Ahad, 30 Oktober 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 30 Oct 2011 03:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

"Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

"Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang," kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

"Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan," kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

"Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap ... jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

"Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

"Kami mahukan satu penjelasan," katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.

TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 30 Oct 2011 03:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, PAS menegaskan sistem dua parti pasti akan menjadi kenyataan di negara ini dalam waktu terdekat dan ia sangat penting untuk mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN).

PAS kini menganggotai Pakatan Rakyat yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008. Dua rakannya ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat - dalam tempoh enam bulan akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjangkakan sistem dua parti akan menjadi realiti sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang.

Sehubungan itu kata beliau, kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara tersebut.

Mustafa berkata keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem dua parti ekoran kegagalan mereka memahami tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini meskipun ada pelawaan Umno untuk mewujudkan kerjasama politik dan mengadakan kerajaan perpaduan, PAS tetap menolak tawaran itu, sebaliknya berjanji akan kekal bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kerjasama itu membawa kepada kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat yang memperoleh 84 kerusi juga menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Mustafa setersunya berkata perkembangan ke arah kewujudan sistem dua parti telah pun berlaku di negara ini dan ia tercetus hasil kerjasama politik antara PAS dan parti Melayu Semangat 46 (S46) pada pilihan raya umum 1990 dan 1995.

"Sistem dua parti merupakan perkara penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana dengan itu akan lebih memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya.

"Dengan adanya sistem dua parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihan raya," katanya dipetik Harakahdaily.

Mustafa berkata, kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak.

"Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun 'bermerah mata' membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam," katanya.

Konsep tahaluf siyasi kata beliau, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihan raya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.

Jelas beliau, perkara itu perlu difahami dengan mendalam oleh setiap ahli PAS agar tidak menimbulkan kekeliruan mengenainya, apatah lagi sehingga boleh melemahkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini.

"Tapi walaupun tidak faham, ahli-ahli PAS tetap juga wala dengan pemimpin. Itulah sifat terpuji yang ada pada ahli-ahli PAS. Sungguhpun begitu, jika tidak faham kenalah bertanya kepada pemimpin. Paling tidak, bertanyalah kepada pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan bahagian penerangan PAS agar menerangkan keperluan tersebut kepada ahli-ahli parti bagi membolehkan konsep tahaluf siyasi difahami oleh ahli-ahli PAS di segenap peringkat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Pengikut