Sabtu, 5 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 04 Nov 2011 11:07 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Hari Raya Aidil Adha tahun ini

Posted: 04 Nov 2011 07:55 PM PDT

Setelah beberapa lama, inilah tahun pertama saya tidak kesempatan untuk menyertai korban yang dianjurkan oleh Masjid di kampong saya. Tanya-tanya, sudah tidak ada ruang lagi kerana semua lembu yang disediakan sudahpun dikongsikan.

Tapi tak mengapalah. Saya akan pergi juga ke perkarangan Masjid untuk menyempurnakan penyembelihan lembu-lembu yang ada disediakan itu.

Ramai juga yang berkorban tetapi tenaga sukarela untuk melapah adalah terhad. Sekurang-kurangnya dapatlah saya sumbangkan tenaga saya kearah itu.

Didalam suasana ini, saya masih teringin untuk berhariraya di Mekah. Pada tahun 1982 dulu memang saya memperolehi kesempatan itu. Kami berkongsi seekor unta. Kami lapahkan bersama, dan seluruh warga haji bersama kami itu menyumbangkan tenaga dan dagingnya dibahagi-bahagikan kepada semua penghuni di flat itu.

Itu sudah lama. Saya juga pernah berumrah di Bulan Ramadhan. Tetapi tidak berhariraya di 1 Syawal di Mekah, saya ambil pakej dari awal bulan Ramadhan dan kembali dipertengahan Ramadhan.

Tahun hadapan jika umur panjang dan dikurniakan rezeki, saya bersama isteri dan adik perempuan saya bersama suaminya akan menunaikan Haji. Ya Allah berilah kesempatan kepada saya dan isteri saya serta adik saya dan suaminya menunaikan Ibadah Haji tahun hadapan. Adik saya dan suaminya itu pernah mengerjakan Haji dan Umrah.

Saya pernah melakukan Umrah seorang diri tanpa melalui mana-mana pakej. Saya uruskan visa dan mengambil penerbangan dari Subang ke Jeddah, kemudian menyewa sebuah taxi ke Mekah.

Setelah melakukan beberapa kali Umrah melalui Tanaim, saya meninggalkan Mekah ke Madinah dengan bas, dan kembali semula ke Mekah dengan bas. Perbelanjaannya kecil. Saya dapat menumpang di Rumah Tabung Haji di Mekah dan Tabung Haji di Madinah.

Saya sempat berulang alik dari Mekah ke Madinah dan sebaliknya sebanyak 2 kali didalam tempoh 12 hari saya berada di Saudi Arabia. Itu betul-betul pengalaman baru bagi saya.

Saya tidak membawa apa-apa pakaian kecuali yang dipakai dan kain ihram kerana banyak masa saya membuat umrah dan terus menggunakan ihram saja.

Selepas Umrah dan untuk kembali ke Malaysia, saya tinggalkan kain ihram saya dan berpakaian seperti saya datang, hanya dengan sehelai seluar, seluar dalam dan sehelai baju, dan didalam beg kecil saya ada dua lagi seluar dalam, sehelai baju, dan sehelai seluar.

Apabila saya sampai di Temerloh (dari KL ke Temerloh saya naik taxi), rodong-rodong tidak percaya bila saya katakan saya baru pulang dari mengerjakan Umrah.

Anwar Ibrahim

Posted: 04 Nov 2011 07:41 PM PDT

Anwar Ibrahim


AUKU: UKM4 Salahkan Umno

Posted: 04 Nov 2011 04:13 AM PDT

Malaysiakini

Empat aktivis mahasiswa – yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) – ‘mengugut’ memastikan BN hilang sokongan generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.

“Sudah ada langkah positif dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk memansuhkan AUKU) tetapi setiap keputusan memerlukan keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan kabinet (mahu merayu) itu betul,” katanya.

Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap “bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa”.

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut.

Sidang Media UKM4 & SMM Berhubung Keputusan Kabinet Tentang Isu Rayuan Seksyen 15(5) (A) AUKU ke Mahkamah Persekutuan.

Posted: 04 Nov 2011 01:25 AM PDT

Sidang Media UKM4 & SMM berhubung Keputusan Kabinet tentang Isu Rayuan Seksyen 15(5) (A) AUKU ke Mahkamah Persekutuan.

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya menjemput semua wartawan dan media untuk hadir ke Sidang Media UKM4 dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung keputusan Mesyuarat Kabinet Kerajaan yang memutuskan untuk merayu kes Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ke Mahkamah Persekutuan.

3. Sidang Media akan diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh : 4hb November 2011 (Hari ini)
Tempat : Kelab 50B, No 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, 59000 KL. (Sebelah Pejabat Malaysiakini).
Masa : 5.30 petang

Kes Saman Bapa Altantuya: Tak Mustahil Dibawa Ke ICC

Posted: 03 Nov 2011 10:23 PM PDT

Keadilan Daily

Pengurusan kes saman bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu terhadap kerajaan Malaysia perlu dipercepatkan kerana ia akan menjadi lebih buruk jika kes itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, tidak mustahil keluarga mendiang berbuat demikian,  sekiranya kes saman yang mereka failkan di negara ini masih tertangguh.

"Kita tidak akan dapat menghalang (bapa Altantuya) untuk mendapatkan keadilan kerana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja.

"Bukan sahaja ke Paris, malah mereka juga boleh pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mencapai keadilan," katanya yang merujuk kes Scorpene yang difailkan di mahkamah tinggi Perancis.

Menurut Yusmadi, kes pembunuhan ALtantuya bukan kes biasa kerana ia melibatkan dua aspek penting iaitu sistem keadilan jenayah dan dasar luar negara.

"Sehingga kini.. tidak ada satu kenyataan maaf yang dibuat oleh kerajaan malaysia, kerana yang terlibat secara faktanya adalah pegawai penjawat awam yang beruniform,"

"(Jelas) kes ini dapat layanan yang berbeza, bersifat diskriminasi malah dari segi aspek pengendalian kes, kita lihat ia tidak dapat layanan yang sewajarnya," kata Yusmadi.

Pada Jun 2007, bapa Altantuya, Setev Shaariibu memfailkan saman ke atas Kerajaan Malaysia dan tiga tertuduh yang didakwa dalam kes pembunuhan itu, bagi mendapatkan ganti rugi RM100 juta.

Writ saman berkenaan difailkan melalui firma Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Sivil.

Empat anggota keluarga terdekat mangsa, termasuk dua anak kecilnya, dinamakan sebagai plaintif.

Mereka menamakan Cif Insp Azilah Hadri, Kpl Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

Akta Kerja Tidak Peduli Hak Pekerja

Posted: 03 Nov 2011 07:49 PM PDT

Harakah

Himpunan yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini hari ini menyaksikan pekerja-pekerja kilang hadir memberi sokongan kepada perjuangan yang dibawa oleh MTUC terhadap Akta Kerja 1955 yang dilihat telah merampas hak pekerja.

Akta yang telah diluluskan di parlimen pada 6 Oktober yang lepas menyaksikan kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan oleh penjajah British sewaktu Akta Kerja digubal pada tahun 1955 dulu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir memberi sokongan kepada tuntutan hak pekerja itu berkata, akta tersebut dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak pekerja di negara ini.

“Sambutan amat baik sekali kita lihat pada hari ini begitu juga sokongan pekerja-pekerja yang balik dari kerja dan mereka singgah bagi memberi sokongan agar kerajaan menarik balik akta yang zalim itu.

“Saya melihat akta ini dibuat secara haram tanpa mempedulikan hak seorang pekerja, yang mana kita lihat kelulusan yang diperolehi oleh akta tersebut maka pekerja kontrak akan terus menjadi pilihan kepada setiap majikan dan ini kerana majikan tidak akan menanggung kos yang tinggi jika mereka mengambil pekerja kontrak.

“Kita tahu setiap pekerja kontrak tidak mempunyai potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga SOCSO, jadi tiada lagi kos tambahan ditanggung oleh majikan,” jelasnya.

Beliau memberitahu risiko yang paling besar akan dihadapi oleh pekerja adalah mereka tidak mempunyai perlindungan keselamatan yang akan menimbulkan kesulitan yang besar kepada pekerja dan juga keluarga mereka jika sesuatu terjadi ke atas diri mereka sewaktu menjalankan tugas.

Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga turut serta piket tersebut memberitahu piket hari ini merupakan satu isyarat jelas yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Kerajaan perlu memandang serius apa yang berlaku hari ini kerana ia baru permulaan dan kita akan pastikan perhimpunan bantahan ini akan terus diadakan selagi kerajaan mengambil sikap berdiam diri.

“Kita tidak pasti kesan yang akan kita perolehi melalui apa yang berlaku hari ini tapi saya pasti kerajaan akan buka mata bahawa pekerja di negara ini tidak lagi boleh ditindas sesuka hati mereka,” katanya.

Sebelum itu piket yang berlangsung hampir sejam setengah itu dihadiri seramai 250 orang pekerja dari pelbagai kilang dan juga agensi.

Perhimpunan itu berlangsung secara aman dan pihak polis telah bertindak mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan.

Wee Choo Keong

Posted: 04 Nov 2011 03:13 PM PDT

Wee Choo Keong


Hutang ALWAFEER AIR lebih dari RM60 juta!

Posted: 04 Nov 2011 02:21 AM PDT

3-11-2011 Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan: - (a)  apakah usaha due diligence yang diambil oleh Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) /MAS, sebelum memasuki rundingan untuk pajakan tiga buah jet bagi Alwafeer Air (Alwafeer) dan adakah kesemua tiga perjanjian pajakan telah dilaksanakan dengan serta-merta dan sekiranya ya, bilakah tarikh bagi perjanjian [...]

Tiada ulasan:

Pengikut