Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Satu lagi Projek Membazir Kerajaan Negeri Melaka Posted: 21 Jun 2012 07:21 PM PDT Pada Sabtu ini, 23hb Jun, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan setengah hari ke Melaka bersempena pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC). Dalam masa yang sama, Beliau akan singgah di Melaka Sentral. Kita pernah dikejutkan dulu dengan pemandu bas henti-henti yang mogok kerana hanya dibayar gaji lebih kurang Rm500, begitu juga kita dikejutkan dengan berita kos penyelenggaraan bas henti-henti yang tinggi. Itulah realiti yang berlaku di Melaka. Bas-bas yang tidak berfungsi dan gagal diselengara oleh anak syarikat kerajaan negeri melaka iaitu, PM Cultural & Tourism Sdn Bhd telah diletakkan di Melaka Sentral selama berbulan-bulan. Kini, bagi menutup kesalahan dan kegagalan menguruskan bas henti-henti ini kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah membazirkan duit rakyat dengan menunda bas tersebut ke Pantai Klebang. Di klebang juga kita boleh melihat Kapal Selam atas darat yang boleh dikatakan bangkai besi buruk. Berjuta duit rakyat yang dihabiskan untuk projek sia-sia ini. Kos yang dianggarkan bagi menunda semua bas ini lebih kurang Rm 20000. Disebabkan kegagalan Kerajaan BN ini, akhirnya duit rakyat yang dihabiskan untuk menutup kesalahan dan kegagalan tersebut. Berikut laporan yang dibuat oleh YB Khoo Poay Tiong, Adun Ayer Keroh berkenaan isu ini: Lebih elok sekiranya Bas dan kapal selam ini dijual sahaja ke besi buruk. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan