Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Kursus Kecemerlangan Kerjaya Dan Pengurusan Rumah Tangga
- Akta Perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera
- KELAYAKAN OLIMPIK : MALAYSIA LWN SYRIA
- YB Dr Mohamed Fadzli (ADUN Temangan) Ke Lokasi Banjir
- Pemuda PAS buka bilik gerakan banjir
- Alam Ria PASTI Nur Jihad Machang
- SPR wajar nasihat Najib umum tarikh p’raya awal
- Program Mufti Bersama Masyarakat Machang
- Kadar Kerosakan Gigi Kanak-Kanak : Utusan Malaysia Manipulasi Fakta
- Jejak Anak Muda dekati pengundi muda
- Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN
- Dedah penyewa kondo RM70 ribu sebulan
Kursus Kecemerlangan Kerjaya Dan Pengurusan Rumah Tangga Posted: 23 Nov 2011 12:26 AM PST |
Akta Perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera Posted: 23 Nov 2011 12:22 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera. Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi. "Langkah kerajaan ini makin menjelaskan lagi bahawa Bersih 3 perlu dirialisasikan segera," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bacaan pertama RUU Perhimpunan Aman yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. Antara lain, kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu termasuklah melarang protes jalanan. Selain itu, undang-undang itu juga bakal membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal iaitu 30 hari sebelum himpunan. Bagi mereka yang ditangkap menyertai himpunan itu pula, polis dibenar mendenda mereka sehingga RM20,000. "Kerajaan perlu belajar apa yang sedang berlaku di Mesir. Rakyat mereka bangkit membantah tindakan pemerintah tentera yang tidak konsisten dan menekan mereka. "Kalau kerajaan Umno BN juga tak konsisten dan mencengkam rakyat, tak mustahil mereka juga bakal berdepan kebangkitan rakyat," katanya. Mengulas lanjut, Nasruddin berkata apa yang memalukan, nama rang undang-undang itu sendiri sudah bercanggah dengan kandungannya. Katanya, walaupun namanya RUU Perhimpunan Aman, tetapi kandungannya secara keseluruhan cuba menghalang sebarang perhimpunan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. "Kalau RUU ini untuk halang Bersih 3, itu perhitungan silap. "Rakyat moden tidak boleh dikongkong dengan langkah sebegitu," katanya. |
KELAYAKAN OLIMPIK : MALAYSIA LWN SYRIA Posted: 23 Nov 2011 12:14 AM PST |
YB Dr Mohamed Fadzli (ADUN Temangan) Ke Lokasi Banjir Posted: 22 Nov 2011 09:47 PM PST |
Pemuda PAS buka bilik gerakan banjir Posted: 22 Nov 2011 09:45 PM PST KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan bilik gerakan banjir telah dibuka di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan banjir kelak. "Sukarelawan untuk membantu pasukan penyelamat yang akan bertugas semasa banjir sangat diperlukan," kata setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Kenyataan beliau merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus daripada normal berbanding tahun lepas, di antara bulan November 2011 hingga Mac 2012. Berdasarkan ramalan itu, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk. Negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi antara lain adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah. Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012. "DPPM mengingatkan kepada negeri-negeri yang dijangka akan mengalami banjir besar ini supaya sentiasa berjaga-jaga terutama di musim hujan," kata Khairul Faizi lagi. Menurutnya, DPPM sudah siap terutamanya tenaga yang akan bertugas, tenaga penyelamat dan bantuan kecemasan. DPPM juga, ujarnya siap menghulurkan tenaga bantuan dan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Beliau berkata, Bilik Gerakan Banjir dan Bencana Alam ditubuhkan di peringkat negeri. Katanya, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS negeri-negeri. |
Alam Ria PASTI Nur Jihad Machang Posted: 22 Nov 2011 09:45 PM PST |
SPR wajar nasihat Najib umum tarikh p’raya awal Posted: 22 Nov 2011 09:42 PM PST KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang 'menyibuk' terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak. Ketua DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. "Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula 'terhegeh-hegeh' mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak," ujarnya kepada Harakahdaily. Sepatutnya, kata beliau urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campur tangan terhadap perkara itu. Tambahnya, tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Menurutnya lagi, mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan. "DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal," katanya. Ini, katanya lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Menurut Riduan, merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya. "DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian," katanya lagi. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti kerana boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi. |
Program Mufti Bersama Masyarakat Machang Posted: 22 Nov 2011 09:39 PM PST |
Kadar Kerosakan Gigi Kanak-Kanak : Utusan Malaysia Manipulasi Fakta Posted: 22 Nov 2011 07:03 PM PST 1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan laporan Utusan Malaysia pada hari ini (23 November 2011) yang masih terus menerus menyerang kerajaan negeri Kelantan berhubung isu air. Hari ini di muka hadapan akhbar tersebut, dilaporkan bahawa kadar kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia dan ia dikatakan berpunca dari air yang tercemar dan mengandungi florida yang tidak mencukupi. 2. DPPNK menyifatkan bahawa serangan ini merupakan satu serangan yang terancang di dalam usaha untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Kelantan. Isu air yang mula dilaporkan semenjak hari Ahad, 20 November 2011 telah diletakkan di muka hadapan selama empat hari berturut-turut dan mungkin dikira sebagai isu yang mampu menggugat penguasaan PAS di Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang. 3. Sukalah DPPNK merujuk kepada laporan Utusan Malaysia sendiri di dalam sisipan Kesihatan pada 16 Januari 2011. Laporan tersebut membawa kenyataan Pakar Pergigian dan Ortodontik Kanak-kanak Prof. Dr. Nik Noriah Nik Hussien yang menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan kerosakan gigi kanak-kanak di Malaysia sememangnya tinggi dengan hanya 25.5 peratus sahaja kanak-kanak yang bebas dari masalah gigi berbanding dengan kadar 50 peratus yang ditetapkan oleh WHO. (Rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0116&pg=kn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2011) 4. Persoalannya, adakah logik kadar rendah bebas masalah gigi di Malaysia itu disumbangkan oleh Kelantan sahaja? Jika di Kelantan ia berpunca dari kadar florida yang rendah lalu dikaitkan dengan kelemahan kerajaan negeri membekalkan air yang bersih, bagaimana pula dengan kadar kerosakan gigi kanak-kanak di seluruh Malaysia yang disifatkan rendah oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)? 5. DPPNK mencabar Utusan Malaysia agar menyiarkan kenyataan mana-mana doktor gigi yang bertauliah atau mana-mana kajian ilmiah yang berautoriti untuk mengesahkan bahawa kekurangan fluorida di dalam bekalan air menjadi punca utama kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak khususnya di Kelantan. Bahkan menjadi satu fakta yang diketahui umum bahawa punca utama kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak bukanlah kerana kekurangan fluorida di dalam bekalan air tetapi kerana makanan yang manis yang mengandungi gula yang tidak dibersihkan. 6. Adalah di luar logik akal jika masalah kekurangan fluorida yang serius di dalam kandungan air terawat di Kelantan tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuat pemantauan dari masa ke semasa. 7. DPPNK berpandangan, tindakan Utusan Malaysia yang memanipulasi fakta untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Kelantan ini tidak lain hanyalah untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Benarlah kata-kata Menteri Besar Kelantan, air Kelantan ingin digunakan untuk membersihkan najis lembu bernilai RM250 juta. Sekian. Yang menjalankan tugas, AHMAD FADHLI BIN SHAARI Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Bertarikh : 23 November 2011 Rujukan : 1. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/GIGI/Ketidakselesaan.pdf 2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0116&pg=kn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2011 |
Jejak Anak Muda dekati pengundi muda Posted: 22 Nov 2011 06:56 PM PST PETALING JAYA, 22 Nov: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersepakat untuk melancarkan Jejak Anak Muda (JAM) yang akan dimulakan pada Disember ini bagi mendekati hati pengundi muda di seluruh negara. Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pajabat Keadilan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim memberitahu Pemuda Pakatan Rakyat akan melaksanakan satu program mendekati pengundi muda di seluruh negara. "Kita telah bersetuju untuk melancarkan satu program Jejak Anak Muda (JAM) pada bulan Disember nanti bagi usaha untuk mendekati pengundi-pengundi muda serta matlamat kita dalam menyampaikan info-info terkini berkenaan dengan usaha Pakatan Rakyat. "Program JAM akan kita lancarkan selepas retreat Pemuda Pakatan Rakyat di Johor nanti iaitu sebelum berlangsungnya Kongres AMK," jelasnya. Shamsul juga memberitahu konsep JAM itu akan dilakukan menggunakan kenderaan awam seperti bas, teksi mahupun keretapi. "Kita akan bergerak menggunakan kenderaan awam, kerana apa yang kita semua ketahui bahawa golongan pemudalah yang paling ramai menggunakan pengangkutan awam dan inilah cara terbaik untuk kita merasai sendiri apa yang mereka alami selain dari kita menyalurkan maklumat kepada mereka. "Untuk permulaan kita akan fokus pada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan selepas itu kita akan memasuki negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Program ini akan berterusan sehingga tiba pilihanraya umum," sambungnya lagi. Tambahnya, program itu akan diketuai oleh pemimpin-pemimpin utama Pemuda Pakatan Rakyat selain dari jawatankuasa-jawatankuasa peringkat negeri. Dalam pada itu juga beliau memberitahu selain daripada program JAM, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menubuhkan Sekretariat Khas Pemuda Pakatan bagi membincangkan setiap isu untuk menghadapi pilihanraya umum nanti. Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memberitahu pada pilihanraya nanti, golongan pemuda adalah penentu kepada pemenang parti yang bertanding. "Kita melihat pengundi muda akan menjadi penentu kepada menangnya parti yang bertanding dan satu yang luar biasa apabila pertambahan pengundi muda hampir dua juta. "Kepada parti yang dapat mengambil hati pengundi muda adalah satu kejayaan. Jadi saya melihat program JAM ini satu cara terbaik untuk kita mendekati mereka," katanya. Tambah Shamsul pula walaupun kita melihat sekarang sokongan pengundi muda berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tanpa kita mendekati mereka secara terus akan dapat mengurangkan keyakinan mereka. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut serta mesyuarat tersebut memberitahu sentimen pengundi muda sekarang ini memihak kepada Pakatan Rakyat. "Sokongan pengundi muda sekarang ini sudah memihak kepada Pakatan Rakyat dan kita tahu mereka mula beralih kerana melihat apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanyalah pembohongan semata-mata. "Golongan muda melihat apa yang telah dijanjikan oleh Najib sebelum ini dengan agenda tranformasinya tetapi tiada satu pun dapat dimanafaatkan oleh pengundi muda. Apatah lagi dengan penangkapan tiga belas orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Mereka melihat kalau sebelum ini janji Najib terhadap pemansuhan ISA tetapi dengan penangkapan tersebut membuktikan jelas Najib tidak bercakap benar melainkan hanya ingin membohongi rakyat," jelasnya. Sebelum itu, mesyuarat tersebut yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan turut dihadiri Pemuda dari PKR, PAS dan juga DAP dalam mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi pilihanraya nanti. Pemuda Pakatan Rakyat juga mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad Bola Sepak Harimau Muda yang telah berjaya mengalahkan Indonesia semalam dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea. |
Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN Posted: 22 Nov 2011 06:56 PM PST KUALA LUMPUR, 22 Nov: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967. AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini. Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat. Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman. Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti. Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu. "Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta. "Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," tegasnya. Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman. Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu. "Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," ujarnya. Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman. Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara. "Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah," ujarnya. |
Dedah penyewa kondo RM70 ribu sebulan Posted: 22 Nov 2011 06:55 PM PST KUALA LUMPUR, 22 Nov: Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mendesak National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan penyewa kondominium One Menerung di Bangsar yang didakwa membayar sewa bulanan RM70 ribu sebulan. Fariz menggesa Pengarah Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mendedahkan penyewa terbabit sekiranya benar kondominium itu dibeli untuk tujuan pelaburan, lapor KeadilanDaily. "Kami pertikaikan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh yang menyatakan sewa kondominium itu adalah RM70 ribu sebulan. "Kami gesa Datuk Mohamad Salleh dedahkan siapakah yang menyewa kondominium itu," kata Fariz. Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Fariz mendesak perkara itu sebelum membuat laporan polis terhadap NFC di Balai Polis Dang Wangi, tengah hari tadi. Menurut Fariz, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC membeli bukan satu tetapi dua kondominium kononnya sebagai instrumen pelaburan adalah satu bukti nyata aktiviti pecah amanah. Jingga 13, satu NGO yang memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan masayarakat telah membuat laporan pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya minggu lalu. SPRM kemudian menghubungi Fariz dan memaklumkan yang laporan itu kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia dan disiasat di bawah Akta 613, Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersabit aktiviti jenayah pecah amanah. Laporan pertama Jingga 13 itu memetik harga kondominium dibeli NFC sebanyak RM9.8 juta. Namun, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC, sebuah syarikat penternakan lembu yang dibiayai kerajaan- sebenarnya membeli dua unit kondominium mewah berharga RM13.8 juta mendorong Jingga 13 untuk membuat laporan baru pagi tadi. Semalam, PKR mendakwa NFC membelanjakan RM32,000 wang rakyat bagi membiayai pakej umrah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan