Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Siapakah Anak ADUN Melaka Yang Miliki Dadah? Posted: 10 Nov 2011 11:15 PM PST JASIN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijatuhi hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu. Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah. Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama. Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal. Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan