Jumaat, 11 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


170 bukan Islam sertai DHPP

Posted: 11 Nov 2011 05:18 PM PST

KOTA KINABALU, 12 Nov: Keserlahan dan keupayaan melihatPAS memimpin negeri menjadi tarikan dan dorongan seramai 170 orang bukan Islamdinegeri ini untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

NaibPengerusi DHPP Malaysia, S. Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akanbertambah dari semasa ke semasa selepas memperlihatkan keupayaan dankeseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainyadengan cemerlang.

"Kitaakan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orangbukan Islam untuk menyertai dewan ini.

"Kitamengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan," katanya.

Kesemua170 ahli DHPP dari kawasan Pensiangan tersebut telah menyerahkan borang permohonankepada Setiausaha Agung PAS Malaysia, Dato' Mustafa Ali.

Turuthadir dalam penyerahan borang tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, MohdAminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah, KetuaPenerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; Setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman;Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan semua kepimpinan PAS Sabah.

Tiada ulasan:

Pengikut