Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Salam Aidiladha 1432H Daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang
- Main Futsal Bersama Anak Muda Machang
- Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka?
- Tuntutan Royalti Kelantan
- Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen
- Muhyiddin patut bertanggungjawab pada siswazah
- Kelantan beri RM85 ribu kepada Red Warriors
Salam Aidiladha 1432H Daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Posted: 04 Nov 2011 03:43 PM PDT |
Main Futsal Bersama Anak Muda Machang Posted: 04 Nov 2011 03:40 PM PDT |
Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka? Posted: 04 Nov 2011 03:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah polis tidak mengharamkan program Seksualiti Merdeka jika tidak dibantah dan dikecam pelbagai pihak. "Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini. "Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan. Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik. "Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik. "Sebab itulah tindakan hanya dibuat selepas ada bantahan dan kecaman sedangkan sejak 2008 lagi program tersebut diadakan tetapi kerajaan tidak bertindak kerana waktu itu ramai yang tidak sedar kewujudan program itu dan bantahan tidak lantang," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak tanggapan kononnya kerajaan tidak bertindak sebelum ini kerana ia tidak sedar kewujudan program itu. "Kalau benar kerajaan atau polis tidak sedar kewujudan program itu sejak 2008 lagi, ia membuktikan kerajaan sangat lemah sehingga tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya ini sejak bertahun-tahun lalu. "Mustahil kerajaan mahu mengakui kelemahannya dan oleh kerana itu, kerajaan sedar mengenai program Seksualiti Merdeka tetapi sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana tidak ada bantahan," kata Mahfuz. Beliau juga mempersoalkan motif pihak-pihak yang tidak bermoral mempertikaikan program itu. "Bantahan umumnya didorong oleh kesedaran agama dan moral. Tetapi, jika ada pihak-pihak yang tidak bermoral membantah program itu, apa tujuan mereka? "Ramai yang menyifatkan mereka sebagai pengemis-pengemis habuan politik dan apabila mereka kononnya marah sangat kepada program itu, ramai yang menyifatkan perkara itu didorong oleh kepentingan habuan politik mereka semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kesedaran agama dan moral," katanya. Makhfuz mempersoalkan di mana suara pengemis-pengemis habuan politik itu apabila kerajaan Umno BN mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membatalkan saman ke atas mereka yang ditahan di Zouk Club pada tahun 2005 dahulu. Malah, katanya lagi, apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa seperti campur tangan kabinet selepas serbuan di Zouk Club dan tindakan ke atas ulama selepas tiga gadis Melayu ditangkap kerana menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya menunjukkan sikap sebenar kerajaan Umno BN terhadap persoalan moral. "Sebab itulah, apa yang hendak dihairankan apabila program seperti Seksualiti Merdeka dianjurkan? "Dan, sebab itulah juga kerajaan hanya bertindak selepas program itu dibantah dan dikecam," katanya. |
Posted: 04 Nov 2011 03:38 PM PDT |
Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen Posted: 04 Nov 2011 03:31 PM PDT KOTA BHARU, 4 Nov: Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975. Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum. "Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu," ujarnya. Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir. "Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya," ujarnya. Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan. Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut. Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum. |
Muhyiddin patut bertanggungjawab pada siswazah Posted: 04 Nov 2011 03:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap masalah siswazah yang tidak dibuka peluang pekerjaan untuk mereka, kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. "Semua pihak tahu masalah kekurangan guru masih tidak diatasi dan tindakan Muhyiddin menyuruh siswazah-siswazah yang dilatih dalam bidang perguruan mancari kerja lain mendedahkan Muhyiddin kepada tuduhan tidak bertanggungjawab," kata beliau. Kelmarin, hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi berikutan kenyataan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain". Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain. "Untuk apa latih mereka dalam bidang perguruan tetapi disuruh cari kerja setelah mereka dilatih dan mendapat ijazah dalam bidang itu? "Adakah tidak ada penyelarasan di antara universiti-universiti dan kementerian di bawah Muhyiddin dan adakah universiti melahirkan graduan yang tidak ada tempat dalam pasaran kerja? "Kalau perkara itu berlaku, ia adalah kelemahan kerajaan dan jangan mangsakan siswazah-siswazah itu," kata Mohamad. Beliau juga meminta Muhyiddin mengambilkira beban dari segi kewangan dan sosial yang dihadapi oleh siswazah-siswazah itu. "Mereka berhutang kepada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan saya mesti difahamkan hutang mesti dibayar dalam tempoh tidak sampai setahun selepas mereka tamat belajar. "Apa akan jadi jika mereka diburu PTPTN selepas ini?" katanya. Dari segi sosial pula, kata Mohamad, beliau diberitahu tentang pelajar-pelajar yang menghadapi "deraan masyarakat". "Ada yang dituduh belajar tidak lulus kerana masih tidak berkerja atau melakukan pekerjaan tidak sepadan dengan kelulusan seperti berkerja di kedai kain selepas mendapat ijazah kerana peluang hendak berkhidmat sebagai guru ditutup rapat oleh kementerian Muhyiddin," katanya. Ada di antara siswazah yang berdemonstrasi itu mengangkat sepanduk dengan luahan "Kami berhutang, kami nak kerja!!!" Mohamad juga mendesak PTPTN menghentikan tindakan memburu siswazah-siswazah yang belum berkerja untuk menuntut hutang, jika perkara itu berlaku. "Saya difahamkan banyak sekatan ke atas siswazah yang masih belum membayar hutang PTPTN. "Jika mereka mempunyai sebab yang munasabah, sekatan tersebut mestilah dilonggarkan atau ditarik balik," kata beliau. Kekurangan guru terlatih masih lagi merupakan masalah yang meruncing di negara ini. Sebelum ini dilaporkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengakui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah guru, antara lain disebabkan sesetengah guru memutuskan untuk meninggalkan ibu negara disebabkan kos hidup yang tinggi. Menurut mereka, masalah itu yang disebabkan kos hidup tinggi bukan sahaja berlaku di ibu negara, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang. |
Kelantan beri RM85 ribu kepada Red Warriors Posted: 04 Nov 2011 03:27 PM PDT KOTA BHARU, 3 Nov: Di atas keperihatinan serta sokongan penuh kepada pasukan bolasepak Kelantan, kerajaan negeri hari ini memberikan RM85 ribu untuk diagihkan kepada semua pemain dan pengurusan The Red Warriors. Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir exco negeri Abdul Fattah Mahmood dan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman di jamuan makan meraikan pemain hari ini. Sementara itu rombongan The Red Warriors pula diketuai oleh Pengurus Pasukan yang juga Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim. Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO ketika menyampaikan ucapan berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau perjalanan pasukan The Red Warriors. Walaupun tahun ini gagal ke final Piala Malaysia, namun kejayaan memiliki dua piala iaitu Piala Presiden dan Piala Liga Super sudah cukup memberangsangkan. "Saya berharap pemain yang menerima sumbangan ini menjadikannya sebagai perangsang untuk meneruskan perjuangan dalam musim akan datang"ujar beliau. Abdul Fattah juga berkata sebelum ini kerajaan hanya bercadang untuk memberi RM60 ribu tetapi di atas keperihatinan Menteri Besar Tuan Guru , peruntukkan tersebut ditambah menjadi RM84 ribu dan sumbangan peribadi sebanyak RM1 ribu dari Tuan Guru disumbangkan kepada tabung kebajikan pemain. Sementara itu Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya menyertai sukan atau dikenali sebagai Riadah. " Dalam Islam, kita boleh lakukan apa sahaja namun ia ada batas-batas tersendiri dan dalam bersukan juga ada batasannya,oleh itu saya berharap pemain The Red Warriors ini sentiasa mematuhi kehendak agama agar tidak terjerumus dalam perkara yang tidak elok"ujar beliau. Nik Aziz juga mengimbau kembali yang beliau pernah bermain bolasepak di zaman era penjajahan Jepun lagi dan sehingga kini kenangan tersebut masih segar. " Saya amat meminati sukan bola sepak ni, sebab tu saya sanggup hadir menonton sendiri perlawanan di peringkat akhir ketika Kelantan layak dulu" ujar beliau. Bagi Pengurus pasukan The Red Warriors, Azman Ibrahim pula ketika ditemui berkata sumbangan kerajaan negeri kepada pemain ini adalah satu lagi tanda keperihatinan kerajaan kepada sukan bolasepak Kelantan. "Saya yakin dengan sumbangan yang pemain terima hari ini, mereka akan lebih bersemangat lagi pada musim hadapan dan diharapkan kerajaan akan sentiasa menyalurkan pelbagai bantuan demi pembangunan sukan bolasepak negeri ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan