Rabu, 12 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Beri saja setiap rakyat yang pergi mengundi RM500

Posted: 11 Oct 2011 11:47 PM PDT



Bajet 2012 PM kata, ketua isi rumah pendapatan RM3000 sebulan akan dapat RM500. Tapi kena melalui proses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN pula kena daftar dengan e-Kasih, kemudian melibatkan pula BSN dan POS Malaysia, juga Zakat. Senang cerita macam nilah, sepatutnya RM500 ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang pergi mengundi.

Siapa yang pergi mengundi akan dapat RM500. Pasti ramai rakyat kita yang ada Mykad sah akan berebut daftar dengan SPR, tak payah penat-penat Pengerusi SPR kempen, daftarlah, daftarlah, lepas tu kena kempen undilah, undilah. Juga tak akan timbul masalah pengundi hantu.

Jangan pula nak bagi RM500 ni jadi macam tahun 2009 projek Kupon Beras SUBUR untuk keluarga miskin yang akhirnya ditangguhkan entah sampai bila kerana senarai nama yang layak menerima tidak lengkap, ada yang dah mati pun dapat, seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html

Bantuan rakyat RM500 mula diagih Jan 2012
October 12, 2011

"SOAL ISI RUMAH…SEORANG, TETAPI SUDAH BEKERJA DAN BAYAR ZAKAT SENDIRI, SAYA RASA DIA LAYAK. NAMUN, INI KITA AKAN PASTIKAN KEMUDIAN DAN MASUKKAN DALAM ISU-ISU YANG PERLU DIPERJELASKAN," KATANYA.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

"Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa," katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

"SOAL ISI RUMAH…SEORANG, TETAPI SUDAH BEKERJA DAN BAYAR ZAKAT SENDIRI, SAYA RASA DIA LAYAK. NAMUN, INI KITA AKAN PASTIKAN KEMUDIAN DAN MASUKKAN DALAM ISU-ISU YANG PERLU DIPERJELASKAN," KATANYA.

- Bernama

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/12/bantuan-rakyat-rm500-mula-diagih-jan-2012/

Rakyat DUN Paroi untung bila wakil rakyatnya PAS

Posted: 11 Oct 2011 08:57 PM PDT



Pengundi di DUN lain di Negeri Sembilan ini juga di seluruh Malaysia, perlulah mencontohi majoriti pengundi di DUN Paroi. Apabila DUN Paroi diwakili oleh PAS sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin Umno pun buka mata. Kawasan ladang yang bertahun-tahun wakil rakyat BN sebelum ini jadi wakilnya, dapat saja ke PAS terus dapat lampu jalan dan macam-macam kemudahan lain, nak tawan baliklah katakan.

Kenali wakil rakyat DUN Paroi di blog beliau di http://mohdtaufek.blogspot.com/

Sinar Harian 12 Okt 2011

SUNGAI GADUT - Kerajaan Negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan janji kepada pengundi di sekitar kawasan ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hampir semua permintaan orang ramai berhubung penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur telah dilaksanakan.

"Sebagai contoh, jika dulu kawasan Ladang Kombok di sini gelap pada waktu malam, kini sudah terang benderang setelah lampu jalan dipasang.

"Banyak kemudahan awam dan infrastruktur lain turut dinaik taraf untuk keselesaan orang ramai di sini," katanya pada majlis bersama rakyat di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kombok, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis sama, Mohamad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Kebajikan India Kombok dan bantuan lain kepada seramai 54 warga emas serta 12 ibu tunggal.

Sehubungan itu menurutnya, pengundi seharusnya melahirkan penghargaan mereka dengan mengundi BN pada PRU ke-13 nanti.

Kata Mohamad, sokongan padu rakyat akan membantu BN untuk menawan semula kerusi Dun Paroi dan Dun Senawang yang pada masa ini disandang wakil rakyat pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kaum India terutamanya dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial.

"Banyak peruntukan telah disalurkan untuk memajukan kaum India. Sehubungan itu, kaum India sewajarnya meneruskan sokongan terhadap BN agar kebajikan mereka terus dibela," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9627682.asp

Anak jutawan pun dapat RM100 dlm Bajet 2012

Posted: 11 Oct 2011 08:01 PM PDT



Bayangkanlah betapa baiknya kerajaan BN ni, sampaikan kalau ada anak jutawan atau bilionwan yang berada di sekolah rendah atau menengah akan diberi RM100 setiap pelajar. Tapi ada syarat, iaitu terpulang kepada ibu bapa dan penjaga samada hendak menerima atau tidak mengikut kemampuan masing-masing. Apa punya syaratlah macam ni.

Kenapa susah sangat nak letak syarat had pendapatan ibu bapa, letaklah RM 10,000 ke, RM 20,000 ke.

Sepatutnya dah bagi, ambil sajalah. Terpulanglah kepada ibu bapa dan penjaga nak masuk dalam tabung masjid ke, tabung surau ke, tabung parti ke, tabung PIBG ke, tabung KWAPM ke, nak beli top up ke, nak beli pizza ke, beli kasut sekolah ke.

Nampak sangat Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM separuh masak atau mungkin terlebih masak.

Kalau tak takkan jadi macam bawah ni, Rumah Siap, Pahat Berbunyi

Selasa Oktober 11, 2011
Ibu Bapa Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Bantuan RM100
GEORGE TOWN: Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lepas.

"SAYA BERPENDAPAT BAHAWA PELAJAR DARI KELUARGA YANG BERPENDAPATAN TINGGI TIDAK PERLU MENGAMBIL BANTUAN TERSEBUT JIKA TIDAK MEMERLUKANNYA KERANA TUMPUAN SEHARUSNYA DIBERIKAN KEPADA PELAJAR DARIPADA KALANGAN KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/11/mstar_berita/20111011163423&sec=mstar_berita

Selasa Oktober 11, 2011 MYT 6:51:01 PM
Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah Disember depan bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan bagi sesi 2012.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/11/mstar_berita/20111011184704&sec=mstar_berita

BAJET 2012
Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article

Gesa rakyat tak panik, bertambah paniklah rakyat

Posted: 11 Oct 2011 08:00 PM PDT



Menteri kata jangan panik beli beras. Banjir besar di Thailand tidak akan menjejaskan stok beras negara. Menteri tak hebohkan dalam media, tak ada pun rakyat tahu, tapi sebab menteri dah heboh dalam media supaya tidak panik, bertambah paniklah rakyat. Tambahan pula berita malam tadi kata akan ada ribut lebih besar di Thailand, Vietnam dan Indonesia, negara pengeluar utama beras.

Rakyat jangan panik beli beras
Kosmo 12 Okt 2011

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan masalah kekurangan bekalan beras dari Thailand ekoran banjir besar yang melanda negara itu ketika ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyediakan stok beras secukupnya untuk rakyat di negara ini dan memberi jaminan tidak akan timbul masalah kekurangan bahan itu.

Menurutnya, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara itu sudah menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan.

"Separuh daripada bekalan sudah berada di dalam negara dan selebihnya berada di tempat yang selamat di Bangkok dan tidak terlibat dengan banjir serta akan dibawa masuk dalam waktu terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Harta Intelek Herba di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

PERCAYALAH, Johor negeri selamat, kurang jenayah

Posted: 11 Oct 2011 07:59 PM PDT



Tolonglah percaya, khususnya mereka yang menetap, melabur atau melawat negeri Johor. Johor adalah negeri yang selamat dan kurang kes jenayah. Tambahan pula kalau hari Jumaat, nak pergi sembahyang Jumaat pula tu. Tak percaya tanya Encik Faizal dari Kulaijaya, Johor di bawah ini.

CULIK SEBELUM SOLAT JUMAAT
11 Oktober 2011

KULAIJAYA: "Saya terkejut apabila diacukan pistol di bahagian perut sebaik keluar dari kereta di pekarangan Masjid Bandar Putra di sini, Jumaat lalu.

"Ketika itu, saya terbayangkan wajah isteri dan anak sebelum lelaki itu mengarahkan saya duduk di tempat duduk belakang, manakala lelaki berkenaan dan dua rakannya memandu kereta keluar dari pekarangan masjid tanpa menghiraukan jemaah lain," kata mangsa culik selama empat jam hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 51, semalam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Faizal berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu, ketika dia dan anak lelakinya berusia 14 tahun menuju ke masjid berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di sini, untuk mengerjakan solat Jumaat.

Katanya, selepas menurunkan anak, dia terus mencari tempat meletak keretanya dan sebaik keluar dari kenderaannya, dia didatangi tiga suspek dengan seorang bersenjatakan pistol.

"Lelaki itu terus mengacu pistol ke perut saya dan tidak menghiraukan jemaah masjid dan orang ramai menyaksikan kejadian. Saya dipaksa masuk di tempat duduk belakang kereta BMW X5 saya.

"Suspek kemudian memandu kereta saya menuju ke kawasan ladang kelapa sawit di Gelang Patah," katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, ketika menuju ladang sawit itu kereta dipandu suspek melanggar kenderaan pacuan empat roda berhampiran bandar Kulai kerana dipandu dalam keadaan melulu dan berbahaya.

Menurutnya, selepas hampir sejam dalam ladang berkenaan kumpulan penculik warga Indonesia itu kemudian menutup matanya menggunakan kain sebelum terdengar perbualan menyatakan 'bos' sudah tiba. Ketika itu, katanya, dia berdepan detik mencemaskan hampir empat jam dengan macam-macam kejadian tidak diingini mula bermain di fikirannya kerana bukan saja diacu pistol di perut, malah disembunyikan di sebuah ladang kelapa sawit untuk dipertemukan dengan ketua geng culik itu.

"Kemudian saya mendengar suara lelaki dipercayai warga tempatan mendakwa saya orang kaya, memiliki beberapa stesen minyak dan memaksa saya menghubungi isteri mendapatkan wang tebusan.

"Lelaki itu memberitahu jika mahu selamat, saya perlu memberikannya wang tanpa menetapkan jumlah bayaran yang dimahukan.

"Tanpa berfikir panjang, saya menelefon isteri saya yang juga pengusaha sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang bagi menyediakan wang sejumlah RM25,000," katanya.

Menurutnya, ketika berbual lelaki berkenaan merampas telefon dan berbincang dengan isterinya berhubung lokasi pertemuan bagi menyerahkan wang tebusan.

"Pada mulanya, suspek meminta isteri saya menunggu di stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang sebelum menukar lokasi pertemuan di Taman Perling dan akhirnya, meminta isteri memberhentikan kenderaan dan menunggu di susur keluar Kempas Lebuhraya Utara-Selatan," katanya.

"Suspek kemudian memasuki kereta dipandu isteri, sebelum memandu kenderaan berkenaan bersama wang tebusan sebanyak RM25,000 berserta isteri menuju ke sebuah ladang sawit di Seelong.

"Selepas memastikan wang tebusan, suspek kemudian menyuruh isteri menoleh ke belakang sebelum membawa lari kereta BMW 5 Series bernilai RM140,000 bersama wang berkenaan, meninggalkan isteri di ladang berkenaan berseorangan," katanya.

Menurutnya, selepas suspek menerima wang tebusan itu dia dibebaskan di sebuah kampung berhampiran Seelong, kira-kira empat jam kemudian tanpa sebarang kecederaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Kulai.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011101102102220111011021022/Article

Gengster Singapura ke Johor dipercayai terlibat kes bunuh
Thursday, 28 June 2007
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Jun – Kumpulan gengster dari Singapura yang terlibat dalam kegiatan jenayah terancang di Johor dipercayai pernah terbabit dalam kes bunuh di republik itu beberapa tahun lalu.

Utusan Malaysia difahamkan anggota kumpulan gengster itu yang berusia dalam lingkungan 20-an sehingga 50-an telah melarikan diri ke Johor menggunakan dokumen palsu dan diberi perlindungan oleh sindiket yang dilindungi oleh orang berpengaruh.

Kumpulan gengster itu yang dari sehari ke sehari telah mengumpulkan kekuatan mereka merupakan dalang utama di sebalik kegiatan cetak rompak cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) haram bukan sahaja di Malaysia bahkan di rantau ini yang mengaut keuntungan puluhan juta ringgit setiap bulan.

Selain itu, mereka juga mengaut keuntungan yang amat lumayan dengan aktiviti haram seperti pengedaran dadah dan mengeksploitasi wanita tempatan serta asing dalam sindiket pelacuran.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kumpulan gengster dari Singapura terbabit dalam kegiatan jenayah terancang di Johor.

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/gengster_singapura_ke_johor_dipercayai_terlibat_kes_bunuh.html

Tiada ulasan:

Pengikut