Selasa, 1 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 01 Nov 2011 03:07 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MTUC : Piket pekerja berlangsung serentak di 18 lokasi pada 3.Nov ini.

Posted: 01 Nov 2011 01:17 AM PDT

APA HUBUNGAN MALAYSIA DGN ISRAEL ~ SUSAH KE NAK JAWAB

Posted: 01 Nov 2011 12:36 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 01 Nov 2011 01:45 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Anwar Ibrahim: Kita lawan dan berjuang untuk hak untuk semua rakyat!

Posted: 31 Oct 2011 10:03 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 31 Oct 2011 11:18 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


400 Peneroka Felda Gugusan Chini saman Felda sejumlah RM200 juta

Posted: 31 Oct 2011 05:05 PM PDT

Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pahang menerima serahan Borang Waran Untuk Bertindak dari Sdr Zul, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan.


Majlis nbak dimulakan, hadirin diminta memenuhkan Dewan.
Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR memberikan ucapan

Ahli-Ahli Panel: Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRP PKR Pahang, Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pahang, Sdr Rebin Birham, Sdr Roslan Tahir, Ketua PKR Cabang Pekan, Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Rompin merangkap AJK Biro Masyarakat Felda PKR Pusat.

Suhaimi Said menyampaikan ucapannya
Rabidin Kasmawi memberikan ucapan






Sdr Roslan Tahir memberikan ucapan

Blogger Wan Fauzudin tidak henti-henti mengambil gambar, lepas ni mari kita tengok semua blog jagaannya




Sibuk mendaftarkan kehadiran dan mengisi borang Waran untuk Bertindak




Petugas-petugas bekerja keras mendaftarkan setiap yang hadi
r





31.10.11 Felda Chini 3, Pekan: Seramai 400 orang peneroka Felda di Gugusan Chini telah memenuhi Markas PAS di Felda Chini 3, Pekan untuk mendengar dan menyertai Dialog yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan.

Mereka datang seawal jam 3.00 petang lagi untuk turut berdialog dengan ahli-ahli Panel yang terdiri daripada Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRP PKR Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi Ketua PKR Cabang Pekan merangap AJK Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Sdr Roslan Tahir, Ketua PKR Cabang Pekan.

Peneroka-peneroka datang dengan penuh harapan bahawa mereka juga ingin terlibat menyaman Felda berhubung dengan manipulasi peratusan perahan KPG. Di kawasan Chini peratusan perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti peratusan-peratusan yang diperolehi di Felda kawasan Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda. Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah mereka mengambil tindakan saman terhadap Felda.

Peneroka-peneroka Felda Chini juga berhajat menyaman Felda untuk tempoh selama 15 tahun kebelakangan dan dengan jumlah 400 peneroka yang terlibat jumlah tuntutan mereka mencecah RM200 juta, termasuk saman berhubung buah-buah reject didalam jangka tersebut.

Mereka akan turut menyaman buah reject kerana buah-buah reject itu turut diproses oleh kilang sedangkan peneroka-peneroka tidak mendapat apa-apa menfaat darinya.

Setelah majlis dialog itu, wakil-wakil dari masyarakat Felda Chini Timur meminta supaya Majlis Dialog yang sama dapat dibuat di Rancangan mereka dalam masa yang terdekat. Mereka menyatakan bahawa ratusan peneroka dari Chini Timur akan menyerahkan borang Waran untuk Bertindak. Mereka tidak kesempatan untuk menghadirkan diri di Felda Chini 3 pada hari ini.

Sementara itu, Tuan Haji Hamidin seorang peneroka dari Felda Keratong 10 menyampaikan hasrat supaya dialog seperti hari ini dapat diadakan di Gugusan Keratong dan beliau menyatakan bahawa setakat hari ini sudah terdapat 300 orang Peneroka di Gugusan itu sudah pun menandatangani borang Warant to Act melantik Peguam untuk turut menyaman Felda didalam isu peratusan perahan KPG.

Semua peneroka yang terlibat telah melantik Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan bagi pihak mereka.

Mak Long melanjutkan pelajaran ke Melbourn Australia

Posted: 31 Oct 2011 04:28 PM PDT

Ayah Ngah, Annuar, Mak Long, Aki dan Wan di Air Port LCCT sementara menunggu penerbangan Mak Long saya.
Ibu, Annuar, Ayah, Mak Long, Aki, Wan dan saya
Mak Long, Annuar dan saya
Mak Long dan Annuar
Saya sedih kerana Mak Long pergi ke Melbourn tetapi dia enggan saya pergi bersama. Saya pun nak belajar juga di sana, saya nak belajar A,B,C....

Pada 29hb Oktober 2011, Mak Long saya berlepas ke Australia untuk menyambung pelajarannya di bidang undang-undang. Oleh kerana Mak Long pergi atas perbelanjaan sendiri, maka dia akan membuat Master secara berperingkat-peringkat kerana kos pengajian keseluruhannya boleh menelan belanja RM200,000.00. Mak Long tak mampu.

Semasa di Australia, Mak Long juga telah diberikan peluang untuk menjadi Arbitrator kerana selain dari Undang-Undang, Mak Long juga ada kelulusan di bidang Arbitration, tetapi oleh kerana Mak Long berada di Australia sebagai seorang student, beliau tidak boleh mengambil sebarang bayaran untuk menjadi Arbitrator, beliau terpaksa memberikan khidmat secara percuma.

Mak Long akan kembali semula ke Malaysia didalam bulan Februari untuk sessi ini sebelum pergi semula ke Australia menyambung pelajarannya.

Saya kesian kepada Aki. Aki saya terlalu aktif didalam politik, setiap hari dia ada-ada aja program di seluruh pelusuk tanah air. Saya nak bermanja dengan Aki pun hanya dalam masa sangat terhad.

Tetapi oleh kerana Mak Long tidak ada di pejabat, Aki terpaksalah memberikan tumpuan di pejabat, dan dapatlah saya dan Annuar bermanja lebih sikit masa dengan Aki - Aina Syazrin.

Anwar Ibrahim

Posted: 31 Oct 2011 07:15 PM PDT

Anwar Ibrahim


Apakah Mahathir Hilang Kewarasan? Perihal Tentang Kebenaran…

Posted: 31 Oct 2011 04:52 AM PDT

Malaysia Chronicle

By  Ismail Dahlan

Ia Euripides di dalam hikayat Medea yang mengatakan "Kepada sesiapa yang dilaknati Tuhan, akan hilang kewarasan". Pastilah kalimah ini bersesuaian dengan manusia bernama Muammar Gaddafi yang disaat-saat akhir hidupnya dimunculkan di kaca TV iaitu Al-Jazeera dan CNN. Tidak ada kalimah yang sesuai selain yang diungkapkan tapi untuk manusia bernama Mahathir Mohamad – yang telah hilang kewarasan sudah agak lama juga.

Kita tidak perlulah membicarakan bagaimana Mahathir hilang kewarasannya, bukan kerana faktor genetic, atau kesakitan mahupun pengambilan ubat yang berlebihan. Mahathir hilang warasnya kerana Kuasa. Mungkin boleh diiktiraf gila kerana rakus dengan kuasa mutlak.

Pembohongan secara pukal

Di tengah dekad 80-an, Malaysia masih mengekalkan beberapa institusi-institusi yang berfungsi secara bebas. Bagaimanapun, kehakiman di dalam susuk Salleh Abbas, menolak untuk tunduk kepada Mahathir, yang berakhir dengan karier Salleh Abbas dimusnahkan. Selepas itu, sistem kehakiman telah menjadi ayam ternakan Mahathir berbanding sewaktu British masih berkuasa di mana kebebasan institusi awam dapt dibanggakan. Mahathir turut bersilat lidah dengan Perlembagaan ber-Raja Malaysia. Dengan segala keinginan dan tujuan, Mahathir menjadi seorang diktator. Beliau dikerumuni pengampu dan pemungut hutang. Ia terjadi mengikut apa yang diimpikan oleh Mahathir sendiri yang gila kuasa melihat sesiapa yang mempersoalnya sebagai ancaman.

Mahathir yang tidak memikirkan yang Malaysia ialah sebuah negara kecil yang terbatas di dalam banyak hal ehwal dunia, telah menebalkan muka sendiri memberi taklimat terutamanya kepada Barat, bagaimana dunia atau negara mereka perlu diuruskan. Ini bercanggah dengan cara dia mengatur-urus negara sendiri.

