Rabu, 23 November 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Nov 2011 03:33 PM PST

jawatan kosong1 Jawatan Kosong di Malaysia Banyak Tapi Ramai Pemohon Yang Tidak layak?

Berapa di antara anda-anda di sendiri pernah memohon mana-mana jawatan kosong melalui laman Jobstreet? Baru-baru ini pihak Jobstreet mendedahkan salah satu puncanya mengapa pemohon dilihat sukar mendapat pekerjaan walaupun mereka mengatakan begitu banyak jawatan kosong di Malaysia. Apa sebabnya?

KUALA LUMPUR – Terdapat banyak jawatan kosong dalam negara, namun kekurangan kualiti pemohon terutama berkomunikasi dalam bahasa Inggeris masih menjadi faktor utama mengapa pencari kerja tidak diambil bekerja. Pengurus Pemasaran Produk Jobstreet.com Sdn. Bhd. Roslinda A Ghani berkata, anggapan bahawa jumlah graduan baru tidak berpadanan dengan kekosongan jawatan dalam negara ini adalah tidak benar.

"Kami sendiri mempunyai kira-kira 24,000 jawatan kosong dalam pangkalan data kami sekarang. Jadi peluang pekerjaan di negara ini tidak terbatas, tetapi hanya pemohon tidak mempunyai kualiti yang diperlukan majikan.

"Itu sebabnya sesetengah daripada mereka masih menganggur," katanya ketika ditemui pada Pameran Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. – Bernama

Kami agak bersetuju dengan pendapat ini ramai yang dilihat masih kurang ada kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris. Tetapi… tidak perlu menjadi fasih, sekurang-kurangnya ada keyakinan semasa berkomunikasi. Ini kerana kemahiran akan terus datang jika terus dipraktikkan. Suka atau tidak, kami teringat kata-kata Tun Mahathir sebelum ini :

  • Tun Mahathir pernah kata perlu belajar Inggeris sebab bahasa perniagaan adalah bahasa Inggeris.
  • Sekarang Mandarin mula naik. Jadi itu sebab bahasa mandarin banyak diperlukan dikebanykan syarikat.
  • Tidak kira anda Melayu, India dan Cina apatah lagi, kalau anda mahir bahasa Mandarin, anda ada peluang utnuk diteriam masuk

Bagi kami, kalau kami yang menemuduga pemohon sesuatu jawatan kosong yang ditawarkan tidak fasih tetapi masih ada lagi keyakinan dan cuba sedaya upaya untuk bercakap, kami bagi plus point. Daripada sudut tersebut sahaja sudah menggambarkan karakter pemohon tersebut.

Realitinya di sini, kepentingan Bahasa Inggeris memang banyak, bahasa ekonomi, bahasa sains,bahasa kejuruteraan, bahasa matematik dan juga bahasa perubatan. Terasa seperti di negara luar bukan? Memang itulah yang berlaku.

  • Rasanya bukan semua jawatan kosong daripada syarikat tempat memerlukan seseorang menjadi fasih dalam bahasa Inggeris. Bergantung…………
  • Tetapi jika anda memohon jawatan kosong daripada syarikat MNC, kemahiran berbahasa Inggeris perlu ada ketiak kerap kali membuat urusan dengan pelanggan dari luar negara.

Bab pengalaman pula, banyak yang merungut jawatan kosong yang ditawarkan sekarang ini, kebanyakannya memerlukan pengalaman. Sebenarnya, tengok level jawatan kosong itu juga. Kalau nak senior position, semestinya memerlukan pengalaman. Jikalau memohon setakat level exec biasa, tidak perlu pengalaman pun tak mengapa. Boleh dipertingkatkan kemudiannya daripada segi kemahiran dan pengalaman, janji orang itu ada usaha nak belajar. Sekarang ini pun GLC ada buat Management Apprentices Programme(MAP). Yang tiada kerja, boleh memohonnya. Sekurang-kurangnya dapat sedikit pendedahan & pengalaman. Kalau bagus, bos suka boleh diserap masuk kerja terus.

Sekarang makin ramai graduan yang ada. Berlambak di luar sana. Jadi, kriteria yg diletakkan memang tinggi. Akhirnya berlakunya 'persaingan hebat antara satu sama lain". Best among the best. Jadi apa yang pointnya di sini. Kena ada kelainan pada diri sendiri, selain keputusan baik, mampu berkomunikasi dengan baik tetapi boleh multitasking.

Jadi, adakah kegagalan ramai pemohon jawatan kosong di Malaysia hanya bersandarkan kepada faktor kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semata?

P/S : Sebarang iklan jawatan kosong tidak dibenarkan bagi ruangan perbincangan di bawah

PPP/S : Jika anda merupakan seorang penemuduga, apa kriteria yang biasa anda perlukan untuk mengisi beberapa jawatan kosong di syarikat anda? Apakah antara sebab anda menolak calon? Diharap dengan perkongsian anda ini dapat membantu ramai anak muda yang masih tercari-cari lagi peluang pekerjaan

Full content generated by Get Full RSS.

ALHUSSEYN

Posted: 23 Nov 2011 03:19 PM PST

Bukti kenapa Umno/BN perlu disingkirkan ialah kes-kes salah guna dana awam yang berterusan dinegara ini.Selagi Umno/BN yang memerintah selagi itulah fenomena ini akan terus melanda negara.Kalau Ketua PAC sendiri sudah bosan dengan gejala ini, apatah lagi rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya.Malaysiakini melaporkan :


Ketua PAC 'bosan' selepas siasatan awal ke atas NFC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) "bosan" dengan kes-kes salah guna dana awam yang berterusan di negara ini, kata pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAzmi berkata demikian selepas PAC hari ini menyoal siasat pegawai dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kontroversi yang melanda projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

"Sistem pengurusan perlu disemak semula, walaupun kementerian itu bercakap benar, rakyat juga sudah bosan, mereka tidak mahu lagi dengar (penjelasan itu)," katanya.

Ahli parlimen, Padang Besar yang kecewa itu juga, berkata perkara seumpama itu menjadikan pentadbiran kerajaan BN kelihatan buruk.

Katanya, PAC akan memanggil pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan ketua setiausaha negara bagi mencari jalan untuk merombak sistem itu bagi memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemah.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Pengikut