Pakatan Rakyat |
Posted: 26 Dec 2011 03:21 PM PST Oleh YUSRI MOHAMAD Baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada Prof Datuk Dr Sidek Baba tentang kenyataan media Wadah (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) bertarikh 19 Disember 2011 tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu qazaf yang mengheret nama kami berdua. Secara tidak langsung, kenyataan ini menggambarkan bahawa seolah-olah kami berdua terlibat dalam melakukan jenayah qazaf, tidak menghormati syarak dan melanggar hukum syarak dalam isu ini. Ini adalah dakwaan-dakwaan yang berat. Saya belum sempat untuk membuat respons penuh kerana sedang bermusafir. Saya keberatan juga untuk memberi respons tetapi jika saya berdiam sahaja nanti ada yang menyimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah yang benar tanpa menyelidik lebih lanjut. Apabila pimpinan Wadah memilih untuk tiba-tiba membuat kenyataan secara terbuka maka terpaksalah penjelasan juga dibuat secara terbuka. Untuk rekod, sebagai bekas pimpinan tinggi Abim, saya sudah cuba dan beberapa kali menawarkan untuk membincangkan isu ini dalam organisasi secara keluarga dan tertutup tetapi kurang sambutan terutamanya di pihak pimpinan Wadah. Respons ringkasnya dahulu, saya berpandangan bahawa pimpinan Wadah sudah tersasar dalam memahami hukum qazaf dalam syariah Islam dalam kes Anwar-Mohd Saiful Bukhari Azlan ini. Mereka harus mengkaji semula dan merujuk balik kepada pakar-pakar syariah yang khusus dalam bidang ini. Janganlah kasih atau benci kita terhadap mana-mana orang atau kumpulan menghalang kita bersikap objektif dan berlaku adil. Soal utamanya, adakah kes Anwar-Saiful suatu kes tuduhan zina/liwat biasa? Atau adakah ia kes seorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa zina/liwat yang melibatkan paksaan? Adalah jelas jika dilihat secara objektif bahawa ini bukan kes tuduhan zina/liwat daripada pihak ketiga terhadap mereka. Peguam negara hanya mewakili Saiful yg mendakwa sebagai mangsa. Jadi ini jelas bukan kes zina/liwat yang hanya boleh dibuktikan dengan empat orang saksi. Kes ini lebih sesuai dikategorikan sebagai dakwaan rogol atau lebih tepatnya sebanding dengan kes-kes sumbang mahram atau gangguan seks oleh majikan di tempat kerja. Dalam kes-kes sebegini, beban buktinya dalam Islam tidak sama dengan dakwaan zina/liwat. Bukan empat orang saksi. Bukan. Bukan. Kalau masih dituntut empat orang saksi ke atas seseorang yang mendakwa dirogol, atau jadi mangsa sumbang mahram ataupun gangguan seks di tempat kerja maka bayangkan akan mampukah mana-mana mangsa kes-kes tersebut mendapat pembelaan dan keadilan? Zalimlah Islam dan syariah Islam! Sukar sangatkah untuk memahami hal ini? Maka Anwar (dan Wadah?), dalam kes Saiful, tidak boleh berselindung di sebalik hukum empat orang saksi atau di sebalik hukum qazaf. Mahkamah harus memberi peluang kepada Saiful untuk membentangkan apa-apa bukti lain yang diiktiraf syarak dalam kategori bayyinah atau qarinah kalaupun bukan saksi mata (syahadah). Itulah intipati sikap saya dalam hal ini. Apabila balik nanti saya akan berbincang lebih lanjut dengan Cikgu Sidek tentang apakah langkah susulan yang perlu diambil. Kalau ada dan kalau mahu. Sebenarnya saya dan saya yakin Cikgu Sidek banyak tugas dan tumpuan lain dan saya yakin sepatutnya Wadah juga banyak tugas dan tumpuan lain di gelanggang dakwah di Malaysia yang begitu luas. Sampai bilakah dakwah Islamiyyah, umat Islam dan organisasi Islam di Malaysia hendak terlalu tertumpu, terheret dan terikat dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Saya yakin bahawa kita semua tahu bahawa Islam, dakwahnya dan umatnya adalah lebih besar dan lebih tinggi daripada mana-mana individu, organisasi atau kumpulan. Wallahu a'lam. Dr Yusri Mohamad ialah pengerusi Yayasan Sofa dan gabungan Persatuan-Persatuan Pembela Islam (Pembela). Full content generated by Get Full RSS. | ||||
Posted: 26 Dec 2011 03:18 PM PST | Posted: 26 Dec 2011 04:00 AM PST LEDANG – "Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan." Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam. Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel. Lelaki itu mendakwa, dia berada di bilik hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya dan akan pulang ke rumah ibunya di Sagil sebaik sahaja hujan berhenti. "Tunang saya tiba dari Masai kira-kira jam 5.30 petang dan dia datang ke sini kerana mahu menghadiri majlis pertunangan adik perempuan saya hari ini (semalam). "Saya bawa dia ke hotel ini kerana dia tidak mahu tidur di rumah ibu saya disebabkan malu dengan ahli keluarga yang lain," katanya ketika disoal siasat penguat kuasa yang turut disertai Sinar Harian. Mereka sudah bertunang sejak setahun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan. "Sementara menunggu hujan teduh, saya tertidur dan tidak sangka penguat kuasa akan memeriksa bilik ini," katanya. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan. Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu. "PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang bersembunyi di sebalik langsir bilik hotel berkenaan" katanya kepada Sinar Harian. Katanya, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing," katanya. Katanya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. | Posted: 26 Dec 2011 02:00 AM PST KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa menjadi Menteri Besar Selangor. Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. "Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya," ujarnya kepada Harakahdaily. Bagi DPP Malaysia, katanya isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa. Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara, lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Katanya, rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Beliau menambah, pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya. "Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik," ujarnya. Katanya, kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. Beliau berkata, DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara. Mutakhir ini, tambahnya telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat yang mana pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, ujarnya DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti. Katanya, kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. "Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?" tanya beliau. | Posted: 25 Dec 2011 11:00 PM PST KUALA LIPIS - Seorang penuntut tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan jurusan Perakaunan, rentung dengan 90 peratus tubuh badannya terbakar dalam satu kemalangan di sini kira-kira jam 5 pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, kereta dipandu Hadino hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan. "Mangsa dipercayai cuba mengawal kenderaan, tetapi gagal mengakibatkan kereta Saga BLM itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar belakang sebuah kereta jenis Honda yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu. "Akibat pelanggaran itu, kereta Saga BLM mangsa terbakar dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri. "Dalam pada itu, pemandu kereta jenis Honda, Mohd Zin Kasim berusaha mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, beserta dua cucu, Mohd Fahmi Dannial, 4, dan Mohd Farhan Darwiz, 10 bulan dari kereta yang mereka naiki," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam. Abdul Razak berkata, sejurus mereka berjaya keluar dari kereta berkenaan, kenderaan berkenaan turut terbakar. "Walaupun pemandu dan penumpang kereta Honda berkenaan berjaya menyelamatkan diri, tetapi Mohd Farhan Darwiz, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya. Abdul Razak berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat pakar forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri bagi mengenal pasti mayat Hadino Zafan berikutan semua identiti mangsa telah terbakar dalam kemalangan berkenaan. "Pihak forensik berjaya menimbulkan nombor enjin dan casis kereta yang terbakar. Mengikut semakan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta berkenaan didaftarkan di atas nama Jasman Bagiman yang juga Pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan bertugas di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. "Beliau sendiri telah sampai ke tempat kejadian bersama pegawai penyiasat bagi urusan mengecam mayat melalui jam tangan dan sedikit dokumen yang tidak terbakar serta telah menuntut jenazah," katanya. | Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah Posted: 25 Dec 2011 05:00 PM PST MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.Hantu Kak Limah minta tolongMenurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga. "Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri."Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong," katanya.Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.Diganggu selepas bawa balik papan"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan," katanya. Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis."Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini," katanya.Imam nasihat buat solat HajatSementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka. Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025. Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan