel ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan para sukaralewan dalam proses pilihanraya Malaysia dan menjalankna kempen politik secara sukarela mempereratkan hubungan silaturrahim antara para sukarelwan yang berbilang bangsa dari seluruh pelusuk negara.
Sesi pembentangan kertas kerja ini akan disusuli dengan sesi khas bersama Setiausaha Agung BN, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin. Setelah majlis disempurnakan, para sukarelawan akan mengambil bahagian dalam program "Amazing Race" di mana para sukarelawan akan dibahagikan dalam kumpulan kecil berempat dan ditugaskan untuk mendapat butiran informasi umum dari seluruh Kuala Lumpur.
Bengkel ini akan diakhiri dengan "Satay Gathering" di Pejabat Operasi BNYV di 73,Jalan Telawi, Bangsar Baru yang akan bermula pada 8.30 malam pada hari yang sama.
Tentang BNYV
BNYV adalah program sukarelawan di bawah Pemuda BN dan merupakan satu platform bagi penyokong muda BN yang tidak menjadi sebahagian dari jentera rasmi parti untuk membantu dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Ia juga menawarkan peluang yang menarik dan hebat kepada mereka yang ingin mengecapi sendiri pengalaman mengambil bahagin di dalam mengelolai proses kempen pilihanraya dan demokrasi di negara kita Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BNYV, orang ramai boleh mengikutinya melalui Facebook, http://www.facebook.com/bnyv2012, Twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.
Ainul Aizat Ahmad Ishak Head of Communications BN Youth Volunteers 2012 E: stone.aizat@gmail.com M: +60123938884 Twitter: @ainulaizat
SEMUA orang dalam inner circle PKR tahu yang Rafizi dan Anwar adalah 2 lelaki berlainan sama sekali. Selain berbeza generasi, mereka berdua juga tidak mempunyai talian persaudaraan tapi intimnya mengalahkan laki bini yang baru balik honeymoon. Bak kata pepatah gay, "cubit punggung kanan, punggung kiri terasa juga tau", begitulah.
Justeru bila Rafizi meletakkan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam, ia agak mengejutkan ramai orang kerana memikirkan siapa yang berani beri masalah kepada Rafizi sehingga menyebabkannya mengambil keputusan sedrastik itu. Mengusik Rafizi sama seperti mengusik Anwar, mengusik Anwar, faham-faham sajalah.
Even Azmin pun difahamkan tak berani mengusik Rafizi, cakap-cakap belakang bolehlah – itupun bisik-bisik.
Justeru penulis yakin apa pun masalahnya yang menyebabkan Rafizi meletakkan jawatan, ia ada kaitan antara dia dengan Anwar. Sama ada Anwar sudah tidak mahu melayan dia lagi atau Anwar tidak menolongnya berhadapan dengan semakin ramai puak dalam PKR yang tidak senang dengan kehadirannya memotong jalan ramai di antara mereka yang lebih lama dalam parti tersebut.
Umum tahu, kerana Rafizi seorang, begitu banyak nama yang tenggelam, antaranya Shamsul Iskandar (Ketua AMK) dan Chegu Bard. Sedangkan inilah dia pun yang satu ketika dahulu menjadi hulubalang utama Anwar di zaman susah dan senangnya, sedangkan Rafizi bila saja munculnya? Tau-tau sudah jadi Pengarah Strategik PKR.
Itu di peringkat parti, di peringkat kerajaan negeri lain pula ceritanya.
Untuk makluman semua, pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sebenarnya terletak dibawah Pejabat Menteri Besar, di zaman pemerintahan BN, pejabat ini tidak wujud pun. Sesuai dengan kedudkkannya dibawah Menteri Besar, pejabat ini sepatutnyalah perlu melapor segala aktivitinya kepada pejabat Menteri Besar Selangor.
Itu kalau nak dihujah dari segi logik. Tapi dengan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu dipegang oleh Anwar Ibrahim, tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim (yang dilantik ke jawatan Menteri Besar oleh Anwar) ada kuasa ke atas pejabat tersebut, menjadikan semua kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri yang diketuai Rafizi, beraja di mata bersultan di hati.
Malah tidak keterlaluan dikatakan disini bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah jauh lebih berkuasa daripada pejabat Menteri Besar sendiri!
Dengan 'kekuasaan' yang begitu besar, mustahil ada pihak lain terutama di kalangan kakitangan kerajaan Negeri yang berani menyentuh Rafizi, memikirkan kepada siapa dia melapor. Itu yang penulis sebutkan di atas, apa pun masalahnya yang membawa kepada perletakkan jawatan Rafizi adalah antara dia dengan Anwar sahaja, tidak ada orang lain.
Tak tahulah kalau Azmin sudah main jarum lebih besar. Ini satu kemungkinan juga, sebab kebelakangan ini kelihatan Azmin bulldoze semua orang dalam PKR dan kerajaan negeri Selangor yang kelihatan tidak sebulu dengannya seperti Hasan Ali dan terbaru Faekah.
Mana-mana satu pun, penulis lihat ini bukan masalah yang besar mana pun. Apatah lagi memikirkan kehebatan Anwar sebagai pelakon dan pengarah yang hebat sebelum ini, lagilah penulis tak hairan mana. Psikologi menawan hati lelaki lembut ni bukan susah sangat pun, maklum, dia bukan perempuan sejati, hajat-hajat nak jadi perempuan sahaja.
Nanti Anwar tepuk mana bahagian yang patut-patut, eloklah Rafizi tu....
Aku dihubungi bertalu-talu oleh kawan2 dan musuh2 politik dan rakan peguam dengan panggilan telefon / SMS dan Email meminta supaya aku siarkan gambar poster promosi BISTRO baru dibuka di Bandaraya Islamik versi PAS di Alor Setar lanjutan setelah aku siarkan posting berkenaan BISTRO BARU & TERBESAR tersebut seawal pagi tadi (Rujuk posting AloQStaQBlog pagi tadi DI SINI) ...
WOW ~!! INILAH BISTRO TERBESAR & TERBARU DIBUKA DI BANDARAYA ALOR SETAR ! KLIK SEMUA GAMBAR UNTUK GAMBARAN LEBIH JELAS ... OK?
Jadi, untuk tidak menghampakan semua pembaca yang teringin sangat nak tengok rupabentuk banner di tiang-tiang lampu dan tiang letrik yang mempromosikan BISTRO BARU & TERBESAR tersebut, nahhh lerr ... aku siarkan rupabentuk Banner BISTRO tersebut siap dengan gambar rupabentuk sebenar bangunan BISTRO itu sekali ...
Sila saksikan kemodenan pesat Negeri Kedah di bawah pentadbiran dan kepimpinan PAS. (Sebuah parti yang terselit dinamanya kalimah Parti Islam.)
Gambar-gambar di bawah ini aku baru amik sejurus selepas aku balik solat Jumaat tadi. Ianya khas untuk tatapan anda semua.
Inilah rupabentuk banner promosi yang digantung di serata tiang lampu di sekitar Alor Setar
Inilah rupabentuk bangunan VIEW NITE BISTRO - Sebuah pusat hiburan terbesar di Alor Setar yang muncul di zaman Parti Islam memerintah Kedah ... Superb punya PAS Kedah gila !!
Seorang Orang Kuat PAS Kedah (Zulkifli Yahya - merangkap Timb.Yang DiPertua PAS Kaw.Alor Setar) hari ini dalam SINAR HARIAN Muka Depan ada menyebut kebimbangannya mengenai Pusat Hiburan Terbaru Terbesar di Bandaraya Alor Setar seperti yang didedahkan oleh blog ini (AloQStaQBlog) pukul 1.01pagi tadi.
Pusat yang dinamakan sebagai VIEW NITE BISTRO terletak di Mergong (Kawasan TESCO Mergong) dibuka pada 12 JUN 2012 lalu dan dikatakan akan menjemput seorang DJ Luar Nagara iaitu DJ Liz Candy (TOP Female DJ From France) untuk menjadi DJ Jemputan di BISTRO yang baru dibuka tersebut demi menarik ramai anak muda mengunjunginya.
Melalui carian google : DJ Liz Candy tersebut adalah merupakan seorang DJ yang digilai oleh peminat-peminat kaki clubbing ... RUJUK YOUTUBE DI BAWAH INI ...
Hebat Bukan DJ yang akan datang ke Negeri Islamik Cara PAS ni ???Islam PAS kini sudah MODEN beb !!
Ini lah DJ Jemputan yang akan datang menghiburkan anak muda Kedah khasnya di Alor Setar ... Bergambar di facebooknya terkangkang sebegini ... tarikan kepada pusat hiburan yang PAS Kedah benarkan kewujudannya ... Rugi la ngkorang tak jadi Rakyat Kedah , Negeri pimpinan Ulamak PAS yang sungguh Islamik paling benar di muka bumi ini ... Himpunan Hijau di Stadium hari tu boleh, Himpunan di BISTRO Terbesar pun boleh lah ! ...
Gambar ini diambil dari FB DJ Liz Candy Di SINI ... Adakah ini pujaan anak muda di Negeri Kedah yang MODEN ?? dan di bawah kepimpinan Parti PAS, adakah hiburan sebegini SATU KEPERLUAN kepada RAKYAT ??? ....
Sebelum ni dah banyak kali dah blog aku ini (AloQStaQBlog) memaparkan perihal berkenaan pesatnya Pusat-Pusat Hiburan tumbuh mendadak seperti cendawan selepas hujan - tetapi PAS Kedah bodoh sombong tak nak amik peduli langsung ! Sekarang rasakan ! Dah meletup-letup macam ni baru buat-buat kelam kabut bimbang dan susah hati ...
Dah tu pulak, Zulkifli Yahya menuduh pula kakitangan kerajaan negeri yang meluluskan permit hiburan tu !?? ... ada ka patut nak tuding pada orang lain, sedangkan PAS Kedah sebagai satu kuasa mutlak yang mempunyai autoriti untuk memberi arahan keras (tirulah Nik Aziz di PAS Kelantan buat tu) supaya tidak berlaku perkara sebegini - sementelah pulak AloQStaQBlog sudah berulang kali menyebut perkara ini sebelum ini sejak 2009 dulu lagi ! TAK PERCAYA ? Rujuk semua pendedahan aku di sini ...
Pendedahan AloQStaQBlog pada :31 OKTOBER 2011 : KLIK SINI Pendedahan AloQStaQBlog pada :1 JUN 2011 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010 : KLIK SINI Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009 : KLIK SINI
Di merata-rata tiang letrik dan lampu sekitar Bandaraya Alor Setar a.k.a Bandaraya "Islam Versi PAS Kedah" dengan bangganya memaparkan sepanduk gambaran perempuan sedang melentik ala-ala macam gambar di atas tu - sungguh menggeletik gayanya, kan ?! ...
Sepanduk yang tertera nama sebuah pusat hiburan baru di Mergong Alor Setar yang katanya telahpun di buka baru-baru ini ...
(AloQStaQBlog maleh nak pegi amik gambar sepanduk tersebut sebab ianya terlalu banyak dipasang di tiang-tiang letrik dan tiang lampu sepanjang jalan di Alor Setar sehinggakan geng PAS sendiri pun dah naik rimas dengan promosi pusat hiburan terbaru tersebut).
AloQStaQBlog terbaca sedikit komen daripada seorang member forumer (Wan_TSK) dalam forum skyscrapercity (Klik & BACA DI SINI) yang memaklumkan pusat hiburan tersebut sudahpun dibuka baru-baru ini (tak silap aku 12hb JUN 2012).
Sila Klik screenshot di bawah untuk enlarge imej forum tersebut.
AloQStaQBlog hairan sungguh dengan teramat kurangnya kawalan Kerajaan PAS Kedah dalam KEWUJUDAN BARU pusat-pusat hiburan khasnya di BAndaraya Alor Setar, khasnya pusat Karaoke dan Bistro sehingga diberi permit sah untuk dibuka dengan begitu banyak seolah-olah ianya satu keperluan penting rakyat Kedah amnya dan Alor Setar khasnya ! Sedangkan majoriti masyarakat Alor Setar adalah MELAYU ISLAM. Bukannya seperti bandar Georgetown di Pulau Pinang yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Melayu Islam yang ramai.
Agak pelik apabila AloQStaQBlog sudah beberapa kali membuat pendedahan berkaitan dengan Pusat Hiburan tumbuh bak cendawan di Bandaraya Alor Setar selama ini, dipandang dingin oleh Kerajaan Negeri Kedah - Nak kata diorang tak tahu mengenai pendedahan AloQStaQBlog, agak mustahil kerana Blog lidah Pakatan Rakyat Kedah yang paling popular iaitu KEDAHLANIE juga sudah pernah siarkan posting pendedahan AloQStaQBlog mengenai perkara tersebut ...
Pelik bukan? sebuah PARTI ISLAM yang memerintah di dua negeri berbeza (Kedah & Kelantan) tetapi mereka mempunyai hala tuju dan prinsip dalam pemerintahan Islam yang amat berbeza di antara PAS Kedah dengan PAS Kelantan.
PAS Kedah nampaknya tidak kesah pun kewujudan pusat hiburan baru yang tumbuh melata bercambah-cambah di negeri Darul Aman ini, sedangkan pemerintahan PAS di Kelantan (aku dimaklumkan) bahawa Nik Aziz cukup mengawal ketat bab kewujudan Pusat Hiburan, ianya tidak dibiarkan tumbuh dengan mudah dan bercambah-cambah seperti Negeri Kedah yang diperintah oleh parti yang sama (PAS) tak sampai 5 tahun punnn !!...
PAS sewaktu belum jadi pemerintah negeri sebelum ini , sering berceramah menghentam teruk kepimpinan UMNO / BN Kedah yang dituduh sebagai bersubahat dengan perkara-perkara MAKSIAT dan mereka menuduh UMNO membiarkan kewujudan pusat-pusat hiburan dan pusat untuk berpeleseran kepada para remaja dan anak muda.
NAMPAKNYA APA YANG DICERAMAHKAN DULU, KINI TERKENA BATANG HIDUNG PAS SENDIRI ! ...
MALAHAN PAS KEDAH LEBIH DAHSYAT MEMBIARKAN PUSAT-PUSAT HIBURAN TUMBUH BAGAI CENDAWAN SELEPAS HUJAN - KEADAAN INI LEBIH TERUK DARIPADA APA YANG BERLAKU SEWAKTU KEPIMPINAN UMNO/ BN SEBELUM INI ....
Kerana apa ini semua boleh berlaku ?? .... Sedangkan PAS mengaku PARTI ISLAM paling betul & sebenar di mukabumi Allah ini ??
OHHHHHHHHHHHHH ! ... Baru AloQStaQBlog teringattt !!! ... PAS sekarang bukan lagi PAS zaman Arwah Dato'Fadzil Noor dulu !
PAS sekarang sudah moden ! PAS zaman dulu HARAM berkawan / bersekongkol dengan kafir (DAP / MCA / MIC) , kerana ianya akan menjadikan orang Islam itu jadi kafir (seperti yang pernah PAS tuduh orang UMNO kafir zaman 80'an dulu) ...
PAS sekarang sudah boleh berpelukan dengan Musuh ISLAM yang nyata (DAP & Ambiga PEGUAM Kes Murtad Lina Joy!) ... PAS kini sudahpun pakai kitab baru, kitab zaman Dato' Fadzil Noor dah tak boleh pakai, dah expired ! ...
Sekarang PAS dah gunakan rujukan baru ... iaitu Kitab Anwar Ibrahim yang mengHALALkan semua yang PERNAH HARAM suatu masa dulu ! termasuklah kini sudah HALAL mengundi DAP kerana DAP adalah parti dalam Pakatan Rakyat yang "PASTINYA" akan menjadikan ISLAM LEBIH MULIA BERMARUAH DAN ISLAM LEBIH TEGAK BERDIRI , BERBANDING ISLAM SEKARANG (PIMPINAN UMNO) !!! .... Bagi PAS, DAP PASTI AKAN BERSAMA-SAMA MENEGAKKAN ISLAM LEBIH BAIK DARI UMNO SEKARANG !!!!!!!!!!!!!!! (Percaya kaaa ??? HAHA !)
Di bawah ini bukti bahawa AloQStaQBlog pernah mendedahkan beberapa kali sebelum ini mengenai Pusat Hiburan tumbuh di zaman PAS memerintah Kedah !
Pusat hiburan ini bukan wujud sewaktu BN memerintah yerrrr ... tetapi ianya wujud semasa PAS jadi Kerajaan Kedah (pasca PRU12 pada 8 MAC 2010).
Tak Percaya ke ???? Percayalah kerana IANYA SEMEMANGNYA BENAR BELAKA !...
INILAH BUKTINYA .... DAN KAT BAWAH ITU PAUTANNYA (pendedahan AloQStaQBlog sebelum ini) ...
CUBA LER TRY KLIK & BACA TENGOK !...
Pendedahan AloQStaQBlog pada :31 OKTOBER 2011 : KLIK SINI Pendedahan AloQStaQBlog pada :1 JUN 2011 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010 : KLIK SINI
Ini HOUSE BAR yang terletak di Bandaraya Alor Setar, sebuah BAR hiburan yang baru wujud zaman PAS jugak!
ANDA MASIH MAHU UNDI PAS KONONNYA DEMI ISLAM ? ... SILALAH PIKIR BANYAK KALI SEBELUM MEMANGKAH. PAS ITU HANYALAH SEKADAR PARTI POLITIK, PAS BUKAN AGAMA. JAUHI PAS.
PAS SUDAH TERSASAR JAUH DARI LANDASAN SEJAK BERSEKONGKOL DENGAN ANWAR & DAP ! SAY NO PAKATAN RAKYAT !!
JANGAN BERSUBAHAT DENGAN PENIPU BESAR (PAS) ! DULU KATA HARAM, SEKARANG DAH JADI HALAL ... PAS KEDAH DAH GILA!!
Apapun, sebagai penutup posting aku kali ni, kita sama-sama layan ler dulu video kuliah Ustaz Azhar Idrus (Penyokong kuat PAS) sebut pasai hiburan K-Pop ... Maksiat ke tak maksiat kalau kena kat puak PAS yang join majlis K-Pop joget terkinja-kinja macam beruk giler ni ... JOM KITA TONTON VIDEO DI BAWAH !!!
Inilah yang terjadi apabila Pak-Pak Lebai PAS berada dalam majlis PKR & DAP , aku dah kata, PAS akan jahanam punyalah dek kerana bersekedudukan dengan PKR & DAP ... Hangpa tak percaya ?! ...
(NANTIKAN SATU LAGI PENDEDAHAN EKSLUSIF ALOQSTAQBLOG : KEWUJUDAN SATU LAGI PUSAT HIBURAN BARU DI BANDARAYA ALOR SETAR SELEPAS INI ... HANYA DI ALOQSTAQBLOG !!! ... TUNGGUUUUUU !!!)
The Singapore kiasu values are all exposed in this MRT short video ; Singlish and expletives used- and "the women from China" scorn to shame Ah Lian (younger woman) aka Auntie's opponent from hell
Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.
Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.
Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.
Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.
Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.
Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.
Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.
Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.
Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya.
Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.
Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Gambar ini dirakam kelmarin, seorang pemilik 4x4 telah meninggalkan kenderaan dan masuk ke restoran untuk membeli makanan, kebetulan pegawai penguat kuasa sedang membuat rondaan di kawasan tersebut, nasib lah, akibatnya pegawai tersebut mengeluarkan gadjetnya dan mencetak surat saman. Walaupun pemandu kenderaan tersebut berlari dan merayu tetapi mesin sudah cetak nombor kereta dan kesalahannya. So mau tak mau dia kena bayar kompaun di MPT.
Tahniah kepada pegawai yang bertugas. Harap lepas ni rajin-rajin lah saman kenderaan yang parking suka hati sehingga menghalang laluan kenderaan lain. Tempat yang sering berlaku parking suka hati ialah kawasan bank. Seperti Ambank Jalan Tamingsari dan beberapa bank lain di Jalan Kota.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama sendiri. Jika semua umat Islam menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya kita akan kembali bersatu dan semakin kuat.
Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan. Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat.
Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama.
Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri. Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun. Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat.
Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.
Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan. Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan.
Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai 'pemilik mutlak' agama Islam.
Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut? Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka?
Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut.
Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka. Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.
Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji. Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti. Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri.
Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz. Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan. Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah.
Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia. Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan. Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TM memang tak setuju dengan agenda debat yang dianjurkan oleh Karangkraf mahupun pihak-pihak lain.
Terkini ialah debat poyo antara YB Dato Seri Saifuddin Abdulah dan Salehudin anak Ayob dan sebelum tu debat antara budak lembu Pkr Rafizi dengan YB Khairy Jamaluddin.
TM lihat kedua-dua debat tersebut memang pihak BN banyak isi untuk mematahkan hujah lawan, tetapi puak-puak pembangkang dok puji geng depa dan kutuk BN kononnya bawa isu lapok dan ketandusan modal.
Debat dengan Rafizi dan anak Ayob tu buang karan sahaja. Depa bukan ada modal pun. Rafizi masih dok megah yang dia pemidato hebat zaman SBP, itu dulu zaman budak, kini dia berdepan dengan alam nyata.
Dari segi akademik Saifuddin dan Khairy jauh lebih hebat berbanding anak Ayub dan anak Ramli.
Last-Last anak Ramli maki hamun tentang perkara lain dan lari dari tajuk debat. Anak Ayub lagi bengong, cakap macam orang bijak dan menyamakan Thaipusam dengan Demo Bersih 3.0. Masuk akai kaa?
So kepada orang-orang BN, jangan layan lah kebodohan depa, baik buat kerja, turun padang dan lihat apa yang rakyat mahu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
InsyaAllah akan mengadakan sidang akhbar pada hari ini 22/06/2012 selepas solat Jumaat berkaitan isu rampasan pentadbiran Masjid oleh orang luar kariah di mana rampasan tersebut terdapat unsur dan bermotifkan politik.
AJK lama Masjid telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu, dan hari ini,
Masjid mereka dirampas. AJK baru dilantik tidak mengikut procedure dan dikalangan AJK baru pula mereka semua bukan dari kariah masjid tersebut.
Bantahan akan dibuat dan memorundum akan diserahkan kepada Sultan Selangor.
Inilah fenomena yang berlaku hari di seluruh semenanjung,
Pas telah merampas banyak masjid dengan bantuan Pejabat Agama yang 90 peratus adalah orang Pas.
Di Perak ia juga berlaku sedemikian. Contoh ketara ialah rampasan kuasa Masjid Jamek Kg Expo.
Isu Masjid Kampung Expo sudah banyak kali ditulis, sila semak pada Label atau Arkib. Pejabat Penghulu pun tak ada kuasa kerana penghulu yang bertanggung jawab adalah pembangkang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Akhir-akhir ini Anwar bukan main lagi rajin turun ke Taiping Perak berbanding semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atau sebelum nya.
Sebelum jadi TPM ada lah sekali dia datang berkempen untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Selepas menang dia turun sekali lagi dalam kempen PRK Changkat Jering akibat kematian adun.
Itu lah dua kali kehadirannya di sini, tetapi sekarang sudah berpuluh-puluh kali dia turun sejak dibebaskan dari penjara.
Cuma Anwar hanya datang bawa air liur basi sahaja dan turun malam-malam. Kenapa tak berani turun siang-siang seperti yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin?
Mungkin semua sedia maklum bahawa Anwar memang seorang kedekut , dia hanya pandai jaga perut dia sahaja. Kalau datang sebelah pagi, belanjanya besar. Nak kena sewa khemah, kerusi, kena sedia makan minum dan sekurang-kurangnya kena edarkan suara keadilan secara percuma,
Satu lagi, PKR di Taiping sebenarnya sudah berkubur, ahli tiada dan yang ada hanyalah beberapa kerat sahaja yang masih bertahan sebagai ahli jawatan kuasa.
Kalau tak kerana sokongan dari Pas, siapa lah Anwar. 23 Jun ini Anwar akan turun lagi di Taman Ria, parlimen Bukit Gantang , pergi lah tengok, bukan ada pun orang Pkr. Hanya golongan lalat hijau saja yang hadir mendengar ceramah Anwar,
Golongan lalat hijau ni bukan nya cerdik sangat, orang nak jual negara pun depa sokong lagi.
Agaknya pagi-pagi Sabtu dan Ahad , Anwar dok buat apa?
Datuk Seri Najib memang diketahui seorang pemimpin yang sangat prihatin terhadap rakyatnya sendiri dan masyarakat dunia lain di mana memerlukan bantuan, tidak terkecuali rakyat Palestin yang berjuang dengan serba kekurangan menentang negara haram Yahudi lengkap dengan kelengkapan senjata moden sumbangan Amerika.
Terbaru seperti dilaporkan muka depan Utusan hari ini bahawa Najib memberi komitmen untuk membina sekolah di Palestin.
Nampaknya macam mudah dan murah sahaja komitmen Perdana Menteri itu, tapi yang tidak diketahui orang ramai, bukan mudah nak buat sekolah di Palestin, lebih-lebih lagi dengan pelbagai sekatan yang dikenakan oleh Israel dan malangnya beberapa negara Arab berjiran juga.
Silap-silap, kita bawa guni simen, dia kata baja nak buat bom..
Jadi janganlah dibandingkan membina sekolah di negara ini dengan sekolah di Palestin, di sini kita tidak ada masalah seperti mana yang dialaminya disana, sebab itu penulis tidak dapat menahan air mata, sebak membaca kesudian Datuk Seri Najib membantu.
Sudah tentulah dalam sebut menyebut mengenai Palestin ini, kita tidak boleh sama sekali lupa dengan komitmen Anwar untuk melindungi Israel yang diucapkan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas.
Usah kata nak membantu yang teraniaya, yang menzalimi pulak nak dilindungi keselamatannya oleh Anwar. Apa sakit otak mamat seorang inipun penulis tidak tahulah. Tapi inilah dia orang yang Pas sokong sangat-sangat untuk dilantik jadi Perdana Menteri negara ini.
Macam mana Pas boleh hidup dalam kecelaruan pun penulis tak tahu. Betullah Pas bantah kenyataan Anwar dalam WSJ tapi dia tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri, apa ni? Dalam pada sebut yang bukan-bukan tentang UMNO, bekas pemimpin kita juga yang diharap-harapkan sangat untuk jadi Perdana Menteri.
Lebih dari 50 tahun ditubuhkan, rupanya Pas gagal nak namakan seorang pemimpinnya yang layak jadi Perdana Menteri, sebaliknya penyokong dan pelindung kesalamatan Israel ini juga yang dipilihnya. Cina DAP pun tak bodoh nak sokong Anwar jadi Perdana Menteri buta-buta, dia ada agenda lain dibelakangnya.
Cina tahu, peluang untuk menjadikan Guan Eng (sebut cina) sebagai Perdana Menteri hanya akan diperolehi kalau Anwar jadi Perdana Menteri dulu. Anwar hayat kat luar pun tak lama, penulis yakin selesai rayuan nanti, Anwar ke dalam jugak le.
Apa depa nak rugi lagi dah, takda apa. Tak macam Pas, sokong buta tuli sampai tak boleh nak beza apa lagi dah, asal sahaja ada pemimpinnya dapat jadi Menteri ke Menteri Besar ke, cukuplah tu.
Jadi inilah yang penulis nak rakyat Malaysia fikirkan. Tolaklah orang seumpama ini, Anwar ni. Otak dia tak betul lagi dah, yang zalim nak dilindunginya, yang teraniaya hanya dijadikan bahan untuk menjual nama, umpamanya, "Oh saya ikut pandangan Hamas", "Oh, Fatah pun sama pendapat dengan saya", begitu le. SUMBER : MYKMNU
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, keputusan meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang dibuat Rafizi Ramli semalam merupakan satu keputusan yang mengejutkan, namun percaya lebih banyak tindakan mengejut akan terjadi di negeri Selangor yang dibuat samaada pihak kerajaan negeri mahupun kepimpinan PKR negeri.
"Saya percaya, keputusan ini dibuat angkara perbalahan yang terjadi antara MB, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cukup hebat sekarang ini.
Cuma perkara yang agak merisau dan membimbangkan, mengapa Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR cuba mengawal dan memberi arahan kepada kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim, kerana kerajaan negeri bukannya kepunyaan parti. Kerajaan negeri adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat," ujarnya mengulas perletakan jawatan Rafizi Ramli semalam sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Tambahnya, ini bukan soal masalah dalaman parti, tetapi bila berlaku perbalahan antara dua pemimpin besar dalam PKR ini, akhirnya ia akan memberikan kesan yang teruk kepada rakyat.
"Kita jangka lebih banyak perkara-perkara teruk lagi yang akan berlaku selepas ini. Dalam masa yang sama, apa hak Azmin Ali untuk mencampuri urusan termasuk mendesak Setiausaha Politik MB, Faekah. Apa yang kita risaukan ialah perbalahan dua pemimpin ini akan menghancurkan kerajaan negeri Selangor yang akhirnya rakyat di negeri Selangor yang akan musibah angkara mereka berdua ini.," ujarnya yang juga penyelaras BN Parlimen Gombak.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta rakyat Selangor membuka mata melihat sendiri pergoalan dan perebuatan kuasa yang berlaku dalam kepimpinan PKR Selangor dan kepimpinan pakatan pembangkang secara keseluruhannya, akhirnya mereka ini tidak mempunyai keutamaan kepada rakyat sebaliknya mereka mengejar segala jawatan yang ada, demi untuk kepentingan peribadi masing-masing.
Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Forum Air secara tertutup tanpa menjemput wakil-wakil kerajaan Persekutuan dan operator-operator air hanya bertujuan untuk mempolitikkan isu air di negeri itu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Dalam forum yang diadakan pada 12 Jun itu, beliau berkata, kerajaan negeri Selangor mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak tepat untuk mengelirukan rakyat tanpa memberi peluang kepada kerajaan Persekutuan menjelaskan kedudukan sebenar.
"Sekiranya kerajaan negeri Selangor benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri Selangor, mereka sewajarnya berani untuk bersemuka dengan pihak kerajaan Persekutuan dan membincangkan isu-isu tersebut secaraprofesional dan terbuka sepertimana yang dibuat kerajaan Persekutuan," katanya di sini, Khamis.
Chin berkata, sebelum ini kerajaan Persekutuan menjemput wakil kerajaan negeri Selangor menganggotai Pasukan Petugas bagi Menangani Krisis Bekalan Air di Negeri Selangor, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee.
Beliau berkata, forum terbuka membolehkan semua pihak memberi pandangan secara profesional bagi memastikan rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai isu air di negeri Selangor.
Beliau berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan semasa forum mengenai ketidakwajaran pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) seharusnya dibincangkan semasa mesyuarat Pasukan Petugas atau mana-mana forum terbuka.
"Sehubungan itu, kementerian akan mengadakan satu lagi forum air terbukakepada semua termasuk NGO dengan menjemput wakil-wakil dari kedua-dua pihak untuk mengemukakan pandangan masing-masing. Biar semua fakta-fakta ini diketahui," katanya sambil menambah bahawa satu tarikh akan ditetapkan bagi mengadakan forum itu.
Sementara itu, Chin berkata, masalah gangguan air di Lembah Klang dijangkabertambah teruk pada musim kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga Ogos iniapabila kadar permintaan air melebihi kapasiti pengeluaran air.
Berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), beliau berkata, kapasiti pengeluaran air dari 34 loji-loji dalam negara ialah 4,371 juta liter sehari (JLH) tetapi kadar permintaan tertinggi pada 17 Jun mencecah 4,410 JLH.
"Kapasiti rizab air dijangka menurun pada musim kemarau ini. Contohnya, kapasiti rizab air pada 5 hingga 11 Jun adalah antara 2.06 peratus hingga 1.22 peratus sahaja.
"Kita ada margin rizab yang nipis. Maka, kita perlu menambah kapasiti air dengan membina Langat 2 yang dijangka dapat memastikan lapan juta penduduk di kawasan-kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa membina loji-loji rawatan air tambahan," katanya.
Chin berkata, fasa pertama Langat 2 dijangka membekalkan 1,130 JLH seharidengan peruntukan sekitar RM5 bilion sahaja berbanding dengan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion yang diperlukan untuk menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) dari 32.3 peratus pada tahun ini kepada 20.83 peratus pada tahun 2020 iaitu penjimatan purata tahunan sekitar 126 JLH sahaja.
"Fakta ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan projek-projek untuk menurunkan kadar NRW bukan merupakan jawapan bagi menangani masalah bekalah air di Selangor sebaliknya pelaksanaan Langat 2 merupakan opsyen terbaik.
"Saya menyeru kerajaan negeri Selangor memberikan kerjasama untuk memberikan kelulusan yang diperlukan bagi melaksanakan Langat 2.
"Saya menyeru kerajaan negeri Selangor supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan mengenai bekalan air di negeri Selangor tetapi bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya demi kebaikan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya
Hahahaha…. Sejak petang tadi, kebanyakan blogger UMNO membicarakan soal peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor…
Kita semua kena kencing sebenarnya…. Termasuklah aku.
Hakikatnya peletakan jawatan lembu PKR nie sekadar untuk mempermainkan kita beb…
Lebih-lebih lagi nak dekat pilihan raya nie, sandiwara dan lakonan Rafizi sekadar untuk mengaburkan mata kita kononnya dalam PKR Selangor nie sedang bergolak, dan wujud dua team yang mahu menguasai Selangor…
Kita jangan seronok sangat dengan perkembangan terkini yang dilakonkan Rafizi ….. apapun, kita tengok sandiwara seterusnya yang bakal dimainkan lembu-lembu PKR nie …..
Krisis 'keluarga 69' di Selangor antara Menteri Besar (MB), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi PKR negeri itu, Azmin Ali dan Setiausaha Politik MB, Faekah Husin bakal menjadi satu drama yang bakal menggegarkan dunia politik dalam masa terdekat khususnya menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Bekas Setiausaha PKR Selangor Mohd Nadzmi Rosli berkata sebelum bercerita lebih lanjut alangkah elok diimbau sepintas lalu asas pemilihan Faekah sebagai Setiausaha Politik Khalid bagi menggantikan Nik Nazmi pada waktu tersebut.
Menurut beliau tidak salah diperkatakan bahawa pemilihan Faekah adalah semata-mata untuk mengurangkan kuasa Azmin dalam parti sekaligus mengukuhkan cengkaman Khalid terhadap kerusi empuk yang didudukinya hari ini.
"Bayangan awal atau mesej perkara berkenaan saya dah nampak pada waktu itu. Ini kerana bukankah jawatan Setiausaha Politik adalah orang penting dalam mencaturkan pergerakan dan segala-galanya untuk 'boss' dia.
"Jadi dalam soal ini perkara tersebut tidak boleh diselindung lagi. Kenapa saya katakan begitu… ini kerana dalam struktur parti pun dah tak betul. Bukankah satu perkara yang pelik dan janggal MB adalah Khalid manakala Pengerusi PKR negeri adalah Azmin.
"Dan cuba kita bayangkan…ketika mesyuarat pentadbiran negeri, Khalid yang berkuasa manakala ketika mesyuarat parti pula, Azmin berkuasa. Ini tentunya menimbulkan konflik sekiranya masing-masing menggunakan 'power' yang ada di tangan. Sebab itulah saya gelarkan mereka ini keluarga 69," katanya di sini.
Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.
Mohd Nadzmi seterusnya menambah krisis dan pertembungan keluarga 69 itu dijangka akan beterusan dan mungkin kemuncaknya akan berlaku menjelangnya PRU ke-13 nanti.
"Apa yang saya nampak seolah-olah mereka ini antara Azmin, Khalid dan Faekah telah membuat persedian rapi dalam usaha mengukuhkan kedudukan masing-masing dan saya tidak menolak kemungkinan besar cantas-mencantas akan berlaku selepas ini.
"Seperti yang diperkatakan umum Azmin berhasrat untuk pergi ke kerusi empuk dan Khalid tentunya mahu mempertahankan kedudukan beliau. Jadi dalam perkara ini hanya Fakeah yang jadi batu penghalang.
"Sebab itulah saya sebutkan diatas itu yang mana akan berterusan dan kepada rakyat nilailah dan lihatlah bagaimana perangai golongan ini yang dilihat bukannya untuk memperjuangkan rakyat tetapi adalah sebaliknya," ujar beliau.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Shohaimi Shahadan melihat perlekatakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Pegawai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini membuktikan jelas pergolakan dan krisis dalaman yang semakin teruk dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.
Menurut beliau itulah realitinya PKR yang bukannya bertunjangkan perjuangan rakyat tetapi untuk mengejar jawatan masing-masing.
"Apakah ini ada kaitan dengan Azmin…Biarlah mereka yang mengulas panjang lebar krisis terbaru itu. Dan apakah ini juga mempunyai kaitan dengan krisis yang melibatkan antara Azmin dan Khalid serta Faekah Husin.
"Saya tidak mahu mencampuri urusan dalaman mereka namun kepada rakyat amat jelas hari ini pergolakan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR semakin kronik dan seolah-olah hilang hala tuju.
"Ini adalah bukti pergolakan dan krisis balas dendam yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri, mereka terlalu berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Selangor," katanya.
Terdahulu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat. Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.
Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramahan ini.
Tegas beliau lagi PKR sebagai sebuah parti yang tidak pernah terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan fitnah dan konspirasi.
"Isu seks, salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini.
"Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang turut didakwa bersama isterinya,Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994.
"Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu dalam parti pembangkang itu. Namun,di peringkat kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR, Pas dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi hakikatnya, pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan rakyat," ujarnya.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.
"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sbarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk Kerajaan Negeri," katanya.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.
Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.
"Letak jwtn proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.
Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramahan ini.
My wife and I have been in Jeddah since Monday to personally convey Malaysia's condolences to the Saudi royal family on the demise of HRH Crown Prince Naif Abdul Aziz. Accompanied by Datuk Seri Jamil Khir Baharom, HE Ambassador of Malaysia and other officials, I attended the condolence ceremony at Al Divan Al Maliki, Jeddah.
While there, I also took the opportunity to travel to Makkah and perform the umrah with my wife and son.
I conveyed Malaysia's condolences to Crown Prince Salman Abdul Aziz at the Al Divan Al Maliki, Jeddah. Also present were Datuk Seri Jamil Khir Baharom and Ambassador of Malaysia to Saudi Arabia.
Performing Umrah at Masjidil Haram, Makkah with my wife and son.
Penulis : mana pula gambar Anwar Ibrahim dan isteri di Mekah mengerjakan Umrah di saat gambar lain sedang melakukan solat juga disebarkan dengan meluas ???
Gambar membawa seribu makna. Gaya mereka memberi maksud Allah diingati walau di padang bola. Maka jangan kita leka dari mengingati Allah dan melaksanakan ajarannya walau sibuk menonton bola. Ingatlah Allah sepanjang masa nescaya kita juga akan diingati oleh-Nya tiap masa terutama bila memerlukan-Nya.
Pertama sekali gambar di atas menunjukkan pemimpin dan artis yang akan hadir di majlis yang disebutkan di atas. Kehadiran mereka yang dilihat tidak disertai pimpinan PKR DAP seperti menggambarkan bahawa PAS kini seakan bergerak menuju Putrajaya bersendirian tanpa mengharapkan pertolongan PKR DAP.
Adalah tidak mustahil PAS akan mengundur diri dari Pakatan di saat terakhir sebelum PRU dibubarkan. Namun mungkin jika berjaya meraih kerusi PAS akan menyertai BN sebagai komponen dan memastikan mereka akan tetap berjaya ke Putrajaya tanpa Anwar dan Lim Kit Siang.
Sekarang ini pihak PAS sedar bahawa banyak isu termasuk demo BERSIH 3.0 tidak berjaya menarik minat masyarakat bahkan mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Dengan beberapa isu agama yang semakin merobek imej Pakatan terutamanya parti PAS seperti LGBT maka penganjuran himpunan hijau ini barangkali menjadi titik permulaan ke arah memperkasakan sokongan PAS khususnya terhadap Presiden PAS yang kini sudah diancam dengan orang 'belaan' Anwar geng Erdogan.
Khabarnya krisis di Kedah adalah berpunca apabila orang Anwar membuat onar dan menjadikan Datuk Seri Azizan mengalami masalah sehinggalah ia selesai dengan dua orang Exco telah kembali ke dalam barisan kabinet kerajaan negeri. Berita klik Agenda Daily di sini http://www.agendadaily.com/
Dua hari lepas Nasaruddin Md Isa mantan Timbalan Presiden PAS telah dilihat di muka hadapan Utusan Malaysia. Kehadiran beliau bersama Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dalam misi membantu Palestin adalah bukti bahawa PAS sudah mula berjinak-jinak mendekati UMNO. Dengan kedudukan sebagai orang kepercayaan Hj Hadi maka Nasaruddin Md Isa dilihat sebagai watak yang dihantar oleh Presiden PAS untuk menyampaikan mesej tersirat kepada puak Liberal dalam Pakatan seperti Anwar dan juga DAP agar tidak bersikap angkuh dengan kekuatan yang mereka ada.
Hari ini apabila himpunan hijau di Kedah berjaya mengumpul ratusan ribu terdetik di hati kita bahawa ia seperti menyindir BERSIH 3.0 yang disokong dengan penuh oleh pihak pro Anwar dan DAP seperti Mat Sabu.
Maka dengan pengajuran yang jelas tidak melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah tempoh hari, PAS berjaya menunjukkan kekuatannya sendiri termasuk membina persepsi mereka tidak bersetuju dengan demo haram Bersih 3.0 diteraju Ambiga dan A.Samad Said sebagai rakannya.
Jika dianalisa kehadiran jelas kita nampak ramai Cina berbanding Melayu demo Bersih 3.0. Jika PAS benar-benar bersetuju sudah tentu dikerahkan bala tenteranya untuk memenuhi jalanraya di Kuala Lumpur namun itu tidak berlaku. Saat itu PAS sudah sedar bagaimana mereka sebenarnya cuba diperangkap dengan taktik kotor Pakatan yang jelas melanggar undang-undang selain merosakkan keamanan.
Himpunan Hijau ini yang tidak ada elemen Lynas, atau Bersih Kuning Ambiga seperti menunjukkan sudah wujud perubahan dalam minda pimpinan tertinggi PAS, apatah lagi ketika mereka sudah berkali-kali ditikam dari belakang oleh kawan DAP PKR terutama apabila timbul isu berkenaan negara Islam dan juga berkaitan Islam.
Harapan penulis, biarlah PAS menjauhkan diri dan kembali bersama UMNO untuk kepentingan Islam. Lihat bagaimana pendekatan YAB Perdana Menteri yang jelas tidak memusuhi PAS sebaliknya sentiasa terbuka membina hubungan yang baik dengan PAS agar kepentingan Malaysia , Islam, dan bangsa kita akan makin kukuh tanpa mengenepikan bangsa dan agama yang lain selaras apa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan tertinggi negara kita.
SHAH ALAM – Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.
Shuhaimi yang Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, visi menjadi kerajaan kini dipandu dengan gandingan cukup baik antara Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.
"Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua 'meriam' yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan 'meriam' baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.
"Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kempen di laman Twitter itu memaparkan pelbagai luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati selepas Faekah dikatakan mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
Shuhaimi menegaskan semua kepimpinan di dalam organisasi negeri baik dari kedudukan menteri besar, anggota exco apatah lagi setiausaha politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Menurutnya, PKR Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana jelas ia melanggar etika parti.
"Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif menteri besar untuk melantik setiausaha politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi PKR yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat," katanya.
Menurutnya, perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.
"Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.
"Kenyataan Twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di Twitter #kamisayang pkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikirkan perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah," katanya.
Shuhaimi turut bersedia menjadi 'orang tengah' mengatur pertemuan semuka untuk mengenal pasti apakah masalah dan saranan akar umbi PKR bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.
"Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehingga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan menteri besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
"Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti," katanya.
Beliau turut berharap pemimpin PR kini fokus memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
"Kita perlu berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita," katanya.
Kanak-kanak Islam Kampung Rakapram, Wilayah Kampung Cham, Kemboja bergambar dengan Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan NGO Malaysia selepas menerima bantuan kewangan daripada rakyat Malaysia, baru-baru ini.
MEMBERI kepada yang memerlukan adalah nikmat yang cukup besar kepada penerima dan juga penderma.
Begitulah sepatutnya persaudaraan sesama Islam. Yang berada memberi kepada yang kurang bernasib baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh kaum Ansar dan Muhajirin pada peristiwa Hijrah bersama Nabi Muhammad SAW.
Kaum Ansar bukan sahaja menawarkan sebahagian harta mereka kepada saudara Muslim dari Mekah, malah turut sanggup menyerahkan salah seorang isteri mereka.
Inilah indahnya persaudaraan kental sesama Islam sebagai mana yang dijelaskan menerusi hadis Nabi SAW yang antara lain bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah melebihkan rezeki sebahagian daripada kita bukan untuk bermegah-megah atau bakhil, sebaliknya ia untuk dikongsi bersama dengan orang lain.
Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? (an-Nahl: 71)
Kepada penderma bukan kata-kata pujian dan sanjungan yang diharap sebaliknya senyuman dan wajah ceria penerima itulah yang memberi kepuasan.
Demikianlah gambaran suasana di Kampung Rakapram Daerah Kampung Cham, Kemboja akhir Mei lalu.
Keceriaan dan kegembiraan itu berikutan penyampaian sumbangan pelbagai barang keperluan terutamanya kelengkapan solat untuk penduduk di situ.
Ia hasil inisiatif Sukarelawan Al-Falah (SAF), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Sesungguhnya penat lelah mengumpul pelbagai sumbangan serta menempuh perjalanan darat selama kira-kira empat jam dari Phnom Penh ke Kampung Rakapram terbalas dengan sambutan hangat penduduk di situ.
Misi kemanusiaan kali ini juga mendapat sokongan Kementerian Pertahanan yang membantu menerbangkan pelbagai sumbangan yang dianggarkan mencecah dua tan melalui pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Lebih bermakna, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut serta dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Datuk Taib Ali yang mengetuai delegasi Sukarelawan Al-Falah (SAF) berkata, misi kali ini adalah salah satu cara Yadim menyebar luas konsep dakwah bil hal.
Ia juga bertujuan merapatkan jurang di antara golongan miskin dan berada serta menyerap konsep taawun (bantu membantu) tanpa mengira bangsa, kaum dan negara.
"Kampung Rakapram menjadi pilihan kerana masyarakatnya perlu diberi input melalui pendidikan memandangkan kebanyakan anak-anak generasi di sini ingin belajar dan mengubah nasib masyarakat mereka agar lebih baik pada masa hadapan."Ia sesuai dengan fokus misi ini kepada pendidikan mengubah masa depan," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan bantuan tersebut.
Penulis : dalam suasana aman tentera kita membantu usaha membawa bantua kepada penduduk Islam di Kemboja. Sekurang-kurangnya ia akan dapat meringankan beban umat Islam di sana dan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Kemboja. 'Sumbang'an ATM membantu YADIM sangat tepat pada masanya dan tentu ia akan diberikan ganjaran oleh Allah Taala. Itulah perkara 'sumbang' yang perlu diteruskan walau di negeri luar Malaysia seperti Kemboja.
Rokok John dan Luffman Diseludup Melalui Singapura!
Penggunaan rokok contraband atau rokok seludup pasaran gelap di negara ini amat membimbangkan. Jenama Canyon, John, Luffman, Zon King dan Paradox menjadi pilihan perokok tegar negara ini dan kandungannya sudah tentu meragukan. Sedangkan rokok berkeizinan pun memudaratkan kesihatan, apatah pula rokok tanpa izin.
Umum mengetahui bahawa di Indonesia, pemulung atau pengutip sampah, turut mengutip puntung-puntung rokok untuk dikitar semula. Apakah rokok-rokok murah ini adalah hasil dari rokok-rokok kitar semula?
Terbaru, akhbar The Star mendedahkan dua jenama rokok seludup tersebut Luffman dan John yang dikilangkan di Batam, Indonesia masuk ke Malaysia melalui Singapura! Negara yang harga sebungkus rokoknya sekitar RM20!
Thursday June 21, 2012
Batam-produced fags imported and sold below minimum price
BATAM (Indonesia): A factory at the Citra Buana Industrial Park here is manufacturing thousands of illicit cigarettes daily for sale in Malaysia.
Starprobe has found that the cigarettes using the Malaysian brand John are brought in via Singapore and sold well below the mandated minimum price of RM7, which explains their popularity.
The factory displays no signboard, only the lot number, unlike two nearby cigarette factories, which produce Luffman and Rock brands mainly for the local market.
An official from the factory producing Luffman cigarettes said the company had also taken orders from Malaysia although its main concentration is the Indonesian market, where its packets of 20 are sold for the equivalent of between RM2 and RM5.
Mintak Ampun dan Maaf wahai anakanda dan isteri. kali nie teman terpaksa meninggalkan Pulau Langkawi dengan tangan yang kosong, takda Coklat dan Gula-gula, seawal pagi bertolak dengan Feri yang pertama nampaknya telahan teman memang silap sebab tak ada yang nak bukak gerai yg menjual kebanyakanbarangan yang dah tentu menjadi Wajib sebagai buah tangan.
Sebaik mendapat Berita tentang teman kena ke Makamah Tinggi Ipoh mengenai Kes Saman Nga terhadap teman, jadi teman terpaksa bergegas pulang ke Ipoh, yang agak mengecewakan teman bila kali nie seorang ayah pulang dengan tangan kosong, tak ada coklat dan buah tangan untuk yang menanti, apa boleh buat terpaksa bergegas dan melupakan segala yang disenaraikan dalam kepala.
Teman dimaklumkan Oleh Peguam kena hadir di Makamah Tinggi Ipoh ajm 2.30 petang. dah berapa kali congakjam perjalanan dan cuba cari kalau ada cara yang membolehkan teman dapatkan buah tangan yang nak dibawa pulang, takda rezeki nampaknya, Nampaknya terpaksa teman tinggalkan Langkawi nie dengan tangan yang kosong
Sorry son and my Daughters...
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pendedahan MyMassa minggu ini telah membuka mata banyak pihak. Sebenarnya ada dua elemen dalam pendedahan MyMassa. Pertama, pegawai kedutaan Singapura yang berdemonstrasi BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur. Yang kedua adalah PACA Training yang diadakan di Singapura.
Dalam pendedahan pertama, ianya telah menarik perhatian banyak pihak yang sayangkan negara ini bahawa campurtangan negara luar terutamanya pegawai kedutaan asing memang tak boleh diterima. Hasil daripada campurtangan tersebut, beberapa pihak telah menghubungi MyMassa bahawa mereka akan berdemo hari ini membantah campurtangan tersebut. MyMassa tak tahu sama ada demonstrasi tersebut berjaya atau tidak kerana bukan MyMassa yang menganjurkannya.
Dalam pendedahan kedua, fokus MyMassa adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia terutamanya penyokong Kerajaan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Ke-13, pihak lawan telah bersedia jauh ke hadapan. Mereka telah menganjurkan Polling Agent, Counting Agent (PACA) Training secara meluas. MyMassa yakin ramai penyokong Kerajaan baru pertama kali mendengar perkataan tersebut. Mungkin jentera utama parti pernah menyertai latihan seperti itu, tetapi bagi pengundi yang mesra BN, mereka mungkin tidak peduli. Bagi mereka, apabila parlimen atau DUN dibubarkan mereka akan menempuhi tempoh berkempen dengan mendengar kempen-kempen parti yang bertanding dan kemudiannya membuang undi pada hari yang ditetapkan. Selepas keputusan diumumkan, mereka akan meneruskan hidup seperti biasa.
Berbeza dengan pengundi yang pro pembangkang. Selepas BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, kebimbangan mereka tentang proses Pilihan Raya semakin meningkat. Ianya disebabkan oleh dakyah-dakyah pembangkang dan juga BERSIH yang memomokkan rakyat Malaysia bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan menjadi PRU yang paling kotor dalam sejarah. Mereka tidak lagi percaya kepada SPR kerana pelbagai persepsi buruk diciptakan kepada suruhanjaya termasuk tuduhan bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah orang UMNO!
Dan kerana dakyah-dakyah BERSIH iniah warga Malaysia di Singapura turut menyokong gerakan tersebut. Apabila MyMassa menyiarkan laporan yang diterima dari sumber di Singapura, ramai penyokong BERSIH 3.0 Singapura mula memberi komen-komen untuk mempertahankan diri mereka. Antara komen-komen tersebut mendakwa pendedahan MyMassa sebagai hasutan dan fitnah. Jika pendedahan MyMassa fitnah, bagaimana dengan posting-posting di FACEBOOK BERSIH 3.0 Singapore seperti ini?
Tidakkah ianya juga satu fitnah? Mereka meletakkan pautan yang menuduh pihak polis tidak menjaga keselamatan Ambiga sedangkan polis Kuala Lumpur telah membuat rondaan di rumah Ambiga dan telah memberi amaran kepada penunjuk perasaan di depan rumah tersebut.
DBKL, polis awasi rumah Ambiga
2012/05/16
KUALA LUMPUR: Polis dan anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat rondaan di kawasan kediaman Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini.
Tinjauan mendapati dua van DBKL dengan 10 anggota penguatkuasa itu berada di situ petang tadi selain kereta peronda polis yang kelihatan mengawasi kawasan tersebut.
Menurut sumber DBKL, mereka berada di situ hari ini kerana menerima laporan ada kumpulan tertentu mahu mengadakan pasar malam di kawasan tersebut yang mana menyalahi peraturan disebabkan tiada permit.
Bagaimanapun, setakat 7 malam ini, tiada peniaga atau kumpulan tertentu berada di lokasi tersebut.
Ambiga yang juga penganjur demonstrasi yang bertukar menjadi ganas di ibu negara 28 April lalu membuat laporan polis pada 10 Mei lalu selepas sekumpulan peniaga berhimpun dan membuka gerai burger di hadapan rumahnya sebagai tanda marah akibat kerugian susulan perhimpunan tesebut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid, berkata kawalan polis di hadapan rumah Ambiga adalah kawalan biasa bagi mencegah jenayah di kawasan perumahan itu.
Kepada pemilik dan penyokong BERSIH 3.0, anda bermain dengan api apabila menfitnah dan memburukkan kepimpinan negara dan agensi Kerajaan di luar negara. Tetapi apabila tindakan yang sama dibuat kepada anda, anda pula menggelabah dan menyalahkan orang lain.
Anda perlu ingat bahawa tindakan pegawai kedutaan Singapura menyertai BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur telah menyalahi etika 'The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)' yang melarang para diplomat campur tangan dalam urusan politik sesebuah negara. Jadi jika ada rakyat Malaysia yang cintakan negara berhimpun kerana marah dengan tindakan campurtangan melampau pegawai kedutaan tersebut, ianya bukan satu kesalahan.
Jika anda masih berpegang teguh kepada dakyah anda bahawa SPR itu kotor dan perlu diBERSIHkan, anda perlu ingat apa yang berlaku pada tahun lepas semasa Pilihan Raya Sarawak. Jika BN benar-benar main kotor dan berpakat dengan SPR, takkan kerusi DAP boleh meningkat sekali ganda, dari 6 kepada 12 kerusi DUN? Walaupun terdapat pelbagai tuduhan terhadap SPR, namun pada Pilihan Raya Sarawak, pembangkang dan BERSIH gagal membuktikan bahawa penyelewengan undi berlaku.
*Mengenai statistik yang dikeluarkan diruangan komen. Walaupun ramai rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraannya untuk menjadi rakyat Singapura, namuk dek kerana BERSIH 3.0, makin ramai yang tiba-tiba ambil berat mengenai keadaan di Malaysia. Adakah kerana PRU ke-13 peluang terakhir XXX untuk berkuasa?
Semua orang faham tak kanlah MB Kedah Ostad Azizan suka dengan pertumbuh-tumbuhan Kelab Malam dan Pub di negeri Kedah yang diketuai parti Parti Adat & Sosial ne kan..Takkanlah Ostad Azizan sanggup runtuhkan Madrasah apa tru kat Kedah tu yang heboh tu, then nak gantikan dengan Kelab Malam.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang, dek dipegang dan diremute control oleh DAP, maka Ostad pun tak leh nak jalankan Islam ne. Sebab falsampah depa, kalo nak kuasa, kalau nak ke Putrajaya kat Mat Sabu jugak, kita kena bagi apa jua yang diminta oleh DAP, hatta Kelab Malam pun.
Apatah lagi Ostad Azizan sudah pun dikunjungi oleh Wakil-Wakil PAP, yang menghantar Menteri Melayu Singapura membawa pesanan Lee Kuan Yew supaya projek Balak-Balak tu janganlah distopkan walaupun ahli-ahli parti menentang.
Jadi, para pengundi sekalin macam ne lah cara DAP beli undi. Macam ne lah PAP dan DAP beli Ostad Azizan. Kamu tak percaya...cuba minta Ostad Azizan TUTUP Kelab Malam yang baru dibuka kat atas tu...Kita tengok Ostad Azizan ada beranikah..baru nak tutop DAP and PAP dah sound...
Oleh kerana keceluparan mulut Anwar Ibrahim mengungkit mengenai kronisme dan IPP, episod kali ini membongkar senarai kedua kroni Anwar yang mendapat keuntungan semasa dia menjadi TPM dan Menteri Kewangan.
Dalam pendedahan kali ini, lebih banyak projek penswastaan di bawah Kementerian Kewangan zaman Anwar akan didedahkan. Ada di antara projek ini telah dipersetejui secara prinsipnya. Pendedahan kali ini akan melibatkan 2 nama kroni terbesar Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Nor Mutalib dan Datuk Ahmad Nazri Abdullah. Untuk senarai pertama, kroni-kroni ini dianugerahkan projek IPP oleh Anwar Ibrahim sendiri.
Selain daripada IPP, kroni Anwar juga terlibat dalam industri media. Inilah sebabnya kenapa Anwar Ibrahim berjaya mengawal media pada zamannya menjadi TPM kerana kroninya sendiri yang menjadi taikoon media.
Selain daripada IPP dan media, kroni Anwar Ibrahim juga mendapat projek lebuh raya dan projek penswastaan kelengkapan perubatan.
Kelengkapan perubatan
Lebuh raya
Nah. Sudah terang lagi bersuluh, Anwar Ibrahimlah raja kroni semasa dia berkuasa. Sebab itulah Anwar Ibrahim boleh berceramah mengenai penyelewengan IPP dan lebuh raya kerana dia dan kroninya juga yang buat kerja kotor tersebut!
Maklumat yang MyMassa dapat ini adalah raw data. Sebab itulah ada nama lain seperti anak Tun Mahathir ada sekali dalam senarai ini. Ini bukti ketelusan MyMassa membongkar sesuatu perkara.
*Mohon disebarkan di FB dan twitter dengan menekan butang di bawah.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ramai pemimpin PKR akan mengikut jejak langkah Rafizi untuk meletak jawatan berikutan tindakan beliau mahu menumpukan beribadah semasa bulan Ramadhan nanti. Alangkah bagusnya setiap kali bulan yang mulia ini lebih ramai pemimpin haprak pakatan meletak jawatan.Sekurang kurangnya mereka tidak ke pentas berceramah bohong dan fitnah kepada rakyat.Alasan jer tu...
Tetapi apakan daya,dah kepala taik seperti Anwar sudah asuh agar berbohong sampai mati,maka itulah yang dilakukan oleh Rafizi.Beliau dikatakan amat kecewa dengan Anwar Ibrahim apabila membatalkan kehadirannya dalam satu program ceramah hari ini di Kemaman .
PKR Kemaman sekarang ini berlaku pergolakan atas desakan Rahman Yusof & Azan Ismail mereka ini telah sabotaj program anjuran Cabang Kemaman agar Anwar Ibrahim tidak hadir.Rafizi yang marah dengan tindakan Anwar yang mengikut nasihat Rahman dan Azan terus persoalkan tindakan Anwar.
Cabang PKR Kemaman diketahui sejak dari pemilihan parti mempunyai masaalah,sehingga sekarang pergolakan diantara mereka tidak dapat diselesaikan. Berang dengan tindakan Anwar yang gagal selesaikan konflik di Cabang Kemaman,pada Rabu 20hb May Rafizi terus menghentam Anwar ,katanya kepada Anwar jika perkara kecil macam ni pun tak boleh selesai macam mana nak jadi PM.
Rafizi sudah menghidu kelemahan Anwar hingga beliau berani menempelak dan mengugut untuk keluar daripada parti.Rentetan daripada itulah Rafizi telah meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.
Ironinya,sesiapa yang bekerja rapat dengan Anwar pasti akan dapat melihat betapa lemahnya pemimpin yang kononnya adalah Anugerah Tuhan.Jelas ada yang nampak akan kelemahan membuat keputusan,ada juga yang nampak betapa bobroknya politik Anwar, ada juga yang nampak betapa buruknya moral pemimpin ini.Buktinya ramai orang kanan Anwar menjauhkan diri apabila segala temberang dan tembelang terdedah...
Pisau kata " Rafizi elok keluar jer dari parti yang nak karam tu.."
Kian dekat tarikh PRU 13, makin parah penyakit gila kuasa bermaharajalela dalam kepimpinan pembangkang khususnya PKR. Itu baru menmguasai beberapa negeri sahaja, pun sudah kalut ribut seolah-olah kuasa dan harta mahu dibawa mati.
Tiada apa yang pelik sebenarnya, asal usul kejadian PKR itu sendiri terbentuk hasil acuan pemikiran seorang individu yang telah lama bergelumang dengan penyakit tersebut, maka terbawa-bawalah sekali dikalangan ahli dan pemimpin bawahannya.
Umum pun dah lama mengetahui ramai pemimpin PKR pro Azmin Ali makan hati dengan perangai besar kepala Setiausaha Politik MB Selangor, Faezah Husin namun taklah pula menjangkakan ianya sebegitu kronik sekali.
Rupa-rupanya segala ribut dan kalut selama ini segalanya berkisar pasal harta dan kuasa semata-mata. Masing-masing puak mahu meletakkan puak sendiri dalam kedudukan selesa dan kuat menjelang PRU akan datang.
Pendek kata baik puak Khalid Ibrahim mahupun puak Azmin Ali, sama-sama menyanyikan lagu mahu menjaga kebajikan rakyat namun realiti yang berlaku sebenarnya masing-masing lebih mengutamakan tembolok sendiri.
Satu dua bulan lepas kalut ribut berebut kuasa dan harta telah menggoncangkan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kuasa dan harta punya pasal, habis terbang semua slogan dan prinsip yang kononnya mengutamakan Islam berbanding yang lain.
Baru di beri nikmat memerintah beberapa negeri sudah ramai yang mabuk hanyut dalam gemilau kuasa dan harta, rumah kian besar dan kontrak tender di bahagi-bahagi sesama sendiri dan ramai pula yang berebut-rebut seakan tersilau dengan harta rampasan perang.
Dua contoh kegilaan kuasa yang berlaku dalam jangka masa yang dekat ini, jika kita pandang dari mata burung dan bukannya melihat macam katak bawah tempurung, akan ternampak jelas corak-corak pemerintahan pembangkang seandainya mereka di beri peluang menguasai negara kelak.
Cuma jangan nanti dek kerana pening dan mabuk dihimpit perebutan kuasa sesama sendiri itu kemudiannya dipalitkan pula pada orang lain untuk tanggung bebannya.
Bukan kita tak kenal perangai pemimpin pembangkang dari PAS, PKR mahupun DAP, pantang kalut terhimpit gara-gara sikap tamak dan mabuk yang sudah jadi tabie, jalan keluar yang mereka suka rintis ialah menyalahkan UMNO ataupun BN.
Samalah macam mentor mereka yang suka berdondang sayang sesama jantan dan sesekali bergomol sakan bersama chinadoll, bila nafsu serakah terdedah, balik-balik orang lain pula yang kena tanggung kesalahan moralnya.
Ini adalah bukti bahawa babi hutan amat membenci kepada babi pekan,tindakan babi pekan menceroboh hutan di Pulau Pinang telah menyebabkan babi hutan telah mengejar babi pekan hingga lari tak cukup tanah... Pisau kata " PAS cukup marah kalau kita kritik babi DAP,sebab apa?"
He shredded the CM's boast that millions of ringgit of foreign investment poured into Penang just months after he became CM. Remember the promised multi-million investments by Blackberry and the plan to build a golf course by the South Koreans on the mainland?
They were all big fat lies.
Guan Eng almost got screwed big time by wanting to build a tiger park until he realized he was dealing with notorious animal smuggler Anson! : Read More
Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check dan balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.
Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.
Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.
Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.
Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.
Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.
Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).
Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.
Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.
Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.
Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.
Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.
PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.
Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.
Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.
Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.
Pihak jawatankuasa hak dan kebebasan seksualiti Merdeka menyambut baik pengiktirafan yang diberikan oleh golongan LGBT kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut sumber Seksualiti Merdeka,komuniti LGBT memang mengetahui dan mengiktiraf Anwar sebagai seorang biseksual yang turut tergolong didalam hak asasi yang diperjuangkan oleh mereka.
Ini juga dikaitkan apabila Anwar sendiri mengakui undang undang anti sodomi sudah lapuk dan tidak memberi hak kebebasan individu. "Kenapa harus diambil tindakan terhadap perbuatan sodomi jika mendapat persetujuan suka sama suka,ini adalah hak privisi" kata Anwar didalam satu wawancara BBC di India tidak lama dulu.
Drag Queen dari Singapura ,Mak Nyah bernama Kumar turut mengaitkan Anwar dengan minat terhadap video seks gay.
Pisau kata "Anwar pergi ke Phuket dengan budak lelaki berbaju pink untuk apa?"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PUTRAJAYA 20 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak faham mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
Beliau turut tertanya-tanya mengapa Anwar tidak mengulangi tindakan sama yang pernah dikenakan terhadap beliau sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara tersebut.
Pada masa sama, beliau juga mempersoalkan tindakan berdiam diri Anwar tidak menyaman ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang kini lantang memperjuangkan isu tersebut.
"Beliau pernah saman saya RM100 juta disebabkan itu saya tidak boleh berkata apa-apa terhadap beliau disebabkan kes ini dirujuk ke mahkamah.
"Ternyata, Anwar amat prihatin dengan reputasinya biarpun saya hanya mengulangi penghakiman oleh mahkamah ia dianggap sebagai satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Peraduan Mengarang Esei 2012 - Memupuk Minda Bakal Pemimpin di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Ekesekutif Perdana Leadership Faundation, Tan Sri Nik Mohamed Yaacob dan Presiden Maybank, Datuk Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau mengulas tindakan berdiam diri ketua pembangkang itu mengenai pendedahan Abdul Murad baru baru ini serta dakwaan Ummi Hafilda bahawa beliau menyimpan dan memiliki bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar serta kekayaan abangnya selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Sementara itu Dr. Mahathir turut ditanya pendekatan membina lebih banyak sekolah persendirian Cina dan mengiktiraf sijil peperiksaan bersatunya.
Beliau berkata, ia hanya menyukarkan rakyat berbilang kaum negara ini untuk hidup bersatu padu.
''Fakta dari dulu lagi menunjukkan bahawa sekolah vernakular boleh dibina oleh komuniti yang berbeza.
"Ia secara tidak langsung telah memberi kesan di mana golongan muda kita tidak hidup bersama dan telah menjadi halangan ke arah perpaduan di kalangan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya perkara itu berlaku, rakyat negara ini akan terdiri daripada tiga entiti kaum yang menggunakan bahasa berbeza.
Beliau turut mengingatkan bahawa di setiap negara dunia ini bahasa kebangsaan adalah terdiri daripada bahasa peneroka asal.
Kan Tok dah banyak kali kate, PKR ni akan jadi same macam parti Semangat 46 yang dah mati lame dulu. Bole le Tok Kate kan bahawa semua pemimpin2 PKR ni dari kumpulan UMNO yang terbuang dan dah tak terpakae lagi. Tok sikit pun tak terkejut bila tibe2 aje si Rafizi ni umumkan berundur diri dari jawatan dalam Kerajaan Selangor tu.
PKR Selangor menerima satu tamparan dengan perletakan jawatan oleh Rafizi, bermakna PKR Selangor sudah patah se belah gigi taring nye. Anwar Ibrahim kehilangan orang kana nye. Pergerakan PKR akan jadi semakin lembab dan tidak ber maye lagi.
Kite tunggu aje tak lame lagi akan semakin banyak le pemimpin2 dari PKR ni akan berundur dan keluar membawa diri. Nampak nye sdr Rafizi sudah pun memulakan langkah pertame nye dan memberi isyarat bahawa beliau sudah 'angkat tangan', langkah ke dua nye pasti dia 'angkat kaki' pule.
Sebeno nye pemimpin2 PKR ni dah jadi kelam kabut dan tak tentu arah dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir tibe. Mereka sudah terase bahawa PKR akan kalah teruk kerana ke gagalan mengurus di bahagian bawah iaitu bahagian rinting2 nye. Dalam posting Tok yang lalu Tok sudah nyatakan bahawa hampir semua ranting2 PKR sudah reput dan mati.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Faekah Husin bukanlah seseorang yang asing bagi blog ini. Malah blog ini adalah antara blog yang awal mempopularkan dia di laman maya.
Mulutnya.....hanya tuhan sahaja yang tahu. Kalau dalam bahasa kasar orang panggil mulut jahat. Hanya orang yang mengenali dia sahaja yang tahu tentang keceluparan dan kejahatan mulutnya. Mungkin sebab itulah sampai ke tua dia tak kahwin.
Pertama sekali, saya nak ajak anda imbas kembali kata-kata yang pernah diungkapkan dia yang sepanjang dia menjadi Setpol MB Selangor.
Anda baca dulu perlahan-lahan dari atas sampai ke bawah....Tak perlu gelojoh-gelojoh nak terus kebawah.
Selamat membaca....
Berdasarkan kajian, rakyat tidak terlalu menekankan janji berupa habuan wang ringgit tetapi menuntut pentadbiran telus, efisien dan bertanggungjawab - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 27 Mac 2012 - malaysiakini
Pihak yang tertekan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri tersebut dan mereka adalah kroni dan suku sakat Umno-BN. Golongan tersebut telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para pelobi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 24 September 2011 - malaysiakini
Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 18 Januari 2011 - malaysiakini
Rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan parti itu menangani masalah rasuah. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 9 Disember 2010 - malaysiakini
Rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus. - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 9 Disember 2010 - malaysiakini
Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat. Pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin Umno-BN. Sebab sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Mac 2012 - selangorku
Beliau mendabik dada kononnya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat tetapi membiarkan pembaziran dan salah guna kuasa yang berlaku di bawah portfolio pertaniannya,cakap tak serupa bikin - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Januari 2012 - selangorku
Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 16 Januari 2012 - selangorku
Inilah sikap jijik pemimpin UMNO yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain. Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 15 Mac 2012 - selangorku
Sikap jijik ya ?
Jijik ya ?
Jijik ?
Nah....ambil yang ini siapa yang jijik ?
Surat anak buah kepada makciknya....
Surat makcik kepada bos GLC
Untuk membaca pendedahan berkenaan sila rujuk di sini
Itulah sikap dan perangai sebenar PKR.
Ibarat perompak yang berpura-pura mengejar pencuri.
Itu yang kecil yang dapat kita kesan. Belum lagi keluar yang besar-besar. Allah Maha Kaya, Insyaallah satu hari nanti akan keluar semuanya.
Persoalannya kini, adakah Khalid Ibrahim berani untuk menggantung tugas Faekah sepertimana beliau menggantung tugas pegawai khasnya , Yahya Sahri pada tahun 2008.
Kita imbas kembali apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim ketika itu,
Pihak kami memandang serius tentang isu yang melibatkan ketelusan dan tanggungjawab dan sebab itu pihak kami tidak teragakagak untuk mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit walaupun ia bukanlah tindakan popular di peringkat parti - Khalid Ibrahim, 26 Jun 2008 - mstar
Menurut Abdul Khalid, tindakan gantung tugas dan gaji itu dibuat bagi membolehkan siasatan dibuat dengan meneliti semula semua dokumen yang pernah dikendalikan pegawai kanan di pejabatnya itu.Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan- rakan Pas dan DAP setuju, mesti ada ketelusan dan tanggungjawab, kita percaya kena buat (siasat) dengan betul, kalau pegawai itu tidak bersalah, akan diambil balik untuk bekerja, kalau didapati bersalah, kita akan ambil tindakan sewajarnya, kita memberi peluang kepadanya - Khalid Ibrahim , 24 Jun 2008 - Utusan Online
Walaupun bukti telah terbentang depan mata, saya yakin, bukan setakat yakin malah amat-amat yakin bahawa Khalid Ibrahim tidak akan mengambil tindakan menggantung tugas Faekah kerana Faekah terlalu istimewa baginya dan dilindungi Presiden PKR.
Khalid akan bagi alasan apa yang dilakukan Faekah bukan satu kesalahan, atau dia akan kata Faekah telah mendapat keizinannya terlebih dahulu sebelum menghantar surat berkenaan menggunakan letter head pejabat MB.
Soal samada tindakan akan diambil atau tidak , itu terpulang kepada mereka. Cuma kita nak tunjuk kepada rakyat Malaysia atau rakyat Selangor khususnya, itulah wajah orang yang siang malam selama 365 hari setahun menuduh UMNO dan BN mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme.
Kata orang tua-tua kerana mulut badan binasa....
Hari ini kerana mulutnya yang jahat dan selalu menengking pegawai-pegawai Kerajaan Selangor, Faekah menerima pembalasannya.
Menjelang PRU yang tidak berapa lama lagi membuatkan ramai pemimpin-pemimpin Pas menghadapi masalah mental yang serius, malah ada yang sudah sampai ke tahap kronik.
1 Jun 2012 - Presiden Pas menuduh BN akan mengadakan pilihanraya pada musim haji kerana hendak selamatkan BN. Katanya ini kerana ramai banyak penyokong Pas yang mengerjakan haji pada masa itu. Sini
Maklumlah di Malaysia ini yang haji semuanya orang-orang Pas. Haji Najib , Haji Muhyiddin, Haji Jamil Khir, Haji Zahid Hamidi, Haji Fuad Zakarshi dan ramai lagi. Semuanya orang Pas tu.....
Ambo mengaku kalah dengan Mat Sabu
5 Jun 2012 - Ketua Penerangan Pas keluarkan arahan supaya ahli-ahlinya yang terlibat dalam jentera pilihanraya agar menangguhkan ibadat haji tahun ini bagi memberi tumpuan kepada pilihanraya. Sini
Sepanjang minggu lepas selama seminggu isu berkenaan dibahaskan...
Tup...tup...tiba....tiba.....
19 Jun 2012 - Setiausaha Agung Pas keluar kenyataan yang mengatakan Pas jangka pilihanraya akan diadakan tahun hadapan. Sini
Kau dah suruh orang tangguh pergi haji, kau dah tuduh macam-macam kepada BN dan PM kononnya akan mengadakan PRU pada musim haji, tiba-tiba dia kata PRU tahun hadapan pula.
Tak ke gila namanya itu ?
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AMAT memalukan apabila parti politik iaitu Pas yang melaungkan kononnya memperjuangkan Islam membantah pembinaan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Ipoh.
Atas nama Islam, ia bukan sahaja perlu menyokong projek tersebut malah bersama-sama ke arah mempermudahkan urusan itu.
Alasan yang dicipta Pas dan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mempertahankan padang awam, yang sebahagian kecilnya digunakan untuk tapak bangunan SAR itu, menyerlahkan betapa kepentingan politik mengatasi kekalutan anak-anak di sekitar kawasan terlibat yang kini terpaksa menumpang belajar di dewan orang ramai di situ.
Janganlah kerana mahu meraih sokongan kelompok tertentu menjelang pilihan raya umum akan datang, soal keperluan asas iaitu pendidikan Islam mahu dikorbankan. Mempolitikkan isu tersebut, bagi Awang, amat keterlaluan.
Psstt.. Ini bukti prima facie yang menunjukkan PAS lebih mendahulukan bagaimana mahu mendapat keredhaan manusia daripada mendapat keredhaan Allah. Lebih bimbang akan kehilangan sokongan cina daripada kehilangan redha dan rahmat Allah. Lebih takut akan ancaman mahkhluk daripada ancaman Allah. Lebih mendahulukan keperluan dunia daripada maksud agama. Lebih sudu dari kuah. Cina pun tak kisah kalau kita buat sekolah agama rakyat. Tapi PAS saja yang mahu menimbulkan ketakutan dalam hatinya terhadap cina. Takut undi hilang.
Pembangkang hari ini meneruskan siri pendedahan 'pembelian' wakil rakyat mereka apabila kali ini mengaitkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah terlibat dalam proses rundingan berkenaan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerusi sidang media di bangunan Parlimen menamakan Azwanddin sebagai ejen yang bertanggungjawab dalam proses tawar-menawar terhadap wakil rakyat pembangkang.
"Hari ini saya dedahkan bahawa Azwanddin adalah salah seorang ejen untuk membeli wakil rakyat pembangkang khususnya membabitkan wakil rakyat PKR.
"Kita mahu beliau keluarkan kenyataan sama ada untuk menafikan atau sebaliknya," katanya di sini.
Menerusi sidang media itu Khalid menayangkan klip video berdurasi hampir lima minit dirakamkan di sebuah restoran di Klang menunjukkan Azwanddin dan empat yang lain sedang berbincang mengenai proses pembelian itu.
Sebelum ini Khalid menamakan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Zamil Ibrahim sebagai individu kedua selain Azwanddin terlibat dalam proses rundingan terbabit.
Melihat kepada keadaan semasa yang kurang 'menyenangkan khayalak ramai' ekoran beberapa kenyataan berhubung isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor; Faekah Husin yang mempertikai kepimpinan Timbalan Presiden KEADILAN YB Azmin Ali sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP), saya berasa bertanggungjawap untuk menyatakan ketegasan parti bahawa semua kepimpinan di dalam organisasi negeri, baik dari kedudukan Menteri Besar, anggota Exco apatah lagi Setiausaha Politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Tiap perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat organisasi parti yang dipimpin Majlis Pimpinan Pusat.
KEADILAN Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana dengan jelas ia melanggar etika parti.
Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi KEADILAN yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat.
Kenyataan twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di twitter #kamisayangpkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah.
Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul. Perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.
Saya nyatakan bahawa saya sedia mengatur pertemuan semuka untuk mengenalpasti apakah masalah dan saranan akar umbi KEADILAN bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.
Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehinga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan Dato Menteri Besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tidakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti.
Saya mengharap rakan-rakan perjuangan dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat umumnya berjiwa besar dalam mendepani percubaan UMNO yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita.
Setakat hari ini, visi ke Putrajaya di pandu dengan cukup baik oleh Pengarah JPRP Yb Azmin Ali dan acuan keikhlasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mentadbir negeri wajar digabungkan menjadi satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.
Namun jika dalam perjalanan ini, ada satu dua meriam yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan meriam baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan. Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini.
Kepada semua pihak saya seru agar memberikan tumpuan bagi menghadapi PRU 13 yang akan diadakan pada bila bila masa sahaja.
Ayoh, tekadkan semangat, bulatkan matlamat dan nampakkan muafakat dalam perjuangan kita untuk menumbangkan UMNO BN!
SHUHAIMI HAJI SHAFIEI Adun Sri Muda Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Mungkin faktor usia – almaklumlah sudah melewati fasa emas – saya kini mula memerhatikan benda-benda yang sebelumnya tidak pernah langsung diambil peduli @ 'ada aku kisah!' Salah satu yang menarik perhatian sekarang ialah iklan beraneka produk yang ada kaitan dengan seks.
Baru saya sedar, tersenyum dan macam tersindir, saban hari di sekeliling kita ada sekian banyak iklan dan promo mengenai syahwat.
Sebaik keluar rumah sebelah pagi, radio dalam kereta mula bercakap mengenai seks. Iklan sejenis produk ramuan herba itu memberitahu, sekiranya minum air ramuan tersebut setiap hari, tubuh akan sentiasa bertenaga.
"Pasti isteri akan terkejut dengan perubahan anda!"
Ketika berhenti di lampu trafik, telefon bimbit berdecitdecit tanda ada e-mel baru masuk. Sebaik e-mel dibuka ada pesanan mengenai tawaran membeli secara online.
Antara produk yang ditawarkan ialah viagra dan lain-lain pil rangsangan seks.
Setelah tiba di pejabat dan membaca akhbar pagi, mata tidak akan terlepas macam-macam iklan yang dikaitkan dengan hubungan kelamin.
Rupanya kehebatan seks kini bukan lagi hal peribadi yang sepatutnya dirahsiakan, sebaliknya sudah menjadi kemegahan untuk hebahan umum.
Salah satu yang menarik ialah pengakuan seorang isteri, gambarnya tersengih riang, sambil memeluk suami: "Dulu suami buat tak tahu, sekarang hari-hari mahu! Macam kambing dapat pucuk muda!"
Sebenarnya kalau kita perhatikan sebahagian besar iklan produk herba – jamu, makjun, kapsul, jus, minuman, makanan tambahan – pasti tidak akan terlepas menyebut kehebatan seks sebagai salah satu khasiatnya.
Macamlah orang kita tidak ada kerja lain kecuali berseks-seks! Antara mesej yang hendak disampaikan menerusi pengambilan dan amalan produk berkenaan ialah rangsangan berkelamin.
Ada mesej yang dinyatakan secara berlapis seperti 'kehidupan suami isteri bertambah manis', 'malam-malam anda menjadi lebih bermakna', 'hubungan sentiasa mesra' dan lain-lain madah.
Tetapi ada juga mesej yang disampaikan secara terang-terang dengan menyebut masalahmasalah syahwat seperti mati pucuk, hilang daya cengkaman wanita, dan lain-lain kalimah yang saya sendiri tidak sampai hati hendak menyebutnya.
Malah, ada iklan sejenis minuman tonik herba menunjukkan gambar kaki katil patah. Konon jika minum produk berkenaan tenaga syahwat akan meluap-luap dan hubungan intim menjadi luar biasa hingga katil boleh patah. Untunglah kedai menjual katil!
Oleh sebab tidak pernah mencuba, saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan produkproduk yang diiklankan itu.
Tidak pasti juga sama ada yang diiklankan dan dipasarkan itu mendapat pengesahan dari pihak berkuasa. Baguslah sekiranya produk-produk tersebut betulbetul dapat membantu.
Tetapi, pada hemat saya halhal intim dalam kelambu suami isteri tidak sepatutnya diceritakan tanpa malu-malu hanya untuk melariskan produk. Tidak kira betapa kuat cengkaman atau betapa hebatnya adegan ranjang, itu adalah rahsia, bukan untuk diberitahu umum.
Agaknya sebab memahami orang kita suka hal-hal seperti itu, ada iklan ala-ala seks yang tidak ada kena-mengena langsung dengan syahwat.
Kawan saya memberitahu, dia terbaca iklan spa di sebuah akhbar bahasa Cina yang menyebut: "Saksikan sendiri mandian berbogel tanpa seurat benang!"
Berpandukan alamat seperti yang diiklankan, dia dan beberapa teman segera pergi ke pusat spa berkenaan untuk melihat orang berbogel.
Dia terkejut sebab yang mandi tanpa seurat benang dan boleh ditonton itu bukanlah orang, tetapi kereta.
Rupanya itu iklan tempat cuci kereta. Almaklumlah, sekarang kereta pun sudah ada salun dan spa! Pada tembok dan tiang-tiang lampu isyarat sentiasa ada iklan kecil ditampal bersama-sama sekian banyak iklan ah long.
Malah, ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa pulang ke rumah sebelah petang, mata terpandang pada iklan yang ditampal pada batang-batang pokok di pembahagi jalan.
Ada nombor telefon pada iklan tulisan tangan itu.
Di bawah nombor tersebut ditulis dengan huruf tebal: 'Urut Ubah Saiz'. Walaupun tidak dijelaskan, semua orang faham yang dimaksudkan dalam iklan tersebut bukan saiz lengan atau saiz pinggang, tetapi saiz yang ada kena mengena dengan syahwat.
Agaknya kekalutan politik dan demam PRU13 membuat orang sentiasa resah.
Ada yang percaya keresahan boleh diredakan dengan seks. Saya tidak percaya.
Aku dengar ada orang kata...suka bebenor boleh belajor ugama dan dapat berhujjah ngan AQ dan hadis. Boleh bercakap ngan guna dalil.
Oleh itu ramai cuba hafal 2, 3 ayat AQ dan beberapa hadis sebagai satu kekuatan utk bercakap..kemudian leh dipanggil ustaz atau pak sheikh atau ustaz..ada juga bila menulis leh cari mana2 ayat AQ dan hadis utk kuatkan penulisannya.
Baguslah jika niat tu baik..cuma nak kabor Iblis pun pandai, syaitan pun pandai, yahudi dan nasrani pun pandai..malah ada pempin DAP leh bagi ceramah dan siap bagi dalil ayat AQ lagi.
Tapi Islam bukannya pada cakap2, atau pada tulis2..bukannya banyak mana buku dan kitab ditulis. Atau berapa banyak kaset dan cd laku. Bukan berapa banyak keluar U-tube.
Nabi saw, tiada yg lebih faham AQ dan tiada yg lebih faham agama...dan tiada yg lebih soleh dan bertaqwa disisi Allah swt.
Dan nabi saw..tak pernah tidur ngan kekenyangan. Tak pernah tinggal sebutir kurma utk esok hari.Tak pernah tinggal 1 dirham utk esok hari.
Dan banyak2 doa nabi saw..doa ni je yg tak ramai nak amalkan yakni jadikan ia miskin dan dibangkitkan dikalangan orang2 yg miskin.
Islam adalah pada amal. Islam pada diri. Inilah bab yg paling susah. Usah berbangga leh berhujjah dan brpidato penuh dalil2 AQ dan hadis, leh menulis ngan penulisan yg hebat, leh karang syair2 yg hebat dan ungkapan2 yg hebat.
Yg Iblis tak mampu lakukan, Yahudi dan nasrani tak mampu lakukan..ialah bawa kehidupan suci murni nabi saw dalam kehidupan.
Inilah cabaran kita yg sebenarnya...
Tapi yg rasa Islamik kerana jadi ahli parti politik atau menyokong parti politik yg berdaftar utk membolehkan berebut kerusi..mmm lagi sedih.
Takkanlah kita ini sedarjat ngan kelab penyokong parti tersebut juga...takkan mereka yg jadi ahli kelab penyokong parti tersebut pun rasa "islamik" juga kut!!
Agak2 ahli kelab penyokong ni dapat pahala gak ke?
Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi mendedahkan sebahagian rakaman video selama lebih kurang 30 saat dan ejen baru, yang dikenal pasti berhubung proses rundingan bagi membeli ahli parlimen mereka dengan tawaran harga yang lumayan.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor III, Khalid Samad berkata, risikan dijalankan menunjukkan perbuatan itu bukan perkara baru, malah mereka menyasarkan ahli Parlimen PKR sebagai mangsa.
"Mereka mahu jadikan MP dari PKR sebagai mangsa supaya rakyat boleh melabel PKR sebagai parti yang tidak boleh diharap.
"Mereka takut nak jerat MP dari Pas atau DAP sebab dua parti ini sudah agak lama bertapak.
"Kalau PKR, mereka mahu kaitkan dengan beberapa kes dan mahu parti itu dilabel memiliki reputasi yang buruk," kata beliau pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, hari ini.
Khalid turut mendedahkan nama seorang lagi individu yang didakwa sebagai ejen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.
Nama bekas Ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim didedahkan dalam sidang media minggu lalu. Zamil menafikan perkara dan mencabar Khalid membuat lebih banyak pendedahan.
Video selama 30 saat itu jelas menunjukkan empat individu sedang berbincang di sebuah restoran berhampiran ibu kota.
Khalid mendakwa, ahli Parlimen itu ditawarkan sebanyak RM2 juta sebagai habuan meninggalkan parti dan tugas sulit itu didalangi Umno.
"Negara sekarang tercabar dengan politik wang. Nilai politik kotor yang akhirnya memberi impak kepada demokrasi berparlimen yang diamalkan.
"Apa maknanya kita dipilih oleh rakyat, tetapi ramai mereka yang banyak duit rasa mereka boleh beli ahli Parlimen untuk rebut kuasa dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Iklan dua kupang...The #CelcomElephants are taking on the birds' territory and trying to fly now. Find out why on 27 June!
Satu set 28 keping gambar-gamabr seorang guru wanita dari sekolah menengah di Hubei telah tersebar meluas di internet.
Ia dipercayai dilakukan oleh seseorang yang berdendam dengan beliau.
Perkara ini bermula pada malam kelmarin apabila ahli yang tidak dikenali telah memulakan topik "Gambar Bogel Guru Perempuan dari Hubei" ke papan mesej QQ group, ataupun Qichun City Netizen Club, dengan memuatnaik 28 keping gambar guru tersebut serta maklumat peribadi beliau.
Guru wanita tersebut telah membuat laporan polis ketika wartawan menghubunginya.
Menurut pengetua sekolah berkenaan, guru tersebut tidak mempunyai masalah dengan rakan-rakan sekerjanya dan pencapaiannya juga selalu yang terbaik. Beliau sekarang dikatakan mengambil cuti berikutan insiden tersebut.
Polis membuat kesimpulan awal bahawa kes ini ada kaitan dengan dendam terhadap guru tersebut. Bekas suami beliau sekarang menjadi suspek utama dalam kes ini.
MH Online terkejut melihat beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh rakan Facebook pelakon kontroversi, Mislina di akaun miliknya.
Gambar-gambar tersebut memaparkan Mislina dalam keadaan separuh bogel dengan hanya mengenakan bikini sahaja di salah sebuah pulau.
MH yang menghubungi Mislina punya penjelasan tersendiri berhubung gambar berkenaan.
"Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi. Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi.
"Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya. Walaupun saya bercerita yang baik, perkara buruk juga yang diperkatakan tentang diri saya.
"saya sudah malas nak memikir dan melayan semua itu sejak peristiwa di perhimpunan Bersih hari itu. Saya sudah tak kuasa masuk campur dalam dunia hiburan," jelasnya dalam nada tegas.
Ditanya reaksi tentang penyebaran gambar-gambar tersebut oleh rakan Facebook nya, jawab Mislina;
"Untuk apa saya marah kerana kawan-kawan saya juga berada ditempat yang sama dan mereka tahu keadaan saya. Saya dah cukup kebal untuk semua itu."
Gajah INI kalau dipakaikan bikini lagi lawa la...!
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang mengalami masalah rabun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua pertuduhan mencabul dua gadis di lokasi dan waktu yang sama, tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Abdul Aziz Ab Rahman, 45, dari Jalan Panji Alam, di sini, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.
Mengikut pertuduhan pertama, dia yang turut menghidap penyakit kencing manis dan jantung itu didakwa pada 21 September 2005 jam lebih kurang jam 12 tengah hari di sebuah rumah di Tanah Lot Batu 10, Gong Badak, di sini, telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa yang ketika itu berusia 24 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan jenayah sama terhadap seorang lagi mangsa yang berusia 21 tahun di lokasi dan waktu yang sama.
Dengan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Noradila kemudiannya menetapkan 15 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.
Sementara PKR Selangor berhadapan isu kontroversi berkaitan dengan Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Rafizi Ramli pula mengumumkan beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata Rafizi menerusi mesej Twitternya lebih sejam lalu.
Pengarah Strategi PKR ini, yang dilihat sebagai antara pemimpin yang meningkat naik dalam politik PKR, tetapi menjawab panggilan telefon.
Rafizi dilantik sebagai Pengarah Strategi susulan pemilihan PKR dua tahun lalu.
Bagaimanapun beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pengikutnya menerusi Twitter.
Antara lain beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."
"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.
Menjawab soalan pengikutnya yang mahu tahu alasan sebenar beliau meletakkan jawatan, Rafizi berkata, "Ha, ha, ha, seoalan tweet macam kata-kata terkenal (bekas Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet pusat, Tan Sri)
Rafidah Aziz, "mengapa, mengapa, mengapa"."
"Jangan bimbang saya tidak menangis bercucuran macam Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya dengan merujuk kepada peristiwa ketika Perhimpunan Agung Umno sedekad yang lalu.
Rafizi yang antara lain disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga berkata, beliau memerlukan masa rehat dan sebab itu melepaskan jawatan itu.
"Itu sahaja," katanya lagi.
Katanya, beliau biasanya tidak akan kekal dalam satu jawatan lebih daripada dua tahun.
"Saya tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan. Yang ini saya sudah melebih dua tahun, masa untuk bergerak ke depan. Tiada dimensi politik dalam hal ini," katanya menjawab soalan-soalan pengikutnya yang terkejut dengan keputusan ini.
Walaupun beliau tidak mengaitkan dengan perkembangan politik dalam PKR dan Pakatan Rakyat, tetapi keputusan itu dilihat akan memberi kesan ke atas persepsi orang ramai terhadap PKR.
KLANG - Bekas ahli majlis mendakwa wujud pemimpin tertentu dalam DAP yang campur tangan dalam pelantikan ke jawatan itu bagi kuota parti itu hingga mengetepikan nama yang sudah dipilih.
Bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penggal Julai 2010 hingga Febuari 2012, K Yogasigamany berkata, pihaknya kesal dengan perbuatan itu yang dilihat bercanggahan dengan prinsip parti itu.
Menurutnya, pemimpin yang memegang jawatan Exco itu juga cuba menyingkirkan namanya dan beberapa nama lain dipilih dengan meletak calon lain pada saat akhir.
"Saya kesal dengan situasi ini kerana saya juga menjadi salah seorang mangsanya. "Nama saya juga dicalonkan untuk Ahli MBSA bagi penggal 2012-2013 oleh DAP Selangor.
Bagaimanapun nama saya tidak diluluskan pemimpin tersebut dan digantikan dengan pihak lain pada saat akhir.
"Saya lihat tindakan pemimpin tersebut keterlaluan kerana ia adalah keputusan DAP Selangor namun beliau sanggup mengetepikan keputusan itu dengan meletak calon pilihannya," dakwanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Cawangan Taman Chi Liung Indah mendakwa, tindakan pemimpin itu dilakukan tanpa kebenaran DAP Selangor berdasarkan kenyataan yang dibuat di sebuah media oleh seorang pemimpin tertinggi DAP Selangor yang mengakui tindakan itu.
Walaupun begitu, katanya, pihaknya dan beberapa nama lain yang digugurkan diberikan khabar gembira apabila ditempatkan di pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.
"Namun begitu saya menolak tawaran itu kerana tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan pemimpin itu.
"Tambahan lagi kami dilantik selepas tiga bulan ahli majlis lain mengangkat sumpah. Saya menerimanya dalam keadaan gembira bercampur duka," katanya.
Sehubungan itu, Yogasigamany berharap pemimpin atasan DAP dapat mengambil tindakan terhadap pihak yang mencampuri urusan pemilihan berkenaan.
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, semalam enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Azmin yang dipetik portal berita Free Malaysia Today sebaliknya berkata, tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut dan tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.
Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.
"Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut," katanya.
Awal bulan Mac 2012 yang lalu, media banyak menulis tentang perihal Ella dan kekasih bernama A yang sudah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara.
Namun tiada sebarang tarikh diperkatakan tentang bilakah ratu rock Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujangnya. Kami baru sahaja menerima maklumat terkini.
Menurut pengirim e-mail yang rapat dengan keluarga Azhar, juruterbang yang merupakan kekasih Ella, pasangan ini bakal bernikah pada tanggal 7 Julai 2012.
Majlis pernikahan pasangan ini dikhabarkan bakal berlangsung di Klang & persiapan yang sepatutnya sudah pun berjalan. Khabar'nya juga majlis merisik sudah pun selesai.
Tetapi menurut sumber kami ini, majlis resepsi perkahwinan Ella & Azhar hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 nanti di Putrajaya International Convention Center (PICC).
Benar atau tidak maklumat yang kami terima ini, hanya Ella dan keluarga sahaja yang mengetahui. Apa yang kita semua tahu, Ella dan pasangannya memang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga. Kami disini mendoakan yang terbaik.
KAMPUNG RAJA - Pengawal keselamatan berusia 56 tahun yang ditahan polis kelmarin kerana disyaki mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun, masih ditahan kerana turut dipercayai meliwat abang kanak-kanak itu yang berusia 9 tahun.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, warga emas itu akan disiasat terhadap kes seks luar tabie apabila abang mangsa yang belajar di tahun tiga mengadu kepada ibunya, dia telah diliwat oleh suspek.
Menurutnya, mangsa dikatakan memberitahu perbuatan jijik suspek kepada ibunya selepas perbuatan terkutuk suspek yang dipercayai mencabul kehormatan adiknya di Hutan Lipur Lata Tembakah terbongkar.
"Mangsa memberitahu suspek meliwatnya pada kali pertama pada akhir April lalu di Kampung Padang Bual, Pasir Akar, Hulu Besut dan perbuatan itu berlarutan hampir setiap minggu sehingga 9 Jun lalu di kawasan kebun dekat Lata Tembakah," katanya.
Kamaruddin berkata, sebelum ini mangsa dikatakan takut untuk mendedahkan perbuatan suspek dan selepas kes adiknya dicabul terbongkar, baru dia memberitahu ibunya.
Menurutnya, mangsa telah dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan kecederaan lama pada dubur mangsa.
Suspek ditahan lanjut untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 377 (b) Kanun Keseksaan berhubung kesalahan seks luar tabii (liwat) dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Sinar Harian semalam melaporkan berita penangkapan suspek apabila seorang pengawal keselamatan berusia 21 tahun terkejut selepas mendapati, gambar bogel adiknya berusia tujuh tahun terdapat dalam rakaman video telefon bimbit milik rakan setugasnya.
Sebelum itu, pengawal keselamatan berusia 21 tahun diminta oleh suspek berusia 56 tahun agar mengecas bateri telefon bimbitnya.
Pada kesempatan itu, abang mangsa mengambil peluang memeriksa gambar di dalam telefon bimbit itu, dan terkejut apabila salah satu video di dalamnya memaparkan aksi adiknya disyaki dicabul oleh suspek.
Bagi kes pertama itu, suspek telah membuat rakaman video aksi tidak senonohnya terhadap kanak-kanak perempuan itu pada jam 12.09 tengah hari, 6 Mei dan jam 1.55 petang, 3 Jun lalu di kawasan hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut
Ipoh: Bakal guru sekolah Cina yang berada di semua 27 institut pendidikan guru (IPG) diwajibkan mengambil subjek bahasa Cina sebagai subjek elektif, menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong.
Ini bagi menjamin kualiti guru sekolah Cina di samping menampung masalah kekurangan guru, tambahnya.
"Peraturan ini akan dikuat-kuasakan kepada 490 pelajar batch baru, di mana 60 daripada mereka akan ditempatkan di IPG kampus Ipoh," Katanya sewaktu lawatan ke kampus Hulu Kinta semalam. ~The Star
Licik sungguh,
1. Maknanya, guru Cina boleh mengajar di sekolah Cina dan sekolah kebangsaan, manakala guru Melayu dan bumiputra terhad kepada sekolah kebangsaan sahaja.
2. Walaupun termaktub dalam perlembagaan bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan, 'mereka' telah berjaya memaksa bahasa 'mereka' dimartabatkan dengan cara ini, sama seperti sektor swasta yang meletakkan syarat kelayakan dalam iklan jawatan kosong, 'boleh berbahasa Mandarin', kini, kalau hendak mengajar di sekolah Cina mesti tahu bahasa cina walaupun tidak mengajar bahasa Cina.
3. Jelas sekali perkara ini adalah ancaman kepada perpaduan, jika bercakap tidak sama bahasa kemungkinan untuk bertegur sapa adalah kurang, jika kurang bertegur sapa perpaduan susah mahu wujud, kini pun 'mereka' lebih rela bercakap dalam broken english daripada bercakap bahasa kebangsaan, sebab itulah muncul oh my english yang merujuk kepada english 'mereka' lah itu, dan 'mereka' masih tidak malu mengaku mereka adalah generasi kelima di Malaysia dan melenting dipanggil pendatang walaupun tidak pandai berbahasa Malaysia.
4. Jika Tan Sri Muhiyiddin dikecam keras DAP kerana menegaskan beliau Malay first, Malaysian second yang kononnya ancaman kepada perpaduan, mari kita lihat apa reaksi DAP dalam isu ini, yang terlebih dahulu diperjuangkan puak pelampau Dhong Zong. Untuk rekod, perarakan mereka juga disertai Zuraidah PKR. (The views expressed here are the personal opinion of the columnist)
Untuk peminat dan penggemar siri kartun animasi The Smurfs, mungkin anda akan teruja dengan perkhabaran di mana filem The Smurfs akan dialih bahasa ke bahasa Melayu dan akan dilakonkan atau menggunakan suara-suara selebriti terkenal tanahaair.
Antaranya, The Smurfs menggunakan suara pelakon Lisa Surihani bersama suaminya Yusry Abdul Halim yang bawa watak utama, penyanyi Hafiz bawa watak Clumsy, Papa Smurf dilakonkan oleh Hafidzuddin Fazil, Aznil Haji Nawawi sebagai Gargamel, AC Mizal, Emilia Rosnaida, Elfira Loy, Hanif Era FM, Ray Era FM dan ramai lagi.
Semenjak penampilannya di dalam Transformer nama Shia LaBeouf terus mendapat tempat di mata penerbit-penerbit filem, dan yang terbaru beliau tampil di dalam video klip single terbaru band Sigur Ros yang bertajuk 'Fjogur Piano'.
Dalam video klip yang berdurasi 8 minit tersebut, Shia LaBeouf dipasangkan dengan model Denna Thomsen.
Single ini sendiri mengisahkan tentang sepasang kekasih yang saling bergantungan di dalam cinta yang penuh syahdu.
Shia tampil tanpa seurat benang pun ditubuhnya bersama Denna. Bahkan kemaluan Shia turut kelihatan untuk beberapa ketika di dalam video itu.
Walaubagaimanpun penghasilan video klip ini bukanlah sesuatu yang murahan kerana mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. Band Sigur Ros pun memuji penampilan bogel LaBeouf.
"Bagi masyarakat Iceland, berbogel adalah perkara biasa," kata Georg Holm, basis kepada TMZ, Selasa lalu.
Video klip tersebut telah pun dimuat naik ke Youtube tetapi tidak dapat ditonton kerana halangan hakcipta
Didier Drogba telah mengesahkan bahawa beliau akan menyertai kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua.
Pemain berusia 34 tahun itu yang telah memenangi Liga Juara Juara bersama Chelsea musim lepas telah menandatangani kontrak selama dua tahun yang dikhabarkan berjumlah £200,000 seminggu.
Beliau akan berganding dengan Nicolas Anelka yang berada di sana sejak Januari lepas.
"Saya telah mempertimbangkan semua tawaran yang diterima beberapa minggu lepas tetapi saya rasa Shanghai Shenhua FC adalah yang terbaik buat saya buat masa ini," kata Drogba.
Tambahnya lagi: "Saya bersedia untuk cabaran yang baru di negara yang mempunyai budaya yang berlainan dan sangat teruja dengan pembangunan Liga Super China."
Sementara itu, pemilik Shanghai Shenhua, Zhu Jun turut melahirkan rasa bangga dan gembira dengan kehadiran Drogba ke kelab itu.
"Sudah lama kami mahu mendapatkan Drogba dan kami berpuas hati kerana akhirnya beliau setuju untuk menyertai kami.
"Beliau seorang pemain yang hebat dan telah memenangi banyak trofi dalam kariernya. Pengalaman dan kebolehannya akan sangat berharga untuk skuad." kata Zhu Jun.
AYAT itu penulis petik dari sumber yang menyampaikan maklumat tersebut kepada penulis.
Rasa nak gelak pun ada bila dia dengan yakinnya menyampaikan kepada penulis perkara tersebut.
Sengaja penulis siarkan di laman ini supaya maklumatnya dapat dikongsi dengan pembaca, senang kita nak menilai strategi bagaimana yang digunakan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khabarnya begini, video 'terbaru' ini sebenarnya sudah lama. Ia dikatakan dirakam sejak zaman Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri lagi dan disimpan oleh pihak-pihak tertentu di Singapura. Kisahnya di dalam video tersebut, adegan dua lelaki sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik hotel di Singapura dengan salah seorang dari lelaki tersebut dikatakan 'sangat' menyerupai Anwar.
Cuma yang tidak sedapnya, penulis dimaklumkan bahawa salinan video tersebut sekarang berada di Malaysia dan telah diserahkan kepada seorang pemimpin utama sebuah parti komponen dalam Pakatan Rakyat sendiri dan beliau dimaklumkan telah menonton video tersebut.
Penulis secara peribadi tidak langsung terkejut dengan berita dan kaitannya dengan negara Singapura. Ini kerana, dalam satu pendedahan pada 2010, Wikileaks telah mendedahkan maklumat kononnya perisikan Singapura sendiri mengetahui mengenai apa yang didakwa penglibatan Anwar dalam soal homoseksual ini dengan ayat yang digunakan ialah "[Mr Anwar] 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'".
Cuma masalahnya, ia tidak pernah dibuktikan dimana-mana pun, malah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sendiri telah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, awal Januari lepas.
KULIM - Gara-gara takut dicekup, sepasang kekasih berusia antara 17 dan 18 tahun yang sedang melakukan hubungan seks melarikan diri ketika didekati kumpulan penduduk kira-kira jam 3.45 pagi, di pondok rehat sebuah taman perumahan, di sini semalam.
Aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Kulim, Mohd Rashdan Yaakob, 30, berkata, dia menerima maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran motosikal diletakkan di dalam pondok rehat di situ.
Menurutnya, ketika dia bersama tiga penduduk lain mendekati lokasi pasangan terlibat, si perempuan menyedari kehadiran mereka.
"Mulanya disangka motosikal Honda yang ada dalam pondok rehat itu mungkin dicuri memandangkan terdapat beberapa laporan kehilangan motosikal hari ini, jadi kami membuat intipan.
"Memang kami nampak motosikal, tetapi suspek terlibat tidak ada. Setelah kami berada kira-kira 10 meter dari pondok itu, baru kami terdengar suara perempuan.
Kami buat rancangan menahan kedua-dua mereka, namun pasangan perempuan yang memakai baju kurung tiba-tiba bangun dan melarikan diri dengan motosikal," katanya.
Mohd Rashdan berkata, pasangan lelaki yang ada di pondok itu tidak dapat melarikan diri lebih jauh kerana tidak berseluar, tetapi masih berbaju.
Menurutnya, setelah ditahan pihaknya menasihati remaja lelaki terbabit berhubung perbuatannya bersama pasangan yang tidak baik dan berdosa sebelum dia dilepaskan.
Katanya lagi, perlakuan maksiat melibatkan remaja semakin membimbangkan dan kebanyakan mereka melakukannya terdiri kalangan remaja dan pelajar sekolah.
"Selain padang permainan, pasangan terlibat akan melakukan hubungan seks bersama kekasih di bangunan tinggal. Sepanjang minggu ini, tiga pasangan kekasih berjaya ditahan dalam keadaan mengaibkan.
"Mereka ditahan selalunya beri alasan, keluarga telah mengetahui hubungan mereka atau sudah bertunang atau akan bernikah tidak lama lagi," katanya.
Menurutnya, hukuman denda mahupun penjara terhadap pasangan remaja yang kebanyakannya tidak mempunyai duit poket sendiri bukan cara positif mendidik masyarakat.
Menurutnya, antara cara adalah dengan mengadakan dialog bersama penduduk atau menasihati golongan berkenaan dan memberi tumpuan kepada pelajar bermasalah.
"Kalau hendak berkeras pun biar kena pada tempatnya.
Sebagai orang awam yang sering berhadapan masalah seperti ini, saya dan rakan lain lebih selesa sekiranya pasangan terlibat dinasihati.
"Lagipun yang ditahan, didenda dan penjarakan adalah orang Islam dan bukan beragama lain yang boleh tersenyum kerana tidak dikenakan sebarang tindakan," katanya.
p/s : Jangan rakam aksi seks anda menggunakan telefon bimbit ini!
SHAH ALAM – Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.
Shuhaimi yang Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, visi menjadi kerajaan kini dipandu dengan gandingan cukup baik antara Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.
"Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua 'meriam' yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan 'meriam' baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.
"Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kempen di laman Twitter itu memaparkan pelbagai luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati selepas Faekah dikatakan mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.
Shuhaimi menegaskan semua kepimpinan di dalam organisasi negeri baik dari kedudukan menteri besar, anggota exco apatah lagi setiausaha politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Menurutnya, PKR Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana jelas ia melanggar etika parti.
"Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif menteri besar untuk melantik setiausaha politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi PKR yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat," katanya.
Menurutnya, perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.
"Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.
"Kenyataan Twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di Twitter #kamisayang pkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikirkan perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah," katanya.
Shuhaimi turut bersedia menjadi 'orang tengah' mengatur pertemuan semuka untuk mengenal pasti apakah masalah dan saranan akar umbi PKR bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.
"Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehingga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan menteri besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
"Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti," katanya.
Beliau turut berharap pemimpin PR kini fokus memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
"Kita perlu berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita," katanya.
PAS ni...pandai pandai buat kata putus setuju. Yang kuat betul anti dengan Lynas (sebenarnya bukan dia anti Lynas ni pun, semuanya politik aja!) PKR dengan DAP.
PAS ni ngikut ajer...orang kata ya, dia pun ya...walaupun pakar nuklearnya sendiri memberi jaminan tentang keselamatan Lynas ini.
Apa akan jadi kalau PAS setuju? PAS bukan ada kuasa nak mengajak DAP dan PKR supaya sama-sama bersetuju. Bukannya apa...takut kena jerkah..maklumla, minoriti..
DAP kalau nak nafikan persetujuan PAS ni senang aja, "Itu pendapat peribadi Khalid Samad, bukan Pakatan Rakyat" confirm terjahit mulut...
KUALA LUMPUR: PAS menyatakan persetujuan mengenai pembinaan projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang sekiranya kerajaan memberi jaminan dapat menyelesaikan isu berkaitan keselamatandan kesihatan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu tidak ada masalah sekiranya kerajaan mahu melaksanakan projek tersebut jika bukti saintifik mengenai tahap keselamatannya dikemukakan.
"Ya (setuju dengan projek Lynas), dan (jika) terbukti ianya selamat. Apa masalahnya? (untuk bersetuju).
"Kita tak kata ianya (Lynas) muktamad sebagai tak selamat. Tetapi apabila kita bangkitkan soalan begini...jawab. Jangan alihkan isu dengan hanya kata radiasi rendah.
"Memang rendah. Tapi masih ada bahaya, jadi beri jaminan macam mana nak tanganinya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Selain itu Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS II Selangor menegaskan pada peringkat ini parti itu tidak bersetuju dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) agar kerajaan memberi lesenpengendalian sementara (TOL) kepada Lynas.
"Apa yang kita pertikaikan ialah proses yang begitu cepat memberi kelulusan, belum semua soalan dijawab, lesen nak diberi.
"Berdasarkan laporan, ada banyak persoalan yang tidak dijawab, kami tidak bersetuju dengan keputusan memberi TOL kepada syarikat itu," katanya.
Pada Selasa PSC menerusi syornya memberi lampu hijau kepada Lynas agar diberikan TOL kerana jawatankuasa itu mendapati ia memenuhi segala keperluan yang ditetapkan.
PSC mengesyorkan supaya TOL diberikan agar projek tersebut dapat beroperasi secara berperingkat dan dikawal selia agensi penguatkuasa.
Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear berkata PSC gagal mengemukakan laporan berhubung projek berkenaan dari sudut saintifik.
Bagaimanapun Che Rosli menegaskan beliau tidak menolak secara keseluruhan hasil pembentangan laporan tersebut.
"Kita tak boleh terima semua, bila saya baca semua permasalahan yang dikutip oleh PSC adalah bagus. Tapi jawapannya tidak sepenuhnya.
"Tak ada penjelasan statistik. Saya tak nampak jawapan yang betul-betul saintifik dikeluarkan. Kami tak sepenuhnya menolak laporan ini," katanya.
Dalam pada itu Che Rosli turut mencadangkan agar kerajaan melaksanakan ujian makmal bagi mengkaji mengenai tahap keselamatan pembinaan projek Lynas.
"Kerajaan boleh jalankan ujian makmal yang hanya ambil masa dua atau tiga bulan untuk mengetahui hasil dapatannya.
"Masih belum terlambat. Jalankan ujian makmal mengikut skala industri dan kemudian bentangkan kepada rakyat mengenai tahap keselamatan terhadap persekitaran sekiranya projek ini diteruskan," katanya.
Laman web TKO, melalui forumnya telah tersebar bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan PKR 1 yang bernilai RM99,555. Bidaan ini diambil dari akaun twitter individu INI.
Siapakah 'ahli perniagaan' yang dimaksudkan itu? Ada komentator di forum tersebut menyatakan ketika bidaan nombor pendaftaran WWW 1 berjaya, JPJ pada mulanya mewar-warkan pemenangnya sebagai ahli perniagaan juga.
Atau masing-masing sudah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebelum ini hingga tidak berani membida nombor pendaftaran tersebut dengan harga yang lebih tinggi.
Mungkin juga nombor PKR itu sendiri tidak memberi keyakinan kepada pemiliknya berasaskan situasi masa kini...
Apa reaksi Saudara Nizar pula ya? Walaupun ianya kelihatan jelas berbeza dari bidaan MCA 1 dan WWW 1, tapi harganya masih mencecah puluhan ribu. Mnegikut kata Nizar, ini pembaziran kerana ramai rakyat Pulau Pinang yang terhalau dan merempat di negeri sendiri yang perlu ditolong.
Ah..mungkin kerana bukan golongan diraja yang membida kot..
SHAH ALAM - Chin Peng, pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, 90, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok dan berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin Melalui blognya, zamkata. blogspot, berkata, beberapa kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali orang yang melawatnya.
Menurut blog itu, seorang daripada dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu, Chin Peng telah dikejarkan ke hospital dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin tenat.
Dua orang pembantunya cuba memberitahu tentang kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar.
Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantu bahawa sebelumnya dia telah pun bercakap mengenai kematiannya.
Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berumur 15 tahun.
Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah setiausaha agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang AS$1 juta (RM3.2 juta).
Ledang - Sebuah pasar raya di Tanjung Agas, dekat sini, gempar apabila salah seorang pekerjanya melihat kemunculan seekor buaya yang timbul di permukaan Sungai Muar, berhampiran premis berkenaan, Isnin lalu.
Gambar: Antara gambar buaya timbul di Sungai Muar yang sempat dirakam Hairi.
Mahu dikenali sebagai Hairi, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.15 malam, dia sedang membuat rondaan di sekitar pasar raya itu.
Menurutnya, dia terlihat kelibat objek yang tiba-tiba naik dan masuk semula ke dalam air.
"Pada mulanya saya sangka batang kayu tetapi selepas diamati, barulah saya menyedari objek berkenaan adalah seekor buaya dewasa setelah lampu suluh mengenai matanya.
"Saya segera memanggil rakan yang kebetulan memegang kamera dan turut merakam kejadian ini. Reptilia ini agak besar dan panjangnya tidak kurang daripada 10 kaki, namun sejak kebelakangan ini ia kerap muncul pada waktu petang.
"Kehadiran buaya ini telah menimbulkan kebimbangan ramai kaki pancing di pinggir sungai ini," katanya. -SH
Note: Jambatan Sungai Muar juga pernah dilibas oleh seekor buaya keramat putih hingga mengegarkan jambatan Muar. Cuba bayangkan betapa besarnya buaya tersebut.. hinggakan jambatan konkrit pun boleh bergegar!!
Mula-mula kita baca apa sebabnya Rafizi letak jawatan!
"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...
"Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.
"Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi.
Krisis pentadbiran dinegeri selangor kian parah..terkini orang kuat kerajaan selangor melepaskan jawatannya..perghhh..satu tamparan yang hebat buat team pentadbiran kerajaan selangor..teringat lagu tan sri sm salim satu ketika dahulu..alaaa lagu APA NAK JADI...kali ni ubah sikit lirik lagu tu..Apa nak jadi..apa nak jadi,Rafizi dah undur diri..apa nak jadi....jangan pula puak-puak aljubori ni kata pulak,ni angkara umno..tahniahlah rafizi..kerana dah sedar akan permainan politik yang kotor puak-puak ni..apa nak jadi....
Adalah baik untuk mempunyai kebebasan berhimpun tetapi ia perlu ada hadnya kerana sebuah kerajaan yang baik bukan hanya bertanggungjawab kepada kumpulan minoriti tetapi juga majoriti, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tegasnya, semua kebebasan ada hadnya kerana kebebasan mungkin menceroboh atau menafikan kebebasan orang lain.
"Jadi, kita perlu menerima had ini, anda boleh mendapat kebebasan tetapi anda tidak boleh melangkaui sesetengah perkara kerana orang lain juga berhak untuk mendapat kebebasan," katanya dalam ceramahnya 'Akta Perhimpunan Aman 2012 - Masa Depan dan Cabaran' di Putrajaya semalam.
Beliau berkata kebebasan berhimpun juga tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memberi tekanan kepada kerajaan kerana apabila ini berlaku sepanjang masa, kerajaan tidak boleh membuat keputusan yang baik.
Dr Mahathir berkata walaupun Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal tetapi masih mengamalkan demokrasi dalam erti kata rakyat boleh mengubah kerajaan melalui proses pengundian dan dengan ini ia tidak memerlukan rakyat untuk bangkit dan mengadakan revolusi.
"Tapi mereka (pembangkang) nampaknya percaya apabila anda berikan kebebasan berhimpun, ia tiada had dan bagi mereka yang berhimpun boleh buat apa saja dan anda tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka.
"Kita masih belum bersedia untuk liberalisme. Saya fikir ia akan mencemarkan imej negara jika kita cuba menjadi begitu liberal seperti demokrasi liberal di barat," katanya.
Di negara ini, katanya ia masih terbuka untuk kritikan berbanding negara-negara lain yang (dikatakan) liberal, dan ia tidak perlu dicemari dengan demonstrasi, hanya semata-mata untuk menegakkan pendapat. - Bernama
INIlah masalahnya apabila andaian terus dibuat oleh Pembangkang, kononnya PRU-13 diadakan pada musim haji.
Kita tahu, hanya 28 ribu rakyat negara ini terlibat haji tiap tahun. Mereka itu, terdiri daripada berbagai lapisan, dan tersebar pula di seluruh negara.
Jumlah itu, bukanlah penentu kemenangan sesebuah parti untuk memerintah; mereka hanya sebahagian kecil sahaja dan separakara lagi, belum tentu mereka itu sebagai pengundi, kerana tidak mendaftar dengan SPR.
Namun, kerana tiada isu, maka musim haji juga dipolitikan.
Berbagai ulama memberi hujah, seandainya PRU-13 diadakan pada musim haji. Ada yang mengatakan satu kesalahan, dan berbagai macam hujah lagi.
Peliknya, dipihak DS Najib, tiada sebarang pertandapun PRU-13 diadakan pada musim haji. Hanya pihak pembangkang yang mengwar-warkannya.
Memasuki tahun ke-14 hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar, terus menghantuai Wan Azizah. Berdiam dirinya Presiden PKR itu, bertambah misteri lagi perbuatan itu.
Pada kebiasaannya, berdasarkan adab masyarakat negara ini, berdiam dirinya seseorang dalam sesuatu perkara, bermakna mengiakan perkara itu.
Memang dalam agama, menutup keaiban seorang suami, dituntut daripada seorang isteri; namun jika dilihat daripada skop besar, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab besar kepada rakyat umum, kerana statusnya sebagai Presiden sebuah parti.
Selain itu, beliau juga mempunyai tanggungjawab moral kepada penyokongnya, berhubung kedudukan suaminya, kerana suaminya itu, bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Yang bertambah-tambah pelik lagi, adik kepada Azmin Ali-Ummi Hafilda, sehingga kini, terus mengulangi dakwaannya terhadap kakak iparnya itu. Meskipun diulang-ulang, tiada sedikitpun tindakan daripada Azmin, mahupun Anwar sendiri, apatah lagi Shamsidar.
Berdiam dirinya mereka, bertambah-tambah lagi keyakinan rakyat, bahawa perbuatan terkutuk itu memang berlaku dan benar.
Jikalah ditakdirkan, bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri, untuk pertamakalinya, negara islam seperti Malaysia diketuai oleh seseorang yang diragui moralnya.
Namun, kerana doa rakyat, yang mengharapkan negara ini diterajui oleh seseorang yang tidak mempunyai krisis moral, akan tersenantiasa diizinkan oleh Allah.
Berdasarkan kepada "posting" yang dibuat oleh Pegawai Khas Nurul Izzah, Rozan Azen Mat Rasip, insan kesayangan Ketua Umum P"Gay"R, Rafizi Ramli telah meletakkan jawatannya sebagai orang penting di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Rafizi Ramli pernah mencetuskan kontroversi di blog-blog mengenai gaji puluhan ribu yang diterimanya di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Terbaru, pengesahan dari tuan punya diri sendiri.
Terdapat dua tiga khabar angin yang bertiup dari sumber dalaman Pakatan Haram yang CTS perolehi. Satunya, pertembungan peperangan gajah dengan gajah di antara YB Azmin Ali dan DS Khalid Ibrahim yang mencetuskan fenomena mendesak Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin untuk meletakkan jawatan secara besar-besaran di laman sosial Twitter.
Keduanya, terdapat berita panas bahawa Rafizi Ramli bakal diletakkan oleh Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Pandan. Di atas permintaan Rafizi sendiri dan restu Ketua Umum P"Gay"R, surat perletakan Rafizi telah diterima dengan berat hati, bertujuan bagi membolehkan Rafizi menumpukan perhatian kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pandan.
Namun CTS lebih percayakan perletakan jawatan Rafizi Ramli ini adalah akibat tekanan daripada Azmin Ali. Isu ini merupakan sebahagian daripada "game" Azmin Ali untuk mengajar MB Khalid Ibrahim untuk mengenakan beliau kerana mendedahkan video "ice cream". Berita semakin menarik dan sensasi. Kita tunggu perkembangannya.
1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.
2. Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.
3. Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi. Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.
4. Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing-masing. Tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya 'bercadang' untuk meneliti setiap proposal yang ada. Hakikatnya, kita semakin kesuntukan masa.
5. Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep 'Supply vs. Demand' iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.
6. Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air mentah tanpa memikirkan mengenai cara merewat air tersebut.
7. Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.
8. Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.
9. Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.
10. Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.
11. Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahu mengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.
12. Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka. Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.
13. Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti, masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar. Sebaliknya, beliau hanya mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat. Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.
14. Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam. Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.
Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk "check & balance" tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku. Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran. Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.
Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa. Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi. Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.
Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ). Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat. Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.
Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata. Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR. Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.
PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya. Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan. Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.
Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan