Rabu, 12 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 12 Oct 2011 07:49 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


SOALAN TAMBAHAN PARLIMEN TELOK KEMANG

Posted: 11 Oct 2011 09:39 PM PDT

SIDANG PARLIMEN - MESYUARAT KETIGA - PENGGAL KEEMPAT - PARLIMEN KEDUABELAS 2011
10 OKTOBER 2011 - ISNIN -

Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kagum dengan beberapa maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan soalan saya. Hanya ini tidak memberi keadaan sebenar kerana masalahnya ialah dia menunjukkan bahawa maklumat peneroka, hutang peneroka kepada FELDA. Masalahnya ialah di banyak tempat penyata hutang memang 'up to date', tiap-tiap bulan ada penyata hutang. Apa yang menjadi masalah ialah penyata hasil peneroka tidak diberi oleh FELDA ada tempatnya sampai ke lima tahun.

FELDA hanya memberi pendahuluan (advance) sebanyak RM1,500 kepada peneroka berkenaan tetapi apabila diminta penyata hasil ini tidak dapat ditunaikan oleh FELDA. Maka hutang peneroka bertambah seperti mana yang saya cakap sampai ke lima tahun dan secara automatik hutangnya akan sampai kepada angka RM80,000 hingga RM100,000.

Soalan saya ialah kenapa FELDA mempunyai masalah untuk menyediakan penyata seperti mana yang lazimnya dilakukan dalam transaksi urusan niaga yang perlu FELDA tunaikan supaya ini tidak memberi gambaran yang sebenar kepada kedudukan kewangan peneroka-peneroka berkenaan. Terima kasih.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan:

Terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat. Saya rasa itu masalah yang terpencil ia bukan menjadi masalah yang umum kepada peneroka.

Tadi disebut advance RM1,500 pendahuluan hasil RM1,500. Maksud apabila diadakan pendahuluan hasil tanah itu baru tanam semula belum dapat hasil sepenuhnya. Mungkin di setengah-setengah tempat apabila baru tanam semula hasil peneroka itu masih lagi belum dapat dirumuskan berapakah jumlah sebenar. Saya kira itu di antara punca masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat.

Akan tetapi di semua rancangan FELDA kita ada pengurus rancangan di dalam kampung peneroka itu sendiri dan ada beberapa pegawai lain di dalam setiap 317 kawasan rancangan. Peneroka yang tidak puas hati boleh jumpa pengurus 24 jam kalau tidak puas hati tentang penyata dan sebagainya semua boleh jumpa 24 jam pada pengurus dan kita tidak tipu peneroka. Kita beri jaminan tidak tipu peneroka itu masalah yang terpencil sahaja Yang Berhormat. Masalah yang terpencil.

JAWABAN SOALAN PARLIMEN - TELOK KEMANG -

Posted: 11 Oct 2011 09:16 PM PDT

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS - PENGGAL KEEMPAT - MESYUARAT KETIGA - 10 OKTOBER 2011 - ISNIN -

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang]

minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) butiran terakhir jumlah peneroka yang masih terhutang dengan FELDA

serta jumlah keseluruhannya; dan

(b) jumlah wang caruman tanaman semula dalam Tabung Tanam Semula

setakat ini.

____________________________________________________________________

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peneroka diberi secara percuma 10 ekar tanah kebun dan suku ekar tapak rumah. Namun tidak semuanya percuma sehingga 1 Oktober 2011, jumlah pinjaman bagi seramai 120,635 orang peneroka adalah RM3,220 juta. Pinjaman ini adalah kos pembangunan yang didahulukan oleh FELDA meliputi kos pembersihan hutan, pembangunan ladang, pembinaan sebuah rumah dengan kos hanya RM4,000 sebuah rumah dan pinjaman persendirian.

Sehingga kini seramai 102,560 orang peneroka atau 91.1% telah pun menyelesaikan bayaran balik pinjaman kepada FELDA berjumlah RM3,105 juta dan terdapat seramai 10,075 orang atau 8.9% peneroka masih mempunyai baki pinjaman berjumlah RM92.863 juta. Daripada jumlah tersebut RM28.58 juta daripadanya adalah masih dalam tempoh bayaran kembali yang dijadualkan berakhir pada tahun 2017. Manakala RM64.28 juta adalah berbentuk tunggakan.

Pinjaman ini tidak termasuk bantuan sara hidup dan pinjaman lain yang disediakan oleh FELDA berjumlah RM2,313.16 juta yang terdiri daripada pinjaman pembesaran rumah berjumlah RM655 juta, Skim Insentif Usahawan FELDA berjumlah RM87.6 juta, pinjaman pelajaran berjumlah RM7.4 juta, pinjaman komputer berjumlah RM9.66 juta dan lain-lain pinjaman berjumlah RM0.63 juta. Ini menjadikan keseluruhan pinjaman jangka pendek berjumlah RM760.3 juta.

Kesemua pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah kerana hasrat kerajaan membantu peneroka. Bantuan sara hidup diberi kepada peneroka yang sedang tanam semula sekiranya mereka memilih untuk menerima sara hidup yang perlu dibayar kembali. Sehingga kini FELDA telah mendahulukan bantuan sara hidup bagi peneroka yang sedang tanam semula berjumlah RM1,460 juta.

Bahagian kedua kepada soalan Yang Berhormat jumlah wang simpanan peneroka dalam Tabung Tanam Semula pada 31 Disember 2010 bagi tujuan tanam semula sawit kali pertama adalah RM269 juta. Simpanan ini diambil daripada kutipan bulanan yang dibuat setiap bulan mengikut kadar hanya RM4 seekar atau RM40 bagi kawasan sepuluh ekar. Ini bermakna bagi kawasan sepuluh ekar setiap peneroka mencarum kira-kira RM960 seekar selama 20 tahun sekiranya pencarum penuh atau RM9,600 bagi kawasan sepuluh ekar.

Pada masa ini kos tanaman semula sawit ialah RM2,600 seekar atau RM26,000 bagi kawasan sepuluh ekar. Oleh sebab itu FELDA memberi subsidi tanam semula peneroka sebanyak RM16,400 seorang peneroka iaitu RM26,000 kos tanam semula tolak RM9,600 wang caruman. Bagi tabung kutipan tanam semula kali kedua sehingga 31 Disember 2010 jumlah simpanan peneroka RM79 juta. Simpanan ini diambil daripada kutipan peneroka sebanyak RM12 seekar sebulan atau RM120 sebulan bagi kawasan sepuluh ekar yang telah berkuat kuasa mulai Julai 2009. Kenaikan kadar kutipan ini disebabkan kos tanam semula yang semakin meningkat dan persediaan menanam semula bagi peringkat kedua dalam masa 25 tahun dari sekarang.

Terima kasih.

PERLANTIKAN ISA SAMAD HARAM

Posted: 11 Oct 2011 07:44 PM PDT

Perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) adalah haram dan tidak sah. Ini jika kita amati bahawa beliau bukanlah ahli koperasi yang absah. Ini berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bahawa apa-apa perlantikan lembaga pengarah koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang yang mengawalnya.
Antara yang perlu dipatuhi ialah seharusnya seseorang yang mahu dilantik sebagai lembaga pengah termasuk sebagai pengerusi haruslah terdiri daripada ahli koperasi yang merupakan peneroka FELDA, atau Generasi Kedua atau Pegawai Tetap. Dalam kes TS Isa Samad beliau adalah pegawai kontrak yang boleh dipertikaikan perlantikan beliau.
Apatah lagi jika TS Isa Samad sendiri yang menduduki sidang mesyuarat perlantikan diri beliau sendiri jelas bertentangan dengan Akta SPRM 2009. Apakah SPRM akan bertindak dalam hal ini? Saya menggesa agar tindakan siasatan segera dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Alasan TS Isa Samad untuk melakukan transformasi dalam KPF jika memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF adalah meragukan kerana 'track record' TS Isa Samad jelas begitu buruk seperti prestasi 22 tahun menjadi Menteri Besar N. Sembilan - Linggi DUN MB pada ketika itu sehingga kini begitu daif pembangunannya, kemudian sebagai Menteri Wilayah juga tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan dan termasuk juga digantung 6 tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana terlibat dan didapati bersalah dalam 5 daripada 9 pertuduhan rasuah politik ketika bertanding jawatan Naib Ketua UMNO pada Pemilihan Agung UMNO September 2004.
Kita bimbang, jika nanti transformasi yang mahu dilakukan TS Isa Samad adalah membawa budaya korupsi ke dalam sistem pengurusan FELDA dan akhirnya koperasi yang bertujuan membantu para peneroka hilang fungsinya dalam menaikkan martabat peneroka-peneroka. PM Najib wajar untuk meneliti semula perlantikan ini atas kapasiti beliau sebagai Menteri yang juga bertanggungjawab terhadap FELDA

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 12 Oct 2011 03:16 AM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 11 Oct 2011 11:09 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


CORRUPTION BY MALAYSIAN BUSINESSMEN AND COMPANIES IN INDIA

Posted: 11 Oct 2011 08:28 PM PDT

MACC IS CALLED TO INVESTIGATE ALLEGATIONS OF BRIBERY AND CORRUPTION BY MALAYSIAN BUSINESSMEN AND COMPANIES IN INDIA
We call on the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate T. Ananda Krishnan, Ralph Marshall, the majority shareholder and directors of Maxis Communication Berhad ("MCB"), Astro and other Malaysian entities relating to the investigation by India's Central Bureau of Investigation relating to the ownership change in Aircel on charges of criminal conspiracy under the Indian Penal Code and Prevention of Corruption Act.
It is reported in the Indian newspapers and the local newspapers that the Indian authorities have filed a first information report against these persons and personalities in India relating to possible charges of conspiracy, abuse of power and bribery.
Sections 16 and 17 of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 provide that the giving of gratification to any person or to an agent are offences. Section 66 of the Act provides that the MACC and the Malaysian Courts have jurisdiction to prosecute and convict Malaysian citizens and permanent residents who commit bribery and corruption in foreign countries.
It is imperative that the Malaysian authorities take action and to prosecute Malaysian citizens and permanent residents who have committed bribery and corruption offences in foreign countries to maintain the credibility and reputation of Malaysian businessmen and the Malaysian government.
William Leong Jee Keen & Sivarasa Rasiah
11 October 2011

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 11 Oct 2011 09:40 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Peluang Kerjaya dalam Industri Maritim

Posted: 11 Oct 2011 02:38 AM PDT

Peluang Kerjaya dalam Industri Maritim

Masalah bilangan penganggur kalangan belia setiap tahun meningkat. Baru-baru ini pihak kerajaan negeri Selangor telah melancarkan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor bagi menangani masalah pengangguran kalangan siswazah.

Pejabat ADUN Taman Medan menyambut usaha tersebut dengan mengadakan majlis taklimat untuk belia.

Dengan kerjasama Legasi Ulung, META, Majlis Bandaraya PJ dan pertubuhan belia Tmn Medan akan mengadakan majlis taklimat mengenai peluang kerjaya dalam industri maritim pada 12 Oktober 2011 pukul 8.30malam di Dewan MBPJ Jln PJS 4/19, PJ, Selangor.

Semua belia dijemput hadir untuk mendengar taklimat dan seterusnya mendaftar untuk program latihan yang ditawarkan. Syarat-syarat yang diperlukan :

i. berumur 18 tahun dan ke atas
ii. boleh membaca, menulis dan mengira
iii. sihat tubuh badan

Segala pertanyaan boleh hubungi pejabat ADUN, 03-7781 2151 atau Aries 019-332 7149


Anwar Ibrahim

Posted: 11 Oct 2011 07:24 PM PDT

Anwar Ibrahim


Rakaman Rapat Umum Selamatkan Kampung Baru

Posted: 11 Oct 2011 05:16 PM PDT


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Malaysia Upah Perunding Sokong Israel, Hina Nabi Muhammad

Posted: 11 Oct 2011 12:10 AM PDT

Keadilan Daily

Kerajaan Malaysia mengupah perunding asing, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza Mei lalu, kata Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin, FBC yang menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia sebanyak 19.6 juta Euro, memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

"Peranan FBC Media untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya, terang-terang bercanggah. Dia dapat duit kita, dia puji Israel. Kalau baca kempen online mereka, Nabi Muhammad diserang dengan begitu hina dan jijik sekali,"

"Kerajaan mesti menjelaskan kedudukan perkara ini," kata Saifuddin Nasution dalam perbahasannya di Dewan Rakyat semalam.

Pada 31 Mei lalu, komando Israel menyerang kapal bantuan Mavi Marmara menyaksikan lebih 10 aktivis terbunuh, manakala 12 sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal itu ditahan.

Menurut Saifuddin, tindakan itu disokong FBC Media, sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain yang dilantik kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak.

FBC Media menerbitkan program TV berkaitan Malaysia yang kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

Saifuddin menambah, kontrak FBC media yang bermula pada 2007 dan berakhir pada 2010 itu berperanan menasihat, mengurus kempen komunikasi kerajaan, meningkatkan profil kerajaan dan Perdana Menteri serta menangani persepsi negatif negara di peringkat antarabangsa.

Tindakan FBC mendapatkan bayaran dari kerajaan Malaysia bagi menghasilkan program TV berkenaan, bercanggah dengan etika kewartawanan.

"Selepas siasatan badan regulasi media di Britain iaitu Ofcom, semua program FBC Media digantung,"

"Begitu juga di CNN dan CNBC yang menghasilkan program-program mengenai Malaysia," kata Saifuddin.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Putrajaya Paid RM94m To FBC Media For Global Airtime

Posted: 10 Oct 2011 11:55 PM PDT

The Malaysian Insider

The Barisan Nasional (BN) government paid RM94 million to raise its international profile over three years to FBC Media, which is under probe by British regulators for producing content on Malaysia without revealing that Putrajaya was its client.

But the Prime Minister's Office (PMO) denied any involvement in how FBC Media secured coverage in the international press.

In a written reply to a question in Parliament, Datuk Seri Najib Razak's office said that the 12-month contract that was signed in 2007 was renewed twice for a total cost of €19.6 million.

"It is the responsibility of FBC Media to obtain airtime in international media and the government has no control over this matter.

"This is a matter of discussions between FBC Media and the BBC," the PMO replied to Batu MP Chua Tian Chang's question posed last Thursday.

Malaysia ended its contract with the public relations firm last month after it was revealed that government leaders routinely appeared in paid-for interviews on global television programmes on CNBC.

FBC is now being investigated by British media regulator Office of Communications (Ofcom) as well as the BBC and CNBC for producing content on Malaysia without revealing it received money from Putrajaya.

Both broadcasters have dropped FBC programmes from their lineup.

The PMO terminated FBC Media's contract last month, the second PR deal it has ended in recent months after US-based APCO Worldwide was dropped for alleged links to Israel.

Whistleblower website Sarawak Report had claimed that interviews and other programmes produced by FBC had cost the ruling BN coalition millions of ringgit as part of its bid to boost its international image.

The deal came to light after supplementary supply Bills showed that the PMO paid RM57.7 million between 2008 and 2009 to FBC for a "Global Strategic Communications Campaign".

FBC is also said to have approached top US current affairs magazine The Atlantic to host an event featuring Najib.

The Malaysian Insider also reported that Najib has engaged a new team that includes those behind former British Prime Minister Tony Blair's "New Labour" to reinvent himself as a "cool" leader as he prepares to lead BN into elections for the first time.

Chua, who is a PKR vice-president, told a press conference today that this proves "the Najib administration relies solely on consultants to spread Barisan Nasional propaganda on the global stage."

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Inkuiri BERSIH: Wanita Dikasari, Dakwa Saksi

Posted: 10 Oct 2011 10:48 PM PDT

Malaysiakini

Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan tindakan kekerasan yang digunakan oleh polis ketika perhimpunan BERSIH  2.0, bermula hari ini dengan seorang saksi mendakwa beliau terlihat seorang wanita ditolak secara kasar sehingga tersungkur di jalan.

NONEKenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu siasatan bahawa beliau menaiki LRT dari stesen Kelana Jaya untuk ke stesen Dang Wangi pada kira-kira jam 3 petang 9 Julai lalu.

“Saya mahu turun di stesen LRT Pasar Seni tetapi ia telah ditutup. Saya mengiringi teman wanita saya yang bekerja dengan media dan kami berjalan di Jalan Pudu menghala ke arah Maybank. Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dengan perhimpunan.

“Saya berpakaian kuning dan melihat sekumpulan orang yang memberi amaran bahawa gas pemedih mata sedang dilepaskan. Kami kemudiannya berlari menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana kami mendengar polis menjerit “Tangkap, tangkap!

"Kemudian saya lihat mereka menangkap seorang wanita Melayu dengan kasar. Kepalanya ditolak ke atas jalan raya,” dakwanya.

Wanita itu kemudiannya dilepaskan setelah mengenalkan dirinya sebagai kakitangan TV Selangor, katanya.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageMenurut saksi itu lagi, teman wanitanya sempat merakamkan gambar-gambar kejadian itu tetapi  pihak polis dengan kasar dalam menolak kamera ke mukanya.

Chan juga mendakwa melihat beberapa anggota polis yang lain menendang seorang budak Cina di Jalan Pudu dan sempat merakamkan kejadian itu.

“Polis juga memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar atau tidak kamera kami akan dipecahkan.

“Budak yang dibelasah itu membalas kata-kata anggota polis dan mereka menyerbunya," kata saksi itu lagi.

Chan adalah saksi pertama memberi keterangan dalam siasatan Suhakam untuk menentukan sejauh mana kekerasan digunakan pada perhimpunan BERSIH itu.

NONEPanel tersebut diketuai oleh naib presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen.

Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan, dan Richard Wee manakala pihak polis pula diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Posted: 11 Oct 2011 03:10 PM PDT

Wee Choo Keong


Dr Wafi: MAS – AirAsia share swap contravened Competition Act?

Posted: 11 Oct 2011 01:26 PM PDT

It was most worrying to see what had taken place in MAS after the inking of the secret MAS – AirAsia share swap on 9-8-2011.  Read HERE, HERE, HERE, HERE, HERE, HERE, HERE, HERE. The glaring events after the said secret share swap were as follows: the announcement of changing Firefly’s original objectives and plans [...]

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 11 Oct 2011 11:50 AM PDT

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Is Najib’s going green just lip service?

Posted: 11 Oct 2011 08:07 AM PDT

Najib's budget has no meaningful incentives to promote and develop green technology in Malaysia, says a green advocate.

KOTA KINABALU: A disappointing Budget 2012 has left green technology enthusiasts in Sabah wondering if Prime Minister Najib Tun Razak is truly interested in promoting and developing green technology.

Najib's decision earlier this year to call off the construction of a proposed coal-fired power plant in Sabah following a widespread public outcry over its effects had given hope that his administration would be more receptive to green technology.

But last Friday's Budget 2012 announcement has now left them casting doubts on his commitment.

According to Sabah PKR secretary Dr Roland Chia, who is also a greenie, the federal government has failed to take a pragmatic approach to developing the potential of green technology.

He said there has been little development in this area since Najib declared his vision of turning Putrajaya and Cyberjaya into green technology centres.

"All we have is the offer of RM1.5 billion in soft loans for green technology companies and a pledge to reduce Malaysia's carbon footprint by 40 percent by 2025.

"But since then, there has been no further development in this area.

"What we had was the recently organised massive Green Technology exhibition in September called IGEM hosted by the Energy, Green Technology and Water Ministry," he said.

Chia said it was crucial that the country took a pro-active stand in championing the development of green technology and wooing investors to the industry.

"It is crucial that we develop green technology so that the country will have options once fossil fuel gets depleted.

"I just hope that all this talk about green technology is not just mere lip service to the environment," Chia added.

No incentives

Najib, when attending the 2009 Copenhagen climate change summit, had boldly declared that "Malaysia is adopting an indicator of a voluntary reduction of up to 40 percent in terms of emissions intensity of GDP (gross domestic product) by the year 2020 compared to 2005 levels".

At the time, he said the National Green Technology Centre had been tasked with formulating a green technology development action plan which would "set standards and promote green technology".

But in an immediate reaction to Najib's 2009 declaration, the Centre for Environment, Technology and Development Malaysia (Cetdem) director Gurmit Singh had reportedly said that there was "no way" this was achievable.

"No way can we attain this level of reduction by 2020 and Malaysia definitely cannot commit itself to such a claim," he had said.

Yesterday, Chia in a statement said the Budget 2012 offered no real incentives to encourage householders or small and medium-sized enterprises (SMEs) to go green.

"The budget does not offer incentives to households and SMEs to install solar panels to harness energy for their daily consumption.

"This will help the country's bid to reduce carbon footprint by 40 percent by 2025 against the backdrop of increasing electricity tariffs.

"How can the prime minister hope to achieve reduction of carbon footprint without the support of householders and SMEs?" he asked.

Najib ‘misguided’ on Sabah’s needs

Posted: 11 Oct 2011 08:05 AM PDT

KOTA KINABALU: Accessibility to a decent secondary education is still a perennial problem in Sabah and the Budget 2012 has given little consideration to this fact, according to Sabah opposition PKR.

Lamenting over Prime Minister Najib Tun Razak's 'misguided and wasterful' 2012 budget, Sabah PKR secretary Dr Roland Chia said the whole budget had not taken into consideration the real needs of Sabah.

"Of what use is waiving school fees and handing out book vouchers for rural students in Sabah if students in the rural poor have to travel or walk 20-30 kilometers just to get to the nearest school.

"The government should provide community buses to solve these problems instead. Transportation is a huge cost in Sabah. It is a problem even in urban areas where taxi fares remained as one of the highest in the country.

"Both taxi drivers and car owners complain of unavailability of NGV (liquid petroleum) facilities for both taxis and private vehicles users," Chia said.

He is also lambasted the plan for more mega development projects in already 'heavily' developed Peninsular Malaysia.

"What was extremely disappointing is the announcement of more mega projects such as the Coastal Highway JB-Nusa and the Taiping Heritage Tourism Project at a cost of RM978 million.

"What is the need for such projects which would certainly go into cost over-runs when Sabah is in dire need of basic infrastructure.

"There is still a big vacuum in the basic infrastructure facilities in Sabah…we don't even have proper roads and utilities.

"There is also a big economic gap between the urban middle class and the rural poor in Sabah. There are not enough planned measures in terms of poverty eradication and closing the gap between the rural and urban population.

"The government needs to spell out how is the RM5 billion going to address the perennial poverty in Sabah," he said alluding to the fact that Sabah is the second poorest state in Malaysia despite it being the fourth largest producer of oil and gas in the country.

On the road to bankruptcy

Chia was commenting on Najib's, who is also finance minister, announcement of an unprecedented RM232.8 billion national budget for 2012 last Friday.

The 'feel good' budget however is worrying Chia.

"RM232 billion is a lot of money, especially when we are looking at a 9.4% rise in expenditure and this contradicts the statement that the rise of expenditure will reduce the country's deficit of 4.7% from 5.4% of GDP.

"How this is going to be achieved is yet to be seen," Chia said.

Meanwhile the sheer size of the budget has also drawn flak from other opposition groups, with Sarawak DAP declaring that the ruling Barisan Nasional government had ignored the state despite its rural areas being touted as the coalition's 'fixed deposit'.

Said Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen: "For the past 14 years, the nation has (accumulated) a total deficit amounting to more than RM436 billion.

"The next year's budget has lot of goodies. We expect to incur RM45 billion deficit, and if you add this, our deficit will easily come to RM500 billion.

"This will be more than 50% of GDP (Gross Domestic Product). We are heading towards the same direction as Greece.

"Greece went bankrupt when its deficits reached 67% of its GDP."

KEADILAN Sabah tekad bongkar lebih banyak rasuah Umno

Posted: 11 Oct 2011 08:03 AM PDT

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: KEADILAN Sabah menyambut saranan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat sebagaimana ditegaskan pada ucapan mereka pada konvensyen Pakatan Rakyat Sabah 16 September lalu, kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri, Dr Roland  Chia Ming Shen.

Roland mengulas gesaan  Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu supaya Pakatan bekerja lebih keras untuk memastikan pentadbiran di Putrajaya.

"KEADILAN negeri menyambut baik setiap cabaran itu dan kita akan memastikan setiap jentera ketiga-tiga komponen parti akan lebih bekerja keras selepas ini.

"Kita juga memastikan setiap program diperingkat Cabang dan ranting mesti dihadiri setiap komponen Pakatan dari ketiga-tiga parti selain memastikan keputusan penting Pakatan tidak didedah kepada media yang mengundang manipulasi dari pihak lawan," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Wan Azizah pada ucapannya di konvensyen itu, Jumaat lalu menggesa anggota dan pimpinan Pakatan Sabah mendedahkan lebih banyak lagi penyelewengan pentadbiran Umno BN Negeri.

Ini kerana kata Azizah, isu rakyat terlalu banyak di Sabah, namun kurang didedah Pakatan di media dan dalam ceramah bersama rakyat.

Manakala Mohd Sabu menggesa jentera Pakatan negeri menggiatkan penerangannya mengenai rasuah di kawasan pedalaman di negeri itu.

Bagi Mohd Sabu, isu rasuah lebih banyak buruknya terhadap luar bandar yang majoritinya masih miskin, berbanding pengundi bandar yang lebih celik maklumat mengenainya.

Sementara Kit Siang mahu rakyat Sabah memastikan setiap undi mereka samada diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen hanya untuk calon Pakatan Rakyat.

Kit Siang menegaskan, walaupun rakyat Sabah pernah menukar kerajaan sebanyak empat kali, namun kehidupan rakyat masih sama kerana kebanyakan keputusan melibatkan rakyat berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Konvensyen Pakatan Sabah pertama kali diadakan pada hari itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum di negeri itu.

Turut hadir, golongan profesional, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan, pendokong, pengikut, penyokong dan anggota Pakatan Rakyat Sabah dari KEADILAN, PAS dan DAP dari seluruh daerah di negeri itu.

BN Sabah digesa henti penjualan pulau serta-merta

Posted: 11 Oct 2011 08:01 AM PDT

(Oleh: Masdar Wahid)

SABAH: KEADILAN mendesak kerajaan Barisan Nasional di Sabah menghentikan penjualan pulau-pulaunya serta-merta, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), parti itu, Dr Roland Chia Ming Shen.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menegaskan, penjualan itu mengundang ancaman keselamatan di negara ini.

"Kita mendesak kerajaan Sabah umumkan siapa pemilik pulau-pulau itu dan mungkinkah ia diberi kepada kroni,"

"Kedua, kita juga menuntut kerajaan negeri dedahkan sejak bila pemilik tanah memiliki geran dan atas tujuan apa penjualan pulau itu dibuat," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Roland bimbang jika penjualan itu tidak dihentikan, ia bakal mengundang ancaman pengganas.

"Dalam keadaan pulau tidak dijual pun, rakyat kita diculik seperti yang kerap berlaku di Semporna, inikan pula jika pulau-pulau kita dijual,"  tegas beliau.

Beliau mengulas kemarahan rakyat Sabah berhubung penjualan pulau Mengalum, Pandanan dan Montukod yang dijual menerusi pusat pasaran talian terus berpangkalan di Toronto, Kanada.

Pulau Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar,  dijual kepada umum pada harga AS$18 juta.

Pulau Pandanan berdekatan Semporna (empat hektar) pula dilapor dijual pada harga  AS$2 juta dan Pulau Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dijual dengan harga AS$11.266 juta.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal memberitahu, penjualan pulau itu boleh dilakukan  kreana  ia 'milik persendirian'.

Sementara itu Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri kekal membisu walaupun penjualan tiga pulau Sabah itu sudah lama diperkatakan di internet.

Sebelum ini, Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaysia Sabah (UMS), Marja Azlima Omar menasihatkan kerajaan Sabah segera menamakan 250 pulau di negeri itu.

Ini kerana Marja bimbang pulau-pulau itu berdepan tuntutan negara jiran seperti berlaku dalam kes pulau Batu Putih.

Lebih 500 pulau wujud di Sabah dengan separuh daripadanya tidak mempunyai nama termasuk 55 di Tawau, daerah yang bersempadan dengan Indonesia.

PREVENTION IS BETTER THAN CURE : POTENTIAL DENGUE OUTBREAK IN SABAH

Posted: 11 Oct 2011 07:56 AM PDT

delimalongkang1delimalongkang2

PKR Supreme Council Member cum PKR Sabah Secretary – Dr Roland Chia urged the relevant authorities concerned not to be complacent in eradicating the dengue fever especially closer collaboration needed between the local councils and the public health department.

He was commenting this matter when received alarming calls from angry residents of Taman Delima & Kg Nosoob , Kapayan , Penampang over the clogged drains and stagnation of pooled water along all the drains in the areas. These clogged areas are haven for the aedes mosquito to breed lavishly. The sites were very disgusting and unhygienic according to the angry residents.

Dr Roland Chia urged for vigilant supervision to be conducted statewide – or else there will be a potential dengue outbreak in Sabah and not only in Penampang.

Despite the assurance of the recent report by the Director-General of Health Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman with regards to the number of dengue cases and related deaths between January and Aug 13 saw a drastic drop compared to the corresponding period last year is most welcoming, ie 12,735 cases were reported this year, down by 58 per cent from the 30,455 last year. 21 deaths were also reported this year, 78 per cent lower than the 95 recorded last year BUT the fact 10 out of the 14 states recorded a rise in the number of cases, with 12 in Selangor, 10 in Kedah, eight in Terengganu, two each in Melaka and Perak and one each in Perlis, Sabah, Pahang, Penang and the federal territories of Kuala Lumpur and Putrajaya. Sabah is not spared either to see an increase of death.

Dengue fever is an infectious tropical disease caused by the dengue virus. Symptoms include fever, headache, muscle and joint pains, and a characteristic skin rash that is similar to measles. In a small proportion of cases the disease develops into the life-threatening dengue hemorrhagic fever, resulting in bleeding, low levels of blood platelets and blood plasma leakage, or into dengue shock syndrome, where dangerously low blood pressure occurs.

Dengue is transmitted by several species of mosquito within the genus Aedes, principally A. aegypti.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 11 Oct 2011 11:39 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ribuan para graduan bangkit menentang Muhyiddin dan BN

Posted: 10 Oct 2011 08:46 PM PDT



Guru : Terjamin atau tiada masa depan? BEBERAPA kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik.

Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokkan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984).

Mengikut kajian Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) faktor ekstrinsik seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah.

Penulis ingin memfokuskan kepada faktor jaminan kerja sebagai antara punca tarikan pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi, diploma mahupun ijazah untuk menjadikan bidang pendidikan dan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kerjaya. Apabila Kerajaan mengumumkan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan peralihan kepada 'Sistem Terbuka dalam Latihan Guru' dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), penulis tertanya-tanya di manakah rasionalnya?

Sedangkan di antara intipati RMK-10 ialah menjadikan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kalangan siswazah cemerlang. Sekiranya tiada lagi jaminan penempatan guru bagaimana mungkin dasar ini dapat menarik minat golongan sasaran tersebut.

Disini penulis ingin lontarkan persoalan yang perlu diperjelaskan secara terperinci oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apakah dengan mengubah dasar daripada jaminan penempatan guru pelatih kepada sistem terbuka dalam latihan guru ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan daya tarikan keguruan dan meningkatkan kualiti guru baru secara signifikan seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10? Bagaimana pula dengan masa depan bakal-bakal guru di seluruh IPTA dan IPTS pada masa akan datang?

Kebelakangan ini kedengaran rintihan dan keluhan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di seluruh IPTA dan IPTS negara mengenai masalah penempatan mereka. Persoalan timbul mengenai status sebenar graduan ISMP berikutan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran bahawa penambahan jawatan baru dibekukan bagi mengurangkan defisit negara.

"Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."- Sumber: Malaysiakini

Penulis berpendapat tindakan kerajaan membekukan jawatan baru melibatkan juga pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah sehingga 31 Ogos 2011 dan dilanjutkan pula ke 31 Disember 2011 perlu dikaji semula. Ini kerana bilangan guru di sekolah rendah dan menengah sentiasa tidak mencukupi setiap tahun.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa pernah berkata sememangnya negara kita masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan. Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

"Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini."Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya. Sumber: Harian Metro

Selain itu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi juga telah mengumumkan penyerapan lebih 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

"Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT" Sumber: Berita Harian

Tindakan KPM mengutamakan GSTT yang hanya berpengalaman mengajar selama 3 tahun mengisi jawatan kekosongan guru di seluruh negara, pada pandangan penulis adalah kurang tepat sedangkan graduan ISMP yang menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun di IPTA dan IPTS diabaikan dan tiada jaminan .

Mengikut maklumat terkini KPM bertarikh 15 September 2011, KPM telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

Masalah timbul apabila GSTT diserap melalui KDC. Sekiranya kita rujuk kembali Akta Pendidikan 1996, GSTT diberi kebenaran untuk mengajar di sekolah melalui peruntukan kuasa Ketua Pendaftar. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 2 - Permit Mengajar, di bawah seksyen 114. Pengeluaran permit mengajar. (c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak sebagai guru untuk sementara.

Apabila GSTT diserap ke jawatan KDC penulis berpendapat bahawa tindakan tersebut menyalahi kuasa Ketua Pendaftar kerana seksyen 114 (c) menyebut secara jelas bahawa pengeluaran permit mengajar hanya untuk sementara. GSTT yang diserap ke jawatan tetap melalui KDC masih belum lagi mempunyai kelayakan untuk mengajar tetapi boleh berdaftar sebagai guru. Ini jelas bercanggah dengan peruntukkan kuasa Ketua Pendaftar yang berhak untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru sekiranya tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 1 Pendaftaran Guru di bawah seksyen 106 (b).

Terdapat isu graduan ISMP di IPTS yang tidak diterima permohonan untuk perlantikan guru sektor awam. Sekiranya kita lihat kembali antara intipati Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan.

EPP 4: Mengembangkan Latihan Guru Swasta

Unjuran masa kini menunjukkan bahawa institusi awam tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Daripada melabur dengan banyaknya untuk menambah kapasiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), NKRA Makmal Kualiti Guru meluluskan liberalisasi pasaran untuk memasukkan pengusaha swasta bagi mempertingkatkan persaingan. Oleh itu, EPP ini telah direka bentuk untuk menyokong pelaksanaan inisiatif ini.

Kami akan membenarkan pengusaha swasta menyediakan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah. Pengusaha swasta akan bertanggungjawab untuk menentukan bidang subjek khusus mereka (contohnya, Bahasa Inggeris atau pendidikan khas), dan jenis model perniagaan yang akan digunakan (contohnya, secara bersemuka, e-pembelajaran, model campuran). Bagaimanapun, mereka mesti mematuhi standard kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan MQA untuk latihan guru dan mesti mencari sumber pelaburan modal dan kakitangan sendiri.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan, kami akan membuka ruang untuk pelantikan guru sektor awam dari kalangan graduan institusi-institusi ini (IPTS), tidak kira jika mereka ditaja oleh kami ataupun tidak.

Di sini secara jelas dasar KPM untuk mengembangkan latihan guru swata dalam NKEA Pendidikan bagi memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Oleh itu isu ini sepatutnya tidak timbul.

Kita lihat sistem pendidikan di negara maju seperti Jepun yang berhasil merombak dan memajukan minda masyarakatnya melalui pendidikan dengan mengambil beberapa langkah progresif. Antaranya ialah kerjaya guru diberi perhatian serius oleh Kerajaan Jepun dengan menjamin dan mempercepatkan penempatan bakal-bakal guru bagi mengelakkan masalah kekurangan tenaga pengajar. Rujuk kembali kajian bertajuk The InstitutionS of Education: A Comparative Study of Educational Development in the Six Core Nations by William K. Cummings (2003).

Sewajarnya KPM yang diperuntukkan sejumlah dana yang begitu besar untuk sektor pendidikan iaitu RM50.2 bilion melalui Belanjawan Negara 2012 yang lepas, menyelesaikan segera isu penempatan lebih 7,000 graduan ISMP. Penulis percaya isu ini boleh dipercepatkan sekiranya digunakan tidak sampai satu peratus pun daripada dana pendidikan tersebut bagi membiayai kos penempatan bakal guru.

Penempatan segera graduan ISMP bukanlah satu pilihan akan tetapi ianya satu keperluan yang mendesak berikutan bebanan tugas guru-guru senior akibat kekurangan guru di seluruh negara

Graduan ISMP UPSI

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/5903-guru-terjamin-atau-tiada-masa-depan

Sejuta graduan kita menganggur, apa guna Bajet 2012

Posted: 10 Oct 2011 08:08 PM PDT



Ni apa cerita ni , nak dekat 1 juta para graduan kita menganggur ni, secara tepatnya 952,000 mahasiswa kita menganggur dalam satu laporan akhbar bertarikh 11 Oktober 2011. Bajet 2012 bukan main sedap cerita, boleh kerja sampai umur 60 tahun, naik gaji, beri bonus, beri RM500 dan macam-macam lagi. Habis 1 juta graduan rakyat kita menganggur nak buat apa? Buat apa belajar penat-penat 5 tahun, kena bayar lagi pinjaman PTPTN tapi kerja jadi jurujual, tanam pisang, berniaga pasar malam.

Baik lepas SPM kerja terus. Tak pun suruh atok nenek kerja sampai umur 60 tahun untuk tanggung cucu menganggur.

Jangan lupa baca ya, kisa ribuah graduan para guru yang sedang menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/berita-sedih-ribuan-bakal-guru-dalam.html


Utusan Malaysia - 11 Oktober 2011

STATISTIK sehingga Julai tahun lalu, seramai 952,000 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta masih menganggur walaupun mempunyai kelayakan yang baik.

Fenomena itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya bakal siswazah. Pembangunan pesat institusi pengajian tinggi yang lahir persis cendawan yang tumbuh selepas hujan menyaksikan lebih 24,000 graduan 'dilahirkan' oleh IPTA dan IPTS seluruh negara setiap tahun.

Ia mengundang persaingan yang lebih hebat perlu ditempuhi oleh graduan untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan yang semakin terhad.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

BULETIN RAKYAT

Posted: 11 Oct 2011 11:12 AM PDT

BULETIN RAKYAT


ADUN RAWANG YB GAN MOHON PERDANA MENTERI DS NAJIB SELESAIKAN ISU-ISU RAKYAT RAWANG

Posted: 10 Oct 2011 09:31 PM PDT

RAWANG~ADUN Rawang, YB Gan Pei Nei menyeru Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak supaya menyelasaikan lima isu utama yang melibatkan kerajaan persekutuan di Kawasan Rawang. Katanya, beliau mewakili penduduk Rawang mengalu-alukan lawatan kerja perdana menteri ke pekan Rawang hari ini. Bagaimanapun, beliau ingin menarik perhatian perdana menteri supaya meyelesaikan isu sistem jalan dan pengangkutan, keselamatan, kabel kuasa tinggi TNB, penambahan Sekolah Rendah Tamil serta kompleks sukan seperti yang tersenarai di bawah:
1)  Menaik taraf dan melebarkan semua Jalan Persekutuan dalam kawasan Rawang iaitu Jalan FT3209,FT01 dan B27 dari Selayang – Pekan Rawang – Sungai Choh serta Pekan Rawang- Bandar Country Homes- Bandar Tasik Puteri- Batu Arang –Ijok.  Setiap hari, terdapat kira-kira 370 ribu kereta yang menggunakan Jalan Persekutuan FT 3209 dari arah Pekan Rawang ke Batu Arang.  Kesesakan lalulintas sentiasa berlaku di depan Tol PLUS Rawang. Pada Disember 2010, Menteri Kerja Raya telah mengumumkan bahawa 9km Jalan Persekutuan tersebut akan dinaik taraf, tetapi pada peringkat terkini, cuma 1.6km yang sedang dijalan.
2)  Memecahkan kawasan Rawang menjadi Ibu Pejabat Polis Daerah Rawang, serta mebina sebuah Balai Polis di Bandar Country Homes bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membanteras jenayah di Rawang.  Balai Polis Rawang serta bilangan polis yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah populasi Rawang seramai 200,000 orang akibat pembangunan yang pesat di Rawang.  Kini, nisbah bilangan polis kepada penduduk Rawang adalahh 1:4000 orang, sedangkan kadar yang  ideal ialah 1:250.
Mengikut Rancangan Pembangunan Rawang, sebidang tanah telah digazetkan untuk membina Balai Polis di Bandar Country Homes, tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri.
3)  Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor supaya mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadakan laluan alternatif dan tidak menggunakan laluan di Kampung Sungai Terentang sebagai laluan kabel kuasa tinggi 275kv bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR). Laluan di kampung dan sekolah akan menjejaskan kesihatan penduduk kawasan sekitar dan murid.
4) Membina sebuah Sekolah Rendah Tamil baru (SJKT) di Rawang.  Kini, Rawang hanya mempunyai sebuah SJKT dan jumlah murid telah meningkat kepada 1,500 orang.  Infrasturktur dan kemudahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang meningkat dari Rawang,Kuang dan Kundang.
5)  Oleh sebab padang awam di Pekan Lama Rawang telah ditukar milik dan dibangunkan sebagai pusat perniagaan, penduduk Rawang telah kehilangan tempat rekreasi untuk aktiviti riadah.
"Saya ingin menyeru Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah kompleks sukan kepada penduduk Rawang.
"Saya berharap Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan peruntukan, tetapi juga menyelesaikan masalah yang relevan dengan penduduk Rawang bagi menunjukkan Kerajaan Persekutuan memang prihatin dan mengutamakan rakyat" tegas Gan.
Perdana menteri dijadual mengadakan tinjauan mesra ke pekan Rawang pada jam 2.45 petang ini.
Beliau kemudiannya akan mengadakan sesi tinjauan mesra ke Taman Prima Gombak dengan menaiki bas dari Pekan Rawang.
Pada sebelah paginya, Najib menghadiri majlis mesra rakyat di balai masyarakat Ladang Tuan Mee, Ijok, diikuti dengan lawatan ke tapak cadangan jalan penghubung di Bandar Tasik Puteri Kundang, dan menghadiri majlis bersama rakyat di SRJK(C) Kundang.
-Malaysiakini-

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 11 Oct 2011 09:07 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


务边小食中心 沟盖失窃藏危机

Posted: 11 Oct 2011 12:14 AM PDT

(务边11日讯)务边小食中心前沟盖失窃,迪遮区州议员郑立慷于上个月前往视察,并向金宝县议反映此事,但至今仍然没有任何行动。 失窃的沟渠铁盖位于早市小贩摊位的路中央,也是早晨人流最多的地方,留下的大洞暗藏危机。 郑立慷表示,失窃的沟盖不但为小贩带来不便,若行人或小孩稍有不慎,难免会遭殃。 他今早在其政治秘书李盈颖和特别助理古玛的陪同下,再次到上述地点视察,发现逾两星期的投诉还未处理。 郑立慷指出,由于当地小贩担心会发生意外,他们特地将原有的摊位移前,避免行人误踩空洞。 也是人民公正党霹雳州副主席的郑氏质疑县议会的办事效率,往往需耗上很长的一段时间才能妥善处理人民的投诉。 因此,他希望有关当局会尽速作出填补,并改用洋灰沟盖,以杜绝偷窃事件再发生。

2012财案属一次红包,国阵若胜选必向民『讨债』

Posted: 11 Oct 2011 12:11 AM PDT

(怡保11日讯)务边区国会议员李文材医生认为,首相宣布的2012年财政预算案属糖衣毒药的一次性红包,一旦民众在来届选举误信其中,他大胆预料在第十三届全国大选后,国阵肯定会落实消费税(GST)向人民『讨债』。 他认为,目前全球各国经济放缓加上欧美爆发债务危机,以现今我国连续15年不断扩大的财案赤字,而且国债高达4300亿令吉的情况,首相纳吉的承诺最后可能只是沦为『空头支票』。 "派红包也需要有本钱,可是反观我国常年面对债务高筑问题,2012年财案却创下建国以来最高开销2328亿令吉,到底要从哪里得到这笔红包钱?" 李氏也是人民公正党中央理事,他认为,国阵患上严重的否认群侯症,先是否认连续15年财案赤字的失败,然后认为我国能够免于陷入类似欧美国家的经济萧条困境,这根本就是首相纳吉毫无根据的推测,财案旨在向选民制造『浪漫感』。 他是在日前出席由孟加兰支部主办的"民联替代财案"座谈会上这么表示。其他主讲人包括雪州乌雪区县议员兼全国妇女组中委蔡依霖、回教党务边区部署理主席兼前双溪喇叭州席候选人拉兹再浓、孟加兰支部主席吴芎山等其他领袖。 他表示,国阵仍然依循旧有的经济政策和管理方式,往往在策划和落实之间有着巨大的落差,加上无法解决政府机构管理不当和制度性的贪污腐败问题,最后造成问题不断累积却由百姓来『埋单』。 另外,全国妇女组中委蔡依霖则表示,人民对国家的管理制度严重失去信心,所以政府必须展示政治改革勇气,设立一套健全、透明和具有公信力的监督机制,不然书面计划都是纸上谈兵。 "雪州民联政府极力推动透明化的监督和问责制,将在2012年落实资讯自由法令前,我们已经设立公信力、能力与透明度特别遴选委员会(SELCAT),包括公开审讯朝野议员及公务员,这样的政府才能够为人民把关。"

国阵利用军情组面试候选人 滥权渎职的最坏示范

Posted: 11 Oct 2011 12:05 AM PDT

针对有关军事情报组(军情组)面试马华候选人,迪遮区州议员郑立慷严厉谴责国阵公器私用、滥权渎职的最坏示范。 根据昨日某报一篇独家报导显示,军情组官员正陆续面试马华的国州议席候选人,通过4想标准评估有关候选人的胜算。 郑立慷因此炮轰国阵党政不分,公然利用公务员来确保国阵候选人在来届大选胜出。 "军情组的职责应该是保卫国家,维护国家安全;如今却被国阵政府公器私用,利用他们来保卫国阵,维护国阵安全。" 郑立慷也是人民公正党最高理事,他抨击国阵明目张胆地公器私用和滥用职权,同时也违反政治和道德操守。 郑氏表示,国人已经对首相纳吉所领导的政府机关完全失去信心,纳吉必须马上勒令停止所有滥权渎职的举动,否则国家公信力将荡然无存。 他也敦促国人看穿国阵过去一贯使用公器进行政党事务的伎俩,在来届大选利用选票终结国阵巫统的霸权。

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 11 Oct 2011 07:41 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Panas! Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

Posted: 11 Oct 2011 06:55 AM PDT



Kami ingin imbas kembali isu Pulau Batu Putih memandangkan hari ini juga kami ada mengeluarkan artikel mengenai tuntutan terbaru Indonesia terhadap Tanjung Datu & Gosong Niger daripada Indonesia. Sejarah tetap sejarah, tetapi kami tidak mahu sejarah "buruk" seperti Pulau Batu Putih ini berulang lagi di masa hadapan…..

Berbalik kepada isu Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh (Pedra Branca ) diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah (Middle Rock )dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.

Samada authorize by sultan atau tidak, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah menggunakan surat seperti yang tertera di atas ini sebagai "pemberat" ketika memutuskan hak Pulau Batu Putih kepada Singapore. Dengan sedikit kesilapan & kecuaian awal ditambah dengan bukti berdasarkan surat di atas ini, Pulau Batu Putih yang sepatutnya menjadi hak bagi Malaysia telah menjadi Pulau Idaman semata…

12 Hakim bersetuju memberikan Batu Putih/Pedra Branca (BP) pada Singapura berbanding 4 menentang. ICJ menolak penguasaan rumah api yang dikawal selia oleh Singapura dan kawalan mereka dalam menguasai pulau itu dengan kehadiran rumah api tetapi menerima surat Setiausaha Kerajaan Johor kepada Singapura pada tahun bertarikh 21 Sept 1953 yang mengatakan Johor tidak akan menuntut kedaulatan BP sebagai isu paling utama. Oleh yang demikian, dengan surat itu sahaja sudah melucutkan kekuasaan Johor pada Pulau Batu Putih menurut pandangan ICJ.

Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

Menurut perenggan 223 full judgment daripada ICJ:

In the Court view, the Johor reply is clear in its meaning: Johor does not claim ownership over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. That response relates to the island as a whole and not simply to the lighthouse. When the Johor letter is read in the context of the request by Singapore for elements of information bearing on the status of Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, as discussed above (see paragraphs 204-209), it becomes evident that the letter addresses the issue of sovereignty over the island. The Court accordingly concludes that Johor reply shows that as of 1953 Johor understood that it did not have sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. In light of Johor reply, the authorities in Singapore had no reason to doubt that the United Kingdom had sovereignty over the island.

Seperkara menarik sekali, ICJ menambah kekuatan tuntutan Singapore terhadap Pulau Batu Putih ini menerangkan bahawa Singapura mempunyai conduct a titre de sovereignatas Pulau Batu Putih menerusi perenggan 239:

In the Court opinion, this Singaporean conduct is to be seen as conduct titre de souverain. The permission granted or not granted by Singapore to Malaysian officials was not simply about the maintenance and operation of the lighthouse and in particular its protection. Singapore decisions in these cases related to the survey by Malaysian officials of the waters surrounding the island. The conduct of Singapore in giving permission for these visits does give significant support to Singapore claim to sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Surat kerajaan Johor bertarikh 21 Sept 1953 yang mengatakan Johor tidak mempunyai kedaulatan atas Pulau Batu Putih mempunyai asas paling kukuh dan diterimapakai oleh ICJ untuk memberikan hak Pulau Batu Putih pada Singapura secara total.

pulau batu putih2 Isu Pulau Batu Putih Milik Singapore. Semak Punca Kekalahan Di sini!!

Sumber : Full Judgement daripada Mahkamah Antarabangsa (ICJ)

Apa pun kita harus menerima keputusan isu Pulau Batu Putih dengan tangan terbuka. Tetapi, tetapi…….antara sebab kami kupas kembali isu ini adalah sebab utamanya supaya kecuaian, kelekaan, kelemahan Malaysia sebelum ini tidak berulang lagi pada masa-masa akan datang termasuklah yang terbaru, isu tuntutan Indonesia terhadap Tanjung datu dan Gosong Niger daripada Malaysia.

Harus direnung kembali bagaimana untuk kita mengambil iktibar atas keputusan ini. Kedaulatan negara adalah sesuatu yang kami secara amnya dan rakyat Malaysia umumnya menggangap ia suatu yang sangat penting dan kedaulatan Malaysia yang ada sekarang ini haruslah dijaga dan dipelihara.

Gerakan Anti-Wall Street Bukti Kegagalan Sistem Kapitalisme

Posted: 11 Oct 2011 06:52 AM PDT

Sumber [eramuslim.com] Krisis ekonomi negara AS yang berujung pada aksi protes besar-besaran rakyat AS dengan gerakan anti-Wall Street membuktikan bahwa sistem kapitalisme yang dianut negara itu dan sebagian negara Eropa (baca:negara-negara Barat) bukanlah sistem yang menjamin kesejahteraan bagi rakyatnya, tapi sebuah sistem yang hanya menguntungkan korporasi dan para pemilik modal.
Pakar ekonomi Richard Wolff mengatakan, kapitalisme menjadi akar persoalan ketidakadilan ekonomi yang sekarang dirasakan rakyat AS. Bertambahnya pengangguran, tuna wisma, ketidakamanan dan gejolak sosial adalah dampak dari sistem perekonomian kapitalis yang membuka peluang pada perusahaan korporasi untuk mengeruk keuntungan sebesar-besarnya dan memicu munculnya sebuah sistem politik yang korup.
"Di AS, mungkin sudah terlambat buat kita untuk memperdebatkan sistem perekonomian, karena kapitalisme sudah berlangsung sekian lama. Selama berpuluh-puluh tahun, kita gagal untuk mempertanyakan, memperdebatkan dan mengkritik kapitalisme yang menjadi sistem perekonomian negeri ini, karena membahas masalah ini dianggap tabu," kata profesor yang sekarang mengajar di New School University di New York itu.
"Orang yang mengkritik atau mempertanyakan sistem kapitalisme akan dicap pengkhianat, tidak loyal bahkan dicap lebih buruk dari itu. Dan karena dianggap tabu, banyak yang tak sadar ketika kapitalisme sudah tidak efektif lagi, tidak adil dan merosot menjadi sebuah krisis dan bencana sosial yang sekarang hampir tidak bisa kita tanggung lagi akibatnya," sambung Profesor Wolff yang juga ikut berunjuk rasa bersama para demonstran anti-Wall Street di Zuccotti Park, New York.
Ia mengatakan, sudah saatnya melakukan demokratisasi di tempat kerja agar apa yang diperjuangan rakyat AS sekarang lewat aksi "Menduduki Wall-Street" bisa tercapai.
"Kita punya sumber daya manusia, ketrampilan dan alat produksi serta jasa yang kita butuhkan untuk menciptakan sebuah masyarakat yang adil dan sejahtera. Yang harus kita lakukan sekarang adalah mengorganisasikan kembali unit-unit produksi itu dengan cara yang berbeda, keluar dari sistem perekonomian yang kapitalis yang terbukti tidak mampu memenuhi kebutuhan dan menyejahterakan rakyat," tukas Wolff.
Ia menambahkan, "Kita perlu mengubah struktur perusahaan korporasi yang selama ini hanya menguntungkan segelintir orang, menyebabkan polusi lingkungan dan menimbulkan sistem politik yang korup. Kapasitas produksi barang dan jasa yang dilakukan harus berorientasi pada pemenuhan kebutuhan semua orang--seperti udara, air, jaminan kesehatan, pendidikan dan keamanan."
"Saya ingin menyampaikan slogan 'AS bisa lebih baik tanpa kapitalisme korporasi', Biarkan ide dan perdebatan ini menjadi wacana yang mengemuka dalam gerakan rakyat yang kita saksikan sekarang. Biarkan mereka mendobrak hal yang selama ini dianggap tabu, mengkritik dan mengecam sistem kapitalisme. Sistem perekonomian harus diperbaharui untuk kepentingan umat manusia, dan bukan untuk kepentingan korporasi," tandas Wolff. (kw/CD)

Mukhriz akan jadi MB Kedah?

Posted: 11 Oct 2011 06:34 AM PDT


KETIKA Umno Kedah kononnya sudah bersedia berubah, kerana bimbang akan rebah buat kali kedua, ratarata mereka tidak nampak siapakah yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Menteri Besar (MB) jika BN Kedah kembali berkuasa.

Beberapa pihak mentertawakan cakap-cakap bahawa Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah bersetuju jika Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai bakal MB, selepas PRU13 kerana imej yang dibawa kononnya diterima di kalangan rakyat Kedah.
Kata mereka, Najib seperti tidak belajar dari pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (PM) yang pernah menamakan Tan Sri Sanusi Junid sebagai MB Kedah, menggantikan Tan Sri Osman Arof, hingga membawa bencana besar kepada Umno di Kedah.
Sanusi ketika dilantik menjadi MB Kedah, bukan seorang ketua Umno bahagian. Dia dikalahkan Dato' Abu Bakar Taib sebagai Ketua Umno Bahagian Langkawi tetapi Dr Mahathir membuktikan beliau seorang yang mempunyai sifat kuku besi ketika mentadbir, tetap menamakan Sanusi sebagai MB Kedah.

Akhirnya, Sanusi yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB apabila keputusan pilihan raya umum ketika itu tidak menunjukkan Kedah adalah negeri yang diwakili Perdana Menteri dan menyebabkan Sanusi meletakan jawatannya sebagai MB. Dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, BN hanya menang tujuh manakala PAS menang lapan.

Dr Mahathir amat marah dengan keputusan itu dan menerima perletakan jawatan Sanusi sebagai MB dan tempat Sanusi digantikan Dato' Seri Syed Razak Syed Zin.

Syed Razak tidak dapat bertahan lama kerana masalah kesihatan dan tempatnya digantikan Dato' Seri Mahdzir Khalid. Sekali lagi, perlantikan Mahdzir dibuat oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) tanpa mengambil kira kedudukan Mahdzir yang bukan ketua bahagian.

Mahdzir yang kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akhirnya membawa bersama-sama tumbang BN di Kedah dalam PRU12 yang lalu. Mahdzir kini adalah Ketua Umno Bahagian Padang Terap, jawatan yang dimenanginya selepas beliau menjadi MB.

Dari pengalaman buruk Dr Mahathir dan Abdullah ini, apakah Najib masih tidak mahu belajar supaya tidak melantik seseorang yang bukan penyandang jawatan ketua bahagian sebagai MB?

Jika Najib masih berkeras mahu melantik Mukhriz, beliau sebenarnya bukan berhasrat menyelamatkan Umno di Kedah tetapi kerana takutkan Dr. Mahathir yang mungkin menyerangnya hingga tumbang sebagaimana yang berlaku terhadap Abdullah dahulu.

Dalam hal ini, suka atau tidak, Najib mestilah mempunyai calon MB Kedah dari kalangan ketua bahagian yang boeh menang. Walaupun setakat ini, bayangan yang dilihat, Najib mahukan Dato' Ahmad Basha Md Hanifah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Alor Setar sebagai bakal MB Kedah selain Mukhriz tetapi ramai yang percaya, Najib akan menamakan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjadi MB selepas PRU13 akan datang.

Umno Kedah sebenarnya ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir ketika menjadi PM tidak mempedulikan Umno Kedah dan kesibukannya di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa menyebabkan Kedah kini seperti sebuah gurun yang tidak ditumbuhi pokok.

Jika suatu masa dahulu Umno Kedah berbangga dengan beberapa nama seperti Allahyarham Dato' Raja Ariffin Raja Sulaiman, Dato' Dr Afiffuddin Omar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato' Mahadzir Mohd Khir, tetapi kini Umno Kedah hanya melahirkan Dato' Mohd Johari Baharom dan Ahmad Basha yang tidak mampu dibawa ke tengah.

Ada juga yang berpandangan, kononnya Dr Mahathir memang tidak memberi pilihan kepada pucuk pimpinan, agak nama anaknya, Mukhriz dipilih menjadi MB Kedah jika BN menang dalam PRU 13 akan datang.

Mukhriz yang merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan kemungkinan kali ini, dia akan diletakkan bertanding di peringkat Dun dalam Parlimen Kubang Pasu untuk melayakkannya dilantik menjadi MB Kedah jika BN menang semula. Namun, ia bukanlah mudah kerana ada 15 ketua bahagian di Kedah yang juga kepingin untuk menjadi MB jika BN menang semula.

Cuma, kelebihan yang ada pada Muhkriz ialah "peranan Dr Mahathir" akan menjadikan dia mempunyai kelebihan dari caloncalon lain yang tentunya tidak mempunyai seorang bapa yang pernah menjadi PM.

Cuma, sebagai seorang ahli biasa, apakah selepas ini politik Umno Kedah akan kembali bergolak seperti zaman Sanusi dan Mahdzir? Ketika era Sanusi, riaknya tidak begitu ketara tetapi pengundi hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum.

Di zaman Mahdzir, serangan bertubi-tubi Dr Mahathir ke atas kepimpinan Abdullah menyebabkan Kedah tumbang dan Mukhriz bertindak menulis surat meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM sebaik sahaja dia menang kerusi Parlimen Jerlun.

Dari apa yang Najib berikan kepada Mukhriz menunjukkan Najib cukup "menjaga hati Dr Mahathir". Mukhriz tewas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudian, dalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Ahmad Basha yang dilantik menjadi pengerusi.

Khabarnya, nama Mukhriz sudah diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tetapi ada dakwaan mengatakan terdapat seorang Adun Umno di Kedah mahu meletakan jawatan jika Najib menamakan Muhkriz sebagai pengerusi menyebabkan Mukhriz hanya dilantik menjadi timbalan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan tetapi beberapa pihak mendakwa, mereka lebih bersedia menerima Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada Ahmad Basha, tetapi Najib tidak berani melantik Mahdzir kerana Dr Mahathir dikatakan kurang senang dengan bekas MB Kedah ini.

Mahdzir didakwa memainkan peranan hingga Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun lalu./warta utara

WAJAR TURUN DEMO 3NOV INI

Posted: 11 Oct 2011 06:32 AM PDT


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah cadangan pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu, kata presidennya Mohd Khalid Atan.

Beliau berkata keputusan untuk berpiket di seluruh negara diputuskan malam semalam pada mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari lebih 100 kesatuan.

"Kita putuskan untuk berpiket di seluruh negara kerana Kementerian Sumber Manusia berkeras untuk meneruskan pindaan itu walaupun kita minta ditangguhkan agar lebih banyak perbincangan boleh dibuat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya MTUC membantah dengan kerasnya pindaan itu dan telah menghantar surat meminta menangguhkan pindaan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC) 3 Okt sebelum kira-kira 200 anggota MTUC berpiket di luar Parlimen hari itu.

"Ramai pekerja dan pemimpin kesatuan tidak berpuas hati dengan kementerian itu yang tidak menghiraukan bantahan kita terhadap cadangan pindaan tersebut dan meneruskan pembentangan. Sehubungan itu, kita putuskan untuk mengadakan piket bagi menunjukkan betapa kita tidak puas hati," tambah beliau.

Mohd Khalid berkata MTUC akan juga menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatakan alasan mereka menolak pindaan itu.

Antara bantahan ialah kesatuan sekerja mendakwa pindaan itu membenarkan penggunaan syarikat menyumberan.

Selain itu, MTUC juga mahu cuti bersalin dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari dan peraturan mengenai gangguan seksual tidak terdapat dalam pindaan terkini.

Bagaimanapun, Dr Subramanian ketika membentangkan pindaan itu minggu lalu, menerangkan pendirian kerajaan dalam memasukkan peruntukan yang menghendaki pendaftaran kontraktor buruh.

Beliau berkata memasukkannya bukan untuk menggalakkan penyumberan buruh seperti yang dikhuatiri MTUC, tetapi bagi memastikan perlindungan bagi hak-hak pekerja yang dibekalkan oleh kontraktor khasnya dalam sektor perladangan.

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Okt. Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.

Kali terakhir MTUC berpiket ialah pada 2007 mengenai isi gaji minimum di sektor swasta.

Cukai 6% kepada pelanggan Unifi dan Streamyx mulai 2012 source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/cukai-6-kepada-pelanggan-unifi-dan.html#ixzz1aTp

Posted: 11 Oct 2011 06:28 AM PDT


BERIKUTAN bantahan hebat dari seluruh rakyat Malaysia berhubung isu cukai 6% terhadap prabayar telco baru-baru ini, kenaikan tersebut telah ditangguhkan.

Namun begitu, seperti yang anda sedia maklum, terhadap kerajaan BN yang begitu sinonim dengan "Barang Naik", cukai 6% kepada pengguna Unifi dan Streamyx pula akan dikenakan mulai 1 Jan 2012.

Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka.

Teruskan mengundi Barisan Nasional agar hidup anda dihantui dengan cukai, cukai dan cukai. Sapu Malaysia! Rakyat didungukan, Percukaian diu "tamak" kan!

Saiful gila kuasa, panas baran

Posted: 11 Oct 2011 06:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan didedahkan oleh bekas rakan sekampusnya, Mohd Najwan Halimi ketika perbicaraan Fitnah II minggu lalu, beberapa lagi rakan pengadu itu mendedahkan sikap sebenar Saiful.

Keadilandaily menemubual bekas rakan sekampus Saiful dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), namun mereka enggan identiti didedahkan kerana bimbang ia membabitkan kes berprofil tinggi.

Menurut seorang rakan yang mengenalinya, Saiful merupakan seorang yang gila kuasa, sukakan publisiti dan bercita-cita besar dalam politik. Malah katanya, sepanjang beliau mengenali Saiful, pemuda itu juga memiliki sifat panas baran.


"Saiful ini seorang yang panas baran dan sejak universiti lagi dia memang orang yang bermatlamat (dalam politik)," ujarnya yang pernah tinggal berhampiran pangsapuri yang didiami Saiful.

Katanya lagi, Saiful sendiri pernah menceritakan keterujaannya apabila bertemu dengan pemimpin politik tertentu.

"Dulu dia (Saiful) teruja lepas jumpa orang atasan tertentu, katanya senang, lepas ni kalau ada 'connection' masa depan lebih cerah," katanya.

Menurut sumber terdekat yang lain, personaliti Saiful berubah selepas menang dalam pemilihan perwakilan pelajar di Uniten.

Sumber itu mengatakan Saiful juga sukar dihubungi kerana kerap tidak hadir ke kelas, dipercayai kerana masalah peribadi.

Ketika ditanya apakah mudah untuk perwakilan pelajar bertemu ahli politik, sumber itu berkata ia adalah sesuatu yang mustahil bagi seorang rakyat biasa seperti Saiful.

"Mustahil untuk rakyat biasa nak bertemu mana-mana Menteri inikan pula Perdana Menteri. Paling kuat pun kalau dapat jumpa hanyalah pegawai khas," kata beliau.

Minggu lalu, peguam bela Datuk Seri Anwar menampilkan bekas rakan sekampus Saiful, Mohd Najwan Halimi yang mendedahkan watak sebenar pengadu itu di mahkamah.

Dalam keterangannya, Najwan memberitahu Saiful merupakan pemimpin pelajar yang gilakan publisiti dan penyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008, sebelum memohon bekerja di pejabat Ketua Pembangkang.

Menurut Najwan, Saiful sangat benci kepada Anwar malah telah memuat turun gambar Ketua pembangkang itu di laman sosial Friendster dengan meletakkan kapsyen 'Anwar pemimpin munafik'.

Najwan juga meberitahu mahkamah, Saiful juga banyak bergambar dengan pemimpin Umno-BN seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Azalina Said serta Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Saiful sebelum ini pernah bertemu Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun 2008.

Ketika kes ini pertama kali mendapat liputan meluas media, Najib menafikan beliau berjumpa dengan Saiful sebelum mengakui ada bertemu pemuda itu menerusi pegawai khasnya, Khairul Anas.

Pada mulanya, Najib memberikan alasan Saiful datang memohon biasiswa bagi membiayai pengajian dalam kursus latihan penerbangan meskipun Saiful tidak menghabiskan pengajian di Uniten.

Kemudian Najib memberitahu bertemu saiful empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Najib Bayar RM83.88 Juta

Posted: 11 Oct 2011 06:20 AM PDT

Malaysia Kini melaporkan kerajaan Najib telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media. Jumlah itu dimaklumkan oleh PM di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli P-Darlimen Batu, Tian Chua berkata perkembangan itu memalukan negara kerana kerajaan terlibat dengan firma seperti itu.

"Kerajaan Malaysia melanggar undang-undang Britain kerana program (dibayar FBC Media) disiarkan di Britain.

"Apa yang tak dibenarkan oleh undang-undang Britain adalah mana-mana pihak membayar kepada media untuk buat berita," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Jawapan bertulis daripada PM pada 6 Jun lalu menyatakan bahawa kontrak itu adalah untuk FBC Media menyediakan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

"Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta (RM94 juta)," kata Najib.

Perdana Menteri juga ditanya sama ada kerajaan memberikan arahan kepada FBC Media yang berpangkalan di London bagi penerbitan program yang ditayangkan dalam berita British Broadcasting Corporation (BBC) dan justifikasi bagi tindakan seumpama itu.

"Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media," katanya.

Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.

"Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

"Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC," kata Najib.

Mengulas lanjut, Tian berkata isu yang perlu ditimbulkan adalah tindakan kerajaan membayar perunding tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Kerajaan juga bergelut dengan kontroversi sebelum ini ekoran tindakannya menggunakan khidmat firma Apco Worldwide dengan bayaran sebanyak RM83.8 juta.

"Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

"Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?," soalnya Tian Chua lagi.

Muka Tak Malu Ini Hendak Juga Elaun Parlimen Dinaikkan

Posted: 11 Oct 2011 06:16 AM PDT

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata beliau akan mengemukakan satu rang undang-undang untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat.

Wee berkata beliau telah memfailkan notis usul tersebut hari ini kepada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya lagi, usul berkenaan tetap dikemukakan walau menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz telah menarik balik usaha untuk menaikkan gaji dan elaun berkenaan.


"Ia ditarik balik sebab ada bantahan daripada ketua parti tertentu. (Tapi) ia tidak boleh ditarik balik begitu sahaja kerana ahli parlimen ada hak untuk membahaskannya.

"Saya faham ia mungkin tidak boleh dibahas sebab bukan rang undang-undang kerajaan, tapi akan minta ia dibahaskan.

"Saya percaya, ramai ahli akan sokong ia dibawa untuk perbahasan," katanya lagi mengulas cadangan rang undang-undang berkenaan.

Peruntukan untuk menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 yang dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Pengikut