Ada dua cara bagaimana sesebuah negara itu boleh memainkan peranan yang besar dalam hal ehwal negara di dunia. Mereka perlu ada kekuatan kewangan atau kekuatan tentera. Malaysia tiada kedua-duanya, namun Mahathir telah selama beberapa tahun, termasuk selepas dia bersara, terus 'menasihatkan' Barat. Sejak insiden 9/11 hingga ke hari ini, dia tetap berpendapat kemusnahan Twin Towers itu adalah satu konspirasi Amerika atau Yahudi. Apa yang menyayat hati ialah pakar konspirasi tidak bertauliah ini merupakan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Lahirnya Proton

Tiga tahun selepas menjadi Perdana Menteri pada 1983, Mahathir mula bercita-cita melahirkan industri automotif nasional. Ini secara tidak teterlaluan boleh dikatakan satu idea yang kurang bijak. Industri automotif memerlukan permintaan pasaran tempatan yang tinggi. Anda mungkin hanya mampu sekadar untung jika bertanding di persekitaran yang berdaya-saing, iaitu sekiranya anda bleh menjual sejuta kereta dalam setahun di pasaran tempatan. Sedekad selepas penubuhannya, hanya mampu menjual sebanyak 200 buah setahun, kurang dari apa yang disasarkan. Tidak ada dana mencukupi untuk bidang Kajian dan Penyelidikan yang bertahap tinggi. Proton tidak mungkin boleh mencapai impian yang Mahathir impikan sebagai pengeluar automotif terkemuka dunia. Proton hanya mampu hidp dengan bantuan dan perlindungan dari tarif kerajaan. Kereta yang dibuat menggunakan acuan teknologi Mitsubishi yang sudah keterbelakang; kerana Mitsubishi tidak mahu berkongsi teknologi baru dengan Proton.

Warga biasa dipaksa membeli kereta nasional yang berkualiti rendah tetapi harganya mahal. Keselamatan pengguna tidak diambilkira oleh Proton dan kerajaan sekadar melihat sebelah mata sahaja. Kereta Proton tidak dilengkapi bag udara dan sistem kunci anti-kecurian. Kebanyakan kemalangan jiwa yang berlaku boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor keselamatan diperketatkan. Model yang dieksport dilengkapi segala faktor-faktor keselamatan. Hanya nyawa rakyat sendiri yang dianggap Mahathir sebagai tidak penting. Kerajaan cuba mengelak dari menanggung beban Proton dengan menjualnya kepada syarikat DRB tetapi Proton akan kembali menghantui kerajaan walau macamana cara sekalipun. Kerana Mahathir, tidak ada satupun syarikat automotif yang berminat untuk membeli Proton, lebih parah lagi, rakyat yang terpaksa menanggungnya.

Krisis Kewangan Asia menjadi punca

Bukannya Mahathir tidak memikirkan nasib malangnya. Seperti seorang ahli sains 'gila', Mahathir bergegas ke bahan ujikaji seterusnya. Dalam satu kajian, ianya adalah untuk membina sebuah bangunan yang tertinggi di dunia. Dana bukan persoalannya; dia akan menyedut keluar wang Petronas walau bagaimana cara sekalipun.  Tidak ada seorang pun dari penasihatnya yang  bertanya satu soalan yang amat penting, iaitu; apa keperluan sebenarnya? Sebaliknya mereka menasihatkan Mahathir secara serentak yang ianya adalah satu idea yang mengagumkan.

Ada banyak cara bagaimana wang boleh digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur yang lebih penting dan menguntungkan Malaysia pada masa akan datang. Sebaliknya, Mahathir memilih untuk bermegah dengan monumun ciptaannya. Mahathir ini seperti seorang yang pendek bercakap besar cuba berjalan di atas tali yang tergantung untuk membuktikan dirinya mampu. Kelakuannya yang tidak masuk akal Mahathir mengundang bencana seperti yang terjadi ketika ekonomi Asia merudum pada 1997/98.

Sebenarnya, kejayaan Malaysia tercatat pada era 90-an dimana negara mempunyai tahap pengurusan ekonomi yang bagus. Kesemua negara di Asian seperti Thailand dan Indonesia turut sama meningkat. Adalah satu kemustahilan bagi pemimpin dunia Asia, termasuk beberapa orang tirani seperti Suharto dan Mahathir menyediakan negara sendiri dengan  pakar ekonomi yang mantap.

Penjelasan sebenar adalah dana assign mula memasuki pasaran rantau Asia dan banyak yang masuk itu adalah wang apungan, yakni boleh lesap dengan sekelip mata. Apa yang jelas ialah semakin banyak dana dilaburkan ke dalam benua Asia seperti satu petunjuk -  'satu buat semua ikut' – tanpa mengetahui yang pasaran kewangan dunia berasaskan spekulasi matawang. Spekulasi matawang mendapat kelebihan dari kelemahan ekonomi sistem yang tidak mempunyai teras kewangan yang kukuh bermula dengan Thailand sewaktu Krisis Kewangan Asia tahun 1997.

Menyalahkan orang lain

Untuk Mahathir, ia bermakna satu krisis politik. Cara dia menangani krisis kewangan itu ialah menuduh semua orang selain dirinya sendiri. George Soros, pedagang matawang kemudiannya dilihat sebagai lintah gergasi menghisap keluar dana negara-negara di Asia. Tetap sahaja perdagangan matawang sebahagian daripada sistem kewangan global yang sangat rumit. Sekiranya imbangan tidak rata di dalam sesebuah sistem, pedagang matawang sebagai kerjanya, memperbetulkan ketidakseimbangan itu. Mahathir pula tidak mahu mengaku yang dirinya telah boros dalam pelbagai projek meganya. Namun, Mahathir tetep menyalahkan Soros atas kemurungan ekonomi itu.

Krisis politik tahun 1998 menyaksikan Mahathir diuji kekuatan, sebagaimana kemudiannya ia dilihat sebagai cuba mempertahankan kuasanya. Timbalannya, Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara berdasarkan satu bukti yang direka-reka, dipercayai dikarang oleh rakan karibnya iaiatu Daim Zainuddin. Sidang mahkamah penuh kepincangan; salah seorang saksi, pegawai polis, menyatakan beliau akan berbohong di dalam mahkamah sekiranya diarah berbuat demikian walaupun bukti dimasukkan.

Putrajaya

Tahun 1999, Mahathir memindahkan pentadbirannya ke ibusawat pentadbiran baru ke Putrajaya, bandar berbangunan alam fantasi, pembaziran Mahathir seterusnya. Seperti biasa, Mahathir memaksa Petronas untuk menanggung kos pembinaannya. Untuk Mahathir, minyak bukanlah sumber asli yang kekal untuk diuruskan secara jimat-cermat, tapi sebagai cara dia merealisasikan wawasan agungnya, berboros; yang sentiasa tidak menguntungkan negara.

Kos pembinaan Putrajaya menelan belanja sebanyak RM12 bilion. Dana disedut untuk rekabentuk bangunan yang kemudiannya dilengkapi pelbagai perabot mahal. Wang dibazirkan untuk tiang lampu jalan beraneka rupa yang tidak berfungsi. Mahukan sebuah jambatan namun tiada sungai ataupun tasik di Putrajaya, lalu Mahathir mengorek tanah menjadikannya sebuah tasik! Kemudiannya dia membina jambatan impiannya itu. Semua ini adalah wang rakyat!

Dan apa yang kita dapat dari kesemua ini? Para pegawai kerajaan duduk di dalam bangunan beraneka rupa tanpa satupun yang berfungsi. Bangunan indah tidak menjana sebarang kegiatan ekonomi. Kilang-kilang yang menjana ekonomi, perniagaan milik individu – penswastaan yang menjana ekonomi, infrastuktur pula menampung kedua-dua ini guna mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan serta waktu dipasarkan. Bangunan di Putrajaya dan duduk bergoyang kaki sahaja adalah satu pembaziran.

Kayu baton di tangan Badawi

Tahun 2004, Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi. Ketika itu dia percaya yang dia boleh memperkudakan Badawi dari belakang. Namun, Badwi memilih jalannya sendiri. Dia membatalkan projek-projek yang telah diluluskan Mahathir. Dia membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok impian Mahathir bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura. Mahathir kemuadian menyerang pentadbiran Badawi dengan terkeluarnya Badawi dari kerusi pemerintahan selepas pilihanraya umum 2008; walaupun hakikatnya Badawi ditendang keluar kerana asakan bertalu-talu Mahathir dari dalam UMNO.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Mahathir telah cuba menulis kembali sejarah negara, sebagai contoh, menyatakan dia tidak mengeluarkan perintah menangkap lebih dari seratus orang di dalam Operasi Lalang 1987. Tiada yang terpedaya dan ada segelintir yang hadir sempat mengetawakan kenyataannya.

Kerana tidak berpuashati, Mahathir kemudiannya mengarang sebuah buku berjudul 'Doctor in the House'. Buku ditulis penuh hipokrasi dan pembohongan disiang hari. Kehendaknya ialah memperlihatkan dirinya sebagai seorang doktor yang berjaya merawat kesakitan negara Malaysia. Sebaliknya, Mahathir ialah barah kepada Malaysia dan kesan kesakitan itu akan hidup lama di bumi ini walaupun dia sudah lama pergi.

Tahniah UKM4, Ayuh Terus Desak AUKU Dimansuhkan!

Posted: 30 Oct 2011 11:59 PM PDT

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan (unconstitutional) disambut baik oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK).

Keputusan Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Hakim Linton Albert secara majoriti 2-1 yang membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM4) merupakan satu batu tanda baru kepada perjuangan kebebasan akademik di kalangan mahasiswa Malaysia. AMK melihat keputusan ini harus memberikan titik noktah kepada hayat AUKU agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuangkan secara istiqamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman.

Seksyen 15 AUKU merupakan perangkap yang sengaja dipasang oleh pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa. Malah, tidak keterlaluan dikatakan bahawa ‘bisa’ AUKU terletak pada Seksyen ini. Dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini, sekaligus ia membuka ruang ke arah membuktikan betapa AUKU itu tidak relevan seluruhnya.

Sekian lama mahasiswa dipasung minda mereka dengan peruntukan AUKU yang tidak munasabah, dan hari ini, AUKU terbukti bercanggah dengan Perlembagaan. Meskipun hujah ini telah dibentang dan diperkukuhkan dengan hujah-hujah perundangan sejak sekian lama, keputusan Mahkamah Rayuan ini secara jelas dan tuntas mengiyakannya. Ini sekaligus memberikan tamparan kepada pemerintah Umno-BN yang bermati-matian mempertahankan AUKU untuk mengekang mahasiswa untuk menyuburkan kebebasan berfikir dan beraktivisme.

AMK menggesa agar Kerajaan Pusat mempertimbangkan secara serius, rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan ini, untuk memansuhkan AUKU sepenuhnya selaras dengan lantunan retorika agenda transformasi politik Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Sekalung tahniah buat UKM4. Ayuh terus desak AUKU dimansuhkan demi kelangsungan suara mahasiswa sebagai jurubicara masyarakat!

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Hak Asasi Manusia Ancam Kerajaan?

Posted: 30 Oct 2011 11:50 PM PDT

Merdeka Review

Hafiz Zainuddin

Kalau tidak disebabkan perjuangan hak asasi dan misi kemanusiaan, tidak perlulah susah-susah kerajaan Malaysia menghantar misi bantuan ke Palestin.  Begitu juga dengan misi kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia sehingga menyebabkan terkorbannya jurukamera Bernama, almarhum Noramfaizul semasa di Somalia.

Kita imbau kembali detik bersejarah 1 Mei 1886, bagaimana atas semangat memperjuangkan hak asasi telah mencetuskan Revolusi Perindustrian.  Ketika itu, seluruh kesatuan-kesatuan pekerja dari Amerika dan Eropah telah berkempen menuntut hak mereka bagi mengurangkan masa bekerja dari 16 jam kepada 8 jam sehari dan segala jenis penindasan oleh majikan.

Ternyata perjuangan hak asasi merupakan perjuangan yang tulus dan murni.  Ia sejajar dengan perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948 yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Dalam konteks negara kita, setiap rakyat dijamin dalam perlembagaan akan hak-hak tertentu yang jelas, termaktub, harus dipertahan dan diperjuangkan.  Antaranya menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun, berpersatuan, hak beragama dan juga hak-hak yang bersangkutan dengan pendidikan.  Mana mungkin kita tidak mahu hak yang sepatutnya kita peroleh dinafikan.

Kebimbangan yang tidak masuk akal

Tiba-tiba, kita diberitahu mengenai sebuah kebimbangan yang tidak berasas.  Sama sekali tidak boleh diterima dan dilihat terdesak dari seorang yang pernah terbukti menyalahguna kuasa dan melanggar hak asasi manusia iaitu mantan Ketua Polis Negara Rahim Noor.

Dia terbukti dalam Suruhanjara Diraja sebagai pelaku yang menumbuk sehingga menyebabkan kecederaan dan mata lebam pada Anwar Ibrahim (gambar kanan) ketika soal siasat dijalankan di lokap ketika itu.

Pada perhimpunan agung PERKASA kedua yang dijalankan baru-baru ini, Rahim Noor secara terang menyatakan kebimbangannya pada gelombang hak asasi yang memungkinkan negara jatuh dan terjajah malah dikaitkan pula dengan kebangkitan komunisme, agenda Yahudi, kontrak sosial dan sebagainya.

Semua ini adalah gambaran yang meleset pada nilai-nilai sejagat dan dilihat menyebarkan doktrin yang salah, tidak matang dan secara tidak langsung mampu untuk mewujudkan suasana yang tidak senang di kalangan rakyat.

Agama baru, human right?

Di kala rakyat mula celik dan semakin bijak; semakin sedar untuk keluar dari kepompong yang menindas, rakyat telah bangkit dan menuntut hak-hak mereka dibela; soal keadilan, pilihanraya yang bersih, kebebasan bersuara, gaji minima, kenaikan harga barang, isu diskriminasi wanita dan gender, kemiskinan, keselamatan dan sebagainya, perjuangan untuk menuntut hak asasi telah dipandang sesuatu yang berbahaya.  Kita patut berasa hairan, apa dan siapa sebenarnya yang berbahaya?

Sebagai seorang tokoh yang pernah berkhidmat dalam PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang, Rahim Nor cuma memalukan dirinya sendiri.  Dia telah silap.  Ibarat perangkap makan tuan.  Dengan dakwaan perjuangan hak asasi yang dikaitkan sehingga cuba mempersoalkan institusi beraja, kita semua harus ketawa.

Penghinaan terhadap institusi beraja

Sejarah membuktikan siapa sebenarnya yang mempersoal kuasa raja sehingga menyebabkan krisis perlembagaan tahun 1983 dan 1991.  Pindaan perlembagaan telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang mengurangi kuasa sultan dan raja.  Krisis perlembagaan tersebut sangat jelas menunjukkan siapakah yang telah menyentuh kuasa raja, bukannya Aziz Bari yang cuma memberi pandangan beliau terhadap titah sultan Selangor sehingga dianggap sebagai penderhaka.

Kita juga tidak akan lupa bagaimana media-media arus perdana ketika itu bertalu-talu menyerang institusi beraja secara terang dan lancang.  Apakah ini perbuatan menghina raja?  Tentu sekali ya!

Pembodohan atau perpaduan?

Dalam menyentuh soal “perpaduan Melayu” dan kontrak sosial, kita harus fahami apa yang telah menyebabkan isu ini berbangkit dan apa pula rasional untuk “bersatu” di bawah pentadbiran yang korup dan menindas.

Perkara ini tidak perlu dijelaskan secara terperinci, kita semua telah sedia maklum bagaimana sejumlah wang negara tiris akibat salahguna dan rasuah dalam laporan audit negara 2010 baru-baru ini.  Ia merupakan isu yang berbalik kepada soal integriti, ketelusan dan kecekapan mengurus kerajaan.

Apakah kita sebagai pembayar cukai mahu wang kita yang dipungut setiap hari dan setiap tahun ini disalahguna oleh kerajaan?  Tentu sekali tidak.  Apakah Rahim Noor cuba untuk menutup isu sebenar yang terjadi?

Hak asasi manusia, hak kita

Kita harus bertegas.  Soal perjuangan hak asasi manusia sama sekali tidak ada kena mengena dengan soal “bangsa” apatah lagi selama ini lebih separuh abad rakyat telah memberi kepercayaan dan mandat mereka kepada pentadbiran sedia ada.  Dan, apabila rakyat mula bersuara bertanyakan hak asasi mereka, suara-suara rakyat ini dituduh sebagai ancaman dan “menghakis dasar yang dipersetujui selama…” dan sebagainya.  Tuduhan sebegini mengarut!

Kembalilah kepada asas perjuangan hak asasi, ia adalah keperluan dan keutamaan semua kita.  Jauh lebih mendasar kepada hak-hak kita sebagai rakyat yang perlu dipelihara sebaik mungkin melampaui batas agama, bangsa mahupun ideologi politik.  Dan kita takkan mendengar lagu-lagu Inonesia yang lain selain dangdut dan keroncong, juga filem-filemnya yang hebat melainkan setelah rakyatnya membebaskan diri dari cengkaman orde baru lantas merampas kembali hak asasi mereka untuk bekarya, dan lagi dan lagi…!

TNB Umum Kerugian RM453.9 Juta, Tarif Elektrik Dijangka Naik?

Posted: 30 Oct 2011 11:35 PM PDT

Keadilan Daily

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011- satu tindakan yang dijangka merupakan isyarat awal kenaikan tarif elektrik.

Sekiranya mengikut rekod keuntungan sebelumnya, TNB memperoleh untung bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 2010.

Menurut catatan sebuah blog, TNB berjaya memperoleh untung bersih untuk tempoh berikutnya iaitu separuh masa pertama berakhir 28 Februari lalu berjumlah RM1.343 bilion.

"Untung adat meniaga. Ada untung, ada rugi. Tapi sungguh tidak patut kalau TNB boleh rugi teruk. Takkan TNB monopoli pun boleh rugi banyak? Kemudian pada pertengahan tahun, tarif elektrik baru sahaja dinaikkan dengan purata kenaikan sebanyak 7.12%," tulis blog Beritasemasa.com.

Menurut blog berkenaan, terdapat faktor yang menyebabkan kadar keuntungan TNB jatuh iaitu disebabkan pembelian mahal kuasa yang dihasilkan oleh Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

"Untuk rekod, TNB terpaksa menanggung RM12.5 billion untuk beli kuasa daripada IPP berbanding tahun kewangan sebelumnya 2009 dengan RM11.8 billion. Tahun 2011, berapa pula tanggungan TNB terhadap IPP?," soal blog berkenaan.

TNB katanya, memberi alasan kerugian tersebut juga disebabkan kebakaran pada Disember 2010 di blok Bekok yang terletak di pesisir 200 km dari Pantai Timur Semenanjung.

"Penyambung semua bekalan penuh sudah berkali-kali ditangguhkan sehingga akhirnya TNB terpaksa beralih kepada bahan api lain yang lebih mahal. Itu sebab mereka rugi banyak kali berdasarkan kenyataan TNB baru-baru ini.

"Pelik, setahu kami Malaysia ini kaya dengan rizab gas asli.

"Jadi mengapa Petronas boleh menghadapi kekurangan bekalan gas, yang telah mengakibatkan kerugian kepada Tenaga Nasional? Kalau sebelum ini, Petronas mampu membekalkan 1200 juta mmscfd sehari kepada sektor penjanaan kuasa tetapi sekarang turun mendadak kepada hanya sekitar 900 juta mmscfd pada tahun ini," jelas blog berkenaan.

Tambahnya, Petronas juga mengatakan kekurangan gas kerana harga gas subsidi dan penggunaan gas sebagai ganti kepada arang batu telah mendorong permintaan tinggi terhadap gas.

Jual gas murah kepada IPP tapi beli mahal

Menurutnya, Petronas menjual gas pada harga yang rendah dengan harga subsidi kepada IPP manakala IPP pula menjual kuasa elektrik kepada TNB pada harga mahal.

TNB pula akan menaikkan tarif elektrik apabila tiba masa yang mereka rasakan bersesuaian.

"Semuanya angkara perjanjian berat sebelah antara IPP dan TNB dahulu sehingga menyebabkan CEO TNB pada masa itu, Tan Sri Ani Arope meletak jawatan kerana tidak berpuas hati. Akhirnya, siapa yang kena bahananya?," soalnya.

Tambah Petronas lagi juga mengatakan Subsidi gas telah diberikan sejak tahun 1997 sehingga menyebabkan permintaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan minyak meningkat melebihi keperluan.

"Yang menjadi persoalannya sekarang, adakah jika bekalan bekalan dari Bekok C walaupun berjaya dipulihkan sepenuhnya, kekurangan gas akan berjaya diselesaikan?

"Secara faktanya, Malaysia bukan calang-calang rizab gasnya sehingga diletakkan pada kedudukan ke-14 di dunia dari segi rizab gas, mengikut laman web Malaysia Gas.

"Setakat ini ada cadangan telah dikemukakan yang mana beberapa pengeluar tenaga bebas perlu berkongsi kos yang tinggi ketika ini. Mahu atau tidak, tidak diketahui lagi.

"Sedangkan TNB untung banyak tahun lepas pun, TNB masih bertindak naikkan tarif elektrik, inikan pula kalau jumlah keuntungan bersih mereka merosot. Dan adakah ini merupakan signal awal untuk tarif elektrik dinaikkan tidak lama lagi?," soalnya.

Wee Choo Keong

Posted: 31 Oct 2011 03:21 PM PDT

Wee Choo Keong


YB Dato’ Seri Nazri: SPRM mengambil perhatian berhubung penukaran saham MAS-AirAsia

Posted: 31 Oct 2011 10:25 AM PDT

Jawapan bertulis YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri semasa menggulung Perbahasan Bajet 2012 (Peringkat Dasar) Di Dewan Rakyat pada 24-10-2011. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Wangsa Maju ingin mengetahui sama ada siasatan rasuah dijalankan terhadap penyelewengan Program Penternakan yang melibatkan keluarga seorang [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 31 Oct 2011 12:05 PM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengangkutan awam zaman BN lagi teruk dari zaman Jepun

Posted: 30 Oct 2011 06:41 PM PDT



30 Okt 2011 - KAUNTER tidak dibuka manakala mesin tiket rosak adalah antara masalah yang sering berlaku di beberapa stesen komuter di sekitar Lembah Klang. Rozita Mohd. Noh, 42, kelihatan tergesa-gesa menuju ke stesen komuter Batu Caves bagi menaiki komuter untuk ke tempat kerja. Dia perlu bergerak cepat kerana pada waktu pagi, perkhidmatan tren itu memang penuh.

Sebaik tiba di platform menghala ke Pelabuhan Klang, dia terus menuju ke mesin tiket tetapi mesin itu tidak berfungsi. Dia berpaling ke arah kaunter tiket, kaunter itu tidak dibuka.

Mahu tidak mahu dia terpaksa ke platform arah Batu Caves untuk membeli tiket walaupun terpaksa memanjat tangga dan berjalan jauh sebelum kemudian kembali ke platform Pelabuhan Klang.

Itulah masalah yang sering dihadapi oleh pengguna perkhidmatan komuter di beberapa stesen komuter di Lembah Klang.

Walaupun terdapat kaunter dan mesin menjual tiket di setiap stesen tetapi pada setiap masa, banyak mesin yang rosak, manakala kaunter tidak dibuka.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa stesen komuter di laluan Pelabuhan Klang mendapati rungutan tersebut memang berasas kerana beberapa mesin tiket rosak dan kaunter tidak beroperasi.

Rozita yang merupakan seorang pekerja swasta berkata, dia sudah beberapa kali berhadapan dengan keadaan tersebut dan tidak nampak ada usaha serius dibuat untuk mengatasinya.

"Jarak untuk membeli tiket di platform sebelah agak jauh dan semua itu membuang masa serta menyakitkan hati," katanya.

Suri rumah, Saodah Delan, 50, berkata, dia hairan kerana kaunter menjual tiket di stesen Pantai Dalam tidak beroperasi walau terdapat penjaga di situ.

"Mesin jual tiket pula kadang-kadang rosak. Saya pernah terlepas komuter gara-gara terpaksa membeli tiket di platform sebelah kerana kaunter tutup dan mesin rosak," katanya.

Pekerja swasta, Syanira Mohd. Sharif, 35, mengakui kaunter tiket di stesen komuter tidak dibuka manakala mesin tiket pula selalu rosak menyebabkan pengguna sering menghadapi masalah untuk membeli tiket.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

Nasib Melayu miskin di Pahang, negeri kerajaan BN, Bantulah

Posted: 30 Oct 2011 04:56 PM PDT



Anak sulung berhenti sekolah akibat kemiskinan.
CAMERON HIGHLANDS 31 Okt 2011 : Akibat kesempitan hidup, seorang pekerja kebun sayur di Kampung Melayu, Brinchang, di sini, terpaksa memberhentikan persekolahan anak sulungnya setakat tahun enam.

Rosli Shariff, 35, berkata, dia terpaksa berbuat demikian terhadap Intan Nursyahirah, 13, bagi mengurangkan beban sekali gus memberikan peluang kepada tiga lagi anak lain meneruskan persekolahan.

Menurutnya, dia yang bekerja dengan mengangkat kotak dan bakul sayuran untuk dipunggah ke atas lori dan cuma menerima upah harian antara RM25 hingga RM30 menyebabkannya sukar untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Katanya, bagi membantu menyara keluarga, isterinya, Fadilah Pelek, 36, pula bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah menengah di Tanah Rata. Namun, upah yang diterimanya rendah dan sekadar cukup untuk membeli makanan. "Pendapatan kami berdua tidak mampu menampung kehidupan seharian sekeluarga serta perbelanjaan persekolahan tiga anak yang masih belajar dalam tahun lima, tahun dua dan tadika di Pekan Brinchang.

"Jika masalah kesempitan kewangan ini masih berterusan, kemungkinan tiga anak saya bakal mengalami nasib yang sama seperi kakaknya apabila hanya belajar setakat tahun enam," katanya.

Sementara itu, Intan Nursyahirah berkata, dia berharap dapat bersekolah semula bersama dengan rakan sebayanya.

"Tidak ada apa yang kurang pada diri saya kerana saya boleh membaca, menulis dan mengira. Tetapi, disebabkan kemiskinan keluarga membantutkan hasrat saya untuk meneruskan persekolahan dan mencapai cita-cita menjadi seorang guru.

"Saya merayu kepada pihak berkenaan yang sudi membantu dengan menampung perbelanjaan sekolah supaya saya dapat meneruskan pembelajaran sehingga peringkat tertinggi," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anaksulungberhentisekolahakibatkemiskinan/Article/index_html

Sambutan 60 PAS peringkat Negeri Sembilan

Posted: 30 Oct 2011 04:56 PM PDT


MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad)
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
YB Dato Husam Musa
YB Dato Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Nasarudin Hasan
YB Hj Mohamad Taufek

Kupon Makan Malam cuma RM 10 seorang

Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828

Untuk sumbangan boleh disalurkan ke :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Bank Islam No akaun : 05030010000462

- Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

- Layari Blog PAS N.Sembilan untuk maklumat terkini di http://pasns.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Pengikut